sajak tentang rasulullah

8
 12 Rabulawal tahun Gajah Bersamaan 20 April 570 Masihi Lahirlah seorang nabi yang terakhir i !ota Ma"inah yang su#i Rasulullah $  apa khabarmu% &a Rasulullah ' Aku merin"ukanmu &a Rasulullah $ a"akah kau jua se"ang merin"uiku ' &a Rasulullah$ sakitku menanggung apa yang pernah kau tanggung malah sakitku hanya sekelumit se"ang (ngkau &a Rasulullah $$ menanggung segunung ujian yang menyakitkan$  )amun & a Rasulul lah (ngkau ti"ak pernah mengeluh (ngkau ti"ak pernah berhenti (ngkau ti"ak pernah mengalah "emi *slam (ngkau rela berkorban &a Rasulullah  pesankan pa"a kami umatmu agar kami ti"ak berpaling  berpaling "ari menyambung perjuanganmu &a Rasulullah namaMu yang angung melembutkan hati "an bi#ara manusia yang menyebut namaMu aliran kasih sayangMu ti"ak terhingga mengalir "alam sanubari kami  betapa #inta)ya kau pa"a kami  &a Rasulullah $$$$$$ i+inkan kami menatap wajahmu $$ mengamati wajahmu yang tenang men"amaikan akhlak yang menawan $$ &a Rasulullah $ kernaMu aku ber#inta$ kernaMu aku berkasih sayang$  ber#inta "an berkasih sayang "i "alam jalan "akwah "an perjuangan ini$

Upload: syauqatuliman

Post on 05-Oct-2015

547 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

sajak Rasulullah

TRANSCRIPT

12 Rabulawal tahun GajahBersamaan 20 April 570 MasihiLahirlah seorang nabi yang terakhirDi Kota Madinah yang suci

Rasulullah .apa khabarmu, Ya Rasulullah ?Aku merindukanmu Ya Rasulullah . adakah kau jua sedang merinduiku ?

Ya Rasulullah.sakitku menanggung apa yang pernah kau tanggungmalah sakitku hanya sekelumitsedang Engkau Ya Rasulullah ..menanggung segunung ujian yang menyakitkan.

Namun Ya RasulullahEngkau tidak pernah mengeluhEngkau tidak pernah berhentiEngkau tidak pernah mengalahdemi Islam Engkau rela berkorban

Ya Rasulullahpesankan pada kami umatmuagar kami tidak berpalingberpaling dari menyambung perjuanganmu

Ya RasulullahnamaMu yang angungmelembutkan hati dan bicara manusia yang menyebut namaMualiran kasih sayangMu tidak terhinggamengalir dalam sanubari kamibetapa cintaNya kau pada kami

Ya Rasulullah ......izinkan kami menatap wajahmu ..mengamati wajahmu yang tenang mendamaikanakhlak yang menawan ..

Ya Rasulullah .kernaMu aku bercinta.kernaMu aku berkasih sayang. bercinta dan berkasih sayang di dalam jalan dakwah dan perjuangan ini.

Dari kemasul pergi ke Pekan, Singgah berhenti beli kelubi; Maulidur rasul kita raikan, Sempena mengingati kelahiran nabi.

Singgah berhenti beli kelubi, Hampir bermalam di rumah penakan; Sempena mengingati kelahiran nabi, Selawat dan salam kita alunkan.

Hampir bermalam di rumah penakan, Menjamu hidangan siakap halia; Selawat dan salam kita alunkan, Kepada junjungan pembawa cahaya.

Menjamu hidangan siakap halia, Manis rasanya dibuang jangan; Kepada Junjungan pembawa cahaya, Al-Quran dan sunnahnya jadikan pegangan.

Penat rasanya mencari berangan, Dari Kuantan pergi ke Tioman; Al-Quran dan sunnahnya jadikan pegangan, Itulah ikutan sepanjang zaman.

Buah perah jatuh berguguran, Makan berebut helang berterbangan; Langit cerah bintang bertaburan,Tatkala menyambut kelahiran Junjungan.

Kayu dibelah di tepi paya, Sampai di baruh gelap gelita; Lahirnya Rasulullah membawa cahaya, Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita, Suram cahayanya di rumah bonda; Menerangi seluruh alam semesta, Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Bakar jerami tepi beranda, Akar kesum dicabut dialih; Ulul Azmi gelaran baginda, Rasul maksum lagi terpilih.

Akar kesum dicabut dialih, Seinci halia diricis dibelah; Rasul yang maksum lagi terpilih, Itulah dia kekasih Allah.

SOALAN UJI INGATAN PADA RASULULLAH SOALAN KUIZ SEMPENA MAULIDUR RASUL 1430H DI MASJID QUBA, TAMAN WAWASAN, TAWAU.SOALAN YANG DIAJUKAN BUKAN UNTUK MENCARI PEMENANG, TETAPI UNTUK MEMBERITAHU YANG BELUM TAHU... UNTUK MENGINGAT YANG BELUM INGAT...

SOALAN YANG SENANG UNTUK KATEGORI KANAK-KANAK/REMAJA

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?Jawapan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah

2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin MurrahBapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah

3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?Jawapan; Abwa (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)

5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?Jawapan; 6 tahun

6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?Jawapan; yang terpuji

7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?Jawapan; Abdul Muthalib

8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?Jawapan; 8 tahun

9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah

10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun

11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?Jawapan; Abu Thalib

12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?Jawapan; kambing

13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?Jawapan; Maisarah

14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun

15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?Jawapan; 40 tahun

16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?Jawapan; Iqra

17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam

18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?Jawapan; 3 tahun

19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?Jawapan;Khadijah - isteri NabiAli bin Abi Thalib - sepupu nabiZaid bin Harithah - hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabiAbu Bakar As-Siddiq - kawan karib nabiUthman bin AffanZubair bin AwwamSaad bin Abi WaqasAbdul Rahman bin AufThalhah bin UbaidillahAbu ubaidillah bin JarrahArqam bin Abi al-ArqamFatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-Adawi

20. Berapakah usia nabi ketika wafat?Jawapan; 63 tahun

21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?Jawapan; Burung Ababil

KUIZ UNTUK KATEGORI DEWASA, JUGA SOALAN YANG SENANG2 AJE...

1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?-jawapan 20 april 571M

2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam

3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..

4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?Jawapan; Buhaira

5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)

6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Judaan ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?Jawapan; Halful Fudhul

7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.Jawapan;1- Khadijah Bt Khuwailid2- Saudah Bt Zamah3- Aisyah4- Zainab Bt Khuzaimah5- Hafsah6- Ummu Salamah7- Zainab Bt Jahsyi8- Raihanah9- Juwairiyah10- Syafiah11- Ummu Habibah12- Mariyah Qibtiyah13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,

9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi - usia 63 tahun

10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai

11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi beruzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi beruzlah?Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)

12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai Aamul Huzni iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?Jawapan; Kematian Abu ThalibKewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah

13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?Jawapan; Isra Mikraj Posted by Kasih Islam at 10:32 PTG

SAJAK MAULIDUR RASUL

Hadir mu bagai matahari Cahyamu terang menerangi kamiMembawa panji obor keislaman sehinggaDijulang serata pelusok alam

12 rabiul awal tahun gajah Tatkala abrahah cuba menyanggahLahirmu tanpa ibumu siti aminahTiada bapamu Abdullah

Dalam dekad yang panjangSuara langit berbicaraMemuji Muhammad yang mulia

Muhammad indah kalam bicaraNamamu terpahat dijiwa Menceraikan dusta duniaMenceraikan malang insan yang terlekaTerleka dengan buana cinta dunia jahil dan nodaDemi menyubur falsafah agung penuh maknaYang terukir dalam ruhi seorang Muhammad

Ummati,Ummati,UmmatiHingga akhir hayat muMasih ingt pada umatmuBegitu cintany engkau kepada umatmuSedar dengan kalbu,lihat dengan mahuSeorang insan mulia sehingga akhir jasadnySunnah mu al quran jadi pegangan sunnah mu jadi ikutanMuhammad manusia agung tiada gantinya

SALAM MAULIDUR RASUL