rph geo borad
DESCRIPTION
IPGMTRANSCRIPT
1
Bahan Bantu Belajar: Papan Geo
2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata pelajaran: Matematik
Topik: Bentuk dan Ruang
Kelas: 4M
Bilangan murid: 40 orang
Tarikh: 1 Februari 2012
Masa: 8.00-9.00 pagi
3
Objektif Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid-murid berupaya untuk:i. Mengenal pasti konsep luas permukaan
bentuk 2 dimensi iaitu segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga tepat.
ii. Mengenal pasti cara mengira luas permukaan bentuk 2 dimensi iaitu segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga tepat dengan berpandukan papan Geo dan menggunakan formula.
4
Pengetahuan sedia ada:Murid-murid telah mengetahui bentuk 2 dimensi iaitu segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga tepat.
Nilai murni:Kerjasama, disiplin dan teliti
Kemahiran berfikir:
Menjana idea, mencirikan dan mengira
Bahan bantu mengajar:Papan Geo, gelung getah
5
Proses /Masa yang diperuntu
kkan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi( 5 minit )
1. Guru menunjukkan bahan yang terdiri daripada bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga tepat.
2. Selepas itu, guru meminta murid-murid untuk menunjukkan bahan yang terdiri daripada bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga tepat yang terdapat di dalam kelas.
BBM: kertas berwarna yang mempunyai bentuk
6
Proses /Masa yang diperuntu
kkan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Perkembanganpertama( 10 minit )
1. Guru mengajar murid-murid untuk mengenal pasti nama sisi bentuk 2 dimensi seperti panjang dan lebar untuk segi empat sama dan tepat serta tinggi dan tapak untuk segi tiga tepat dengan menunjukkannya pada papan geo.
Contohnya:
BBM: Papan geo
lebar
panjang
tinggi
tapak
Proses /Masa yang diperuntu
kkan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Perkembangankedua( 20 minit )
2. Dengan berpandukan papan geo, guru mengajar murid-murid untuk mencari luas permukaan bentuk 2 dimensi dengan mengira bilangan kotak dalam bentuk pada papan geo.
Contohnya:
BBM: Papan geo
= 4 unit per segi= 4 cm2
= 1 unit per segi= 1 cm2
1 cm
1 cm
2 cm
2 cm
Proses /Masa yang diperuntu
kkan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Perkembangankedua( 20 minit )
3. Murid-murid diminta keluar ke hadapan untuk mengira luas permukaan bentuk 2 dimensi yang dibina oleh guru pada papan geo dengan mengira bilangan kotak dalam bentuk.
Contoh:
BBM: Papan geo
9
Proses /Masa yang diperuntu
kkan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
PerkembanganKetiga(20 minit)
4. Akhirnya, guru mengajar murid-murid mengira luas permukaan bentuk 2 dimensi dengan menggunakan formula iaitu:
Luas permukaan segi empat sama
dan segi empat tepat = Panjang x Lebar
Luas permukaan segi tiga tepat=1/2 (Tapak x Tinggi)
10
Proses /Masa yang diperuntu
kkan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
PerkembanganKetiga(20 minit)
5. Murid-murid berada dalam empat orang satu kumpulan untuk aktiviti permainan.
Contoh: Guru memberi luas
permukaaan bentuk tertentu dan meminta murid-murid untuk membina bentuk yang ditetapkan pada papan geo. Kumpulan yang paling cepat merupakan pemenang.
11
Proses /Masa yang diperuntu
kkan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Penutup ( 5 minit )
Guru membuat kesimpulan tentang pengajaran pada hari itu. Guru juga meminta murid-murid memberi pendapat tentang apa yang mereka pelajari pada sesi pembelajaran ini.
Guru memberikan latihan kepada murid.
12
Sekian, terima kasih!