sajak burung burung pagi

Upload: james-jackson

Post on 10-Jan-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Sajak: BURUNG-BURUNG PAGI

( A. Wahab Ali )

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Kau telah bangun

Mengirai sayapmu

Entah siul keberapa kau nyanyikan

Membuka mataku

Kemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak.Aku bangunMasih kuap sekali di pintu

Dan setompok cahaya matahari di dadaku

Kerjaku sudah menanti

Pada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.Kulihat kau mematuk pasir permataMelintas kota tandus dari pepohon

Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu

Atau secebis roti busuk

Dan remah anak-anak sekolah

Rezekimu

Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu

Penyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.Tapi kau yang hanyaSejemput daging

Begitu yakin dengan

Sayapmu yang kecil

Namun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba kekurangan.Tema:Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di tengah kota - Golongan pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan.

Persoalan:1. Persoalan kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk mencari rezeki.

2. Persoalan keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib golongan pengemis di kota tersebut.

3. Persoalan keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencar rezeki di kota tersebut.

Bentuk:1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.

2. Rima akhir bebas.

3. Jumlah baris bebas. Contoh: R1,2 dan 4 - 4 baris. R3 -7 baris.

4. Jumlah perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.

5. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.

Gaya Bahasa:1. Kata ganda. Contoh:Apakah adaulat-ulatlemak bagimu( R3, b3 )

2. Sinkope. Contoh:Kulihatkaumematuk pasir pertama( R3, b1 )

3. Asonansi. Contoh:Danremahanak-anak sekolah( R3, b5 )

4. Aliterasi. Contoh:membukamataku( R1, b4 )

Nada:Sajak ini bernada sinis

Nilai:1. Nilai keprihatinan. Contoh keprihatinan dengan nasib golongan pengemis di kota.

2. Nilai kegigihan. Contoh: Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

3. Nilai keyakinan. Contoh: Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.

Pengajaran:1. Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.

2. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki. Contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

3. Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri. Contohnya golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.