sains t2 bab 10

30
MESIN RINGKAS

Upload: hyeeda-hassan

Post on 21-Nov-2015

148 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nota sains tingkatan 2 bab 10

TRANSCRIPT

  • MESIN RINGKAS

  • Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah.Ia membolehkan kita menggunakan daya yang kurang untuk membuat kerja supaya kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat dan cekap.Mesin ringkas termasuklah tuas, baji, roda dan gandar, satah condong, takal dan skru.

  • Tuas terdiri daripada rod atau batang yang berputar pada titik tetap yang disebut fulkrum (F).

  • Tuas terbahagi kepada tiga kumpulan berdasarkan kedudukan relatif antara fulkrum (F), beban (L) dan daya (E).Tiga kumpulan tersebut ialah:Tuas kelas pertamaTuas kelas keduaTuas kelas ketiga

  • Fulkrum berada di antara daya dengan beban.Beban dan daya bertindak pada arah yang sama.Daya yang kecil mampu mengatasi beban yang besar.Daya yang kecil digunakan apabila jarak daya dari fulkrum lebih besar daripada jarak beban dari fulkrum.Contoh:Jongkang-jongketGuntingPlayarTukul

  • Untuk memudahkan kerja, daya yang kecil digunakan apabila jarak daya dari fulkrum lebih besar daripada jarak beban dari fulkrum.

  • Beban berada di antara fulkrum dengan daya.Beban dan daya bertindak pada arah yang bertentangan.Daya yang kecil mampu mengatasi beban yang besar.Daya yang kecil digunakan apabila jarak daya dari fulkrum lebih besar daripada jarak beban dari fulkrum.Contoh:Pemecah buah kerasPemotong kertasPembuka botolKereta sorong

  • Untuk memudahkan kerja, daya yang kecil digunakan apabila jarak daya dari fulkrum lebih besar daripada jarak beban dari fulkrum.

  • Daya berada di antara fulkrum dengan beban.Beban dan daya bertindak pada arah yang bertentangan.Daya yang besar diperlukan untuk mengatasi beban yang kecil. Daya perlu lebih dekat dengan beban daripada fulkrum.Contoh:PenyapuPenyodokPenyepit aisJoran

  • Untuk memudahkan kerja, daya perlu lebih dekat dengan beban daripada fulkrum.

  • Prinsip momen menyatakan bahawa apabila sesuatu tuas dalam keseimbangan:

    Beban (N) x Jarak beban dari fulkrum (m)

    =

    Daya (N) x Jarak daya dari fulkrum (m)

  • PENGIRAAN