pbs geo p3

34
951223-06-5156 1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum wbt, pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, iaitu Tuan Haji Rozi bin Haji Mat Sani kerana membenarkan saya dan rakan- rakan untuk menjalankan kajian lapangan di Kuala Sentul, tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran Geografi saya Encik Hairul Nizam bin Ab Rahman dan Puan Hajah Nurashikin Leong binti Abdullah yang memberi banyak tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya , Aslinawati binti Wahab dan Mat Yusof bin Muda@Abdullah yang banyak memberikan sokongan dari segi kewangan kepada saya bagi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan yang banyak membantu untuk menjayakan kajian ini. 1

Upload: syarmimi-yusof

Post on 20-Dec-2015

329 views

Category:

Documents


61 download

DESCRIPTION

GEOGRAFI PENGGAL 3

TRANSCRIPT

Page 1: PBS GEO P3

951223-06-5156

1.0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt, pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih

kepada Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, iaitu Tuan Haji

Rozi bin Haji Mat Sani kerana membenarkan saya dan rakan-rakan untuk menjalankan

kajian lapangan di Kuala Sentul, tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran Geografi

saya Encik Hairul Nizam bin Ab Rahman dan Puan Hajah Nurashikin Leong binti

Abdullah yang memberi banyak tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan

sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya , Aslinawati binti Wahab

dan Mat Yusof bin Muda@Abdullah yang banyak memberikan sokongan dari segi

kewangan kepada saya bagi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan

yang banyak membantu untuk menjayakan kajian ini.

1

Page 2: PBS GEO P3

951223-06-5156

2.0 PENGENALAN

Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia.Sejak dahulu lagi,

manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungaikerana sungai berfungsi sebagai

alat pengangkutan dan perhubungan,sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian

selain membekalkansumber protein kepada manusia.Menurut Sulong Mohamad, 2005

dengan berkembangnya bandar dankegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti

sungai mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan

dan pencemaran. Secara semulajadinya sungai mengalami hakisan dan pemendapan

disebabkan faktor manusia dan faktor fizikal.Malaysia mempunyai pelbagai jenis sungai

yang terkenal.Contohnya seperti Sungai Rajang, Sungai Klang, Sungai Pahang dan

sebagainya. Sungai juga memiliki pelbagai bentuk, jenis serta keistimewaannya yang

tersendiri

Atas kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar khususnya kestabilan sungai, maka

saya membuat kajian tentang hakisan dan pemendapan sungai yang melibatkan aspek ciri

fizikal, faktor pembentukan ciri fizikal, kesan hakisan atau pemendapan sungai dan

cadangan untuk meningkatkan potensi sedia ada sungai tersebut.Kawasan kajian yang

telah saya pilih ialah di Sungai Yeh di Maran, Pahang.Saya memilih kawasan kajian ini

kerana kerana sungai ini berdekatan dengan kawasan kediaman saya.Perkara ini

memudahkan saya untuk menjalankan kajian lapangan di kawasan sungai tersebut.

Di sebalik keindahan Sungai Yeh terdapat beberapa isu yang telah dikaji.Antaranya ialah

masalah hakisan dan pemendapan.Isu ini telah menyebabkan hakisan yang boleh

mengakibatkan tanah runtuh jika berlakunya hakisan hidraulik. Hakisan ini

akanmembentuk lubuk tunjam. Bagi isu pemendapan pula, tanah sungai akan menjadi rata

dan tanah di kawasan sekeliling sungai menjadi rata. Maka, kebarangkalian untuk

berlakunya banjir di kawasan tersebut adalah lebih tinggi apabila berlakunya aktiviti

manusia di kawasan itu contohnya aktiviti perladangan kelapa sawit dan pembinaan jalan

raya.

Selain itu, di kawasan kajian juga terdapat masalah pencemaran sampah sarap yang

menjadi isu.Perkara ini bukan sahaja menjadi salah satu masalah di Sungai Yeh malah

menjadi masalah kepada sungai-sungai di Malaysia.Masalah pencemaran di kawasan yang

telah saya kaji telah memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal dan juga manusia.

2

Page 3: PBS GEO P3

951223-06-5156

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ciri morfometri sungai dan kesan hakisan serta pemendapan di Sungai Yeh secara

amnya adalah untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Geografi STPM 2014, manakala

secara khususnya adalah bertujuan untuk :

1. Mengenal pasti ciri sungai yang dikaji.

2. Menganalisa faktor yang mempengaruhi pembentukan ciri Sungai Yeh.

3. Mengkaji kesan hakisan atau pemendapan sungai terhadap persekitaran manusia di

kawasan kajian.

4. Membincangkan cadangan untuk meningkatkan potensi sedia ada di Sungai Yeh.

3

Page 4: PBS GEO P3

951223-06-5156

4.0 LOKASI KAJIAN

4.1 Ciri Fizikal Kawasan Kajian

Saya memilih kawasan kajian ini kerana jaraknya berdekatan dengan sekolah

saya.Keadaan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya pada bila-bila

masa.Sungai Yeh merupakan kawasan sungai yang sering dikunjungi oleh ramai

penduduk yang berdekatan kerana ciri fizikal yang cantik serta sempurna dengan alam

semulajadinya.Kawasan kajian ini juga dikelilingi dengan kegiatan pertanian

penduduk iaitu getah dan juga sawit.Kawasan yang telah saya kaji ini mempunyai

permukaan bumi yang berbukit dan beralun. Manakala, kedudukan longitud bagi

Sungai Yeh ialah 1029 45’S dan kedudukan latitud pula ialah 039 35’U. Kawasan

Sungai Yeh berada di mukim Chenor Daerah Maran.Di sepanjang sungai terdapat

pelbagai spesies tumbuhan dan pokok seperti pokok buluh, pokok kemunting dan lain-

lain.

4.2 Ciri Budaya Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya adalah Sungai Yeh Kuala Sentul atau lebih dikenali sebagai

Lubuk Ujid.Kawasan ini berhampiran dengan Bandar Maran.Kem Biro TataNegara

Maran juga terletak di kawasan kajian saya ini. Sungai Yeh dihubungi melalui kalan

di kawasan Felda Jengka iaitu Felda Jengka 2, Felda Jengka 3 dan Felda Jengka 4 dan

jarak tempat kajian dari sekolah adalah kira-kira 30 kilometer. Kawasan ini

merupakan sebuah rancangan pembangunan tanah di bawah gugusan tanah rancangan

Wilayah Jengka.Felda ini mempunyai kelompok peneroka yang datang dari pelbagai

bangsa dan kaum.Berdekatan kawasan kajian terdapatnya sebuah kuil yang menjadi

tarikan kaum yang beragama Hindu.Hal ini, sekaligus meningkatkan kedatangan

pengunjung ke kawasan Sungai Yeh.Komuniti yang tinggal di sekitar kawasan kajian

adalah dari golongan peneroka dan kaum orang asli.

4

Page 5: PBS GEO P3

951223-06-5156

Gambar 1 : Lokasi sungai kajian

Gambar 2 : Lokasi kawasan kajian

5

Page 6: PBS GEO P3

951223-06-5156

Peta 1: Lokasi kajian pada peta Maran.

6

Sungai Yeh

Page 7: PBS GEO P3

951223-06-5156

7

Page 8: PBS GEO P3

951223-06-5156

5.0 KAEDAH KAJIAN

Untuk menjayakan kajian, saya menggunakan kaedah primer dan sekunder.Kaedah primer

ialah pemerhatian dan pengukuran manakala kaedah sekunder ialah rujukan perpustakaan

dan laporan.

5.1 Kaedah untuk Memperoleh Data Primer

5.1.1 Pemerhatian dan Pencerapan

Kaedah pemerhatian dan pencerapan banyak membantu saya dan rakan-

rakan semasa menjalankan kajian ini. Kaedah ini membolehkan saya

untuk mentafsir ciri-ciri fizikal sungai,faktor pembentukan ciri sungai

dan kesan hakisan serta pemendapan sungai dengan lebih terperinci dan

jelas. Kaedah ini juga membolehkan saya melakukan kajian dengan

lebih mendalam terhadap sungai tersebut.Kaedah pemerhatian ini telah

saya lakukan pada 4 Julai 2014.Saya juga membuat rakaman foto

dengan menggunakan kamera untuk dijadikan sebagai bukti kajian ini

telah dilaksanakan.Kaedah ini dimulakan dengan melihat struktur

subjek yang dikaji.Saya juga mengaplikasikannya untuk mentafsir ciri

hakisan dan pemendapan sungai yang berlaku.

Gambar 3 : Lokasi sungai yang dikaji

5.1.2 Kaedah Pengukuran

8

Page 9: PBS GEO P3

951223-06-5156

Kaedah pengukuran yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk

mendapatkan bacaan kedalaman dan kelebaran sungai supaya analisis

dapat dilakukan. Tujuan kaedah bagi mengenal pasti hakisan dan

pemendapan dan ciri sungai di kawasan tersebut serta mengambil

bacaan purata halaju air Sungai Yeh. Nilai yang diperolehi telah

membantu saya dan rakan-rakan semasa proses dapatan kajian. Antara

beberapa jenis alatan digunakan semasa mengukur ialah pita pengukur,

kayu pancang, kalkulator, pen dan kertas serta beberapa biji bola ping

pong yang digunakan untuk membantu pengiraan purata halaju air.

Titik tersebut diplotkan agar sejajar dan selaras. Kerja-kerja

penyelarasan dengan kayu pancang jajar dan pita pengukur digunakan

untuk mengukur kelebaran dan kedalaman kawasan sungai.Data yang

diperoleh dicatatkan di dalam kertas.

5.1.3 Peralatan Yang Digunakan

Antara peralatan yang digunakan untuk menjalankan kajian adalah

seperti jam randik,bola ping pong, kayu pancang dan pita pengukur.

Gambar 4: Alat yang digunakan untuk mengira purata halaju air

9

Page 10: PBS GEO P3

951223-06-5156

Gambar 5: Pita pengukur yang digunakan untuk mengukur kelebaran

dan panjang sungai.

Gambar 6 : Bola ping pong yang digunakan untuk mengira purata

halaju air sungai

10

Page 11: PBS GEO P3

951223-06-5156

5.2 Kaedah untuk Memperoleh Data Sekunder

Untuk menjayakan kajian dan melengkapkan laporan hasil dapatan kajian, saya

mengaplikasikan kaedah sekunder bagi mendapatkan maklumat tambahan

mengenai hakisan dan pemendapan di kawasan sungai.Kaedah rujukan di

perpustakaan dan internet dilakukan untuk tujuan tersebut.

5.2.1 Kaedah Rujukan Perpustakaan

Tujuan kaedah sekunder ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat

mengenai ciri fizikal kawasan sungai, faktor pembentukan ciri

fizikal,kesan hakisan dan pemendapan sungai dan cadangan bagi

meningkatkan potensi di kawasan sungai tersebut. Antara sumber yang

telah menjadi rujukan saya di perpustakaan ialah dari sumber majalah,

surat khabar dan artikel yang disediakan di perpustakaan awam Bandar

Pusat Jengka.

5.2.2 Kaedah Rujukan Internet

Bagi mendapatkan maklumat mengenai kesan hakisan serta

pemendapan sungai.Saya telah merujuk beberapa laman web yang telah

digunakan untuk memuat turun maklumat dan laporan mengenai ciri

morfometri sungai dan hakisan serta pemendapan sungai.

11

Page 12: PBS GEO P3

951223-06-5156

6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Setelah menjalankan kajian dan pemerhatian di kawasan kajian saya mendapati

bahawa alur di kawasan Sungai Yeh sepanjang 100 meter terdapatnya proses

hakisan dan pemendapan di likuan sungai. Hasil dari pemerhatian tersebut saya

telah melakar bentuk alur sungai di bawah bagi menunjukkan kawasan yang telah

mengalami masalah hakisan dan pemendapan.

6.1 Ciri-ciri Fizikal (Morfometri) di Sungai Yeh.

6.1.1 Bentuk Alur Sungai Sepanjang 100 meter.

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya mendapati bahawa Sungai Yeh

ini mempunyai beberapa hakisan dan pemendapan. Hakisan dan pemendapan ini

berlaku kerana disebabkan oleh beberapa faktor dari segi fizikal dan juga

manusia.

12

Page 13: PBS GEO P3

951223-06-5156

6.1.2 Profil Rentas Sungai Yeh.

Profil panjang sungai adalah keratan rentas bentuk lurah sungai secara

memanjang dari bahagian hulu hingga ke hilir sesebuah lembangan

sungai.Profil rentas sungai adalah suatu lakaran ringkas keratan rentas

secara menegak pada bahagian peringkat-peringkat sesebuah

lembangan sungai. Kaedah pengukuran dimulakan untuk mengukur

lebar antara satu titik dengan titik yang lain. Titik tersebut diplotkan

agar sejajar dan selaras. Kerja-kerja penyelarasan menggunakan kayu

pancang dan pita pengukur untuk mengukur jarak antara satu titik

dengan titik yang lain. Kemudian, data yang diperolehi dicatat di dalam

kertas bagi tujuan melukis profil rentas pada kertas graf.Kelebaran

sungai yang diperoleh ialah 15.3 meter manakala tinggi tebing bagi

bahagian kanan ialah 3.15 meter dan kiri 1.45 meter.

Gambar 7: Kerja mengukur lebar sungai.

13

Page 14: PBS GEO P3

951223-06-5156

14

Page 15: PBS GEO P3

951223-06-5156

Gambar 8 : Kerja mengukur ketinggian tebing sungai.

Gambar 9 : Mengukur ketinggian tebing sungai

15

Page 16: PBS GEO P3

951223-06-5156

6.1.3 Purata Halaju Sungai Dan Luahan/Discas Sungai Yeh.

Arus sungai memainkan peranan penting dalam proses hakisan. Arus

yang deras mampu meningkatkan potensi hakisan terutama di kawasan

yang kurang mempunyai halangan seperti batuan dan akar pokok bagi

memperlahankan arus sungai. Justeru, kajian ini telah mengukur purata

halaju arus sungai bagi jarak panjang sungai 100 meter.

Kajian ini telah menggunakan bola ping pong dan jam sebagai alat

pengukuran bagi mengukur halaju arus sungai. Kaedah yang digunakan

ialah melepaskan bola ping pong di bahagian hulu sungai. Masa

direkod dengan menggunakan jam setelah bola ping pong dilepaskan.

Seterusnya, bola ping pong akan ditangkap dan masa akan dicatatkan

setelah bola ping pong melalui jarak 100 meter yang ditetapkan.

Gambar 10: Aktiviti mengira purata halaju Sungai Yeh.

16

Page 17: PBS GEO P3

951223-06-5156

Jadual 1: Catatan masa pengukuran halaju arus sungai

Bola Ping Pong (A) 50M (B) 50M JUMLAH1 85s 252s 337s2 120s 190s 310s3 90s 249s 339s

Purata 98.33s 230.33s 328.66sJarak/Masa 1.97m/s 13.82m/s 15.79m/s

Jadual diatas menunjukkan bacaan sungai yang berbeza kerana

halangan-halangan di kawasan sungai mempengaruhi deras air di

kawasan Sungai Yeh seperti akar-akar tumbuhan dan batu-

batuan.Formula yang digunakan mendapat hasil halaju ialah

jarak/masa. Hasil yang saya dapat secara keseluruhannya ialah 15.79

m/s. Pada 50 meter yang kedua menunjukkan halaju yang lebih

perlahan kerana permukaan yang lebih landau dan halangan yang

banyak seperti batu-batuan serta akar-akar pokok.

Gambar 11: Aktiviti mengira purata halaju Sungai Yeh.

17

Page 18: PBS GEO P3

951223-06-5156

6.1.4 Ciri-Ciri Fizikal Di Lokasi Sungai Yeh

Hasil daripada pemerhatian saya di kawasan kajian mendapati bahawa

terdapat pelbagai ciri fizikal di Sungai Yeh seperti jenis tumbuhan

6.1.4.1 Jenis dan Ciri-ciri Tumbuhan

Antara ciri-ciri biosfera dikenal pasti seperti struktur lapisan dan jenis atau ciri-ciri pokok tumbuhan di sekitar kawasan lembangan sungai. Pemerhatian dibuat mendapati ciri-ciri tumbuhan di sekitar kawasan tebing sungai adalah jenis pokok bercirikan sifat akar berakar banir, tunjang dan pokok-pokok renek. Dari segi jenis tumbuhan pula, kawasan kajian terdiri daripada tumbuhan jenis seperti “vertival grass”. Biasanya tumbuhan berakar tunjang adalah terdiri daripada tumbuhan jenis kayu yang tumbuh tinggi dan berbatang besar.Hanya sedikit daripada tumbuhan tutup bumi yang mempunyai akar tunjang.Akar jenis ini menjunam jauh ke dalam tanah untuk menambahkan kekuatan dan mengelaknya daripada rebah. Antara jenis pokok yang biasa hidup di kawasan tebing sungai ialah pokok buluh dan pokok kemunting.

Gambar 12: Spesies pokok buluh dan pokok kemunting

di kawasan tebing sungai

18

Page 19: PBS GEO P3

951223-06-5156

6.1.4.2 Jeram

Menurut Haji Rusly Musa jeram terbentuk apabila sungai mengalir

melalui batuan yang berselang dengan lapisan keras dan lembut.

Kawasan saliran biasanya dikawasan hulu mempunyai aliran air yang

deras kerana kecerunannya yang curam. Permukaan bumi mempunyai

saliran yang terdiri daripada tanah dan batuan menyebabkan kadar

kekuatan hakisan oleh air mengalir adalah berbeza. Batuan besar tidak

mudah terhakis menyebabkan tanih disekeliling batuan akan lebih cepat

dilonggarkan dan terhakis. Jadi akan tinggal bonjolan batuan dan

seterusnya batu-batu bonjol yang keras memaksa aliran air sungai

melompat atau terjun seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah di

atas. Jeram yang lebih besar dan lebih daripada satu jeram dinamakan

jeram bertingkat.Kebiasaannya di kawasan hulu sungai, alur salirannya

dipenuhi oleh batuan-batuan yang perbagai saiz hinggalah yang paling

kecil adalah pasir sungai dicelah-celah dan bawah batuan yang

terhampar.

6.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan ciri fizikal (morfometri)

Sungai Yeh.

6.2.1 Kecerunan dan halaju sungai

Aliran air sungai Yeh yang sederhana deras menyebabkan hakisan

berlaku dalam keadaan yang terkawal .Kecerunan kawasan sungai Yeh

yang sederhana curam di alur sungai mempengaruhi halaju air dalam

alur sungai yang semakin deras dan kuat. Kecerunan yang sedemikian

akan menggiatkan lagi kadar hakisan sungai. Oleh itu, bahagian hulu

sungai mengalami kadar hakisan yang lebih pesat berbanding dengan

bahagian tengah dan hilir kerana kecuraman cerun dasar alur

sungai.Pemendapan memberi kesan terhadap kawasan sungai yang

semakin landai menyebabkan daya graviti ke bawah dan cengkaman

regolit ke atas permukaan cerun lebih kuat berbanding dengan daya

kinetik larian air permukaan sungai berkurangan.Hal ini meningkatkan

bahan mendapan sungai.Kawasan yang telah saya kaji mempunyai

cerun yang agak sederhana curam dan hal ini mempengaruhi

pembentukan sungai dan mewujudkan alur sungai yang kurang berliku.

19

Page 20: PBS GEO P3

951223-06-5156

Akhirnya mewujudkan bentuk muka bumi jeram pada kawasan alur

sungai.

6.2.2 Isipadu/kuantiti air sungai.

Isipadu air sungai yang banyak dengan bantuan tenaga suria yang kuat

akibat pengaruh kecerunan yang tinggi akan menyebabkan beban

sungai mudah diangkut dan hakisan akan giat berlaku. Pertambahan

isipadu air sungai sekali ganda ketika banjir mampu meningkatkan

sebanyak 10 kali ganda keupayaan sungai menghakis lurah sungai

berbanding dengan keadaan biasa.Manakala, faktor yang

mempengaruhi pemendapan bagi isipadu air sungai adalah disebabkan

oleh kemarau, dan ketiadaan hujan menyebabkan pemendapan berlaku

di peringkat dewasa. Apabila isipadu air semakin berkurang akan

berlakunya timbunan pasir akibat kemarau. Manakala, ketika musim

hujan ispadu air akan bertambah menyebabkan berlakunya lubuk pusar

(sumber Hjh. Nurashikin Abdullah). Kuantiti air sungai di kawasan

kajian agak cetek kerana kecerunan yang sederhana landai.

6.2.3 Halangan Sungai

Keadaan halangan ini merujuk kepada halangan sama ada dari batuan

keras dan timbunan pasir yang di dasar sungai atau kerana adanya

halangan sampah sarap serta akar-akar pokok yang berada di kawasan

tebing sungai. Halangan ini menyebabkan aliran air sungai dan

menyebabkan berlakunya proses pemendapan. Bahan mendapan ini

menjadi halangan sekaligus mempengaruhi proses hakisan dan

pemendapan.

20

Page 21: PBS GEO P3

951223-06-5156

6.3 Kesan Hakisan Atau Pemendapan Sungai Terhadap Aktiviti Manusia.

6.3.1 Kesan Terhadap Bekalan Air Domestik.

Hasil pemerhatian yang dijalankan mendapati kualiti air akan mudah

tercemar jika masalah akibat proses hakisan berlaku kerana sungai ini

merupakan sumber tadahan air kepada penduduk dan menjadi salah

satu punca yang membekalkan air ke loji air di Ulu Jempol. Kualiti air

akan berkurangan kerana hakisan tebing sungai berlaku menyebabkan

air menjadi keruh dan kotor. Hal ini,akan memberi kesan terhadap

proses pemprosesan air ke loji di Ulu Jempol. Manakala, masalah

pemendapan menyebabkan air sungai semakin cetek dan sekaligus

memberi masalah untuk memproses bekalan air bersih kerana air akan

bercampur dengan bahan-bahan asing seperti pasir,kelodak dan

sebagainya.“Masalah kekurangan bekalan air apabila sungai yang

menjadi sumber bekalan air mentah semakincetek kerana dipenuhi

mendapan”. ( sumber rujukan Berita Harian,18 September 2001)

6.3.2 Kesan Terhadap Aktiviti Pertanian.

Hasil pemerhatian yang dijalankan mendapati proses hakisan dan

pemendapan memberi kesan terhadap aktiviti pertanian dan

perladangan penanaman kelapa sawit Hakisan memberi kesan kepada

produktiviti tanaman kelapa sawit jika kawasan sungai mengalami

masalah hakisan sehingga menyebabkan runtuhan. Hakisan yang giat di

kawasan tebing sungai mempengaruhi pengeluaran kelapa sawit kerana

tanaman tersebut di tanam berdekatan dengan kawasan tebing

sungai.Manakala, proses pemendapan akan menyebabkan air di

kawasan sungai semakin cetek dan akan berlaku banjir di kawasan

tersebut kerana alur sungai yang kurang dalam sekaligus memberi

kesan kepada tanaman kelapa sawit kerana tenggelam akibat banjir.

6.3.3 Kesan Terhadap Aktiviti Pengangkutan

Hakisan dan pemendapan yang giat akan menyebabkan jalan raya di

kawasan Sungai Yeh mengalami kerosakan akibat tanah runtuh. Hal ini

akan memberi kesan kepada aktiviti manusia iaitu menganggu lalu

lintas di kawasan tersebut kerana jalan raya yang rosak boleh

21

Page 22: PBS GEO P3

951223-06-5156

menyebabkan kesesakan lalu lintas mungkin boleh mengakibatkan

kemalangan.

Gambar 14: Kejadian tanah runtuh di kawasan tebing sungai.

6.4 Cadangan Bagi Meningkatkan Potensi Sungai

Bagi meningkatkan lagi potensi sungai Yeh, saya telah membuat beberapa

cadangan di bawah yang boleh digunakan bagi meningkatkan kedatangan

pelancong.

6.4.1 Potensi Pusat Pelancongan Dan Rekreasi

Kawasan yang telah saya kaji ini mempunyai potensi dari segi

pelancongan dan rekreasi.Hal ini kerana, di Sungai Yeh terdapat

pelbagai tarikan yang boleh diketengahkan sebagai sebuah tempat

pelancongan dan rekreasi seperti air yang jernih, kemudahan awam

yang lengkap serta mempunyai kawasan tempat letak kereta yang agak

luas. Namun begitu, untuk meningkatkan potensi pelancongan tersebut

terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan seperti menaik taraf

kemudahan yang sedia ada serta memperbanyakkan kemudahan awam

bagi keselesaan pengguna, mendirikan tapak perniagaan yang khusus

kepada peniaga dan menjaga kebersihan di kawasan sungai bagi

menggalakkan kedatangan pengunjung contohnya di kawasan air terjun

Kota Tinggi Johor dan Sungai Pandan di Panching Kuantan. Cadangan

pembangunan masa hadapan seperti koridor Bandar Maran-Kg Kuala

Sentul-Ulu Jempul mampu meningkatkan promosi produk pelancongan

22

Page 23: PBS GEO P3

951223-06-5156

kerana meliputi kawasan sepanjang lebih kurang 30 kilometer sumber (

Rancangan Tempatan Daerah Maran Jilid 1).

Gambar 15: Kemudahan tandas awam yang disediakan kepada pengunjung

6.4.2 Potensi Pusat Pendidikan Dan Latihan Ditingkatkan

Di kawasan kajian tersebut terdapatnya pusat latihan Biro Tatanegara

(BTN) yang berdekatan dengan kawasan sungai.Tujuan pusat latihan

dibina di kawasan tersebut adalah untuk mendedahkan para pelatih

dengan alam semula jadi.Selain itu, kawasan sungai juga boleh

dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk membina ketahanan mental

para pelatih agar sentiasa menghargai alam semulajadi.Antara aktviti

yang boleh dijalankan adalah seperti merentas hutan dan sungai.Sungai

ini boleh dijadikan sebagai sebahagian aktiviti yang dijalankan kerana

faktor fizikal Sungai Yeh sesuai bagi aktiviti lasak yang melibatkan

alam semulajadi.

Gambar 17 : Kawasan pusat latihan Biro Tatanegara

23

Page 24: PBS GEO P3

951223-06-5156

7.0 KESIMPULAN KAJIAN

Fenomena hakisan tebing sungai merupakan antara masalah yang dihadapi oleh

kebanyakan sungai di Malaysia.Dalam kes kajian lapangan ini, hakisan tebing yang

berterusan adalah disebabkan faktor cuaca dan penerokaan hutan berdekatan kawasan

sungai.Masalah hakisan ini boleh menyebabkan kestabilan tebing sungai semakin

terjejasdan seterusnya menyebabkan runtuhan di kawasan tebing.Selain itu, masalah

hakisan juga memberi impak yang negatif kepada alam sekitar manusia seperti masalah

lalu lintas akibat tanah runtuh, menganggu aktiviti pertanian serta memberi kesan kepada

bekalan air domestik.Dalam hal ini, pihak pengurusan di kawasan Kuala Sentul

seharusnya mengambil tindakan segera dalam menangani masalah hakisan dan

pemendapan kawasan tersebut.Faktor yang mempengaruhi pembentukan ciri fizikal

Sungai Yeh adalah kecerunan sungai, halangan sungai dan isipadu air sungai. Masalah

semakin rumit apabila proses pemendapan ini melibatkan aktiviti manusia di kawasan

setempat terjejas.

Proses hakisan dan pemendapan mengakibatkan kesan terhadap bekalan air domestik

semakin terjejas dan kesan terhadap aktivit pertanian serta terhadap aktiviti pengangkutan.

Di samping itu, pihak pengurusan juga perlu mencari jalan penyelesaian untuk

meningkatkan potensi pelancongan dan rekreasi serta potensi sebagai pusat pendidikan

dan latihan.Langkah efektif seharusnya diambil untuk meningkatkan bilangan pengunjung

ke Sungai Yeh.Antaranya, menambah dan membaik pulih kemudahan awam yang sedia

ada serta menyediakan tapak perniagaan yang sesuai kepada para peniaga.

Pelaksanaan kajian ini telah meningkatkan kerjasama antara ahli kumpulan di

Samping menerapkan nilai moral yang tinggi dalam diri ahli kumpulan seperti saling

bekerjasama, tolong-menolong, bersyukur, cintai alam sekitar, bertanggungjawab dan

sebagainya.Kajian ini juga telah menjadi pemangkin kepada saya dan rakan sekumpulan

untuk menjaga keindahan alam agar tidak pupus dan lesap ditelan arus kemodenan.Saya

rasa bertuah kerana tinggal berdekatan dengan Sungai Yeh kerana sungai ini masih

dipelihara walaupun mengalami masalah hakisan dan pemendapan.

Untuk mengatasi masalah hakisan dan pemendapan, kita haruslah menjaga alam sekitar

agar berada dalam keadaan yang sentiasa stabil.Hal ini dapat memastikan manusia

sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan harmoni.

24

Page 25: PBS GEO P3

951223-06-5156

8.0 SENARAI RUJUKAN

8.1 Rujukan buku :

- Sulong Mohamad. 2005. Sungai Dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar

Malaysia: Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia.

- Hj. Rusly Musa,Hjh. Nurashikin Abdullah. 2012. Teks Pra-U STPM Geografi

Penggal 1.

8.2 Rujukan internet :

- Laman sesawang http://www.mdmaran.gov.my/peta/

- Laman sesawang http://jps.pahang.gov.my/index.php/ms-my/

8.3 Rujukan laporan :

Majlis Daerah Maran.2010. Jawatankuasa Rancangan Tempatan Daerah Maran.

2020.

8.4 Rujukan Akhbar :

Berita Harian. 2001 Hakisan Tanah Runtuh Ancam Kawasan. Berita Harian. 18

September. 5.

25