my geo project

22
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST JOSEPH, 93000 KUCHING , SARAWAK KAJIAN KURSUS GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 3 , 2011 PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TABUAN HEIGHTS, KUCHING, SARAWAK Nama Murid : Ryan Teo Yii Wen Tingkatan : 3A Nama Guru : Puan Tay Heng Kiang No. Kad Pengenalan : 960803-13-5389 Angka Giliran : SK228K031

Upload: ryan-teo

Post on 03-Jul-2015

278 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: My Geo Project

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST JOSEPH, 93000 KUCHING , SARAWAK

KAJIAN KURSUS GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 3 , 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TABUAN HEIGHTS,

KUCHING, SARAWAK

Nama Murid : Ryan Teo Yii Wen

Tingkatan : 3A

Nama Guru : Puan Tay Heng Kiang

No. Kad Pengenalan : 960803-13-5389

Angka Giliran : SK228K031

__________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN GURU PENILAI)

Page 2: My Geo Project

Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kawasan Kajian 4-6

5. Kaedah Kajian 7

6. Hasil Kajian 8-15

7. Rumusan 16

8. Lampiran 17-22

9. Rujukan 24

Page 3: My Geo Project

Saya , Ryan Teo Yii Wen dari Tingkatan 3A ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan

Pendidikan yang memberi kerja kursus yang bertajuk “Pencemaran Alam Sekitar” kepada

kami.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SMK St Joseph,

Encik Thomas Lau Ing Ngan yang memberi surat kebenaran untuk menjalankan kerja khusus ini.

Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi Tngkatan 3A saya,

Puan Tay Heng Kiang telah meluangkan banyak masa untuk memberi bantuan kepada saya

semasa membuat kerja khusus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan

kewangan, tenaga dan juga mengorbankan masa untuk menghantar saya semasa menjalani kerja

khusus ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Tabuan Heights

yang sanggup menjalankan temu bual dengan saya dan juga memberikan kerjasama yang penuh

kepada saya.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang dinyatakan di atas.

Page 4: My Geo Project

Saya , Ryan Teo Yii Wen, pelajar Tingkatan 3A di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph ,

Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak. Saya diwajibkan untuk membuat Kajian

Geografi Tempatan untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi.

Saya dan rakan-rakan sekelas telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, saya

telah diarahkan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Geografi untuk membuat kajian ini di

kawasan yang berdekatan dengan rumah saya iaitu Tabuan Heights.

Saya telah menjalankan kajian ini selama 1 bulan bermula pada Mac hingga April. Kajian ini

diwajibkan untuk melakukan secara individu.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya

kepada saya dan amnya kepada masyarakat di sekitar kawasan tempat tinggal saya.

Page 5: My Geo Project

Kajian ini dijalankan dengan tujuan:

1. Mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar.

2. Mengenal pasti pelbagai jenis pecemaran alam sekitar.

3. Mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar.

4. Bercadang tentang lankang-langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

5. Menerapkan nilai-nilai murni atau unsur patriotisme di Tabuan Heights.

Page 6: My Geo Project

Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Tabuan Heights. Tabuan Heights terletak di

kawasan Bandaraya Kuching. Bandaraya Kuching terletak di barat laut Kepulauan Borneo dan

merupakan bandar yang ketujuh terbesar di Malaysia. Kawasan ini juga terletak di bawah

pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara

(DBKU).

Selain itu, keluasan Tabuan Heights ialah kira-kira 220.475 kilometer persegi. Kira-kira 6000

orang yang tinggal di kawasan Tabuan Heights. Ciri-ciri penduduk di kawasan Tabuan Heights

ialah padat.

Secara amnya, Tabuan Heights ialah kawasan perumahan. Di sekitar Tabuan Heights,

terdapat kawasan perniagaan seperti Everise. Kemudahan bas awam juga disediakan di sekitar

Tabuan Heights.

Kawasan Tabuan Heights terletak kira-kira 4.1 kilometer dari bandaraya Kuching. Penduduk

dari bandaraya Kuching dapat sampai ke kawasan Tabuan Heights dalam lingkungan 15 minit

dengan menggunakan kenderaan. Jika penduduk berjalan dari bandaraya Kuching ke kawansan

Tabuan Heights, mereka akan sampai dalam kira-kira 48 minit.

Page 7: My Geo Project

Peta:

Page 8: My Geo Project

Peta kawasan Tabuan Heights:

Page 9: My Geo Project

Semasa saya menjalankan kajian ini di kawasan Tabuan Heights, saya telah menggunakan

beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat. Kaedah yang pertama ialah pemerhatian. Saya

telah berjalan di sekeliling kawasan kajian untuk memerhati pencemaran yang berlaku di

kawasan kajian saya.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temu bual. Saya telah menemu bual 5 orang

responden untuk mengetahui punca-punca dan kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang

berlaku di kawasan Tabuan Heights. Saya juga mendapatkan cadangan mereka untuk

mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Tabuan Heights.

Di samping itu, saya menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat dengan

lebih lanjut. Saya telah menyediakan borang soal selidik untuk diberikan kepada 20 orang

responden. Borang soal selidik yang telah dilengkapkan oleh pihak responden. Soalannya boleh

didapati di bahagian Lampiran projek ini.

Tambahan pula, kaedah rujukan juga telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat. Saya

telah mencari maklumat dengan merujuk kepada internet. Dalam pada itu, saya juga merujuk

buku teks saya sebagai panduan untuk mendapat format yang betul untuk membuat kerja kursus

Geografi ini.

Page 10: My Geo Project

Konsep pencemaran alam sekitar

Pencemaran alam sekitar ialah pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada

aktiviti manusia ke alam persekitaran. Dalam kata lain, pencemaran adalah sebarang perubahan

sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-

aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan

sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau

kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai yang telah ditetapkan terhadap

sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran. Misalnya, sesuatu sayuran itu menjadi tercemar

hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di

dalamnya telah melebihi paras bahaya. Oleh itu, bahan kimia yang berbeza memberi paras

bahaya yang berbeza. Dengan ini, kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah

berbeza.

Page 11: My Geo Project

Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan Tabuan Heights

Jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan Tabuan Heights ialah

pencemaran udara. Hal ini demikian kerana kereta yang lalu lalang mengeluarkan karbon

monoksida yang boleh membahayakan kesihatan penduduk di kawasan tersebut. Penduduk yang

merokok juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Asap yang dihembuskan oleh

perokok amat bahaya dan dapat mencemarkan udara.

Selain itu, pencemaran bunyi juga berlaku di kawasan kajian saya. Pencemaran bunyi ialah

bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga atau menggangu emosi seseorang.

Misalnya, kereta yang lalu lalang membunyikan hon kereta tanpa berhenti. Hal ini demikian

akan mengganggu aktiviti seharian penduduk. Penduduk yang meninggikan suara radio di

rumahnya juga akan menyebabkan pencemaran bunyi dan akan menggangu penduduk lain.

Di samping itu, kawasan kajian saya juga berlakunya pencemaran bau. Pencemaran bau

berlaku akibat pembuangan sampah sarap ke dalam longkang. Dengan ini, sungai tidak dapat

mengalir dan akan menyebabkan sungai tersumbat. Hal ini akan menyebabkan bau busuk dan

akan menggangu kehidupan penduduk di kawasan Tabuan Heights.

Page 12: My Geo Project

Punca pencemaran alam sekitar di kawasan Tabuan Heights

Pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya berpunca daripada kenderaan. Hal ini

demikian kerana gas-gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan akan menyebabkan penduduk

menghidapi penyakit asma, batuk dan mata merah. Gas-gas yang beracun juga akan

mencemarkan udara dan meningkatkan suhu.

Selain itu, pembakaran terbuka di kawasan kajian saya juga menyebabkan pencemaran alam

sekitar. Penduduk yang membakar daun-daun kering yang berguguran akan menyebabkan

pencemaran udara.

Di samping itu, sampah sarap juga merupakan salah satu sebab yang menyebabkan

pencemaran bau. Penduduk yang tinggal di kawasan perumahan sering membuang sampah ke

dalam longkang. Walaupun tong sampah disediakan, namun penduduk di kawasan Tabuan

Heights tetap akan membuang sampah ke dalam longkang dan menyebabkan longkang

tersumbat.

Tambahan pula, perniagaan merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar. Pusat-

pusat perniagaan yang berdekatan gagal meyediakan sistem pembuangan sampah sarap yang

teratur. Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan juga mengeluarkan bau yang

sangat busuk. Hal ini kerana pekerja memungut sampah tidak melakukan tugasnya.

Dalam pada itu, petempatan juga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Tong sampah yang

disediakan di kawasan petempatan tidak digunakan dengan baik. Walaupun tong sampah

disediakan, penduduk masih membuang sampah sesuka hati mereka.

Page 13: My Geo Project

Justeru, kita seharusnya tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan pencemaran alam

sekitar. Kita sepatutnya menjaga alam sekitar supaya generasi hadapan dapat menikmati

keindahan alam sekitar.

Maklumat responden Tabuan Heights, Kuching, Sarawak :-

Bil. Nama Umur Jantina Punca Pencemaran

1. Samuel Jong 21 Lelaki Pembakaran terbuka

2. Tay Siew Hui 45 Perempuan Petempatan3. Raymond Teo 44 Lelaki Kenderaan4. Tay Peck San 43 Perempuan Sampah sarap5. Jacky Chow 54 Lelaki Petempatan6. Kelly Tan 26 Perempuan Sampah sarap7. Michelle Huang 28 Perempuan Kenderaan8. Collin Bong 29 Lelaki Pembakaran

terbuka9. Cindy Liew 33 Perempuan Petempatan

10. Kueh Kui Soing 56 Lelaki Kenderaan11. Lee Kim Fook 54 Lelaki Petempatan12. Penandan Gubri 42 Lelaki Pembakaran

terbuka13. Tan Hui Boo 62 Lelaki Sampah sarap14. Siti Anwar binti Karun 51 Perempuan Petempatan15. Wong Lai Dao 27 Lelaki Pembakaran

terbuka16. Jong Song 34 Lelaki Perniagaan17. Harun bin Narwawi 42 Lelaki Perniagaan18. Santana Florence 35 Lelaki Perniagaan19. Lim Kim Sim 55 Lelaki Sampah sarap20. Albert Song 51 Lelaki Sampah sarap

Page 14: My Geo Project

Jadual punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan Tabuan Heights

Punca pencemaran alam sekitar Bilangan responden

Kenderaan 3

Pembakaran terbuka 4

Sampah sarap 5

Perniagaan 3

Petempatan 5

Sumber : Soal selidik terhadap penduduk Tabuan Heights, Kuching, Sarawak.

Graf punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan Tabuan Heights, Kuching,

Sarawak.

Kenderaan Pembakaran Terbuka

Sampah Sarap Perniagaan Petempatan0

1

2

3

4

5

6

KenderaanPembakaran TerbukaSampah SarapPerniagaanPetempatan

Page 15: My Geo Project

Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Tabuan Heights

Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya ialah hujan asid. Hal ini demikian

kerana penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil dibakar dalam

jumlah yang banyak. Bahan api fossil yang dikeluarkan ialah bahan pencemar alam sekitar.

Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun

sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan asid yang turun ke bumi

akan terkumpul menjadi pemendapan berasid.

Selain itu, jerebu juga adalah salah satu kesan pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan dan

juga asap pembakaran merupakan faktor penyumbang kewujudan jerebu. Keadaan ini

kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan penyakit- penyakit seperti

asma. Penduduk akan berasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk akibat

pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk yang tinggal berhampiran.

Tambahan pula, udara juga akan tercemar akibat pencemaran alam sekitar. Ekzos kenderaan

yang membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara akan

menyebabkan udara tercemar. Bahan pencemar ini akan disebarkan oleh angin dan menyebabkan

jerebu.

Sementelahan itu, pencemaran alam sekitar juga akan mengakibatkan bau busuk. Bau busuk

akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik oleh peniaga.

Kehadiran lalat, ulat dan bahan-bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau

yang kurang menyenangkan.

Justeru, pencemaran alam sekitar akan menyebabkan banyak kesan negatif. Oleh itu, kita

harus menyayangi alam sekitar dengan tidak mencemarkannya.

Page 16: My Geo Project

Graf

Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan

Tabuan Heights

Jerebu- pelepasan asap kilang dan asap kenderaan- menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan

Udara tercemar- ekzos kenderaan yang membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara

Hujan asid- penbakaran bahan api fossil - bahan pencemar bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan

Penyakit- gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk- batuk

Bau busuk- sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik oleh peniaga

Page 17: My Geo Project

Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan Tabuan

Heights

Untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya, penduduk

mencadangkan bahawa kerajaan harus mengadakan kempen cintai alam sekitar. Dengan ini,

penduduk akan memelihara alam sekitar kerana berasa menyesal akibat mencemarkan alam

sekitar.

Selain itu, pendidikan alam sekitar harus diadakan. Hal ini kerana penduduk harus

mengetahui tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia. Penduduk yang tidak tahu

tentang tanggungjawabnya akan mencemarkan alam sekitar.

Di samping itu, kita seharusnya menggunakan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol

tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.

Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku dan mengelakkan masalah

kesihatan.

Tambahan pula, kita boleh mengurangkan pencemaran udara dengan menggunakan catalytic

converter. Kita boleh menukarkan pembebasan asap-asap berbahaya kepada asap-asap yang

kurang berbahaya.

Justeru, kita harus mencintai alam sekitar dengan memelihara dan memulihara alam sekitar.

Dengan ini, generasi pada masa hadapan dapat menikmati keindahan alam sekitar.

Page 18: My Geo Project

Dalam kajian ini, saya telah mendapati banyak pencemaran alam sekitar berlaku di negara kita.

Pencemaran alam sekitar telah mempengaruhi kehidupan seharian penduduk di kawasan Tabuan

Heights. Jenis-jenis pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran bunyi dan

pencemaran bau telah menyebabkan penduduk di kawasan Tabuan Heights tidak dapat

menjalankan aktiviti seharian mereka dengan baik.

Walau bagaimanapun, pencemaran alam sekitar berpunca daripada penduduk kawasan

Tabuan Heights. Hal ini demikian kerana kenderaan mereka yang mengeluarkan asap-asap

beracun akan menyebabkan penyakit-penyakit seperti asma. Pembakaran terbuka, perniagaan

dan petempatan juga akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Hujan asid akan berlaku kerana penduduk yang tidak menjaga alam sekitar. Suhu juga akan

meningkat akibat daripada pencemaran alam sekitar. Udara yang tercemar akan menyebabkan

penduduk menghidapi pelbagai penyakit.

Penduduk di kawasan Tabuan Heights mencadangkan agar kerajaan mengadakan kempen

cintai alam sekitar dan juga pendidikan alam sekitar untuk menyedarkan masyarakat. Selain itu,

kita juga harus menggunakan petrol tanpa plumbum dan memasang catalytic converter di

kenderaan supaya dapat menapis gas-gas yang beracun sebelum dikeluarkan.

Justeru, masyarakat harus menjaga alam sekitar untuk mengekalkan keindahan alam sekitar.

Dengan ini, pencemaran alam sekitar tidak akan berlaku. Kita harus mengelakkan pencemaran

alam sekitar berlaku supaya negara kita dapat mencapai wawasan 2020.

Page 19: My Geo Project

Borang temu bual

Page 20: My Geo Project

Nama :

Alamat :

Jenis perniagaan :

Apakah jenis-jenis pencemaran yang terdapat di kawasan Tabuan Heights?

Apakah cadangan anda untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar?

Page 21: My Geo Project

1. Buku teks:

Mohd. Jamil bin Mohamed, Hj. Rodzli bin Hj. Hashim, Hjh. Mahani binti Hj. Mahbar, Edaran

Johore Central Store Sdn. Bhd., 2004 Geografi Tingkatan 3, 55-58 Jalan Ibrahim, 80000 Johor

Bahru, Johor Darul Takzim.

2. Internet

http://maps.google.com/

3. Orang sumber

Tay Siew Hui - penduduk Tabuan Heights

Raymond Teo - penduduk Tabuan Heights

Tay Peck San - penduduk Tabuan Heights