laporan dan refleksi

32
1.0 Pengenalan Selaku seorang guru pelatih di Institut Pendidikan guru, sudah menjadi kelaziman untuk menjalani satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti iaitu Bina Insan Guru. Semua guru pelatih wajib untuk lulus BIG ini. Program ini direalisasikan melalui aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Jabatan GERKO dan Jabatan HEP. Aktiviti-aktiviti yang direncanakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. Fokus utama untuk program BIG semester ini adalah untuk mengadakan satu aktiviti yang bercorak khidmat pendidikan di samping melibatkan kerja berpasukan dan kerjasama dalam kalangan guru pelatih itu sendiri. Tempoh jam kredit yang diperuntukkan bagi BIG kali ini adalah selama 8 jam. Selain itu, program ini bertujuan untuk melatih guru pelatih dalam kehidupan bermasyarakat di samping bercampur gaul dengan masyarakat umum untuk mengenali ragam kehidupan. Dalam masa yang sama, ini merupakan persediaan sebelum guru pelatih berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah masyarakat di luar sana. Melalui program ini guru pelatih perlu mahir dalam kemahiran interpersonal diri. Kerjasama yang melibatkan pelbagai pihak perlu melibatkan komunikasi yang sesuai dan berkesan. 1

Upload: adha-fouat

Post on 19-Nov-2015

381 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanSelaku seorang guru pelatih di Institut Pendidikan guru, sudah menjadi kelaziman untuk menjalani satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti iaitu Bina Insan Guru. Semua guru pelatih wajib untuk lulus BIG ini. Program ini direalisasikan melalui aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Jabatan GERKO dan Jabatan HEP. Aktiviti-aktiviti yang direncanakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.Fokus utama untuk program BIG semester ini adalah untuk mengadakan satu aktiviti yang bercorak khidmat pendidikan di samping melibatkan kerja berpasukan dan kerjasama dalam kalangan guru pelatih itu sendiri. Tempoh jam kredit yang diperuntukkan bagi BIG kali ini adalah selama 8 jam. Selain itu, program ini bertujuan untuk melatih guru pelatih dalam kehidupan bermasyarakat di samping bercampur gaul dengan masyarakat umum untuk mengenali ragam kehidupan. Dalam masa yang sama, ini merupakan persediaan sebelum guru pelatih berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah masyarakat di luar sana. Melalui program ini guru pelatih perlu mahir dalam kemahiran interpersonal diri. Kerjasama yang melibatkan pelbagai pihak perlu melibatkan komunikasi yang sesuai dan berkesan. Secara tidak langsung saya selaku guru pelatih dapat membina keyakinan diri untuk bercakap dan berbincang dengan masyarakat.Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan,...pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahirkan, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

2.0 RasionalProgram Bina Insan (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai- nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Guru.

3.0 Objektif Kurikulum BIGProgram BIG adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani(spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal keatas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0 Laporan Sebelum, Semasa dan Selepas Program Bina Insan Guru

AYISY HARIZ BIN SUKIMANIPGKB: S11S-1006-0445921027-101-6069PISMP SAINS SEMESTER 3

21/8/2013KHAMISWAD PEDIATRIK, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM), KUBANG KERIAN, KELANTAN.Saya Ayisy Hariz bin Sukiman dari kumpulan PISMP Sains/PJ/RBT Semester 3 telah menyertai Program Khidmat Pendidikan Bina Insan Guru Fasa 3 bertempat di Wad Pediatrik, HUSM. Jumlah peserta yang terlibat dalam program ini adalah seramai 20 orang, 7 lelaki dan 13 perempuan.i) SebelumSebelum berlangsungnya program BIG fasa 3 ini, saya bersama rakan-rakan semester 3 menerima taklimat dan cadangan daripada pensyarah penyelia, Encik Zainol Abidin Bin Zakaria. Beliau mengingatkan kumpulan kami agar segera menyiapkan kertas kerja sebelum di semak oleh beliau bagi melaksana program BIG kali ini. Selepas diberi penerangan, saya dan rakan-rakan sekelas segera menjalankan satu mesyuarat untuk melantik AJK-AJK bagi menjalankan tugas masing-masing. Sebelum itu, awal-awal lagi kami telah sebulat suara melantik saudara Mohd. Nor Bin Mat Rahim sebagai pengerusi BIG fasa 3 ini. Dalam mesyuarat ini, saya terpilih menjadi AJK Kerohanian.Saya terpilih untuk memegang jawatan sebagai AJK Kerohanian hasil daripada pilihan saudara Pengerusi sendiri. Sebagai seorang yang menghormati pemimpin, saya menerima tugasan ini dengan berlapang dada. Walau bagaimanapun, tugas sebagai AJK Kerohanian ini merupakan pertama kali bagi saya untuk memegangnya. Walaupun berdepan dengan sedikit ujian, saya tetap tabah menghadapinya. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Oleh yang demikian, saya telah membuat sedikit persiapan dengan mencari maklumat-maklumat berkaitan doa yang hendak dibaca pada hari berlangsungnya program BIG Fasa 3 ini. Saya cuba menghafal nya sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya berjaya menghafal nya walaupun kurang lancar.Pemilihan tempat berlangsungnya program BIG Fasa 3 di Wad Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ini hasil cadangan daripada saudara pengerusi sendiri, Mohd Nor Bin Mat Rahim. Beliau mencadangkan tempat ini kerana beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak yang berkenaan di hospital terbabit. Bagai Orang mengantuk disorongkan bantal kami lantas bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ianya memudahkan pengurusan kami untuk mengadakan program wajib ini. Saudara pengerusi bertungkus lumus menghubungi pihak perhubungan HUSM bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan program yang di canang ini. Sebelum tarikh BIG Fasa 3 ini bermula iaitu pada 21 Februari 2013, saya dan beberapa rakan sekelas, Muhammad Naim, Liu Wei Yen dan Lui Wan Sing telah menemani saudara pengerusi untuk melawat tempat bakal berlangsungnya program BIG ini. Kami mengadakan lawatan bagi mengenal pasti tempat secara lebih terperinci di samping memerhati kawasan sekitar dan mengambil beberapa keping gambar bagi mendapatkan idea apakah perkara yang boleh kami lakukan bagi memperindah dan menceriakan suasana bilik-bilik yang terdapat dalam wad-wad Pediatrik terbabit. Jika saya tidak silap, alah seorang jururawat yang bertugas pada masa tersebut bernama Zaiton. Beliau seorang yang peramah sepanjang kami melawat Wad Pediatrik terbabit. Segala kemusykilan yang diutarakan, beliau akan cuba menjawabnya sebaik yang mungkin.Sebenarnya, seminggu sebelum program BIG Fasa 3 ini bermula, saya telah ditimpa ujian daripada Ilahi dengan menghidap demam selesema dan batuk yang agak teruk. Akibatnya, saya telah pergi mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa pada 19 Februari 2013 iaitu 3 hari sebelum berlangsungnya program BIG ini. Saya berasa sungguh sedih dan gusar adakah saya mampu buat yang terbaik sepanjang bersama-sama menjayakan program ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Ilahi moga-moga tahap kesihatan saya cepat sembuh.Beberapa hari sebelum berlangsungnya BIG Fasa 3 ini, kami sekelas telah menjalankan aktiviti gotong royong sebagai persiapan. Sehari sebelum program bermula, saya telah membantu saudari Nurul Mardhiah dan rakan-rakan yang lain untuk membungkus cenderahati berupa makanan. Walaupun menghadapi sedikit kesulitan pada awalnya, tapi Alhamdulillah, tugasan ini dapat diselesaikan. Sehari sebelum bergotong royong ini, saya telah membantu saudari Nurul Mardhiah untuk membeli beberapa kelengkapan yang dia perlukan terutama hal yang berkaitan makanan dan cenderahati seperti bakul buah-buahan, beberapa jenis buah dan beberapa kotak susu coklat. Bagaimanapun, pada petang hari aktiviti gotong royong tersebut, saya tidak dapat turut hadir sama-sama membuat persiapan untuk program BIG itu kerana kesihatan saya merudum (diserang demam). Saya rasa sangat sedih kerana gagal memberikan kerjasama kepada rakan-rakan lain. Beban bekerja mereka tentu banyak disebabkan ketiadaan saya pada petang itu.

ii) SemasaPada 21 Februari 2013 iaitu pada hari Khamis, saya telah menyertai program BIG Fasa 3 bersama-sama rakan sekelas selama 7 jam. Pada pagi yang dijanjikan, saya dan rakan-rakan telah berkumpul di hadapan Dewan Wawasan bagi proses penyediaan terakhir dan pemberian taklimat ringkas oleh saudara pengerusi, Mohd. Nor bin Md. Rahim. Saya bersyukur kerana pagi itu saya tidak lagi lambat seperti program BIG Fasa 2. Saya dan kesemua peserta lelaki telah membawa kenderaan masing-masing disebabkan pihak IPG Kampus Kota Bharu gagal menyediakan perkhidmatan mengambil semula para peserta program BIG ini sesudah selesai nanti. Oleh itu, kami peserta lelaki mengambil inisiatif sendiri dengan pergi dan balik dengan menggunakan kenderaan sendiri. Rata-rata peserta lelaki menunggang dan membonceng motosikal kecuali saudara Muhammad Naim yang memandu kereta. Untuk perjalanan pulang nanti, Muhammad Naim ditugaskan untuk membawa peserta-peserta perempuan pulang ke kampus.

Gambar 1: Para peserta berkumpul di hadapan Dewan Wawasan sebelum bertolak.

Sebelum bertolak, kami para peserta diberi sedikit taklimat ringkas oleh pengerusi mengenai tentatif program yang akan berlangsung. Pada ketika itu, kami dimaklumkan oleh Ketua Jabatan GERKO, Encik Wan Din mengenai ketidakhadiran pensyarah penyelia program BIG ini, Encik Zainol Abidin bin Zakaria. Encik Zainol tidak dapat turut hadir dalam program ini disebabkan terdapat komitmen lain yang lebih penting. Kami berasa agak terkilan kerana perkara sebegini dimaklumkan pada saat-saat akhir. Namun demikian, hal ini tidak bermakna program BIG kami terjejas teruk. Program tetap akan dijalankan memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menjayakan program berprestij ini. Ketika berkumpul, pensyarah tutor kami, Encik Che Asran bin Che Mohd. Amin tidak turut serta, tetapi dia memaklumkan bahawa dia akan turut serta sesampainya kami ke destinasi program nanti. Tepat jam 8.20 pagi, kesemua peserta perempuan dan seorang peserta lelaki mula menaiki bas dan bergerak menuju ke destinasi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Saya dan peserta-peserta lelaki yang mula bergerak mengekori bas yang sudah bergerak.

Gambar 2: Sebahagian peserta perempuan yang menaiki bas.

Sesampainya kami di destinasi, lebih kurang pukul 9.00 pagi, kami berkumpul dahulu di perkarangan HUSM bagi menunggu kedatangan pensyarah tutor kami, Encik Che Asran bin Che Mohd Amin. Setelah menunggu buat seketika, beliau selamat tiba di tempat kami menunggu. Pukul 9.15 pagi, kami mula bergerak ke Wad Pediatrik, HUSM. Kami berkumpul dahulu di pusat sumber yang berada di tingkat atas kepada Wad Pediatrik terbabit bagi mengadakan majlis pembukaan secara ringkas. Kata-kata penghargaan dan bacaan doa yang dibacakan oleh saya sendiri dilaksanakan sewaktu majlis tersebut. Selesai majlis pembukaan, masing-masing berpecah kepada tiga kumpulan yang ditetapkan. Kumpulan pertama, seramai 8 orang ditugaskan untuk menceriakan bilik istirahat Wad 6 Utara. Kumpulan kedua, seramai 7 termasuk saya sendiri ditugaskan untuk menceriakan bilik istirahat Wad 6 Selatan. Kumpulan ketiga, seramai 5 orang, ditugaskan mengemas bilik pusat sumber tersebut.

Gambar 3: Saya dan rakan-rakan sedang berkumpul di pusat sumber.

Gambar 4: Saya membacakan doa ketika majlis pembukaan.

Saya dan rakan sekumpulan saya iaitu Kumpulan Kedua bertungkus lumus cuba menceriakan bilik istirahat di Wad 6 Selatan dengan melukis dan mewarna lukisan mural. Pada awal aktiviti, saya bersama-sama saudari Nur Izni Syamimi dan Noraini memasang origami burung di siling bilik istirahat tersebut bagi proses penceriaan. Sementara itu, peserta Tan Guo Liang, Ong Hui Hui dan Selvi Segaran sibuk melukis lukisan mural. Saudari Zaira Nur Hidayah pula mula mewarna lukisan yang dilukis oleh saudara Tan Guo Liang. Selesai tugas memasang origami burung tersebut, saya terus menolong saudari Zaira Nur Hidayah mewarna lukisan Spongebob yang siap dilukis oleh Tan Guo Liang. Nur Izni Syamimi dan Noraini juga turut membantu. Disebabkan lukisan Spongebob ini agak kompleks, jadi proses mewarnakan nya turut memerlukan tenaga kerja yang lebih dan tempoh masa yang agak lama. Tidak seperti lukisan mural yang dilukis oleh Selvi Segaran dan Ong Hui Hui yang mana lukisan-lukisan mereka bersifat mudah dan tidak kompleks. Perkara ini melatih koordinasi otot halus jari saya. Hal ini kerana, ketika proses mewarna, sudah pasti akan menggunakan otot-otot di persekitaran jari. Aktiviti ini berterusan sehingga jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari.

Gambar 5 dan 6: Proses mewarna lukisan mural Spongebob dan corak batik

Meskipun saya masih demam, saya tetap gagahkan diri ini untuk melakukan yang terbaik kerana saya tidak mahu membebankan rakan-rakan saya sekiranya saya berehat. Namun demikian, saya tahu had keupayaan saya. Jadi, saya melakukan aktiviti penceriaan sehabis baik yang saya mampu.

Gambar 7: Lukisan mural Spongebob yang siap dihasilkan

Gambar 8: Saya dan rakan-rakan sekumpulan.

Apabila jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, kami mula berhenti daripada aktiviti penceriaan tersebut. Kami mula rehat untuk makan dan Solat Zuhur bagi yang Muslim. Saya dan rakan-rakan makan tengah hari di kafeteria hospital yang berada di aras bawah sekali. Pada pandangan saya, makan yang disediakan bermutu dan tahap kebersihannya terjamin. Setelah menikmati juadah yang ringkas, saya dan rakan-rakan Muslim lain naik semula ke aras 6 di mana Wad Pediatrik berada untuk menunaikan Solat Zuhur. Oleh kerana ruang solat bagi setiap wad adalah terhad, kami membahagikan kumpulan antara kami. Ada kumpulan yang solat di surau Wad 6 Utara dan ada yang solat di Wad 6 Selatan. Sesudah menunaikan kewajipan, saya dan saudara Muhammad Naim mengambil kesempatan untuk berehat sebentar. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengambil ubat disebabkan tahap kesihatan saya ketika itu.Ketika jam hampir menunjukkan jam 2.00 petang, kesemua peserta berkumpul semula di pusat sumber bagi agenda yang seterusnya. Aktiviti seterusnya adalah beramah mesra dengan pesakit-pesakit psikiatri di samping ahli-ahli keluarga mereka dengan mengadakan pertandingan mewarna dalam kalangan pesakit. Bagi pesakit yang berkemampuan, mereka akan dibawa ke pusat sumber tersebut bagi pertandingan mewarna ini. Bagi mereka (pesakit) yang tidak berkemampuan berbuat demikian, kami akan datang kepada mereka di wad-wad sambil membawa peralatan untuk mewarna. Sekali lagi kami dipecahkan menjadi dua kumpulan. Kumpulan pertama ditugaskan untuk menyelia pertandingan mewarna di pusat sumber manakala kumpulan kedua ditugaskan untuk menyelia pertandingan mewarna di wad-wad pediatrik. Dalam kumpulan kedua ini, kami dipecahkan lagi menjadi tiga unit kecil. Saya bertuah kerana ditugaskan untuk menyelia di Wad 6 Selatan bersama-sama saudari Nurul Hazwani dan Selvi Segaran. Kami bertiga terus ke Wad 6 Selatan apabila pertandingan mula dijalankan untuk mencari pesakit-pesakit yang bertuah untuk menyertai pertandingan ini. Malangnya, kebanyakan pesakit sedang tidur dan tidak mahu diganggu. Namun demikian, kami berjaya mencari seramai tiga orang peserta (pesakit) untuk pertandingan mewarna ini. Sambil mewarna, kami beramah mesra dengan mereka dan ahli keluarga (ibu bapa) mereka yang turut menemani mereka di samping memberi sokongan kepada anak-anak mereka.Saya berasa sungguh sedih dan terharu apabila mendengar luahan perasaan seorang ayah mengenai keadaan anaknya yang menghidap penyakit buah pinggang. Buah pinggang anaknya gagal berfungsi dengan baik sehingga anaknya jarang membuang air kecil. Akibatnya, badan si anak kembang dan bengkak kerana air dalam badan tidak dikeluarkan. Tidak silap saya, keluarga ini berasal dari Bachok, Kelantan. Saya juga sayu melihat pengorbanan seorang ayah yang sanggup mengambil cuti bekerja bagi menemani anak yang tercinta.

Gambar 8: Seorang ayah menemani anaknya (pesakit) ketika pertandingan mewarna. [keluarga yang diceritakan]Ketika jam hampir menunjukkan pukul 3.30 petang, pertandingan ditamatkan. Kemudian, sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang dimulakan. Pemenang dipilih berdasarkan aspek kecantikan dan ketelitian mewarna mereka. Bagi yang tidak memenangi apa-apa, mereka tidak perlu bersedih kerana masih menerima cenderahati berupa hadiah sagu hati.

Gambar 9 dan 10: Antara pemenang-pemenang bertuah dalam pertandingan mewarna.

Apabila majlis penyampaian hadiah selesai, para pesakit beransur pulang ke wad masing-masing. Bagi mereka yang memerlukan bantuan, para peserta membantu mereka untuk pulang ke wad. Ada di antara pesakit yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Saya mengambil peluang keemasan ini dengan membantu seorang pesakit pulang ke wad dengan menolak kerusi roda miliknya ke Wad 6 Utara. Malangnya, saya gagal mendapatkan nama pesakit tersebut kerana dia bersifat pasif dan pendiam. Suara yang dikeluarkan sangat perlahan sehingga saya gagal mendengar apa yang hendak diungkapkannya dengan jelas.

Gambar 11: Saya menolong menolak kerusi roda seorang pesakit pulang ke wad

Setelah selesai menghantar para pesakit ke wad masing-masing, majlis penutup pun dimulakan. Ketika ini, saudari Thaatchayani Muralle memainkan tugasnya sebagai pengacara majlis. Syabas diucapkan kerana dia berjaya menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Ketika majlis penutup tersebut, saudara pengerusi, Mohd Nor bin Mat Rahim memberikan ucapan penghargaan kepada pihak kakitangan dan staf-staf hospital yang sudi menerima kunjungan kami bagi menjalankan program BIG ini.

Gambar 12: Thaatcayani semasa mengacarakan majlis penutup.

Tidak lupa juga pensyarah tutor kami yang turut mengucapkan kata-kata penghargaan kepada pihak hospital di samping memberikan kata-kata semangat kepada guru pelatih seperti saya. Ketika itu juga, saya sekali lagi memainkan peranan saya sebagai AJK Kerohanian dengan membacakan bacaan doa sebagai penutup kepada penutupan program BIG ini.

Gambar 13: Saya membacakan doa ketika majlis penutupan.

Gambar 14: Mohd. Nor memberikan ucapan penghargaan sewaktu majlis penutup

Tidak lupa juga wakil daripada staf-staf hospital yang memberikan sepatah dua kata mengenai kehadiran kami ke tempat mereka bagi menjalankan tugas murni ini. Beliau sangat gembira kerana kehadiran kami adalah untuk kebaikan mereka juga. Sebelum majlis tamat, saudara pengerusi telah memberikan cenderahati kepada pihak hospital sebagai tanda penghargaan kami.

Gambar 15: Pemberian cenderahati kepada wakil pihak hospital.

Setelah tamat majlis penutup, sesi fotografi pula menyusul sebagai tanda kenang-kenangan dan bukti yang pelajar PISMP Sains Semester 3 pernah mengadakan program BIG di Wad Pediatrik HUSM.. Ketika ini lah saudari Nurul Hazwani dan 2 orang rakannya menjalankan tugas selaku AJK Publisiti dengan mengambil gambar-gambar kami semua para peserta dan staf-staf hospital yang terlibat di samping pensyarah tutor kami. Nurul Hazwani dan rakannya cuba menangkap gambar sebaik mungkin bagi mendapatkan kualiti gambar yang terbaik. Sesudah tamat sesi bergambar, saya bersama rakan-rakan lain mengemas dan menyimpan semula peralatan mengemas yang dibawa ke dalam kereta sebelum pulang semula ke IPG Kampus Kota Bharu. Saya pulang ke kampus dengan menaiki motosikal kapcai milik saya sendiri bersama saudara pengerusi, Mohd. Nor bin Mat Rahim.

Gambar 16: Sebahagian peserta BIG bersama-sama staf-staf hospital yang bertugas

Gambar 17: Peserta-peserta yang menyertai Program BIG Fasa 3iii) SelepasSaya berasa sungguh gembira setelah selesai menjalankan Program Khidmat Pendidikan Bina Insan Guru Fasa 3 ini. Tetapi, pada masa yang sama, saya berasa sungguh penat. Hal ini kerana saya menghadapi beberapa masalah sebelum dan semasa menjalankan program BIG kali ini. Sebelum menjalankan program, saya menghadapi masalah yang saya hanya seorang sahaja memegang jawatan sebagai AJK Kerohanian. Hal ini agak membebankan saya kerana saya harus menjalankan tanggungjawab secara seorang diri. Begitu juga dengan masalah pengangkutan bas yang mana, ianya memaksa saya dan rakan-rakan lain mencari alternatif lain dengan menggunakan kenderaan sendiri untuk perjalanan pergi dan balik. Hal sebegini sedikit mengecewakan saya.Apa yang saya pelajari sepanjang program ini dijayakan, saya mendapati bahawa diri ini perlu sentiasa bersabar walau berdepan dengan pelbagai dugaan. Contohnya ketika saya dan rakan-rakan sekumpulan bertungkus lumus menceriakan bilik istirahat Wad 6 Selatan dengan melukis dan mewarna lukisan mural. Kami menghadapi masalah dari segi kekangan masa. Masa yang diperuntukkan amat terhad, Jadi, kami terpaksa bekerja secara pantas bagi mengejar masa. Selain itu, saya juga belajar erti kerjasama di samping mengurangkan perasaan malu untuk meminta bantuan orang lain sekiranya ia memang diperlukan. Contohnya, saya meminta tolong rakan-rakan saya untuk turut membantu dalam proses penceriaan di bilik istirahat itu. Ketika itu, saya meminta pertolongan rakan-rakan untuk memasang origami burung pada siling, Kemudian, saya turut meminta tolong mereka ketika mewarna lukisan mural SpongebobRibuan terima kasih juga kepada tutor saya yang telah banyak membantu termasuklah sumbangannya dalam perbelanjaan untuk program ini. Ucapan terima kasih juga untuk para rakan saya yang banyak membantu ketika program berjalan. Akhir kata, saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, dapatlah saya mempelajari sesuatu yang bermakna daripada program BIG fasa 3 ini.5.0 RefleksiAYISY HARIZ BIN SUKIMANIPGKB: S11S-1006-0445921027-01-6069PISMP SAINS SEMESTER 3

21/8/2013KHAMISWAD PEDIATRIK, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KUBANG KERIAN, KELANTAN.Program Bina Insan Guru merupakan satu kursus yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih. Kursus wajib ini merupakan satu kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru yang perlu dijalankan oleh setiap Institut Pendidikan Guru (IPG) dan ianya merupakan satu pendekatan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini yang lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah iaitu dalam konteks dan situasi sebenar, ia kini dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Terdapat banyak kekuatan, kelemahan, penambahbaikan dan peluang yang dapat saya terjemahkan sepanjang menjalani aktiviti BIG ini. Program ini sangat bermakna kepada saya kerana selain dapat menjadi guru yang universal, ia juga telah banyak mengukir kenangan manis dan pahit dalam hidup saya.

Proses untuk membentuk modal insan guru yang cemerlang dan berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Oleh yang demikian, guru pelatih perlu mempersiapkan diri mereka sepenuhnya dengan ilmu di dada selain daripada kekuatan fizikal dan mental agar dapat menjalankan tugas selaku seorang pendidik dengan baik dan sempurna. Oleh itu, dengan wujudnya aktiviti seperti BIG ini, segala keperluan di atas dapat disediakan kepada kami bagi menempuh alam perguruan kelak. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG yang bertemakan khidmat kemasyarakatan ini seperti aktiviti pembersihan dan aktiviti keceriaan di samping mengenali diri seorang kanak-kanak tadika dengan lebih mendalam. Segala huraian berkaitan dengan kekuatan, kelemahan, penambahbaikan dan peluang yang saya peroleh akan saya huraikan di perenggan di bawah:i) KekuatanApakah kekuatan yang diperoleh daripada program BIG ini? Persoalan tersebut akan saya jawab berdasarkan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjayakan program BIG ini. Pertama sekali, saya dapat meningkatkan hubungan komunikasi saya terhadap orang lain. Perkara ini terjadi ketika sesi mesyuarat pelantikan AJK. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan tahap komunikasi apabila bertemu dengan para petugas, staf-staf dan pesakit-pesakit di Wad Pediatrik, HUSM berkenaan. Saya juga berkomunikasi dan beramah mesra bersama keluarga para pesakit ketika aktiviti mewarna dijalankan. Sedikit sebanyak saya dapat menyelami perasaan dan berkongsi mereka yang agak menyayat hati. Perkara sebegini menjadikan diri matang dan peka terhadap sensitiviti masyarakat terutama kepada mereka yang lebih berusia.Seterusnya, saya juga dapat meningkatkan kemahiran fizikal dan mental saya melalui program BIG ini. Perkara ini berlaku ketika saya melibatkan diri dalam aktiviti melukis dan mewarna lukisan mural. Penggunaan alat melukis yang terhad di ruang yang tertutup dan agak sempit benar-benar menguji kesabaran diri dan melatih kemahiran fizikal melalui seni lukis dan warna. Di tambah pula dengan situasi ketika itu saya masih dalam keadaan kurang sihat, sudah pasti kekuatan diri sangat-sangat teruji.Selain daripada itu, program BIG ini juga mendedahkan kepada saya nilai kerjasama dan persahabatan. Suka saya katakan bahawa aktiviti yang benar-bnar menampakkan nilai ini adalah ketika aktiviti melukis dan mewarna mural serta aktiviti beramah mesra bersama para pesakit psikiatri (aktiviti mewarna). Saya dapat melihat betapa seronoknya apabila rakan-rakan saling tolong menolong antara satu sama lain bagi menjayakan lukisan mural dan aktiviti mewarna tersebut. Di sini lah saya berjaya mengenal dengan lebih mendalam hati budi rakan-rakan saya. Bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Di samping itu, saya juga belajar bagaimana caranya melayan kerenah pesakit-pesakit di wad pediatrik tersebut. Rata-rata mereka berusia di bawah 12 tahun. Walaupun pada awal program saya sibuk dengan aktiviti melukis dan mewarna, namun saya berpeluang bertemu dengan para pesakit pada sesi kedua pada sebelah petang. Betapa sayu nya hati saya tatkala melihat penderitaan yang mereka tanggung sejak usia masih kecil lagi. Saya berdoa agar mereka semua cepat sembuh. Amin. Ada juga antara mereka yang pemalu, jadi susah juga lah untuk saya beramah mesra dengan mereka. Di sinilah kemahiran berkomunikasi saya teruji. Saya cuba pelbagai cara untuk beramah mesra dengan mereka melalui bertanyakan khabar, nama serta melawak.ii) KelemahanPersoalan mengenai kelemahan ketika program BIG ini berlangsung, saya merasakan bahawa tiadanya sebarang peruntukan kewangan daripada pihak IPG Kampus Kota Bharu itu sendiri. Meskipun subjek BIG ini adalah subjek yang wajib kami jalani, namun kami masih gagal menerima beberapa jenis peruntukan seperti peruntukan makanan, cenderahati dan beberapa jenis lain lagi. Sebagai langkah penyelesaian, saya dan rakan-rakan lain bersetuju untuk mengutip wang poket masing-masing sebagai jalan penyelesaian. Selain daripada itu, terdapat juga kelemahan dari segi pengangkutan pergi balik ke tempat lokasi. Pihak pengurusan pengangkutan bas IPG Kampus Kota Bharu gagal menyediakan perkhidmatan bas bagi perjalanan pulang semula ke institut. Hal ini disebabkan berlakunya pertindihan aktiviti antara program BIG ini dengan program lain institut. Akibatnya, sebagai langkah penyelesaian, beberapa orang pelajar termasuk saya sendiri menunggang atau memandu kenderaan sendiri. Mujurlah tutor kami, Encik Che Asran bin Che Mohd Amin sudi menumpangkan keretanya kepada beberapa orang pelajar. Ringan sedikitlah beban kami sewaktu itu.Seterusnya, saya melihat kelemahan yang ada pada program ini adalah ketika mencari penetapan tarikh. Terlalu banyak kerenah birokrasi yang terpaksa ditempuh. Bermula dengan pihak dalaman institut sendiri di mana pensyarah penyelia, Encik Zainol Abidin bin Zakaria selalu outstation atau bercuti. Akibatnya, pengurusan berkaitan pengesahan kertas kerja tergendala beberapa kali dan tarikh asal program ditunda beberapa kali. Kedua, pihak Hospital Universiti Sains Malaysia turut memberi masalah dari aspek perhubungan. Pihak sana seolah-olah memandang remeh mengenai kunjungan kami ke tempat mereka. Contohnya, beberapa hari sebelum program bermula, saudara pengerusi ada menghubungi semula pihak hospital mengenai kunjungan kami, namun pihak hospital memaklumkan bahawa pihak mereka tidak tahu mengenai rancangan kami itu. Hal ini amat mendukacitakan kerana pihak kami sebenarnya sudah memaklumkan hal berkenaan kepada pihak hospital dengan menghantar surat. Perkara sebegini menunjukkan bahawa pihak hospital tidak peka. Namun demikian, masalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Kemudian, saya turut mengesan kelemahan pada diri saya sendiri. Ketika program dijalankan, saya sebenarnya masih berada dalam keadaan kurang sihat kerana masih dalam keadaan demam. Mujur saya sempat makan ubat penahan sakit sebelum program dijalankan. Kurang lah sedikit penderitaan yang saya alami ketika itu. Oleh yang demikian, saya terpaksa mengehadkan kudrat saya sepanjang program berlangsung. Bagaimanapun, saya cuba menyembunyikan masalah yang saya hadapi ini demi kepentingan bersama. Saya tidak mahu dilihat cuba mengambil kesempatan disebabkan tahap kesihatan saya. Oleh itu, saya tetap melakukan kerja sehabis baik yang saya mampu.

iii) PeluangApakah peluang yang diperoleh daripada program BIG ini? Persoalan berkaitan dengan peluang ini dapat saya timbulkan dengan menjalankan beberapa aktiviti. Pertama, saya berpeluang mengasah kemahiran saya dalam seni lukis dan mewarna. Lukisan mural yang dibuat adalah bertujuan untuk mencantikkan ruang bilik dalam Wad Pediatrik terbabit. Jika sebelum ini bilik-bilik tersebut kelihatan kurang ceria dan menarik, jadi saya dan rakan-rakan melukis lukisan mural bagi menampakkan bilik-bilik tersebut lebih menyenangkan. Sebelum ini, saya tidak pernah berpeluang membuat lukisan mural, namun dengan aktiviti ini, akhirnya saya berjaya mencuba buat kali pertama dalam hidup untuk mencuba melukis dan mewarna lukisan mural. Alhamdulillah.Peluang kedua yang saya peroleh ketika menyertai program BIG ini adalah saya berpeluang untuk membaca doa ketika majlis pembukaan dan penutup program BIG ini. Selama dua tahun setengah hidup di IPG Kampus Kota Bharu ini, saya tidak pernah berpeluang berbuat demikian kerana tidak ditugaskan sedemikian rupa. Hanya di sekolah menengah dahulu saya berpeluang berbuat sedemikian acap kali. Jadi, apabila saya dicalonkan menjadi AJK Kerohanian, saya memandang tugas ini sebagai satu peluang untuk saya mengulangi perkara baik yang saya pernah lakukan ketika sekolah dahulu. Saya sememangnya mengakui yang saya agak gementar kerana sudah agak lama tidak membacakan doa di depan khalayak ramai. Namun demikian, saya sahut cabaran ini bagi kepentingan bersama. Selesai membaca doa ketika majlis pembukaan dan penutup program BIG berkenaan, saya berasa sangat lega dan gembira.

iv) AncamanElemen terakhir yang ingin saya utarakan dalam penulisan esei refleksi ini adalah berkaitan dengan ancaman sepanjang menjalani program BIG ini. Ancaman yang wujud ada, tetapi tidak lah banyak. Ancaman adalah sesuatu yang mengancam atau diancamkan, bahaya dsb yang mungkin menimpa. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1998).Saya hanya mengesan satu jenis ancaman ketika program BIG ini dijalankan. Ancaman yang dimaksudkan adalah ancaman pada tahap keselamatan pergi dan balik peserta program BIG. Disebabkan pengangkutan bas yang disediakan pihak IPG Kampus Kota Bharu gagal menyediakan perkhidmatan mengambil semula peserta akibat pertindihan program institut, terdapat beberapa orang peserta terpaksa pergi dan balik ke tempat lokasi (Wad Pediatrik, HUSM) dengan menggunakan kenderaan sendiri. Untuk perjalanan pulang pula, kesemua pelajar pulang dengan menaiki atau menumpang kenderaan rakan-rakan mereka. Hal ini amat membimbangkan kerana sekiranya berlakunya apa-apa kemalangan atau kecelakaan sepanjang perjalanan tersebut, pihak IPG Kampus Kota Bharu akan dipersalahkan atas perkara tersebut. Kami juga tidak terlepas daripada hukuman sekiranya apa-apa berlaku. Meskipun saya dan rakan-rakan mengambil risiko demikian, Alhamdulillah kerana sepanjang perjalanan itu, tidak ada apa-apa perkara buruk yang berlaku. Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman yang saya peroleh ini, saya dapat memajukan diri saya ke hadapan biarkan hanya sedikit. Saya tidak boleh menoleh ke belakang dan berfikiran sempit. Pada saya, setiap pengalaman merupakan satu pengajaran yang baru untuk saya. Daripada pengalaman lah saya boleh menjadi seorang yang berdedikasi dan berfikiran jauh, Justeru, proses menimba ilmu tidak semestinya berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses belajar yang paling berkesan pada pandangan saya adalah belajar daripada pengalaman lampau dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Jangan diulangi pengalaman yang pahit, belajar daripada kesilapan.1