rph pjk menggolek bola

11
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Kelas : 2 Pintar Bil. Murid : 18 Orang Tarikh : 17 September 2013 ( Selasa ) Masa : 0745 – 0815 pagi ( 30 Minit ) Standard Kandungan : Kemahiran Pergerakan 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul Standard Pembelajaran : 1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul 2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat : i) Psikomotor : Dapat menggolek bola menyentuh sasaran. ii) Kognitif : Menyatakan bagaimana mereka mengaplikasikan daya yang berbeza untuk jarak pergerakan objek yang berbeza.

Upload: mary-sharpe

Post on 14-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rph golek bola

TRANSCRIPT

Mata Pelajaran : Pendidikan JasmaniKelas : 2 PintarBil. Murid : 18 Orang Tarikh :17 September 2013 ( Selasa )Masa : 0745 0815 pagi ( 30 Minit )

Standard Kandungan : Kemahiran Pergerakan

1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul

Standard Pembelajaran :

1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal

Objektif Pembelajaran :

Di akhir pengajaran murid dapat :

i) Psikomotor : Dapat menggolek bola menyentuh sasaran. ii) Kognitif : Menyatakan bagaimana mereka mengaplikasikan daya yang berbeza untuk jarak pergerakan objek yang berbeza. iii) Afektif : Menunjukkan minat, kesungguhan dan keyakinan diri semasa melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.

EMK : Kreativiti dan inovasi.

Bahan Bantu Belajar :

ALATANBILANGAN

Gelung rotan2

Skitel 8

Bola tenis16

Bola jaring8

Wisel 1

Komputer riba1

Pembesar suara1

Papan markah1

Langkah Aktiviti Pengelolaan / OrganisasiCatatan / Alatan

Permulaan( 5 Minit )Memanaskan Badan

1. mari menggolek bola

1. Guru meminta murid berkumpul di hadapan guru dengan membentuk separa bulatan. Guru menunjukkan pergerakan untuk regangan. Murid melakukan regangan bersama guru.

gurur

2. Guru memberikan penerangan bagaimana aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid.3. Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan.4.Setiap kumpulan mendapat sebiji bola.5. Murid akan membuka kaki aras bahu.6. Bola akan digolek dari hadapan sehingga belakang 7. Murid yang paling belakang akan membawa bola tersebut ke depan dan menggoleknya lagi.8. Permainan tamat apabila giliran tamat.9. Kumpulan yang paling cepat tamat giliran akan dikira sebagai pemenang.

BBB :Bola

Aspek Keselamatan :Berhati-hati semasa berlari supaya tidak terjatuh.

Petunjuk:

Murid

Arah bola digolek

skitel

Perkembangan 1 ( 5 Minit )

Akiviti 1Golek bola jauh dan dekat

1. 4 skitel disusun secara zig-zag dengan jarak yang berbeza.2. Setiap skitel ditanda dengan nombor 1 hingga 4.3. Jarak antara skitel 1 dan 2 ialah 5 meter, skitel 2 dan 3 ialah 3 meter manakala skitel 3 dan 4 ialah 5 meter.4. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. 5. Guru mengarahkan murid untuk menggolek bola ke sasaran skitel-skitel yang berbeza jarak.6. Murid boleh menggolek sambil tukar tangan.7. Bola akan dihantar kepada rakan sekumpulan yang menunggu di skitel 4.8. Murid seterusnya akan menggolek bola dan menghantar kepada rakan sekumpulan di skitel 1.7. Aktiviti tamat apabila giliran murid telah habis.

2

4

31

Peralatan akan disusun untuk 2 kumpulan Permainan dijalankan serentak untuk 2 kumpulanBBB:BolaSkitel

Petunjuk: Skitel

Murid

Jarak 5 meter

Jarak 3 meter

Perkembangan 2 ( 6 Minit )

Kemuncak ( 10 minit )Aktiviti 2Menggolek bola masuk dalam gelung

Permainan KecilMenggolek untuk menggerakkan bola

1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (8 orang setiap kumpulan).2. Setiap kumpulan akan diberikan 16 bola tenis ( 2 bola setiap seorang).3. Setiap kumpulan akan berada dalam bulatan dan gelung diletakkan di tengah-tengah dengan jarak 3 meter daripada murid. 4. Murid akan cuba menggolek bola tenis untuk masuk ke dalam gelung tersebut.5. Permainan dijalankan serentak untuk 2 kumpulan.

1.Guru mengarahkan murid berkumpul dan membahagikan murid kepada 4 kumpulan (4 orang setiap kumpulan). 2 kumpulan akan berada dalam satu set permainan. 2. Setiap ahli akan mempunyai sebiji bola .3. Sebiji bola akan diletakkan di tengah-tengah.4. Setiap ahli kumpulan akan menggolekkan bola masing-masing ke arah bola yang berada di tengah-tengah untuk menggerakannya ke kawasan pihak lawan. Setiap murid mempunyai sekali peluang sahaja. Bola daripada pihak lawan tidak boleh digunakan.6. Pihak lawan akan cuba menghalang. 7. Masa permainan adalah selama 2 minit. Jika giliran telah tamat, permainan juga dikira tamat.8. Mata akan diambil apabila masa tamat. Jika bola berada di kawasan lawan, 10 mata akan diperolehi oleh kumpulan tersebut.9. Jika bola berada dalam kawasan sendiri, pihak lawan akan mendapat 10 mata.10. Permainan akan dijalankan untuk 3 pusingan.

.

BBBGelung Bola tenis

Soalan KBAT:Bagaimanakah anda menentukan kekuatan menggolek bola?Jangkaan Jawapan: Golek lebih kuat untuk jarak yang jauh.Golek perlahan untuk jarak yang dekat.

Petunjuk:

murid

gelung

BBBBola Bola tenisSkitel

KeselamatanSetiap ahli perlu berhati-hati semasa bermain.Pastikan bola tidak dibaling (hanya menggolek).

Nilai Kerjasama dan semangat berpasukan dalam permainanEMK Kreativiti dan inovasiStandard Prestasi B2D1E2

Petunjuk: skitel

Bola

Ahli kumpulan A

Ahli kumpulan B

Penutup ( 4 Minit )Aktiviti Menyejukkan Badan1.Memainkan muzik yang berirama perlahan.2.Guru melakukan pergerakan yang perlahan.3.Murid perlu mengikuti perlakuan yang dilakukan oleh guruBBB Komputer RibaPembesar suara

Kerja susulanSebelum bersurai, guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.Lembaran Kerja

Refleksi :