sarawak aktiviti 2008

Download Sarawak aktiviti 2008

Post on 28-Nov-2014

3.781 views

Category:

Technology

21 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2008 NEGERI SARAWAK
  • 2. LAPORAN KETUA AUDIT NEGARAAKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SARAWAK TAHUN 2008 JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
  • 3. KANDUNGAN
  • 4. KANDUNGANPERKARA MUKA SURATKATA PENDAHULUAN viiINTI SARI LAPORAN xiiiBAHAGIAN I : AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERIPendahuluan 3Kementerian Alam Sekitar Dan Kesihatan Awam Sarawak 3 Pengurusan Tunggakan Hasil Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan SarawakKementerian Kemudahan Awam Negeri Sarawak 32 Pengurusan Kualiti Air MinumPejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak 58 Service Level Agreement SIFBASJabatan Hutan Sarawak 68 Pengurusan Hutan Dan Kepentingannya Kepada Alam SekitarJabatan Agama Islam Negeri Sarawak 92 Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA)Jabatan Pertanian Negeri Sarawak 118 Program Pembangunan Industri Buah-BuahanJabatan Tanah Dan Survei Negeri Sarawak 138 Pengurusan Pengambilan Balik Tanah Dan PenggunaannyaYayasan Sarawak 158 Pengurusan Pinjaman Pelajaran BerkomputerBAHAGIAN II : PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERIPendahuluan 185Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd. 185BAHAGIAN III : PERKARA AMPendahuluan 211Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua 211Audit Negara iii iii
  • 5. Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Dan 219Kajian Khas Kementerian/Jabatan/Agensi Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri 219 PENUTUP 223 iv
  • 6. KATA PENDAHULUAN
  • 7. KATA PENDAHULUAN1. Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, menghendakiKetua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan serta aktiviti Kerajaan Negeri danmengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong dan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan Ketua Audit Negara untukdibentangkan di Parlimen manakala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawakmemperkenankan untuk membentangkan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan UndanganNegeri Sarawak. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankanPengauditan Prestasi untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan telahdilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.2. Laporan saya mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Dan PengurusanSyarikat Kerajaan Negeri Sarawak Tahun 2008 adalah hasil daripada pengauditan yangdijalankan terhadap aktiviti-aktiviti tertentu yang dilaksanakan di sembilan buahKementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kementerian Alam Sekitar DanKesihatan Awam Sarawak, Kementerian Kemudahan Awam, Pejabat Setiausaha KewanganNegeri Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, JabatanPertanian Sarawak, Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak, Yayasan Sarawak dan BorneoDevelopment Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd. Program/Aktiviti yang diaudit adalahberkaitan dengan Pengurusan Tunggakan Hasil Cukai Taksiran Pihak Berkuasa TempatanSarawak, Pengurusan Kualiti Air Minum, Service Level Agreement, Pengurusan Hutan DanKepentingannya kepada Alam Sekitar, Pengurusan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA),Program Pembangunan Industri Buah-buahan, Pengurusan Pengambilan Balik Tanah DanPenggunaannya, Sistem Pengurusan Pinjaman Pelajaran Berkomputer Yayasan Sarawakdan Pengurusan Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn. Bhd.. Pengauditanterhadap aktiviti Kerajaan Negeri adalah untuk menilai semua polisi, program dan projekyang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan;spesifikasi kontrak/syarat perjanjian dipatuhi; tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya.Pada umumnya, aktiviti yang dilaksanakan oleh lapan Kementerian/Jabatan/Agensi NegeriSarawak pada tahun 2008 menunjukkan beberapa kelemahan seperti yang saya laporkandalam Laporan ini.3. Semua Pegawai Pengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yangdilaporkan untuk pengesahan mereka. Laporan ini juga mengandungi tindakan susulan yangtelah diambil terhadap perkara yang dibangkitkan dalam laporan saya bagi tahun 2007 untukmemberi gambaran sejauh mana tindakan susulan dan pembetulan telah diambil oleh pihakKementerian/Jabatan/Agensi Negeri berkenaan terhadap isu yang telah dibangkitkan. vii vii
  • 8. 4. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap laporan ini dapatdijadikan asas untuk memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan usahapenambahbaikan bagi meningkatkan akauntabiliti dan integriti di sektor awam.5. Pada pandangan saya, pencapaian pelaksanaan aktiviti Kerajaan Negeri danagensinya boleh dipertingkatkan sekiranya semua pihak yang terlibat menambah baikkomunikasi dan koordinasi (communication and coordination) serta menghayati danmengamalkan lima perkara utama yang diringkaskan sebagai DAMAI seperti berikut:a) DUE DILIGENCE Setiap penjawat awam perlu menjalankan tugas dengan penuh ketelitian yang profesional untuk mewujudkan sistem penyampaian awam yang cemerlang.b) ACHIEVEMENT - Memastikan semua polisi dan program yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan, menggunakan kaedah Key Performance Indicators (KPI), tidak berlaku peningkatan kos, spesifikasi kontrak/syarat-syarat perjanjian dipatuhi dan mencapai matlamatnya.c) MONITORING - Pemantauan yang rapi hendaklah dibuat bagi memastikan semua program atau aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan, diurus secara akauntabiliti dan berintegriti. Segala kelemahan yang ditemui hendaklah diambil tindakan. Projek yang telah siap dibina hendaklah digunakan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan memberi impak positif kepada golongan sasaran.d) ATTITUDE - Setiap penjawat awam perlu mempunyai pandangan holistik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh komitmen yang tinggi. Nilai-nilai positif hendaklah diamalkan dan tidak ada sikap sambil lewa dalam melaksanakan tugas.e) INTEREST - Setiap penjawat awam perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan minat dan dedikasi supaya projek yang dilaksanakan ada usaha penambahbaikan dan berinovasi. viii viii
  • 9. 6. Saaya ingin merakam mkan uca apan terim ma kasih kepada semua pegawai pKement terian/Jabatan/Agensi/ /Syarikat K Kerajaan Ne egeri Saraw wak yang telah mem mberikankerjasama kepada pegawai saya sep a engauditan dijalankan. Saya jug ingin panjang pe . gamelahirrkan pengh hargaan da terima kasih kepa an ada semua pegawai saya yan telah a ngberusah gigih ser member ha rta rikan sepenuh komitme untuk me en enyiapkan la aporan ini.Putraja aya24 Jula 2009 ai ix ix
  • 10. INTI SARI LAPORAN
  • 11.

Recommended

View more >