t2 sistem kardio

28
UNIT 5 : SISTEM KARDIOVASKULAR

Upload: rajeshwari-periasamy

Post on 19-Dec-2015

266 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

Page 1: T2 Sistem Kardio

UNIT 5 : SISTEM

KARDIOVASKULAR

Page 2: T2 Sistem Kardio

5.1 PENGENALAN

• Bertanggunjawab mengangkut oksigen, nutrien dan lain-lain keperluan kepada sel dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme serta produk-produk sel ke bahagian lain tubuh.

Page 3: T2 Sistem Kardio

5.1.1 KOMPONEN-KOMPONEN

Jantung

• Bersaiz sebesar penumbuk dan mempunyai berat kurang dari satu paun

• Terbahagi kepada empat ruang

• Mengepam darah ke seluruh tubuh

Page 4: T2 Sistem Kardio

Darah

• Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur – eritrosit,leukosit dan platelet

• Isipadu darah – 55% (plasma) dan 45% (eritrosit)

• Membentuk 7% berat tubuh orang dewasa normal.

Page 5: T2 Sistem Kardio

Salur darah

• Terdiri daripada arteri,vena dan kapilari

• Melengkapkan edaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung

Page 6: T2 Sistem Kardio

5.1.2 FUNGSI SISTEM KARDIOVASKULAR• Sistem kardiovaskular membantu membekalkan oksigen

dan mengkumuhkan karbandioksida dari darah.• Sistem peredaran mengangkut oksijen dari paru-paru ke

sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbandioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru.

Page 7: T2 Sistem Kardio

• Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen masuk ke dalam paru-paru melalui salur pernafasan.

• Gas oksigen akan disimpan sementara dalam alveolus.• Jantung mengepam darah nyahoksigen ke paru-paru

melalui kitaran pulmanori.• Gas-gas oksigen dan karbon dioksida meresap melintasi

membran alveolusdan kapilari.• Karbon dikosida dihembus keluar dari paru-paru melalui

salur pernafasan.• Oksigen yang melintasi membran alveolus dan kapilari

akan meresap kedalam darah• Darah beroksigen diangkut ke jantung dan dipam melalui

arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu badan

Page 8: T2 Sistem Kardio

5.2 STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN JANTUNG• Jantung terbina daripada otot jantung atau miokardium

yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam

Page 9: T2 Sistem Kardio

• Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial.

• Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikal adalah lebih tebal. Septum interventrikal terdapat di antara kedua-dua ventrikal

Page 10: T2 Sistem Kardio

• Atrium berperanan sebagai penerima darah.

• Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksijen daripada tisu-tisu tubuh.

• Atrium kiri menerima darah yang kaya dengan oksijen dari paru-paru.

• Ventrikal bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium.

• Ventrikal kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikal kiri mengepam darah keseluruh bahagian tubuh.

Page 11: T2 Sistem Kardio

Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikal dan pada arteri-arteri yang terbit

daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

Page 12: T2 Sistem Kardio

• Injap atrioventrikular (AV) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikal sahaja dan seterusnya ke arteri.

• Terdapat dua injap AV iaitu injap triskupid pada sebelah kanan jantung dan injap biskupid pada bahagian kiri.

• Injap semilunar pulmanori dan injap semilunar aortik menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmanori dan aorta.

• Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.

Page 13: T2 Sistem Kardio

5.3 KELUARAN JANTUNG (Q)

• Adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikal kiri ke aorta dalam satu minit

• Rumus :

Q= KDJ X IS

KDJ = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit

IS = Isipadu strok

Page 14: T2 Sistem Kardio

• Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit.

• Dikawal oleh sistem saraf autonomik• Berbeza antara individu kerana faktor umur dan tahap

keaktifan.• Kadar denyutan jantung rehat individu aktif adalah rendah.• Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikal

kiri.• Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isipadu

strok perempuan• Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok.• Individu berbaring mempunyai isipadu satrok lebih besar

berbanding individu berdiri kerana kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.

Page 15: T2 Sistem Kardio

Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat

sebanyak 72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70 ml ialah 5L/min

Q = KDJ X IS

= 72 x 0.07

= 5.04

= 5L/min

Page 16: T2 Sistem Kardio

5.4 Peredaran darah

• Terbahagi kepada dua:

5.4.1 Kitaran sistemik

Membolehkan darah beroksijen serta nutrien

dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksijen kembali kejantung

5.4.2 Kitaran pulmonari

Membawa darah nyahoksijen ke paru-paru untuk

pertukaran gas sebelum darah beroksigen

dikembalikan ke jantung.

Page 17: T2 Sistem Kardio

5.4.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung.

Apabila otot-otot menguncup, vena tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung. Injap-injap pada vena menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya membenarkan darah mengalir satu arah iaitu ke jantung.

Semasa otot-otot mengendur,vena-vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah. Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan kejantung.

Page 18: T2 Sistem Kardio

• Semasa inspirasi, tekanan intratoksik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir kearah atrial kanan jantung. Apabila tekanan intratoraksik meningkat semasa ekspirasi, vena-vena dipenuhi semula dengan darah nyah oksijen. Semakin tinggi tekanan ini, semakin banyak output jantung. Pernafasan yang membantu keluaran jantung dikenali sebagai “pam pernafasan”

Page 19: T2 Sistem Kardio
Page 20: T2 Sistem Kardio

5.4.4 Mengukur Tekanan darah

Tekanan Darah• Daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. • Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian

tekanan rendah.• Contoh:

Penguncupan ventrikal menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta.Darah ditolak keluar ke aorta dan lain-lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan jantung.

• Faktor perbezaan:1)jantina2) umur3) gerak kerja

Page 21: T2 Sistem Kardio

Sfigmomanometer

(alat mengukur tekanan darah)

Page 22: T2 Sistem Kardio

Tekanan Sistolik• Penguncupan atrium yang berlaku secara

serentak pada jantung normal• Disukat ketika tekanan darah tertingi semasa

penguncupan ventrikal.

Tekanan Diastolik• Apabila atrium mengendur dan ventrikal

menguncup• Merupakan tekanan darah minimum pada akhir

pengenduran ventrikal.

Page 23: T2 Sistem Kardio

Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri)

Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg

Page 24: T2 Sistem Kardio

Kaedah Mengukur Tekanan Darah

a) Balut lengan dengan kuf b) Balut beg getah/kuf pada arteri brakiac) Stetoskop diletak bawah kuf di atas arterid) Udara dipam ke dalam kuf sehingga tekanan di dalam

kuf melebihi tekanan dalam arteri (lebih kurang 200mm Hg). Tekanan ini menyebabkan sekatan pada pengaliran darah dan denyutan nadi tidak dapat dikesan.

e) Dengan membuka injap pada pam secara perlahan-lahan , tekanan dalam kuf menurun secara beransur-ansur sehingga tekanan maksimum dalam arteri melebihisedikit tekanan dalam kuf. Sebahagian darah mulai terpancut dalam arteri.

Page 25: T2 Sistem Kardio

f) Denyutan perlahan ( bunyi karafkoff) kedengaran melalui stetoskop. Bacaan pada paras merkuri dalam sfigmomanometer adalah tinggi. Bacaan ini adalah tekanan darah sistolik ( misalnya 120mm Hg)

g) Tekanan dalam kuf diturunkan lagi sehingga kurang daripada tekanan terendah dalam arteri pada akhir diastol. Darah mengalir tanpa gangguan semasa sisstol dan diastol. Bunyi denyutan akan berkurangan sehingga sampai tahap kesenyapan. Kesenyapan ini adalah darah diastolik. Paras merkuri dalam sfigmomanometer menurun pada paras lebih rendah. Ini adalah bacaan tekanan darah diastolik ( misalnya 80mm Hg). Dengan itu bacaan tekanan darah ialah 120/80 mm Hg

Page 26: T2 Sistem Kardio

5.5 Hipertrofi dan atrofi jantung

Hipertrofi• Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung boleh

mengalami hipertrofi jika mengamalkan gaya hidup sihat.• Saiz jantung atlit yang aktif lebih besar berbanding saiz

jantung individu sedentari.• Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari

juga meningkat.• Hipertrofi jantung adalah kesan daripada:

– Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel– Bertambah ketebalan dinding ventrikel

Page 27: T2 Sistem Kardio

• Atlit berdaya tahan tinggi ( pelari jarak jauh, perenang ) mempunyai kaviti ventrikel yang besar

• Oleh itu, isipadu darah dalam darah adalah banyak semasa diastol.

• Isipadu strok atlit-atlit ini lebih tinggi berbanding individu sedentari dan atlit yang terlibat dalam acara eksplosif

• Atlit dalam rintangan tinggi ( gusti, melontar peluru) mempunyai dinding ventrikel yang tebal.

• Walaupun hipetrofi jantung atlit ini adalah sama dengan atlit berdaya tahan tinggi, isipadu strok mereka adalah sama dengan individu sedentari.

Page 28: T2 Sistem Kardio

Atrofi jantung

• Berlaku apabila otot jantung mengalami pengurangan dari segi:-– Saiz– Kekuatan– Berat

• Terjadi disebabkan jantung kurang digunakan bagi aktiviti fizikal atau mengalami kerosakan atau penyakit