2008 laporan

61
Laporan EKSEKUTIF 1995 - 2000 PERSATUAN PENCAK SILAT GERAK 41 Matlamat dan Tujuan Pengurusan dan Pentadbiran Kurikulum dan Sukatan Pelajaran

Upload: silatg41

Post on 06-Jun-2015

2.116 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2008 Laporan

Laporan EKSEKUTIF 1995 - 2000PERSATUAN PENCAK SILAT

GERAK 41

Matlamat dan Tujuan

Pengurusan dan

Pentadbiran

Kurikulum dan Sukatan

Pelajaran

Jenis-Jenis Mesyuarat

Page 2: 2008 Laporan

Gelanggang dan Cawangan

Kegiatan Tahunan

Kegiatan Intelektual dan E-

Silat

Page 3: 2008 Laporan

1. MATLAMAT DAN TUJUAN

Kegiatan Persatuan Pencak silat Gerak 41 (PSPSG41) sebenarnya sudah bermula sejak tahun 1981, kemudian diterima secara rasmi sebagai ahli bergabung PERSIB pada 30hb. Mei, 1988. Pada tahun 1995 PSPSG41 mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama seterusnya mengesahkan dan menguatkuasakan perlembagaan PSPSG41 pada 29hb. Januari, 1995. Sejak itu kegiatan PSPSG41 semakin terancang dan tersusun rapi berdasarkan objektif persatuanyang digariskan dalam perlembagaan iaitu;

1.1 Mengetengahkan bahagian dari kekayaan dan kelainan aliran Pencak Silat Brunei Darussalam (Cakak) dan Pancak Silat Gerak 41.

1.2 Menjambatani masyarakat kepada Pencak Silat dan memotivasi generasi muda khususnya, untuk mendekati, mempelajari dan mengilmui Pencak Silat.

1.3 Memartabatkan Pencak Silat ke tahap yang lebih unggul, ilmiah dan disenangi dengan segala kekhususannya dan keunikannya yang menjurus kepada pemurnian.

1.4 Memanfaatkan disiplin Pencak Silat sebagai wahana pengisian jelama Brunei Darussalam dan wadah kreatif penyaluran ilmu dan nilai-nilai luhur.

1.5 Memanipulasikan media Pencak Silat dalam pengaktualisasian falsafah Melayu Islam Beraja.

1.6 Menampilkan Pencak Silat sebagai salah satu komponen aktif dalam proses pembangunan agama, bangsa dan negara.

2. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PSPSG41 diurustadbir oleh dua majlis iaitu Majlis Kehormat dan Majlis Eksekutif. Majlis Kehormat adalah kehormatan tertinggi terdiri dari penasihat, pengasas atau pendiri yang merupakan sumber atau rujukan tertinggi khusus dalam hal ehwal persilatan. Manakala Majlis Eksekutif adalah jawatankuasa yang berperanan secara langsung dalam bidang pengurusan dan pentadbiran persatuandalam menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Ahli Majlis Kehormat (Lampiran A) dan Majlis Eksekutif (Lampiran B) bagi sesi 1998/2000 ada dilampirkan.

Page 4: 2008 Laporan

3. KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN

Sebagai sebuah persatuanmoden beberapa pembaharuan telah diperkenalkan agar pengajaran dan pembelajaran pencak silat menjadi lebih sistematik. Antaranya PSPSG41 berjaya menyusun kurikulu

4. JENIS-JENIS MESYUARAT

Dalam merancang kegiatan dan perkembangan, PSPSG41 secara berterusan mengadakan beberapa jenis mesyuarat iaitu;4.1 Mesyuarat Agung diadakan setiap 2 tahun sekali.4.2 Mesyuarat Eksekutif diadakan setiap 2 bulan sekali.4.3 Mesyuarat Teknikal diadakan sebelum sesuatu projek

dilaksanakan.4.4 Mesyuarat Penggal diadakan 3 bulan sekali.4.5 Mesyuarat Tergempar diadakan bila wujud sesuatu

masalah yang perlu diselesaikan segera.4.6 Mesyuarat Akhir Tahun diadakan di penghujung tahun

sebagai langkah penilaian kegiatan.

5. GELANGGANG DAN CAWANGAN

Terdapat 3 jenis Gelanggang PSPSG41 dengan taraf masing-masing iaitu Gelanggang Pusat, Gelanggang Khas dan Gelanggang Cawangan. Berkat ketitihan mengembangkan persatuanakhirnya PSPSG41 berjaya membuka Gelanggang atau Cawangan di keempat-empat daerah yang pada masa ini berjumlah 18 buah cawangan seluruh negara iaitu;

5.1 Gelanggang Pusat (Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B)Keramaian Ahli: 100 orangJurulatih: Hj. Ramlee Hj. Shahdan (Guru Muda)Jadual Latihan: Setiap Jum`at dan Ahad

5.2 Gelanggang Khas

5.2.1 Gelanggang Guru Tua I, Kg. Burung Lepas5.2.2 Gelanggang Guru Tua II, Perumahan Tungku5.2.3 Gelanggang Guru Utama, Kg. Mata-Mata5.2.4 Gelanggang Ketua Jurulatih, Kg. Salambigar

5.3 Gelanggang Cawangan

5.3.1 Cawangan Pusat Belia, Bandar Seri Begawan

Page 5: 2008 Laporan

Keramaian Ahli: 70 orangJurulatih: Artison Hj. Mohamad (Jurulatih Tingkat I)Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Khamis

5.3.2 Gelanggang Seri Kencana, Cawangan SM Awang Semaun, Sungai Kebun

Keramaian Ahli: 60 orangJurulatih: Anuar Hj. Minggas (Jurulatih Tingkat I)Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Khamis

5.3.3Cawangan SM Sayyidina Umar al-Khattab, Mukim Lumapas

Keramaian Ahli: 70 orangJurulatih: Hj. Aziz Hj. Ajak (Jurulatih Muda)Jadual Latihan: Setiap Selasa dan Rabu

5.3.4 Gelanggang Jerudong* Keramaian Ahli: 20 orangJurulatih: Jasmin Hj. Mohamad (Guru Muda)Status: Direhatkan.

5.3.5 Cawangan SM Sayyidina Hassan, Tanjung Bunut

Keramaian Ahli: 40 orangJurulatih: Rozaiman Makmun (Guru Muda)Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Rabu

5.3.6Cawangan Universiti Brunei Darussalam, TunkuKeramaian Ahli: 60 orangJurulatih: Zulkifli Lareho dan Zatul Karamah

(Jurulatih Muda)Jadual Latihan: Setiap Isnin dan Khamis

5.3.7Cawangan Maktab Duli PMAMB, Gadong*Keramaian Ahli: 30 orangJurulatih: Nurulhikam Hj. Mat DinStatus: Dinilai kembali

5.3.8Cawangan Temburong, Mukim Amo & Kg. Piasau-Piasau

Keramaian Ahli: 50 orangJurulatih: Shahmin Abdullah (Jurulatih)Jadual Latihan: Setiap Jum`at dan Ahad

5.3.9Cawangan SM Berakas, Jalan MuaraKeramaian Ahli: 40 orang

Page 6: 2008 Laporan

Jurulatih: Jamarul Dahlan (Jurulatih Muda)Jadual Latihan: Setiap Selasa dan Khamis

5.3.10 Cawangan SR Anggerek Desa, BerakasKeramaian Ahli: 90 orangJurulatih: Cikgu Bakri Hj. Bintang (Jurulatih Muda)Jadual Latihan: Setiap Jum`at

5.3.11 Cawangan BSRC, Panaga SeriaKeramaian Ahli: 30 orangJurulatih: Abd. Rashid Hj. Hamdan (Jurulatih

Tingkat I)Jadual Latihan: Setiap Selasa

5.3.12 Cawangan Kompleks Sukan Tutong, Tutong

Keramaian Ahli: 120 orangJurulatih: Abd. Rashid Hj. Hamdan (Jurulatih

Tingkat I)Jadual Latihan: Setiap Jum`at

5.3.12 Cawangan SMJA, Bandar Seri BegawanKeramaian Ahli: 30 orangJurulatih: Khairul Nasrin Hj. Awg. BesarJadual Latihan: Jum`at dan Ahad

Keramaian ahli yang disebut di atas adalah berdasarkan pendaftaran awal yang hanya dicatatkan mulai tahun 1996. Sedangkan ahli-ahli yang sebelumnya langsung tidak dicatat. Jadi adalah sukar menentukan jumlah sebenar keseluruhan ahli PSPSG41 disamping terdapatnya beberapa pesilat senior yang melatih secara bersendirian dan tidak mendaftarkan ahli mereka. Oleh yang demikian statistik di atas yang berjumlah 810 adalah keahlian sejak tahun 1996.

6 KEGIATAN TAHUNAN

Berikut adalah beberapa kegiatan PSPSG41 yang diungkayahkan secara berterusan (ongoing project) yang selalunya dijadikan projek tahunan perguruan.

6.1 Nobat Prasetia: Pengertian istilah menurut Kamus Dewan; NOBAT: Gendang besar, duduk di penghadapan, dihadap orang. PRASETIA: Niat atau janji yang teguh. Dalam konteks PSPSG41 “NOBAT PRASETIA” adalah satu majlis beradat yang menandakan bermulanya kegiatan perguruan, didasari oleh semangat dan kesatuan, dalam rangka memajukan

Page 7: 2008 Laporan

PersatuanPencak silat Gerak 41. Disamping itu NOBAT PRASETIA juga adalah simbolik membuka gelanggang bagi tiap-tiap cawangan PSPSG41 oleh Ketua Gelanggang (Jurulatih) masing-masing mengikut adat, adab dan tertib yang ditentukan. Jadi Nobat Prasetia adalah acara pembukaan PSPSG41 apabila memasuki musim atau tahun baru.

6.2 Hari Kebangsaan: KKBS melalui Bahagian Kebudayaan hampir setiap tahun turut melibatkan PSPSG41 bagi acara persembahan padang.

6.3 Demo Silat: Demonstrasi Pencak Silat adalah instrumen utama persatuandalam mengembangkan cawangan ke seluruh negara sekaligus sebagai alat untuk me“recruit” ahli-ahli baru. Biasanya sasaran Demo Silat adalah sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan dengan kerjasama Pengetua atau Guru Besar sekolah berkenaan.

6.4 Tamu Silat: Projek ini baru diperkenalkan pada tahun 2000 yang insya-Allah akan dijadikan sebagai acara tahunan. Tamu Silat bertujuan mempertemukan perguruan-persatuansilat dalam satu gelanggang yang dipenuhi rasa persaudaraan. Dengan demikian masing-masing persatuandiberi kesempatan menampilkan aliran permainan sebagai promosi persilatan mereka.

6.5 Kem Kerabat: Kem Kerabat dihasratkan dapat menampung dan mengisi musim cuti sekolah ahli-ahli (kerabat) PSPSG41 dengan aktiviti-aktiviti sehat dan positif yang bersifat educational dalam masa yang sama cuba menanamkan semangat sepersatuanwalaupun berlainan cawangan. Jadi Kem Kerabat adalah media persatuanuntuk menghimpunkan seluruh kerabat yang aktif untuk berekreasi bersama keluarga di musim cuti penggal persekolahan.

6.6 Ekspedisi Silat: Ekspedisilat adalah merupakan kembara atau perjalanan kerabat yang kanan (senior) ke destinasi-destinasi tertentu dalam rangka memperkaya dan memantapkan pelajaran yang diterima.

6.7 Doku Silat: Persatuanjuga cuba mendokumentasikan (merakamkan) secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat teknik-teknik tempur, jurus, bunga, langkah, jalan dan sebagainya untuk rujukan sesama kerabat khususnya para Jurulatih cawangan.

Page 8: 2008 Laporan

6.8 PANCA: PANCA adalah akronim bagi Pertandingan Antara Cawangan PSPSG41. PANCA diadakan bagi memilih wakil rasmi PSPSG41 ke setiap kejuaraan daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa.

6.9 Hari Keputeraan: Seperti biasa setiap kali menjelang musim perayaan Hari Keputeraan PSPSG41 akan terlibat melalui 2 jalur utama iaitu sebagai jawatankuasa penyelenggara dan juga berpartisipasi sebagai atlit pencak silat untuk sama-sama memeriahkan sambutan perayaan.

6.10 Anugerah Sukmawira: Ini adalah progam penghargaan bagi kerabat yang telah berjaya mengharumkan nama perguruan, memberi sumbangan yang bermakna, mengembangkan persatuansecara aktif, bersaing di jalur prestasi tinggi sebagai atlit elit negara dan sebagainya. Kekadang anugerah juga diberikan kepada aktivis pencak silat kalangan bukan ahli PSPSG41 sebagai mengenang dan menghargai sumbangan mereka yang turut menjulang tinggi dan mewarnai persada persilatan tanahair.

6.11 Silathon: Silathon diungkayahkan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan persatuandisamping dapat memberi sedikit sumbangan kepada - kebajikan. Semasa Silathon yang pertama PSPSG41 telah berjaya mengumpulkan sumbangan derma lebih B$10,000 ringgit daripada keluarga ahli, orang ramai dan syarikat swasta.

6.12 Bengkel Kejurulatihan: Bengkel diadakan khusus untuk para Jurulatih Muda dan Jurulatih PSPSG41 agar lebih berwibawa, dipercayai, bertanggungjawab dan yang penting agar mereka mampu menyampaikan aliran silat Gerak 41 secara benar mengikut kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah ditentukan dan materi standard yang berlaku di dalam perguruan.

6.13 Latihan Eksklusif: Latihan ini khusus untuk pesilat kanan (pemegang Arat Merah ke atas) PSPSG41 sebagai ruang untuk mengulangkaji pelajaran lalu serta pemerkasaan pesilat dengan kaedah, teknik, taktik, strategi atau ringkasnya ilmu silat yang lebih advance lagi.

6.14 UKA: UKA adalah akronim bagi Ujian Kenaikan Arat lazimnya diadakan setiap 6 bulan sekali mengikut pencapaian dan kemampuan kerabat. UKA bermula dengan peringkat Arat Putih (Asas), kemudian Arat Kuning

Page 9: 2008 Laporan

(Rendah), seterusnya Arat Merah (Menengah), baru naik ke Arat Hijau (Lanjutan) yang membawa pangkat Jurulatih Muda, terakhir diadakan ujian ke Arat Hitam (Tinggi) iaitu kelayakan sebagai Jurulatih penuh. Biasanya peningkatan dari Arat Putih membawa ke Arat Hitam memakan masa 7 tahun.

6.15 Seri Pahlawan: Seri Pahlawan adalah gelar kumpulan yang diberikan kepada 10 orang kerabat PSPSG41 yang telah diserapkan dalam Seri Irama Group. Melalui Group ini mereka turut mempromosikan persilatan Gerak 41 di jalur performing art secara professional.

6.16 Trasila: Kegiatan PSPSG41 biasanya diakhiri dengan Trasila iaitu singkatan bagi Tratak Silaturrahim. Trasila berfungsi sebagai majlis penutup gelanggang atau penutup kegiatan persatuansetiap hujung tahun, majlis juga diteruskan dengan Mesyuarat Akhir Tahun bagi merumuskan, menilai dan merancang kegiatan tahun berikutnya.

7 KEGIATAN INTELEKTUAL DAN E-SILAT

7.1 Dengan perkembangan kegiatan, keahlian dan cawangan PSPSG41 telah memperkenalkan sebuah newsletter rasmi persatuandengan nama Warta Gerak 41. Dengan warta ini pihak pengurusan dan pentadbiran pusat dapat memberitahukan perkembangan semasa dan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh seluruh kerabat PSPSG41. Dengan maklumat atau cerita yang sama diharapkan dapat pula menanamkan citarasa, jatidiri dan semangat sepersatuanyang murni.

7.2 PSPSG41 juga kerap menyumbangkan artikel mengenai kegiatan semasa persatuankepada Media Permata atau mendapat liputan oleh Borneo Bulletin. Disamping media cetak tempatan artikel PSPSG41 juga dipaparkan dalam kolum khas oleh majalah luar negeri seperti Majalah Seni Beladiri Malaysia.

7.3 Signifikan disebut persepsi kalangan reformis PSPSG41 bahawa perkembangan Information and Communication Technology sangat wajar dimanipulasikan sebagai wahana menduniakan pencak silat Brunei Darussalam. Atas landasan pemikiran ini al-Hamdulillah PSPSG41 telah berjaya melancarkan Laman Web rasmi persatuandi alamat http://www.silatbrunei.org. Perkembangan terbaru

Page 10: 2008 Laporan

PSPSG41 turut menggunakan Egroup juga atas alamat [email protected] sebagai forum menyampaikan informasi dan komunikasi sesama kerabat. PSPSG41 juga memanfaatkan internet untuk menyimpan dokumen-dokumen penting persatuandi http://www.freedrive.com Sedikit cerita dari e-silat ini PSPSG41 telah menerima ucapan penghargaan, salam perkenalan bahkan keinginan untuk belajar dengan PSPSG41 dari USA, UK, Afrika Selatan dan sebagainya.

LAPORAN KEGIATANPERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN 1995

Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI

29.1.1995 / 2.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: Penutupan Gelanggang dan Persidangan Agung pertama PSPSG41. Tetamu Kehormat majlis ialah Awang Sumadi bin Sukaimi, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

FEBRUARI

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya `Adi il-Fitri.

MAC

19.3.1995 / Ahad / 2.00 petang / Bilik Mesyuarat, Stadium Negara Hassanal Bolkiah: Majlis Dialog JBS & MBDBM dan Kerabat. DP, YDP, TYDP dan SUA sebagai perwakilan PSPSG41 telah turut diundang oleh MBDBM bagi menghadiri Majlis Dialog tersebut berkisar sekitar pergerakan belia dan pembangunan negara. Majlis merasakann perlunya memikirkan semula arah perjalanan belia. Sewajarnyalah fokus pergerakan belia menjurus ke arah melahirkan belia berkualiti, seimbang dan berdaya maju. Pedoman hidup belia adalah Berjihad Untuk Mencapai Kemenangan dan Keredaan Allah. Majlis menyimpulkan; 1. Perlunya model program belia, 2. Wujudkan jaringan (network)/rangkaian kerja antara sesama organisasi belia dan JBS, 3. Tempat pelaksanaan aktiviti belia yang bersesuaian,4. Program belia yang sifatnya semi akademik, 5. Sikap kepemimpinan.

Page 11: 2008 Laporan

24.3.1995 / Jum`at / 2.00 petang / Rumah DP (Tuan Haji Musa): Mesyuarat Tergempar yang pertama selepas Sidang Agung. Hadir: DP, YDP, TYDP, NYDP I, NYDP II & SUA. Sidang mesyuarat membincangkan dan mengesahkan pengunduran diri Makmun bin Hj. Masri selaku NYDP I. Majlis melantik Abdullah bin Hj. Abd. Rahman (NYDP II) bagi menyandang jawatan NYDP I yang baru. Majlis juga sepakat melantik Hj. Abd. Wahab bin Hj. Salleh bagi menduduki jawatan NYDP II yang baru dikosongkan.

APRIL

6.4.1995 / Khamis / 9.00 pagi – 4.00 petang: Lawatan ke Pasukan Polis Di-Raja Brunei dan Demonstrasi Pencak Silat. Seramai lebih kurang 40 orang ahli termasuk Guru Utama dan Jurulatih telah mengikuti lawatan tersebut, antara bahagian-bahagian yang dilawati ialah Kawat, Rusuhan (RU), Kelas, Model Mahkamah, Model Balai Polis & Lock-Up, dan Dewan Persidangan. Di Dewan Persidangan ahli-ahli telah mendengarkan ceramah khas bertajuk Jenayah Belia – Penglibatan Dalam Dadah. Selesai sesi ceramah PSPSG41 berpeluang pula mempersembahkan demonstrasi Pencak Silat di hadapan Timbalan Penguasa Polis/Pesuruhjaya Polis dan Pegawai-Pegawai Kanan, disamping peserta dan penonton bagi pertandingan akhir Bola Tampar Pasukan Polis Di-Raja Brunei. Bahagian terakhir yang dilawati selepas demo ialah Cawangan Lalulintas dan Peronda.

17.4.1995 – 11.6.1995 / 3.00 – 6.00 petang / Gelanggang Pencak Silat, SNHB: Kursus Wasit Juri. Mewakili PSPSG41 ialah Rozaiman, Ak. Shamsul Bahri, Mohd. Arshad dan Mohd. Alif Syafi‘i. Kesemua mereka telah berjaya menamatkan Kursus Wasit Juri dengan cemerlang, yang berlangsung selama 8 minggu setiap hari Jum`at dan Ahad.

MEI

18.5.1995 / Khamis / 9.00 - 11.00 pagi / Bilik Gerakan Silaturrahim, Pejabat Daerah Brunei dan Muara: Mesyuarat Pertandingan Silat Cakak Asli Brunei, Pencak Silat Melayu, Pencak Silat Olahraga dan Pencak Silat Seni sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan. Hadir: DP, YDP dan SUA. Wakil PSPSG41 telah menyuarakan tentang nasib Pencak Silat Seni yang semakin diketepikan dan kurang diberi perhatian sebagaimana Pencak Silat Olahraga dan seterusnya mencadangkan agar Pencak Silat Seni turut dipertandingkan dalam acara Pencak Silat sempena Hari Keputeraan.

JUN

6.6.1995 / Selasa / 8.30 – 9.00 pagi: YDP dan SUA mengadakan perjumpaan dengan Guru Besar dan Guru Pengawas ECA Sekolah Rendah Mata-Mata Gadong bagi membincangkan kemungkinan dan kesediaan Guru Besar membenarkan PSPSG41 membuka gelanggang dan menjalankan latihan Pencak Silat dengan menggunakan Dewan SRMM. Jawapan yang diterima adalah positif dan disambut baik oleh pihak sekolah.

7.6.1995 / Rabu / 2.00 petang / Bilik Gerakan Silaturrahim, Pejabat Daerah Brunei dan Muara: Mesyuarat Teknikal. Iaitu membincangkan persiapan bagi pertandingan Pencak Silat sempena Hari Keputeraan. Antara agenda yang dibincangkan saranan dan buah fikiran wakil PSPSG41 dalam mesyuarat 18.5.1995 telah diberi perhatian dan dipertimbangkan. Hasilnya, ahli sidang telah memutuskan untuk meniadakan Pertandingan Pencak Silat Olahraga sempena Hari Keputeraan ini dan digantikan dengan Pertandingan Pencak Silat Seni. Ini merupakan suatu yang bermakna bagi

Page 12: 2008 Laporan

PSPSG41 dalam upaya memartabatkan Pencak Silat Seni khususnya yang identik dengan Negara Brunei Darussalam.

13.6.1995 / Selasa / 5.30 petang / Bilik Mesyuarat SNHB: Mesyuarat Pertandingan SCAB dan PSM sempena Hari Keputeraan. Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri oleh YDP PERSIB. Wakil PSPSG41: DP, YDP, TYDP dan SUA. Agenda mesyuarat 1. Pertandingan SCAB dan PSM, 2. Pertandingan PS Olahraga, 3. Persembahan Pencak Silat.

16.6.1995 – 17.6.1995 / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: Pertandingan Olahraga Pencak Silat Terbuka, PERSIB. Beberapa tenaga utama dalam PSPSG41 telah dilantik menjadi jawatankuasa dan dipinjamkan bagi sama-sama menjayakan pertandingan tersebut, antara mereka ialah; DP (Hj. Musa): Duduk di Dewan Pendekar. YDP (Hj. Ibrahim): Penyambut Tetamu dan Pengawas Jemputan. TYDP (Cikgu Nasib): Penjaga Masa. NYDP I (Abdullah): Penjaga Lampu. SUA (Cikgu Rusli): Juruacara I. B (Jasmin): Pemukul Gong. TB (HJ. Ramlee): Pemukul Gong. AK. Shamsul Bahri: Juruacara II. Mohd. Arshad: Pemungut Kertas Penilaian.

20.6.1995 / Selasa / 9.00 – 10.30 pagi / Bilik Gerakan Silaturrahim, Pejabat Daerah Brunei dan Muara: Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan SCAB & PSM dan Persembahan Pencak Silat sempena Hari Keputeraan. Hadir DP, YDP dan SU. Agenda: Ramai dan peserta perlawanan, Perincian perlawanan, Persembahan dan lain-lain.

21.6.1995 / Rabu / 9.00 pagi / Bilik Bacaan, Pusat Belia: Taklimat Jama`ah Hakim SCAB & PSM sempena Hari Keputeraan.

23.6.1995 / Jum`at / 9.30 – 10.30 pagi / Dewan Gerak Badan Polis Jerudong: DP, YDP, SUA mengadakan perjumpaan dan taklimat dengan Pg. Bakar dan Pg. Sabtu antara ahli Dewan Guru (DG) PSPSG41 bagi membincangkan kemungkinan membuka gelanggang di Balai Polis Jerudong bagi anak-anak remaja Polis sekitar Balai Polis Jerudong. Latihan insya-Allah akan dimulakan hari Ahad ini.

25.6.1995 / Ahad / 9.00 – 10.30 pagi / Dewan Gerak Badan, Balai Polis Jerudong: Latihan pertama bagi ahli-ahli baru PSPSG41 cawangan Balai Polis Jerudong.

_____ / 3.00 petang / Pusat Belia: Cabutan undi untuk peserta-peserta yang menyertai Pertandingan SCAB & PSM bagi kategori Remaja dan Dewasa.

26.6.1995 – 28.6.1995 / 2.00 petang / Dewan Muhibbah: Latihan Persembahan Pencak Silat sempena Hari Keputeraan bagi wakil-wakil persatuanyang terlibat iaitu guru dan jurulatih.

30.6.1995 – 1.7.1995 / Jum`at dan Sabtu / Dewan Muhibbah: Pertandingan SCAB & PSM pusingan awal sempena Hari Keputeraan.

JULAI

2.7.1995 / Ahad / 7.30 malam / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: Pertandingan SCAB & PSM sempena Hari Kepuetraan peringkat separuh akhir dan akhir. Ariffin peserta PSPSG41 berjaya masuk ke peringkat akhir bagi SCAB kategori remaja manakala Rozaiman, Mohd. Ali Hanafiah dan Idris berjaya ke peringkat akhir bagi PSM kategori Dewasa.

11.7.1995 – 13.7.1995 / Sehari suntuk / Dewan Muhibbah: Pertandingan Pencak Silat Olahraga Remaja.

Page 13: 2008 Laporan

14.7.1995 / Jum`at / 8.00 pagi – 5.00 petang / Dewan Muhibbah: Pertandingan Pencak Silat Seni.

21.7.1995 / Jum`at / 2.00 petang – 11.00 malam / Pusat Belia: Pertandingan SCAB, PSM dan PSS (Pencak Silat Seni) peringkat kebangsaan 1995. Dan pertandingan akhir Pencak Silat Olahraga terbuka PERSIB. DP (Hj. Musa) dilantik menjadi Pengurus Pasukan bagi Daerah Brunei dan Muara. YDP (Hj. Ibrahim) pula dilantik memegang jawatan Jurulatih Seni bagi Daerah Brunei dan Muara sekaligus selaku Pengawas Peserta. TYDP – Pemyambut Tetamu, NYDP I – Pemukul Gong, SUA – Juruacara, B & TB – Penjaga Masa.

22.7.1995 / Sabtu / 8.00 malam / Pusat Belia: Pertandingan diteruskan bagi acara akhir SCAB, PSM dan PSS.

24.7.1995 – 25.7.1995 / Pusat Belia: Pertandingan Pencak Silat peringkat kebangsaan diteruskan dan penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderamata kepada jawatankuasa dan para wasit, juri dan hakim.

30.7.1995 / Ahad / 9.00 pagi – 12.00 tengahari / Tanjung Bunut: PSPSG41 terlibat sama dalam Majlis KDYMM Bersama Rakyat bagi Daerah Brunei dan Muara di Sekolah Menengah Saiyyidina Hassan bagi acara 1. Persembahan Seni Pencak Silat Gabongan PERSIB, 2. Memata-matai bahan pameran bagi kejirana dan belia.

OGOS

6.8.1995 / Ahad / 9.00 pagi: PSPSG41 dikiutsertakan dalam Perarakan Berganduri bersama Jawatankuasa Kejiranan Kampung, Pasukan Polis Di-Raja Brunei sempena perayaan Hari Keputeraan.

7.8.1995 – 14.8.1995 / Gelanggang Pencak Silat, SNHB: Kursus Jurulatih Pencak Silat Olahraga, kali pertama 1995. Mewakili PSPSG41: YDP, NYDP dan Hamidon bin Othman.

SEPTEMBER

16.9.1995 / Sabtu / 7.30 – 8.00 pagi / RTB: SYA diundang ke Studio 1, RTB bagi diwawancarai dalam rancangan Rampai Pagi, bersama pengacaranya Hj. Bahmin. To[pik wawancara ialah mengenai Majlis Pembukaan Gelanggang, Penyerahan Arat dan Perlantikan Jurulatih Muda yang dilangsungkan pada 17hb. September, 1995 di Pusat Belia mulai jam 2.30 petang.

17.9.1995 / Ahad / 2.00 petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: Majlis Pembukaan Gelanggang, Penyampaian Arat dan Perlantikan Jurulatih Muda PSPSG41. Tetamu Kehormat YAM Pg. Penggawa Pg. Hj. Mokhtar Puteh bin Pg. Hj. Rajid YDP PERSIB. Sebelah pagi AJK membuat persiapan teknikal, jamuan dan lain-lain. Tepat jam 1.00 petang para ahli berkumpul, 200 petang jemputan dan para ibu-bapa/penjaga ahli hadir. Kira-kira 2.45 petang majlis dimulakan. Kumpulan Putra Seni (KPS) tuturt diundang bagi mengiringi majlis dengan orkestra gulintangan. Majlis berjalan lancar, lebih teratur, kemas dari yang pertama. Kehadiran juga memuaskan baik ahli mahupun badasn induk, PERSIB. Antara yang turut hadir SUA PERSIB, Hj. Alidon, Hj. Kuming, Pg. Hj. Jaluddin, Hj. Zulkifli, Hj. Pulau, Guru Silat Cengkaman Harimau Ghaib (Sulaiman) dan ahli-ahlinya, Pengetua SMAS, Timbalan Pengarah JBS dan Penasihat

Page 14: 2008 Laporan

PSPSG41 Awang Sumadi. Ahli-ahli cawangan Jerudong, Temburong, SMAS, SMML, UBD, Pusat Belia dan Gelanggang Utama. * Satu dari slot yang cukup mengharukan Pg. Penggawa ketika membuat sabda semena-mena mengalirkan air mata. Mungkin mengingatkan penerimaan, pergolakan dan pergerakan persilatan tanahair. Pada majlis seumpama ini yang pertama, semasa membuat sabda juga, YAM telah mengumumkan PSPSG41 sebagai persatuancontoh.

27.9.1995 / Rabu / 2.30 petang / Pejabat Pemangku Timbalan Pengarah, JBS: Secara tidak formal mengadakan dialog bersama Awang Sumadi. Hadir dalam majlis dialog ini DP, YDP, TYDP, SUA dan Hj. Pulau. Hasil perbincangan sangat memberangsangkan dan lunak-lunak belaka. Dialog adalah sekitar hura-hura mengadakan pertandingan SCAB & PSM yang disempenakan dengan Jubli Perak BSB, Awang Sumadi mengalu-alukan projek yang dicadangkan.

30.9.1995 / Sabtu / 8.00 pagi / Pejabat Pg. Penggawa / Istana Darul Hana: Muzakarah dengan Pg. Penggawa bagi emaklumkan dan merestui projek yang bakal diungkayahkan, selaku YDP PERSIB. YAM merestui dan menasihatkan agar projek disegerakan.

OKTOBER

1.10.1995 / Ahad / 11.00 pagi: Majlis Perkahwinan bagi Hj. Ramli bin Hj. Mat Suhaili, salah seorang pemegang arat hitam, Jurulatih PSPSG41.

Sebelah petang pukul 2.00 DP, YDP, TYDP, NYDP I, SUA dan Hj. Pulau bermuzakarah di rumah DP bagi membincangkan cadangan projek Pertandingan Pencak Silat sempena Jubli Perak BSB.

5.10.1995 / Khamis / 8.45 – 9.45 pagi / Studio 1, RTB: SUA sekali lagi diwawancarai dalam Rampai Pagi dengan pengacara Helen Thu. Topik wawancara ialah Perkampungan Gerak 41 kali ke 10 (penggambaran) 1995. Bertempat di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar, pukul 8.00 pagi pada hari Ahad, 8hb. Oktober, 1995.

8.10.1995 / Ahad / 8.00 pagi – 12.00 tengahari / Arena Serbaguna, Taman Rekreasi Bukit Shahbandar: Buat kali yang ke 10 PSPSG41 berkesempatan lagi mengungkayahkan penggambaran Seni Pencak Silat, aliran Gerak 41. Hari ini juga merupakan hari kemasukan tidak rasmi ahli-ahli cawangan Maktab Duli PMAMB, Gadong.

12.10.1995 / Khamis 2.00 petang / Pejabat Awang Sumadi, JBS: Dialog II bersama Awang Sumadi bagi persiapan cadangan projek Pertandingan Pencak Silat sempena Jubli Perak BSB. Hadir bersama YDP, TYDP dan Hj. Pulau.

14.10.1995 / Sabtu / 7.00 – 11.00 malam / Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa: Majlis Brunei Darussalam – India Tourism Promotions Festival. PSPSG41 turut diundang bersama-sama kumpulan kebudayaan, KKBS NBD bagi menjayakan majlis tersebut di atas, bagi satu pakej persembahan kebudayaan Brunei Darussalam termasuk Seni Pencak Silat sebagai salah satu dari item budaya yang dipromosikan. Hadir YDP, TYDP, SU, B, TB dan ahli-ahli.

17.10.1995 / Selasa / 3.00 petang / Dewan Persidangan, Maktab Duli PMAMTB: Majlis Perjumpaan antara perwakilan dari PSPSG41 pusat dan ahli-ahli PSPSG41 cawangan MD. Hadir: DP, YDP, TYDP, SU, Guru Pengawas Cikgu Markandi, Pengerusi Rozaiman dan ahli-ahli seramai lebih 30 orang.

Page 15: 2008 Laporan

21.10.1995 / Sabtu / petang: Dialog Informal (susulan) bersama Cikgu Sumadi.

23.10.1995 / Isnin / 2.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: Perjumpaan pertama perwakilan dari PSPSG41, Karate (Shito Ryu), Tae Kwon Do dan Tai Chi. Wakil PSPSG41 DP, YDP dan SUA. Perjumpaan adalah bagi membincangkan cadangan projek Festival Seni Beladiri.

29.10.1995 / Ahad / 7.30 malam / Dewan Legar, Pusat Belia: Perjumpaan Rasmi perwakilan jawatankuasa (PSPSG41, JBS dan PERSIB) yang pertama bagi membincangkan cadangan projek pertandingan pencak silat sempena Jubli Perak BSB. Antara yang hadir Awang Sumadi dan anak buah (Pegawai-Pegawai Kanan JBS), wakil PERSIB Hj. Pulau dan Pg. Hj. Tajuddin.

NOVEMBER

6.11.1995 / Isnin / 2.30 petang / Dewan Legar, Pusat Belia: SUA PERSIB Hj. Adinin meminta untuk berjumpa dengan AJK PAPASG41 iaitu perjumpaan awal bagi menumbuhkan kefahaman tentang projek kerjasama pertandingan pencak silat anatar PSPSG41, JBS dan PERSIB yang sudah sampai ke pengetahuan YDP PERSIB. Terutamanya soal penyaluran kewangan dan bentuk kerjasama.

16.11.1995 / Khamis / 3.20 petang / Bilik Persidangan SNHB: Mesyuarat JBS, PERSIB, PSPSG41 dan perwakilan persatuangabungan PERSIB. Membincangkan cadangan projek PSPSG41 yang akan diselajurkan dengan semacam “Gelanggang Silih Berganti” yang dibuat di Indonesia, cadangan YDP PERSIB. Keputusan sidang, pengerusi majlis yang juga selaku YDP PERSIB dengan secara rasmi menunjuk PSPSG41 selaku pelaksana projek yang dicadangkan. Bentuk kerjasama yang dipersetujui adalah projek dianjurkan oleh PERSIB dan JBS dan dikendalikan oleh PSPSG41.

__.11.1995 / Bubungan 12: Beberapa orang ahli PSPSG41 bersama ahli-ahli persatuanlain dan AJK PERSIB mewakili PERSIB bagi Bengkel Gulintangan selama beberapa hari.

DISEMBER

1.12.1995 / Jum`at / 7.30 malam / Gelanggang Pencak Silat, SNHB: Pemilihan bagi peserta Silat Seni untuk ke Selangor. Tetapi pertandingan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Doktor Pertandingan, demikian bantahan bertulis yang telah dibuat oleh PSPSG41. Jawatankuasa penganjur mengumumkan pertandingan pada malam ini dibatalkan.

3.12.1995 / Ahad / 11 pagi / Sungai Besar: Majlis perkahwinan salah seorang pemegang arat hitam, Jurulatih PSPSG41

5.12.1995 / Selasa / 7.30 malam / Ruang Terbuka bahagian bawah pintu masuk utama orang ramai SNHB: Pertandingan Silat Seni yang telah dibatalkan tempoh hari diteruskan dengan sedaya upaya memenuhi pra syarat pertandingan sebagaimana yang sewajarnya.

17.12.1995 / Ahad / 11.00 pagi / Kg. Tarap Bau: Majlis perkahwinan bagi Abdullah bin Hj. Untong salah seorang pemegang arat hitam, Jurulatih PSPSG41.

20.12.1995 – 28.12.1995 / Selangor, Malaysia: DP, YDP dan pesilat-pesilat kanan PSPSG41 yang telah memenangi pertandingan silat seni semasa pemilihan khas yang diadakan pada 5hb. Disember, 1995 lepas mewakili NBD selaku kontinjen rasmi

Page 16: 2008 Laporan

negara bagi menyertai Festival Silat Seni Nusantara ke II di Selangor, Malayisa. PSPSG41 akan bertandingan dalam kategori Tari Solo Tangan Kosong – Mohd. Ali Hanafiah, Tari Solo Bersenjata – Hj. Ramli, Tempur Kosong – Hairo Faizal & Mohd. Ali Hanafiah dan Masal. Sementara bagi kategori Tempur Bersenjata pula diwakili oleh pesilat dari Silat Cengkaman Harimau Ghaib. Turut menyertai ahli rombongan ialah DP, Tuan Hj. Musa yang dilantik menjadi hakim, Hj. Ibrahim selaku Jurulatih, Cikgu Nasib (TYDP) dan Pg. Sabtu selaku pemerhati PSPSG41. TYDP berkesempatan juga menghadiri Konvensyen Dunia Persilatan dan Pembangunan menjelang abad 21 selaku wakil tidak tercatat negar.

31.12.1995 / Ahad / 2.00 petang: DP, YDP, B dan beberapa ahli-ahli cawangan pusat (BSB) berangkat ke Temburong bagi persiapan awal pembukaan gelanggang bari di Daerah tersebut. Perasmian Gelanggang PSPSG41 cawangan Kg. Piasau-Piasau, Temburong iaitu cawangan kedua dibuka di Daerah Temburong selepas cawangan Mukom Amo akan dilakukan oleh Pegawai Daerah sendiri, dan dipengerusikan oleh Pegawai Kanan, Jabatan Penerangan Daerah Temburong. Sementara Penghulu dan Ketua Kampung berkenaan pula masing-masing dilantik menjadi penasihat bersama cawangan. Pembukaan rasmi ini akan berlangsung pada 1.1.1996.

Page 17: 2008 Laporan

LAPORAN KEGIATANPERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN 1996

Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang ,Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI

1.1.1996 / Isnin / 9.30 - 11.00 pagi / Kg. Piasau-piasau, Temburong: PEMBUKAAN RASMI CAWANGAN PSPSG41 dan Penyerahan Arat bagi Gelanggang Kg. Piasau-piasau (22 km dari Pekan Bangar) seramai 53 orang ahli berdaftar. Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Hj. Maidin bin Ahmad, Pegawai Daerah Temburong. Cawangan Kg. Piasau-piasau dan majlis hari ini dipengerusikan oleh Awg. Sarkawi bin Hj. Salleh Mohammad, Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan, Daerah Temburong selaku wakil bersekutu PSPSG41 bagi Daerah Temburong.

5.1.1996 / Jum‘at / 8.00 - 10.00 malam / Rumah Pengantin, Kg. Setia B: Guru Utama, Jurulatih dan beberapa orang pesilat telah bertandang ke Rumah Awang Rusli Bujang, Setiausaha dan Ketua Jurulatih yang akan melangsungkan perkahwinan pada 7hb. Januari. Beliau telah menganjurkan Mini Sayembara Pencak Silat Seni sempena Malam Berjaga-jaga di rumah beliau sendiri.

7.1.1996 / Ahad / 2.00 petang / Rumah Pengantin, Kg. Setia B: Majlis Perkahwinan bagi Setiausaha dan Ketua Jurulatih PSPSG41, Awang Rusli Bujang. SELAMAT BERAJA SEHARI.

13.1.1996 / Sabtu / 3.30 petang / Britainia House - Rangmahal: Rundingan Tidak Rasmi - DP, YDP, TYDP, NYDP dan Setiausaha berunding bagi menganjurkan projek Pertandingan SCAB & PSM dan Perkampungan PERSIB (Gelanggang Silih Berganti).

17.1.1996 / Rabu / 2.00 petang / Rumah Pg. Penggawa: Perjumpaan dengan Pengiran Penggawa - DP, YDP dan SU telah berjumpa Yang Amat Mulia Pg. Penggawa di pejabat Istana Darul Hana, bagaimanapun YAM telah “berpencen” jadi kami menjumpai YAM di tempat kediaman YAM jalan Tutong, bagi membincangkan usulan YAM agar PSPSG41 mengungkayahkan “Gelanggang Silih Berganti”.

FEBRUARI

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya ‘aidi l-Fitri.

MAC

3.3.1996 / Ahad / 2.00 petang / Rumah Baru Guru Tua, Kg. Burung Lepas: Sambutran Hari Raya. Kerabat G41 berkumpul di rumah Guru Tua, Tuan Haji Musa bin Pengarah Hj. Jair bagi menyambut Hari Raya kemudian bertandang ke rumah Guru Utama, Tuan Haji Ibrahim bin Hj. Mohd. Yussof. Semasa di rumah Guru Tua, majlis diteruskan dengan pemberitahuan tidak rasmi mengenai “Gelanggang Silih Berganti”, Festival Seni Bela Diri dan Demo Pencak Silat.

23.3.1996 / Sabtu / 9.00 - 11.00 pagi / Dewan Serbaguna, SM Sayyidina Hassan: DEMO PENCAK SILAT - Guru Tua, Guru Utama, Ketua Jurulatih, Jurulatih I & II dengan 29 pesilat pilihan telah berangkat ke SM Sayyidina Hassan bagi membuat satu

Page 18: 2008 Laporan

pertunjukan khas aliran Pancak Silat Gerak 41 sekaligus membuka dan merasmikan Cawangan PSPSG41 di SM Sayyidina Hassan.

APRIL

12.4.1996 / Jum‘at / 2.30 petang / Kantin, Maktab Duli: UJIAN KENAIKAN PERINGKAT - bagi Cawangan Maktab Duli. Ujian telah dihadiri dan dinilai oleh Guru Utama, Guru III (Makmun), Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih, Jurulatih I & II, Jurulatih Muda dan beberapa pesilat bantu.

19.4.1996 / Jum‘at / 2.30 petang / Kantin Maktab Duli: perkara 12.4.1996 disambung lagi.

21.4.1996 / Ahad / 8.30 - 10.10 malam / Jln. Manggis Dua: PAKATAN FUTURIS G41 - Generasi Pewaris ke 3 - Pergerakan G41 suatu penilaian. Hadir Rusli, Jasmin, Roszaiman, Sukardi, Zulikram.

25.4.1996 / Khamis / 7.00 - 11.00 malam / Jln. Manggis Dua: PAKATAN FUTURIS G41 II - Hadir Rusli, Jasmin, Roszaiman, Nurulhikam, Hanafi, Yusra, Ghafar.

MEI

5.5.1996 / Ahad / 2.00 - 4.00 petang / Auditorium Maktab Duli: MAJLIS PENYAMPAIAN ARAT bagi pesilat-pesilat Cawangan Matab Duli. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Cikgu Bujang bin Mas‘ud, Pemangku Pengetua MDPMAMB. Hadir sama Guru-guru Kanan Maktab Duli, Guru Moksin Limbang, ahli-ahli Cawangan Sayyidina Hassan, Cawangan Kg. Piasau-piasau dan Cawangan Pusat.

15.5.1996 / Rabu / 9.40 - 10.00 pagi / RTB: Guru Tua dan Setiausaha telah diwawancarai dalam rancangan Rampai Pagi RTB bagi Sayembara Pencak Silat Seni Intra Perguruan.

16.6.1996 / Khamis / 2.00 - 4.00 petang / Rumah Pg. Jaya Indera: DP, YDP dan SU “menjarum-jarumi” serta mengingatkan YAM akan jemputan PSPSG41 bagi majlis Sayembara Pencak Silat Seni Intra Persatuanyang mana YAM nanti adalah Tetamu Kehormat di majlis itu nanti.

19.5.1996 / Ahad / 2.00 - 6.00 petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: SAYEMBARA PENCAK SILAT SENI INTRA PERSATUAN- Tetamu Kehormat ialah Pengiran Jaya Indera, YDP PERSIB. Ini adalah satu acara yang gilang-gemilang sekali yang telah diungkayahkan oleh G41 dengan penuh kesungguhan dan dalam semangat kekeluargaan. Sayembara ini adalah bermaksud mempersiapkan dan mendedahkan ahli, mengeratkan rasa seperguruan, menonjolkan kelainan aliran G41 dan menghalusi teknik. Buat pertama kalinya PSPSG41 telah mengendalikan majlis seumpama ini dengan “cuba” memenuhi syarat atau peraturan pertandingan antarabangsa, termasuklah di segi teknikal pertandingan, lengkap dengan doktor dan para juri. Untuk Sayembara ini Gelanggang Pusat dan Awang Semaun menghantar - 2 pasukan, Pusat Belia - 1, Mukim Lumapas - 2, Maktab Duli - 2, Sayyidina Hassan - 2, dan Mukim Amo & Kg. Piasau-piasau - 1. Akhirnya Gelanggang Awang Semaun berjaya meraih gelar Juara Keseluruhan.

24.5.1996 / Jum‘at / 2.30 petang / Rumah Baru Guru Utama, Kg. Mata-mata: Ahli Jawatankuasa Eksekutif G41 telah berkumpul bagi membincangkan ide mengadakan Majlis Do‘a Kesyukuran bagi Kenaikan Pangkat Gelaran bagi YAM Pg. Penggawa menjadi Pg. Jaya Indera dan Selamat Sempurnanya Sayembara PSSIP.

Page 19: 2008 Laporan

30.5.1996 / Khamis / 2.30 petang / Rumah Pg. Jaya Indera, Jln. Tutong: DP, YDP dan SU mengadakan pertemuan dengan YAM Pg. Jaya Indera tentang undangan ke Majlis Do‘a Kesyukuran yang akan diadakan pada 9hb. Jun di Dewan Pelangi bermula jam 2.00 petang. YAM tidak ada halangan. Teruskan sabda YAM.

JUN

1.6.1996 / Sabtu / 2.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PERSIB. Antara “tuah” atau sebaliknya keputusan mesyuarat melantik beberapa kerabat PSPSG41 terdiri dari HJ. Musa dilantik TYDP, Cg. Rusli selaku SUK, Cg. Nasib selaku TB dan Hj. Ibrahim selaku KLPSS.

* Mulai dari saat ini wujud konflik dalaman dan luaran, baik yang menyentuh soal organisasi, teknikal mahupun peribadi, samada yang menyangkut pengurusan dan pentadbiran PSPSG41 sendiri mahupun PERSIB sebagai badan induk. Ternyata “politik orang silat” menjejaskan kemajuan dan keharmonian G41 sendiri. Secara sederhana dapat dikatakan bahawa keterlibatan G41 di dalam Kebangsaan banyak mendatangkan yang “kurang baiki dari yang baik.”

7.6.1996 / Jum‘at / 2.00 - 6.00 petang / Dewan Serbaguna, SM Mukim Lumapas: UJIAN KENAIKAN PERINGKAT (Putih ke Kuning) bagi 28 pesilat Cawangan SM Mukim Lumapas, 2 pesilat Cawangan Awang Semaun, 1 pesilat Cawangan Pusat Belia dan 2 pesilat cawangan Pusat.Ramai pesilat: Putera 17 orang, puteri 15 orang. Sementara 2 pesilat putera dinaikkan ke arat Merah. Firdaus diumumkan sebagai Pesilat Terbaik Putera sementara Nurul Safinah dipilih sebagai Pesilat Terbaik Puteri. Firdaus juga adalah Pesilat Harapan.Hadir: Guru Utama, Guru II (Hj. Wahab), Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih, Hj. Ramlee, Jasmin dan Roszaiman. Pesilat dari cawangan Maktab Duli juga turut membantu dan menyemarkkan majlis.

9.6.1996 / Ahad / 2.00 - 4.00 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia: MAJLIS KESYUKURAN KENAIKAN PANGKAT GELARAN PENGIRAN PENGGAWA YDP PERSIB MENJADI PENGIRAN JAYA INDERA & SELAMAT SEMPURNANYA MAJLIS SAYEMBARA PENCAK SILAT SENI INTRA PERGURUAN. Kehadiran Istimewa Awang Sumadi Sukaimi, AJK Tertinggi PERSIB dan Perwakilan Cawangan G41.

JULAI

5.7.1996 / Jum‘at / Dewan Muhibbah / Lapangan Terbang Lama Berakas: Pertandingan SCAB & PSM sempena HK 1996 bagi Daerah Brunei Muara. Oleh kerana 4 “orang kuat” G41 “duduk atas kursi PERSIB” maka PSPSG41 telah banyak terlibat secara langsung sepanjang pengendalian pertandingan, daripada pembentukan jawatankuasa, penyediaan perlengkapan pertandingan sehinggalah ke saat majlis bersurai dan acara “memanyap-manyap”!

20.7 - 26.7.1996 / UBD: 9 th . ASEAN UNIVERSITY GAMES . Sebagaimana dalam pertandingan sempena Hari Keputeraan acara ini juga tidak kurang memenatkan kerabat G41, “kita menjadi penat kerana pekerjaan yang kita buat kali ini lebih berdasarkan atau kerana sebab-sebab tanggungjawab yang dipikulkan. Berlainan dengan pekerjaan yang sebelumnya yang selalu kami buat adalah bersandarkan kerelaan dan keiskian kami mengendalikan pertandingan Pencak Silat lagipun antara kami terjalin perasaan kekeluargaan yang murni!

Page 20: 2008 Laporan

26.7 - 31.7.1996 / Indoor Stadium, Stadium Negara Hassanal Bolkiah: Pertandingan Akhir SCAB dan PSM. Tetamu Kehormat ialah YAM Pg. Anak Hj. Abdul Aziz. Lagi tenaga kami disumbangkan untuk negara.

OGOS **

8.1996 / BSB: Sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan PSPSG41 menggabungkan diri (atas permintaan Jawatankuasa Tertinggi Pengawasan Kejiranan) dengan Pengawasan Kejiranan untuk menyertai acara Perarakan Berjalan Kaki.

8.1996 / Taman SOAS, BSB: Disamping terlibat dalam Perarakan Kaki PSPSG41 juga dijemput untuk membuat persembahan padang dalam Majlis KDYMM Bersama Rakyat.

SEPTEMBER **

9.1996 / KRBS, Panaga Seria: PSPSG41 diundang oleh Bahagian Silat dan Kuntau, Kelab Ria Brunei Shell, untuk membuat Demonstrasi Pencak Silat di padang bola Panaga Recreation Club. Ini adalah kesempatan yang cukup baik, kerana bersama-sama G41 yang mewakili masyarakat Pencak Silat juga turut membuat demo ialah Karate, Tae Kwan Do, Tai Chi dan Kung Fu/Wushu (Tarian Naga).

OKTOBER **

10.1996 / Gelanggang Pusat, Kg. Setia B: Buat kesekian kalinya PSPSG41 dikunjugi oleh organisasi luar, kali ini Gelanggang Pusat, Kg. Setia B dilawati oleh para Belia yang sedang menjalani kem belia anjuran JBS. Adab meyambut tetamu diraikan semeriah mungkin. Al-hamdulillah paling sedikit dengan persembahan Pencak Silat G41 telah dapat menampilkan satu pilihan lain cara hidup hari ini yang kalau anak-anak muda turuti sama akan membuahkan hasil yang positif dan menguntungkan.

NOVEMBER **

11.1996 / Gelanggang Olahraga, Stadium Negara Hassanal Bolkiah: Beberapa pesilat G41 menyertai Kursus Jurus Wajib anjuran PERSIB.

Rehat sempena musim peperiksaan.

DISEMBER **

12.1996 / BSB: Kesibukan kerabat G41 banyak tertumpu kepada acara PERSIB.

Nota Kaki

** Bermula dari bulan Julai hinggalah ke bulan Disember Setiausaha kurang aktif mencatat aktiviti-aktiviti persatuankerana komitmen sebagai Setiausaha Kehormat dalam PERSIB. Banyak-banyak mohon maaf. Sehubungan dengan ini sekiranya ada di kalangan abis kita yang menaruh catatan-catatan kegiatan katani besar harapan saya kalau catatan atu dapat katani kongsikan agar dapat saya sempurnakan laporan ani. Terima kasih.

LAPORAN KEGIATANPERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN 1997

Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang ,Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI

Page 21: 2008 Laporan

8.1.1997 / Rabu / 4.00 petang / Rumah DP, Kg. Burung Lepas: Persiapan Mesyuarat Agung - Para anggota Badan Kehormat dan Badan Eksekutif berkumpul bagi membincangkan persiapan awal sebelum mengadakan Mesyuarat Agung kali kedua.

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya ‘aidi l-Fitri.

FEBRUARI

2.1997 / Taman SOAS, BSB: PSPSG41 dipinta oleh JBS Bahagian Kebudayaan agar sama-sama meyumbangkan persembahan bagi acara padang sempena Sambutan Hari Kebangsaan. Untuk acara ini PSPSG41 dikehendaki mengumpulkan seramai 100 orang pesilat.

23 - 25.2.1997 / Dewan Serbaguna, Pusat Belia: PERTANDINGAN PENCAK SILAT TERBUKA PERSIB - Tujuannya bagi memilih pesilat ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia yang akan diadakan pada bulan April nanti. Sebahagian Jawatankuasa Eksekutif dan ahli PSPSG41 terlibat mengendalikan pertandingan dan memberikan bantuan teknikal. PSPSG41 juga menyertai pertandingan Wiragana, Wirasanggha dan Wiraloka. Keputusannya ialah Wiragana - Perak - HanafiWirasanggha - Perak - Ak. Moksin & Joe, Gangsa - Yusra & Yoi.Wiraloka Jurus Wajib - Gangsa - Ak. Moksin & rakan.Wiraloka Jurus Bebas - Emas - Hanafi & rakan, Perak - Hj. Ramlee & rakan.

MAC

7.3.1997 / Jum‘at / 2.00 - 5.00 petang / Rumah YDP PERSIB, Jln. Tutong: Rundingan Tidak Rasmi - DP, TYDP dan SUA hadir bagi menyerahkan Laporan SUK PERSIB Kejuaraan Terbuka PERSIB pada 23 hingga 25hb. Februari lalu. Juga bagi memaklumkan akan Kejuaraan Nusantara, Sukan SEA dan Kejuaraan tahun 1999.

9.3.1997 / Ahad / 3.30 - 5.00 petang / Gelanggang Terpilih, Kg. Setia B: Lawatan Silat ur-Rahim oleh PersatuanPencak Silat Pancir Muda Gayong Keceh @ Kiceh NBD. Lawatan disertai oleh AJK/Ahli Majlis Tertinggi Persatuandan AJK/Ahli Kelab Pencak Silat SR Delima Satu. Rombongan berjumlah 35 orang dan disambut oleh PSPSG41 seramai 40 orang. Rombongan pelawat diketuai oleh Hj. Adanan bin Ahad, Pengerusi PPSPMGK. Tujuan lawatan ialah bagi mengeratkan ukhuwwah islamiah dan silat ur-rahim, menambah pengalaman, pengurusan gelanggang, sikap mencintai budaya, program pertama. Rombongan disambut dengan Salam Perguruan, Alu-aluan oleh YDP, DP, SUK PERSIB (Hj. Pulau), Ucapan balas Hj. Adanan dan taklimat oleh SUA tentang pengurusan, pentadbiran dan persilatan diselang seli dengan demo Pancak Silat G41 antaranya Tiga Serampang, Langkah atas bata, Bantingan, Pukulan 15, Wirasanggha, Latihan mengesan. Persembahan balas oleh PPSPMGK Tari Silat, Pukulan, Bunga Solo Tangan Kosong, Bunga Solo Bersenjata Tek Pei dan diakhiri dengan jamuan dan ramah mesra. Sembah Penutup - Wiragana G41 dan Wiragana GK (bersenjata kipas). Persembahan akhir G41 ialah Gerak Asas 1,2 & 3 dan menutup gelanggang. Penyampaian cenderamata dan ucapan akhir, majlis berakhir kira-kira pukul 5.00 petang.Juga pada hari yang sama selesai lawatan, SUA PSPSG41 mengambil kesempatan untuk mengingatkan AJK G41 tambahan tugas bagi para KG dan SUG agar dapat menyiapkan program 1997 dan jadual latihan cawangan masing-masing. Perjumpaan berakhir kira-kira jam 7.00 malam.

13.3.1997 / Jum‘at / 8.00 malam / Rumah YDP, Kg. Mata-mata: MESYUARAT EKSEKUTIF bagi membincangkan Majlis Penghargaan Pesilat G41. Hadir DP, YDP,

Page 22: 2008 Laporan

TYDP, SUA, B, TSUA dan Nurulhikam. Sidang menetapkan bahawa majlis berkenaan akan digelar ANUGERAH SUKMAWIRA - Mengenag Jasa Mu dan Penghargaan Satria Muda G41. Cadangan gelar yang akan dianugerahkan ialah Pahlawan Laila Perkasa atau Pendekar Laila Bernudi. Majlis insya-Allah akan diadakan pada hari Ahad, 30hb. Mac bermula jam 2.00 petang. Tetamu Kehormat nanti ialah Pengarah JBS, manakala tokoh pertama yang akan dianugerahi ialah YDP PERSIB dan 20 orang pesilat G41. Majlis pada hari tersebut akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung G41 kali kedua. YDP juga mengumumkan Sinjang dan Lakar G41 yang baru menggantikan motif sinjang yang sebelumnya.

30.3.1997 / Ahad / 2.00 - 4.30 petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia BSB: ANUGERAH SUKMAWIRA - Mengenang Jasa Mu dan Penghargaan Satria Muda G41. Hadir AJT PERSIB, Pg. DP Salim, Ketua-ketua Kampong, Ibu-bapa pesilat berjumlah kira-kira 100 orang. Persembahan turut disertai oleh PPM Gayong Kiceh, Tae Kwan Do dan Tai Chi. Seramai 20 orang pesilat menerima pingat Satria G41, 18 pesilat menerima pingat Satria Muda G41 dari kesemua cawangan. Majlis selesai sekitar jam 4.30 petang. Antara Sabda Emas YAM berisi akan imbas kembali jasa Pencak Silat yang meyumbangkan pingat emas yang pertama bagi NBD dalam Sukan SEA, untuk Kejuaraan Dunia di KL nanti pesilat hendaklah tetapkan hati, yakin, konsentrasi dan kuatkan iman. YAM juga mengucapkan “terima kasih” kepada PSPSG41.

30.3.1997 / Ahad / 5.00 - 6.15 petang / Dewan Pelangi, Pusat Belia BSB: MESYUARAT AGUNG ke 2 PSPSG41. Mesyuarat Agung dihadiri oleh wakil-wakil Badan Kehormat iaitu Dewan Pendekar, Dewan Guru, Dewan Jurulatih serta ahli-ahli Badan Eksekutif. Sesuai dengan ketetapan-ketetapan di dalam Perlembagaan PSPSG41 Mesyuarat Agung kali ke 2 selamat sempurna dijalankan dengan segala kesederhanaan. Majlis diteruskan dengan lantikan pemegang jawatan baru iaitu Ketua Gelanggang dan Setiausaha Gelanggang yang iikuti dengan ikrar taat setia masing-masing.

APRIL

22.4 - 1.5.1997 / Stadium Merdeka, Kuala Lumpur: KEJUARAAN DUNIA PENCAK SILAT - beberapa ahli G41 terlibat antaranya SUA selaku Deputy Chef De Mission, DP selaku Pengurus Pasukan. Sementara wakil pesilat G41 ialah Hanafi, Yusra, Ghafar, Yoi dan Faruq yang akan menyertai kategori Wiraloka Jurus Bebas.

MEI

6.5.1997 / Selasa / 5.00 petang - 8.00 malam / Rumah YDP, Kg. Mata-mata: MESYUARAT EKSEKUTIF hadir DP, YDP, SUA dan para KG & SUG. Perjumpaan ini lebih merupakan post-mortem sekitar Kejuaraan Dunia PS di KL. Serta membincangkan langkah susulan mencipta Jurus Cakak, serta pertandingannya, pakaian rasmi dan arat G41.

8.5.1997 / Ahad / 7.00 pagi - 1.00 petang / Tasek Lama, BSB: DP, YDP, SUA dan beberapa kerabat G41 telah berangkat ke Tasek Lama sebagai riadah tambahan disamping mengadakan mini tution, mini latihan, mencipta Jurus Cakak dan sambil santai sekitar persilatan bersama Guru Tua.

JUN

Dalam rangka merekod dan mendokumentasikan persilatan G41 Jawatankuasa Eksekutif G41 sekitar bulan ini membuka langkah memberanikan diri cuba merakamkan aliran permainan Pancak Silat Gerak 41 ke dalam pita video. Kerabat Kerja “Dokusilat” G41 sempat merakamkan Gerak Asas, Pukulan 15 dan beberapa

Page 23: 2008 Laporan

pukulan dan gerakan yang sedikit advance. Bagaimanpun projek ini terhenti sementara kerana komitmen yang lebih besar.

JULAI

4.7.1997 / Jum‘at / 3.15 - 6.15 petang / Gelanggang Utama PPSPMGK, Kg. Sungai Akar: Beberapa wakil G41 terdiri dari Ketua Jurulatih, Jurulatih I & II, dan Jurulatih Muda telah dijemput oleh PersatuanPencak Silat Pancir Muda Gayong Kiceh bagi menghadiri Majlis Penyampaian Kenaikan Peringkat di Gelanggang Utama mereka beralamat 3, simpang 40-69, Kg. Sungai Akar, Jalan Muara.

Di bulan ini juga tenaga ahli G41 telah diperbantukan kepada PERSIB dalam mengendalikan pertandingan Pencak Silat sempena Hari Keputeraan bermula daripada peringkat rundingan sehinggalah ke peringkat perlaksanaan pertandingan. Pada aspek lain PSPSG41 sengaja kurang menyertai pertandingan bagi mengelakkan kompleksiti.

OGOS

10.1997 / Terengganu: FESTIVAL NUSANTARA III - sudah menradisi G41 mewakili negara dalam festival ini, di mana kali ini G41 telah diwakili oleh Hj. Ramlee, Ghafar, Fadillah, Joe dan Khairul bagi kategori Wiraloka Jurus Bebas sementara Hamidon dan Hj. Seruji pula akal menyertai kategori Wirasanggha. Bagaimanapun saingan cukup hebat di temasya pertandingan yang dimaksudkan, dan ternyata negara/negeri/provinsi lain lebih bersedia sehingga menutupi peluang kepada pasukan kita.

SEPTEMBER

19.9.1997 / Jum‘at / pagi dan petang / Dewan Serbaguna, Pusat Belia BSB: SAYEMBARA PENCAK SILAT INTRA PERSATUANII - Sebelah pagi bermula pukul 8.00 hingga 11.30 acara saringan dijalankan iaitu bagi menapis dan memilih satu pasukan terbaik yang akan mewakili tiap-tiap cawangan. Manakala sebelah petang adalah dikhususkan bagi persembahan juara-juara sahaja. Acara dimulakan jam 2.30 petang. Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Hj. Talib bin Hj. Berudin, Pengarah JBS. Antara mustika ucapan beliau ialah tentang kedudukan Pencak Silat dalam era globalisasi ini dengan membuat perbandingan dalam era zaman silam. Juga diucapkan akan kesungguhan orang Barat mempelajari dan mengkaji Pencak Silat sehingga mampu menumbangkan pencabar dari negara pendiri Pencak Silat, silat harus dipupuk sejak dari peringkat sekolah, jangan memperdagangkan silat, libatkan anak muda dalam persilatan, guru jangan mempengaruhi anak muridnya bahawa silatnyalah yang terbaik kerana ini mendorong kepada sikap angkuh, tubuhkan Pusat Persilatan Kebangsaan, Pencak Silat hendaklah digunakan ke arah kebajikan. Selesai Ucapan TK dijemput untuk menyisipkan keris kepada perguruan-persatuanjemputan iaitu Setapak Nata, Gayong Kiceh dan Cengkaman Harimau Ghaib sebagai tanda persaudaraan daripada G41. TK juga diperkenalkan kepada pesilat-pesilat cawangan yang mengambil bahagian iaitu Cawangan Gelanggang Terpilih, Pusat Belia, Awang Semaun, Sayyidina Umar, Maktab Duli, Universiti, dan Berakas. Perarakan Ibu Keris membelah gelanggang dan penyampaian ANUGERAH PAHLAWAN SEJATI kepada Guru Tua - Tuan Haji Musa dan Guru Utama - Tuan Haji Ibrahim disampaikan oleh Jurulatih Kanan Cikgu Nasib dan Ketua Jurulatih Cikgu Rusli. Nurulhikam membuka gelanggang sambil membawa Keris Pusaka G41 menyerahkan kepada Ketua Pertandingan Cikgu Rusli tanda acara sudah dimulai. Pengumuman juara-juara pertandingan dan persembahan oleh para juara bagi setiap kategori yang

Page 24: 2008 Laporan

dipertandingkan. Persembahan oleh perguruan-persatuanjemputan. TK juga sudi meyampaikan hadiah kepada pemenang seterusnya beredar menikmati jamuan.

OKTOBER

Rehat sempena musim “dingin” dan peperiksaan

10.1997 / Jakarta: SUKAN SEA - Sepanjang bulan ini G41 tertumpu pada persiapan dan pertandingan untuk Sukan SEA. Di mana buat pertama kalinya dalam sejarah persilatan G41 telah berjaya menghantar wakil bagi menyertai Sukan SEA di Jakarta iaitu khusus bagi menyertai acara Pencak Silat. Hamidon dan Hj. Seruji mengikuti kategori Wirasanggha manakala Hj. Ramlee, Ghafar, Fadillah, Khairul dan Joe masing-masing mengikuti kategori Wiraloka Jurus Bebas. Walaupun gagal meraih pingat tetapi pasukan G41 telah berjaya menampilkan suatu persembahan yang cukup baik.

NOVEMBER

Rehat sempena musim peperiksaan.

30.11.1997 / Ahad / 2.00 - 4.00 petang / Dewan Gimnesium KRBS, Kuala Belait: Mewakili G41 SUA & Jurulatih II bertandang ke Kuala Belait atas jemputan Bahagian Silat dan Kuntau KRBS bagi meyaksikan Pertandingan Pencak Silat Seni Terbuka Daerah Belait. Tetamu Kehormat di majlis itu ialah YDP PERSIB.

DISEMBER

12.1997 / pagi & petang / Masjid Kg. Setia: PSPSG41 telah diundang oleh AJK projek PERKAMPONGAN BUDAYA bagi membuat demonstrasi dan persembahan Pencak Silat dan kraftangan.

12.1997 / 2.00 - 6.00 petang / Gelanggang Terpilih, Kg. Setia B: PSPSG41 telah dipilih oleh BK (Bangkita Kuning) Production bagi mengisikan satu episod dari siri dokumentari Ristaan Tradisi yang disiarkan di TV Brunei menerusi satelit. Penggambaran ini mengambil masa 2 hari iaitu hari Jum‘at dan Ahad. Bagaimanapun durasi dokumentari tersebut cumalah 26 minit. Menurut krew BK Production rakaman ini mungkin juga untuk Rancangan Rampai Pagi.

21.12.1997 / Ahad / 1.00 - 6.00 petang / Rumah SUA, Kg. Salambigar: TRASILA 97 - Lengkapnya ialah Tratak Sila tur-rahim. Sebelum ini projek-projek akhir tahun ini kadang-kadang dalam bentuk penggambaran, riadah/rekreasi ke pantai atau hutan simpan, perkampongan dan sebagainya. TRASILA disertai oleh hampir seluruh cawangan kecuali Gelanggang Universiti. Konsep dan format pertandingan adalah unik di mana penampilan Pencak Silat adalah ditentukan sendiri oleh para peserta. Hasilnya di hari pertandingan kita telah dapat meyaksikan daya kreativiti yang tinggi oleh para kerabat antaranya ada yang bercorak komidi, drama, tragedi, demonstrasi dan sebagainya. Akhirnya pertandingan ini dimenangi oleh Gelanggang Awang Semaun sebagai Johan Terpilih, juara kedua ialah Gelanggang Pusat Belia sebagai Johan Berbakat dan juara ketiga ialah Gelanggang Sayyidina Hassan sebagai Juara Harapan. Sebenarnya majlis hari ini juga diteruskan dengan pembukaan dan perasmian Cawangan Gelanggang Salambigar yang akan dipimpin sendiri oleh Cikgu Rusli. Maka mengambil sukut baik di hari yang bersejarah ini Guru Tua, Guru Utama, Jurulatih Kanan, Jurulatih I dan Jurulatih II semuanya telah turut gelanggang memainkan Pencak Silat masing-masing.

Page 25: 2008 Laporan

27 - 28.12.1997 / Sabtu & Ahad / Tasek Merimbun, Tutong: Seramai 12 orang kerabat G41 diketuai oleh Jurulatih I Hj. Ramlee telah mengadakan perkhemahan di ulu Tasek Merimbun bagi meningkatkan kehalusan, kepekaan dan kecintaan kepada alam sekitar sambil menghubungkaitkannya dengan persilatan.

29.12.1997 / Isnin / 5.00 petang / Rumah YDP, Kg. Mata-mata: RUNDINGAN AKHIR TAHUN - iaitu bagi menganalisa perkembangan dan kemajuan sepanjang tahun 1997 dan merangka program kerja bagi tahun 1998.

LAPORAN KEGIATANPERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN 1998

Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41

JANUARI

Rehat sempena puasa Ramadan dan Hari Raya ‘aidi l-Fitri.

FEBRUARI

15.2.1998 / Ahad / Pagi / Rumah YDP PERSIB: Mesyuarat PERSIB, hadir Guru Tua, Cigu Nasib dan Cigu Rusli. Agenda perkembangan semasa.

21.2.1998 / Sabtu / Malam / Sunagi Buluh: Persembahan Pencak Silat sempena Majlis Perkahwinan, sejauh ini baru sekali G41 membuat persembahan bagi sama - sama mem“bising-bisingkan” (Malam Berjaga-jaga) Majlis Perkahwinan anak buah Pg. Sabtu. Majlis Berjaga-jaga ani sungguh berjaya kerana kerabat G41 telah benar-benar berjaya membuat pengantin dan urang-urang di sana BERJAGA kerana menyaksikan aksi sepak terajang G41.

Page 26: 2008 Laporan

MAC

1.3.1998 / Ahad / Petang / Jerudong Rumah TYYP PSPSG41: Majlis Penghargaan, di “tuanrumahi” oleh Cigu Nasib, 2 orang guru telah dianugerahkan gelaran Pahlawan Setia iaitu Tuan Haji Lakat dan Tuan Haji Matzin kerana jasa-jasa mereka memberikan sumbangan dan sama-sama turun-tangan mengajarkan Pencak Silat di tahun-tahun awal penubuhan G41.

12.3.1998 / Khamis / Petang / Sekolah Menengah Berakas: Demo Pencak Silat, diadakan 2 sesi iaitu sesi pertama pukul 2.00 hingga 3.00 petang dan sesi kedua pukul 4.00 hingga 5.00 petang. Demo disaksikan oleh pelajar-pelajar PE iaitu Menengah 1 dan 2. Kerabat G41 juga turut mengkedepankan Orkestra Gulintangan G41. Pelajar-pelajar di sana telah memberikan respon yang positif dan menyamankan hati. Insya-Allah kelas di sana akan dimulai sedikit masa lagi.

29.3.1998 / Ahad / Pagi & Petang / Gelanggang Tawakkal: Ujian Kenaikan Arat (UKA) iaitu bagi Arat Putih ke Kuning dan Kuning ke Merah. 7 orang pesilat dari Cawangan Seri Kemanca, Pusat Belia dan Awang Semaun.

APRIL

3.4.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: Dokusilat, walaupun 3 bulan lepas kita telah dijerebui, gelanggang katani telah diselimuti oleh asap tebal, namun katani tetap dibajui oleh semangat silat yang “kancang”. Dengan memakai baju semangat ani katani masih punya ruang waktu untuk merakamkan beberapa teknik jurus dan buah baru sebagai kesinambungan daripada projek dokusilat katani yang terhenti tahun lepas.

5.4.1998 / Ahad / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA untuk peringkat Putih naik ke Kuning dan Kuning naik ke Merah. Dalam masa yang sama seramai 8 orang pesilat Arat Merah diuji untuk naik ke peringkat Hijau yang membawa taraf Jurulatih Muda. Ujian mereka adalah khusus bidang Kejurulatihan

8.4.1998 / Rabu / Petang / Burung Lepas Rumah PE PSPSG41: Majlis Penghargaan yang disponsori oleh Guru Tua Tuan Haji Musa. Seramai 8 orang Jasawan G41 telah diberi cenderamata peribadi oleh Guru Tua iaitu yang berbentuk pedang dan keris. Majlis seumpama ini membayangkan semangat rela berkorban di kalangan kerabat G41 yang menjadikan katani walih daripada organisasi lain.

10.4.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA lanjutan untuk pesilat arat Merah. Ujian untuk mereka diteruskan lagi dalam bidang Persilatan.

12.4.1998 / Ahad / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA, ujian terakhir untuk peringkat arah Hijau iaitu adat Penyiraman (mandi air bunga 7 warna).

24.4.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: UKA penyudah arat Hijau, Perasapan Kemenyan dan Penyampaian Arat. Pada hari inilah mereka terus diberi gelaran masing-masing. Ada yang bergelar Bayu Cempaka, Seri Sejagat, Seri Buana, Seri Bentara, Laila Budi, Indera Sejati dan macam-macam lagi. Sesungguhnya 4 siri ujian yang dijalani oleh pesilat Hijau katani yang telah diaturkan secara peribadi oleh Guru Utama Tuan Haji Ibrahim benar-benar menerbangkan mereka ke “Gerbang Minda” dan kesedaran baru.

Page 27: 2008 Laporan

Kesemua UKP di atas diadakan di Gelanggang Tawakkal, Mata-mata. Satu UKP juga telah diadakan di Gelanggang Pusat Belia untuk pesilat Arat Putih ke Kuning dan Kuning ke Merah. Suasana ketika itu adalah sangat membanggakan bilamana ujian dijalankan sepenuhnya oleh para Jurulatih Muda diketuai oleh Jurulatih II, Cikgu Jasmin. Syabas Pesilat Hijau!

26.4.1998 / Ahad / Petang / Gelanggang Tawakkal: Sesi Penggambaran, RTB dengan kerjasama BK Production turut merakamkan aktiviti persilatan PSPSG41 untuk segmen Sepanjang Jalan dalam rancangan Rampai Pagi.

29.4.1998 / Gelanggang Tawakkal: Semangat Guru Utama yang tidak sembarana dalam menjalankan ujian ini turut ketampiasan ialah para Jurulatih Cikgu Nasib, Cikgu Rusli dan Cikgu Hj. Ramlee telah ditauliahkan oleh Guru Tua dan Guru Utama untuk dapat “menurunkan” permainan kedua. Pancaran cahaya keguruan Guru Utama katani atu benar-benar telah membukakan alam nirwana persilatan yang tidak terbatas.

MEI

1.5.1998 / Jum`at / Petang / Gelanggang Tawakkal: Sambungan sesi penggambaran Jurus dan Teknik beladiri PSPSG41 iaitu khusus untuk Jurus dan Buah Helang.

__.5.1998: Edisi sulung Warta Gerak 41 mula diedarkan. Dalam kolum “Laila Sembah” Pengarah dan Penyunting Warta Gerak 41 bermadah, “Sampai hari ani, macam-macam perkara telah katani ungkayahkan dengan sukses semata-mata dalam kerangka “memartabatkan” Silat orang Brunei. Di mana dengan tiket Gerak 41 kita telah melayarkan citra Pencak Silat Gerak 41 ke audience (khalayak) dunia termasuk para internouts dan websurfers yang berpencak di dalam komputer. Ia tah nya Urang Tua-tua “Kalau bakarih, barisi marih”. Nah di tangan abiskita sekarang ani kami sajikan lagi dengan WARTA GERAK 41 sebagai berita rasmi perguruan. Mudah-mudahan dengan WARTA GERAK 41 ani akan tercetus rasa persamaan di segi memori dan citarasa Gerak 41.”

6.5.1998 / Rabu / Petang / Maktab Duli PMAMB: Demo Pencak Silat (lebih merupakan perjumpaan). Sambutan cukup baik walaupun orang katani yang datang ke sana lebih meriah (lebih ramai) daripada orang di sana. Seminggu selepas perjumpaan itu, latihan telah dimulakan dipimpin oleh Jurulatih Muda G41 dari Gelanggang Tawakkal .

8.5.1998 / Jum`at / Petang / Rumah YDP PSPSG41: Majlis Do`a Kesyukuran, ekoran dari selamat sempurnanya kenaikan taraf 8 orang Jurulatih Muda dan 3 orang Jurulatih ditauliahkan ke peringkat permainan kedua.

15.5.1998 / Jum`at / Kg. Salambigar Rumah SUA PSPSG41: Mesyuarat Eksekutif, hampir semua ahli Majlis Kehormat dan Majlis Eksekutif G41 berhimpun di Gelanggang Seri Kemanca rundingan berkisar sekitar projek besar G41 iaitu SILATHON, Memohon Bantuan Kewangan dari Yayasan SHHB, Lawatan Silat ur-Rahim ke Limbang dan Ujian Kenaikan Arat. Bagaimanapun kita masih menunggu jawapan daripada pihak kerajaan. Sidang menjadi agak panas sepanas pisang goreng berikutan dengan masalah berbangkit yang dikemukakan oleh Ketua Gelanggang (KG) Maktab Duli yang juga mewakili Gelanggang Universiti, Nurulhikam. Bagaimanapun dengan semangat kekeluargaan G41 masalah ini dapat ditangani dengan bijaksana dan suasana menjadi dingin semula. Setiausaha Agung (SUA) juga sempat membacakan beberapa cabutan perlembagaan G41 untuk pengetahuan semua kerabat supaya semua mempunyai maklumat yang konsisten.

Page 28: 2008 Laporan

21.5.1998 / Khamis / Malam / Tasek Merimbun: Cg. Hj. Ramlee bersama-sama pesilat Arat Hijau pergi ke Tasek Merimbun untuk “Mengisi Arat” yang disyaratkan lebih afdal dibuat di tempat sunyi, sewaktu tengah malam.

23.5.1998 / Kg. Setia: Beberapa orang Kerabat Muda Gerak 41 dari Gelanggang Terpilih diminta untuk membuat persembahan silat oleh keluarga pengantin sewaktu Malam Berjaga-jaga di Kampung Setia.

24.5.1998 / Pagi / Mentiri: Merikih Wasai Mentiri – Rupa-rupanya penerbit Rampai Pagi bagi segmen Sepanjang Jalan inda jara merakamkan aktiviti katani untuk dipaparkan kepada masyarakat umum melalui TV, iaitu setelah diurang berjaya merakamkan aktiviti silat G41 di Gelanggang Tawakkal. Kini diurang berminat untuk merakamkan ekspedisilat katani pulang. Jadi setelah bermesyuarat, JEK (Jawatankuasa Eksekutif) bersetuju untuk berekspedisi ke Wasai Mentiri.

26.5.1998 / Malam / Kg. Burung Lepas, Rumah Hj. Musa: Bermula hari ini dan insya-Allah akan diteruskan setiap malam Rabu para Jurulatih dan Jurulatih Muda akan mendalami Silat Brunei arah Guru Tua. Disamping silat, Guru Tua juga menurunkan Ilmu-ilmu dan Petua orang tua-tua!

28.5.1998 / 10.00 - 11.30 pagi / Gelanggang Seri Kemanca: Perjumpaan pertama dengan bakal-bakal pelatih Cawangan Berakas (Sekolah Menengah Berakas) yang akan digabungkan dengan Cawangan Seri Kemanca. Perjumpaan bertujuan bagi membincangkan hari dan masa yang sesuai untuk latihan disamping menerangkan syarat dan peraturan G41.

JUN

1.6.1998 / Pagi / Wasai Salambigar: Hari ani G41 sepatutnya pergi ke Wasai Dadap (sudah dirikih oleh Hj. Ramlee kelamari) bagi menggantikan Wasai Mentiri. Namun kerana ketidakbelakuan pihak RTB rancangan terpaksa dibatalkan. Tetapi oleh kerana ada sebahagian ahli yang inda sempat diberitahu, ekspedisi diteruskan jua dan diubah haluan ke Wasai Salambigar/Sungai Akar. Kerabat yang hadir adalah dari Cawangan Seri Kemanca dan Rasyid. Kami sempat berlatih silat di wasai ani dengan kedudukan separuh badan dalam air.

10.6.1998 / SNHB: Mesyuarat Persiapan SEA Games, PERSIB.

12.6.1998 / SNHB: Mesyuarat Persiapan SEA Games, PERSIB. Wujud kesungguhan untuk berkerja dalam SEA Games ganya bilangan yang terlibat amat sedikit dan tetap jua personal yang sama.

12.6.1998 – 26.61998: Kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menjalankan Silathon G41 adalah satu kejayaan besar yang pernah kita capai. Jangka masa untuk Silathon adalah bermula dari 12/6 hingga 26/6. JEK telah memasang beberapa strategi dengan menubuhkan kumpulan Elit G41 yang akan ditugaskan mengaga orang-orang penting dan berpengaruh di Brunei Darussalam. Seramai 120 orang kerabat dari 9 buah cawangan menjalankan kutipan di cawangan masing-masing.

22.6.1998 / Malam / BSB: Silathon, Kumpulan Elit G41 telah cuba melanggar target-target tertentu.

25.6.1998 / Siang / BSB: Silathon, hari terakhir untuk menjalankan kutipan Kumpulan Elit G41 sekali lagi melanggar target-target terbaru antaranya Eric Goh Foundation,

Page 29: 2008 Laporan

Pejabat Pg. Bendahara, Abd. Razak Holding, Hongkong Bank dan Standard Chartered Bank.

26.6.1998 / Malam / Kg. Mata-Mata, Rumah YDP: Dikiralah hasil kutipan sementara di rumah Ka Ji, dengan berat hati Bendahari mengumumkan bahawa hasil kutipan tidak lebih 4,000 ringgit.

27.6.1998 / Siang / Pusat Belia: Raptai (rehearsal) bagi sambutan kemuncak Silathon Gerak 41.

28.6.1998 / Petang / Pusat Belia: Adalah hari yang ditunggu-tunggu bagi acara kemuncak Silathon: Pertemuan Juara-Juara Gerak 41. Majlis hari atu seperti biasa cukup meriah apalagi dengan kehadiran para kerabat dari cawangan-cawangan Gerak 41 dan ditambah dengan persembahan khas oleh para Juara G41 sejak tahun 1990 hingga 1997. Pendeknya acara itu gilang gemilang tiada terbilang, TETAPI hanya dengan ketiadaan sistem pembesar suara majlis kelihatan agak muram dan menjadi cacat sedikit! Tetamu Kehormat terpaksa diubah disaat akhir! Bila diselidiki mungkin surat katani inda diterima pihak-pihak tertentu, tak tau macamana? Demikianlah tadi dugaan, mula-mula hasil kutipan kurang memberangsangkan.

29.6.1998 / SNHB: Mesyuarat Persiapan SEA Games, lanjutan PERSIB. Perbincangan khusus dalam hal pengagihan bidang tugas.

JULAI

3.7.1998: Pemikiran awal untuk mengadakan Bengkel Kejurulatihan G41 sudah tercetus dan berlegar di kepala Guru Utama. Diikuti dengan rundingan tidak formal di kalangan beberapa orang JEK. Target asal ialah 24/7 dan 25/7 tetapi kerana komitmen kerabat G41 pada hari tersebut tarikh cadangan diubah ke 27/7 dan 28/7.

7.7.1998: JEK menerima panggilan telefon dari Istana Nurul Iman, kerana ada kurnia dari Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah.

9.7.1998 / Malam / SMB: Memandangkan kerabat Cawangan Berakas rata-ratanya belum sempat melihat demo tempoh hari, maka Guru Utama sendiri telah berkesudian membuat mini demo. Ka Ji telah berjaya memainkan pertunjukan yang memukau para kerabat di sana. Secara kebetulan seramai 41 orang telah hadir pada malam atu!

10.7.1998: Tindakan susulan, Bengkel Kejurulatihan G41, bermula dari ide abstrak bertukar kepada tindakan kongkrit, Ka Ji sudah komited dan mula menyusun Jurus Baku (Standard) G41 di Gelanggang Tawakkal. Sementara itu Cg. Rusli cuba menyiapkan initial procedure termasuk kertas kerja, surat-menyurat dan lain-lain.

10.7.1998 / Malam / RTB: Enam orang pesilat G41 membuat latihan pertama bersama-sama Kumpulan Liau Badar untuk program TV RTB iaitu Menjunjung Duli sempena Perayaan Hari Keputeraan KDYMM ke 52 tahun.

17.7.1998 / Petang & Malam / Pusat Belia: Pertandingan Awal Pencak Silat peringkat Daerah Brunei Muara.

19.7.1998 / Pusat Belia: Pertandingan Akhir Pencak Silat peringkat Daerah Brunei Muara, keputusan akhir yang melibatkan pesilat-pesilat PSPSG41 ialah;Juara Pertama1. Finalis (Cakak Remaja).

Page 30: 2008 Laporan

2. Anuar (Tunggal).3. Dk. Rosmah (Tunggal)4. Hamidon dan Hj. Seruji (Ganda)5. Aziz dan Rahman (Ganda R)Juara Kedua1. Amri (Tunggal).2. Gandam & Ak. Moksin (Ganda).3. Rafidah & pasangan (Ganda)4. Hamidon (Kuntaw Dewasa).

23.7.1998 / Pagi / SR Anggerek Desa: Kali ini G41 mendapat tawaran untuk membuat satu demo atas tuah Ak. Moksin (Syabas, dan terima kasih Ak. Moksin). Demosilat diadakan di Sekolah Rendah Anggerek Desa, Berakas. Pesilat G41 yang sempat hadir antaranya Cg. Rusli, Cg. Hj. Ramlee, Cg. Jasmin dan beberapa Jurulatih Muda. Walaupun Jurulatih G41 datang agak lewat (payah untuk keluar pejabat) namun Jurulatih Muda yang hadir ketika itu dapat mengendalikan demo dengan penuh keyakinan, perkara ani diucapkan sendiri oleh cigu-cigu di sana. Lebih 100 orang murid menyaksikan demo dengan penuh keiskian. Seusai demo pedemo-pedemo G41 dibawa ke pejabat Guru Besar untuk berunding sambil berehat. Rundingan cukup panjang tetapi menarik dan menjanjikan. Insya-Allah cawangan di SR Anggerek Desa akan lebih maju kerana sokongan padu daripada Guru Besar (orang silat jua rupanya) sendiri.

23.7.1998: Persiapan Bengkel Kejurulatihan G41. Merisik Dr. Ustaz Hj. Abd. Aziz Hanafi untuk menyampaikan Ceramah Umum, al-hamdulillah beliau bersetuju.

23.7.1998: G41 ditelefon lagi oleh pihak Hongkong Bank.

24.7.1998: Akhirnya sebagaimana persyaratan yang telah diberikan oleh KHEDN agar kita menghantar laporan kepada mereka maka Setiausaha Agung dan Bendahari mengira sekali lagi hasil kutipan yang muktamad, seperti berikut;G. Terpilih – $1007.90G. Awang Semaun - $273.70G. Pusat Belia - $540.83G. Berakas - $941.55G. Saiyyidina Umar - $528.10G. Maktab Duli – 250.60G. Saiyyidina Hassan - $338.30G. Universiti $442.71G. Tawakkal $537.00Cg. Rusli $5369.00 (iaitu semua sumbangan yang dinisbahkan atas kad 0003).Ini menjadikan jumlah besar kutipan ialah $10, 229.69 (Sepuluh Ribu Dua Ratus Dua Puluh Sembilan Ringgit Enam Puluh Sembilan Cent Sahaja.) Ahli-ahli yang berjaya membuat kutipan $100.00 ke atas ialah;1. Cg. Rusli $5369.00 (GBR)2. Cg. Hj. Ramlee $475.00 (GTP)3. Rosmini $226.00 (GBR)4. Hj. Ibrahim $212.00 (GTW)5. Cg. Jasmin $183.00 (GPB)6. Razimie $140.00 (GBR)7. Shahrul $132.00 (GBR)8. Hj. Musa $120.00 (GTW)9. Md. Azmi $113.00 (GUV)10. Nurulazmi $109.00 (GTW)11. Cg. Ali $103.00 (GSU)

Page 31: 2008 Laporan

12. Zamrani $102.00 (GUV)13. Azri $101.00 (GBR)14. Cg. Nasib $100.00 (GSH)

25.7.1998: Setelah kunci kira-kira dapat diselesaikan Setiausaha dan Bendahari pergilah ke KHEDN untuk menghantar laporan Silathon Gerak 41.

25.7.1998 / 7.35 pagi - 3.00 petang / Benutan Tutong: Hj. Ramlee, Anuar dan Finalis kan ke Tasek Merimbun tapi tidak jadi kerana banjir. XPDC ditukar haluan ke Empangan Benutan. Lauk-lauk di sana cukup meriah sama meriahnya dangan di Tasek Merimbun.

27.7.1998 – 28.7.1998 / Kompleks Sukan Mengalit: Bengkel Kejurulatihan Gerak 41. Bengkel telah dibuka rasmi oleh Dato Paduka Hj. Talip bin Hj. Berudin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan yang sempat menyuarakan 2 perkara penting dalam ucapan beliau iaitu pertama agar kita memanfaatkan sepenuhnya tenaga dan ilmu para guru tua di NBD yang masih hidup dalam kerangka memahami rahsia ilmu persilatan sebenarnya, dan kedua agar kita mewariskan silat kepada generasi baru dengan penuh penghayatan serta pemahaman gerak yang benar. Setelah pembukaan rasmi bengkel diteruskan dengan Pembentangan Guru Tua berkisar sekitar Pembinaan dan Pengisian Jurulatih (atau pertahanan diri luar dan dalam), sebelah petangnya dikembangkan pula oleh Dr. Hj. Abd. Aziz Hanafi yang membincangkan Silat Dari Perspektif Islam. Kedua-dua tokoh ini iaitu antara tokoh agama dan tokoh silat mereka benar-benar memahami bidang mereka, dan dapat pula menyampaikan ilmu yang sangat dalam maknanya kepada para peserta bengkel, yang pada dasarnya mereka memberitahukan bahawa Silat memang disyari`atkan oleh Islam dan sebarang ilmu pengisian (tenaga dalam) pada dasarnya diterima oleh Islam asalkan tidak membawa kepada syirik.

Lewat petang itu acara diteruskan dengan sesi Penyusuan Jurus Baku G41 oleh Guru Utama dan Ketua Jurulatih sehingga jam 6.30 petang. Di sebelah malamnya pula peserta bengkel telah diaturkan dengan Dialog Seni bersama Cigu Rusli. Tetapi ada sedikit gendala yang menyebabkan acara terpaksa diberhentikan lebih awal (harap-harap perkara ani dapat katani selesaikan secara terbuka, yang katani tackle problemnya bukan orangnya!, Bibit-bibit kecil ani selalunya makin membengkak kalau inda diubati, jangan biarkan camatu saja seolah-olah inda ada apa-apa berlaku, maka sampai bila-bila pun inda akan selesai).

Pada 28.7.1998 Bengkel Kejurulatihan G41 diteruskan dengan pembentangan oleh Cigu Nasib (Jurulatih Kanan) sekitar Disiplin Jurulatih dan Pelatih. Pembentangan cukup mudah untuk difahami, mudah-mudahan para ahli dapat mengambil iktibar. Selanjutnya Guru Utama membentangkan Prinsip-prinsip Dasar Latihan, menurut Ka Ji ada 3 azimat penting yang perlu ada pada setiap Jurulatih iaitu Kepercayaan, Keyakinan dan Kewibawaan diri. Cuba tah dalami setiap satunya, kalau masih belum faham cuba tanyakan arah Ka Ji. Pembentangan terakhir dibuat oleh Setiausaha Agung (Ketua Jurulatih) mengenai Pengurusan Persatuandan Persilatan. Cg. Rusli cuba menyedarkan peserta bengkel akan peri pentingnya pengurusan sesebuah organisasi, disamping cuba melihat satu alternatif dan orientasi pergerakan silat di zaman ani. Kedua-dua elemen ani pula mestilah ditunjangi dan dilatarbelakangi oleh pola fikir yang mengarah kepada jati diri orang Brunei. Selesai pembentangan para peserta bengkel membuat sedikit persiapan untuk majlis penutupan rasmi sebelah petang nanti. Pukul 2.30 petang Tetamu Kehormat sampai iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Jaya Indera Pg. Hj. Mokhtar Puteh bin Pg. Hj. Rajid, Yang Di-Pertua PERSIB. Kehadiran dan “kebatahan” Yang Amat Mulia bersama-sama kerabat G41 semasa majlis penutupan rasmi dalam suasana yang riang membayangkan kesediaan dan

Page 32: 2008 Laporan

kepedulian Yang Amat Mulia terhadap pembangunan Pencak Silat. Melalui bengkel 2 hari ani katani telah mencapai 23 resolusi yang perlu katani jadikan iktibar dan laksanakan.

31.7.1998: Keraja paling akhir berhubung kait dengan Silathon YDP, Setiausaha dan Bendahari pergi ke IBB cawangan Gadong untuk membuka Akaun Simpanan PSPSG41 berkat salah seorang ahli G41 (Shufian) yang bekeraja di sana urusan hari atu menjadi mudah, al-Hamdulillah sekarang G41 telah mempunyai akaun sendiri!

8.8.1998 / Pusat Belia: Latihan Bersama.*15.8.1998 / P. Belia: Latihan Bersama.*22.8.1998 / P. Belia: Latihan Bersama.*26.8.1998 / GA Semaun: Latihan Bersama.*

Latihan Bersama ani sebenarnya adalah inisiatif pesilat cawangan Awang Semaun, Saiyyidina `Umar, Berakas, Saiyyidina Hassan dan Pusat Belia. Ada sekali semasa di Pusat Belia waktu kan abis berlatih ada tia 2 urang German siuk ia meliat ahli G41 belatih. Rupanya diurang atu penggemar seni beladiri jua, sempatlah ia memainkan seninya iaitu Kung Fu. Katanya diurang suka meliat latihan silat. Tumpuan latihan adalah Jurus Baku. Antara yang datang berlatih adalah Tenno Gelap, Penjejak Awan, Si Adik, Si Chili, Ji Fat, Raja Utara, Long Kai, dan banyak lagi.

20.8.1998 / Tasek Merimbun: 13 orang Kerabat G41 kembali lagi beraksi dan bermalam di Tasek Merimbun, kali ani bertujuan untuk “mengisi Arat” dengan Ayat Pelindung iaitu bagi yang balum sampai hari atu. Seperti biasa upacara mengisi arat bermula jam 12.00 tengah malam selesai jam 1.40 pagi. Lepas atu masing-masing jadi bersemangat untuk memainkan permainan peringkat kedua, kepuasan nampak terbayang di wajah masing-masing, dengan daya imaginasi tersendiri.

1.9.1998 / Tasek Merimbun: Hj. Ramlee, Aji dan Anuar ke Tasek Merimbun lagi, rupa-rupanya bukan saja lauk-lauk di sana dapat diurang pancing tapi hati diurang pun sebenarnya sudah terpancing untuk terus berkunjung ke Tasek Merimbun.

4.9.1998 / 2.00 petang / Rumah Ketua Kampung Setia B: G41 diberi penghormatan untuk mempersembahkan silat sempena lawatan Peserta Kapal Belia.

13..9.1998 /Rumah YDP PERSIB: Guru Tua dan Cigu Rusli dipanggil mesyuarat di rumah PJI bagi membincangkan persediaan SEA Games.

17.9.1998 / Benutan Tutong: Kali ani Hj. Ramlee dan Anuar berdua saja menangkap ikan Karuk, Sepat, Barah-Barahan, Patian.

23.9.1998 – 29.9.1998 / Padepokan Jakarta: Buat julung-julung kalinya JKE G41 diutus ke Jakarta bersama beberapa orang JKT PERSIB menghadiri RATNIK II ataupun Mesyuarat Teknikal II. Mesyuarat adalah bagi memutuskan cadangan untuk membakukan pertandingan Silat Seni serta mengemaskinikan sistem pertandingan Silat Olahraga. Satu hal yang perlu dihighlight di sini ialah sikap urang katani, terutamanya dalam hal cara berfikir dan membuat keputusan yang sangat kritikal dalam perkembangan dan penentuan ataupun orientasi pertandingan silat masa hadapan. Malangnya “ke-bijak-bestari-an” atu kurang dimiliki. Mudah-mudahan di masa akan datang akan lebih ramai lagi pesilat intelektual katani yang boleh diayau-ayaukan. Kami balik membawa homework iaitu untuk menyediakan Jurus Baku masing-masing nanti.

Page 33: 2008 Laporan

4.10.1998 / 2.00 petang / Rumah YDP PERSIB: Meeting lagi iaitu membincangkan persediaan SEA Games.

5.10.1998 / KS Menglait: Hari ini adalah perjumpaan Jawatankuasa Penyusunan Jurus Baku yang pertama yang terdiri dari Pg. Hj. Jaludin, Cigu Hj. Shamsudin, Pg. Tajuddin, Pg. Karim, Ka Ji Braim, dan Cigu Rusli tetapi perjumpaan atu inda mampu memberi masukan yang positif, apa nya urang inda batamu cerita. Jadi kami bertindak proaktif iaitu mencadangkan satu set Jurus Baku yang andang tersusun rapi kemudian barulah diurang komen dan tokok tambah. Maka kami terpaksalah memerah otak dan tenaga pada waktu-waktu free bagi menyusun Jurus Cakak (Baku) dan Jurus Ganda di Gelanggang Tawakkal dan Gelanggang Burung Lepas pada 6/10, 7/10, 8/10, dan 9/10 akhirnya selepas 4 hari atu al-hamdulillah Jurus Baku telah dapat kami siapkan resipinya dan telah jadi satu hidangan yang cukup lumayan tinggal menyajikan saja lagi kepada Jawatankuasa Penyusunan. Setelah dipratontonkan (preview) kepada diurang pada 7/10 dan selepas 9/10 nampaknya diurang inda banyak komen bahkan Pg. Hj. Jaludin sebagai Pengerusi Penyusunan telah memberikan persetujuannya.

11.10.1998 / Pagi – Tengahari / Pantai Pangkalan Pinang Tutong: G41 diminta oleh Jawatankuasa Belia/Perundingan Mukim di sana untuk membuat persembahan silat sempena Hari Muhibbah diorang.

16.10.1998 / KS Menglait: UKA, Seramai 27 pesilat dari cawangan Berakas dan Awang Semaun telah diuji untuk dinaikkan ke peringkat Kuning dan Merah. Ani adalah ujian terbesar pernah katani buat yang melibatkan ramai pesilat dalam satu masa. Namun dengan keyakinan guru, para jurulatih dan pesilat sendiri UKA dapat direalisasikan. Dalam beberapa adegan Ka Ji, Cigu Nasib sendiri inda mau alah lalu turun gelanggang dengan penuh semangat dan turut menggrading pesilat-pesilat.

30.10.1998 / Gelanggang UBD: UKA, 8 orang mahasiswa pesilat diuji untuk naik ke Arat Kuning dan Merah. Salah seorang mahasiswa yang terlibat adalah seorang bangsa Sudan iaitu Khalid. Majlisnya agak sederhana tetapi cara pelaksanaannya adalah efektif sekali. Semuanya sudah tersedia, J/K dan para Jurulatih tinggal datang ke sana saja, ada minuman lagi tu! Semua atu diungkayahkan sendiri oleh pesilat Gelanggang UBD.

1.11.1998 – 8.11.1998 / Padepokan Jakarta: Empat orang sepersatuanjadi satu suara (Empat Satu !!!) diterbangkan ke Jakarta iaitu Cigu Rusli, Jasmin, Joe dan Ak. Moksin. G41 telah berkorban dan menaja tiket pergi balik untuk diurang kecuali Cigu Rusli semata-mata memenuhi pra syarat Bengkel yang tidak dapat terpenuhi oleh Jabatan Belia dan Sukan. Keberangkatan kami kali ani adalah untuk menyertai Bengkel Kerja PERSILAT Penyusunan Jurus Baku. Ketibaan kami inda disambut oleh siapa-siapa di sana, pasal kami datang dua hari lebih awal. Walaupun demikian kami inda membuang waktu lalu berlatih lagi memasakkan Jurus Cakak dan Ganda yang telah dipersetujui di Brunei. Diringkaskan cerita kehadiran kami bagi pihak urang disana adalah cukup menyenangkan dan diurang mengagumi komitmen kami dalam Silat. Menyimpulkan hasil bengkel tersebut sebenarnya adalah sangat membanggakan kami secara peribadi dan Negara Brunei Darussalam secara umumnya. Mana inda, hasil Jurus Baku yang disusun atu inda keterlaluan jika dikatakan 40% diambil dari Indonesia, 35% dari Brunei, 20% dari Singapura, dan dari 5% Malaysia.

13.11.1998 / Pagi / Studio RTB Tutong: Berikutan dengan Demo Silat tempoh hari seorang penerbit Rampai Pagi telah tertarik hati untuk mewawancarai wakil G41 sebagai tetamu diurang. G41 telah diwakili oleh Rozaiman Makmun, Timbalan Setiausaha Agung G41. Wawancara berjalan lancar dan cukup menjanjikan.

Page 34: 2008 Laporan

15.11.1998 / Pagi / Rumah Ka Ji: Hari ini adalah kali pertama Ka Ji mengawinkan anaknya disamping menolong-nolong dan membuat persiapan pada hari persandingan Orkestra G41 sempat mengiringi dan melatarbelakangi majlis perkahwinan yang gilang gemilang atu dengan irama sensasi gulintangan.

20.11.1998 / Gelanggang UBD: UKA, Untuk meraikan kedua-dua siri ujian tadi diadakanlah satu Majlis Penyampaian Arat di UBD iaitu bagi pesilat-pesilat dari Cawangan UBD, Awang Semaun dan Berakas. Majlis diadakan dengan penuh makna. Guru Utama, Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih, Para Jurulatih dan Jurulatih Muda semuanya ada. Bahkan hari ani G41 turut didatangi oleh seorang wartawan majalah Seni Beladiri Malaysia iaitu Pak Ngah, beliau sempat menyatakan kekagumannya dengan G41 serta orally melantik Cigu Rusli sebagai Wakil Wartawan Seni Beladiri di Brunei Darussalam.

24.11.1998 / 2.30 petang / Pusat Belia: agi mesyuarat SEA Games.

25.11.1998 / Gelanggang Maktab Duli: UKA, Pesilat-pesilat cawangan ini turut menjadi ruat untuk diuji setelah melihat rakan sepersatuandiurang diuji beberapa hari yang lalu. 13 pesilat pra-U terlibat.

12.1998 / Malam / Rumah Hj. Lakat: Sempena Malam Berjaga-jaga keluarga pengantin telah mengadakan Mini Pertandingan Silat. Malam itu kerabat G41 juga sempat melihat sendiri bagaimana orang-orang lama bermain Silat Brunei dengan cantik sekali.

4.12.1998 / Gelanggang Maktab Duli: Al-hamdulillah semua pesilat GMD telah pass UKA dan dinaikkan ke Arat Kuning. Maka hari ani telah diadakan Penyampaian Arat oleh Guru Utama kepada diurang dalam satu Majlis yang sangat sederhana tetapi cukup memberangsangkan.

11.12.1998 / Pagi / Kompleks Sukan Tutong: Dalam upaya melebarkan sayap G41 ke seluruh negara dirancangkanlah satu demo di Daerah Tutong sebab dalam masa yang sama G41 telah mempunyai seorang Jurulatih Muda yang memang orang Tutong. 90% pedemo-pedemo G41 bermalam di Rest House serta sempat menghadiri majlis kenduri di rumah Rasyid. Demo pada hari atu memang mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak Jabatan Belia dan Sukan Tutong, JKT PERSIB Tutong, RTB Tutong malangnya kami kekurangan audience. Tapi inda apa sebab yang hadir pada hari tersebut adalah orang-orang penting, bahkan kami telah menerima satu tawaran lagi untuk mengadakan satu demo di salah sebuah sekolah/maktab di Tutong dan satu sesi wawancara yang diminta oleh RTB. Disegi corak persembahan tidak keterlaluan dikatakan bahawa ini adalah penampilan demo yang terbaik dan rapi pernah kami buat. Item-item persembahan menepati konsep demo. Kami telah membahagikan persembahan kepada tiga, iaitu Silat Tradisi, Silat Kreatif dan Silat Kontemporari.

Sepanjang tahun 1998: Dokusilat, kali ani khusus memperkatakan “G41 dalam media”. Iaitu samada dalam media cetak (buku, surat khabar) mahupun media elektronik (TV, Radio, Internet). Adanya berita ataupun cerita mengenai G41 dalam media adalah rahmat untuk katani kerana ia adalah merupakan satu cara mempromosikan G41 kepada masyarakat umum. Untuk rencana ani setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada salah seorang pesilat katani iaitu Nurulhikam HM Din. Alhamdulillah berkat kegigihannya melihat, membaca dan menulis pergerakan G41 berita-berita mengenai kegiatan katani malar terpapar dalam surat khabar. Misalnya artikal bertajuk “Pesilat UBD menjalani Ujian” dalam

Page 35: 2008 Laporan

Media Permata, Selasa, 10/11/1998. Kemudian ada lagi satu artikel “Demo Gerak 41 di Belait” juga dalam Media Permata. Turut mencatatkan kegiatan katani ialah seorang bangsa Inggeris berasal dari Australia, Tony Casella. Beliau telah menulis dalam Borneo Bulletin “Silat a discipline of self-defence”. Mr. Tony sebenarnya adalah kawan Cigu Rusli dan beliau sangat berminat untuk mendalami kebudayaan Brunei termasuk Silat, sayangnya kontraknya kan habis bulan April ani. Kalau inda ia boleh jadi Duta G41 di Australia. Karya tulis mengenai G41 inda terbatas di Brunei sahaja malahan sebuah majalah “Seni Beladiri” dari Malaysia juga tertarik untuk memaparkan persatuankatani. Antara artikel yang sudah diurang keluarkan ialah sebuah kajian ilmiah oleh Cigu Rusli bertajuk, “Aliran Silat yang dominan di Brunei Darussalam”. Kemudian Pak Ngah yang ada melawat Gelanggang katani juga menulis cerita bertajuk, “PSPSG41 Majlis Penyampaian Arat” dan “UBD, Pantang Cabar Guru”. Melalui kaca tv pula sebagaimana yang diketahui Timbalan Setiausaha Agung katani iaitu Roszaiman Makmun juga telah diwawancarai dalam rancangan Rampai Pagi oleh RTB Tutong. Lain lagi berita-berita semasa mengenai kegiatan katani yang sering dibuat liputan oleh RTB samada untuk Berita Nasional ataupun Rancangan Juara.

Sepanjang tahun 1998: Perbelanjaan PSPSG41, sehingga kini G41 telah membeli 100 pasang baju silat lengkap dengan arat, logo G41 dan replika bendera Brunei. Bahkan masih ada lagi dalam 120 pasang yang sedang ditempah. G41 juga membeli satu set gulintangan, 20 beg silat G41, sebilah keris dan sebilah parang besi putih. Kita juga telah mencetak 4 macam sijil iaitu Sijil Keahlian, Sijil Kecapaian, Sijil Kejurulatihan dan Sijil Penghargaan serta 1 rim Letter Head G41. Dan beberapa perbelanjaan kecil lainnya. Untuk semua ani katani telah menggunakan wang G41 sebanyak $7,000.00. Walaupun duit katani berkurangan tetapi hajat utama silathon katani telah menjadi kenyataan iaitu untuk membeli satu set gulintangan yang kalau mengikut kiraan dulu seluruh hasil kutipan silathon inda cukup. Namun dengan turunya nilai matawang Rupiah kita telah mampu membeli satu set gulintangan iaitu termasuk Gandang Labik, Canang 1, Canang 2, Canang 3, Gong, dan Tawak-tawak.

Page 36: 2008 Laporan

LAPORAN KEGIATANPERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN 1999

Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41

Pendahuluan

Secara simboliknya semasa Laman Web rasmi G41 dilancarkan (http://www.silatbrunei.org) pada 20hb. November, 1999 lalu sebenarnya tepat 41 hari saja lagi tinggal untuk kita memasuki new millenium. Sebelum mengembara ke alaf baru kita perlu satu senjata canggih disamping keris [Siapa kata di era yang serba mungkin ani keris inda lagi relevan! Sebagai analogi lihat filem science fiction Star Wars – Episode I Jedi pakai Lightsaber (bentuk pedang) dan Sith pakai Double Lightsaber (bentuk tambong)] iaitu internet. Itulah sebabnya kita melancarkan Laman Web tidak lain sebagai lambang dan alat kesiapsiagaan katani menghadapi tahun 2000. Sepanjang abad ini (tahun 1000 hingga 1999) nenek moyang katani telah menciptakan seterusnya mewariskan kepada kita satu sistem beladiri yang multi-dimensional, komprehensif cukup praktikal dan efektif. Pencak Silat dilatih di kampung-kampung seterusnya dibawa ke istana. Hari ini Pencak Silat makin mendunia dari Gelanggang Nusantara diangkat dan dikembangkan di Gimnasium atau Studio Pencak Silat seluruh dunia termasuk Asia terus ke Eropah juga Australia membawa ke Afrika hingga ke Amerika. Dan sekarang Silat yang malar dikaitkan dengan dunia mistik sudah berbaur dengan dunia elektronik, satu sisi yang tidak pernah terfikir oleh kita iaitu alam CYBER. Saban hari gelanggang SIBER bercambah terutamanya oleh aktivis Pencak Silat bukan Melayu. Mereka lebih terkedepan mempromosikan Pencak Silat bahkan semakin baik pembawaannya. Salah satu faktor yang boleh diungkit ialah mereka menerima sistem beladiri Pencak Silat bukan setakat satu seni tradisional, tetapi diterimapakai secara teoritikal, akademik dan transparent. Satu fenomena yang makin ketara sekarang ialah mereka dapat bersilat lebih baik dari kita ! Jadi seperti yang sering diungkapkan lebih baik katani menjadi seorang FUTURIS (bukan tukang ramal) yang sentiasa melihat jauh ke hadapan mengambil suatu yang berharga dari masa depan untuk menerangi kehidupan masa kini. Bukan menjadi REVERSIONIS yang sentiasa melihat ke belakang, kagum dengan masa lampau. Jadi agar lebih konstruktif katani ciptakan, jelmakan dan hadirkan lagenda keperkasaan zaman silam dalam kehidupan hari ini sambil membalik cermin waktu melihat kemungkinan-kemungkinan di masa hadapan, agar terwujud persepsi yang jelas untuk kehidupan hari ini. Nah mulai hari ani fikir-fikir tah abiskita, macamana kan mengekalkan kependekaran orang Melayu jangan sampai qiblat pencak silat bertukar arah ke Barat! Jangan sampai untuk menumpahi ambuyat katani terpaksa belajar di restoran Pizza Hut!!!

JANUARI - OGOS

Januari – Ogos 1999: SEA Games, PSPSG41 berperanan dalam SEA Games melalui 2 jalur iaitu sebagai Jawatankuasa Tertinggi / Kerja dan sebagai Atlit Elit. Sebagai jawatankuasa G41 inda kurang 23 kali turun naik ke MPH meeting dan membuat persiapan. Pesilat G41 yang berjaya diserapkan sebagai atlit kebangsaan pula, pada peringkat saringan pertama ialah Hamidon, Hj. Seruji, Ali Hanafiah, Anuar, Zulazmi, Khairul Nasrin, Ak. Moksin, Gandam, Noraishah, Dk. Rosmahwati dan Jabaidah masing-masing bagi acara Jurus Tunggal, Jurus Wajib, dan Wira Sanggha. Setelah difinalisasikan hanya pasangan Hamidon & Hj. Seruji (Wira Sanggha) dan Dk.

Page 37: 2008 Laporan

Rosmahwati & Noraishah (Jurus Wajib) yang terpilih menjadi skuad kebangsaan bagi SEA Games 99. Dalam konteks G41, SEA Games telah menampakkan; Sejauh mana dan Kesatuan PERSIB serta para aktivis Pencak Silat. Keupayaan urang katani menyelenggarakan kejohanan. Sistem kerja para penggerak utama Pencak Silat. Pemikiran dan citarasa Pencak Silat urang-urang katani. Sambutan masyarakat. Konsep kemenangan sebenar.Kesimpulan SEA Games dari acara Pencak Silat bahawa Pencak Silat sekarang sudah benar-benar mendunia, objektif dan transparent. Seiringan dengan ini PSPSG41 harus lebih bersedia menghadapi dan menerima seterusnya mengolah perubahan dan perkembangan yang bakal berlaku. Pada aspek organisasi PSPSG41 seharusnya harus mampu bergerak sebagai “PersatuanSwasta” yang dinamik dan proaktif serta menumpukan perhatian kepada pembangunan silat yang lebih perkasa dan raksaksa sifatnya, demi kelangsungan aliran Pencak Silat Brunei Darussalam.

FEBRUARI

5.2.1999 / DPB, Berakas: Disamping atu G41 juga turut diundang seterusnya membuat persembahan oleh Majlis Belia Brunei sempena Lawatan Belia Korea di Balai Sarmayuda DBP.

MAC

10.3.1999 / BSRC: Demo Pencak Silat.

APRIL, MEI dan JUN

Komitmen SEA Games.

JULAI

17.7.1999 / Tutong / Rumah Abdul Rashid: Persembahan Pencak Silat sempena majlis perkahwinan.

24.7.1999 / Kg. Lupak Luas / Rumah Hj. Ramlee: Persembahan Pencak Silat sempena majlis perkahwinan.

OGOS

22.8.199 / Kg. Setia / Rumah Hj. Lakat: Persembahan Pencak Silat sempena majlis perkahwinan.

Undangan-undangan macamani penting jua untuk G41 iaitu sebagai salah satu usaha PROMOSI Silat katani jua. Jadi berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak yang mengundang, tapi banyak-banyak-banyak terima kasih lagi kepada pesilat G41 yang sudi bertandang.

SEPTEMBER

Menikmati kejayaan SEA Games.

OKTOBER

Page 38: 2008 Laporan

3.10.1999 / KS Menglait: UKA, Kerana komitmen SEA Games semua jadual UKA tertunda ke bulan Oktober dan November. UKA adalah bagi peringkat Asas (Putih), Rendah (Kuning) 43 orang dan Menengah (Merah) 12 orang.

17.10.199 / Gelanggang Terpilih: UKA peringkat Lanjutan (Hijau) melibatkan 17 orang pesilat.

20.10.1999 / Balai Polis Pekilong Muara: Persembahan Pencak Silat sempena lawatan Ketua Polis Singapura.

G41 juga menerima tawaran mengiringi majlis perkahwinan dengan gulintangan. Bayaran diagihkan dengan kadar 70% untuk pemain dan 30% untuk perguruan.

NOVEMBER

5.11.1999 / Gelanggang Terpilih: UKA terakhir diadakan untuk 14 orang Jurulatih Muda bagi mendapatkan ijazah Jurulatih. Semua UKA berjalan seperti yang dirancang dan diharap-harapkan. Syabas dan tahniah kepada seluruh anggota G41 yang telah berjaya dinaikkan arat, lebih-lebih lagi pesilat G41 yang dinaikkan taraf menjadi JURULATIH iaitu;

Barisan Jurulatih G41Hanafiah (H Satria Jaya), Rashid (P Seri Sejagat), Fadzillah (P Bayu Cempaka), Zamrani (PS Pancaran Suci), Azmi ((PS Cahaya Kilat), Ghafar (P Panca Nur), Ak. Moksin (P Seri Bentara), Anuar (PS Kencana Satria), Khairul (P Wira Samudera), Artison (P Satria Cahaya), Maslin (PS Irama Indera), Amri (P Laila Budi).

Pesilat-pesilat terpilih ini telah berjaya membuktikan keseriusan dan kesetiaan mereka kepada persatuanserta menguasai Pencak Silat Gerak 41 dengan matang. Masing-masing mereka telah diujicuba dengan hikmat-hikmat buah pukulan yang penuh muslihat, membuat langkah 17, mematikan langkah dan gerak Guru/Jurulatih yang menyerang mereka, diberi gelar permainan seperti Kucing, Singa, Harimau, Helang, Ular, Seladang, Tembadau. Sesi ujian diakhiri dengan memecah piasau. Al-Hamdulillah mereka semuanya berjaya dengan “kuasa” Allah SWT jua. Sementara itu 5 orang jurulatih veteran pula dinaikkan taraf menjadi Guru Muda iaitu;

Barisan Guru Muda G411. Cg. Nasib (PS Gema Wijaya) 2. Cg. Hj. Ramlee (SP Teratai Sukma)3. Cg. Rusli (KK Seri Kemanca)4. Cg. Jasmin (SP Pusaka Nilam)5. Cg. Rozaiman (PS Indera Sejagat)

UKA tahun ini juga mencatatkan sejarah tersendiri, dalam pertemuan inilah detik-detik awal Pa Moksin yang selama ini dirahsiakan hubungannya dengan G41 dijinakkan semula secara terbuka bahawa beliau adalah salah seorang dari pemegang amanah Guru Tua (Mahaguru) PSPSG41 selain Paji Musa. Mulai saat inilah beliau sering kelihatan bersama aktivis G41 ke hulu ke hilir memberikan semangat baru kepada seluruh kerabat G41. Maka sekarang (untuk sementara/tidak rasmi) bolehlah didefinisikan bahawa G41 itu didasari oleh 4 aliran punca, iaitu Cakak Asli, Silat Melayu, Silat Cahaya dan Panca Sunda. Dan setiap satunya pula mempunyai pelbagai kembangan misalnya Cakak, ada Cakak Pohon, Cakak Kampar, begitu pula Panca Sunda didalamnya termasuk Betawi, Cikalong, Cimandi, Cipecut, Selendang Merah, Gayong dan sebagainya untuk huraian lanjut boleh bertanya langsung kepada kedua-dua Guru Tua katani.

Page 39: 2008 Laporan

DISEMBER

6.12.1999 / Sek. Men. Arab Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan: Demo Pencak Silat, satu perkembangan positif dalam acara Demonstrasi Pencak Silat ialah corak persembahan katani telah menjurus kepada pakej yang agak standard dan dibantu oleh para artis demo yang mantap. Pencak Silat yang dipersembahkan inda lari dari konsep Silat TRADISI, Silat KREATIF dan Silat KONTEMPORARI. Dengan pendekatan ani G41 telah berjaya memukau audience. Misalnya masa di Sekolah Arab penuntut-penuntutnya masih inda berganjak dari tempat duduk padahal persembahan G41 sudah habis! Sebenarnya kami sengaja bagi suspense yang penting mudah-mudahan minat diurang inda habis di sana dan G41 sekurang-kuranya dapat pula menggamit mereka untuk mempelajari Silat.

Sepanjang tahun 1999: Kembara G41 ke Tasik Merimbun sudah menjadi rutin, tahun ani saja inda kurang 21 kali diurang ke sana disamping sekali-sekala tukar angin ke Pantai Muara dan Jerudong Park. Urang-urangnya inda lain Cikgu Hj. Ramlee, Tenno, Penjejak Awan, Viking, Vector, Penjejak Badai, Long Kai, Puteri Impian, Bebek, Ryu, Halus, Damit, Biji, Hati Murah, Black Knight, dan beberapa orang lagi. Kemuncaknya ialah pada 2hb. Disember dimana Pa Moksin, Cikgu Rusli dan Cikgu Jasmin termasuk orang-orang kanan Cawangan Universiti turut berangkat hadir. Ada 3 tujuan utama G41 beriadah di Tasik Merimbun pertama Mengisi Arat kedua Menghayati Kehidupan Semulajadi dan ketiga Mendengani Hj. Ramlee. Rumah ala Istana Melayu Lama yang ada di Tasik Merimbun adalah lokasi yang paling unik dan cantik dalam rangka cuba mengalamnyatakan pengalaman batin para pesilat. Proses mengisi Arat bermula dengan Dialog Pendekar (Pa Moksin) sementara menunggu pukul 12.00 tengah malam kemudian Imam (Artison) projek membacakan hikmat ayat yang akan ditulis. Tepat pukul 12.00 pesilat akan mula menukilkan kalam / ayat tertentu di atas kain hitam sehingga selesai mungkin mengambil masa 2 jam. Kain dilipat sedemikian rupa oleh Penghulu (Cg. Rusli) rombongan untuk diserahkan kepada pesilat. Pengarah (Hj. Ramlee) projek seterusnya bertanya pengalaman batin masing-masing pesilat. Apapun bentuknya aktiviti di sana matlamatnya ataupun iktikad kami adalah bagi melatih, membentuk dan membina kekuatan dalaman yang jitu, terkawal dan terarah. TAPI sebagai langkah berjaga-jaga agar jangan sampai tersasar ingat-ingat jua kata-kata guru katani “kalau belajar biar berguru ! sama-sama baguru sama-sama bamurid.”

Disediakan oleh,AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung dan Ketua Jurulatih, PersatuanPencak silat Gerak 41

PO Box 3041, BSB BS8675 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

LAPORAN KEGIATANPERSATUANPENCAK SILAT GERAK 41

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEPANJANG TAHUN 2000

Disediakan oleh: AWANG Rusli Bujang, Setiausaha Agung PSPSG41

Page 40: 2008 Laporan

PENDAHULUAN

Assalamu‘alaikum / Salam Pencak Silat,Kerabat Gerak 41,

enario G41 di suku pertama tahun 2000 cukup padat dan menjanjikan. Tirai alaf baru dibuka dengan majlis NOBAT PRASETIA, diikuti dengan persembahan padang untuk Hari Kebangsaan kemudian Demo Silat Tour, Tamu Silat dan Kem Kerabat. Bukan memadah ke diri, kenyataannya G41

cukup cemerlang mengisi abad 21 ani. Dari kelibat kegiatan-kegiatan pratama, G41 kelihatannya cukup optimis, penuh berwibawa, berdaya maju, lebih proaktif. Dengan perkembangan cemerlang ini katani harus MALAR “mencermin diri” supaya dapat “lebih mengilala” diri sendiri. Jangan sampai hanyut di gelombang arus prima. Kalau dapat kita kenalpasti kebidaan dalam gerakan persatuanakan katani USAI supaya G41 jadi lebih MULIA, dan andai ada kelawaan dalam gerakan persatuanakan katani BISAI kan agar G41 jadi MULIA jua. Kerja-kerja sukarela yang kita buat ani memerlukan jiwa yang besar untuk dapat menekuninya, pun miatu seberat mana pun beban yang di tanggung inda membari-bari bila wujud suatu PENGHARGAAN. Selama bersama G41 seakan tiada terasa kengalihan kerana perjuangan yang sering disertai minat dan kesedaran. Ringkasnya dalam konteks Negara Brunei Darussalam bila disebut Silat terus lah disinonimkan atau dikaitkan dengan G41. Maka kali ani sekadar sama-sama memberi ingat, tingkatkan kepedulian terhadap cawangan-cawangan seluruh negara. Usahakan menghadiri majlis G41 sebagai agenda penting bukan sampingan. Wujudkan perasaan saling bertanggungjawab atas apa saja kegiatan G41. Kefahaman dan keprihatian kerabat senior mengenai semua ini amat penting demi kelangsungan hidup G41, katani perlu lebih ikhlas, jujur, telus (transparent), terbuka dalam menghadapi sebarang isu atau masalah berbangkit. Masalah yang ada perlu diselesaikan sesegeranya. Bahtera G41 yang kita layari bersama sudah jauh ke tengah lautan, sangat tidak waras untuk kita membiarkannya karam, jauh sekali untuk berpatah balik sedangkan destinasi yang dihajati sudah semakin hampir! Lagi pun Guru Tua pernah berpesan “Menggengam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang.” Mudah-mudahan abiskita Kerabat G41 dapat sama-sama memikirkan apa yang tersurat di sini dan dapat pula menyimpulkan apa yang tersirat.

JANUARI

Rehat sempena Hari Raya `Aidi l-Fitri

FEBRUARI

4.2.2000 / Jum`at / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B: Nobat Prasetia, Setiausaha Agung G41 memperkenalkan satu lagi istilah baru untuk membuka gelanggang tahun 2000 iaitu NOBAT PRASETIA. Majlis diadakan di Gelanggang Pusat G41. Majlis sepatutnya WAJIB dihadiri oleh para ahli Dewan Guru Tua, Guru, Jurulatih dan Jurulatih Muda. Majlis ani adalah semacam satu “Anjakan Paradigma” untuk G41 kerana selepas atu G41 mendapat suntikan semangat dan tafsiran baru siapa G41 sebenarnya. Untuk pertama kali Liau bertandang ke Gelanggang Pusat G41 didampingi oleh Guru Utama dan “digimbari” dengan jiwa silat yang cukup perkasa. Dalam ungkapan kalimat Liau yang dilontarkan dengan nada pilu sudah cukup untuk membuat kami sendu lumpuh dalam keyakinan sendiri. Liau menekankan

S

Page 41: 2008 Laporan

kesempurnaan. Menyempurnakan diri, jiwa, silat dan menyempurnakan hidup dengan huraian kata-kata yang berlapik, dalam dan philosophical. Ka Ji sebelum atu menyatakan betapa silat telah menjadi alat silaturrahim yang berkesan. Menyatukan Guru dan Murid, Bapa dan Anak, Dangsanak dan Saudara. Orang jadi kawan. Majlis ani mendapat perhatian umum dan sempat menelurkan kontroversi apabila Media Permata memuatkan 2 muka penuh di halaman tengah bersama gambar-gambar yang unik dan penuh makna. Namun apapun yang tercatat dalam Media atu adalah suatu KEBENARAN buat G41, tapi kebenaran yang berat untuk diterima dari kalangan warga silat bukan G41.

5.2.2000 / Sabtu / Petang / Jabatan Arkib Negara: Penyusunan Gerak Silat untuk Hari Kebangsaan 2000, Mesyuarat persiapan dan penyusunan Gerak Silat untuk persembahan padang Hari Kebangsaan 2000 selepas Hari Raya di Jabatan Arkib Negara, bahkan perjumpaan awalnya sudah bermula pada 10/11/99 di Dewan Air Mulih Pusat Kesenian.

Komitmen nasional G41 yang pertama selepas Raya 2000 adalah Persembahan Silat sempena Hari Kebangsaan 2000 bermula 5/2 selepas atu latihan inda beranti-ranti rancak dijalankan di Menglait melibatkan beberapa persatuanlain iaitu Skim, Harimau Ghaib, Gayong Kiceh, Selendang Merah, Panca Sukma, Seni Beladiri, Depok Betawi dan G41. Gerak yang diciptakan diambil dari gerak-gerak khusus persatuanyang terlibat dengan memberikan empat lima langkah disamping Gerak Cakak sebagai gerak compulsory. Akhirnya terbentuklah Jurus HK2000. Latihan diadakan di Menglait, Dewan Serbaguna, Stadium Negara dan penghabisannya baru tah di Taman SOAS. Dalam persembahan gala yang berjumlah 400 orang ani G41 menghantar 100 pesilat iaitu suku dari jumlah keseluruhan! Ada beberapa hal yang sehat untuk dibangkitkan dalam mengukuhkan JATIDIRI perguruan. Misalnya katani boleh berbakti kepada negara, kemudian Persembahan atu somehow telah berjaya mengetengahkan perguruan-persatuanyang aktif di Brunei. Perhimpunan 8 buah organisasi silat ani adalah manifestasi kemampuan mereka untuk memberikan cabaran, sanggup menanai amanah bila diberi peluang yang adil.

10.2.2000 / Khamis / Pagi / Bilik Mesyuarat Seksyen Sukan TV RTB: G41 dijemput menghadiri satu mesyuarat bagi membincangkan cadangan diurang kan membuat dokumentari mengenai Silat sebagai satu sukan tradisi.

10.2.2000 / Khamis / Media Permata: telah menyuratkan NOBAT PRASETIA G41 dua halaman penuh berwarna. Satu artikel yang menghangatkan gelanggang G41 dan juga gelanggang-gelanggang yang bersaudara dengan G41 bahkan mungkin juga gelanggang bukan G41. Bila direnung-renung dan difikir-fikir kerana kehangatan atu tah baru nampak bakteria-bakteria yang menimbulkan penyakit dalam G41. Maka syukur al-Hamdulillah doktor-doktor G41 insya-Allah bolehlah berusaha mencari ubat penyembuh atau membunuh kuman-kuman yang merusak atu. Artikel atu sebenarnya melaporkan secara jujur bagaimana Nobat Prasetia dilangsungkan. Dan ia adalah satu bentuk promosi G41 yang berkesan dan berjaya.13.2.2000 / Ahad / Pagi / Kg. Manggis: Grup Gulintangan G41 diundang untuk menyerikan majlis perkahwinan.

20.2.2000 / Ahad / Pagi / Kg. Luagan Duduk: Grup Gulintangan G41 diundang lagi untuk menyerikan majlis perkahwinan.

23.2.2000 / Rabu / Pagi / Taman SOAS: Persembahan Silat Jurus H2K sempena sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2000.

Page 42: 2008 Laporan

__ . 2.2000: Dalam sibuk-sibuk G41 membuat persiapan menyambut Hari Kebangsaan seorang kenalan G41 dari Malaysia membuat kunjungan mengejut arah katani atas undangan peribadi Guru Tua. Encik Jalal salah seorang pesilat dari Gayong Fatani bertaraf Jurulatih. Beliau sebenarnya lebih condong kepada Silat Olahraga sedang G41 lebih berjiwa Seni dan bersifat keBruneian. Atas dasar persaudaraan layanan mesra G41 diberikan tanpa bakira-kira. Sepanjang keberadaannya di sini beliau sempat mengongsikan sedikit teknik-teknik seni dan olahraga, beliau juga sempat menegur sistem persatuankatani, cara latihan, gelaran para guru dan jurulatih dan macam-macam lagi.

26.2.2000 / Sabtu / Pagi / Tutong: Demo Silat, dalam masa yang relatif singkat ani G41 telah berjaya mengelolakan 5 demo silat. Jejak Wira G41 bermula di SM Sufri Bolkiah, sekolah ani adalah khusus untuk penuntut perempuan jadi jangan harap banyak laki-laki!!! Jadi untuk memikat audience di sana kami tampilkanlah aksi-aksi yang seksi dan handsome. Maksudnya mutu persembahan yang menarik. Kemudian kami berangkat lagi ke MIB (Ma`had Islam Brunei). Sebagaimana di Sufri Bolkiah tadi Pengetuanya bermurah hati membenarkan semua pelajar-pelajar diurang turun menyaksikan demo kami. Jadi khalayak katani adalah berjumlah ribuan. Inda heran rasa penat dan lelah kami terubat dengan usul orang meliat yang penuh keiskian atu. Satu bukti kejayaan demo ani adalah apabila 2 minggu selepas atu G41 telah didatangi seramai lebih 120 ahli baru di Kompleks Sukan Tutong yang menyatakan hasrat hendak berguru! welldone!

27.2.2000 / Ahad / Malam / Sengkarai, Tutong: Rombongan G41 sempat “mengala-alakan” permainan sesama sendiri sempena Majlis Perkahwinan Rashid, Jurulatih G41. Akhirnya hakim yang disuapkan dengan pelbagai aksi memikat memenangkan pesilat G41 yang berjaya tampil dengan kelainan dan penuh penghayatan iaitu Khanafi bagi kategori pesilat bagak, dan Haziq dari Cawangan SR Anggerek Desa memenangi kategori pesilat damit.

MAC

2.3.2000 / Khamis / Malam / Baitun Nur: Seri Pahlawan, Keberuntungan di luar dugaan G41 di tahun 2000 ani ialah apabila YAM Pg. Anak Abd. Wadood (Seri Irama Group) mengikutsertakan 10 orang artis beladiri G41 untuk menyelangi Konsert Suara Emas dengan persembahan Silat yang turut menampilkan artis Siti Norhaliza. Konsert dirancangkan pada 7/4 anjuran PENJURU. Diringkaskan cerita konsert atu inda jadi kerana masalah dalaman, namun latihan sebanyak 6 kali (pukul 8.30 hingga 12.00 malam) bermula 2/3 setiap khamis dan Isnin di (Istana) Baitun Nur cukup MENGESANKAN. In the end of the day YAM memberitahu bahawa kerjasama Seri Irama Group dan Seri Pahlawan (Gelar yang diberikan sendiri oleh YAM kepada artis G41) insya-Allah akan dilanjutkan kiranya ada kesempatan dan kesesuaian. Tertariknya pihak istana kepada G41 seperti YAM sendiri adalah satu rahmat dan kehormatan buat katani semua. Beliau sempat memuji disiplin dan ketepatan waktu latihan yang diamalkan oleh G41.

3.3.2000 / Jum`at / Kompleks Sukan Menglait: Ada panggilan mesyuarat dari PERSIB untuk membincangkan cadangan JBS agar PERSIB menganjurkan pertandingan silat bagi memilih wakil Brunei ke SUKMA disempenakan juga dengan sambutan Hari Kebangsaan. Pertandingan akan diadakan pada 7/8/9hb. April.3.3.2000 / Jum`at / Media Permata: Satu lagi artikel Silat Hari Kebangsaan dalam Media Permata juga ada menyebut G41 secara umum.

Majalah Seni Beladiri Malaysia edisi Mac 2000 pula muka surat 24 kolum Aktiviti memaparkan G41 Lancar Laman Web. Juga sebuah artikel yang amat disenangi dan

Page 43: 2008 Laporan

sangat menguntungkan G41. Cuma sampai sekarang nama “Merah Delima” penulis artikel atu masih jadi tanda tanya? Siapakah gerangan orangnya? Tetapi siapa pun dia terima kasihlah brader. Biar tia anonymous dulu supaya lebih misteri.

5.3.2000 / Ahad / Pagi / Kg. Setia: Grup Gulintangan G41 diundang untuk menyerikan majlis perkahwinan.

5.3.2000 / Ahad / Petang / Bilik Silaturrahim Pusat Belia: Ahli Majlis Kehormat dan Majlis Eksekutif G41 mengadakan Mesyuarat Penggal dengan agenda-agenda yang BESAR-BESAR antaranya Artis Beladiri, Latihan Eksklusif PSNSHC, Cabaran Silat 2000, Demo Tutong, Kem Kerabat, Dokumentari Sukan, Tamu Silat, Silathon 2000, Grup Gulintangan, Cawangan SMJA & Sayyidina Hassan, Kejohanan Silat Hari Kebangsaan dan Mengaktifkan kembali Cawangan-Cawangan G41. Mesyuarat berjalan dalam suasana yang menyenangkan, perwakilan G41 semakin matang dan tahu prosedur menghadiri mesyuarat dengan berkesan.

10.3.2000 / Jum`at / Malam / Asrama Putera UBD: G41 Cawangan UBD mengundang artis beladiri Majlis Tamu Silat ke Asrama Universiti untuk membincangkan persiapan awal. Sambutan awal kawan-kawan katani dari persatuanlain boleh tahan, mereka turut sama memberikan sumbangsaran yang ikhlas dan berguna.

Mulai 17.3.2000 / Jum`at / Malam / Gelanggang Ketua Jurulatih: Latihan Eksklusif, dalam hal ujian ani Ahli-Ahli Dewan Jurulatih dan Barisan Jurulatih Muda nanti juga akan menjalani ujian kelayakan khas untuk menerima CAMPA. Untuk pengetahuan bersama Latihan Eksklusif PSNSHC telah dijalankan pada 17/3 (20 orang), 22/3 (24 orang), 24/3 (10 orang), 31/3 (9 orang), 5/4 (11 orang), 13/4 (8 orang), 16/4 (8 orang). Sehingga kini kami telah belajar Langkah Tiga, Tiga Bunga, Empat, Empat Bunga, Cangkah Empat, Cangkah Enam dan Putaran Angin. Setiap langkah punya makna tersendiri, bukan langkah sebarang langkah. Ada langkah Laksmana, Langkah Hulubalang pun ada. Setiap gerak ada falsafahnya antara mengundur diri atau memberi sekali, antara sabar atau cabar, 8 kali mengucap jangan kali ke 9 terus layan. Setiap kata ada sambutnya, Nur Yaqin … Nur Qul Yaqin … bukan terus-terus Brunei Yakin. Setiap Praktik ada saja teorinya, apakah dia original, atau natural atau pun sulit.

Ringkasnya sesi yang sudah berjalan tidak ternilai harganya dengan sentuhan langsung dari pewaris dan pemegang amanah yang empunya silat. Inda mustahil satu waktu katani pun akan diiktiraf sebagai pewaris yang sah silat ani asal bakarih baru berisi marih. Jadi masih belum terlambat untuk membelakukan diri berlatih bersama-sama kami yang baru pandai “SIKIT-SIKIT” ani. “Kalau inda ada masa, MASAKAN !!!”

20.3.2000 / Isnin / Pagi dan Petang / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Silat Olahraga Sekolah-Sekolah dimulakan. G41 tidak terlibat banyak dalam pertandingan ani, tetapi ada memberikan sedikit khidmat sokongan yang bernilai. Kemudian beberapa orang pesilat katani atas nama sekolah-sekolah tertentu berjaya meraih Pingat Emas. Tahniah dari kami untuk anda semua.25.3.2000 / Sabtu / Malam / Gimnisium UBD: Tamu Silat, buat julung-julung kalinya Kelab Silat Varsiti PSPSG41 cawangan UBD menganjurkan Majlis Tamu. Tetamu kehormat adalah Penolong Pengarah Akademi Pengajian Brunei (APB). Tamu Silat turut menghadirkan Gayong Kiceh, Selendang Merah, Panca Sukma, Setapak Nata dan Gerak 41. Manakala Harimau Ghaib yang menyatakan kesediaannya, tidak dapat hadir disaat-saat akhir kerana ada acara-acara diurang yang lebih utama. Ditakdirkan acara malam atu bertembung dengan Tilawatil Qur’an Belia ASEAN maka jemputan-jemputan khususnya dari pihak UBD terpaksa berbagi masa. Tetapi sambutan

Page 44: 2008 Laporan

masyarakat kampus dan luar kampus cukup baik, kan dikira-kira menjangkau jua 300 orang. Bertolak dari Tamu Silat ani beberapa aspek teknikal boleh dijadikan bahan berfikir dan jayadiri. Pertama G41 Cawangan UBD mampu mengadakan Tamu Silat ani secara mandiri sedang Jawatankuasa Tertinggi G41 hanya bertindak selaku fasilitator, sehingga dengannya G41 taraf cawangan dapat menyumbang dan turut mengisi kalendar utama perguruan, bayangkan kesemua cawangan G41 mampu berbuat macamani? Kedua G41 telah bersikap Pahlawan Sejati kerana dengan jujur dan ikhlas melibatkan sama sambil membantu perguruan-persatuanlain bergerak di jalur perdana, iaitu satu landasan kongkrit untuk diurang melokakaryakan aliran masing-masing. Ketiga jalinan persahabatan antara persatuanmakin dapat dipererat, dan banyak lagi. Khusus untuk Tamu Silat ani segunung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Skuad Intelektual katani dari UBD yang dikepalai oleh Rozaiman Makmun, Guru Muda G41.

30.3.2000 / Khamis / Pagi / Kg. Batu Marang: Penggambaran (khusus untuk G41) dimulakan untuk segmen wawancara bagi rancangan Dokumentari Silat Tradisi.

APRIL

1.4.2000 / Sabtu / Malam / Taman Selera: Grup Gulintangan dan beberapa pesilat G41 membuat mini persembahan di Taman Selera BSB atas undangan KPS (Zefri Ariff), beliau mementaskan paket majlis perkahwinan yang di dalamnya disisipkan adegan silat khusus dalam adat berjaga-jaga, grup gulintangan katani pula memainkan bunyi latar untuk keseluruhan pementasan.

2.4.2000 / Ahad / Pagi dan Petang / Pantai Muara: Kem Kerabat, semasa muzakarah G41 dalam majlis Nobat Prasetia Setiausaha Agong G41 telah mengagih-agihkan beberapa tugas kepada Jurulatih G41. Salah satunya ialah Kem Kerabat yang diamanahkan kepada Khairul Nasrin. Sejak dari mula SUA yakin beliau mampu melaksanakannya seperti BIASA tetapi Pantai Muara telah menyaksikan beliau dapat mengungkayahkan majlis ani secara LUAR BIASA. Amanat diberikan kepada beliau pada 4/2, beberapa hari/minggu selepas atu beliau terus merundingkan kepada SUA hal-hal seperti acara, tema, kain rentang, minuman, soal tinggal di asrama, mengisi malam di asrama, pengangkutan, bas, kebenaran ibu-bapa, baju kenangan dan sebagainya. Semua perkara yang dibincangkan ani benar-benar jadi kenyataan. Sehingga Kem Kerabat G41 yang diadakan pada 1dan 2hb. April atu adalah the best thing ever happen to G41.

Tujuan utama Kem Kerabat ani adalah untuk menjalinkan rasa sepersatuankalangan ahli G41 dari seluruh cawangan disamping sebagai promo terbuka G41. Berdasarkan tujuan ani digabungjalinkanlah ahli dengan nama-nama Pahlawan, Panglima, Laksmana, Hulubalang, Pendekar, Bentara, Perwira, Satria dan Damong Pateh. Cawangan yang terlibat adalah Tutong (KST, SMSB, MIB), UBD, SMAS, SMSU, SMSH, SRAD, SMB, BS, MD, PB dan GT. Seterusnya diadakan sesi ice-breaking diikuti dengan 9 acara Game Silat. Games yang dijalankan adalah Naik Rakit, Melangkah Batu, Serampang Tiga, Pesan Guru, Umban Kayu, Tarik Kalat, Mengilala Jurulatih dan Timbang-Timbang. Setelah semua permainan dijalankan G41 benar-benar dapat mencapai objektif Kem Kerabat sesuai dengan tema yang dipilih KENAL, ERAT dan MESRA. Bahkan dari puing-puing keriangan terdengar suara-suara lunak yang menyatakan rasa kesedihan untuk mengakhiri majlis hari atu!!!

Satu perkara positif yang patut disinggung dalam hal penugasan Jurulatih baru ani adalah fenomena terbitnya idea-idea baru dalam pengungkayahan majlis oleh kalangan jurulatih-jurulatih baru. Misalnya kediaku tergamam melihat aksi-aksi fresh dan original yang dipertontonkan kepada khalayak ramai dalam Demo G41. Iaitu

Page 45: 2008 Laporan

gerak-gerak yang tidak terfikir oleh angkatan kami sebelumnya. Perkara ini menjadi possible berlaku hanya setelah para jurulatih diberi ruang dan kepercayaan sepenuhnya untuk berkarya dan mengendalikan sesuatu projek seperti Kem Kerabat dan Demo Silat.

7, 8 & 9.4.2000 / malam / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Pencak Silat bagi memilih wakil Brunei ke SUKMA di Pulau Pinang. G41 tidak serius dengan pertandingan atu kerana salah hati/patah hati/berusik hati/inda puas hati dan macam-macam lagi, ganya hati-hati kalau terlampau mengikut hati “mati”, ikut rasa binasa, telampau takut maut, telampau mengajar boleh jadi kurang ajar! Kan halnya tindakan katani memulaukan diri untuk sementara waktu ani adalah sebagai tanda protes aman. Di kesempatan lain insya-Allah akan katani banar-banari semua kategori Pencak Silat yang dipertandingkan iaitu Silat Seni, Silat Cakak, Silat Melayu (Kuntau) termasuk Silat Olahraga. Kalau hasrat ani jadi kenyataan maka insya-Allah atu akan jadi sejarah tersendiri buat G41 di kurun ani.

12.4.2000 / Rabu / Pagi / Bilik Silaturrahim Jabatan Daerah Brunei dan Muara: Mesyuarat Kejohanan Silat sempena Hari Keputeraan 2000.

Mental-Set G41 dalam menghadiri setiap mesyuarat ani adalah untuk sedapat mungkin mengurangi komitmen - komitmen langsung G41 terutamanya dalam memegang portfolio atau sebarang jawatan penting. Tindakan ani adalah untuk mengimbangi penglibatan G41 yang dianggap makin memonopoli dan dicemburui oleh pihak-pihak tertentu.

15.4.2000 / Sabtu / Pagi / SR Batu Marang: Demo Silat, Artison selaku Pengarah Demo terpaksa mengorbankan hari sekolahnya pada hari ini semata-mata memenuhi permintaan SR Batu Marang untuk mengadakan Demo Silat di sana. Baik jua adek-adek katani dari Cawangan SR Anggerek Desa bersama Cigu Bakri ada mendengani dan Artison ditemani oleh Shahrani.

22.4.2000 / Sabtu / Petang: Lanjutan penggambaran Silat Cakak G41 di Pantai Serasa dekat Kompleks Sukan Air di sana. Sesi penggambaran ini adalah untuk Dokumentari Silat Tradisi.

MEI

4.5.2000 / Khamis / Petang / Pusat Belia: Mini-Bengkel Menambat Dastar dan Menapih Sinjang, oleh YDP sendiri. Kemahiran ini adalah sebagai masukan baru untuk kerabat yang terlibat, guna diaplikasikan semasa persembahan, pertandingan mahupun majlis-majlis perkahwinan.

10 – 15.5.2000 / Jakarta, Padepokan Pencak Silat: Mesyuarat Asia Pacific Pencak Silat Federation, SUA PSPSG41 bersama beberapa JKT PERSIB berangkat ke Jakarta bagi menghadiri perkara di atas. Mesyuarat adalah bagi mendengarkan laporan perkembangan mengikutsertakan pencak silat ke dalam Asian Game dalam konteks APPSF. Walaupun sekadar mendengar laporan namun kehadiran kami ke sana adalah amat penting agar Brunei Darussalam dapat berperan lebih aktif seterusnya memberikan bantuan yang terdaya bila diperlukan.

21.5.2000 / Ahad / Pagi / Penanjong Kem: Persembahan (Demo) Silat, sempena Pertandingan Olahraga antara Kadet-Kadet Tentera Senegara. Jawatankuasa pertandingan memberikan kepercayaan kepada PSPSG41 untuk mengisi secara bermakna majlis pada hari itu agar lebih meriah. Permintaan ini disahut dengan baik. Pegawai-pegawai Kanan tentera nampaknya berpuas hati dengan persembahan artis

Page 46: 2008 Laporan

beladiri PSPSG41, sehingga mereka dengan yakin memberikan kata awal agar PSPSG41 melatih (jadi koreografer) seluruh kadet tentera untuk membuat suatu persembahan beladiri tahun depan dalam projek tato tentera.

24.5.2000 / Rabu / Petang / Maktab Duli: Demo Silat, dalam upaya menggiatkan kembali cawangan ini satu mini demo telah diadakan guna memperkenalkan atau memberikan gambaran kepada pelajar MD tentang konsep beladiri yang terdapat di dalam PSPSG41. Demo disaksikan oleh hampir semua penghuni asrama putera dan puteri.

29.5.2000 / Isnin / Pagi / Sekolah Rendah Kiarong: Demo Silat, berikutan kejayaan PSPSG41 di cawangan SR Anggerek Desa, Guru Besar SR Kiarong mengundang PSPSG41 agar memperagakan silat di sekolah diorang. Dewan penuh oleh murid-murid sekolah yang sangat tertarik dengan aksi-aksi lasak dan akrobatik daripada artis beladiri PSPSG41. Tambahan lagi rakan-rakan mereka dari SRAD turut beraksi. Sekurang-kurangnya kami dapat memberitahu mereka bahawa silat sebagai seni mempertahankan diri bangsa Melayu adalah tidak kurang hebatnya dengan beladiri import.

30.5.2000 / Selasa / Petang / HEP UBD: Pihak Hal Ehwal Pelajar UBD mengundang kami ke pejabat mereka untuk merundingkan apakah silat “mampu” dijadikan model kegiatan ko-kurikulum UBD bila diberikan unit. Maka dengan penuh yakin kami memberikan jawapan insya-Allah mampu, kerana sebagai sebuah persatuanmoden sistem pembelajaran PSPSG41 sudah tersusun dan terarah. Dengan bahan-bahan pelajaran, peringkat pencapaian dan lainnya silat dalam konteks PSPSG41 adalah sangat OBJEKTIF! Bererti dapat diberi nilai seperti subjek atau kursus lain di UBD.

31.5.200 / Rabu / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia: Majlis Penganugerahan, majlis ini diselenggarakan tanpa pengetahuan jawtankuasa tertinggi persatuansebagai kejutan untuk mereka. Majlis adalah bagi menghargai jasa-jasa para Guru, Jurulatih dan pesilat G41 yang berjaya mengukir prestasi cemerlang mengikut bidang tugas masing-masing. Pada hari ini juga Gelanggang Terpilih yang bertaraf Gelanggang Pusat persatuansecara rasmi diubah nama menjadi Gelanggang Berjasa.

JUN

18.6.2000 / Ahad / Pagi & Petang / SR Pusar Ulak: Pertandingan Uji Cuba PSC Harimau Ghaib, acara hari ini sebenarnya bertembung dengan mesyuarat PERSIB namun undangan PSCHG lebih dulu dijanjihi, maka jawatankuasa tertinggi G41 terpaksa berbagi dua. Kehadiran kami ke sana adalah sebagai jemputan untuk saling menikmati kecapaian masing-masing.

23.6.2000 / Jum`at / Petang: Mesyuarat persiapan pertandingan pencak silat sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan KDYMM ke 54 tahun.

25 – 28.6.2000 / Surabaya, Gelora (Gelanggang Olahraga): Lanjutan dari mesyuarat APPSF tempoh hari di Jakarta kami (Jawatankuasa Tertinggi PERSIB) dikehendaki hadir ke PON (Pekan Olahraga Nasional) bagi menyaksikan acara pertandingan pencak silat. Hadirnya kami adalah sebagai manifestasi kekukuhan organisasi pencak silat kalangan negara pendiri. Perkara ini penting kerana turut hadir bersama kami adalah beberapa orang jawatankuasa penilai dari IOC yang punya suara keramat memutuskan boleh atau tidak pencak silat diikutsertakan dalam Asian Games di Fusan, Korea nanti.

Page 47: 2008 Laporan

JULAI

2.7.2000 / Ahad / Pagi / VIP Room, Dewan Serbaguna SNHB: Mesyuarat Pra AGM PERSIB, mesyuarat hari ini sebenarnya bertujuan menghimpunkan seluruh ahli-ahli gabungan PERSIB sebagai pertemuan awal sebelum Mesyuarat Agung PERSIB diadakan bulan November nanti. YDP sempat memberitahukan beberapa projek mega mendatang dan perkembangan semasa yang berhubungkait dengan kegiatan pencak silat.

7 – 12.7.2000 / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Pencak Silat peringkat Daerah Brunei Muara sempena Hari Keputeraan 2000. Persatuanseperti biasa terlibat sebagai jawatankuasa mahupun sebagai pesilat yang ikut bertanding.

21.7.2000 / Jum`at / Pagi / Bilik Silaturrahim Pusat Belia: Mesyuarat Tergempar, dengan semangat kekeluargaan Jawatankuasa Tertinggi PSPSG41 cuba mencari jalan penyelesaian pergolakan besar yang sedang menghantui PSPSG41. Akhirnya dengan kuasa Allah kami dapat menemukan bahawa di sebalik semua ini adalah berpunca dari fitnah yang sengaja disebarkan kerana kepentingan sendiri dan ingin merosak keharmonian PSPSG41.

21.7.2000 / Jum`at / Petang / Rumah PITA: Demo Silat, YDP Tanah Jambu mengundang G41 agar membuat sedikit persembahan silat sebaik sahaja Mesyuarat Agung mereka selesai. Demo ini mereka hasratkan untuk memancing anak-anak muda kampung agar melibatkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat seperti pencak silat. Kebetulan beberapa minggu yang lalu isu al-Ma`unah sempat merancaukan persepsi masyarakat terhadap kemurnian pencak silat. Kesempatan ini kami gunakan untuk memberikan informasi betapa pencak silat sarat dengan nilai-nilai luhur dan betapa unsur-unsur khurafat telah berjaya dikikis dan tidak lagi menodai seni beladiri Melayu ini.

23 – 26.7.2000 / Dewan Serbaguna SNHB: Pertandingan Pencak Silat Akhir Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan 2000.

30.7.2000 / Ahad / Pagi / SMJA: UKA, Ujian Kenaikan Arat adalah bagi pesilat-pesilat arat putih khusus dari Cawangan SMJA yang telah menjalani latihan sejak beberapa bulan yang lalu di bawah bimbingan Jurulatih Khairul Nasrin. Hampir 30 orang pesilat baru terlibat dibantu oleh para Jurulatih Muda.

OGOS

6 – 10.8.2000 / Malam / Baitun Nur: Latihan intensif Seri Pahlawan bersama Seri Irama Group.

12.8.2000 / Sabtu / Malam / As-Sarraa: Makan Malam oleh Pasukan Polis Di-Raja Brunei sempena Hari Keputeraan KDYMM ke 54 tahun. Seri Pahlawan yang terdiri dari pesilat kanan G41 diserapkan dalam Seri Irama Group untuk menampilkan satu paket persembahan kebudayaan yang merangkumi seni suara, muzik, tari dan silat selama 30 minit. Persembahan tersebut adalah yang terbaik dari yang terbaik pernah dibuat kerana beberapa faktor penting iaitu latihan yang serius (mencukupi), kehadiran yang konsisten, disiplin ditambah lagi oleh sistem lampu, muzik live yang professional, kesesuaian pentas dan tidak kurang motivasi kecemerlangan yang seing dibibir-bibirkan oleh ketua group.

Page 48: 2008 Laporan

SEPTEMBER

5.9.2000 / Selasa / Petang / Bangunan KKBS: Mesyuarat bersama wakil KKBS dan beberapa kumpulan seni budaya untuk persembahan Malam Gala APEC.

13.9.2000 / Rabu / Pagi / Bangunan KKBS: Wakil G41 diperbantukan untuk sesi penggambaran video dan foto bersama kumpulan Senandung Budaya KKBS.

17.9.2000 / Ahad / Petang / Taman Rakis, UBD: UKA, Ujian Kenaikan Arat peringkat Asas dan Rendah terutama untuk pesilat cawangan UBD seramai hampir 40 orang. Beberapa pesilat Cawangan SMAS, Pusat Belia, Berakas, Salambigar dan Tutong juga diselajurkan.

OKTOBER

6.10.2000 / Jum`at / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B: UKA peringkat Menengah (pemegang Arat Merah). 12 orang pesilat terlibat dari Cawangan Awang Semaun, UBD, Tutong, Temburong, SMJA dan Maktab Duli. Pesilat peringkat ini menerima gelar Jurulatih Muda.

8.10.2000 / Ahad / Petang / Gelanggang Berjasa, Kg. Setia B: UKA peringkat Lanjutan (pemegang Arat Hijau). 10 orang pesilat terlibat dari cawangan Gelanggang Berjasa, UBD dan Berakas Salambigar. Pesilat yang lulus dengan ujian peringkat ini menerima gelar Jurulatih. Bagaimanapun UKA mereka ini hanyalah kelayakan untuk menerima Arat Hitam. Taraf mereka sebagai Jurulatih baru disahkan setelah menjalani proses memecah.

14.10.2000 / Sabtu / Malam / Rumah YDP, Kg. Mata-Mata: Penganugerahan Ijazah ke 5 iaitu Ijazah Panci Suria Seri Satria oleh Guru Utama kepada Cikgu Nasib, Cikgu Hj. Ramlee dan Cikgu Rusli.

15.10.2000 / Ahad / Petang / Cawangan SMJA: Perasmian Cawangan SMJA dan Penyampaian Arat untuk semua cawangan yang telah menjalani UKA. Cawangan-cawangan yang terlibat adalah SMJA, Awang Semaun, UBD, Berakas Salambigar, Pusat Belia, Tutong, Maktab Duli, Sayyidina Hassan, Temburong dan Gelanggang Berjasa. Majlis perasmian dan penyampaian arat dan sijil disempurnakan oleh Cikgu Haji Mahrub bin Haji Murni Pengetua SM SMJA. Beliau tidak lepas dari menekankan silat sebagai salah satu komponen jatidiri bangsa. Beliau berkali-kali mengucapkan tahniah dan syabas kepada PSPSG41 kerana dalam era globalisasi PSPSG41 tidak sahaja berjaya menambahkan bilangan tetapi berjaya disegi perkembangan intelektual iaitu dengan pelancaran laman web rasmi perguruan. Tetamu Kehormat melihat bahawa setelah PSPSG41 mantap di Brunei tidak mustahil akan berkembang di Nusantara seterusnya antarabangsa. Baginya PSPSG41 bukan setakat generasi mempunyai kemahiran fizikal tetapi turut didokong oleh putera puteri yang intelektual.

19.10.2000 / Khamis / Malam / Gelanggang Guru Utama: Penganugerahan Ijazah ke 2 atau permainan kedua khusus untuk pesilat bertaraf Jurulatih tingkat I. Ijazah pertama disahkan dengan ujian memecah bergelar Ijazah Panci. Manakala peringkat ke 2 ini bergelar Ijazah Panci Suria. Ijazah ke 3 pula bergelar Ijazah Panci Suci Satria dan Ijazah Panci Seri Satria adalah anugerah yang tertinggi. Jurulatih yang terlibat adalah Cikgu Jasmin, Rozaiman, Azmi, Zamrani, Khairul, Anuar, Rashid, Fadzillah dan Ghafar.

29.10.2000 / Ahad / Petang / Bilik Silaturrahim, Pusat Belia: Mesyuarat Agung ke 4

Page 49: 2008 Laporan

NOVEMBER dan DISEMBER

Rehat sempena musim peperiksaan dan bulan puasa.