geo brochure

4
Nama Guru:Pn. Siti Rohayu

Upload: tarrsh31

Post on 05-Dec-2015

294 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

GO GEO

TRANSCRIPT

Page 1: Geo Brochure

Nama Guru:Pn. Siti Rohayu

Page 2: Geo Brochure

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Se-latan.Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Me-layu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Me-layu memang digemari sebagai ulam.

KHASIAT

Kunyit dan Lidah Buaya merupakan antara tumbuhan yang

paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian manusia untuk

masakan,kosmetik dan lain-lain.Terdapat juga tumbuhan lain yang juga

dapat dijadikan seperti bahan di atas.

DISEDIAKAN OLEH :

KENNATH a/l SELVANESAN

Δ MUGILAN a/l DAWARAH @ THEVARAJ

Page 3: Geo Brochure

Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-

bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema.

Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengu-

rangkan keradangan

Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khu-

susnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka

Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat,

seperti kurap.

Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama

menghidap kurap air

Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional.

Antaranya:

Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyem-

buhkan bengkak hati.

Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak

gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah.

Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan

penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.

Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata

dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan

utara Afrika danMadagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Bar-

at dan negara-negara tropikayang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia

juga telah membiak dengan baik dilembangan Mediterranean dengan

merentasi Algeria, Morocco, Tunisia, serta kepu-

lauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai

ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal,

kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular

dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun

ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

KHASIAt

.

Page 4: Geo Brochure

GAMBAR-GAMBAR KUNYIT

GAMBAR-GAMBAR LIDAH BUAYA