ayat ayat tentang peranan rasulullah

26
AYAT AYAT TENTANG MENGAPA RASULULLAH DIUTUS (SEMPENA MAULIDUR RASUL) Ust Hj.Abdul Ghani Samsudin

Upload: abdul-ghani

Post on 14-Apr-2017

275 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

AYAT AYAT TENTANG  MENGAPA

RASULULLAH DIUTUS  

(SEMPENA MAULIDUR RASUL)

Ust Hj.Abdul Ghani Samsudin

Page 2: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

PENGANTAR Sempena menyambut hari kelahiran

Rasulullah ( 1437 H) kita catatkan di sini beberapa ayat Al Quran yang mengungkapkan tentang peranan baginda dan apakah tanggungjawab serta peranan umat yang mengikut baginda, dengan sedikit huraian yang berkaitan dengan peranan tersebut . Ayat ayat ini perlu ada dalam benak umat Islam sekalian untuk mereka terus peka dengan tanggungjawab menegakkan kebenaran, keadilan di samping menumpaskan kezaliman, kejahatan dan kemungkaran.

Page 3: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

SAMBUNGAN PENGANTAR Ayat ayat ini merupakan pengantar

untuk kita menelusuri peranan dan tanggongjawab seorang Rasul akhir zaman yang diutus oleh Allah untuk penduduk dunia. Sudah pasti terdapat puluhan hadith menerangkan peranan baginda yang perlu kita teroka pada kesempatan yang lain insyaallah

Page 4: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

MEMBAWA DAN MENAMPILKAN SUATU DASAR DAN CARA HIDUP YANG LENGKAP DAN MENYELURUH Peranan yang pertama baginda ialah membawa dan

menampilkan suatu dasar dan cara hidup yang lengkap dan menyeluruh ; mencakup setiap dimensi ruhani, jasmani, pendidikan , budaya, politik dan lain lain

Allah berfirman dalam surah Al Taubah ayat 33

كره ولو ه كل الدين على ليظهره الحق ودين بالهدى رسوله أرسل ذي ال هوالمشركون

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. 

Page 5: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL FATH :28

ليظهره الحق ودين بالهدى رسوله أرسل ذي ال هوشهيدا ه بالل وكفى ه كل الدين على

(Allah ) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (Islam), supaya Dia menampilkan ketinggiannya dan membuktikan kebenarannya berbanding  segala agama yang lain. Cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran misi yang dibawa oleh RasulNya ). 

Page 6: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL SAFF :9 كره ولو ه كل الدين على ليظهره الحق ودين بالهدى رسوله أرسل ذي ال هو

المشركون

Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Nabi Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia menampilkan keunggulannya dan menobatkan keutamaannya berbanding segala agama  yang lain, meskipun orang-orang musyrik tidak menyukainya. 

Dengan agama yang lengkap itu para penganutnya digesa agar berkerja keras untuk merealisasi nilai dan ajaran tersebut dalam realiti agar tertera gambaran hidup dan tamadun manusia yang murni dan permai, penuh rasa kasih sayang, adil dan bertimbang rasa.

Page 7: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

ALLAH MENEGASKAN DALAM SURAH AL HAJ :78 أبيكم ة مل حرج من الدين في عليكم جعل وما اجتباكم هو جهاده حق الله في وجاهدوا

وتكونوا عليكم شهيدا سول الر ليكون هذا وفي قبل من المسلمين سماكم هو إبراهيمالمولى فنعم موالكم هو بالله واعتصموا كاة الز وآتوا الصالة فأقيموا اس الن على شهداء

صير الن ونعم

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam melaksanakan agama.  Ini adalah agama dato' ( Nabi)  kamu Ibrahim. Beliau menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini.  Supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan keluarkanlah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada (agama )Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka  Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. 

Page 8: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

JIHAD DAN MUJAHADAH Dengan "mujahadah"  dan usaha yang tidak

mengenal putus asa akan lahir umat yang perdana dan gemilang, boleh menjadi contoh kepada manusia dan masyarakat lain di bawah rahmat Allah dan kasihan belas-Nya. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah :143

اس� الن على شهداء تكونوا ل وس�طا أمة جعلناكم وكذلككنت� تي ال الق�بلة جعلنا وما شهيدا عليكم سول الر ويكونوإن عقبيه على ينقلب� ممن سول الر بع� يت من لنعلم إال عليهاليضيع ه الل كان وما ه الل هدى ذين ال على إال لكبيرة كانت�

حيم ر لرءوف� اس� بالن ه الل إن إيمانكم

Page 9: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

MAKSUD SURAH AL BAQARAH AYAT :143 Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah

memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya)

Page 10: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

MAKSUD SURAH AL BAQARAH AYAT :143 .Sesungguhnya (soal peralihan arah

kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali oleh orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah. ( Dalam waktu yang sama)  Allah tidak akan menghilangkan (bukti atau pahala) keimanan kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah-ruah  belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). 

Page 11: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

DALAM KONTEKS YANG LEBIH LUAS PERANAN RASULULLAH DICERAKINKAN AGAK TERPERINCI DALAM SURAH AL FATH AYAT 8-9 ونذيرا را ومبش شاهدا أرسلناك ا إن

Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). 

وأصيال بكرة حوه وتسب وتوقروه روه وتعز� ورسوله ه بالل تؤمنوا ل

(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan agamaNya serta memuliakan-Nya, dan supaya kamu istiqamah beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

Page 12: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

HURAIAN Dengan kata lain baginda diutus sebagai saksi

bahawa Allah sudah menurunkan hidayah dan petunjuknya untuk seluruh manusia dan jin. Beliau menjadi penyampai tentang janji positif dan kesenangan untuk mereka yang beriman. Beliau juga menjadi penyampai amaran Allah kepada golongan yang degil dan enggan beriman . Umumnya untuk membangkitkan umat manusia dan jin yang beriman dengan ajaran kehidupan yang serba lengkap dan serba rahmat ( Islam ). Golongan tersebut sewajarnya kuat beribadat,memperkasa ajaran Islam di samping memuliakan Islam, Rasulullah, malah  membudayakan amalan menghargai Allah;  bertasbih memuji-Nya di kala pagi dan petang.

Page 13: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

SURAH AL MUZZAMMIL :15 Dalam Surah Al Muzzammil :15 Allah menerangkan

tentang peranan baginda sebagai bukti dan sebagai saksi bahawa Allah telahpun mengutuskan hidayah petunjuk-Nya kepada manusia dan jin.

رسوال فرعون إلى أرسلنا كما عليكم شاهدا رسوال إليكم أرسلنا ا إن

Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. 

Page 14: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

DALAM SURAH AL AHZAB 21 ALLAH MENERANGKAN PULA FUNGSI RASUL SEBAGAI MODEL DAN CONTOH IKUTAN

كثيرا ه الل وذكر اآلخر واليوم ه الل يرجو كان من ل حسنة أسوة ه الل رسول في� لكم كان قد ل

Demi sesungguhnya, keperibadian Rasulullah itu adalah  contoh ikutan yang baik untuk kamu;  iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah  (dalam kaadaan susah dan senang) 

Allah berfirman dalam Surah Al Ahzab 45- untuk menegaskan lagi peranan beliau :

ونذيرا را ومبش شاهدا أرسلناك ا إن بي الن ها أي يا

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (tentang kecelakaan kepada orang-orang yang ingkar). 

Page 15: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

SURAH AL AHZAB AYAT 46

منيرا وسراجا بإذنه ه الل إلى وداعيا Dan juga sebagai penyeru , (pendakwah yang gigih

berdakwah kepada umat manusia seluruhnya) agar menurut agama Allah dengan izin dan taufiq yang diberiNya;  juga sebagai lentera  yang menerangi kegelapan. 

ayat 47

كبيرا فضال ه الل من لهم بأن المؤمنين ر وبش Oleh itu sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada

orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan meraih  limpah kurnia yang besar dari Allah. 

Page 16: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

SURAH AL AHZAB AYAT 48

وكيال ه بالل وكفى ه الل على ل وتوك أذاهم ودع والم�نافقين الكافرين تطع وال

Dan janganlah kamu  menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah kamu  hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (agar memelihara keselamatanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkan kamu). 

Seruan Rasulullah ini bukan hanya kepada manusia seperti mana yang telah diterangkan, tetapi juga kepada makhluk jin yang tidak kelihatan oleh pandangan mata.  Makhluk jin memang  tetap wujud dan menyaksikan telatah manusia dengan peranan mereka masing-masing  samada negatif atau positif.

Page 17: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AL AHQAF  AYAT 29 -32 :

أنصتوا قالوا حضروه فل�ما القرآن� يستمعون الجن من نفرا إليك صرفنا وإذمنذرين قومهم إلى وا ول قضي فلم�ا

يهدي يديه بين ما ل مص�دقا موس�ى بعد من أنزل كتابا سم�عنا ا إن قومنا يا قالوا مستقيم طريق وإلى الحق إلى

عذاب من ويجركم ذنوبكم من لكم يغفر به وآمنوا ه الل داعي أجيبوا قومنا يا أليم

أولياء دونه من له وليس األرض في بمعجز فليس ه الل داعي يجب ال ومنمبين ضالل في أولئك

Page 18: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

MAKSUDNYA Oleh itu (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami

menghalakan serombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): " Bertenanglah kalian untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, masing-masing  kembali menemui kaumnya (untuk menyibarkan ajaran Al-Quran dengan) memberi peringatan dan amaran. 

Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, di samping, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus.

Page 19: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

SAMBUNGAN MAKSUDNYA "Wahai kaum kami! Sahutilah (seruan) Rasul  yang

mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kalian  kepadanya, mudah-mudahan Allah mengampunkan sebahagian dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang sakitnya tidak terperi .

"Sungguh, sesiapa yang tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab; walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, malah ia tidak akan beroleh sesiapapun - selain dari Allah - sebagai pelindung  yang membelanya. Orang yang demikian  adalah dalam kesesatan yang nyata". 

Page 20: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

RINGKASNYA PERANAN RASULULLAH SEPERTI YANG DIHURAIKAN OLEH GOLONGAN ULAMA DAN ILMUAN ANTARA LAIN IALAH : "Membentuk keperibadian umat

menurut nilai akhlak yang unggul Membentuk keluarga yang soleh Melahirkan kepimpinan yang layak dan

amanah Membudayakan amalan syura

mewafakat dan kebebasan yang rasional

Memperkasa rasa tanggungjawab dan istiqamah

Menegakkan keadilan dan kebebasan rakyat

Page 21: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

SAMBUNGAN PERANAN RASULULLAH Melindungi maruah dan martabat

kemanusiaan Membudayakan kesamarataan di

kalangan rakyat  Memudahkan orang ramai

mengamalkan agama Membangun negara dan pemerintah

yang boleh dicontohi"

Page 22: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

PESANAN AKHIR Akhirnya kehidupan di dunia ini -

sebenarnya - bukan hanya menyangkut soal sandang pangan,  berumah tangga , berkerja , berpolitik dan sebagainya sahaja. Tapi yang lebih penting kehidupan di dunia adalah untuk penentuan jenis kehidupan di akhirat nanti yang lebih abadi  dan menjadi penentu yang tuntas samada seseorang itu berjaya atau gagal menurut perhitungan ilahi. Kehidupan di dunia perlu diukur dan dinilai  menurut kriteria atau neraca yang kekal dan abadi.

Page 23: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

PESANAN AKHIR Sesiapa yang telah memilih agama yang

betul dan dia taat menurut ajarannya dia akan dimasukkan dalam syurga Allah . Itulah kejayaan yang agong, tuntas dan sebenar. Sesiapa yang silap dan salah memilih pegangan agama di dunia ini , serta melakukan kejahatan dan kesyirikan, lalu  Allah masukkan dia dalam neraka maka itulah kegagalan yang maha dahsyat dan merupakan malapetaka yang sangat besar baginya.

Page 24: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

AWAS, ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH ALI IMRAN AYAT 185

زحزح فمن القيامة يوم أجوركم توفون ما وإن الموت ذائقة نفس كلالغرور متاع إال الدنيا الحياة وما فاز فقد ة الجن وأدخل ار الن عن

Setiap yang bernyawa pasti akan  merasai mati. Kelak pada hari kiamat  akan disempurnakan segala balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. (Ingatlah ), kehidupan di dunia ini (dengan segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya ( dan mengelirukan manusia).

Page 25: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

AWAS Apa pun martabat hidup duniawi, pangkat dan

kebesaran  anda, anda dikira masih beruntung kalau anda akhirnya masuk syurga. Tapi, sungguh malang seribu kali malang, kalau martabat anda hebat dan tinggi di dunia tapi di akhirat anda terperusuk jauh dalam neraka.

Ya Allah jadikan kami manusia yang beruntung dan bernasib baik di dunia dan di akhirat. Jauhkan kami dari neraka-Mu dan masukkan kami di dalam syurga-Mu.Jadikan kami pengikut Nabi-Mu Muhammad S.A.W.

27 Rabi'u Awwal 1347 8 Jan 2016

Page 26: Ayat ayat tentang Peranan Rasulullah

BERDOALAH