power point geo

16
PENULISAN KERJA KURSUS PEULISAN ESEI ILMIAH GEOGRAFI PENGGAL 3 TAHUN 2013 KAJIAN KES MENGENAI KEGAGALAN CERUN DI CAMERON HIGHLAND FAKTOR,KESAN DAN LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

Upload: hazirah-zirah

Post on 08-Jul-2015

730 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Power point geo

PENULISAN KERJA KURSUSPEULISAN ESEI ILMIAH GEOGRAFI

PENGGAL 3 TAHUN 2013

KAJIAN KES MENGENAI KEGAGALAN CERUN DI CAMERON

HIGHLANDFAKTOR,KESAN DAN LANGKAH

UNTUK MENGATASINYA

Page 2: Power point geo

PENGENALAN

Page 3: Power point geo

PENGENALANMasalah kegagalan cerun sentiasa mendapat perhatian dari pelbagaipihak khasnya daripada pihak berkuasa tempatan.

Kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda merupakan kesan yang mungkin berlaku daripada ketidakstabilan sesuatu cerun.

Kegagalan sesuatu cerun banyak dipengaruhi oleh faktor-faktorseperti geometri, geologi, kesan semulajadi dan juga persekitaran yang boleh mengurangkan kestabilan cerun terbabit.

Contohnya seperti di tanah tinggi Cameron Highland. Cameron Highland telah mengalami fenomena perubahan akibat daripada aruspembangunan.

Pembukaan tanah di Cameron Highland untuk aktiviti pertanian danpembangunan, secara tidak langsung telah mendedahkan kawasan inikepada agen hakisan.

Menyedari betapa pentingnya kestabilan cerun kepada alam sekitarfizikal dan alam sekitar manusia, saya mengambil anisiatif untukmenjalankan kajian bagi mengenalpasti masalah kegagalan cerun diCameron Highland

Page 4: Power point geo

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk meneliti masalah kegagalancerun yang berlaku di Tanah Tinggi Cameron Highlandantaranya ialah:

a) Mengenalpasti bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian

b) Mengenalpasti proses kegagalan cerun yang terdapat di kawasan kajian

c) Mengenalpasti faktor berlakunya kegagalan cerun

d) Mengenalpasti dan menjelaskan impak kegagalan cerun terhadappersekitan fizikal dan manusia

e) Menghuraikan langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerundi kawasan kajian

Page 5: Power point geo

LOKASI KAJIAN

Tanah Tinggi Cameron yang terletek di negeri Pahang

merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang

terkenal di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga pekan

utama di sini, iaitu Ringlet yang terletak 1000m dari aras laut,

Tanah Rata setinggi 1400m dan Brinchang setinggi 1500m.

Fokus kajian ini ialah di km 23.6 laluan FT102, Jalan

Ringlet- Post Betau- Sungai Koyan, fasa 3, Cameron

Highland, Pahang. Di sepanjang perjalanan ke Ringlet,

terdapat ciri fizikal dan budaya yang menarik.

CIRI BUDAYA

Page 6: Power point geo

PETA DAERAH

Page 7: Power point geo

KAEDAH KAJIAN• kawasan Ringlet, Tanah Rata

selama 6 jam• Pemerhatian terhadap persekitaran• jalan yang berliku disebabkan jalan

raya yang dibina di lereng-lerengbukit

• Terdapat juga kejadian tanahruntuh yang banyak berlaku disepanjang jalan

SUMBER PRIMER

• mendapatkan laporan atau data sedia adaseperti internet

• menerangkan tentang proses kegagalancerun dan juga proses pergerakan jisim.

SUMBER SKUNDER

PEMERHATIAN

INTERNET

Page 8: Power point geo

DAPATAN

KAJIAN

Page 9: Power point geo

BENTUK CERUN

BENTUK CERUN CEMBUNG CIRI-CIRI CERUN CEMBUNG

merupakan cerun semulajadi

yang belum terokai oleh

manusia.

merupakan salah satu contoh

dimana kecerunan meningkat

secara berterusan di sepanjang

cerun

mempunyai garis-garis kontur

yang rapat di bahagian bawah.

Jarak atau ruang antara garis

kontur ini semakin jarang

apabila tingginya berubah.

•garisan kontur jarang di atas

dan jarang di bawah

•pemendapan pula berlaku

pada likuan dalam dan

membentuk cerun cembung,

•susunan kontur cerun

cembung pada bahagian

rendah adalah rapat

•susunan kontur pada

bahagian tingginya jarang.

Page 10: Power point geo

PROSES KEGAGALAN CERUN

AIR HUJAN Titisan dan jatuhan air hujan sama ada secara langsung atautidak langsung akan bertindak terhadap permukaan bumi yang terdedah melalui proses tindakan hidraul air hujan sendiri.Curahan air hujan yang lebat dengan saiz titisan air hujanyang lebat akan bertindak ke atas permukaan tanih berjenislaterit yang terdedah dengan lebih cepat.

SUSUPAN •Tindakan susupan air ke ruang rongga pori tanih bergantungkepada jenis tanih bergantung kepada jenis tanih dan bentukcerun.•Jenis tanih berpasir serta bercerun landai akanmempercepatkan tindakan susupan air ke dalam pori-poritanih yang lebih besar.

TEPUAN •Ketepuan jenis tanih mempengaruhi jumlah kuantiti air hujanuntuk menyusup ke dalam lapisan tanih yang lebih jauh kebawah.•Aliran air permukaan berkurangan.

Page 11: Power point geo

GERAKAN GRAVITI merupakan daya yang bertindak di mana-manasahaja di atas permukaan bumi.

pada permukaan yang bercuram, daya graviti bolehdiselesaikan dengan menggunakan dua komponenyang bertindak secara bersudut tepat dengan cerundan komponen yang bertindak segaris denganpermukaan cerun

HASIL(GERAKAN JISIM, KESOTAN TANAH, TANAH RUNTUH

merujuk kepada pergerakan bahan atau regolith yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibattarikan graviti bumi

Terbahagi kepada dua jenis iaitu aliran cepat (tanahruntuh) dan aliran perlahan (kesotan tanah)

Contohnya kejadian tanah runtuh. Tanah runtuhsering berlaku di kawasan cerun yang sangat curamseperti di kawasan tebing tinggi

Page 12: Power point geo

FAKTOR KEGAGALAN CERUN

FIZIKALKECERUNAN

Kecerunan permukaan akan mempengaruhikadar penyusupan air.Semakin landai cerun, semakin tinggipenyusupanKadar penyusupan berlakunya jika kecerunanlebih daripada 2% kerana larian permukaanberlaku

MANUSIAPENYAHUTANAN

Melalui aktiviti penyahutanan kawasan akanditebang dan dimusnahkan dengan pelbagai carapenyahutanan akan mengurangkan proses titisan air hujandigunakan dalam bidang pertanian dan menyedikanpenempatan untuk orang asli yang tinggal di kawasantersebut

Page 13: Power point geo

KESAN KEGAGALAN CERUN

FIZIKALmenyebabkan habitat termusnah dan dalammasa yang samamengurangkan tumbuh-tumbuhan atau pokokg

menyebabkanberlakunya kejadiantanah runtuh.

MANUSIAmenggangu kehidupanmanusia khususnyapetempatan orang asli

mengganggu danmemusnahkan banyakelemen dalam persekitaran

hutan yang menjadi hasilpendapatan mereka telahditeroka umpamanyapekerjaan mencari rotan

Page 14: Power point geo

LANGKAH UNTUK MENSTABILKAN

CERUN

(SUNGKUPAN)

• meletakkan satu lapisan plastik di permukaaan atascerun

• Lapisan plastik dapat menghalang penyusupan air kedalam lapisan bawah

(TERES)

mengurangkan kecerunan lereng-lereng

mengurangkan daya gravity terhadap lapisan tanahdi sesuatu bukit atau tanah yang tinggi

mengurangkan air larian permukaan yang juga bolehdipengaruhi pergerakan jisim

Page 15: Power point geo

KESIMPULAN

Secara keseluruhannnya, dapat disimpulkan

bahawa cerun di kawasan Ringlet dianggap

kurang stabil disebabkan keadaan bentuk

cerun dan beberapa faktor yang terdapat di

kawasan kajian . Oleh hal yang demikian,

langkah yang serius perlu dilaksanakan

oleh semua pihak agar alam sekitar fizikal

dan manusia dapat menikmati kehidupan

yang baik dan selamat seterusya dapat

mngekalkan khazanah alam ini generasi

akan datang.

Page 16: Power point geo

SEKIAN TERIMA KASIH