geo k.kurus2

Upload: siti-nur-alia

Post on 05-Jul-2015

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN ISMAIL PARIT RAJA , BATU PAHAT , JOHOR .

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI PEKAN PARIT RAJA .

NAMA MURID : SHAFIRA NADIRA BINTI MUSIRAN TINGKATAN : 3 BESTARI NO KP : 960217-01-6010 ANG. GILIRAN : NAMA GURU : EN. HUBADILLAH BIN MOHAMED

... Tandatangan Murid Tandatangan Guru

PENGHARGAAN :Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Tukijan bin Haji Abd Halim ,Pengetua SMK Tun Ismail ,kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Hubaidillah ,guru Geografi kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dijalankan. Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya, Siti Fatimah , Nur Firahani dan Nurul Natasha, kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat dalam kajian ini. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan kami sepanjang kajian goegrafi ini dijalankan di Pekan Parit Raja.

-3-

PENDAHULUAN :Saya dan rakan-rakan telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Kami memilih tajuk ini kerana kawasan kajian merupakan kawasan yang sedang pesat membangun. Sehubungan itu, kawasan kajian menjadi kawasan pencemaran alam sekitar kerana bilangan penduduk yang ramai , banyak kilang perindustrian serta petempatan yang kian bertambah. Untuk menjalankan kajian ini, kami diberi penerangan oleh guru Geografi kami. Kajian ini kami lakukan selepas waktu persekolahan. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kajian ini adalah selama tiga bulan (Mac-Mei).

-4-

OBJEKTIF KAJIAN :Objektif kajian saya adalah untuk : 1. Menyatakan jenis pencemaran alam sekitar di Pekan Parit Raja. 2. Menyatakan punca pencemaran alam sekitar di Pekan Parit Raja. 3. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Parit Raja. 4. Menghuraikan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Parit Raja. 5. Menerapkan nilai atau unsure patriotisme dalam dapatan kajian.

-5-

KAWASAN KAJIAN :Pekan Parit Raja dipilih sebagai lokasi kajian kerana ia sedang membangun dari segi prasarana termauk kemudahan jalan raya yang telah dilebarkan menjadi 2 lorong, pembinaan taman-taman perumahan baru, pusat pengajian tinggi dan industri perkilangan. Dengan adanya pelbagai kemudahan ini serta pertambahan penduduk ianya menjadikan Pekan Parit Raja sentiasa sibuk setiap hari. Kilang-kilang perindustrian seperti Fujitsu yang mengeluarkan perkakasan elektronik, kilang Evergreen menghasilkan produk kayu, kilang PCCS mengeluarkan produk berasaskan kain dan kilang Stancodex yang menghasilkan produk berasaskan kelapa.. Parit Raja adalah kawasan strategik kerana menjadi laluan utama pengunjung luar yang ingin ke Batu Pahat dari tol Ayer Hitam. Parit Raja terletak di dalam mukim Sri Gading yang mempunyai keluasan 1.0515 (sumber rancangan tempatan daerah Batu Pahat 2004).Pekan Parit Raja terletak disebelah timur Bandar Batu Pahat yang mempunyai jarak kira-kira 201 km dan 13 km dari Pekan Ayer Hitam. Pandang darat fizikal kawasan kajian ini adalah kawasan tanah pamah

-6-

KAEDAH KAJIAN :Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah :

Kaedah Pemerhatian : Saya menjalankan pemerhatian bersama rakan-rakan tentang pelbagai jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Parit Raja. Kami juga membuat lawatan ke seluruh kawasan kajian beberapa kali untuk memastikan maklumat yang diperolehi itu betul dan tepat.

Kaedah Temubual : Saya dan rakan-rakan telah menemubual beberapa orang penduduk untuk memperolehi maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan aktiviti penduduk Parit Raja. Saya bersyukur kerana semua responden yang kami temubual memberikan kerjasama yang sangat baik.

Kaedah Rujukan : Dengan panduan guru-guru, saya dan rakan-rakan telah membuat rujukan daripad abeberapa sumber. Sumber pertama saya ialah buku teks geografi tingkatan 1,2 dan 3. Selain buku-buku teks, saya juga merujuk buku-buku di perpustakaan, sumber internet dan sumber orang iaitu guru geografi saya iaitu En.Hubadillah b Mohamed.

-11-

DAPATAN KAJIAN :Konsep pencemaran alam sekitar :Pencemaran alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia ke alam sekitar. Keadaan ini boleh menyebabkan terganggunya keselesaan penghuni alam. Menurut takrifan pencemaran dari Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekitar dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakakn buangan hingga menimbulkan sesuatu keadaan bahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awan atau kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, setiap hari penduduk di Pekan Parit Raja menghidu udara yang tidak sihat dan kualiti air yang redah disebabkan pencemaran alam sekitar.

-12-

Jenis pencemaran alam sekitar :

Pencemaran alam sekitar dapat diketegorikan kepada pencemaran udara, pencemaran air, tanih, bunyi, dan bau. Namun di kawasan Pekan Parit Raja ini jelas dapat dilihat berlakunya.. a) Pencemaran Udara : Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam udara yang kita sedut setiap hari. Benda asing ini mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuhan, dan harta benda.Benda asing ini adalah dalam bentuk habuk, asap, wap dan gas(karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbn, bau-bauan). Kilang-kilang di sekitar Parit Raja sering membebaskan asap putih asap putih dan kelabu yang pastinya mencemarkan ruang udara di Pekan Parit Raja.

b) Pencemaran Air : Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan, dan warna sehingga akan memberi kesan terhadap manusia dan kehidupan akuatik. Kualiti air di Pekan Parit Raja juga tidak memuaskan kerana air paip sering bertukar menjadi kuning dan berbau.

-13-

Antara punca pencemaran alam sekitar ialah :

Antara punca pencemaran alam sekitar ialah : a) Pembebasan asap kilang. -Disekitar kawasan Pekan Parit Raja terdapat beberapa buah kilang seperti PCCS, Evergreen dan Stancodex yang sentiasa melepaskan asap putih dan kelabu ke udara. Di samping itu juga terdapat bau yang kurang enak dilepaskan bersama asap tersebut. b) Pembebasan asap kenderaan yang lalu lalang. -Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di Pekan Parit Raja memburukkan lagi pertambahan gas karbon monoksida dan karbon dioksida dalam udara. c) Pembuangan sisa toksik dan bahan buangan. -Kilang-kilag sewenang-wenangnya membuang sisa-sisa kilang ke dalam sungai. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan Sungai Sembrong yang merupakan sumber bekalan air mentah utama kepada loji air di Parit Raja tercemar dengan teruknya. d) Penggunaan racun serangga dan rumpai. -Aktiviti pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan nanas di sekitar Pekan Parit Raja banyak menggunakan baja kimia dan racun serangga. Kebanyakkan pekebun menggunakan baja kimia dan racun erangga yang berlebihan dan ini akan meningkatkan keasidan tanah dan seterusnya mencemarkan Sungai Sembrong.

Nilai dan unsur patriotisme :Saya sebagai penduduk asal Pekan Parit Raja sangat berbangga dan bersyukur dengan keistimewaan yang ada di Parit Raja. Pembangunan pesat Pekan Parit Raja membolehkan penduduk pekan ini hidup dalam keadaan yang lebih selesa . Oleh itu, saya amat sayang dan bangga kerana menetap di Pekan Parit Raja.

-14-

Kesan-kesan pencemaran alam sekitar :

a) Hujan asid. - Hujan asid ialah hujan yang mengandungi asid lemah iaitu nilai PHnya kurang daripada 5.6. Hujan asid berlaku apabila udara tercemar oleh gas-gas oksida seperti nitrogen oksida dan karbon dioksida yag telah dilepaskan oleh kilang di sekitar Pekan Parit Raja. Gas oksida ini akan larut dalam wap air dan menghasilkan nitric serta asid sulfuric lemah. Apabila awan yang mengadungi asid terpeluwap akan terhasil.

b) Penyakit kulit dan mata. - Kesan hujan asid akan mencemarkan air minuman dan ini mengancam kesihatan manusia seperti menjejaskan penafasan serta menyebabkan kulit dan mata gatal. Ia juga akan merosakkan tanaman dan dinding bangunan terhakis.

- -

c) Jerebu. - Kejadian jerebu disebabkan oleh debu, asap, abu, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terperangkap di atmosfera. Jerebu sering terjadi di kawasan bandar dan perindustrian seperti di Pekan Parit Raja. Jerebu juga disebabkan oleh pembakaran terbuka dan pelepasan asap dari kenderaan bermotor. Jerebu boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti kesukaran bernafas, asma, sakit mata dan radang paru-paru.

d) Hidupan akuatik tercemar. - Bahan toksik yang dibuang ke dalam sungai kan memberi kesan terhadap kitaran makanan kehidupan akuatik dan secara tidak langsung hidupan akuatik akan mati.

-

-

e) Air tercemar. - Bahan toksik yang bercampur dengan air sungai atau tasiksecara langsung akan mempengaruhi kualiti air miniman. Hal ini memberi kesan negative terhadap kesihatan. Kehadiran nitrat berlebihan dalam air minuman akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Bekala air bersih yang disalurkan kepada penduduk Pekan Parit Raja sering tercemar dan boleh dilihat dengan perubahan warna air yang menjadi keperangan dan berbau.

f) Peningkatan suhu. - Suhu bumi semakin meningkat setiap tahun. Peningkatan suhu di Pekan Parit Raja diebabkan oleh pertambahan bahan-bahan percemar tersebut akan menerima dan menyerap sinaran matahari gelombang pendek dengan banyak ke bumi. Keadaan ini menyebabkan suhu bumi meningkat.

Penerapan & Unsur Patriotisme.Pencemaran alam sekitar membawa pelbagai kesan buruk kepada masyarakat setempat khususnya penduduk Pekan Parit Raja. Namun saya berasa bangga kerana penduduk di sini masih berusaha untuk mengurangkan pencemaran. Mereka sering mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan Sungai Sembrng yang telah dicemari. Nilai kerjasama dan tolong-menolong ini perlu diteruskan agar generai akan datang masih dapat menikmati air Sungai Sembrong yang bersih dan kekal sebagai sungai utama yang membekalkan air kepada penduduk Pekan Parit Raja.

-

-

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar :

Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kesan pencemaran alam sekitar termasuklah : a) Kuatkuasakan undang-undang. - Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Saman dan denda yang tinggi perlu dikenakan kepada kilang-kilang yang ingkar. Jika masih berdegil hukuman penjara maksimum patut dikenakan. Selain daripada itu, pengusaha kilang yang berskala besar perlu mendapat nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum menjalankan operasinya. b) Pendidikan alam sekitar melalui pendidikan. - Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi juga oleh semua pihak termasuklah rakyat. Cara terbaik untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat adalah melalui pendidikan. Pendidikan Alam Sekitar boleh diajar secara formal di sekolah dan secara tidak formal melalui media massa seperti suratkhabar, televisyen dan radio Selain itu, agensi kerajaan yang bertanggungjawab patut mengadakan kempen dan ceramah secara berterusan. c) Kempen cintai alam sekitar. - Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen mencintai sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen ini, pesertapeserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara mengurus sisa buangan dengan lebih teratur.

-17d) Penapis asap. - Kerajaan haru mewajibkan semua kilang dan kenderaan bermotor memasang catalytic converter pada serombong asap kilang dan eksos kenderaan. Ini boleh mengurangkan sehingga 98% unsure-unsur pencemaran dengan menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Diksida dan wap.

Penerapan & Unsur Patriotisme.- Langkah-langkahyang berkesan perlu diambil untuk mengatasi kesan pencemaran alam sekitar di Pekan Parit Raja, saya berharap langkah mengawal pencemaran alam sekitar ini memerlukan kerjasama di antara kerajaan dan penduduk Pekan Parit Raja agar kesejahteraan pecan ini terpelihara.

-18-

. . R . U . J . . .

.

.

.

U

. . . N

.

.

K A . .

Daripada kajian ini, saya dapat merumuskan bahawa terdapat 2 jenis pencemaran di Pekan Parit Raja iaitu pencemaran udara dan air. Punca pencemaran ini berlaku akibat daripada pembebasan asap kilang , kenderaan bermotor, pembuangan sisa toksik ke sungai serta penggunaan racun serangga oleh pekebun. Akiat kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini, maka berlakulah pelbagai kesan negatif seperti hujan asid, jerebu, kemusnahan hidupan akuatik serta peningkatan suhu bumi. Kesan ini akan mengancam nyawa manusia dan semua ekosistem yang terdapat di bumi ini. Untuk mengatasi masalah ini maka pelbagai langkah telah diambil leh pelbagai pihak antaranya dengan menguatkuasakan undang-undang, pendidikan alam sekitar melalui korikulum, mengadakan kempen-kempen menyintai alam sekitar serta mewajibkan kilang-kilang dan kenderaan bermotor memasang catalytic cnverter bagi tujuan menapis gas-gas beracun yang dibebaskan. Sebagai penduduk di Pekan Parit Raja, saya amat berbangga kerana Pekan Parit Raja telah berkembang dengan pesat walaupun alam sekitar Parit Raja telah tercemar.

Namun, kerjasama pelbagai pihak perlu untuk memastikan keharminian pekan ini dapat dikekalkan.

- -

,

- - - T , A , M ,

, A , , , , T

Sumber Buku : 1. Chong Mui Sen, 2006. Ulangkaji Total Geografi PMR. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd 2. Latifah Bt. Mahmud, 2003. Geografi Ting.2 : Edaran Kemajuan Sdn. Bhd.

Sumber Internet : 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_Udara

Sumber Orang : 1. YB Muhammad bin Abd Aziz, Adun Sri Gading 2. Penduduk tempatan di kawasan Parit Raja.

Bahan Grafik :

Air Tercemar

Peningkatan Suhu

Hujan Asid Kesan Pencemaran Alam Sekitar .

Hidupan Aquatik Tercemar.

Penyakit Kulit

Jerebu

SENARAI KANDUNGAN :

Bil.1 2 3

TajukTajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan

Muka Surat1 2 3

4 5 6

Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian

4 5 6~

Punca Kaedah Kajian Pencemaran 7Bahan Kumbahan Tumbuhan 8 Dapatan Kajian Industri Perkilangan Kandang Haiwan 9 Rumusan Industri Berasaskan Pertanian 10 Lampiran 12 13 Rujukan Tamat

Peratus Pencemaran (%)47.79 45.07 4.58 2.55 ~ ~ ~ ~

Punca Pencemaran Air Di Malysia 2006

Peratus Pencemaran (%) an

Punca Utama Pencemaran Air di Mlaysia 200660 50 40 30 20 10 0 1 2 3 Punca Pencemaran 4 5 Series1 Series2

Sumber : Jabatan Alam Sekitar 2006

... L A M

P I R . A N

Punca Pencemaran Udara Di Malaysia 2004 Punca Pencemaran Kenderaan Stesen Janakuasa Industri Bahan Api Pemprosesan Industri Pembakaran Terbuka Peratus Pencemaran (%) 58.1 23.9 9.4 3.9 4.9

Pencemaran udara disebabkan asap kilang

Pencemaran air punca daripada sisa kumbahan kilang

Proses pemuliharaan alam sekitar ( penanaman semula pokok )