3 lesson plan

27
Tema : Haiwan di air Mata Pelajaran : Tunjang Fizikal dan Estetika/Kreativiti (KTI) Kelas : Prasekolah Bilangan Murid : 17 orang Tarikh : 9 November 2011 Masa : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit) Tajuk : Ciptaan Ubur-ubur Objektif/Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat; i) (KTI 1.2.8) membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri. ii) (KTI1.3.4) Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri iii) (KTI 2.1.11)Menyanyi mengikut mud lagu(riang dan bersemangat) Penggabungjalinan : Perkembangan Fizikal dan Kesihatan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Sosioemosi Bahan Bantu Mengajar : pinggan kertas,kertas warna,gunting,gam,krayon,topi kebun,kertas A4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : i) set induksi- bersoaljawab ii) aktiviti : tunjukcara - penggunaan bahan bantu mengajar- penciptaan objek iii) penutup : nyanyian dan rumusan guru Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab,gembira,bertolak ansur,tekun. KBKK : menjana idea, merekacipta, mengingat, memahami

Upload: muhammad-aizuddin-abu-ashaari

Post on 05-Aug-2015

760 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 Lesson Plan

Tema : Haiwan di air

Mata Pelajaran : Tunjang Fizikal dan Estetika/Kreativiti (KTI)

Kelas : Prasekolah

Bilangan Murid : 17 orang

Tarikh : 9 November 2011

Masa : 9.00 – 9.30 pagi (30 minit)

Tajuk : Ciptaan Ubur-ubur

Objektif/Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

i) (KTI 1.2.8) membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri.

ii) (KTI1.3.4) Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri

iii) (KTI 2.1.11)Menyanyi mengikut mud lagu(riang dan bersemangat)

Penggabungjalinan : Perkembangan Fizikal dan Kesihatan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Sosioemosi

Bahan Bantu Mengajar : pinggan kertas,kertas warna,gunting,gam,krayon,topi kebun,kertas A4

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

i) set induksi- bersoaljawab

ii) aktiviti : tunjukcara - penggunaan bahan bantu mengajar- penciptaan objek

iii) penutup : nyanyian dan rumusan guru

Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab,gembira,bertolak ansur,tekun.

KBKK : menjana idea, merekacipta, mengingat, memahami

Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah tahu tentang jenis haiwan di air.

Page 2: 3 Lesson Plan

Pelaksanaan P&P :

Langkah / Isi

Pelajaran

Objektif Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan/nilai/

bahanSet induksi

(5 min)

Langkah 1

(5 minit)

Langkah 2

(15 minit)

Penutup

(5 minit)

Menarik perhatian dan minat murid

Memahami teknik merekaciptaMencorak dan mencipta

Memahami konsep mencorak

Memberi penghargaan terhadap hasil kerjaGembira dengan hasil kerja yang telah siap

- Guru menunjukkan jenis-jenis haiwan di air.

- Guru bersoaljawab tentang jenis-jenis haiwan di air

- Guru menyoal tentang jenis haiwan air selain dari contoh yang diberikan oleh guru.

- Murid menyenaraikan jenis haiwan- Guru memanggil seorang murid dan

memakaikan topi berbentuk ubur-ubur.- Guru bersoaljawab tentang ubur-ubur

dan mengaitkan dengan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.

- Guru menunjukkan contoh ubur-ubur yang telah siap dibuat.

- Guru memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ubur-ubur.

- Guru menunjukkan cara untuk membuat ubur-ubur dari pinggan kertas dan kertas warna.

- Guru mengedarkan pinggan kertas kepada murid.

- Guru membimbing murid mewarna pinggan kertas dan menghasilkan corak.

- Murid melukis,mewarna,menggunting dan meletakkan gam untuk menghasilkan kertas warna pada ubur-ubur yang dihasilkan.

- Murid mengeringkan gam pada ubur-ubur yang dihasilkan.

- Guru meminta murid berkumpul.- Guru meminta murid menunjukkan hasil

kerja yang telah dibuat.- Guru memasang lagu ‘Three Jellyfish’

dan menyanyi bersama murid.- Murid menyanyi sambil membuat

pergerakan.- Guru meminta murid menunjukkan hasil

kerja dan memberi pujian pada murid.

Nilai :

Mengikut giliran

Bahan:

Haiwan plastik

Topi kebun

Nilai:

Memberi perhatian

Mengingat dan memahami

Bahan:

Pinggan kertas,gam,

gunting,

kertas warna,

krayon

nilai:

Tekun

Tolong menolong

Berusaha

Yakin diri

Page 3: 3 Lesson Plan

Nilai :

Gembira,yakin diri

Bahan :

Laptop. Speaker,

Hasil kerja

murid

Page 4: 3 Lesson Plan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN TEKNIK LAKONAN

BAHASA MALAYSIA

Tarikh : 28 Oktober 2010 (Khamis)

Masa : 09.00 – 10.00 pagi ( 60 minit )

Tahun : Tahun 4 Hijau

Tema : Yang Baik Jadikan Teladan

Tajuk Pelajaran : Arnab dan Kura-kura

Bilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama : 5.2 - Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1(i) – Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan : 2.1 – Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 3(i) – Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.

11.3 – Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

Aras 2(i) – Menyusun peristiwa yang terdapat dalam teks.

Pengetahuan Sedia Ada:

i. Murid-murid telah menguasai kemahiran membaca dan kemahiran mendengar dan bertutur.

ii. Murid pernah melihat haiwan-haiwan di dalam cerita melalui gambar dan video atau haiwan sebenar.

iii. Murid telah didedahkan dengan lakonan.

Objektif Eksplisit :

Page 5: 3 Lesson Plan

Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat :-

i. Bercerita dalam lapan hingga sepuluh ayat cerita haiwan yang

murid pernah dengar atau baca.

ii. Melakonkan isi cerita ‘Arnab dan Kura-kura’ dengan sebutan

dan intonasi yang betul berdasarkan kad dialog yang diberikan.

iii. Menulis sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat betul

mengenai susunan peristiwa berdasarkan cerita ‘Arnab dan Kura-kura’.

Sistem bahasa :

i. Tatabahasa : Kata Kerja

ii. Kosa Kata : pantas, seringkali, pengadil, memecut, menoleh, nyenyak, bersorak, cemas, malang

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu : Sains, Pendidikan Moral

ii. Nilai Murni : Baik hati, keberanian

Kemahiran Bernilai Tambah :

i. Kemahiran Berfikir : mencirikan, membuat analogi, menilai

ii. Kecerdasan Pelbagai : interpersonal, verbal linguistic

Isi Pelajaran :

- Berbual dan bersoaljawab mengenai cerita haiwan yang pernah didengar atau dibaca. Menceritakan semula cerita tersebut

- Petikan teks ‘Arnab dan Kura-kura’ – membaca teks, bersoaljawab mengenai teks

- Kosa kata

- Melakonkan isi cerita ‘Arnab dan Kura-kura’

Bahan Sumber mengajar :

- Gambar

Page 6: 3 Lesson Plan

- Petikan cerita ( kertas / Microsoft Power Point )

- LCD, Komputer riba

- Topeng haiwan

- Lembaran kerja

- Kad dialog

Langkah Pembelajaran

Set Induksi

- Guru masuk ke dalam kelas menggunakan topeng arnab.

- Bersoaljawab dengan murid mengenai cerita haiwan yang murid pernah dengar.

- Menyuruh murid bercerita secara ringkas mengenai cerita haiwan yang mereka katahui.

Langkah 1

- Dengan menggunakan MS Power Point, guru mempamerkan petikan cerita ‘Arnab dan Kura-kura’

- Guru juga mengedarkan petikan cerita tersebut kepada murid.

- Murid membaca petikan cerita secara kelas, kumpulan dan individu.

- Bersoaljawab mengenai jalan cerita.

Langkah 2

- Guru mengedarkan dialog kepada murid

- Murid membaca dialog tersebut.

Page 7: 3 Lesson Plan

- Guru menunjuk cara cara melakonkan sesuatu watak.

- Murid diminta melakonkan watak-watak dalam cerita tersebut.

( Pencerita, Arnab, Kura-kura, Monyet, Gajah, Singa )

- Guru membimbing murid dalam lakonan tersebut.

Langkah 3

- Berdasarkan teks petikan, murid diminta dalam kumpulan untuk mencari makna perkataan yang di berikan dengan menggunakan kamus.

- Murid membentangkan jawapan kumpulan mereka.

- Guru menerangkan kata kerja yang terdapat dalam petikan ( perkataan bewarna merah)

- Berbincang mengenai kata kerja tersebut.

Langkah 4

- Guru mengedarkan lembaran kerja.

Kumpulan Pengayaan – Menulis ayat mengikut urutan cerita Arnab dan

Kura- kura

Kumpulan Pemulihan – Menyusun urutan cerita.

Penutup

- Bersoaljawab dengan murid mengenai watak yang mereka suka dan tidak suka.

- Guru merumuskan pelajaran tersebut dan menyatakan nilai-nilai murni darpada cerita tersebut.

Page 8: 3 Lesson Plan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN TAHUN 1

Matapelajaran : Pendidikan Jasmani

Tunjang : Kemahiran

Tajuk : Pergerakan Asas

Sub tajuk : Lokomotor dan Bukan Lokomotor

Tahun : 1 Pintar

Bil. Murid : 26 orang

Tarikh : 08/082/011

Masa : 7.45 – 8.45 pagi

HP

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :

Psikomotor : Melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 aktiviti

pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor secara individu dan kumpulan

Kognitif : menyatakan langkah-langkah keselamatan sewaktu melakukan

aktiviti

Afektif : Memupuk sikap bekerjasama, mematuhi arahan, berusaha

gigih, dan bertanggunjawab

Pengalaman sedia ada : Murid pernah bermain permainan kanak-kanak yang

banyak menggunakan

pergerakan lokomotor & bukan lokomotor dalam aktiviti

P&P yang lepas ataupun

semasa di luar waktu persekolahan

Page 9: 3 Lesson Plan

Nilai : Bekerjasama, berdisiplin

KBKK : Meramal dan membilang

Pengabungjalinan : Muzik dan Matematik

Situasi pengajaran :Teori kecerdasan pelbagai

Alatan : Skitel – 8, Gelung rotan – 1, Tali - 2

BAHAGIAN AKTIVITI BUTIRAN MENGAJAR

ORGANISASI CATATAN

1. Permulaan :(+/- 5 minit)

1. Aktiviti Memanaskan Badan

o Bermain permainan kanak-kanak arnab & musang

2. Regangan :o Kepalao Badano Kaki

Permainan arnab & musang

- Murid diberikan reben merah bagi musang & reben hijau bagi arnab

- Murid dikehendaki berada dalam keadaan berpasangan iaitu arnab & musang

- Apabila guru menyebut musang

Murid

Guru

Skitel

Reben bewarna

4 skitel

TKP :Visual ruangkinestetik

Page 10: 3 Lesson Plan

maka musang akan mengejar arnab

- Arnab akan lari dan perlu mecuit bahu rakan arnab yang lain sehinggalah musang berjaya mencuit arnab bagi menukar peranan mereka

Regangan

- Bertujuan untuk meningkatkan suhu badan

- Meningkatkan kadar degupan jantung

1. Tinggi seperti zirafah

2. Besar seperti gergasi

3. Kecil seperti semut

- Murid berada didalam kawasan yang telah ditetapkan

- Murid berada secara berpasangan secara berselerak

2. Perkembangan: ( 8-10

a) Skip 1. Berdiri tegak2. Tangan

TKP :Kinestetik

Page 11: 3 Lesson Plan

minit)

Langkah 1

Melaksanakan aktiviti lokomotor

Langkah 2

Melaksanakan aktiviti bukan lokomotor

b) Berlari zig - zag

a) Imbangan Bangau

b) Imbangan Skala Hadapan

dihayunkan bertentangan dengan kaki yang bergerak.

3. Bergerak kehadapan.

1. Berlari secara zig zag

2. Kaki di arahkan ke kanan & ke kiri mengikut urutan zig - zag

3. Tangan dihayunkan.

4. Mata pandang pada sasaran.

1. Badan tegak dan mengangkat sebelah kaki 90 darjah.

2. Berat badan ditampung oleh sebelah kaki

3. Kaki yang diangkat dirapatkan ke lutut kaki sebelah lagi .

4. Tangan didepakan ke kiri dan kanan.

1. Badan

Visual ruang

Page 12: 3 Lesson Plan

dibongkokkan ke hadapan2. Sebelah kaki diluruskan kebelakang3. Berat badan ditampung oleh sebelah kaki lagi4. Tangan didepakan ke kiri & kanan

3. Kemuncak :(8 hingga 10 minit)

Permainan Kecil

- Muridmengaplikasikankemahiran baru danlama dalam suasanapermainan.

Stesyen 11. Lari zig-zag

melalui skitel dari stesen 1 ke stesen 2

2. Mata pandang depan

Stesen 21. Berdiri

dalam gelung rotang & melakukan imbangan bangau dengan cara yang betul dalam kiraan 8

5. Badan tegak dan mengangkat sebelah kaki 90 darjah.

Stesen 31. Skip ke

stesen 42. Mata

memandang

Murid

Guru

Skitel

Gelung rotan

Skitel - 4Gelung rotan - 2Tali - 2

TKP :KinestetikVisual SpatialInterpersonal

Page 13: 3 Lesson Plan

hadapan

Stesen 41. Berdiri

dalam gelung rotan

2. Lakukan imbangan skala hadapan di stesen 4

3. Kemudian lari ke stesen 5 bagi menamatkan permainan

4. Penutup :(3 hingga 5 minit)

Aktiviti Gerak Kendur

1. Kaki

2. Pinggang

- Buka kaki seluas bahu dengan badan ditegakkan- Bongkokkan badan serendah yangmungkin dengan jari tangan menyentuhpermukaan tanah- Lakukan aktiviti selama kiraan 8- Ulang aktiviti sebanyak 3 kali

- Buka kaki seluas bahu dengan badan ditegakkan- Letakkan kedua-dua tangan di pinggang- Bengkokkan badan ke depan,sisi kanan dan kiri serta ke

Murid duduk berselerak di hadapan guru- Guru mengemukakan soalan dan dijawab oleh murid- Demostrasi semula lakuan yang menggunakan teknik yang betul

KBKK – membuat analisis

Page 14: 3 Lesson Plan

3. Tarik nafas

Perbincangan dan rumusan

belakang- Lakukan dengan kiraan 8

-Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama 8 saat- Tangan diangkat ke atas dan berdiri diatas hujung jari kaki- Ulang sebanyak 3 kali

Menyatakan bahagian badan yang terlibat semasa aktiviti berjalan, berlari dan melompat.

- tangan- mata- kaki- badan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu

Page 15: 3 Lesson Plan

Kelas                               : 5 PintarTema                              : Kebudayaan MalaysiaTajuk                              : Tarian TradisionalTarikh                            : 13 Jun 2011Masa                               : 11.15 pagi – 12.15 tengah hari ( 60 minit )Bil. Murid                     : 35 orangObjektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :-A         menguasai isi kandungan ( kognitif )a) menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat berdasarkantopik   yang dibualkan.b) menyatakan kebaikan mempelajari tarian.B        membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir( psikomotor )a) Mencipta gerakan baru dalam sesuatu tarian mengikutkreativiti setiap kumpulan.b) Mempersembahkan gerakan baru bersama rakan-rakan.C         mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni ( afektif )a) Bekerjasama dalam kumpulan mempersembahkan tarian                                               yang dicipta  oleh kumpulan mereka.b) Mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangankumpulan.Hasil Pembelajaran      :   Fokus Utama1.5  Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.Aras 1

1. Menjelaskan isi menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat berdasarkan topik yang dibualkan.Fokus Sampingan4.1  Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat, dan tersusun.Aras 2

1. Menyumbang idea yang bernas dalam sesuatu perbincangan.Kemahiran Bahasa      :

1. Kemahiran mendengar dan bertutur2. Kemahiran membaca3. Kemahiran menulis

Sistem Bahasa             :1. Tatabahasa Ayat tunggal Ayat majmuk Kata kerja1.  Sebutan dan Intonasi dialog1. Kosa Kata Identiti Mantera Unik Tarian Zapin Tarian Bharata Natyam

Page 16: 3 Lesson Plan

Tarian Sumazau Tarian Singa

Pengisian Kurikulum  :            1.   Ilmu Kajian tempatan Pendidikan Moral

 1. Nilai Murni Kerjasama Patriotisme Kerajinan Bangga

 1. Kewarganegaraan Berbangga sebagai rakyat Malaysia – mengenal dan menghayati warisan budaya

tempatan. 

1. Peraturan Sosiobudaya Kesantunan berbahasa Laras bahasa

 1. Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir

Menjana ideaMenginterpretasiMerumus

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran Belajar Cara Belajar Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Muzik1. Pembelajaran Kontekstual

 Pengetahuan Sedia Ada          : Murid telah mengenali beberapa tarian tradisional             dan moden  melalui media massa.Bahan Bantu Mengajar           :

1. Bahan Maujud.2. Gambar-gambar tarian tradisional.3. Lembaran kerja.

Langkah Berjaga-jaga             : Elakkan melakukan gerakan melompat kerana jika             terjatuh boleh mengakibatkan kecederaan.  

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Nota

Page 17: 3 Lesson Plan

Set InduksiPermulaan/Mencungkil

idea( 5 minit )

Gambar-gambar tarian tradisional dipamerkan dalam bentuk power point.Soalan :Gambar apakah yang kamu lihat di hadapan?

-Guru meminta murid melihat power point.-Guru menyoal berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid tentang paparan tersebut.

-Murid melihat paparan tersebut.-Murid memberi respon kepada soalan guru.

Strategi/Teknik-Penyoalan seluruh kelas.BCB   -menonton dengan aktifBBM  – Power Point.

Langkah 1 – langkah 3

Menstruktur/ Menstruktur Semula         ( 40 minit )

Tugasan berkumpulan.Fakta :-.Tarian Zapinberasal dari Johor.2.Tarian Bharata    Natyam dariIndia.3. Tarian Sumazauditarikan olehOrang Kadazan.4. Tarian Singaditarikan olehOrang Cina.

- Mengikut kreativiti setiap kumpulan.

Langkah 1         (10 minit)

-Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.-Guru memberi tugasan kumpulan:a)Menamakan tarian dan asal usulnya.b)Tarian-tarian lain.c)Kebaikan mempelajari tarian.d)Kepentingan sesuatu kebudayaan kepada sesuatu bangsa dan negara.

    Langkah 2       ( 15 minit )-Guru meminta murid-murid mencipta satu gerakan tarian baru di dalam kumpulan.

-Secara kumpulan, murid berbincang mencari jawapan bagi tugasan yang diberikan oleh guru.-Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.

-Murid berbincang secara kumpulan bagi mencipta gerakan tarian baru mengikut kreativiti masing-masing.

KB-menjana idea-menginterpretasi

Nilai murni-Bangga-Penglibatan aktif-Kerjasama

Model Personal-pemikiran secara kreatif.

Page 18: 3 Lesson Plan

Persembahan kumpulan

Langkah 3(15 minit )

-Guru menyuruh setiap kumpulan mempersembahkan tarian yang mereka cipta dalam kumpulan tadi.

-Setiap kumpulan mempersembahkan tarian ciptaan kumpulan mereka.

Nilai murni : kerjasama

Langkah 4Aplikasi idea( 10 minit )

Latihan bertulis di dalam lembaran kerja dengan mengisi tempat kosong.( Kata kerja )1.ditunjukkan2.menyikat3.berbaris4.melabuhkan5.menerima6.merajuk7.menelefon8.membeli9.mendoakan10.menyapukan

-Guru memberi penerangan kepada murid tentang kata kerja.-Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menjawab soalan tersebut secara individu.-Guru mengadakan perbincangan tentang jawapan dalam lembaran kerja.

-Murid mendengar penerangan guru.-Murid menyebut kata kerja yang ditunjukkan oleh guru.- Murid menjawab soalan secara individu di dalam lembaran kerja.-Murid berbincang bersama guru mencari jawapan yang tepat selepas selesai menjawab soalan.

-Penilaian tatabahasa

-perbincangan

Refleksi/ Penutup( 5 minit )

Penerapan nilai murni-baik hati-jujur-bangga-kerjasama

-Guru meminta murid-murid menyatakan nilai-nilai murni yang mereka pelajari pada hari itu.

- Murid memberi respon kepada soalan guru.

-merumus

 

Page 19: 3 Lesson Plan

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 PINTAR

Subjek                         : Bahasa MalaysiaTahun                           : 2 PintarMasa                            : 8.15-8.45 pagiBilangan murid              : 9 orang (2 lelaki dan 7 perempuan)Tema                            : Flora dan FaunaTopik                            : Alam Fauna KitaObjektif                        : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,guru membimbing murid untuk :-

i)                     menyatakan pendapat berdasarkan sesuatu maklumatii)                membaca ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi  berdasarkan              tanda baca.

Hasil pembelajaran      : F.U 5.1 Membaca ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan                                                    tanda baca.

                                       F.S 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang                                                    dibincangkan.                             ABM                           :  gambar jenis-jenis binatang, petikan, lembaran kerja.Sistem Bahasa             : Tatabahasa ; imbuhan,kata bual, kata nama am,kata adjektif Kosa kata                    : fauna, haiwan, kelompok, jinak,liar

Pengisian Kurikulum   :• Ilmu ; Sains • Nilai murni ; Kerjasama, Menyayangi haiwan

KBT                              : Kemahiran Berfikir ; Mengelaskan, Mengkategorikan, Membuat                                        Kesimpulan, Belajar Cara Belajar, Mengamalkan pembelajaran seumur hidup

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenal jenis-jenis binatang

Langkah & Masa

Konten Aktiviti P&P

Aktiviti Guru Aktiviti Murid Komen/catatan

Page 20: 3 Lesson Plan

Permulaan (Starter)(5 minit)

1.Beberapa orang murid dipilih untuk membunyikan nama binatang

Tajuk : Alam Fauna Kita

1.Guru meminta murid meneka bunyi yang dibuat oleh rakan mereka.

2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran hari ini. (Alam Fauna Kita)

1. Murid mendengar dan meneka bunyi yang dibuat oleh rakan mereka.

2. Murid bersoaljawab dengan guru tentang bunyi yang didengar.

Bunyi :anjing, kambing, harimau, ayam, kucing,  itik, katak, kuda)

Pengenalan(10 minit)

Petikan Dialog 1.   Guru mempamerkan petikan dialog.

2. Guru membimbing murid membaca teks dengan sebutan dan tanda baca yang betul

3. Guru bersoaljawab dengan murid tentang petikan dialog tersebut.

a) Apakah makna fauna?

b)Apakah dimaksudkan dengan haiwan jinak?

c) Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan liar?

1.Murid-murid dipilih untuk melakonkan kata bual dengan sebutan dan intonasi yang betul

2. Murid-murid melakonkan kata bual dengan bimbingan guru.

3. Murid bersoaljawab dengan guru tentang teks.

a)Fauna bermakna kelompok haiwan yang hidup di sesuatu tempat.

b) Haiwan jinak ialah haiwan yang tidak buas atau tidak garang.

c)Haiwan liar ialah haiwan buas yang membahayakan manusia.

Manila kad

Langkah 1( 10 minit)

Gambar jenis-jenis binatang

1. Berpandukan gambar, guru meminta murid mengelaskan haiwan mengikut jenis kumpulan.

a) Nyatakan haiwan  jinak yang kamu tahu.

1.Murid mengelaskan haiwan mengikut jenis kumpulannya.

a) Haiwan Jinak seperti ayam, itik, arnab, siput, kambing, lembu,kuda, katak, anjing.

b) Haiwan liar seperti harimau,ular, serigala,

Carta gambar haiwan-haiwan

Page 21: 3 Lesson Plan

b) Nyatakan haiwan liar yang kamu tahu.

c) Apakah haiwan yang membantu manusia dan nyatakan tugasnya?

d) Nyatakan haiwan yang boleh dimakan?

e)Apakah haiwan yang tidak boleh dimakan?

kera, beruang, badak sumbu, singa, musang, gajah,helang, zirafah, badak air,kanggaru.

c)Haiwan yang membantu manusia ialah-;

      anjing-mengawal rumah.      Gajah-mengangkat balak      Lebah-menghasilkan

madu      Ayam-membekalkan

makanan.

d) Haiwan yang boleh dimakan ialah ayam, kambing, lembu,itik,

e) Haiwan yang tidak boleh dimakan seperti ular, zirafah, harimau, kera, musang, dan banyak lagi.

Penutup(5 minit)

Kuiz 1. Guru mengemukakan soalan secara individu.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

1. Murid mendengar dengan teliti dan menjawab soalan yang dikemukakan.

2. Murid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan.

Lembaran kerja.

Page 22: 3 Lesson Plan

Tarikh               :    26 Mac 2012

Masa                :    60 minit

Tahun               :    2 Bijak

Mata Pelajaran :    Bahasa Malaysia

Tema                :    Alam Sekitar

Tajuk                :     Habitat Haiwan

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama :

2.1       Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

           

            Aras 2

           

                        i.          Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan

                                    sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan:

5.1        Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan 

    memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

iii.             Memahami perkataan, frasa dan ayat.

Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada

pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Page 23: 3 Lesson Plan

Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang

mengandungi

perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan

bergabung dengan sebutan yang betul

Standard Prestasi :     B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal

berganding, digraf dan konsonan bergabung

 Pada akhir pengajaran, murid dapat :

1.    Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan

slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-

duanya.

2.    Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.

Kemahiran bahasa : Lisan dan Membaca

Sistem Bahasa:

Tatabahasa:  Morfologi

-       Kata Nama

Pengisian Kurikulum:

           Ilmu  -  Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik

           Nilai  -  Kerjasama

                     -  Berdisiplin

Kemahiran Bernilai Tambah:

-          Kemahiran Berfikir

-          Kecerdasan Pelbagai

Page 24: 3 Lesson Plan

Elemen Kerentas Kurikulum : Kreativiti

Kosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran

Pembelajaran

Catatan

Set

Induksi

( 5 minit )

Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru

-kucing

-ayam

-kuda

-burung

.

1.Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru.

BBM :   Bunyi    Binatang (MP3)

KBT:

Kemahiran Berfikir

Langkah 1

(20 minit)

Slaid Habitat Haiwan

-Haiwan yang hidup di darat.

-Haiwan yang hidup di dalam air.

-Haiwan yang boleh hidup di darat dan di dalam air.

1. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.

2.Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan-soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.

3.Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenaan ‘Habitat Haiwan’.

BBM: paparan slaid ,PPT

KBT:Kecerdasan pelbagai- Verbal linguistik

BCB :KemahiranLisan

Kemahiran

Berfikir:

-Menilai dan

Page 25: 3 Lesson Plan

mentaksir

Langkah 2

(10 minit)

1.Murid membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .

2.Guru membimbing murid membaca dengan betul.

3.Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan guru.

1.Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.

2.Kemudian guru memilih seorang  murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.

3.Aktiviti ini diteruskan dengan memilih murid yang lain untuk membaca secara kuat dan rakan-rakan lain perlu mengikutnya.

4.Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan.

BBM:- paparan slaid,      PPT -Aktiviti1

-Aktiviti2

BCB:

-Kemahiran bacaan mekanis

-Kemahiran mencari maklumat

Langkah 3

(20 minit)

1.Murid mengelaskan haiwan mengikut habitatnya di dalam petak yang telah disediakan.

2.Murid melukis dan mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

3.Guru memberi bimbingan dan

1.Guru mengedarkan kertas yang mengandungi  petak-petak darat sahaja, air sahaja serta darat dan air.

2.Murid diminta untuk memenuhkan petak-petak tersebut dengan melukis gambar haiwan mengikut habitatnya.

3.Kemudian, murid dikehendaki mewarnakan gambar tersebut

BBM:

Aktiviti3

KBT:

Spatial dan ruang

Page 26: 3 Lesson Plan

memantau aktiviti murid.

mengikut kreativiti masing-masing.

Penutup

(5minit)

Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.

1. Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.

2.Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.

3.Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guru

BBM:

Slide PPT lagu

Youtube lagu haiwan

Nilai Murni:

Cintai dan sayangi haiwan.

KBT:

Muzik