rph kemahiran hidup pendidikan khas - perkebunan

6
Matapelajaran : Kemahiran hidup Kelas : PKA Bil. Murid : 4 orang Tarikh/Hari : 4 April 2011 / Isnin Masa : 9.00 – 10.00 pagi Topik : 4.0 Perkebunan Subtopik : 4.6 menanam pokok Pengetahuan Sedia Ada i) Murid mengetahui beberapa alatan untuk berkebun Objektif Pengajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: i) Mengenal pokok yang ditanam ii) Melakukan amali penanaman anak pokok terung Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, matematik, bahasa inggeris Kemahiran Manipulatif Terapi : pertuturan, carakerja Penerapan Nilai : kebersihan diri, berhati-hati, cintakan alam sekitar, BBM : sudip tangan, bekas, pasu plastik, anak pokok terung, penyiram, 3 jenis tanah 1 | Page

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 01-Jul-2015

3.153 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - perkebunan

Matapelajaran : Kemahiran hidup

Kelas : PKA

Bil. Murid : 4 orang

Tarikh/Hari : 4 April 2011 / Isnin

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Topik : 4.0 Perkebunan

Subtopik : 4.6 menanam pokok

Pengetahuan Sedia Ada

i) Murid mengetahui beberapa alatan untuk berkebun

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

i) Mengenal pokok yang ditanamii) Melakukan amali penanaman anak pokok terung

Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, matematik, bahasa inggeris

Kemahiran Manipulatif

Terapi : pertuturan, carakerja

Penerapan Nilai : kebersihan diri, berhati-hati, cintakan alam sekitar,

BBM : sudip tangan, bekas, pasu plastik, anak pokok

terung, penyiram, 3 jenis tanah

1 | P a g e

Page 2: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - perkebunan

Langkah/Masa

Isi Pengajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set induksi (5 minit)

Pengenalan topik – lakonan sebagai penyamun yang malang

GURU MURID TEKNIK: lakonan

TERAPI: pengamatan

BBM:Replika sayur, video lagu

NILAI:Bersemangat, tidak mudah putus asa.

1. guru menerangkan kepada murid watak yang akan dilakonkan oleh guru dan pembantu pengurusan murid.

2. guru meminta murid mengamati lakonan guru dan pembantu pengurusan murid sebagai penyamun diiringi lagu dari Nujum Pak Belalang.

3. guru bersoal-jawab dengan murid tentang lakonan guru.

4. Guru mengaitkan lakonan dengan pelajaran pada hari ini.

1. murid melihat, mengamati dan cuba memahami watak yang dilakonkan oleh guru.2. murid membuat pengecaman dan menjawab mengikut pemerhatian terhadap lakonan guru tadi.

3. murid mendengar dan memerhati.

Langkah 1

(10 minit)

Penerangan ringkas tentang aktiviti, keadaan dan kepentingan berkebun.

1. guru menerangkan serba sedikit tentang perkebunan.2. guru meminta murid bergerak ke ruang tayangan untuk untuk menunjukkan contoh perkebunan.3. guru menayangkan video Upin&Ipin episod berkebun.

4. guru bersoal-jawab tentang kebaikan berkebun dan cara menanam sayur.

1. murid mendengar dan memerhati.

2. murid beredar ke ruang tayang.

3. murid mengamati dan memerhati video yang ditayangkan.4. murid memberi jawapan secara lisan berdasarkan video yang telah dilihat.

TEKNIK: penerangan

BBM: video

NILAI:Rajin,

2 | P a g e

Page 3: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - perkebunan

Langkah 2

(20 minit)

Tunjuk cara penanaman anak pokok

1. guru meminta murid bergerak ke kawasan kebun dengan berhati-hati dengan berkumpul dikawasan yang telah diarahkan.2. murid diminta duduk dikawasan yang lapang.3. guru menunjukkan langkah keselamatan dengan memakai sarung tangan dan topi.4. guru menunjukkan alatan yang harus digunakan iaitu, sudip tangan, bekas, penyiram dan fungsinya.5. guru menunjukkan medium penanaman yang digunakan untuk menanam anak pokok.6. guru menerangkan satu persatu langkah untuk menanam anak pokok kedalam pasu.7. guru menunjukkan cara membuat campuran medium tanaman.8. guru memasukkan medium penanaman didalam pasu.9. guru membuat lubang ditengah campuran medium dan meletakkan anak pokok yang di sediakan.10. Guru menyiram tapak semaian dengan menggunakan penyiram.11. guru menunjukkan terung yang akan dihasilkan oleh anak pokok tersebut.

1. murid bergerak ke kawasan kebun.

2. murid duduk di kawasan lapang mengikut arahan.3.. murid mengamati, mendengar dan melihat apa yang ditunjukkan oleh guru.

BBm Pasu, sudip tangan, sarung tangan, penyiram, anak pokok terung,tanah

TERAPI: carakerja dan motor halus.

NILAI:Cintakan alam sekitar, berhati-hati

3 | P a g e

Page 4: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - perkebunan

Langkah 3

(20minit)

Amali perkebunan – menanam anak pokok terung

1. Guru mengagihkan alatan dan perkakasan untuk menanam kepada murid.2. Guru membimbing murid menyediakan medium penanaman seperti langkah yang ditunjukkan tadi.

3. Guru memantau dan membimbing murid menanam anak pokok terung didalam pasu.4. Guru memantau dan membimbing murid menggunakan penyiram untuk melembabkan tanah.

5. guru meminta murid mengemaskan alatan dan menyusun anak pokok yang telah ditanam dengan teratur.6. guru meminta murid masuk ke kelas dalam barisan.

1. Murid mengambil alatan dan memakai sarung tangan sebagai langkah keselamatan.2. Murid mengambil medium penanaman dan mencampurkan sebelum memasukkan medium yang telah digaulkan ke dalam pasu.3. Murid mengambil dan menanam anak pokok terung dengan bimbingan guru.4.Murid melembabkan medium penanaman dengan menggunakan penyiram air.5. murid mengemaskan alatan dan menyusun pasu yang telah ditanam dengan anak pokok.6. murid masuk ke kelas dengan pengawasan.

BBM:Sudip tangan, bekas kecil, penyiram, tanah

NILAI:cermat, berhati-hati, cintai alam sekitar.

TERAPI: pengamatan carakerja, motor halus dan kasar.

Penutup (5 minit)

Rumusan Pengajaran

1. guru mengadakan satu kuiz berkaitan dengan perkebunan.

2. murid yang tidak dapat menjawab soalan didenda dengan mengemas dan membersihkan peralatan perkebunan.

1. Murid mendengar dan mengamati dan menjawab secara lisan.

4 | P a g e