rumus -modul tatabahasa utk kelas tambahan

11
RUMUS - KESALAHAN TATABAHASA Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu 1- Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di …dengan imbuhan di salah disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang) betul di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan 2 -Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke salah keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih 3 - Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada dari rumus ATM A arah (dari belakang, dari timur, dari depan) T tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin) M masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang) daripada rumus KABOS K keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu) A asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung) B banding /beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada) O orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM) S sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan) 4- Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak) salah semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli betul semua guru, segala alat, kebanyakan ahli 5 -Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan salah beratus orang, beribu penonton, berguni padi betul beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi 6- Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan salah paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali betul paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali 7- Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)

Upload: azlindanan72679

Post on 21-May-2017

257 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

RUMUS - KESALAHAN TATABAHASAKesalahan tatabahasa bahasa Melayu1- Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di

salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang)

betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 -Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

3 - Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada dari – rumus ATM

A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)

daripada – rumus KABOS

K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)A – asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)B – banding /beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)4- Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak)

salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 -Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6- Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali

Page 2: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7- Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah) salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8- Pembentukan ayat pasif Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah) Surat itu telah kami hantar. (betul) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah) Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah) Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan tuanku).9- Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan

salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 - Menjarakkan imbuhan pinjaman salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro

pembangkang betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan,

propembangkang betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

11- Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar gantiPada

berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding)

bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu)

bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)

Page 3: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

Kepada menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/

Acapan sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya) menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan

paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya)menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sintaksis - Jadual Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Page 4: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

Cakap ajuk Cakap pindah

saya, aku, hamba, patik dia, ia, nya

beta/keturunan raja baginda

kita, kami mereka

kamu, awak, engkau, anda -nama-

dia dia

mereka mereka

ini itu

sini situ, sana, tempat itu

di sini di situ, di sana, di tempat itu

ke sini ke situ, ke sana, ke tempat

itu

begini begitu

demikian ini demikian itu

sekarang pada masa itu/ ketika itu

tadi tadinya itu

malam tadi malam sebelumnya

esok pada keesokan harinya

semalam hari sebelumnya

kelmarin hari sebelumnya/ pada hari

kelmarinnya

ibu saya ibunya

ya mengaku/mengizinkan/dsb.

tidak menidakkan/menafikan

bukan menolak/menafikan

hello bercakap menerusi telefon/

menelefon

Page 5: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

TATABAHASA - LATIHAN PERKATAAN UNTUK BINAAN AYAT Pelajar-pelajar boleh menggunakan senarai perkataan di bawah sebagai latihan untuk binaan ayat.

Peringatan Kepada Pelajar.

1. Bina satu ayat bagi setiap perkataan yang diberikan dan sebaik-baiknya ialah ayat berlapis iaitu sesuai dengan peringkat kematangan pelajar Tingkatan 4 dan 5.2. Satu markah akan diberikan pada ayat yang betul.3. Setengah markah akan ditolak bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ isi yang tidak jelas.4. Jangan jadikan perkataan sebagai simpulan bahasa atau nama khas.5. Jangan bina lebih daripada satu ayat.6. Jangan tinggalkan imbuhan atau tambah imbuhan pada perkataan yang diberi.7. Boleh bina ayat dengan menggunakan cakap ajuk. (Ikut peraturan membina ayat cakap ajuk).

SISTEM BAHASA1.0 KATA KERJA TERBITAN1.1 temu (a) bertemu / menemui/ menemukan / mempertemukan guru kaunseling(b) bertemu / menemui / menemukan / mempertemukan kesalahan ejaan(c) bertemu / menemui/ menemukan / mempertemukan anak dengan ibu

1.2 tanya(a) bertanya / bertanyakan / menanyai / menanyakan ibu bapanya(c) bertanya / bertanyakan / menanyai / menanyakan masalahnya(d) bertanya / bertanyakan / menanyai / menanyakan khabarnya

1.3 oleh (a) beroleh / memperoleh / memperolehi kemenangan (KKI) (b) beroleh / memperoleh / memperolehi kejayaan (KKT)

1.3 beli (a) membeli / membelikan telefon bimbit untuk anaknya (b) membeli / membelikan anaknya telefon bimbit

1.4 dalam: (a) mendalami / mendalamkan bidang linguistik (b) mendalami / mendalamkan ilmu pengetahuan (c) mendalamkan / memperdalam / memperdalamkan sungai

1.5 salah (a) menyalahi / menyalahkan peraturan lalu lintas (b) menyalahi / menyalahkan pihak sekolah

1.6 kirim (a) mengirimi / mengirimkan anaknya wang (b) mengirimi / mengirimkan wang kepada anaknya1.7 jatuh (a) menjatuhi / menjatuhkan pesalah itu hukuman penjara (b) menjatuhi / menjatuhkan hukuman

1.8 jalan

Page 6: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

(a) menjalani / menjalankan pembedahan/hukuman/latihan (b) menjalani / menjalankan tugas/tanggungjawab

1.9 ingat (a) mengingati / memperingati tragedi/peristiwa (b) mengingati / mengingatkan / memperingati para peserta/pelajar agar … (c) mengingati / mengingatkan / memperingati jasa bakti para pahlawan 1.10 cebur (a) menceburi / menceburkan bidang perniagaan (b) menceburi / menceburkan diri dalam bidang perniagaan

1.11 jauh (a) menjauhi / menjauhkan penagih dadah (b) menjauhi / menjauhkan diri daripada penagih dadah

1.12 baca (a) membaca / membacakan surat itu untuk ayahnya (b) membaca / membacakan ayahnya surat itu

1.13 cerita (a) menceritai / menceritakan anak-anak buahnya riwayat hidupnya (b) menceritai / menceritakan riwayat hidupnya kepada anak-anak buahnya

1.14 kotor (a) sampah sarap mengotori / mengotorkan sungai(b) penduduk kampung mengotori / mengotorkan sungai

1.15 cemar (a) perbuatan curangnya mencemari / mencemarkan imej keluarganya(b) dia mencemari / mencemarkan imej keluarganya

1.16 basah(a) keringat membasahi / membasahkan tubuhnya(b) dia membasahi / membasahkan tubuhnya

1.17 hias (a) ayah menghias / menghiasi / menghiaskan halaman rumah dengan pokok-pokok hiasan(b) ayah menghias / menghiasi / menghiaskan pokok-pokok hiasan di halaman rumah(c) pokok-pokok rumah menghias / menghiasi / menghiaskan halaman rumahnya

1.18 pagar (a) Pak Abu memagar / memagari / memagarkan kebunnya dengan pokok-pokok buluh (b) Pak Abu memagar / memagari / memagarkan pokok-pokok buluh di kebunnya(c) pokok-pokok buluh memagar / memagari / memagarkan kebun Pak Abu

1.19 terang (a) lampu minyak menerangi / menerangkan ruang tamu (b) menerangi / menerangkan fenomena kesan rumah hijau

1.20 baik (a) membaiki / membaikkan jalan raya yang rosak (b) membaiki / membaikkan penyakit (bkn kesihatan)

1.21 halus (a) menghalusi / menghaluskan perkara itu (b) menghalusi / menghaluskan mata pensilnya

Page 7: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

1.22 beri (a) memberi / memberikan anaknya nasihat (b) memberi / memberikan nasihat kepada anaknya

1.23 serta (a) menyertai / menyertakan peraduan itu (b) menyertai / menyertakan sijil-sijil peperiksaan bersama-sama borang permohonan

1.24 anugerah (a) menganugerahi / menganugerahkan pahlawan itu pingat kehormatan (b) menganugerahi / menganugerahkan pingat kehormatan kepada pahlawan itu

1.25 hidang (a) menghidangi / menghidangkan tetamu itu sepinggan kuih (b) menghidangi / menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu itu

1.26 cucur (a) mencucuri / mencucurkan kami rahmat (b) mencucuri / mencucurkan rahmat kepada kami

1.27 hamba(a) memperhamba / memperhambakan orang gajinya(b) memperhamba / memperhambakan dirinya kepada sultan1.28 isteri(a) memperisteri / memperisterkan gadis kampung(b) memperisteri / memperisterkan anak lelakinya dengan gadis dari seberang1.29 suami(a) mempersuami / mempersuamikan pemain bola sepak yang terkenal itu(b) mempersuami / mempersuamikan anak gadisnya dengan seorang doktor

1.30 dua(a) menduakan / memperdua Tuhan(b) menduakan / memperdua / memperduakan hasil / untung1.31 lupa(a) melupai / melupakan peristiwa itu(b) melupai / melupakanpesanan ibunya

2.0 KATA NAMA TERBITAN2.1 temu(a) (mereka) bertemu > pertemuan(b) menemukan (kesalahan ejaan) > penemuan2.2 kembang(a) (bahasa Melayu) berkembang > perkembangan(b) mengembangkan (agama Islam) > pengembangan2.3 langgar(a) berlanggar (bkn kenderaan) > perlanggaran(b) melanggar (bkn peraturan) > pelanggaran2.4 air(a) berair (bkn laut) > perairan(b) mengairi (bkn tanah pertanian) > pengairan2.5 buat(a) berbuat (salah laku) > perbuatan(b) membuat (kerusi meja) > pembuatan2.6 siar (a) bersiar-siar > persiaran

Page 8: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

(b) menyiarkan (berita) > penyiaranNOTA: bkn = berkenaan

3.0 PENGIMBUHAN3.1 membaiki / membaikkan / memperbaiki kereta yang rosak3.3 menyetujui / mempersetujui rancangannya3.4 menghidap / menghidapi penyakit3.5 meyakinkan / menyakinkan ibu bapanya3.6 meyakini / menyakini kejujurannya3.7 menghadkan / mengehadkan bilangan peserta3.8 merancang / merancangkan pembangunan3.9 beroleh / memperoleh / memperolehi kejayaan3.10 memperlahan / memperlahankan kenderaannya3.11 merunding / merundingkan projek itu3.12 membanyakkan / memperbanyak / memperbanyakkan bahan makanan3.13 menggiatkan / mempergiat / mempergiatkan usaha3.14 mencontoh / mencontohi gaya pakaian bintang filem3.15 menguasai / memperkuasai perlawanan3.16 mendalami /mendalamkan / memperdalami bidang bahasa3.17 mengakui / memperakui kesalahannya3.18 memperakui / memperakukan mutu barangan3.19 menghalusi / memperhalusi perkara itu3.20 merindui / merindukan anak bongsunya3.21 membasmi / membasmikan nyamuk3.22 membanteras / membanteraskan jenayah3.23 memberantas / memberantaskan perosak tanaman3.24 memperalat / memperalatkan pemuda-pemuda itu3.25 memperdaya / memperdayakan anak-anak gadis3.26 memperkacang / memperkacangkan harta orang tuanya3.27 mempercepat / mempercepatkan langkahnya3.28 memperkemas / memperkemaskan kamat bacaannya3.29 memperkebuni / memperkebunkan tanah terbiar itu3.30 pekarangan / perkarangan istana3.31 pelantikan / perlantikan pengerusi3.32 destinasipelancongan / perlancongan3.33 kawasan pedalaman / pendalaman3.34 kerja-kerja pedalaman / pendalaman dasar sungai3.35 pelumbaan / perlumbaan haram3.36 pelaksanaan / perlaksanaan projek pembangunan @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

CAKAP AJUK CAKAP PINDAH Cakap Ajuk Cakap Pindah

1. Bentuk-bentuk cakap pindah atau perbualan berupa soalan atau dalam bentuk tanda soal hendalah ditukar kepada bentuk kenyataan atau pernyataan.Contoh :Cakap Ajuk “Petang semalam engkau pergi ke mana?” Tanya Jusoh kepada Ali.Cakap Pindah Jusuh menanya Ali ke mana dia pergi pada petang semalamnya.

2. Ayat-ayat untuk cakap pindah hendaklah dihubungkan dengan kata-kata penghubung dan juga kata depan.Contoh:Sudin : Man! Kita dah sampai ni. Jangan lupa, tanggal kasutmu sebelum kita menyeberang parit itu.Man : Baiklah, Din. Nah, tolong pegang beg aku ni, Din!

Page 9: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

Jawapan: Sudin memberitahu Man yang mereka sudah sampai sambil mengingatkannya supaya menanggalkan kasut sebelum menyeberang parit besar tersebut. Man menyetujuinya tetapi meminta Sduin menolongnya memegang begnya.

3. Beberapa kata ganti nama perlu diperhatikan, termasuklah kata ganti nama orang yang pertama. Kata ganti pertama dalam cakap ajuk tidak berubah kiranya yang bercakap itu diri yang pertama.Contoh: Cakap Ajuk “Aku akan menjelaskan wang pendahuluan sewa rumah sebelum akhir bulan ini,” Aku memberitahu penjual rumahCakap Pindah Aku memberitahu penjual rumah yang aku akan menjelaskan wang pendahuluan sewa rumah sebelum akhir bulan ini.

4. Kata ganti nama diri pertama dalam cakap ajuk menjadi diri kedua apabila yang bercakap itu didi yang kedua.Contoh:Cakap Ajuk Awak memberitahu saya. “Saya akan balik berjumpa orang tua saya pada hujung minggu ini.”Cakap Pindah Awak memberitahu saya yang awak akan balik berjumpa orang tua awak pada hujung minggu ini.

5. Kata ganti diri pertama hendaklah diubah menjadi kata ganti diri ketiga apabila orang yang bercakap itu diri yang ketiga.Contoh:Cakap Ajuk Dia berpesan kepada saya, “Jika saya tidak datang menjemput awak sebelum pukul dua petang ini bolehlah awak balik sendiri dengan bas.”Cakap Pindah Dia berpesan kepada saya bahawa jika dia tidak datang menjemput saya sebelum pukul dua petang bolehlah saya balik sendiri dengan bas.

6. Kata ganti diri kedua tidak ada apa-apa perubahan kiranya yang dilawan bercakap itu diri kedua.Contoh:Cakap Ajuk “Awak selalu lewat datang ke pejabat,” kata saya kepada awak.Cakap Pindah Saya memaklumkan kepadanya bahawa dia selalu lewat datang ke pejabat.

7. Kata ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah menjadi kata ganti diri pertama apabila yang dilawan bercakap itu diri pertama.Contoh:Cakap Ajuk Dia berkata kepada saya,”Awak memang rajin tetapi segala kerja suka bertangguh-tangguh.”Cakap Pindah Dia memberitahu saya bahawa saya memang rajin tetapi segala kerja suka bertangguh-tangguh.

8. Kata ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah dipindahkan menjadi diri ketiga apabila yang dilawan bercakap itu diri ketiga.Contoh:Cakap Ajuk Kata Samad kepada dia, “Tindakan awak itu membahayakan orang lain.”Cakap Pindah Samad memberitahu bahawa tindakannya membahayakan orang lain.

9. Beberapa perubahan dari segi masa juga diambil kira;sekarang => masa ituhari ini => hari ituesok => esoknya, keesokannyapagi tadi => pagi itumalam tadi => malam sebelumnyasemalam => semalamnyatadi => tadinyasini, di sini => situ, di situ

Page 10: Rumus -Modul Tatabahasa Utk Kelas Tambahan

ini => itubegini => begitu

10. Apabila terdapat tanda baca atau tanda soal perlulah dihilangkan dan diganti dengan pemberitahuan sahaja.Contoh:Cakap Ajuk Jamal bertanya emaknya, “ Berapa ringgit harga seluar itu mak?”Cakap Pindah Jamal menyoal emaknya berapa ringgit harga seluar itu