geo malaysia 2015

48
1. PENGENALAN Di Malaysia, kejadian pencemaran udara bukan sesuatu yang baru kerana masalah ini sering berlaku walau bagaimanapun pada tahap yang berbeza. Laporan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan alam sekitar Malaysia menyatakan bahawa bahan pencemar yang dibebaskan ke udara Malaysia melebihi I juta setiap tahun ( Utusan Online, 2012). Disamping itu, kajian yang dilaksanakan oleh Sham Sani (2005) menunjukkan bahawa pencemaran udara di negara ini adalah bersumberkan kepada pembakaran bahan api iaitu sebanyak 669,410 tan yang melibatkan pengangkutan (45 %), pembakaran kayu (27.4%), stesen janakuasa (13.6 %), industri (11.1%) dan pusat pembersihan minyak (2.9%). Disamping itu, kenderaan bermotor juga merupakan penyumbang kepada peningkatan bahan pencemar dalam udara di mana ia menyumbangkan hampir 70 % daripada keseluruhan jumlah bahan pencemar yang direkodkan. Pencemaran udara berlaku apabila terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan terhadap kualiti udara sehingga memberi kesan kepada kehidupan dan kesihatan manusia. Bahan-bahan pencemar yang terkandung didalam udara akan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Contohnya, kesan pencemaran udara ini terhadap kesihatan manusia ialah ia boleh menyekat pengaliran oksigen kedalam salur-salur darah dan individu tersebut 1

Upload: encik-syed-saifullah

Post on 10-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

IPU Selangor

TRANSCRIPT

1. PENGENALAN

Di Malaysia, kejadian pencemaran udara bukan sesuatu yang baru kerana masalah ini sering berlaku walau bagaimanapun pada tahap yang berbeza. Laporan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan alam sekitar Malaysia menyatakan bahawa bahan pencemar yang dibebaskan ke udara Malaysia melebihi I juta setiap tahun ( Utusan Online, 2012). Disamping itu, kajian yang dilaksanakan oleh Sham Sani (2005) menunjukkan bahawa pencemaran udara di negara ini adalah bersumberkan kepada pembakaran bahan api iaitu sebanyak 669,410 tan yang melibatkan pengangkutan (45 %), pembakaran kayu (27.4%), stesen janakuasa (13.6 %), industri (11.1%) dan pusat pembersihan minyak (2.9%). Disamping itu, kenderaan bermotor juga merupakan penyumbang kepada peningkatan bahan pencemar dalam udara di mana ia menyumbangkan hampir 70 % daripada keseluruhan jumlah bahan pencemar yang direkodkan.

Pencemaran udara berlaku apabila terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan terhadap kualiti udara sehingga memberi kesan kepada kehidupan dan kesihatan manusia. Bahan-bahan pencemar yang terkandung didalam udara akan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Contohnya, kesan pencemaran udara ini terhadap kesihatan manusia ialah ia boleh menyekat pengaliran oksigen kedalam salur-salur darah dan individu tersebut akan terdedah kepada penyakit seperti barah, asma dan anemia. Sehubungan itu, semasa kualiti udara pada tahap tidak sihat berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU), Kementerian Kesihatan menggalakkan agar masyarakat setempat menggunakan penutup muka untuk mengelakkan dari kesihatan diri terjejas.Pencemaran udara boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer berlaku apabila sulfur monoksida dan karbon monoksida terhasil akibat daripada proses pembakaran. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan diri. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu. Pencemaran udara sekunder pula berlaku apabila tindak balas gas sulfur dioksida yang bergabung dengan gas tertentu dan akhirnya membentuk gas baru yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuri. Tindak balas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksida asetil nitrat (Mohd Tahir, 2005)Selain itu, pencemaran udara berpunca daripada proses industri iaitu penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang, pembakaran di tempat pelupusan sampah, pembakaran hutan, pelepasan habuk daripada kilang kayu atau kilang padi. Aktiviti-aktiviti sebegini telah menyebabkan pencemaran udara berlaku. Jenis-jenis bahan pencemar yang terdapat di udara ialah seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan ozon, zarah terampai dan logam.

IPUPENGKELASAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

0-50Sihat

51-100Sederhana

101-200Tidak Sihat

201-300Sangat Tidak SIhat

301-400Berbahaya

500