t4 kem geo
DESCRIPTION
geografi tingkatan 4TRANSCRIPT
KEMAHIRAN GEOGRAFI
KEMAHIRAN GEOGRAFI
TINGKATAN 4
BAB 1: KEDUDUKAN
1. Sistem Grid Kebangsaan- merupakan segi empat grid daripada persilangan garisan Timuran dan Utaraan yang meliputi seluruh negara
- bermula di penjuru barat daya (punca grid)
2. Rujukan Grid
- persilangan antara garisan Timuran dengan Utaraan
a.Rujukan Grid 4 Angka
- cth: Kg Durian Tunggal ( 5880 )b. Rujukan Grid 6 Angka
-cth: Kg Durian Tunggal ( 588806 )
BAB 2: ARAH1. Arah
- Arah ialah kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
2. Arah Utaraa. Utara Benar
- Kutub Utara Bumi ( 90U)
b. Utara Magnet
- utara yang ditunjukkan jarum kompas magnet
- di luar pantai utara Kanada / 1900 km dari Kutub Utara Bumic. Utara Grid
- utara yang ditunjukkan oleh garisan Timuran pada peta topografi
Kedudukan relatif 3 jenis utara3. Bearing
- Bearing adalah sesuatu destinasi yang dinyatakan dalam unit darjah ().a. Bearing Sudutan/Azimut- diukur dari arah utara dan mengikut arah pusingan jam ke sesuatu tempat
Bearing G. Bongsu dari Kg. s. Batu Hulu ialah 180 + 25 = 205
BAB 3: SKALA DAN JARAK
1. Skala
- Skala ialah nisbah jarak pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi
a. Skala Lurus
- skala yang dinyatakan dengan garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.
Skala lurus pada peta topografib. Skala Penyata
- skala yang dinyatakan dengan menggunakan perkataan
- cth: 1 cm mewakili 100 mc. Pecahan Wakilan
- skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan
- cth: 1 : 50 000
2. Jaraka. Jarak Mutlak dan Jarak Relatif- Jarak Mutlak diukur dalam unit sentimeter, meter, dan kilometer
- Jarak Relatif diukur dari segi kos dan masa.
b. Mengukur Jarak Lurus
- menggunakan kaedah sejalur kertas,
Jangka tolok dan pembaris
- cth:
i.Ukur jarak P hingga Q dalam cm ii. Jarak P hingga Q ialah 2 cm iii. Jika skala peta, 1 cm mewakili 10 meter, maka Jarak sebenar P ke Q ialah
2 X 10 = 20 meterb. Mengukur Jarak Melengkung
- diukur menggunakan sejalur kertas atau seutas benang- cth:
i. Tandakan setiap jarak yang lurus AB, kemudian pusing kertas dan tanda
BC, CD, DE, dan EF.ii. Alih kertas ke skala lurus
iii. Jarak AF ialah 3.3 km
c. Menukar Pecahan Wakilan ke Skala penyata- cth:
i. Pecahan wakilan 1 : 50 000
ii.1 cm di peta mewakili 50 000 cm di
permukaan bumi
iii. 1 cm di peta mewakili
50 000 / 100 000 km = 0.5 km di
permukaan bumi.3. Mengira Keluasan Menggunakan Kaedah Segi Empat Grid
- cth:
BAB 4: KETINGGIAN
1. Ketinggian
- ketinggian sesuatu tempat adalah ketinggian yang diukur dari aras laut.
2. Kontur
- kontur ialah garisan-garisan yang dilukis bagi menyambungkan tempat-tempat yang sama ketinggiannya dari aras laut.3. Bentuk Muka Bumi Berdasarkan Kontur
4. Cerun
5. Kecerunan
a. kecerunan ialah nisbah di antara jarak tegak dengan jarak mendatar
Kecerunan = jarak tegak Jarak mendatar
= jarak tegak : jarak mendatar
b. Mengira Kecerunan- cth:
i. Kenal pasti ketinggian A dan B
A = 997 m, B = 500 m
ii. Cari jarak tegak AB:
Jarak tegak AB = 997 m 500 m
= 497 m
iii. Cari jarak mendatar sebenar AB Jarak mendatar AB di peta = 2.9 cm
Jarak mendatar sebenar AB
= 2.9 X 500 m = 1 450 m
iv. Kecerunan dalam nisbah:
Kecerunan = jarak tegak
Jarak mendatar
= 497 m = 1 : 2.92
1 450 m
v. Kecerunan dalam peratus: = Jarak tegak X 100%
Jarak mendatar
= 497 X 100% = 34%
1450
BAB 5: KERATAN RENTAS
1. Keratan Rentas
- Keratan rentas ialah profil bentuk muka bumi di sepanjang satu garisan pada peta2. Melukis Keratan Rentas
i. Tandakan kedudukan kontur yang bersilang dengan jalur kertasii. Tanda ketinggian di jalur kertas pada kertas graf
iii. Sambungkan setiap tanda pada kertas graf untuk menyambung P ke Q.3. Lampauan Tegak
- Lampauan tegak ialah nisbah di antara skala tegak dengan skala mendatar keratan rentas.
Lampauan Tegak = skala tegak
Skala mendatar
- cth. langkah mengira:
i. Skala mendatar 1cm : 250 m
ii. skala tegak 1 cm : 100 m
iii. Lampauan tegak = 1/10 000 1/25 000
= 2.5 kali
BAB 6: PETA TOPOGRAFI
1. Peta Topografi - Peta topografi ialah peta yang menggambarkan pandang darat fizikal dan pandang darat budaya sesuatu kawasan.
2. Simbol
- Simbol merupakan bahasa grafik bagi peta topografi
a. Simbol Titik
- digunakan untuk mewakili ciri fizikal dan budaya
- berupa titik, bulatan kecil, segi empat sama kecil
b. Simbol garisan - menandakan ciri memanjang seperti jalan raya, benteng, sempadan, sungai.
c. Simbol Kawasan
- menggambarkan ciri-ciri meliputi kawasan yang luas seperti sawah, ladang kelapa sawit, hutan, paya dan sebagainya. - simbol kawasan diwarnakan bagi menggambarkan circiri sebenar
d. Simbol bergambar
- Simbol bergambar menunjukkan ciri-ciri yang unik seperti jeti, batu bonjol, dan kuari.
- cth:
e. Singkatan Perkataan - digunakan bagi menunjukkan lokasi ciri-ciri fizikal dan budaya
- cth: A. (alur); B.P. (balai polis).
3. Mentafsir Peta Topografi
a. Ciri-ciri Pandang Darat Fizikal
i. bentuk muka bumi
ii. saliran
iii. tumbuh-tumbuhan semula jadi
b. Ciri-ciri Pandang darat Budaya
i. Petempatan
ii. Pengangkutan dan perhubungan
iii. Kegiatan ekonomi
c. Saling Kaitan Ciri-ciri Pandang Darat Fizikal dan Pandang darat Budaya
Ciri P.D. FizikalCiri P. D. BudayaTanah tinggia.Tanaman hawa
sederhana
b. empangan
c. pelancongan
Tanah beraluna. getah, kelapa sawitb. petempatan
c. pengangkutan dan perhubunganTanah pamah
a. pertanian, perindustrian, perniagaan
b. perhubungan & pengangkutan
c. bandar
Lembah sungai
a.petempatan
b. perhubungan & pengangkutan
c. perikanan
d. padi sawah, tanaman pasar
BAB 7: GRAF DAN CARTA1. Graf dan Carta
a. Graf bar mudah
b. Graf bar berganda
c. Graf bar majmuk
d. Graf garisan mudah
e. graf gabungan
f. carta pai mudah
2. Panduan Melukis Graf Gabungan
a. bundarkan angka pada jadual
b. banding nilai maksimum dan minimum dan pilih skala yang sesuai
c. tanda ketinggian setiap bar bagi pengeluaran getahd. tandakan nilai untuk harga purata
e. lengkapkan rajah
BAB 8: PETA TEMATIK1. Peta Tematik
- Peta tematik merupakan peta yang dilukis untuk menunjukkan sesuatu tema yang berkaitan dengan ciri-ciri geografi
- dapat menunjukkan tema berkaitan dengan taburan, kepadatan, penduduk, tanaman dan lain-lain.
- tiga jenis peta tematik ialah peta taburan, peta kepadatan, dan peta aliran.
a. Peta Taburan
i peta yang menunjukkan taburan sesuatu ciri geografi tertentu seperti taburan penduduk, tanamanii peta titik menggambarkan keluasan, taburan dan bilangan sesuatu ciri.
b. Peta Kepadatan
- peta yang dilukis untuk menunjukkan kepadatan penduduk tanaman dan lain-lain menggunakan ton warna dan teknik koroplet (lorekan).
c. Peta Aliran
i Peta aliran ialah peta yang menunjukkan pergerakan ciri-ciri geografi atau ekonomi dari satu tempat ke tempat yang lain.ii. Peta aliran kualitatif ialah peta yang menunjukkan penggunaan garisan aliran yang sama tebal tanpa mewakili sebarang nilai.iii. Peta aliran kuantitatif ialah peta yang menunjukkan garisan-garisan aliran yang berbeza ketebalannya dan mewakili nilai-nilai tertentu.
BAB 9: RAJAH
1. Rajah
- Rajah merupakan bahan grafik yang berperanan untuk menyampaikan data dan maklumat geografi dalam bentuk lukisan.
2. Rajah Tunggal
- menyampaikan keseluruhan maklumat geografi dalam satu rajah.
3. Rajah Bersiri
- terdiri daripada beberapa rajah yang disusun mengikut urutan bagi menunjukkan proses yang berkaitan.
4. Kegunaan Rajah
i. memberikan maklumat tentang bentuk, aliran dan proses.
Kitaran NutrienBAB 10: FOTO
1. Jenis Foto
a. Foto Aras Bumi
- dirakam dari aras bumi
Gambaf foto aras bumi
b. Foto Udara
- dirakam dari udara secara
menegak atau menyerong
c. Foto Satelit
- diambil dari satelit di angkasa lepas dari jarak ketinggian 400 700 km.
2. Langkah Mentafsir Foto
a. bahagi foto kepada 9 bahagian
b. tentukan tema utama foto
c. tafsirkan ciri fizikal dan budaya
secara umum
d. buat tafsiran lebih khusus
e. rumuskan fakta