rph sains berasaskan 5 fasa needham

18
BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 1. RPH ialah dokumen penting yang mesti disediakan sebelum pelaksanaan pengajaran-pembelajaran. 2. RPH mengandungi maklumat perancangan pengajaran harian yang terdiri daripada: a. butiran asas: tarikh, tempoh/masa, tahun, bilangan murid, tema, dan tajuk; b. huraian hasil pembelajaran: penyataan fokus utama dan aras serta penyataan fokus sampingan dan aras; c. objektif: olahan penyataan eksplisit, khusus dan konkrit berdasarkan HHP; d. sistem bahasa: pilihan beberapa aspek sistem bahasa; e. pengisian kurikulum: elemen-elemen nilai ilmu, nilai murni (17 nilai), kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah (KBT); f. langkah-langkah pengajaran-pembelajaran: penyataan pada tiga lajur utama (isi pelajaran, aktiviti p-p, dan catatan). Lajur isi biasanya dinyatakan dalam bentuk kata nama. Lajur aktiviti biasanya dalam bentuk kata kerja. Lajur catatan biasanya memuatkan maklumat pengisian kurikulum untuk mengingatkan guru agar tidak mengabaikan pengisian elemen berkenaan. 3. Dalam menyediakan RPH, guru perlu merujuk HSP tahun berkenaan, Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan , kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap. 4. RPH juga perlu merealisasikan aspek-aspek strategi (pendekatan, kaedah, dan teknik) p-p, konsep ”5P” dan konsep p-p bestari. 5. RPH hendaklah menjelmakan/menzahirkan hasrat SP, HSP dan aplikasi tatabahasa serta apresiasi sastera menerusi amalan berkomunikasi (interpersonal, intrapersonal, mendengar dan bertutur), membaca (ADD, MDD, MDK, komsas) dan menulis (berkarya). Perhatian Sila teliti empat contoh RPH yang diedarkan. Sila akur format yang ditetapkan dan murnikan mana-mana butiran mengikut keperluan serta kesesuaian p-p anda.

Upload: rahimi-harun

Post on 10-Aug-2015

890 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

SCE3108

TRANSCRIPT

Page 1: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

1. RPH ialah dokumen penting yang mesti disediakan sebelum pelaksanaan pengajaran-pembelajaran.

2. RPH mengandungi maklumat perancangan pengajaran harian yang terdiri daripada:a. butiran asas: tarikh, tempoh/masa, tahun, bilangan murid,

tema, dan tajuk;b. huraian hasil pembelajaran: penyataan fokus utama dan aras

serta penyataan fokus sampingan dan aras;c. objektif: olahan penyataan eksplisit, khusus dan konkrit

berdasarkan HHP;d. sistem bahasa: pilihan beberapa aspek sistem bahasa;e. pengisian kurikulum: elemen-elemen nilai ilmu, nilai murni (17

nilai), kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah (KBT);

f. langkah-langkah pengajaran-pembelajaran: penyataan pada tiga lajur utama (isi pelajaran, aktiviti p-p, dan catatan). Lajur isi biasanya dinyatakan dalam bentuk kata nama. Lajur aktiviti biasanya dalam bentuk kata kerja. Lajur catatan biasanya memuatkan maklumat pengisian kurikulum untuk mengingatkan guru agar tidak mengabaikan pengisian elemen berkenaan.

3. Dalam menyediakan RPH, guru perlu merujuk HSP tahun berkenaan, Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan , kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap. 4. RPH juga perlu merealisasikan aspek-aspek strategi (pendekatan, kaedah, dan teknik) p-p, konsep ”5P” dan konsep p-p bestari. 5. RPH hendaklah menjelmakan/menzahirkan hasrat SP, HSP dan aplikasi tatabahasa serta apresiasi sastera menerusi amalan berkomunikasi (interpersonal, intrapersonal, mendengar dan bertutur), membaca (ADD, MDD, MDK, komsas) dan menulis (berkarya).

Perhatian

Sila teliti empat contoh RPH yang diedarkan. Sila akur format yang ditetapkan dan murnikan mana-mana butiran mengikut keperluan serta kesesuaian p-p anda.

Page 2: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

CONTOH RPH 1

Tarikh : 19 Januari 2008Masa : 8.45 – 9.45 pagi (60 minit)Tahun : 4 ArifBil. Murid : 45 orangTema : KeluargaTajuk : Cerita “Sang Kelembai dan Si Kula”

Hasil PembelajaranFokus Utama : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai.

Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat atau dibaca.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1: Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan: 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1: Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. berbual tentang perkara yang dibaca dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai; 2. membaca kuat petikan cerita perkataan, frasa dan ayat (tunggal dan majmuk) dengan sebutan dan intonasi yang betul; 3. menulis perkataan dan ayat (tunggal dan majmuk) berdasarkan cerita yang ditonton dan dibaca. Sistem Bahasa: Tatabahasa – ayat tunggal dan ayat majmuk

Sebutan dan intonasi – ayat penyata Kosa kata – kesaktian, ayat penyata Kosa kata – kesaktian, bertimbang rasa, mentah, menakjubkan

Pengisian Kurikulum: Ilmu – kesusasteraan dan TMKNilai – kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah: KBf – membanding beza KMD – membuat ramalan BCB – pengurusan grafik (LPG)

2

Page 3: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

TMK – Perisian MS Word

Bahan Bantu Mengajar: Petikan teks, slaid cerita/LCD, komputer, borang pengurusan, dan gambar bersiri

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah membaca cerita-cerita dongeng di perpustakaan

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Pergerakan kreatif ikan dan gergasi(Guru digalakkan menunjukkan contoh dahulu)

Set Induksi (3 minit)

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk melakukan pergerakan kreatif 2. Murid-murid lain diminta meneka pergerakan kreatif yang dilakukan 3. Pergerakan kreatif dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

KP – kinestatik

Teknik: Tunjuk cara

Slaid Cerita “Sang Kelembai dan Si Kula” (rujuk Lampiran A)

Langkah 1 (8 minit)

1. Murid menonton slaid cerita “Sang Kelembai dan Si Kula”2. Murid menjawab soalan guru berdasarkan cerita yang ditonton.

BBM: Slaid cerita, LCD

Mencapai objektif….

Teks “Sang Kelembai dan Si Kula” (rujuk Lampiran B)

Langkah 2 (20 minit)

1. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca teks dengan kuat.2. Secara berpasangan, murid- murid diminta berbual-bual tentang bahan yang dibaca.3. Beberapa orang murid diminta menceritakan semula bahan yang dibaca.4. Murid melengkapkan borang pengurusan grafik banding beza tentang watak dan perwatakan yang berkaitan dengan bahan di atas.5. Guru membimbing murid yang lemah.6. Guru mempamerkan hasil kerja murid melalui LCD dan membincangkannya.

BBM: Petikan teks cerita

KBf: Membanding beza

BCB: PengurusanGrafik

Mencapai objektif….

3

Page 4: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Contoh Ayat Tunggal

1. Sang Kelembai tinggal di dalam hutan.

2. Si Kula tinggal di dalam hutan.

Contoh Ayat Majmuk

Sang Kelembai dan Si Kula tinggal di dalam hutan.

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid melihat gambar bersiri melalui paparan LCD.2. Murid diminta membina sekurang-kurangnya dua ayat tunggal bagi setiap gambar dengan menaip di komputer.3. Murid diminta menggabungkan kedua-dua ayat tunggal yang dibina untuk menjadi dua ayat majmuk.4. Guru memaparkan jawapan beberapa orang murid dan perbincangan secara kelas turut dilaksanakan.

BBM: LCD, komputer

TMK – penggunaan komputer

Mencapai objektif ....

Soalan Guru

1. Pada pandangan anda, adakah kasih sayang yang ditunjukkan oleh Sang Kelembai terhadap anaknya itu baik?2. Apakah yang akan terjadi jika secara tiba- tiba ikan tiada lagi di dunia?

Langkah 4 (10 minit)

1. Secara berkumpulan, murid- murid diminta meneliti dan memberi pandangan tentang kasih sayang Sang Kelembai terhadap Si Kula.2. Murid-murid dimintga membuat ramalan sekiranya tiada lagi Ikan di dunia ini menggunakan alat roda masa depan.

Nilai: kasih sayang

KMD: Ramalan

Nilai/Pengajaran

Bertindak tanpa berfikir akan merugikan diri sendiri.

Penutup (10 minit)

Guru meminta murid menyatakan pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup mereka berdasarkan pelajaran hari ini.

Penutup kognitif

Kerja susulan:

Refleksi:

4

Page 5: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

CONTOH RPH 2:

Tarikh : 6 Mac 2008Masa : 8.45 – 9.45 pagi (60 minit) Tahun : 4 AmanahMata Pelajaran: Bahasa MelayuTema : KebersihanTajuk : Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran:Fokus Utama:

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 2 (i) Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan:11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah

karya.

Aras 2 (i) Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik dalam

bahan yang ditonton atau dibaca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. menyenaraikan tiga isi penting dan tiga isi sampingan yang terdapat dalam petikan yang bertajuk “Amalan Kebersihan Diri”;

2. menyatakan tiga cara menjaga kesihatan diri dengan menggunakan ayat yang gramatis;

3. menyatakan pendapat tentang akibat tidak menjaga kesihatan diri.

Sistem Bahasa:Tatabahasa: Morfologi: Kata berimbuhan

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Moral / Agama / PJK Nilai - Menjaga kebersihan - Berdisiplin

Kemahiran Bernilai Tambah: - Pembelajaran Konstruktivisme - Kecerdasan Pelbagai

- Belajar Cara Belajar - Kemahiran Berfikir

Sumber P&P: Petikan rencana, alat perakam, borang pengurusan grafik (PG)

5

Page 6: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah berbincang tentang cara menjaga kebersihan diri.

Isi Pelajaran Aktiviti PengajaranPembelajaran

Catatan

Rakaman bunyi orang sedang mandi, diikuti dua soalan:

i. Berdasarkan bunyi yang anda dengar, apakah yang dapat anda gambarkan?ii. Apakah perasaan anda apabila mendengar bunyi tersebut?

Set Induksi (3 minit)

i. Murid diperdengarkan rakaman bunyi orang mandi di bilik air. ii. Murid berfikir dan menjawab dua soalan guru.

SPP:Alat perakam

KBT :PembelajaranKonstruktivisme

PetikanAmalan Kebersihan Diri (Rujuk Lampiran A)

Soalan:1. Mengapakah kita menjaga

kebersihan diri?2. Bagaimanakah cara menjaga kebersihan diri?3. Nyatakan amalan kebersihan diri yang biasa dilakukan.

Langkah 1 (15 minit)

i. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

ii. Murid diedarkan petikan.

iii. Murid membaca petikan secara akaliah selama lima minit.

iv. Berdasarkan soalan yang diajukan, murid mencari tiga isi penting.

v. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan isi penting dan isi sampingan dalam borang PG.

BCB :Kemahiranmembaca secaraakaliah

KemahiranBerfikir:- Menganalisis - Membuat keputusan- Borang PG

Tiga fakta tentang cara menjaga kebersihan diri mengikut amalan tradisional dan amalan moden.

Langkah 2 (15 minit)

i. Murid menyatakan tiga cara menjaga kebersihan diri, berdasarkan teks dan pendapat sendiri.

ii. Murid secara berkumpulan diminta

membandingkan cara menjaga kebersihan diri (cara tradisional dan cara moden).

iii. Ketua kumpulan melaporkan hasil perbincangan.

Kemahiran Berfikir- Membuat keputusan- Memberi pendapat

6

Page 7: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Isi Pelajaran Aktiviti PengajaranPembelajaran

Catatan

Pendapat tentang akibat tidak menjaga kebersihan diri.

Langkah 3 (10 minit)

i. Setiap kumpulan diberikan borang PG akibat tidak menjaga kebersihan diri. ii. Murid mengemukakan idea hasil daripada perbincangan kumpulan tentang maklumat daripada borang PG.

iii. Setiap ketua kumpulana diminta mempamerkan hasil perbincangan dan membacakannya.

iv. Guru memberikan komen terhadap

hasil pembentangan murid.

Borang PG - Akibat tidak menjaga kebersihan diri

KecerdasanPelbagai:Interpersonal

KBT:Pembelajaran Konstruktivisme

Kata Berimbuhan

- awalan- akhiran- apitan

Permainan Bahasa(Rujuk Lampiran B)

Langkah 4 (10 minit)

i. Murid menyenaraikan kata berimbuhan daripada teks.

ii. Murid mengklasifikasikan kata berimbuhan mengikut jenis – awalan,

akhiran, dan apitan.

iii. Murid melaksanakan aktiviti permainan bahasa – cepu emas. (kata-kata berimbuhan dipadankan mengikut jenis dalam borang PG di papan tulis – 5 minit)

PG – Permainan Bahasa

KBT:Kecerdasan Pelbagai - Kinestetik- Visual Ruang- Interpersonal

Penutup (5 minit) KBT:

7

Page 8: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Isi Pelajaran Aktiviti PengajaranPembelajaran

Catatan

Lagu:Bangun pagigosok gigi,

bersih diri selalu,cuci muka, pakai baju,nampak kemas selalu.

(2X)

i. Murid menyanyikan lagu “Bangun Pagi” beramai-ramai.

ii. Guru membuat rumusan dan menyerapkan nilai murni yang berkaitan.

KecerdasanPelbagai- Kinestetik- Muzik

Nilai Murni:Kebersihan sebahagian daripada iman

Lampiran A

PETIKAN

Amalan Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dijaga. Kebersihan diri membantu kita untuk menjadikan kita sihat dan cergas. Badan kita juga hendaklah sentiasa bersih. Jika kita sentiasa menjaga kebersihan, diri kita akan terhindar daripada sebarang penyakit. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga kebersihan diri. Tubuh badan yang sihat menjadikan minda, rohani, dan jasmani kita cemerlang.

Kita boleh menjaga kebersihan diri dengan mandi tiga kali sehari. Sewaktu mandi, kita hendaklah menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran dan menjadikan badan kita berbau wangi.

Selepas makan kita hendaklah menggosok gigi untuk menghilangkan sisa makanan. Dengan cara tersebut, gigi kita tidak akan menjadi cantik dan tidak rosak. Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan bertambah manis.

Amalam kebersihan diri termasuklah memotong kuku. Amalan ini bertujuan untuk menghilangkan kekotoran yang terlekat pada kuku. Kuku yang kotor akan mengakibatkan jangkitan kuman. Potonglah kuku kita sekurang-kurangnya sekali seminggu, sebaik-baiknya pada hari Jumaat.

Rambut ialah mahkota diri seseorang. Oleh yang demikian, rambut perlu dibersihkan dan disikat rapi supaya nampak kemas. Rambut yang panjang dan tidak terurus haruslah dipotong. Jika perlu gunalah pencuci rambut untuk mencuci rambut agar rambut kita kelihatan lembut dan cantik.

Apabila kita menjaga kebersihan diri, kita mudah mendapat kawan. Oleh itu, kebersihan diri patut dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

(Dipetik dan diubahsuai daripada .........................................................)

8

Page 9: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Lampiran B

Senaraikan 10 kata berimbuhan berdasarkan teks. Kemudian, berikan kata dasar bagi setiap kata berimbuhan tersebut:

Bil. Kata Berimbuhan Bil. Kata Dasar

1. kebersihan 1. Bersih

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

6. 6.

7. 7.

8. 8.

9. 9.

10. 10.

9

Page 10: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

CONTOH RPH 3:

Tarikh : 19 Jun 2008 Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagiTahun : 4 CemerlangMata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : KesihatanTajuk : Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran :Fokus Utama

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 2i. Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2ii. Menyatakan isi-isi penting berdasarkan bahan yang dibaca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : a. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul;

b. mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isi penting yang terdapat dalam petikan;

c. memberi pendapat tentang petikan yang dibaca; d. menyenaraikan 10 kata berimbuhan dan kata dasar daripada teks.

Sistem Bahasa : ~ Tatabahasa : Kata Berimbuhan

Pengisian Kurikulum ~ Ilmu : Kesihatan ~ Nilai : Menjaga kesihatan, prihatin ~ Kemahiran Bernilai Tambah :

10

Page 11: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

- Kemahiran Berfikir- Belajar Cara Belajar Pembelajaran kumpulan- Pembelajaran Kontekstual- Kecerdasan Pelbagai Verbal – Linguistik Kinestetik Muzik

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran danPembelajaran

Catatan

Alat-alat KebersihanDiri

Set Induksi (5 minit)

i. Murid memerhatikan alat-alat.ii. Murid menceritakan tentang alat-alat untuk menjaga kebersihan diri.

BBM :~ berus gigi~ ubat gigi~ sikatPembelajaranKontekstual

Petikan- Amalan Kebersihan Diri(Rujuk Lampiran)

Langkah 1 (15 minit)

i. Murid membaca secara senyap.ii. Murid membaca kuat dengan intonasi dan sebutan yang betul.iii. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.

BBM(Petikan )

BCB- imbasan / scanningKemahiran Berfikir- mencari maklumat

Isi-isi PentingContoh :1. Badan kita hendaklah sentiasa bersih.2. Badan yang bersih terhindar daripada penyakit.3. Tubuh badan sihat menjadikan murid cemerlang minda, rohani dan jasmani.

Langkah 2 (15 minit)

i. Murid membentangkan isi-isi penting yang dicetak mengikut kumpulan.ii. Murid membaca dan menulis isi-isi penting yang diperoleh di papan tulis.

KB- Menjana idea

Kecerdasan Pelbagai- Verbal Linguistik- Kinestetik

11

Page 12: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran danPembelajaran

Catatan

PendapatSoalan Pemahaman- Apakah yang akan berlaku

jika kita tidak menjaga kebersihan diri?- Apakah jenis makanan yang sesuai dimakan?- Apakah makanan yang perlu kita jauhi?

Langkah 3 (15 minit)

i. Murid memberi pendapat tentang cara- cara menjaga kebersihan diri.ii. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Kemahiran Berfikir:- memberi pendapat- menjana idea

Kecerdasan Pelbagai:- Verbal - Linguistik

Kata Berimbuhan danKata Dasar~ kebersihan~ menjaga~ terhindar~ penyakit

Langkah 4 (15 minit)

i. Murid diminta mencari dan menggariskan 10 perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.ii. Murid mencatat perkataan- perkataan berimbuhan serta kata dasarnya.iii. Murid membacakan perkataan- perkataan tersebut berdasarkan lembaran kerja.

BBM :Lampiran 1

KB :- menjana idea- menyenarai

Nyanyian :

Bangun pagiGosok gigiCuci mukaMandi pagi

Pakai bajuMinum kopiMakan roti

Saya suka hati

Penutup (5 minit)

Murid menyanyi lagu ”Bangun Pagi” secara berkumpulan.

Kecerdasan Pelbagai- Kinestetik- Muzik

12

Page 13: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

CONTOH RPH 4:

Tarikh : 20 Jun 2008Masa : 60 minitTahun : 4 MerahMata Pelajaran : Bahasa MelayuTema : KokurikulumTajuk : Lawatan

Hasil Pembelajaran :Fokus Utama8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu tajuk.

Aras1i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 2i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan kepada intonasi berdasarkan tanda baca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : a. membina dua ayat tunggal dan dua ayat majmuk dengan betul;b. membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul;c. memberi makna lima perkataan sukar dengan betul.

Sistem Bahasa : Sintaksis: Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Sinonim

Pengisian Kurikulum: Ilmu : Kokurikulum Nilai : Patriotisme Kemahiran Bernilai Tambah Kajian Masa Depan Pembelajaran Kontekstual Belajar Cara Belajar

13

Page 14: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajarandan Pembelajaran

Catatan

Gambar PemandanganKuala Lumpur

Seti Induksi (5 minit)

1. Murid mencantumkan gambar di papan

tulis.2. Murid bersoal jawab tentang gambar tersebut.

BBM :- Cantuman gambarKBT :- Kajian Masa Depan- Kecerdasan Pelbagai : Visual- ruang

Petikan :Lawatan ke KualaLumpur(Rujuk Lampiran A)

Langkah 1 (10 minit)

1. Murid membaca teks yang diberi dengan kuat dalam kelas – kumpulan dan individu.2. Murid mencari makna sekurang- kurangnya lima perkataan sukar dalam kumpulan.3. Murid menulis makna perkataan sukar di papan tulis.

BBM- Lampiran A- Kad perkataan

KBT- Pembelajaran Kontekstual (mengalami)- Belajar Cara Belajar (kemahiran membaca)

Ayat Tunggal danAyat Majmuk

(Contoh disediakan oleh guru)

Langkah 2 (25 minit)

1. Murid mendapat penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.2. Setiap kumpulan menyalin ayat tunggal dan ayat majmuk daripada petikan.3. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

KBT~ Kemahiran Berfikir

~ Belajar Cara Belajar- pembelajaran secara kumpulan- kemahiran menulisPembelajaran Kontekstual- bekerjasama

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Langkah 3 (15 minit)

1. Murid membina dan menulis tiga ayat tunggal dan tiga ayat majmuk berdasarkan gambar di dalam buku latihan.

Belajar Cara Belajar- kemahiran menulis

14

Page 15: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Lagu Kuala Lumpur(Rujuk lirik di Lampiran B)

Penutup (5 minit)

Murid menyanyikan lagu.Kecerdasan Pelbagai- muzik

BBM- Pita Rakaman (Lampiran B )

Lampiran A

10, Taman Saga,

28700 Bentong,

Pahang Darul Makmur.

3 Oktober 2007

Menemui sahabatku, Yong Teck Chong yang berada di Triang, Pahang dengan

selamatnya.

Saudara,

Apa khabar saudara sekarang? Saya di sini sihat. Pada minggu hadapan, sesi

persekolahan akan bermula. Ke manakah saudara bercuti pada masa cuti baru-baru

ini ? Saya telah melawat ke Kuala Lumpur. Saya pergi bersama-sama keluarga.

Untuk pengetahuan saudara, saya telah berpeluang melawat Putrajaya. Saya

sungguh tertarik dan kagum dengan kecanggihan pusat pentadbiran negara. Selepas

itu, kami pula ke KLCC. Di sana, saya dapat bermain di taman permainan sambil

melawat Petrosains. Sebelum pulang, saya sempat makan dan membeli-belah di Suria

KLCC.

Sampai di sini sahaja buat kali ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada

saya untuk saudara dan keluarga.

Yang benar,

Yvonne

15

Page 16: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Lampiran B

KUALA LUMPUR

Sungguh indah pandangan panorama

Kuala Lumpur …….. Kuala Lumpur

Kota indah permai yang aku cinta

Melambangkan negara maju jaya.

Hidup aman damai yang aku pinta

Adat resam dan kebudayaannya.

Tempat tumpuan segala perniagaan

Dari kecil hingga yang terbesar

Nadi dan pusat pembangunan negara

Namamu harum di muka dunia.

Contoh Hasil Perbincangan Murid :

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

1. Saya sihat di sini. 1. Saya sungguh tertarik dan kagum akan

Kecanggihan pusat pentadbiran

negara.

2. Pada minggu hadapan, sesi 2. Di sana, saya dapat bermain di taman

persekolahan akan bermula. permainan sambil melawat Petrosains.

16

Page 17: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

3. Saya pergi bersama-sama keluarga. 3. Saya sempat makan dan membeli-

belah di Suria KLCC.

Senarai Kemahiran Berfikir

Bil. Kemahiran Bedrfikir Bil. Kemahiran Berfikir1. Mencirikan 12. Membuat inferens2. Membanding dan membeza 13. Mengitlak3. Mengumpul 14. Meramal4. Membuat urutan 15. Membuat gambaran mental5. Menyusun mengikut keutamaan 16. Mensintesis6. Menganalisis 17. Membuat hipotesis7. Mengesan kecondongan 18. Menganalogikan8. Menilai 19. Mereka cipta9. Membuat kesimpulan 20. Mengkonsepsikan10. Menjana idea 21. Menyelesaikan masalah11. Menghubungkaitkan 22. Membuat keputusan

Senarai Nilai Moral

Bil. Nilai Moral Bil. Nilai Moral1. Kepercayaan kepada Tuhan 12. Hormat dan taat kepada anggota

keluarga2. Kebersihan fizikal dan mental 13. Tanggungjawab terhadap keluarga3. Harga diri 14. Tanggungjawab terhadap masyarakat4. Kerajinan 15. Toleransi dalam masyarakat5. Hemah tinggi 16. Peka terhadap isu sosial6. Kasih sayang 17. Kebersihan dan keindahan persekitaran7. Kesederhanaan 18. Menyayangi alam sekitar8. Kejujuran 19. Peka terhadap alam sekitar9. Baik hati 20. Hormat dan setia kepada pemimpin, Raja

dan Negara10. Berterima kasih 21. Semangat bermasyarakat11. Kasih sayang terhadap

keluarga

22. Patuh kepada peraturan dan undang-

undang

* Senarai nilai murni KBSR/KBSM yang berjumlah 17 hendaklah digabungjalinkan

dengan nilai-nilai moral di atas.

17

Page 18: RPH SAINS BERASASKAN 5 FASA NEEDHAM

Prinsip-prinsip KBSR

1. Kemahiran asas

2. Kemahiran berfikir

3. Bahasa merentas kurikulum

4. Alam sekitar merentas kurikulum

5. Nilai, patriotisme dan kewarganegaraan merentas kurikulum

6. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid

7. Penilaian berterusan

8. Pengukuhan, pengayaan dan pemulihan

9. Prinsip mudah ubah (lentur/luwes)

10. Sains dan teknologi merentas kurikulum

18