5 fasa needham

72
1. PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME1.0 PengenalanPendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluanguntuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu.Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling pentingdalam menentukan kejayaan pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi danmotivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yangbermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatanyang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatantradisional atau pendekatan konstruktivisme.Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagaipemberi maklumat dan pelajar hanya menden gar dan menerima segalamaklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini,pelajar memainkan peranan yang pasif. Pengajaran secara tradisional inimengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkanseseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dankritis tidakdapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivismeyang menekankan tentang pembinaan pengetahuan berdasarkanpengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasaipengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermaknakepada kanak-kanak. . Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah: 1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. 2. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. 3. Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan ideaasal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea .Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak -kanak. Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap 1 2. untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur barumengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina. Rutherford danAhlgren mengatakan bahawa kanak -kanak mempunyai idea mereka yangtersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak p engetahuan mereka itusemuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dantidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akankekal.John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakanbahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran danpembelajaran sebagai proses menyusun atau membin a pengalaman secaraberterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiapaktiviti P&P.Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untukdiaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalammemahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsipiaitu pendekatan bersep adu, perkembangan individu secara menyeluruh,pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.Walau bagaimanapun, p ada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisasmengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Taha pSatu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamatkurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat danmengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagimenguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikapsaintifik dan nilai murni. Antara pendekatan dan pembelajaran sains yangdisarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains,teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI iniadalah pendekatan melalui Teori

Upload: suzana-tsusze

Post on 12-May-2015

2.840 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 fasa needham

1. PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DI DALAM SUBJEK SAINS MENGIKUT TEORI KONSTRUKTIVISME1.0 PengenalanPendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluanguntuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu.Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling pentingdalam menentukan kejayaan pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi danmotivasi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yangbermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada pendekatanyang digunakan oleh guru untuk mengajar iaitu sama ada melalui pendekatantradisional atau pendekatan konstruktivisme.Pendekatan tradisional merupakan pendekatan di mana guru sebagaipemberi maklumat dan pelajar hanya menden gar dan menerima segalamaklumat yang di sampaikan oleh guru Di dalam pendekatan tradisional ini,pelajar memainkan peranan yang pasif. Pengajaran secara tradisional inimengakibatkan kreativiti pelajar tidak dapat berkembang dan membuatkanseseorang itu terlalu bergantung kepada guru. Pemikiran yang kreatif dankritis tidakdapat di asah. Walau bagaimanapun, pendekatan konstruktivismeyang menekankan tentang pembinaan pengetahuan berdasarkanpengalaman dan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan menguasaipengetahuan baru dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermaknakepada kanak-kanak. . Antara unsur penting dalam kontruktivisme adalah: 1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. 2. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. 3. Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan ideaasal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea .Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada kanak -kanak. Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap 1

2. untuk dijadikan sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur barumengenai sesuatu bentuk ilmu pengetahun dapat dibina. Rutherford danAhlgren mengatakan bahawa kanak -kanak mempunyai idea mereka yangtersendiri tentang hampir semua perkara tetapi tidak p engetahuan mereka itusemuanya betul. Sekiranya salah faham dan miskonsepsi ini dibiarkan dantidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka akankekal.John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakanbahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan pengajaran danpembelajaran sebagai proses menyusun atau membin a pengalaman secaraberterusan dan menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiapaktiviti P&P.Pada masa kini, teori konstruktivisme di dapati lebih releven dan sesuai untukdiaplikasikan dalam P&P kerana dapat membantu kanak-kanak dalammemahami sesuatu perkara dengan lebih mudah sejajar dengan KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan kepada empat prinsipiaitu pendekatan bersep adu, perkembangan individu secara menyeluruh,pendidikan seumur hidup dan pendidikan yang sama untuk semua murid.Walau bagaimanapun, p ada tahun 14 Oktober 2010, Surat Pekeliling Ikhtisasmengenai Perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Taha pSatu telah dikeluarkan untuk di laksanakan mulai tahun 2011. Bagi matlamatkurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat danmengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagimenguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikapsaintifik dan nilai murni. Antara pendekatan dan pembelajaran sains yangdisarankan ialah pendekatan inkuiri, konstruktivisme dan pendekatan sains,teknologi dan masyarakat. Apa yang ingin di tekankan di dalam KKBI iniadalah pendekatan melalui Teori Konstruktivisme di dalam subjek Sains .Melalui temubual yang telah di jalankan dan juga perbincangan bersama ahlikumpulan yang lain, dapat di simpulkan bahawa guru percaya latar belakang 2

Page 2: 5 fasa needham

3. murid yang membawa kepada pengalaman sedia ada mereka menjadi faktorutama yang memberi kesan kepada pembelajaran sains kanak-kanak. Selaindaripada itu, faktor-faktor lain yang dapat mempengaruhi pembelajaran sainskanak-kanak ialah:1. Penyampaian dan pendekatan guru2. Keadaan persekitaran murid3. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankanMenerusi perbincangan antara ahli kumpulan juga dapat di senaraikanbeberapa jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru, antaranya:1. Perbincangan di dalam kelas2. Eksperimen3. Simulasi4. Aplikasi sains dalam kehidupan harian 3

4. 2.0Faktor Utama dan Jenis Pengalaman Yang Memberi Kesan TerhadapPembelajaran Sains Melalui Pendekatan Teori Konstruktivisme2.1 Pengalaman Sedia Ada MuridMenurut Arends, R.I.(1998), pembelajaran secara konstruktivisme ini bolehditakrifkan sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secaraaktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. LevVygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa perkembangankonsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat, logikal dan rasionaldengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikanpeluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuandiri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain danberkongsi membina pemahaman baru (Gauvin, 2001).Menurut Bransford (1979), idea dan pandangan tentang kebolehan seseorangmempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bu kanlahsesuatu yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaranberasaskan pengalaman ini adalah penting kepada pembelajaran. Walaupunpengetahuan sedia ada penting untuk menjadikan pembelajaran lebihberkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan atau menghubungkaitkanpengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses memahamkansesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai. Menuruttemubual yang dijalankan, kanak -kanak tidak selalunya dapat melihatperkaitan antara perkara baru yang dipelajarinya d engan perkara yangmereka sudah sedia maklum tetapi guru dapat meningkatkan pemahaman inidengan memberi perhatian kepada apa yang cuba disampaikan oleh muriddan menggunakan pengetahuan tersebut sebagai langkah permulaan dalammemahami konsep sains.Seterusnya di dalam bilik darjah, guru boleh membantu pelajar untukmengaktifkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada itu denganmembincangkan apa yang bakal di pelajari oleh mereka sebelum memulakan 4

5. pengajaran agar pelajar dapat mengingat semula pengetahuan m erekasupaya boleh dikaitkan dengan topik pada hari tersebut. Sebagai contoh,pelajar Tahun Satu yang belajar tentang haiwan, guru memulakan pengajarandengan bertanya haiwan apa yang berada di sekeliling mereka dan kemudianlebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang ada di hutan dan di air.Kita dapat lihat bahawa guru menggunakan pendekatan deduktif sebagaisalah satu cara untuk menarik minat dan fokus pelajar. Pada waktu ini , guruboleh membetulkan tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yan ghidup di air dan di darat kerana kebiasaanya pengetahuan murid tidaklengkap atau pun salah. Guru tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuanyang murid sudah kuasai tetapi sebaliknya guru perlu mengkaji dan menerokapengetahuan sedia ada mereka supaya salah faham dan pengetahuan yangsalah dapat di kenal pasti.Guru yang efektif dapat membantu murid dalam membuat perhubunganantarapengetahuan lama dan pengetahuan baru dan menguasa i konseptersebut. Ini dapat dicapai melalui dengan memberi bahan atau ak tiviti yangdapat menolong murid sebagai usaha untuk memberi sokongan kepadausaha mereka dan meningkatkan kefahaman mereka. Sebagai contoh, dalamtopik haiwan,

Page 3: 5 fasa needham

guru boleh membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yangmempunyai gambar pelbagai haiwan dan meminta murid mewarnakanhaiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat sahaja.2.2 Perbincangan Di Dalam Bilik DarjahMenerusi aktiviti tersebut, secara tidak langsung guru dapat menerapkanperbincangan di dalam bilik darjah sebagai pengalaman sains yang dapatmembantu murid mengasah kemahiran berfikir. Berfikir merupakan satuprosesmenghubungkan pengetahuan, kemahiran da n sikap yang ada padadiri seseorang individu bagi membolehkannya memahami dan mencorakkanalam sekelilingnya. Mempertingkatkan daya berfikir merupakan salah satuobjektif sistem pendidikan negara. Kemahiran berfikir boleh digolongkankepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secarakritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum 5

6. menerimanya.Seseorang yang berfikir secara kreatif pula mempunyai dayaimaginasi yang tinggi, berupaya menjana idea yang inovatif dan asli sertaboleh mengubah suai idea dan produk sedia ada kepada lebih berkualiti.Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan pelajardalam persekitaran pembelajaran. Situasi akan terbentuk di mana gurumembentuk suasana dan menjadi pemudah cara untuk pertukaran pelbagaiidea dalam kalangan murid. Sepertimana yang dinyatakan oleh Bond (2001)bahawa dalam perbincangan, pel ajar merupakan pihak yang aktif keranaperbincangan bukan sahaja dapat merangsang interaksi antara murid secarabermakna tetapi dapat menggalakkan pelbagai teknik pembelajaran yangmerangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses -proses pembelajaran.Walau bagaimanapun, berdasarkan sesi temubual yang di jalankan, terdapatbeberapa elemen pentin g yang perlu di ambil berat oleh guru apabila inginmenggunakan teknik perbincangan, antaranya ialah:(a) Matlamat dan objektif Perbincangan di dalam kumpulan kecil dijalankan untuk menghasilkan pembelajaran yang berbentuk prose s dan bukan hasil akhir. Perkara ini berasaskan kepada kehendak di mana murid perlu melibatkan diri dalam perkembangan kemahiran dan sikap dalam perbincangan kumpulan.(b) Pemilihan topik dan aplikasi Topik yang dipilih boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah. Perbincangan boleh berkisar tentang pelbagai topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan peringkat umur murid. Apa yang penting, topik yang dipilih perlulah relevan dan dapat merangsang minat kanak-kanak. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan dilemma moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.Dalam aktiviti perbincangan guru akan berperanan sebagai fasilitator, di manabeliau akan membimbing pelajar dengan kemahiran, menyediakan bahan danpeluang kepada murid untuk menentukan pengalaman pembelajaran. Pentinguntuk seorang guru itu untuk bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang 6

7. lain bagi mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap murid untukmelibatkan diri di dalam kumpulan (Brown et al., 1996 ). Selain itu, dalamsetiap kumpulan kecil itu juga mestilah ada seorang ketua dan pencatat.Peranan ketua dan pencatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan.Penglibatan murid di dalam aktiviti dapat memberi k eberkesanan kepadaaktiviti kumpulan ini dan ia juga bergantung kepada bagaimana guru dapatmenyediakan peluang kepada murid untuk mengambil bahagian dalampelbagai peranan.Perbincangan merupakan suatu pengalaman yang membawa manfaatkepada kanak-kanak terutama jika kumpulan tersebut terlibat dalam tugasanyang memerlukan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.Perbincangan dalam kumpulan kecil juga dapat membantu murid yang kurangmemberikan perhatian kepada pelajaran untuk melibatkan diri. Di samping itu,murid yang pasif dan lemah akan berpelu ang untuk mengecapi kejayaan jikadiberikan peluang. Contohnya seorang yang lemah membaca boleh diasahjika

Page 4: 5 fasa needham

diberikan peluang untuk bercakap di akhir perbincangan.2.3 Penyampaian Dan Pendekatan GuruPenentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains seharusnyaberdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan kecerdasanpelbagai murid serta sumber dan prasarana yang ada di sekolah. Di sampingberperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidangpengajarannya, guru juga berperana n sebagai seorang fasilitator dalampengajaran danpembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaianjenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perludirancang untuk murid yang pelbagai kecerdasan . Selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan, pendidikan Sains di Malaysia bermatlamat untukmemupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi pen umpuan kepadaperkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahanserta dapat menguasai ilmu sains dan teknologi.Menurut Vygotsky, Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada 7

8. tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid tetapi dapatmenguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Bagimembantu murid menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD, teknikscaffolding diperkenalkan (Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan SharifahFakhriah Syed Ahmad, 2009). Scaffolding bermaksud proses membimbingdan membantu pembelajaran yang menekankan kepada peringkat bimbingandan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan murid. Bimbingan akandikurangkan apabila murid dapat menguasai peringkat demi peringkat. Diakhirnya, guru tidak lagi membimbing apabila murid berjaya melakukannyadengan sendiri.Antara teknik penyampaian dan pendekatan yang boleh dil akukan gurumengikut scaffolding ialah penjelasan verbal, soal jawab, prompting, cueingdan tanda isyarat yang lain. Selain daripada itu, Ormrod (2008)mencadangkan guru mengaplikasikan scaffolding seperti berikut: 1. Galakkan pelajar bertanya dan beri jawapan yang munasabah bagi persoalan mengapa dan bagaimana yang diutarakan oleh murid. 2. Murid diminta untuk membuat jangkaan terhadap perkara yang bakal berlaku apabila membuat uji kaji atau eksperimen. 3. Analogi digunakan untuk membantu murid mengaitkan kon sep dan idea baru dalam menghubungkan pengetahun sedia ada murid. 4. Meminta murid membuat refleksi atau memberi pandangan dan mengaitkan dengan isi pelajaran.Melalui temubual yang telah dijalankan, guru juga mengambil pendekatandemonstrasi sebagai salah satu teknik pengajaran. Demonstrasi merupakansatu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktivitimengikut prosedur. Demonstrasi melibatkan seseorang individu menunjukcara di hadapan bilik darjah untuk menerangkan sesuatu aktiviti, konse p auatprosedur. Murid-murid yang lain akan memerhati, mendengar penerangandan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka. Semasaproses demonstrasi dijalankan, komunikasi lisan berlaku tentang sesuatumaklumat daripada guru kepada murid. Pr oses ini turut melibatkanpenggunaan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea. 8

9. Namun begitu, guru yang ingin menggunakan demonstrasi dalam pengajaran,perancangan dan persediaan yang teliti perlu dilakukan. Jika tidak,pengajaran akan gagal me ncapai objektif. Demonstrasi juga akan menjadikurang berkesan jika murid tidak diberikan peluang untuk mempraktikkan apayang telah ditunjukkan. Selain daripada itu, pembelajaran juga akan menjadikurang bermakna sekiranya guru tidak dapat menerangkan den gansistematik.2.4 EksperimenSebagai mana yang telah diterangkan di atas, demonstrasi dilihat dapatmembantu murid membina pengetahuan seperti yang dicadangkan di dalamteori pembelajaran konstruktivisme. Salah satu pendekatan demonstrasi yangpenting dalam subjek sains adalah eksperimen. Eksperimen merupakan satukaedah yang penting dalam memberi

Page 5: 5 fasa needham

kanak-kanak pengalaman sains yangperlu dijalankan dalam mata pelajaran sains. Murid perlu menguji hipotesissecara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu.Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiranberfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Apabila kanak-kanak dapat melihat, memegang dan menggunakan sesuatubahan, ia dapat menimbulkan sikap inkuiri yang membawa kepadapenemuan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoa l danmenyiasat sesuatu kejadian yang berlaku. Pembelajaran yang dilalui secarapenemuan ini berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemuioleh murid sendiri. Melalui aktiviti bereskperimen, murid akan menyiasatsesuatu fenomena dan dapat mencapai kesimpulannya sendiri yang dapatmenstruktur satu pengetahuan baru . Guru kemudiannya membimbing danmenjadi fasiliatator untuk murid memahami konsep sains melalui hasil inkuiri -penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dapatdikembangkan semasa proses ini.Pengetahuan itu dapat diaplikasikan dengan perse kitaran mereka. Dalam 9

10. kajian yang telah dijalankan , pengkaji telah menggunakan satu model yangdikenali sebagai Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telahdihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needhamtelah mencadangkan model pengajaran dan pembelajaran ini dalam"Childrens Learning in Science Project" di University of Leeds untukmeningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains sertamenggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. ModelKonstruktivisme Lima Fasa Needham ini digunakan oleh guru dalam aplikasieksperimen melalui:a) Fasa 1:OrientasiGuru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajarterhadap pelajaran. Sebagai contoh, eksperimen dijalankan di dalam makmalsains supaya suasana pembelajaran yang lebih kondusif boleh ditimbulkan.b) Fasa 2: Pencetusan ideaSebelum sesuatu aktiviti atau eksperimen dijalankan, g uru perlu mengadakanaktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedahpeta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkanpengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar.c) Fasa 3: Penstrukturan semula ideaApabila suasana dan idea telah dib ina, aktiviti atau memberi tugasanberstruktur diberikan untuk membolehkan pelajar mencabar dan menguji ideaasal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuansendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Sewaktu ini, kemahiran bahasaakan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semulaidea secara teratur.d) Fasa 4: Penggunaan ideaPelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikanmasalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru danmenggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. Pada fasa ini, murid diminta 10

11. untuk menulis laporan eksperimen berdasarkan apa yang telah dilakukanatau membincangkan persoalan-persoalan yang timbul.e) Fasa 5: RefleksiPelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru danmerenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahankepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihatsejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakankaedah penulisan kendiri, perbinca ngan kumpulan dan catatan peribadipelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.Penggunaan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ini jika diaplikasikan didalam P&P dapat membantu murid supaya lebih memahami sesuatu konsepdaripada menghafal. Guru juga dapat menilai pemahaman murid denganlebih cepat tanpa perlu bergantung kepada memberi kerja rumah kepadamereka. Walau bagaimanapun, untuk mengaplikasikan teori ini agak sukaruntuk diguna pakai di sekolah dalam dunia pendidikan yang sebenar

Page 6: 5 fasa needham

keranakekangan waktu dan guru juga perlu menghabiskan isi kandungan matapelajaran.(Nair & Muthia, 2005)2.5 SimulasiSimulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatihmenggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau melaksanakansesuatu tindakan dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasisebenar. Kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu te knik mengajardalam subjek sainsantaranya ialah pembelajaran berlaku dalam keadaanselamat dan menyeronokkan. Kedua, pelajar boleh diselia dengan rapisupaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding sekiranya merekaberada dalam situasi sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat tiga prinsipdalam melaksanankan simulasi iaitu:. 1. Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan 11

12. dengan jelas 2. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pililh pelajar yangsesuai untuk berlakon 3. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untukmenerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep.Sebagai contoh perubahan siang dan malam. Komputer dan internet dapatmembantu murid melihat dan memahamkan situasi kompleks dengan lebihmudah. Selain itu, main peranan, permainan atau penggunaan model jugadapat dilakukan di bawah konsep simulasi. Main peranan dapat dilakukandengan murid melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontanberdasarkan beberapa syarat. Melalui aktiviti permainan, murid bermain untukmempelajari sesuatu proses atau prinsip. Model pula digunakan untukmewakili objek atau keadaan sebenar.Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah pentinguntuk guru berhati-hati dan mengambil kira factor perbezaan budaya dikalangan murid dan menghormati perbezaan tersebut. (Brown, Collins &Duguid, 1989). Guru perlu membantu murid untuk melihat perbezaan budayaini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain daripada rakan kelasyang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan budayamereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung. 12

13. 3.0 PenutupPerkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budayadan cara hidup masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikandi Malaysia. Guru tidak lagi menggunakan teknik ³chalk and talk´ dalampengajaran tetapi telah mengubah perspektif mereka dan tanpa disedarimereka telah pun menggunakan kae dah konstruktivisme dalam P&P mereka.Melalui temubual yang telah dijalankan dan juga perbincangan antara ahlikumpulan, dapat disimpulkan bahawa guru pada masa kini semakin sedarmengenai kepentingan penerapan nilai-nilai konstruktivisme di dalam P&Psubjek Sains. Walaupun guru tidak biasa dengar mengenai istilahkonstruktivisme tetapi cara pendekatan yang digunakan mengamalkan ciri -ciritersebut.Ini dapat dilihat apabila guru mengutamakan kepada pembelajaranberpusatkan murid dan murid belajar mel alui proses membuat atau beraktivitiseperti eksperimen dan lakonan. Guru juga menggunakan pengalaman sediaada murid untuk menstruktur pengetahuan baru agar titik keseimbangandapat dicapai sewaktu sesi pembelajaran berlangsung. Ini akan memberikanpengalaman sains dari aspek perbincangan, kemahiran saintifik dan jugakemahiran berfikir. Pengetahuan sedia ada murid perlu diaktifkan agarmereka dapat menghubungkan konsep yang baru dengan apa yang sudahmereka ketahui sebelumnya.Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami subjekSains sekiranya mereka dilibatkan secara aktif dalam proses P&P dan gurudapat membantu murid dengan menggunakan Model Konstruktivisme 5 Fasadan juga teknik-teknik yang lain yang dirasakan sesuai mengikut perbezaanindividu dalam kelas dan juga pengetahuan sedia ada murid supayapembelajaran bermakna dapat dicapai. 13

Page 7: 5 fasa needham

14. Refleksi Pada mula penerimaan kerja kursus ini di peroleh , saya berasa sangatsusah untuk membuatnya. Hal ini kerana saya tidak dapat gambaranbagaimana dapat saya melakukan temubual dengan guru dan teorikonstruktivisme yang sebenar kerana telah banyak teori yang telah di pelajari.Setelah bertanya kepada beberapa orang rakan saya serta di beripenerangan beberapa kali oleh pensyarah, barulah saya dapa tmembayangkan bentuk tugasan yang di kehendaki dan bagaimana penulisantugasan yang akan dibuat. Saya mulakan dengan mencari bahan-bahan yang berkaitan dengantajuk kertas kerja yang diberi. Saya mencari dan cuba memahamkan konsepdan teori konstruktivisme dah aplikasinya di dalam bilik darjah. Sewaktumenjalankan PBS, kesukaran untuk mendapatkan guru yang mempunyaimasa untuk di temu bual juga membuatkan tugasan ini semakin mencabarkerana guru-guru di sekolah tersebut sibuk dengan aktiviti pertandingan bolabaling, choir dan sukan merentas desa. Di hari terakhir PBS, akhirnya sayamendapat kerjasama dari Cikgu Azinawati untuk meluangkan sedikit masauntuk di temu bual. Setelah menyiapkan tugasan ini,saya mendapati banyak perkara yangsangat berguna saya pelajari. Saya lebih mengetahui tentang bagaimanaaplikasi konstruktivisme di dalam bilik darjah dan sebenarnya guru secaratidak sedar juga telah mempraktikkan teori ini dalam P&P mereka. Selain itu,kerja kursus ini juga mengajar saya untuk sentiasa memberi komitmen yangtinggi dan kerjasama yang padu antara ahli kumpulan agar sesuatu yangsusah menjadi senang. Segala ilmu membuat kertas kerja ini sangatla hberguna untuk saya sebagai guru pelatih agar dapat membantu sayamengaitkan teori pembelajaran de ngan aplikasinya di dunia perguruan yangsebenar.Sekian,terima kasih. 14

15. BibliografiArends, R. I. (1998). Learning to teach (4th ed.). Boston: McGraw Hill.Bransford, J.D. (1979). Human cognition: learning, understanding andremembering. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Co.Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated cognition and the cultureof learning. Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1.Brown, A.L., et al. (1996). Distributed expertise in the classroom. In: Salomon,G., ed. Distributed cognitions: psychological and educa tional considerations,halaman 188±228.Bond. T.E. (2001). ³Giving them free rein: Connections in studentled bookgroups´. Reading Teacher, 54(6), halaman 574-584.Elizabeth Murphy. (2011, April 6). Di akses daripadahttp://www.ucs.mun.ca/~emurphy/stemnet/cle3.htmlEducational Practices (2011, April 6). Di akses daripadahttp://www.ibe.unesco.org/publications/EducationalPracticesSeriesPdf/prac07e.pdfGauvain. M. (2001). The social context of social cognitive development . NewYork: Guilford Press.Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Kurikulum Standard SekolahRendah Diakses daripadahttp://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111:kssr&catid=1:latest -newsModel Konstruktivisme 5 Fasa. (2011, April 8) Diakses daripadahttp://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htmNoriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 15

16. Saunders, W. L. (1992). The constructivist perspective: Implications andteaching strategies for science . School Science and Mathematics, 92(3), 136-141.Sharifah Alwiah Alsagoff . (1987).Psikologi Pendidikan 1: Konsep -konsep asaspsikologi, psikologi pendidikan dan perkembangan. Kuala Lumpur:Heinemann (Malaysia).Stella Vosniadou (2011, April 8). International Academy of Educatation: HowChildren Learn. Diakses

Page 8: 5 fasa needham

PENGGUNAAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FIZIK Oleh : Burhan Bin Ramli

Pengenalan

Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Menurut Arif Sukardi (1987) teori pembelajaran memainkan peranan yang penting kepada guru kerana menerusi teori-teori ini guru akan memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar, memahami faktor yang mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran para pelajar. Selain itu guru akan dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu salah satu teori yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah teori konstruktivisme. Teori ini pada umumnya adalah merupakan pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Definisi Teori KonstruktivismeMcBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain.Briner,M., (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.Menurut Brooks & Brooks (1993), teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik.Sushkin,N (1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan.Nik Aziz Nik Pa (1999), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Page 9: 5 fasa needham

Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru pula berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Seterusnya ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme adalah mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar, menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar,mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, menyokong pembelajaran secara koperatif, menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar dan akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran.

Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran guru memberikan kesan ke atas pembelajaran pelajar.Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar , model Konstruktivisme 5 Fasa Needham digunakan. Needham (1987) menyatakan dalam model ini pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semua idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal mereka. Pelajar diberi peluang untk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

5 fasa yang dinyatakan diatas adalah :(i) Fasa orientasi: (Engage)Fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam fasa ini adalah dengan membuat tunjukcara atau demontrasi oleh guru, membuat tayangan filem, membuat tayangan video, memberikan alam keratan akhbar kepada pelajar dan juga mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya. Kesan terhadap pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan dalam bilik darjah.

(ii) Fasa Pencetusan idea: (Explore)Dalam fasa ini, guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar. Idea-idea pelajar yang terdahulu akan dikenalpasti melalui soalan-soalan yang diajukan untuk mendorong mereka

Page 10: 5 fasa needham

berfikir mengapa idea mereka tidak selari dengan idea saintifik. Soal jawab yang mendorong pemikiran boleh dijalankan oleh guru. Guru boleh menggunakan kaedah inkuiri untuk menyelongkar dan menyiasat melalui kaedah eksperimen. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah membuat amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. Kesan kepada pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih berfikir, seronok dan lebih berkemahiran sosial. Pelajar lebih berfikir kerana dalam membina pengetahuan baru pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinanan. Ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Pelajar lebih seronok kerana mereka sendiri yang membina pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Pelajar juga adalah lebih berkemahiran sosial kerana boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dan guru dalam membina pengetahuan.

(iii) Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)Dalam fasa ini, pelajar berpeluang untuk mengubahsuai kerangka alternatif kepada idea saintifik. Idea-idea baru akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai dengan kecerdasan pelajar. Penerangan beserta dengan aktiviti yang sesuai dengan kecerdasan masing-masing akan digunakan untuk membantu membentuk konsep yang baru ini. Pelajar akan dapat membuat definisi, menerangkan konsep, menyoal tentang penerangan lanjutan dan meminta justifikasi serta penjelasan. Contoh aktiviti adalah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. Kesan keatas pembelajaran pelajar dalam fasa ini adalah pelajar lebih yakin dan berani mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar mempunyai banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutama melalui perbincangan dalam kumpulan.

(iv) Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)Fasa ini bertujuan untuk mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina dalam fasa penstrukturan semula idea dapat diaplikasi dalam situasi yang baru. Konsep yang telah dibina di kaitkan dan dikembangkan di dalam bidang yang lain atau di dalam dunia sebenarnya. Contoh aktiviti adalah penulisan sendiri kerja projek oleh pelajar. Kesan keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar lebih faham dan ingat. Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

(v) Fasa Refleksi (Evaluate)Fasa ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid dan menilai sama idea terdahulu telah berubah. Contoh aktiviti adalah membuat penyoalan kepada pelajar secara reflektif seperti menyoal mereka apakah yang mereka fikirkan, apakah bukti yang anda ada atau apakah yang anda tahu tentang sesuatu pekara itu. Kesan daripada fasa ini keatas pembelajaran pelajar adalah pelajar dapat menilai adakah mereka faham dan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.Ahli-ahli konstruktif mencadangkan bahawa pelajar-pelajar membina pengalaman baru

Page 11: 5 fasa needham

berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh pelajar untuk memberikan penjelasan berdasarkan pemerhatian mereka, makna akan dibina sendiri oleh individu dengan menambah atau mengubahsuai idea yang sedia ada (Driver,1983; Osborne& Freyberg, 1985; Scott,1987). Oleh itu guru perlu mengambilkira idea pelajar yang terdahulu dalam proses pengajaran. Guru perlu membina pengalaman yang dapat mencabar idea yang dimiliki pelajar untuk membantu mereka menstrukturkan semula idea yang baru. Konstruktivis juga percaya bahawa pelajar membina realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman mereka. Setiap pelajar akan membentuk perwakilan pengetahuan ‘frame of reference’ mereka sendiri melalui pengalaman yang dialami (Johnson & Gott, 1996).

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham.Untuk menjelaskan lagi bagaimanakah penggunaan teori konstruktivisme ini dalam pengajaran guru dapat memberikan kesan keatas pembelajaran pelajar diberikan satu contoh P&P bilik darjah bagi matapelajaran Fizik tingkatan empat.

Tajuk : Daya graviti

Objektif: Supaya pelajar dapat mendefinisi pecutan graviti, menentukan nilai pecutan graviti dan menentukan hubungan antara pecutan graviti dengan jisim.

Masa P&P: 80 minit Pengetahuan sedia ada: • Pelajar sudah dapat mendefinisikan halaju dan pecutan.• Pelajar sudah dapat menghitung halaju dan pecutan• Pelajar sudah belajar tentang daya geseran

Fasa Aktiviti:

Fasa orientasi: (Engage)Pelajar ditunjukkan tayangan CD peristiwa gerakan sebiji kelapa bila terlepas dari tangkainya, gerakan sebiji bola yang ditendang bila jatuh kebumi, seketul batu jatuh dari puncak bukit, gerakan bulu ayam yang sedang jatuh dan gerakan seorang penerjun payung terjun yang terjun turun dari sebuah kapalterbang.Aktiviti ini adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar tentang objek jatuh. Minat pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD kerana tayangan itu adalah gerakan sebenar dalam kehidupan harian. Seterusnya aktiviti ini dapat menjanakan minat pelajar untuk mengetahui dengan mendalam mengapa objek-objek itu jatuh ke bawah. Perasaan ingin tahu pelajar dapat dipupuk dengan tayangan CD tersebut sebab banyak persoalan yang dapat dijanakan dari gerakan objek semasa jatuh itu.

Fasa Pencetusan idea: (Explore)

Dari aktiviti diatas, pelajar-pelajar disoal:a) Mengapa objek-objek itu jatuh ke bawah?b) Apakah maksud halaju?c) Apakah maksud pecutan?d) Apakah rumus untuk menghitung halaju?e) Bagaimanakah cara untuk menghitung pecutan?

Page 12: 5 fasa needham

f) Apakah yang terjadi kepada halaju buah kelapa dan batu semasa jatuh menghampiri bumi?g) Apakah terjadi kepada pecutan buah kelapa dan batu itu?h) Apa yang terjadi kepada halaju dan pecutan penerjun yang menggunakan payung terjun itu?i) Apa yang terjadi kepada halaju dan pecutan bulu ayam itu?

Pelajar dipecahkan kepada enam kumpulan kecil dan diminta membuat satu eksperimen untuk menentukan pecutan jasad yang jatuh ke arah pusat bumi tersebut. Dalam eksperimen ini pelajar juga diminta untuk menentukan nilai pecutan graviti dan hubungan antara pecutan graviti dengan jisim jasad. Prosedur asas aktiviti eksperimen perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu merancang, menjalankan eksperimen dan mengambil data.Aktiviti ini adalah untuk mengcungkil jawapan kepada perasaan ingin tahu para pelajar tentang gerakan objek dalam medan graviti dengan cara memberikan soalan-soalan inkuiri dan kemudian meminta mereka menjalankan eksperimen. Hasil dapatan ujikaji ini pelajar akan dapat menentukan adakah idea dan pengetahuan sedia ada mereka selari atau tidak dengan dapatan baru itu dari eksperimen itu. Kesan kepada pelajar adalah mereka akan merasa seronok untuk mendapat pengetahuan kerana mereka sendiri yang mencari jawapan dan bukti kepada pengetahuan asal mereka. Keyakinan pelajar akan lebih jelas lagi jika pengetahuan asal mereka sama dengan dapatan baru dari eksperimen itu.

Fasa Penstrukturan Semula idea : (Explain)

Pelajar-pelajar diminta membentangkan dapatan eksperimen mereka mengikut kumpulan masing-masing. Pembentangan dibuat dengan menggunakan transparensi atau perisian ”powerpoint”. Selepas pembentangan oleh sesebuah kumpulan ,kumpulan lain diminta untuk memberikan komen dan pandangan mereka tentang gerakerja dan hasil eksperimen kumpulan tersebut. Selepas selesai setiap kumpulan membentang hasil dapatan mereka, guru meminta pelajar membuat definisi pecutan graviti, nilai pecutan graviti, pengaruh jisim terhadap pecutan graviti, makna medan graviti dan daya graviti. Akhirnya pelajar-pelajar diminta untuk menyiapkan laporan eksperimen tersebut mengikut format yang telah diberikan sebelum ini. Satu kesan yang dapat dilihat dari aktiviti ini adalah pelajar lebih yakin dan berani untuk menyampaikan hasil dapatan mereka dan sentiasa berbincang dalam kumpulan untuk mendapat sesuatu keputusan yang dipersetujui bersama. Mereka lebih berani untuk membuat hipotesis dan bernai juga mencabar hipotesis kumpulan lain jika tidak sama dengan kumpulan mereka.

Fasa Aplikasi idea: (Elaborate)

Pelajar ditunjukkan satu eksperimen maya dari komputer iaitu ”Graviti experiment by Galileo”. Dalam eksperimen maya ini Galileo berada di atas sebuah bangunan pencakar langit. Beliau menjalankan 3 aktiviti iaitu:i) menjatuhkan dua ketul batu yang berlainan saiznya ke bawah secara serentak .ii) Kemudian beliau menjatuhkan pula seketul batu dan sehelai bulu ayam dari ketinggian yang sama secara serentak juga. iii) Akhir sekali bangunan dan Galileo di vakumkan dan sekali lagi beliau menjatuhkan batu

Page 13: 5 fasa needham

dan bulu ayam serentak.

Dari tayangan itu pelajar-pelajar di soal:a) Batu mana yang sampai ke permukaan bumi terlebih dulu?b) Antara bulu ayam dan batu yang mana akan sampai ke bawah dulu?c) Bila dalam vakum, yang mana akan sampai dulu?d) Mengapakah kedua-dua batu sampai serentak ke permukaan bumi?e) Mengapakah bulu ayam lambat sampai ke permukaan bumi berbanding batu?f) Dalam vakum mengapa bulu ayam dan batu sampai serentak?Guru kemudiannya meminta pelajar untuk menjelaskan kejadian lif putus dan satelit jatuh semasa mengorbit bumi dengan menggunakan konsep graviti.Aktiviti ini adalah untuk menentukan bahawa pengetahuan tentang graviti dapat diaplikasikan dalam situasi baru iaitu dari eksperimen maya Galileo, kejadian lif putus dan satelit jatuh semasa mengorbit bumi. Di sini pelajar akan dapat menggunakan kefahaman mereka tentang graviti bagi menjelaskan sebab kepada fenomena yang terjadi. Selain kefahaman pelajar bertambah mereka akan mengingati konsep graviti ini dengan lebih lama lagi.

Fasa Refleksi (Evaluate)

Guru mengedarkan soalan-soalan kuiz pendek untuk dijawab oleh pelajar selama 10 minit. Guru seterusnya meminta pelajar membuat satu peta konsep tentang apa yang telah dipelajari hari itu.Aktiviti ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar tentang konsep graviti.

RumusanDari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu daripada teori pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan sedia ada disusun semula dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran secara konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitarannya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu untuk memastikan proses pertukaran idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan mereka terustermotivasi untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan. Bagi menunjukkan bagaimana teori konstruktivisme ini dapat digunakan keatas pengajaran guru dan memberikan kesan kepada pembelajaran pelajar, maka model 5 fasa Needham digunakan. Model ini menggunakan lima fasa dalam proses P&P iaitu fasa orientasi (Engage) , fasa pencetusan idea (explore), fasa penstrukturan semula idea (Explain), fasa aplikasi idea (Elaborate) dan fasa refleksi (Evaluate).Kelima-lima fasa ini perlulah diikuti dengan sistematik oleh guru untuk mendapat keberkesanan yang tinggi. Secara ringkasnya fasa pertama adalah untuk meransang perasaan ingin tahu pelajar dengan melakukan aktiviti seperti demonstrasi oleh guru , tayangan video atau penyoalan oleh guru. Fasa ini juga bertujuan untuk menjana minat para pelajar dalam proses P&P mereka. Fasa kedua adalah untuk mencetuskan idea supaya pelajar sedar tentang idea dulu melaui amali ,perbincangan, pemetaaan konsep dan laporan. Fasa ini dapat menggalakkan pelajar bekerjasama, guna pendekatan inkuiri, menyiasat melalui eksperimen dan selalu bertanya. Fasa ketiga adalah untuk menstruktur semula idea-idea asal kerana idea

Page 14: 5 fasa needham

asal mungkin perlu diubahsuai, di ganti dengan idea yang lebih saintifik atau dikembangkan. Fasa keempat adalah fasa aplikasi atau penggunaan idea dimana idea yang telah dibina dikukuhkan dalam situasi baru. Fasa terakhir adalah fasa refleksi dimana pelajar dapat membuat penilaian sejauh mana idea asal telah berubah dan setakat mana idea baru betul. Dengan mengikuti kesemua fasa ini maka kesan yang dapat terhasil dikalangan pelajar adalah pelajar akan lebih seronok kerana mereka bina sendiri pengetahuan, pelajar mempunyai kemahiran sosial yang tinggi kerana saling berinteraksi sesama mereka dalam membuat aktiviti untuk mencari pengetahuan baru, pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana diberi peluang bina sendiri kefahaman, pelajar lebih mengingati sesuatu konsep lebih lama lagi kerana mereka terlibat secara aktif dalam proses P&P, pelajar lebih faham kerana dapatan pengetahuan adalah hasil karya mereka sendiri dengan bantuan guru, pelajar lebih berfikir kerana untuk bina pengetahuan baru mereka perlu menjana idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

BibliografiArif Sukardi. 1987.Prinsip-prinsip (teori) Pembelajaran. http:// www.Ut, Ac Id/OI Supp/Fkip/Pgsm3803/. (20 Dis 2000)Briner, M .(1999). [Online]Available : http:// carbon.cudender.edu/ mryder/itc data/constructivism.htmlBrooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD)Driver,R. (1983). ” The Pupil as Scientist?” Milton Keynes: Open University PressJohnson,P.,& Gott,R.(1996).” Constructivism and Evidence From Children’s Ideas.” Science Education. 80.561-577. Dalam kertas kerja Rio Sumarni Sharifuddin & Tang Howe Eng “Effectiveness of Condiff as a Cognitive Tools for the Learning of Differentiation.” Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, UKM, 2002.McBrien, J.L & Brandt,R.S. (1997). The Language of Learning: A Guide to Education Terms. Alexandria, VA. Association for supervision and Curriculum Developtment.Nik Aziz Nik Pa (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Needham,R. (1987). ”Teaching Strategies for Developing Understanding in Science.” Leeds, Children’s Learning in Science Project, University of Leeds.Osborne,R., & Freyberg,P. (1985). Learning in Science.” Auckland, Heinemann.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Sushkin,N.(1999).[Online] Avalaible:http://carbon.cudenver.edu/ mryder/itc data/ constructivism.html Posted by BURHAN at 1:16 AM

Page 15: 5 fasa needham

Teori Konstruktivisme

1. Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

Page 16: 5 fasa needham

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah.

Page 17: 5 fasa needham

Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.

Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

Objektivisme Konstruktivisme

Tanggapan Utama

Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajar

Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak

Kesan Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu murid

Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka

Page 18: 5 fasa needham

ke arah kefahaman yang lebih tinggi

Respons Guru

"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu""Saya ajari ini, mereka belajar ini""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"

"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya""Saya ajar ini, mereka belajar itu""Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"

 

Model Konstruktivisme 5-Fasa

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa

Page 19: 5 fasa needham

penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

I

Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana

Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar

IIPencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar

tentang idea terdahuluAmali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

III

Penstrukturan semula idea

i. Pernjelasan dan pertukaran

ii. Pendedahan kepada situasi konflik

iii. Pembinaan idea baru

iv. Penilaian

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiriMenguji kesahan idea-idea sedia ada

Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea

Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina

Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan

Perbincangan, pembacaan, input guru.

Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru

IVPenggunaan idea

Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Penulisan sendiri kerja projek

V

Renungan kembali

Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

Adakah Anda MempraktikkanPendekatan Konstruktivisme

Page 20: 5 fasa needham

Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya: Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.

Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.

Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.

Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah

Pelajaran berpusatkan murid

Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'

Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebutMurid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya

Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina

Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai

Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori

Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan

Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid

Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru

Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid

Murid bekerja dalam kumpulan

Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar.

Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:

1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.

2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.

3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.

4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.

Page 21: 5 fasa needham

5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.

6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.

7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.

8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.

9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.

10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.

11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.

12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan masing-masing.

Disunting oleh:Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),

Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.

Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:

Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkanMatlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistemGuru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcaraAktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaranSituasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenarSumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenarPembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan

Page 22: 5 fasa needham

Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial.Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasaPenyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskanKesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang laluPenerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnyaPelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplinPembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatifTetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had kebolehannyaPenilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran

Perbezaan Instruksi:Behaviorisme, Kognitivisme &

Konstruktivisme

Aspek Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme

Fokus Pengajaran Berfokuskan pembentukan tingkah laku pelajar

Berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar

Berfokuskan pembinaan mental realiti pelajar.

Instruksi & ManipulasiPengajar memanipulasikan perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilih

Pengajar memanipulasikan proses pemikiran pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar.

Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar membina pengetahuannya.Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza.

Page 23: 5 fasa needham

Realiti Yang dipromosikan

Realiti pelajar adalah konvergen - semua realitinya dipusatkan kepada satu realiti yang sama.Pengajaran berpusatkan realiti tersebut

Realiti pelajar adalah konvergen.

Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar digalakkan untuk memajukan realiti yang berbeza-beza.

 

Perbezaan Proses Pembelajaran:Behaviourisme, Kognitivisme &

Konstruktivisme

Aspek Behaviourisme Kognitivisme KonstruktivismePengetahuan dan tingkah laku - Apakah kaitannya?

Pelajar mengadaptasikan tingkah lakunya kepada kontingensi peristiwa dan objektif.

Pembelajaran merupakan pengukuhan hubungan antara isyarat dan tingkahlaku yang dicorakkan oleh akibat. Proses ini disebut pembentukan (shaping). Dengan latihan yang cukup, hubungan ini bertambah kuat dan masa antara isyarat dan tingkahlaku bertambah singkat.

Perubahan tingkahlaku walaupun boleh dikaji tetapi ia hanya merupakan indikator-indikator tentang apa yang berlaku dalam otak pelajar.

Terdapat hubungan antara isyarat dengan tingahlaku tetapi tingkahlaku hanya indikator tak langsung tentang keadaan struktur pengetahuan seseorang.

HeuristikSuatu jenis pengetahuan tentang pemikiran dan pengetahuan yang memandu strategi yang anda boleh gunakan demi membantu pelajar menyelesaikan masalah.

Anda merupakan pengadil sendiri untuk mempertimbangkan keputusan sendiri.

Realiti dan Peraturan Pembelajaran berlaku apabila tertubuhnya hubungan yang boleh diramalkan antara sesuatu rangsangan dalam persekitaran, suatu tingkahlaku, dan suatu akibat. Semua orang mempunyai 'sejarah pengukuhan'.'Sejarah pengukuhan' merupakan keseluruhan pengalaman serta semua hubungan antara rangsang, tingkahlaku dan akibat. Ini akan mempengaruhi tindakan seseorang apabila ia menemui corak rangsangan yang pernah dialami.

Realiti dikuatkuasakan secara sosial dan dipersetujui secara universalnya. Pelajar mencerminkan realiti objektif dengan menggunakan realiti luaran sebagai model mental.

Contohnya, jika anda dibesarkan di Sandakan, anda akan menerima realiti berasaskan pandangan sosial Sandakan. Ini akan mempengaruhi pandangan anda terhadap semua situasi yang dihadapi.

Peraturan melibatkan

Pelajar menginterpretasi realiti luaran berasaskan pengalaman individu.Pengetahuan adalah berdasarkan premis bahawa kita membina perspektif dunia kita dengan menggunakan refleksi pengalaman individu. Kita mencipta peraturan sendiri untuk mencari makna tentang pengalaman sendiri. Dengan menyesuaikan model mental kita untuk merangkumi pengalaman baru, kita mengalami proses pembelajaran.

Page 24: 5 fasa needham

Contohnya, anda akan mamandu mengikut cara dahulu yang berjaya walaupun ia bukan cara yang terbaik.

tindakan. Sekiranya anda melakukan langkah-langkah dengan kerap, prosedur akan menjadi tindakan yang berjalan licin.

Kawalan Pelajar Pelajar mengawal latihan tingkahlaku baru berasaskan rangsangan baru sehingga tingkahlau itu menjadi automatik.

Jenis-jenis hubungan antara rangsangan dan tingkahlaku:

Hubungan

Hubungan mudah antara rangsangan unik dan tingkahlaku membawa akibat tertentu.

Contohnya, apabila telefon berdering, anda akan menjawab panggilan.

Rantaian

Hubungan di mana suatu tingkahlaku merupakan rangsangan seterusnya untuk tingkahlaku yang lain.

Contohnya, apabila ingin mengingati numbor telefon, seseorang tidak dapat menyebut empat number akhir tanpa menyebut tiga numbor awal.

Diskriminasi

Ini seolah-olah hubungan tetapi ia melibatkan leibh daripada satu rangsangan yang untuk mencetuskan satu tingkahlaku

Contohnya apabila seseorang menjawab telefon, ia bertindak balas terhadap dua rangsangan:

1. Telefon berdering

2.Dia di rumah (bukan di luar).

Pelajar memproses simbol dan bergelut dengan pengertian simbol tersebut. Ia berkebolehan membezakan pengetuan konsep dan pengetahuan langkah-langkah prosedur yang terlibat dengan konsep. Pengetahuannya diorganisasikan dalam skemanya.

Contohnya, jika seorang ingin bangun ketika jam berdering maka ia perlua mengekalkan pengetahuan tentang konsep 'jam berdering' tetapi mencantumkan konsep ini dengan tindakan bangun. Pengertian atau interpretasi mental tentang 'jam berdering' bertukar kepada 'bangun'. Interpretasi mental yang baru diintegrasikan dalam tindakannya.

Mula-mulanya wujud peraturan. Kemudiannya terdapatnya tindakan.

Peraturan baru: Apabila jam berdering, bangun.

Tindakan baru: Bangun.

Realiti dikawal secara dalaman. Ini mengizinkan pelajar mengawal apa dan bagaimana ia belajar. Manusia mencipta interpretasi sendiri terhadap realiti objektif berasaskan skemanya.

Misalnya, jika seorang menerima 'C' bagi tugasanya, reaksinya mungkin puas hati atau kehampaan, bergantung kepada skemanya. Jika ibu bapanya tidak mementingkan gred maka 'C' boleh dianggap sebagai baik. Skema pelajar telah menganggap bahawa 'C' sebagai memuaskan.

Sebaliknya, jika pelajar diasuh oleh ibu bapa yang memandangkan gred kurang daripada 'A' adalah tidak memuaskan maka skema pelajar itu akan mencerminkan perkara itu. Jadi apabila pelajar terima 'C' maka ia berasa dirinya kurang berjaya.

 

Page 25: 5 fasa needham

RPH Jong, Tasya, Alif dan Ooi

RANCANGAN PENGAJARAN

Tarikh                             : 11 April 2012

Masa                              : 7.45-8.45am

Kelas                              :  tahun 2 Merah

Jumlah pelajar                : 20

Subjek                            : Sains

Topik                               : memahami haiwan memepunyai keperluan asas untuk

hidup

Objektif pembelajaran : pada akhir pengajaran, murid-murid akan berupaya

mengetahui keperluan asas haiwan merupakan air, udara, dan tempat perlindungan.

Hasil pembelajaran        : murid-murid :

1)   Mengenal pasti keperluan asas kepada  haiwan iaitu makanan, air, udara dan

tempat perlindungan

2)  Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan

3)  Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan

4)  Mengelaskan haiwan dengan mengikut makanan yang dimakan iaitu makanan

tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan

5)  Mengenal pasti  tempat perlindungan haiwan seperti sarang,reban,lubang,atas

pokok, kandang,gua, di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu

6)  Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,penulisan atau lisan.

Pengetahuan sebelum pengangajaran : murid-murid mengetahui haiwan

memerlukan keperluan asas untuk meneruskan hidup.

Kemahiran saintifik       : pemerhatian terhadap keperluan asas, mengklasifikasikan

jenis keperluan asas haiwan, meramal impak kekurangan salah satu keperluan asas,

,membuat inferen terhadap impak kekurangan salah satu keperluan asas.

Kemahiran befikir               : perbandingan dan perbezaan, menjana idea.

Nilai                                     : menyemaikan minat dan perasaan ingin tahun terhadap

alam persekitaran.

Page 26: 5 fasa needham

                                              Bersikap jujur dalam ketepatan dan kesahiran data.

Sumber pengajaran dan pembelajaran :

Fasa

/masa

Kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran /

skills saintifik

Catatan

Orentasi

(5 minit)

Semua benda hidup memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Guru bertanya tentang

binatang kesayangan

murid-murid :

Apakah binatang

kesangan murid-murid ?

Apakah mereka buat

setiap hari  dan di mana

mereka tinggal ?

Apakah yang berlaku

sekirannya tiada bekalan

makanan, air,tempat

tinggal dan udara ?

Pemerhatian  :

Guru bertanya :

Mengapakah haiwan

tersebut tidak boleh

hidup ?

Murid membuat inferen

terhadap persoalan ;

Contoh inferen:

Murid : kucing tidak hidup

kerana tiada air dan

makanan.

Guru memberitahu keperluan asas haiwan dan kepentingan

Teori piaget

Page 27: 5 fasa needham

keperluan asas kepada haiwan.

Mengumpul  idea

(10 minit)

Keempat-empat keperluan asas haiwan tidak dapat kurang antara satunya.

murid dibagikan kepada 4

kumpulan dan kertas kerja

A dan situasi

disenaraikan.

Pemerhatian dan

ramalan :

Murid-murid dikehendaki

membincang secara

berkumpulan tentang

situasi haiwan yang

berdasarkan keperluan

asas yang diberi.

Lembaran  A

Penstrukturan

Semula idea

(15 minit)

Setiap haiwan mempunyai tempat tinggal dan makanan yang berbeza.

Semua murid diberikan

tayangan tentang situasi

yang terdapat dalam video

dan memastikan

ketepatan ramalan

mereka.

Keputusan direkod dalam

ruang pemerhatian dalam

kertas kerja A.

Pengklasifikasi:

Guru dan murid membuat

perbincangan tentang

aktiviti tadi dan membina

konsep bahawa keperluan

asas diperlukan oleh

haiwan dan

membandingkan

perbezaan keperluan asas

seperti tempat tinggal dan

Teori Gagne

Page 28: 5 fasa needham

makanan

Mengaplikasikan

idea

(20)

Keperluan asas haiwan adalah air, udara, tempat perlindungan dan makanan.

Menyediakan gambar

haiwan,tempat

tinggal,makanan yang

berbeza.

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan, murid dikehendaki menguntingkan gambar-gambar tersebut dan melekatnya mengikut keperluan asas masing-masing dalam satu kertas kosong.

Teori pemprosesan maklumat

Refleksi

(10 minit )

Haiwan

memerlukan

keperluan asas

untuk menruskan

kehidupan.

Guru membimbing murid

untuk membuat refleksi

tentang apa yang telah

belajar dalam bentuk peta

minda.

Kertas kerja C

Refleksi kendiri :

Lembaran  A

Tandakan (/) untuk haiwan yang boleh hidup dan tandakan (X) untuk haiwan

yang tidak akan hidup dengan keperluan asas di bawah.

Keperluan asas Ramalan (/)(X) Sebab Pemerhatian

Air,udara

Page 29: 5 fasa needham

Udara ,tempat tinggal

Air, udara, makanan

Udara, makanan, tempat

tinggal

Udara, makanan, tempat

tinggal,air

c) Isikan tempat kosong d bawah dengan perkataan yang sesuai.

a)   keperluan asas haiwan adalah _______,________,_________ dan

____________.

b)   Haiwan memerlukan ________ dan ________ untuk mengekal kesihatan

dan tumbesaran.

c)   Haiwan memerlukan ________ untuk melindungi mereka daripada

kemalangan, matahari dan hujan.

d)   Haiwan memerlukan ______ untuk  bernafas.

e)   Contoh tempat perlindungan haiwan adalah

______,__________,__________ dan______.

f)    Haiwan akan ________jika kurang salah satu keperluan asasnya.

Page 31: 5 fasa needham

Model Konstructivism 5 Phase Needham

Langkah Fasa Sasarkan Kaedah

I Orientasi Murid-murid diberi peluang untuk membuat persediaan mental, fizikal dan motivasi untuk mempelajari topik.

Kerja makmal praktikal, penyelesaian masalah, demonstrasi, klip filem, video, keratan akhbar

II Pencetusan idea

Murid-murid dirangsang untuk memberikan idea-idea asal mereka terhadap topik melalui ransangan soalan

Guru berusaha mencungkil ada sedia ada dan miskonsepsi murid terhadap topik

Semua idea murid diterima dan dicatatkan disudut tepi papan tulis.

Praktikal dalam makmal, perbincangan dalam kumpulan kecil, peta konsep, laporan, buat poster, aktiviti dalam task bertulis

III Penyusunan/ Penstrukturan semula idea

Penstrukturan semula idea-idea; ini adalah jantung urutan pengajaran konstruktivis. Ia terdiri daripada beberapa peringkat:

Penjelasan dan pertukaran idea-idea adalah proses membina, menyusun dan memperbaiki idea-idea yang dipegang oleh pelajar sama ada salah, bertentangan, bercanggah dengan idea yang sebenarnya melalui akitiviti yang dijalankan oleh pelajar

Pembinaan idea-idea baru  dibuat melalui perbincangan, aktiviti, amali, demonstrasi. Pelajar-pelajar dapat melihat bahawa terdapat pelbagai cara dan mentafsir fenomena atau bukti.

Penilaian idea-idea baru sama ada uji kaji atau dengan pemikiran melalui implikasi mereka. Pelajar perlu cuba untuk memikirkan cara terbaik untuk menguji idea-idea alternatif. Pelajar boleh pada peringkat ini rasa tidak puas hati dengan konsep yang sedia ada mereka, sehingga pelajar sendiri yang memperbaiki idea mereka yang asal.

Perbincangan dalam kumpulan kecil atau seluruh kelas, membuat laporan

Perbincangan, membaca, input guru, kerja-kerja amali, projek, eksperimen, demonstrasi

IV Aplikasi Penggunaan Idea, di mana murid- permohonan dalam

Page 32: 5 fasa needham

 idea murid diberi peluang untuk menggunakan idea-idea yang dibangunkan mereka dalam pelbagai situasi, kedua-dua biasa dan baru .

situasi yang sama seperti dalam kehidupan seharian, menyelesaikan masalah, menulis laporan dan lain-lain projek

V Refleksi/ Penutup

Pelajar diberi peluang untuk memikirkan bagaimana idea mereka telah berubah dengan membuat perbandingan antara pemikiran mereka pada permulaan urutan pelajaran, dan pemikiran mereka pada akhir melalui rumusan akhir.

 Bertulis daripada jurnal reflektif, refleksi diri, perbincangan kumpulan hasil dan lain-lain pelajaran

Dicatat oleh idarmawati di 2:03 PG E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                          :           15 Jun 2012Masa                           :           8.45 pagi – 9.45 pagiKelas                           :           Tahun 2 AzamBilangan Murid            :           30 orangSubjek                         :           SainsTopik                           :           Tumbuhan

Objektif Pembelajaran:           Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat memahami keperluan asas tumbuhan

Page 33: 5 fasa needham

Hasil Pembelajaran    :            Pelajar dapat:1.    mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.2.    menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan

dengan menjalankan penyiasatan.Pengetahuan Sedia ada:        Pelajar mengetahui pengetahuan tentang konsep pokok

merupakan  benda hidup.Kemahiran Proses Sains:       Memerhati – Murid memerhati keadaan pokok layu dan segar

Meramalkan – Murid meramalkan keperluan asas tumbuhanMembuat inferens – Murid membuat inferens terhadap keadaan pokok layu dan segar serta bagaimana tumbuhan dapat hidup di kawasan gurunMengeksperimen – Murid membuat eksperimen mengkaji keperluan asas tumbuhan

Kemahiran Berfikir          :       Mencirikan – Murid mencirikan keperluan asas tumbuhan                                                Membandingkan dan membezakan – Murid membandingkan

keadaan pokok apabila mendapat keperluan asas dan tidak mendapat keperluan asas

                                                Menghubungkaitkan – Murid menghubungkaitkan keperluan

asas tumbuhan dengan ciri-ciri tumbuhan di kawasan tiada airSikap Saintifik dan          :       Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.Nilai Murni                               Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.Sumber Pengajaran       :        Pokok layu, pokok segar, 2 buah pasu, komik, rumpai air, dan Pembelajaran                   cawan plastik, 1 botol berisi air, 1 botol berisi minyak, pita

salofan, kotak, klip video, gambar pokok kaktus dan lembaran kertas

FASA/MASA KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN/KEMAHIRAN SAINTIFIK

CATATAN

Orientasi(5 min)

Tumbuhan memerlukan keperluan asas untuk terus hidup.

Guru menunjukkan pokok layu di dalam pasu A dan pokok segar dalam pasu B.

Guru bertanya:1.    Mengapakah pokok di dalam

pasu A layu manakala pokok di dalam pasu B kelihatan segar?

Jangkaan jawapan:1.    Pokok layu tidak mendapat cukup

KPS :-Memerhatikan keadaan pokok layu dan segar

-Membuat inferens tentang keadaan pokok layu dan segar.

Teori Ausubel:

Page 34: 5 fasa needham

makanan.2.    Pokok segar mendapat makanan

yang mencukupi.

Pelajar diberi peluang untuk melihat dan memeriksa pokok di dalam kedua-dua pasu dan membuat inferens.

 -Penyusunan awal dengan menggunakan contoh realiti sebagai permulaan menerangkan konsep penting dalam keperluan asas tumbuhan.

Pencetusan Idea

(10 min)

Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara dan cahaya matahari.

Pelajar merujuk komik berkisar tentang pengembaraan Si Bawang di dalam buku teks KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 2.

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diminta berbincang mengenai keperluan asas tumbuhan dan menyatakan jawapan mereka di dalam ruang yang disediakan.

KPS :- Memerhati gambar di dalam komik Si Bawang-Meramalkan keperluan asas tumbuhan berdasarkan komik

Sumber:- Buku teks KSSR Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 m/s 68-69.-Lembaran kerja A

Penstrukturan semula

idea(30 min)

Keperluan asas penting kepada tumbuhan.

Tumbuhan akan layu dan mati jika ada keperluan asas yang tidak diperoleh.

Setiap kumpulan diberikan rumpai air, cawan plastik, 1 botol berisi air, 1 botol berisi minyak, pita salofan dan kotak.

Pelajar diminta menyediakan bahan seperti berikut:

BEKAS KETERANGAN

ARumpair dimasukkan ke dalam bekas dan dituangkan air sehingga separuh bekas.

B Rumpair dimasukkan ke dalam bekas tanpa air.

CRumpair dimasukkan ke dalam bekas dan

Teori Konstruktivisme:-Pembelajaran berasaskan murid dengan melibatkan murid melakukan eksperimen secara sendiri.

KPS :-Membuat eksperimen mengkaji keperluan asas tumbuhan-Memerhatikan perubahan yang

Page 35: 5 fasa needham

dituangkan air sehinga separuh bekas. Sedikit minyak dituang.

DRumpair dimasukkan ke dalam bekas dan dituangkan air sehingga separuh bekas. Kemudian, bekas disimpan di dalam kotak tertutup.

Keempat-empat bekas diletakkan di tepi tingkap selama 2 minggu.

Data direkodkan di dalam jadual pemerhatian di dalam lembaran kerja B.

Guru menayangkan video eksperimen terhadap rumpair yang telah dilakukan oleh guru terlebih dahulu menggunakan klip video.Klip video memaparkan perubahan yang berlaku kepada tumbuhan setiap saat sepanjang 2 minggu.

Guru dan pelajar berbincang perubahan yang berlaku kepada rumpair berdasarkan klip video kemudian membentuk konsep keperluan asas tumbuhan serta kepentingannya.

Pelajar dikehendaki menjawab soalan di dalam Lembaran Kerja C.

berlaku kepada pokok sepanjang guru menayangkan video

KB:-Membuat perbandingan dan perbezaan keadaan pokok apabila mendapat keperluan asas yang mencukupi dan pokok tidak mendapat keperluan asas mencukupi

Nilai Murni:- Jujur dalam merekod data.

Sumber:- Lembaran kerja B- Lembaran Kerja C-Klip video- Rumpai air, cawan plastik, 1 botol berisi air, 1 botol berisi minyak, pita salofan dan kotak.

Catatan:-Keputusan ekperimen diperoleh selepas 2 minggu

Aplikasi idea(10 min)

Adaptasi pokok yang hidup di kawasan kering dan tiada air.

Contoh: Gurun

Gurun merupakan kawasan tiada air.Guru bertanya:

1.    Ada atau tidak pokok di kawasan gurun?

2.    Jika ada, mengapa pokok itu

Teori Gagne:- Pembelajaran bermula daripada mudah kepada sukar.

Page 36: 5 fasa needham

boleh terus hidup?

Jangkaan jawapan:1.    Tiada pokok hidup.2.    Sebab tiada air jadi pokok akan

mati.

Guru menunjukkan gambar contoh pokok yang hidup di kawasan gurun dan menerangkan ciri-ciri pokok tersebut.

Contoh: Pokok kaktus mempunyai duri yang banyak. Duri pada pokok kaktus boleh menyimpan air.

KPS:- Membuat inferens mengapa terdapat tumbuhan yang dapat hidup di kawasan gurun

KB:-Menghubungkait antara keperluan asas tumbuhan dan ciri-ciri tumbuhan hidup di kawasan gurun

Refleksi(5 min)

Air, udara dan cahaya matahari diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup.

Guru bertanya:1.    Fikirkan kenapa kamu membuat

eksperimen pada hari ini?2.    Di rumah kamu ada pokok atau

tidak? Jika ada boleh atau pun tidak kamu memijak sesuka hati kamu?

Jangkaan jawapan:1.    Supaya kami dapat tahu bahawa

pokok memerlukan air,udara dan cahaya matahari untuk hidup.

2.    Tidak boleh pijak sesuka hati sebab pokok benda hidup. Nanti pokok akan mati.

Guru membimbing apa yang pelajar telah mempelajari dengan menggunakan peta minda.

Teori pemprosesan maklumat:-menggunakan peta minda bagi mengukuhkan maklumat supaya dapat memasuki ingatan jangka panjang

Nilai murni:- Cinta akan alam sekitar

Sumber:- Lembaran Kerja

D

LEMBARAN KERJA B

Page 37: 5 fasa needham

BEKAS A:                                                                              BEKAS B:

HARI PEMERHATIAN123456789

1011121314

BEKAS C:                                                        BEKAS D:

HARI

PEMERHATIAN

1234567891011121314

HARI

PEMERHATIAN

1234567891011121314

HARI

PEMERHATIAN

1234567891011121314

Page 38: 5 fasa needham

Rancangan Pengajaran Harian

(Lima Fasa Konstruktivism Needham)

Tarikh :                                  26 Mac 2011

Masa :                                    7.45 – 8.45 am

Kelas :                                    2 Baiduri

Bilangan pelajar :                 30

Mata pelajaran :                    Sains

Topik :                                    Haiwan

Objektif pembelajaran :       Di akhir pembelajaran murid akan dapat

memahami                                       tumbesaran haiwan

Hasil pembelajaran             :           murid boleh:

1.    Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.

2.    Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.

Pengetahuan sedia ada :   murid mengetahui bahawa haiwan membiak melalui

bertelur                                                           dan melahirkan anak.

Kemahiran saintifik :           memerhati haiwan dengan menggunakan deria penglihatan, sentuhan dan

pendengaran, mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan, membuat jangkaan

jenis pembiakan haiwan, membuat inferens terhadap jangkaan yang dibuat.

Kemahiran berfikir :             membanding beza ciri-ciri haiwan yang bertelur dan

melahirkan anak, menjana idea ketika sesi soal jawab.

Nilai murni

1)    Memupuk sifat mencintai dan menghargai alam sekitar.

2)    Bersyukur kepada Tuhan.

Page 39: 5 fasa needham

3)    Memupuk kasih sayang kepada keluarga.

4)    Memupuk kreativiti murid.

Sumber pengajaran dan pembelajaran : beberapa keping gambar haiwan dari

persembahan PowerPoint, gunting, gam, kertas, perembahan PowerPoint

Fasa/ masa Isi

kandungan

Aktiviti pengajaran dan

pembelajaran/ kemahiran

saintifk

Catatan

Orientasi

(10 min)

Haiwan

melakukan

proses

pembiakan

Guru menunjukkan gambar

animasi haiwan yang melahirkan

anak dan bertelur menggunakan

persembahan PowerPoint.

Semasa guru menunjukkan

animasi tersebut, guru bertanya:

Apakah haiwan yang terdapat

dalam animasi tersebut?

Murid diberikan peluang untuk

menonton kembali animasi dari

persembahan PowerPoint

secara berulang kali.

Animasi haiwan

menunjukkan

beberapa haiwan

bersama

anaknya.

Pencetusan

idea

(10 min)

Terdapat

haiwan yang

membiak

secara

bertelur dan

melahirkan

anak.

Murid dibahagikan kepada

beberapa kumpulan yang terdiri

daripada lima orang. Guru

memberikan banyak gambar

haiwan. Murid menjawab

lembaran kerja A yang diberikan

dengan mengelaskan gambar

haiwan tersebut mengikut cara

pembiakan.

  Lembaran kerja

A

Page 40: 5 fasa needham

Memerhati dan membuat

jangkaan

Murid berbincang di dalam

kumpulan sama ada gambar

haiwan yang diberikan itu

bertelur atau melahirkan anak,

dan seterusnya menyatakan

jawapan mereka dalam ruangan

jangkaan dan sebab.

Penstrukturan

semula idea

(20 min)

Banding

beza haiwan

yang

membiak

melaui

bertelur dan

melahirkan

anak.

Guru menunjukkan kepada

murid video pendek mengenai

pembiakan haiwan yang lebih

teliti. Murid dikehendaki

mengaitkan jangkaan mereka

dengan video yang ditunjukkan.

Jawapan mereka direkodkan

pada kolum pemerhatian  di

dalam lembaran kerja A.

Pengelasan

Guru dan murid membincangkan

hasil dapatan mereka. Dalam

sesi ini, guru akan menyoal

murid, dan murid akan

menjawab soalan yang

diberikan yang menunjukkan

bahawa mereka faham akan

tajuk yang dibincangkan.

Pendekatan

Konstruktivism :

Keutamaan

pembelajaran

adalah

ditumpukan

kepada hasil

perolehan di

dalam bidang

konstruktivism

Pengaplikasian

idea

Menaakul

kepentingan

pembiakan

Guru bertanyakan kepada murid

nama haiwan yang telah pupus

Pendekatan

konstruktivism :

Model yang

Page 41: 5 fasa needham

(15 minit) kepada

haiwan

atau yang diancam kepupusan.

Membuat jangkaan

Guru juga akan bertanyakan

kepada murid apakah yang akan

terjadi sekiranya haiwan tidak

membiak. Murid berbincang

dalam kumpulan dalam

menjawab persoalan guru.

paling sesuai

digunakan ialah

pembelajaran

secara koperatif

dan kolaboratif

Refleksi

(5 minit)

Menjelaskan

pemerhatian

melalui

lakaran,

TMK,

penulisan

atau lisan.

Guru memberikan tunjuk ajar

kepada pelajar untuk membina

peta minda berdasarkan apa

yang telah dipelajari.

Murid diekehendaki

menceritakan semula setiap apa

yang dipelajari sepanjang

proses pengajaran dan

pembelajaran pada hari itu.

Peta minda yang

digunakan ialah

jenis tulang ikan

yang hanya

mempunyai dua

kolum iaitu

kolum untuk

senarai haiwan

yang bertelur

dan haiwan yang

melahirkan anak.

Lembaran kerja

B.

LEMBARAN KERJA A

Tandakan (/) pada kolum yang sesuai sama ada haiwan di bawah bertelur atau

melahirkan anak.

HAIWAN JANGKAAN INFERENS PEMERHATIAN

BERTELUR MELAHIRKAN

ANAK

AYAM

KUCING

LEMBU

Page 42: 5 fasa needham

PENYU

GAJAH

BURUNG

PIPIT

ULAR

KATAK

TUPAI

CICAK

Tarikh :                                        30 March 2012Masa :                                          7.45 -8.45 a.m.Kelas :                                          Darjah 2 MerahBilangan murid:                            35Subjek :                                        SainsTopik :                                          Pergerakan haiwanObjektif pembelajaran :                Pada akhir sesi pembelajaran, murid                                                      mampu menyatakan pergerakan haiwan.Hasil pembelajaran :                    Murid :

1.    Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengensot, merayap, berlari dan melompat.

2.    Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar,  semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.Pengetahuan sedia ada :            Murid-murid mempunyai pengetahuan tentang                                                          konsep haiwan dan rupa bentuk  haiwan.

Page 43: 5 fasa needham

Kemahiran Saintifik :                   Memerhati- Murid memerhati cara haiwan                                                        bergerak                                                        Mengelaskan-Murid mengelaskan haiwan                                                         mengikut cara pergerakan                                                        Meramal – Murid meramal cara pergerakan bagi                                                         ketam Kemahiran Berfikir :                    Membanding dan membeza – Murid                                                        membandingkan cara pergerakan setiap haiwan                                                        Menghasilkan idea -  Murid mendapatkan idea           bahawa haiwan yang berlainan jenis          menjalankan pergerakan yang berlainanSikap saintifik dan nilai murni :  Menunjukkan minat dan sikap ingin tahu                                                       terhadap alam sekitar. Nilai sayang menyayangi                                                        terutamanya terhadap haiwan.Sumber pembelajaran dan pengajaran: Video klip, lembaran kertas

Fasa / Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

(P&P)

Catatan

Orientasi (5minit)

-Kanggaru bergerak dengan melompat-Kuda bergerak dengan berjalan-burung bergerak dengan terbang-ikan bergerak dengan berenang

Murid ditunjukkan video mengenai cara pergerakan bagi beberapa jenis haiwan (kanggaru, kuda, burung dan ikan)2. Murid diminta memberikan perhatian penuh semasa video ditayangkan.

KPS: Memerhati- pergerakan jenis haiwan dalam video klipSumber p&p: video(TMK)

Teori Ausubel: Penyusunan awal dengan menggunakan video sebagai permulaan yang menerangkan hubungan antara

Page 44: 5 fasa needham

konsep-konsep penting dalam keseluruhan pelajaran.

Pencetus-an idea

(10 minit)

-Lembaran kertas yang mempunyai pelbagai pergerakan haiwan dan murid dikehendaki untuk padankannya- Soalan yang dikemukan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada murid mempunyai perspektif yang salah tentang pergerakan

1)Murid diberikan satu lembaran kerja

2)Murid diberikan beberapa soalanContohnya-haiwan apa yg kamu lihat/ dalam video-bagaimana burung bergerak?-bandingkan cara burung dan kuda bergerak?

KPS: Meramal- cara pergerakan haiwan dalam lembaran kertasMemerhati – haiwan-haiwan yang terdapat dalam videoKB: membanding dan membezakan – murid diberikan soalan untuk membuat perbandingan pergerakan burung dengan kuda.Sumber: lembaran kertas, video klip

Penstrukturan semula idea (30 minit)

-Menunjukkan gambar-gambar tentang pergerakan haiwan-haiwan seperti kuda, burung dan ikan.

- Murid menyatakan pergerakan haiwan-haiwan- kuda berlari- burung terbang- kanggaru melompat

-Murid diberikan gambar-gambar seperti ikan, kanggaru yang sedang menjalankan proses pergerakan

-Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan-setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat peranan menjalankan pergerakan sejenis haiwan di depan kelas. Contohnya kanggaru, burung dan ikan-cikgu membuat demonstrasi sekiranya murid-murid berbuat salah

Pendekatan Konstruktivisme: pembelajaran berasaskan murid dengan menyuruh murid memainkan peranan haiwanTeori pembelajaran Bruner: menekankan pembelajaran hasil daripada interaksi murid dengan murid dan interaksi antara guru dengan murid. Cthnya guru menunjukkan demontrasi apabila mendapati murid membuat salah.KPS:Memerhati- proses pergerakan yang dijalankan oleh haiwan melalui gambar dan mengelaskan- cara pergerakan haiwan

KB: membanding dan

Page 45: 5 fasa needham

membezakan- murid membandingkan pergerakan haiwan yang ditunjukkan oleh rakan mereka

Aplikasi Idea(10 minit)

.Mengetahui bahawa pelbagai haiwan bergerak dengan cara pergerakan yang sama.

Soalan yang rumit :Pergerakan yang unik contohnya seperti sotong dan ketam

Dalam kumpulan, murid-murid dikehendaki berfikir: Apa lagi haiwan yang bergerak dengan terbang?

Apa lagi haiwan yang bergerak dengan berjalan?

Setelah mereka mempunyai pengetahuan tentang pergerakan asas, guru memberikan soalan yang mencabar minda murid.Bagaimanakah sotong menjalankan pergerakan?

Bagaimanakah ketam menjalankan pergerakan mereka?

Murid-murid sedar bahawa terdapatnya haiwan yang bergerak dengan cara yang lebih istimewa

Teori Jean Piaget: Asimilasi – menambah maklumat baru tentang haiwan lain yang menggunakan pergerakan yang sama

KPS: Meramal-murid diberikan peluang untuk meramalkan pergerakan ketam

Teori pembelajaran Gagne: sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah atau peringkat asas kepada yang rumit. Pelajar memahami pergerakan asas haiwan seperti terbang, berjalan. Selepas itu didedahkan dengan pergerakan sotong.KB:menghasilkan idea bahawa haiwan yang berlainan bergerak dengan cara yang berlainan

Sikap Saintifik: murid mula mempunyai semangat ingin tahu dengan pergerakan haiwan yang unik

Refleksi(5 minit)

Melakukan semula atau mempraktiskan balik apa yang dilakukan semasa di penstrukturan

Cikgu menyuruh murid-murid untuk memainkan peranan  haiwan yang tadi mereka lakukan

Teori pemprosesan maklumat: Bagi mengelakan murid melupakan apa yang dipelajari,

Page 46: 5 fasa needham

semula idea untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang pergerakan.

Menerapkan nilai-nilai murni melalui persoalan.

supaya mereka dapat mengingat dengan lebih jelas.

Menerapkan nilai cinta kepada haiwan dengan mempersoalkan murid tentang apa yang akan berlaku pada kuda sekiranya kaki kuda telah dipotong?

melakukan /mempraktiskan sekali lagi simulasi untuk mengukuhkan ingatan supaya informasi ini dapat memasuki ingatan jangka panjang

Nilai murni: Cinta akan alam sekitar

Page 47: 5 fasa needham

Contoh Rancangan Pengajaran / Model Konstruktivisme Kreativiti Terarah

KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

=========================================================================ABSTRAK

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru tidak boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif untuk merangsang  pengaliran pengetahuan secara berterusan.  PENDAHULUANKonstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar.A.N. Whitehead  (1929)  mengingatkan  kita  supaya  tidak membebankan  kanak-kanak  dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa  yang  diketengahkan  oleh  Whitehead  ialah  amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus  kepada  usaha  membolehkan kanak-kanak  atau murid berfikir  dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian. Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang'inert ideas' mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanak-kanak berfikir.Menurut Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan  pengetahuan individu secara keseluruhan. Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-muriddenganpengetahuan  bagi membolehkan pelajar  menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan tersebut.  KONSTRUKTIVISME - KAJIAN AWAL    Pembelajaran bermakna (meaningful learning) mengikut John Dewey (1966) merangkumi 'learning by doing' yang seterusnya dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah. DiAmerika Syarikat , program pengajarandan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir di kalangan murid-murid , menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar.Jean Piaget seorang yang terkenal dengan teori perkembangan kognitifj uga merupakan orang yang memberi sumbangan penting dalam konstruktivisme dengan mengutarakan 4 fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstruktivisme.

i.Fasa Pertama       :Menjelaskan tentangasas yang membolehkan kanak-kanak   membuat penaakulan yang           tidakbercirikan   struktur yang  logik.

ii.Fasa Kedua       :Menjuruskepada pendefinisian ciri-ciri struktur    matematikal logik.iii.Fasa ketiga       :Memfokuskan pembinaan pengetahuan melalui struktur   matapelajaran.iv.Fasa Keempat    :Tertumpu kepada mekanisme perkembangan yang   mengaitkan perhubungan antara                                'assimilation- accomodation'

Page 48: 5 fasa needham

Persoalannya , sejauhmanakah amalan yang digunakan oleh guru-guru sekarang dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang menjurus kepada pembelajaran bermakna? Pada asasnya , konstruktivisme dapat dilihat sebagai kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam memori pelajar. Dalam proses pembelajaran , maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian aripada memori di dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan berlaku apabila maklumat baru dapat dikaitkan dengan memori sedia ada untuk membina suatu kerangka baru ilmu pengetahuan yang lebih luas.

Dengan itu jelaslah bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru tidak boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif  untuk merangsang pengaliran pengetahuan secara berterusan.

AMALAN  KONSTRUKTIVISE  DALAM  BILIK DARJAHPengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Seseorang  guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira beberapa faktor :

Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep Murid digalakkan menghormati pandangan alternatif rakan mereka Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah Pembelajaran berpusatkan murid Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya  Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina Murid digalakkan mengemukakan hipotesis Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid  Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru Guru perihatin terhadap keperluan , kebolehan dan minat murid Murid digalakkan bekerja secara kumpulan

Suasana bilik darjah di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk menguji kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.

 PERANAN GURU DAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPERANAN GURU                                                    1. Guru tidak menganggap minda murid sebagai bekas kosong yang perlu diisikan dengan fakta dan     pengetahuan baru.2.Guru berperanan sebagai pembimbing /fasilatator3.Guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah untuk menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurnaPERANAN MURID1. Murid tidak menganggap guru sebagai pembekal    maklumat tetapi sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan menggalakkan mereka berfikir serta berkomunikasi.2.Murid bertanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah3.Murid berdisiplin dalam membuat keputusan sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.  CIRI-CIRI PEMBELAJARANKONSTRUKTIVISME

ØPengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiridan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini beerti pembelajaran merupakandaripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar .

ØPelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing dan pengetahuan sedia ada pelajar .

Page 49: 5 fasa needham

ØSetiap pelajar mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Pelajar diberi peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan dan menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan .

 PENUTUPKonstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dalam kerangka minda masing-masing  berasaskan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Ia menuntut agar guru  lebih perihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu  konstruktivisme merupakan satu  anjakan  yang perlu diaplikasikan  terutamanya  dalam pendidikan matematik. Ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. 

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Pengenalan

                Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran mengira  yang melibatkan daya

pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran matematik  memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan

mantap dan menyeluruh. Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu mengambil kira

keperluan dan tahap pencapaian para murid.

                Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi  murid

secara  menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani.emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan  dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya

kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Salah satu trend

matematik yang perlu diamalkan ialah melalui pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme.

Pengertian Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan

tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha

pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep

pengajaran dan pembalajaran yang  lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada murid tanpa murid itu

sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka .

                Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira  struktur

kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan

sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina.

Proses ini dinamakan Konstruktivisme.Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran

bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

                Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir

semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman

dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal

walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

                John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa pendidik cekap harus

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun  atau membina pengalaman secara

Page 50: 5 fasa needham

berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Ciri-ciri Utama Pendekatan Konstruktivisme

                Mengikut pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai  peranan dalam

menentukan apa yang dipelajari. Ini bermakna kepala pelajar bukanlah kosong. Penekanan diberi kepada murid

supaya berpeluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan  iaitu dengan mengaitkan pengalaman lampau

dengan kegunaan masa depan. Murid bukan sahaja diberi fakta sahaja tetapi penekanan diberi kepada proses

berfikir dan kemahiran berkomunikasi.

Peranan Guru Dalam Kelas Konstruktivisme

 Melalui pendekatan konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah.. Guru akan

berperanan sebagai penyelidik . Dengan cara ini, guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau

pengetahuan. 

                Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru di dalam kelas adalah sebagai pengurus atau

fasilitator untuk menangani masalah disiplin dengan sempurna. Murid diterima sebagai individu yang

mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dan perlu diberi perhatian. Mereka diberi peluang untuk membina

keputusan sendiri.tentang perkara yang mereka pelajari. Melalui proses ini mereka lebih bertanggungjawab dan

melibatkan diri dalam aktiviti  pembelajaran. Sebaliknya mengikut ahli objektivisme berpendapat bahawa guru

harus berperanan sebagai pengawal kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang

yang ditetapkan. Sekiranya ingkar mereka akan diberikan hukuman atau didenda oleh guru tersebut.

               

Prinsip-prinsip Pendekatan Konstruktivisme

Dalam pembelajaran secara konstruktivisme pengetahuan tidak diterima secara pasif tetapi dibina secara

aktif oleh pelajar. Manakala fungsi pembelajaran adalah bersifat penyesuaian dan bertanggungjawab untuk

mengorganisasi dunia pengalaman dan bukan untuk menemui dunia realiti.

Model Pengajaran Konstruktivisme

1. Model Pengajaran Interaktif (Biddulph & Osborne)

       Guru lebih sensitif kepada idea dan persoalan pelajar.

       Guru menyediakan pengalaman penerokaan yang membolehkan pelajar menimbul persoalan dan

mencadangkan penerangan yang munasabah.

       Guru menyediakan aktiviti yang memfokuskan kepada idea dan persoalan oleh pelajar.

       Guru menyediakan aktiviti yang menggalakkan pelajar membuat penyiasatan.

       Guru berinteraksi dengan pelajar untuk mencabar dan melanjutkan idea mereka.

Page 51: 5 fasa needham

2. Pengajaran Model Berpusatkan Masalah (Wheatley)

       Guru memilih tugasan yang  berkemungkinan menjadi masalah besar kepada pelajar.

       Pelajar membuat tugasan dalam kelompok kecil.

       Kelas akan berkumpul semula untuk membentangkan kepada kelas dan guru. Guru hanya berperanan sebagai

fasilitator.

Cara-cara Pelajar Membina Konsep Matematik

       Pelajar membuat penyelesaian matematik dengan manipulatif.

       Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka.

       Pelajar menulis hasil pengalaman mereka.

       Pelajar belajar cara penemuan mereka.

       Pelajar berfikir secara mencapah.

       Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka.

Keberkesanan Strategi Pengajaran Matematik Melalui Pendekatan

Kontruktivisme

       Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap sesuatu konsep.

       Pelajar dapat berkongsi persepsi /pandangan / idea antara satu sama lain.

       Pelajar dapat menerima serta menghormati semua pandangan daripada rakan-rakan mereka.

       Semua pandangan diterima dan tidak dipandang rendah.

       Pelajar dapat mengaplikasi idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman tersebut.

       Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses pembelajaran yang telah dilalui.

       Pelajar dapat menghubungkaitkan idea yang asal dengan idea yang baru dibinanya.

       Pelajar dapat mengemukakan hipotesis daripada aktiviti yang dilaluinya tetapi bukan guru yang menerangkan

teori.

       Pelajar dapat berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.

       Memupuk semangat kerjasama antara individu dan kumpulan melalui aktiviti koperatif.

       Pengajaran berpusatkan kepada pelajar.

       Guru akan dapat meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajarnya.

       Guru menjadi lebih prihatin terhadap keperluan , kebolehan serta minat pelajar.

       Guru hanya mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan pelajar mencari jawapan.

Kesimpulan

                Kesimpulannya pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan

memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran  dan pembelajaran  yang sesuai dan murid

dapat menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di

samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri  dan menilai kefahamannya tentang sesuatu bidang

pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, beban guru sebagi pengajar akan berkurangan di mana guru

lebih bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator.

Page 52: 5 fasa needham

               

2.1        Teori Tingkahlaku Dalam teori tingkahlaku , terdapat tiga prinsip utama iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan.

Teori ini dilihat sebagai satu kaedah yang berobjektif. Pelajar akan bertindakbalas kepada apa yang

diberikan kepada mereka. Kebanyakan proses pembelajaran akan tertumpu kepada pensyarah. Teori

ini juga bergantung kepada tanggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika

peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya (Thorndike 1913). Sebagai contoh, apabila

seseorang pelajar diberikan ganjaran markah yang sesuai selepas di berikan ujian dan tugasan, ia

akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Teori ini juga

menjelaskan ilmu adalah sesuatu yang aktif dan terbina pada suatu tempat  (Wilhelmsen et al. 1998).

Teori ini sesuai untuk diaplikasikan kepada subtajuk yang menjelaskan pendedahan asas kepada

Autodesk Computer Aided Design Release 14 ( ACAD R14), prinsip kordinat dan perintah-perintah

assists.Sebagai contoh pendedahan pelajar kepada ikon di peringkat awal pembelajaran akan

merangsang pelajar untuk menggunakan ikon tersebut bagi memastikan apa yang terhasil apabila

ikon disebut ditekan semasa menggunakan perisian.

kembali ke atas

2.2        Teori Konstruktivisme Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh

pensyarah tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama

mengubahsuai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme

hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus

supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan konstruktivis juga

menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar melalui proses

pembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivis juga percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak

boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap pelajar (Briner 1999). Di dalam konstruktivisme ilmu

adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi  proses

pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat

simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. Teori ini sesuai

untuk tajuk yang mudah difahami oleh pelajar melalui pendedahan yang minima. Sebagai contoh

kefahaman pelajar keatas prinsip kordinat dan line pada awal proses pembelajaran akan

memudahkan pelajar untuk belajar secara kendiri perintah yang melibatkan penghasilan objek segi

empat dan bulat di mana proses pembinaan objek ini melibatkan kefahaman yang betul terhadap

prinsip kordinat dan perintah line. 

kembali ke atas

2.3        Teori Kognitivisme  Dalam teori ini pelajar akan memperolehi maklumat secara aktif, menstruktur maklumat tersebut dan

mengkaji pengetahuan yang diperolehi supaya menjadi sesuatu yang bermakna. Teori ini lebih

menjurus kepada pengetahuan yang terkini dan pengetahuan yang lepas.Teori ini memandang ilmu

itu sebagai sesuatu yang simbolik, pembinaan mental di dalam pemikiran seseorang dan menjadi satu

proses yang membentuk gambaran simbolik itu kepada ingatan apabila ianya diproses. Penemuan

komputer pada tahun 1960 an dengan prinsip pemprosesan maklumat telah menguatkan lagi prinsip

Page 53: 5 fasa needham

pemprosesan maklumat dari sudut pembelajaran. Teori ini mewujudkan satu perspektif baru di dalam

menjelaskan idea pemprosesan maklumat dan tidak seperti andaian tingkahlaku di mana pelajar

bertindakbalas dengan suasana sekeliling dan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut secara

pasif. Teori ini boleh diapplikasikan kepada proses pembelajaran yang melibatkan proses kerja yang

komplek dimana pelajar akan menggunakan kemahiran mengingat jangka pendek dan dibantu latihan

yang berterusan bagi memahami urutan penghasilan lukisan yang melibatkan langkah kerja yang

komplek seperti pembelajaran perintah wblock.

kembali ke atas

2.4        Teori Andragogi Ini adalah teori yang dikeluarkan oleh Knowles (1975) di mana ianya menghuraikan pendekatan yang

perlu diambil di dalam mengajar golongan dewasa. Knowles (1975) menekankan bahawa golongan

pelajar yang matang memandu diri sendiri dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan.

Program pembelajaran golongan pelajar yang matang perlu mengambilkira aspek asas ini.  Knowles

(1975) membuat andaian di bawah terhadap reka bentuk pembelajaran untuk golongan dewasa iaitu :

a.    Golongan pelajar matang kena tahu kenapa mereka perlu belajar. b.    Golongan pelajar matang perlu belajar kendiri. c.    Golongan pelajar matang mendekati proses pembelajaran dengan kaedah penyelesaian        masalah. d.    Golongan pelajar matang akan mempelajari sesuatu topik itu dengan baik sekiranya mereka        menyedari kepentingan topik tersebut. Prinsip asas yang terdapat pada teori ini ialah :

a.    Golongan dewasa perlu terlibat di dalam perancangan dan penilaian pengajaran mereka. b.    Pengalaman menjadi asas kepada aktiviti pembelajaran. c.    Golongan dewasa begitu berminat untuk mempelajari subjek yang mempunyai hubungan         dengan kerjaya mereka dan kehidupan mereka. d.    Proses pembelajaran lebih berpusat kepada masalah berbanding dengan berpusat kepada         pengisian.kembali ke atas2.5        Teori Minimal Teori ini telah dibina oleh Caroll (1998) untuk membentuk rangka kerja yang akan membina kaedah

penerangan khususnya bahan latihan untuk komputer. Teori ini mencadangkan  beberapa perkara di

bawah iaitu :

a.    Semua aspek pembelajaran perlulah bermakna dan di dalam lingkungan sendiri. b.    Pelajar perlu di beri projek yang realistik secepat mungkin. c.    Penyampaian membenarkan sebab kendiri dan memperbaiki keadaan dengan        menambahkan bilangan pembelajaran yang aktif. d.    Bahan dan aktiviti pembelajaran perlu menyediakan aktiviti untuk mengenal masalah dan        membaikinya. e.    Perlu ada hubungan yang rapat di antara latihan dan situasi sebenar. Teori ini juga menekankan pembelajaran disusun berdasarkan kepada pengalaman yang ada pada

pelajar.

kembali ke atas

3.0     Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dan Contoh Aplikasinya Para pendidik perlu menjalankan kajian ke atas pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran di

dalam merancang secara sistematik proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan

pembelajaran tajuk lukisan dua dimensi dengan Autodesk Computer Aided Design Releasa 14

( ACAD R14) memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan

Page 54: 5 fasa needham

digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran tersebut

boleh dicapai. Antara strategi dan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran tajuk lukisan dua

dimensi dengan perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) ialah seperti

berikut:

kembali ke atas

3.1    Penerangan Tertumpu

Kaedah ini membantu pelajar untuk belajar dengan lebih aktif dengan membentuk situasi atau

memberikan penerangan tertumpu pada sesuatu topik yang menarik.Suasana pembelajaran dibina

dalam keadaan untuk memupuk proses berfikir bagi membantu pelajar membina kemahiran berfikir

yang berkesan dan membantu untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan berfikir secara

kritikal.Prinsip asas bagi kaedah ini ialah aktiviti pembelajaran dan pengajaran perlulah ditumpukan

pada sesuatu topik yang mendatangkan minat kepada pelajar (Chen 2000).

      Bahan pengajaran perlu datang dari sumber yang dapat memberikan maklumat dengan banyak

seperti perisian kursus.  Maddux et. Al (1997) ada menjelaskan bagaimana siri program yang disusun

oleh Jasper Woodbury adalah satu program yang membina simulasi untuk meletakkan pelajar pada

suasana masalah yang sebenar di mana mereka akan menyelesaikannya secara realistik dan

bermakna. Kaedah ini sangat sesuai untuk digunakan bagi subtajuk yang melibatkan proses

penghasilan objek dua(2) dimensi seperti pelan lantai dan tampak kerana terdapat masalah menarik

yang ada hubungan terus dengan kerjaya pelajar.

kembali ke atas

3.2    Penglibatan aktif

Teknik ini menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif  di dalam aktiviti pembelajaran seperti

perbincangan terhadap sesuatu topik (D' Augustine 1973 ). Semua pelajar terlibat di dalam mengupas

sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif ini penekanan pembelajaran dapat

diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada

pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis 1992). Proses pemindahan dan

penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Teknik ini sangat

sesuai untuk digunakan apabila perbincangan dibuat dalam menjelaskan kaedah yang akan

digunakan apabila terlibat dengan proses pembinaan yang melibatkan perintah untuk

menggabungkan entiti yang kecil kepada satu komponen objek.

kembali ke atas

3.3    Eksposisi atau ' Direct Instruction '

Ini adalah satu kaedah di mana pensyarah akan menerangkan kandungan topik secara lisan atau

dengan menggunakan alat bantu seperti LCD projektor dan perisian kursus.Pelajar akan mendengar

dan merekodkan maklumat penting yang diterangkan oleh pensyarah sebelum memulakan aktiviti.

Teknik ini juga dikenali dengan ‘systematic teaching’, ‘explicit teaching instruction’, ‘explicit teaching

and active teaching’ (Husen 1970). Teknik ini juga menyampaikan maklumat dengan langkah yang

sistematik dan di dalam proses penyampaian, langkah akan diambil bagi menguji kefahaman pelajar

(Rosenshine 1986). Kaedah  penyampaian ini berpegang kepada teori tingkahlaku. Rosenshine

Page 55: 5 fasa needham

(1986) ada menggariskan enam(6) fungsi pengajaran yang disusun mengikut urutan di dalam kaedah

ini iaitu semakan harian, mempersembahkan maklumat baru, latihan dipandu, pembetulan dan

tindakbalas, latihan kendiri serta semakan mingguan dan bulanan.

      Di dalam kaedah ini pensyarah banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan

menggunakan alat bantu seperti audio visual. Pelajar akan mendengar dan merekod maklumat

penting yang diterangkan oleh pensyarah sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Pembelajaran dengan

teknik ini akan memberikan penerangan, menghuraikan ide dan konsep yang akan digunakan dalam

menggunakan perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) sama ada dengan

atau tanpa alat bantu mengajar. Selain daripada itu kaedah ini juga melibatkan demonstrasi cara

menggunakan komputer untuk melaksanakan perintah-perintah yang dipelajari serta menerangkan

langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat masalah dalam melaksanakan sesuatu urutan arahan

yang komplek. Ianya sesuai untuk mengajar pelajar menggunakan perintah yang komplek seperti

chamfer, array dan mblock.Kaedah ini juga akan dapat menjimatkan masa pengajaran dan

pengendalian aktiviti akan menjadi lebih kemas dan teratur. Kaedah ekposisi juga memerlukan

perancangan yang teliti dari segi penggunaan alat bantu mengajar bagi mengelakkan rasa bosan di

kalangan pelajar.

kembali ke atas

3.4        Tugasan yang pelbagai dan konsisten

Kemahiran menggunakan Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) melibatkan

kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Untuk memantapkan kefahaman ini latihan yang

mencukupi perlu diberikan kepada pelajar secara konsisten sehingga kemahiran dalam sesuatu tajuk

itu dapat dikuasai oleh pelajar dengan sepenuhnya. Menurut D’Augustine (1973)  latihan yang

mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk

benar-benar telah dikuasai sepenuhnya.

      Bagi setiap tugasan yang diberikan kepada pelajar ganjaran yang sesuai perlu disediakan dan

bagi subjek ini ganjaran yang sesuai untuk peringkat usia pelajar politeknik ialah markah diberi bagi

setiap tugasan yang dibuat. Ianya adalah bersesuaian dengan teori Thorndike (1913) yang

menyatakan proses pembelajaran yang baik memerlukan ganjaran dan latihan. Thorndike (1913) juga

menjelaskan proses rangsangan dan tindakbalas yang berterusan ini akan memperkukuhkan

kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Miller et.al (1960) pula telah memperkenalkan konsep

TOTE (Test-Operate-Test-Exit) yang mana ianya akan memastikan objektif sesuatu tajuk yang diberi

telah tercapai.  Teori ini juga menggalakkan tugasan yang berterusan sehingga sesuatu objektif

pembelajaran itu tercapai. Latihan yang berterusan akan membina kemahiran yang mantap di dalam

menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan kaedah penghasilan lukisan. Seterusnya

perpindahan maklumat yang jitu akan berlaku bila mana latihan yang melibatkan sesuatu topik itu

berjalan berterusan.

kembali ke atas

3.5    Pembelajaran koperatif

Page 56: 5 fasa needham

Kaedah pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar.

Kaedah ini sangat sesuai bagi sesuatu kumpulan pelajar menyelesaikan projek menghasilkan lukisan

dua(2) dimensi. Pelajar boleh berkomunikasi di antara satu dengan yang lain dengan menggunakan

perkhidmatan Internet.Dengan ini pelajar tidak kekang oleh masa, jarak dan tempat untuk menyiapkan

projek. Menurut Floyd (1991) pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam satu kumpulan akan

dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Manakala menurut

Floyd (1991) pembelajaran koperatif boleh meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan

dalam kumpulan. Kaedah pembelajaran ini dikatakan lebih baik daripada kaedah pembelajaran

tradisional kerana ianya lebih menyeronokkan dan dapat juga meningkatkan motivasi, akauntabiliti,

tanggungjawab dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan sesuatu projek yang diberi. Pelajar

akan menjadi lebih bertanggungjawab kerana mereka mempunyai matlamat pasukan yang perlu

dicapai bersama. Kaedah ini juga akan dapat menjimatkan masa proses pembelajaran pelajar. Untuk

mengaplikasikan kaedah ini pelajar akan diberikan projek kecil pada pertengahan semester yang

melibatkan pelan lantai  dan butiran pintu serta tingkap. Pelajar akan  dibahagikan kepada kumpulan

dan setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan set persembahan lukisan yang mudah.

kembali ke atas

3.6    Pembelajaran kendiri

Kaedah pembelajaran ini berpusat kepada pelajar dimana pelajar akan lebih berdikari di dalam

mendapatkan ilmu terhadap sesuatu tajuk. Menurut Rogers (1994) pembelajaran kendiri adalah sama

dengan perubahan dan pembesaran seseorang. Rogers (1994) juga ada menyatakan secara

semulajadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Pada pandangan Rogers (1994)

tugas pensyarah ialah bertindak sebagai fasalitator di dalam proses pembelajaran dimana tugas-tugas

tersebut boleh digariskan seperti di bawah iaitu :

a.    Membina suasana pembelajaran yang positif. b.    Menjelaskan maksud pelajar. c.    Menyusun dan membina sumber maklumat. d.    Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi. e.    Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk menguasainya. Teknik ini sangat sesuai untuk subtajuk yang mudah dikuasai oleh pelajar seperti perintah-perintah

‘view’ dan ‘drawing aid’ yang terdapat di dalam perisian Autodesk Computer Aided Design Release 14

( ACAD R14).

kembali ke atas

3.7    Masteri

Teori ini mencadangkan fokus untuk sesuatu proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh

pelajar yang berlainan untuk menguasai perkara yang dipelajari(Mastery 2000). Ianya agak berbeza

dengan teknik pembelajaran secara tradisional dimana di dalam kaedah ini pelajar diberi jumlah masa

yang sama untuk menguasai sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza (Mastery

2000).  Di dalam suasana  pembelajaran masteri ini cabaran terletak kepada menyediakan masa yang

cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai

keupayaan yang sama (Levine 1985 ; Bloom 1981). Elemen-elemen penting untuk kaedah

pembelajaran masteri ialah (Mastery 2000) :

Page 57: 5 fasa needham

a.    Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan menjelaskan        bagaimana ianya akan dinilai. b.    Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. c.    Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindakbalas berserta dengan langkah  d.    pemulihan yang sesuai. e.    Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Kaedah ini sangat sesuai untuk digunakan bagi subtajuk yang mudah pada permulaan tajuk lukisan

dua(2) dimensi kerana ada di antara pelajar yang terdapat di dalam kelas ini telah mahir dengan

elemen tersebut. Pelajar yang mahir tentang literasi komputer akan dibenarkan untuk maju secara

kendiri terutama bagi tajuk satu(1) iaitu berkenaan pengenalan kepada Autodesk Aided Design

Release 14 (ACAD R14) yang menjelaskan tentang paparan skrin. Melalui kaedah ini pelajar yang

mahir dengan prinsip menu boleh menguasai tajuk ini dengan mudah dan mampu untuk maju ke tajuk

dua(2) dengan lebih cepat. 

kembali ke atas

3.8    Analisis

Teknik pengajaran ini memecahkan konsep kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-

langkah pengajaran. Dengan teknik ini pelajar akan mendapat kefahaman yang lebih mendalam

terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui bagaimana sesuatu objek dua(2) dimensi

seperti ‘rectangle’ itu dihasilkan dengan menggunakan perisian Autodesk Computer Aided Design

Releasa 14 ( ACAD R14) , tetapi mereka akan dapat menjelaskan kenapa sesuatu prosedur itu

dilakukan. Menurut Newell (1972) analisis kritikal dengan kaedah GPS akan membahagikan masalah

keseluruhan kepada subkomponen dan setiap subkomponen itu tadi akan diselesaikan. Sebahagian

dari prinsip asas penyelesaian masalah yang boleh dihubungkan dengan tajuk lukisan dua(2) dimensi

ialah memecahkan objek besar kepada objek yang lebih kecil supaya dapat dijelaskan bagaimana

objek tersebut dapat dihasilkan. Melalui kaedah ini pelajar akan dapat memahami proses

pembentukan butiran tingkap dengan perintah block dengan lebih jelas. Dengan  ini pelajar akan

dapat mencari jalan keluar sekiranya timbul masalah semasa menghasilkan lukisan butiran yang agak

komplek dengan menggunakan perintah block.

kembali ke atas

3.9    Strategi pemetaan konsep

Di dalam kaedah ini pelajar membina perkaitan konsep secara grafik dan ini akan melibatkan pelajar

dengan pemprosesan maklumat secara aktif. Kaedah ini selaras dengan teori pembelajaran

konstruktivisme. Kaedah ini membantu pembelajaran dalam dua cara. Pertama, kaedah ini membantu

pelajar menyedari dan mengawal proses kognitif yang dilalui dalam pembelajaran. Kedua, pelajar

dibantu untuk menghasilkan rangka konsep yang terjalin di dalam sesuatu proses (Roth et al. 1993).

Strategi ini juga membantu pelajar untuk mengkaji dan dapat membuat refleksi terhadap proses awal

yang telah pelajari. Aktiviti menyusun dan mengintegrasikan maklumat dapat mengukuhkan ingatan

pelajar. Strategi ini juga dapat membantu pelajar mempelajari konsep-konsep baru dengan lebih

bermakna. Kesimpulannya kaedah ini dapat membantu pelajar untuk mengingat proses kerja yang

komplek sebagai contoh dalam proses pembinaan pelan lantai ianya akan melibatkan penggunaan

semula perintah draw, block dan layer. Melalui strategi ini kaedah baru yang dipelajari di dalam

pembinaan pelan lantai iaitu perintah hatch dan text akan dapat mengukuhkan perintah terdahulu

Page 58: 5 fasa needham

yang telah dipelajari oleh pelajar.

kembali ke atas

3.10            Perbincangan

Kaedah ini dapat meningkatkan interaksi harmoni di kalangan pelajar disamping dapat mengukuhkan

apa yang telah dipelajari. Di samping itu kaedah ini akan dapat memupuk semangat setia kawan di

kalangan pelajar. Pask (1975) ada menjelaskan melalui kaedah perbincangan pembelajaran akan

berlaku berdasarkan perbincangan yang dibuat bagi tajuk yang tertentu untuk menjadikan kefahaman

ke atas sesuatu tajuk itu lebih jelas. Pask (1975) seterusnya menjelaskan untuk mempelajari sesuatu

tajuk pelajar perlu faham hubungan yang wujud di antara konsep di dalam sesuatu tajuk. Keupayaan

yang wujud untuk menjelaskan sesuatu tajuk akan dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu

perkara dengan lebih baik. Kaedah ini akan diaplikasikan untuk melibatkan pelajar dengan

perbincangan pra persembahan projek akhir yang diberikan kepada pelajar. Apabila setiap kumpulan

mempersembahkan proses yang telah dilalui untuk menghasilkan set lukisan tersebut maka

perbincangan akan wujud di kalangan pelajar untuk memudahkan langkah kerja yang diambil semasa

menyiapkan set tersebut. Perbincangan ini akan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap perkara

yang telah dipelajari sebelum ini.

kembali ke atas

3.11    Melalui Rujukan Terancang

Kaedah ini digunakan untuk melatih pelajar mendapatkan maklumat melalui aktiviti yang dirancang.

Sumber Internet adalah sumber penting yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat

tambahan terhadap topik yang dipelajari di dalam kelas. AutoDesk ada menyediakan laman web

seperti http://autodesk.com/caduser  yang akan membantu pengguna Autodesk Computer Aided

Design Releasa 14 ( ACAD R14) mendapatkan tip untuk menghasilkan lukisan dengan kaedah yang

lebih cepat. Disamping itu pelajar juga boleh dilatih untuk mendapatkan maklumat tambahan dari CD-

ROM yang terdapat di pasaran yang menjelaskan tentang penggunaan teknologi komputer di dalam

menghasilkan lukisan. Strategi ini akan dapat digunakan dengan memberikan tugasan yang menjurus

kepada pencarian maklumat dari Internet ataupun dari e-book yang berkaitan dengan Autodesk

Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14).

kembali ke atas

4.0     Kesimpulan

Dalam mengajar lukisan dua(2) dimensi dengan perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa

14 ( ACAD R14) pensyarah perlu mahir dan arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

proses memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran seterusnya dapat

menyepadukan kemahiran ini dengan subjek lain. Pensyarah juga perlu menunjukkan sifat matang,

berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis 1996). Strategi

pengajaran yang berkesan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Kesimpulannya untuk berjaya dalam mendidik pelajar untuk subjek lukisan dua(2) dimensi dengan

perisian Autodesk Computer Aided Design Releasa 14 ( ACAD R14) pensyarah perlu memahami isi

kandungan kurikulum dan dapat menguasai teori pengajaran seterusnya kaedah mengajar dengan

baik.  

Page 59: 5 fasa needham

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:saling bergantung antara satu sama lain secara positif,saling berinteraksi secara bersemuka,akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,kemahiran koperatif, danpemprosesan kumpulan.Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivismeAPAKAH TEKNIK LATIH - TUBI ?

         Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

         Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

         Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu          Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran

menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.          Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,

memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

         Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

         Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

1.    Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

1.    Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

1.    Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

1.    Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

1.    Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

         Dikenali juga dengan teknik menghafaz.          Antara kelemahan tekniK ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan

menumpukan daya kreativiti murid.          Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan

pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Page 60: 5 fasa needham

  APAKAH TEKNIK SIMULASI ?          Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai

keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

         Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

         Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

         Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

         Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.   APAKAH TEKNIK MAIN PERANAN ?

         Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

         Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

         Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

         Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.   APAKAH TEKNIK SUMBANGSARAN ?

         Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

         Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

         Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.   Tujuan Sumbangsaran

         Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid          Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas          Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk

dibincangkan dalam sesi umum.          Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak          Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan          Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea          Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.          Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan

mencukupi          Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )          Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik          Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

   APAKAH TEKNIK PERMAINAN BAHASA ?          Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui

teknik permainan.          Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar

memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Page 61: 5 fasa needham

         Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

         Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

         merangsang interaksi verbal pelajar          menambah kefasihan dan keyakinan          menyediakan konteks pembelajaran          bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan          bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

   APAKAH TEKNIK SOAL – JAWAB ?          Merupakan teknik paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang

pendidikan          Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah

bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

         Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

         Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

         Tujuan utama teknik soal jawab ialah : 1.    Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid 2.    Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. 3.    Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.          Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran

pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.   APAKAH TEKNIK BERCERITA?

         Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

         Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

         Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

         Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

         Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

         Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :          Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.          Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.          Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.          Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.          Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.          Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.          Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan

aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.   APAKAH TEKNIK DRAMA ?

         Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

         Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,

Page 62: 5 fasa needham

gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

         Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

         Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

         Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

         Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.   TEKNIK INKUIRI

         Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.          Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau

kesimpulan yang berorientasikan masalah.          Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.          Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan

minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana'. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

         Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

         Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1.    Proses mengenali masalah 2.    Mengkaji ramalan 3.    Mengumpul maklumat 4.    Menganalisis 5.    Membuat rumusa

  TEKNIK PERBINCANGAN 1.    Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan

mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas.

2.    Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

3.    Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi.

4.    Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

5.    Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

6.    Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7.    Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan

dijalankan. 8.    Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih

seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

9.    Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.   TEKNIK FORUM

Page 63: 5 fasa needham

1.    Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.

2.    Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

3.    Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

4.    Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. TEKNIK PERBAHASAN

1.    Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

2.    Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.

3.    Antara manfaat teknik ini ialah : 4.    Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5.    Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan

teratur 6.    Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang

betul dan laras bahasa yang sesuai. 7.    Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8.    Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9.    Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di

kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada

perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ

         Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British ( BBC )

         Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.

         Tujuannya ialah :          Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar

mengenai topik-topik tertentu.          Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.          Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan

soalan-soalan secara teka-teki.          Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.          Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi

bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.          Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu

:          Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan

penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu

matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 – 4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli adalah

yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan

Page 64: 5 fasa needham

bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang

maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya.

TUJUH PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF 

Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip asas. Prinsip-

prinsip itu adalah:

a)       a)Saling bergantungan positif (Positive Interdependence)

Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling bergantung antara satu sama lain untuk

mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan

lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling bergantungan

positif. Antaranya ialah:

b)                   i)Tetapkan matlamat kumpulan yang jelas.

c)                   ii)Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan.

d)                   iii)Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan.

e)                   iv)Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan.

f)        b)Interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction )

Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak interaksi di antara

ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang telah distrukturkan akan menggalakkan

pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-

pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan

usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

g)       c)Akauntibiliti Individu ( Individual Accountability)

Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan

untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan

menjadi individu yang berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara

koperatif, setiap ahli kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara bersendirian. Cara

menstruktur akauntibiliti individu ialah:

h)                   i)Memberi ujian individu kepada semua pelajar.

i)                     ii)Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan jawapan kumpulan.

j)                     iii)Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk digredkan.

k)       d)Penglibatan saksama

Kemahiran-kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud secara

automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga didorong untuk menggunakan

kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan kumpulan yang produktif.

Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah:

i)                     i)Mengikut giliran untuk membuat kerja.

ii)                   ii)Memberi galakan kepada kumpulan.

iii)                  iii)Mendengar dengan teliti.

iv)                  iv)Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas.

v)                   v)Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.

Page 65: 5 fasa needham

l)         e)Pemprosesan Kumpulan ( Group Processing )

Ia juga dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan pergantungan dan

penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan berkesan. Ini dapat dilihat di akhir perbincangan

atau aktiviti pengajaran. Perlakuan yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus

diperbaiki pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan sekali-sekala.

m)     f)Kemahiran sosial

Setiap ahli kumpulan peulu mempunyai kemahiran sosialuntuk membolehkan kumpulan koperatif berjalan

dengan jayanya. Kagan 91992) menghujahkan kepentingan kemahiran sosial sebagai yang berikut:

  Lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal memperolehi kerja pertama kerana kekurangan kemahiran sosial

daripada pelajar yang kekurangan kemahiran teknikal.

  Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaanhidup hari ini.

  Pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja

di tempat di mana saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.

n)       g)Interaksi serentak (IS)

IS berlaku bila mana bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas

tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun manakala dalam kelas

koperatif, perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS juga mempertingkatkan

penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar.

JENIS-JENIS MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN STRATEGI-STRATEGIYANG

DIGUNAKAN DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF

i. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Menurut Sharan & Hertz – Lazarowitz 1980; Sharan & Sharan, 1990, Group Investigation – GI / penyiasatan

berkelompok ialah kaedah koperatif yang membolehkan murid merancang melakukan satu kursus pembelajaran.

Ini termasuk mengenalpasti satu topik yang disiasat, merancang dan membolehkan penyiasatan serta

menyediakan pesembahan terakhir. Ini bermakna penyiasatan berkelompok ialah satu kaedah pengajaran di

dalam bilik darjah di mana para pelajar bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk memeriksa,

mengalami dan memahami topik kajian mereka.

ii) Team – Accelerated Instruction- Mathematics (TAI)

TAI ialah pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran koperatif dalammatematik. TAI menyatukan

pembelajaran koperatif dengan kebebasan bertindak secara individu iaitu membolehkan guru membentuk kelas

matematik heterogenius untuk memberikan murid yang pencapaiannya rendah meningkatkan tahapnya dan

mempercepatkan kurikulum biasa sama seperti murid yang tinggi pencapaiannya. Bahan-bahan TAI dapat

menggantikan sepenuhnya buku teks dengan bahan yang direka istimewa spesifik untuk program. Dalam TAI,

murid ditentukan kepada kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

iii)                  iii)Student Team Achievement Division (STAD)

STAD ialah satu kaedah pembelajaran koperatif yang berasal dari Hopkins. Ianya adalah satu kaedah yang

mudah dan praktikal. Dalam STAD, guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan

penilaian individu. Kumpulan akan memperolehi sijil atau apa-apa penghargaan kejayaan apabila melakukan

perubahan berbanding masa lepas sebagai pengiktirafan.

Page 66: 5 fasa needham

iv)                  iv)Learning Together (LT)- Belajar Bersama

Menurut Johnson & Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli kumpulan di dalam kumpul kecil

heterogenius secara koperatif untuk saling menyempurnakan matlamat pembelajaran. Bersama-sama ahli

kumpulan bekerja keras atas tugasan akademik yang sering melibatkan perancangan serta perpaduan hasil

kumpulan. Kemahiran sosial, latihan dan cara memproses diperlukan. Kumpulan yang mencapai kriteria untuk

kejayaan sempurna akan berkongsi ganjaran.

v)                   v)Jigsaw

Jigsaw telah diperkenalkan oleh Elliot Aronson (1978) dan rakan-rakan. Ia ialah satu daripada model koperatif

yang menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka pelajari. Model ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle.

Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian maklumat yang mereka

pelajari. Kunci idea dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu pasukan akan menjadi dalam bab tertentu dan

bertanggungjawab mengajar apa yang telah mereka pelajari kepada rakan di dalam kumpulan.

vi)                  vi)Team – Games Tournament (TGT)

TGT telah dicipta oleh Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa aktiviti pengajaran seperti berikut:

vi)      a.Pengajaran

Guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk syarahan, demonstrasi dan

pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian mereka akan

bekerja mengikut lembaran kerja yang disediakan oleh guru untuk menguasai konsep.

vii)    b.Pertandingan

Murid-murid bermain permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap pertandingan, meja akan diwakili 3

atau 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

KESIMPULAN

Sememangnya pembelajaran koperatif ini memberi kesan yang baik dalam pembelajaran matematik. Ini kerana

ia mendedahkan murid-murid berkomunikasi dan berkongsi segala apa yang diperolehi bersama.

Kaedah Pembelajaran KontekstualAPAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual? Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.

Page 67: 5 fasa needham

Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

PERSEDIAAN MENGAJAR MENGGUNAKAN MODEL

KONSTRUKTIVISME

Bidang : Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

Tajuk : Perubahan Fasa-fasa Bulan

Standard kandungan : 10.4 Memahami fasa-fasa bulan

Standard pembelajaran : 10.4.3 Menerangkan perubahan fasa-

fasa

                 Bulan

Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat;

Page 68: 5 fasa needham

          1. Menceritakan bentuk fasa bulan mengikut kedudukan

bulan

               yang berlainan.

          2. Menyusun perubahan fasa bulan mengikut urutan yang

betul

Masa : 60 minit

Pengetahuan sedia ada : 1. Bulan tidak mengeluarkan cahaya

sendiri

                                           2. Bulan memantulkan cahaya

matahari ke

         bumi.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASIPersediaan

Pemerhatian dan penggumpulan maklumat

Indikator Amalan

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan dan sentuhan.

1.1.6 Mengenalpasti fenomena dengan tepat

Guru menyediakan“Permainan Sentuhan

Minda”

Murid melakukan percubaan dan membuat pemerhatian.

Adakah terdapat perubahan bentuk bulan semasa edaran

mengelilingi bumi?

Terangkan mengapa perubahan fasa-fasa bulan

berlaku?

Imaginasi

Penjanaan dan sintesis idea

Indikator Amalan

2.1.2 Menghasilkan idea secara berterusan

Guru menyediakan dan menyusun alatan di kawasan terbuka.

Murid melakukan aktiviti gerak edar mengelilingi bumi sambil membuat lakaran bentuk fasa bulan.

Mengapa kita hanya dapat bahagian tertentu sahaja yang bercahaya?

Terangkan arah peredaran bulan semasa membuat satu edaran lengkap?

Page 69: 5 fasa needham

2.2.2 Menghasilkan bentuk  komunikasi yang unik melalui rajah dan lakaran.

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASIPerkembangan

Aplikasi Idea

Indikator Amalan

2.1.3 Menghasilkan idea yang berrmakna.

2.2.2 Menghasilkan bentuk  komunikasi yang unik melalui rajah dan lakaran.

3.1.1 Menokok tambah idea

Guru mengedarkan kad fasa-fasa bulan.

Murid membuat pengelasan dan membina fasa-fasa bulan mengikut urutan yang betul.

Susunkan kad fasa fasa bulan mengikut urutan yang sebenar.

Tindakan

Pelaksanaan

Setiap kumpulan membuat pembentangan keputusan yang diperolehi.

Guru membuat ulasan dan menyatakan kesimpulan secara keseluruhan.

Adakah anda rasa hasil kajian ini tepat?

Adakah anda berpuas hati dengan hasil dapatan yang diperolehi?

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASIPentaksiran Guru Mengedarkan lembaran

kerja

LAMPIRAN 1LAMPIRAN 2

Murid melengkap dan menyiapkan lembaran kerja.

PENILAIAN PEKA5/4/10.4/1

Page 70: 5 fasa needham

5/4/10.4/25/4/10.4/3KPSMemerhati, mengelas, mengukur, berkomunikas, mendifinisi secara operasiKMMenggunakan apparatus correctlySet up the apparatusDraw a

RefleksiNilai dan sikap Kerjasama, jujur, ketepatan

keputusan

Model KonstruktivismeBidang  :  Menyiasat Alam KehidupanTajuk     : Perlindungan Diri Dari BahayaStandard Kandungan :   Murid dibimbing untuk :                                                3.1  haiwan mempunyai ciri-ciri dan tabiat tersendiri untuk melindungi dirinya                                                3.2  mengenalpasti tabiat khas haiwan untuk melindungi diri dari bahaya

Masa     :               60 minit

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1.PersediaanPemerhatian

Indikator Amalan1.1.1          Menggunakan

deria penglihatan, sentuhan1.1.6  mengenalpasti ciri objek dengan tepat

Guru mempamerkan model/gambar pelbagai jenis haiwan.

Murid membuat pemerhatian

1.Apakah yang kamu dapat lihatpada model / gambar yang dipamer ?

2.ImaginasiPenjanaan Idea

Indikator Amalan1.1.6 mengenalpasti ciri objek dengan tepat

Guru menunjukkan satu model haiwan .( rusa ).Guru bertanyakan soalan

1.Bagaimanakah haiwan ini menyelamatkan diri sekiranya berhadapan dengan   harimau ?

2. Bagaimanakah ciri-ciri tersebut dapat membantu

Page 71: 5 fasa needham

1.1.1 menggunakan deria penglihatan dan sentuhan

3.Perkembangan

Penjanaan Idea

Indikator Amalan

Menilai3.2.2 menyatakan kekuatan dan kelemahan , kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu

Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan

Guru mengedarkan 5 jenis model yang berlainan kepada setiap kumpulan

Guru mengedarkan papan putih kecil dan maker pen

Murid menncirikan model haiwan tersebut

haiwan tersebut melindungidiri?

1. Nyatakan ciri-ciri haiwan yang dapat melindungi diri dari bahaya ?

4. Tindakan

Pelaksanaan

Indikator Amalan4.1.1  Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus

Amalan Berterusan4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan

Guru membuat ulasan  untuk setiap pembentangan dan mencirikan semula ciri-ciri yang terdapat pada setiap model haiwan dalam mempertahankan diri daripada musuh.

1.Apakah pengetahuan baru yang anda dapat dari penbentangan rakan-rakan anda?

2. Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda ?

5. Pentaksiran Guru mengedarkan lembaran kerja

Lampiran 1

Murid menyiapkan lembaran kerja

Refleksi

Nilai dan sikap Bekerjasama, bertolak ansur

Page 72: 5 fasa needham

Posted by ZARISHAM ZAKARIA at 01:02