kpd 3026 rph dan refleksi

21
EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NAMA TUTOR E-LEARNING: 1 PEMARKAHAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DAN REFLEKSI (BAGI RAKAMAN VIDEO SESI MAKRO PENGAJARAN)

Upload: fatimah-shukur

Post on 17-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DAN REFLEKSI (BAGI RAKAMAN VIDEO SESI MAKRO PENGAJARAN)

TRANSCRIPT

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012

KANDUNGANBilIsi kandunganMuka surat

12

3

4Rancangan Pengajaran HarianRefleksi

Lampiran

Rujukan37

13

15

SEKOLAH KEBANGSAAN, 31350 IPOH, PERAKRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SAINS TAHUN 5Mata pelajaran:Sains

Tarikh:18 Oktober 2012

Masa:8.00 8.30 pagi (30 minit)Kelas:5 Bestari

Jumlah murid:15 orang

Tema:Menyiasat Alam Bahan

Bidang pelajaran:Perubahan Keadaan Bahan

Objektif pembelajaran:1.2Memahami bahawa bahan boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain.Hasil pembelajaran:Di akhir sesi pengajaran ini murid dapat:

AMenguasai isi kandungan:

(i)menyatakan air boleh berubah bentuk

(ii)menjelaskan proses perubahan keadaan air

BMembina kemahiran proses sains, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

(i)membuat pemerhatian, membuat inferens serta meramal ke atas eksperimen yang dijalankan oleh guru

(ii)membuat gambaran mental

CMengamalkan nilai-nilai saintifik dan murni:

(i)bekerjasama bersama rakan-rakan

(ii)rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.Pengetahuan sedia ada murid:Murid mengetahui bahawa ketulan ais dalam mulut akan mencairBahan Bantu Mengajar:Papan putih dan lembaran kerja

Radas

:Bikar 500 ml, kiub ais, penunu bunsen, kaki retot, kasa dawai, jubin.

Fasa / LangkahIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranNota

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi

(5 min)Air boleh ditukar daripada suatu bentuk ke bentuk yang lain.

1. Guru menunjukkan beberapa ketulan ais yang diisi ke dalam bikar kepada murid-murid.

2. Guru memanggil murid-murid ke hadapan dan meminta murid-murid melihat apakah yang terdapat di dalam bikar.

3. Guru meminta murid-murid memerhatikan apakah yang akan berlaku kepada ketulan ais tadi.4. Guru bertanya apakah yang dipelajari oleh murid pada hari ini.Murid datang ke hadapan untuk melihat perubahan air dan mereka juga memberi respon.KPS:

pemerhatian, membuat inferens

KBKK:

meramalkan

Nilai murni:

bekerjasma

BBM:

Papan putih

Radas:

bikar, beberapa ketulan ais.

Penstruk-turan semula

idea

(40 min)Air merupakan jirim yang boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Air mengalami proses pembekuan, peleburan, kondensasi atau penyejatan apabila mengubah keadaannya.1. Guru bertanya tentang perubahan keadaan air kepada tiga keadaan 2. Guru memberi penerangan tentang keadaan bahan.3. Guru bertanya hipotesis, inferens dan rekabentuk eksperimen dan pembolehubah yang terlibat.4. Guru menunjukkan eksperimen dihadapan kelas dan meminta murid menghampiri eksperimen iaitu dengan memenuhkan barisan pertama meja di dalam bilik Sains agar kesemua murid dapat melihat dengan jelas.

5. Guru berbincang dengan murid sehingga murid faham dengan penerangan yang diberikan.

6. Guru memberi penekanan agar murid mematuhi arahan ketika berada di dalam bilik sains agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Murid yang telah menguasai isi kandungan akan diberi soalan latihan iaitu mereka sudah ke langkah aplikasi idea.1. Murid memberi respon dan kemudian mendengar penerangan guru2. Murid memberi hipotesis, inferens dan rekabentuk eksperimen dengan bantuan guru.

3. Murid menghampiri eksperimen untuk membuat pemerhatian.

Murid yang masih belum menguasai diberi aktiviti pemulihan dan mereka akan ditempatkan dikumpulan meja yang lain.STRATEGI:

aktiviti inkuiri dalam kumpulan

KPS:

membuat inferens,mengeksperimen

KBKK:

meramalkan

Nilai murni:

rajin dan tabahBBM:

papan putih

Radas:

bikar, beberapa ketulan ais, kaki retot, tungku kaki tiga, kasa dawai dan penunu api

Aplikasi Idea

(10 min)Aplikasi perubahan keadaan bahan

1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan mengikut meja masing-masing.

2. Guru meminta murid melukis gambarajah seperti eksperimen yang telah mereka lihat sebentar tadi didalam kumpulan masing-masing.

3. Kemudian guru memanggil seorang wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulannya dihadapan murid-murid lain.

4. Guru meminta murid menerangkan apa yang telah mereka lakarkan diatas kertas yang diberi.

5. Kemudian guru meminta murid untuk menjawab lembaran kerja yang diberi olehnya.

6. Guru berbincang jawapan dengan murid.1. Murid mengikuti arahan guru.

2. Murid membuat pembentanganSTRATEGI:

Perbincangan kumpulan diikuti pembentangan

KPS:

mentafsir data

KMS:

membasuh alat dan menyimpan alat

KBKK:

membuat gambaran mental

Nilai murni: bertanggungjawab

BBM:

papan putih, lembaran kerja

Penutup

(5 min)Kesimpulan Guru membimbing murid membuat kesimpulan tentang apa yang mereka pelajari pada hari itu.Murid cuba membuat kesimpulan dengan bantuan guru.KBKK:

membuat kesimpulan

Refleksi

Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya dapati objektif tidaklah seratus peratus tercapai. Melalui soalan latihan yang diberikan tiada seorang pun yang dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan betul kerana kelas ini adalah kelas berprestasi rendah. Oleh itu tidak ada yang mencapai objektif. Mereka hanya dapat menjawab paling tinggi hanya 1 betul daripada 5 soalan yang diberikan. Oleh itu saya telah menilai kekuatan dan dimanakah terletaknya kelemahan-kelemahan yang menjadi penghalang terhadap pencapaian objektif yang telah disasarkan 14/14.Kekuatan

Selepas menjalankan pengajaran makro ini, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan di dalamnya yang menyumbang kepada peningkatan pembelajaran murid. Saya dapati, kawalan kelas adalah baik. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa orang murid yang sekali sekala cuba membuat bising tetapi dihalang oleh saya.

Permulaan proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat menarik minat murid agar menumpukan perhatian terhadap idea yang ingin diketengahkan oleh saya. Set induksi saya berjaya mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan isi pelajaran dan didapati ianya berjaya membuatkan murid mengambil tempat di dalam perbincangan. Ini dapat dilihat dimana ramai murid-murid cuba menjawab soalan yang saya berikan kepada mereka. Radas yang diguna semasa set induksi adalah bersesuaian dan mencukupi dalam membina aliran pemikiran murid terhadap topik yang dipelajari. Kesan daripada set induksi saya ini, murid telah memberikan kesediaan untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, mereka juga telah mendapat satu konsep baru, ianya telah menarik minat mereka, masalah disiplin telah dikurangkan kerana pengajaran yang menarik dan pengajaran guru tidak terganggu kerana mereka memberikan tumpuan yang kuat.

Saya dapati saya juga mempunyai kemahiran menyampai yang baik. Suara saya yang kuat bercakap dengan lambat memudahkan murid mendengar dan seterusnya membantu pemahaman mereka. Dengan itu saya telah berjaya menarik dan mengekalkan perhatian mereka dari awal sehingga pengajaran dan pembelajaran saya berakhir. Isi yang saya sampaikan juga sentiasa sesuai dengan isi pelajaran serta membangkitkan kesediaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Saya telah menyediakan radas yang lengkap yang telah diuruskan secara berkesan untuk mereka memahami isi kandungan pelajaran. Radas itu terlebih dahulu disediakan sebelum murid memasuki kelas lagi untuk menjimatkan masa dan untuk mengoptimakan pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati saya mempunyai kecekapan pengurusan sumber yang baik. Laras bahasa sesuai dengan tahap kebolehan murid. Tiada perkataan yang boleh menjatuhkan motivasi murid. Gaya penyampaian saya juga menggalakkan murid bertanya kerana saya tidak membuatkan mereka berasa takut dengan saya. Oleh itu, walaupun kelas ini adalah kelas yang lemah tetapi mereka masih berupaya untuk mendapat memahami konsep dengan cepat dan mudah serta dapat memberikan tumpuan yang lama.

Saya telah menggunakan sumber pengajaran yang ada dengan berkesan dari segi radas atau peralatan bahan sains dan juga bahan bantu mengajar. Walaupun hanya papan hitam digunakan sebagai bahan bantu mengajar tetapi ianya sudah berupaya menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan. Ini kerana radas atau alatan eksperimen yang digunakan lengkap merangkumi kesemua isi pelajaran yang ingin disampaikan. Didapati sumber yang saya gunakan dapat menarik minat murid dan memberi rangsangan pemikiran untuk mendalami isi kandungan pelajaran. Sumber yang saya gunakan juga sesuai dengan objektif dan isi kandungan saya iaitu memahami bahawa bahan boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan lain. Saya juga menggunakannya pada masa yang sesuai iaitu semasa langkah set induksi dan langkah penstrukturan idea. Eksperimen yang saya gunakan juga telah berjaya mencetuskan idea mereka dan dan dari sini ianya telah menjadi bahan perbincangan. Di sini barulah timbul rasa ingin tahu murid-murid terhadap isi kandungan pelajaran. Murid juga dapat melihat eksperimen dengan jelas daripada jarak tempat duduk mereka. Sebenarnya saya tidak membenarkan murid mendekati eksperimen kerana kadang-kala boleh berlaku kemalangan disini. Secara keseluruhannya saya dapati kemahiran penggunaan sumber dan tunjuk cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya telah membantu pemahaman, memudahkan pengajaran dan pembelajaran serta berupaya menyampaikan fakta dengan jelas.

Saya mendapati saya telah menunjukkan kemahiran pengukuhan yang baik. Pengukuhan telah saya berikan sebaik sahaja habis menyampaikan isi pelajaran. Saya juga sentiasa mengelakkan murid-murid daripada menyindir atau mengutuk antara satu sama lain kerana pada usia ini, elemen buruk ini dapat mengurangkan motivasi murid terhadap pembelajaran pada hari itu. Saya juga tidak menghalang mereka meluahkan pendapat atau perasaan tetapi secara ikhlas dan jujur. Saya sentiasa memberi galakan kepada murid dalam mengukuhkan isi kandungan seperti kata-kata pujian yang akan meningkatkan penglibatan murid. Kata-kata pujian ini juga menggalakkan tingkah laku positif seperti rasa ingin tahu dan bertanya soalan serta minat menjawab soalan yang seterusnya. Kemahiran yang saya ada ini telah dapat meyakinkan murid terhadap kemampuan diri mereka. Mereka juga sentiasa berdisiplin semasa berada didalam kelas. Pengukuhan membolehkan prestasi mereka berkembang dengan maju. Kefahaman tentang kemahiran proses sains mereka agak bertambah baik sedikit dari semasa ke semasa tetapi masih lagi ditahap yang lemah. Saya berusaha untuk mengulang jawapan murid dan ada juga jawapan yang telah saya kembangkan. Wajah saya yang baik sentiasa dipaparkan walaupun senyuman agak sukar kerana dirasakan saya sedang memikul beban yang begitu berat dan saya juga akan memandang wajah mereka sebagai tanda perhatian sedang diberikan sepenuhnya. Pendekatan melalui kaedah penyindiran saya elakkan sama sekali apabila mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Didapati secara keseluruhannya saya tidak menggunakan gerakan isyarat negetif kerana ini dapat menimbulkan rasa kurang senang dikalangan murid dan mungkin akan mengguris perasaan mereka serta akhirnya memberi kesan yang tidak baik terhadap prestasi mereka. Kesan daripada kemahiran pengukuhan yang telah saya praktikkan didapati murid mempunyai semangat ingin belajar yang baik walaupun kelas ini adalah kelas lemah. Murid menjadi lebih positif sedikit, disiplin kelas juga terkawal serta terdapat hubungan mesra antara saya dan murid-murid. Mereka juga berasa yakin apabila dihargai oleh guru.

Dari segi kemahiran menyoal saya dapati terdapat keburukkan dan kebaikkannya. Disini saya akan nyatakan kelebihan kemahiran menyoal yang ada pada diri saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan. Laras bahasa yang saya gunakan bersesuaian dengan kelebihan yang ada pada murid-murid. Isi yang disampaikan jelas. Sebelum saya mengajukan soalan yang lebih sukar saya memulakan dengan soalan-soalan yang mudah terlebih dahulu. Terdapat hentian dalam memberi soalan iaitu saya tidak akan terus-menerus mengajukan soalan tetapi selepas setiap satu soalan dikemukakan saya akan berhenti dahulu dan mendapatkan jawapan daripada murid-murid. Saya juga akan memberikan soalan terlebih dahulu sebelum meminta mana-mana murid menjawabnya agar murid tidak berasa takut dan malu kerana saya telah memberi masa untuk murid memikirkan jawapannya. Selepas saya menyatakan jawapannya saya menyebarkannya kepada kesemua murid-murid. Saya juga tidak berpuashati dengan cepat dengan jawapan murid, saya meminta murid lain juga menjawab soalan yang telah dijawab oleh murid sebelumnya. Ini kerana saya ingin memastikan bahawa terdapat melebihi seorang murid yang mengetahui jawapan kepada soalan saya. Saya juga memberikan layanan yang baik kepada mereka yang cuba menjawab soalan. Saya didapati sentiasa memberi perhatian kepada mereka serta memberi pelbagai pujian yang sewajarnya. Dari segi aras soalan yang diberikan, saya memberikan soalan-soalan mudah yang berkait dengan proses mengingat kembali sesuatu yang pernah diperhatikan. Saya juga banyak memberikan soalan aras kefahaman bagi menguji kefahaman murid terhadap isi pelajaran.Kelemahan

Lembaran kerja yang saya berikan juga tidaklah mengikut aras kebolehan murid. Oleh itu terdapat murid yang dapat membuat tugasan dan juga yang tidak memahami kehendak soalan pun. Mereka hanya menunggu guru memberikan jawapannya dan menyalin jawapan tersebut. Ini menyebabkan murid yang lemah tidak memahami isi pelajaran dan dalam pada masa yang sama tiada bimbingan daripada saya.

Selain daripada itu kelemahan yang ketara yang diketahui ialah ketepatan masa. Saya tidak dapat mengikut masa yang ditetapkan bagi setiap langkah pengajaran yang telah dirancang di dalam RPH. Kelemahan ini berlaku kerana terdapat pelbagai gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Semasa set induksi terdapat murid yang masuk lewat kerana dipanggil oleh Penolong Kanan Pentadbiran HEM ke atas salah laku mereka di sekolah. Walaubagaimanapun, pada keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran pada hari ini tidaklah terjejas dengan banyak.

Saya sebagai guru sepatut saya berjalan memantau murid-murid di dalam bilik sains tersebut. Oleh itu dapatlah saya katakan bahawa pemantauan adalah lemah. Saya hanya berada dihadapan bilik sains dan tidak menghampiri murid yang berada di meja di tepi sebelah tingkap. Saya hanya melihat murid dari tepi sudut meja yang bertentangan dengan mereka. Walaupun disiplin nampaknya baik tetapi pemahaman murid tidak dapat ditingkatkan secara individu. Saya juga tidak bertanya masalah murid iaitu setiap daripada mereka. Ini menyebabkan penguasaan murid terhadap isi pelajaran pada keseluruhannya terhad dan tidak berkembang.

Langkah terakhir iaitu penutup juga kurang baik. Walaupun saya telah memberikan gambaran secara menyeluruh tetapi saya tidak mengukuhkan konsep Sains yang mereka pelajari pada hari ini. Murid tidak ada perasaan bahawa mereka telah mencapai sesuatu pada hari itu. Mereka hanya mendengar kesimpulan yang dibuat sendiri oleh guru. Ini disebabkan guru sudah kesuntukan masa. Ketetapan masa telah lari daripada apa yang dirancangkan. Menanti murid berfikir menambahkan lagi masa. Oleh itu guru mengambil jalan pendek membuatkan kesimpulan yang sepatutnya difikirkan dan dibuat sendiri oleh mereka. Aktiviti susulan juga tiada semasa menjalankan langkah ini.

Pola interaksi hanyalah daripada guru kepada murid secara individu dan kumpulan sahaja. Tiada pola antara murid dengan murid. Oleh itu aktiviti kumpulan yang dijalankan agak membosankan kerana murid tidak dibenarkan berbincang sesama sendiri. Sebenarnya jika saya menggalakkan interaksi murid dengan murid maka kelas akan menjadi kurang terkawal. Langkah-langkah mengatasi

Bagi memastikan semua murid mendapat input yang mencukupi seiring dengan tahap kebolehan mereka, saya sepatutnya menyediakan beberapa set soalan daripada yang sukar sehingga soalan yang dipermudahkan agar semua murid dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan mengikut tahap kebolehan masing-masing. Murid yang lemah tidak dapat menjawab soalan yang sukar tetapi murid yang agak baik akan kurang memberi tumpuan kerana berasa bosan. Dalam kes ini, murid lemah ramai yang rugi kerana kehendak soalan pun sudah tidak dapat difahami. Dengan adanya pelbagai aras soalan, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna kerana setiap murid mendapat input yang optima seiring dengan aras kebolehan mereka.

Pada sesi pengajaran yang akan datang saya akan cuba untuk lebih patuh kepada masa yang ditetapkan untuk setiap langkah pengajaran seperti yang dirancang di dalam RPH. Mengikut ketetapan masa adalah penting kerana ianya menyumbang kepada pencapaian maksima objektif yang ditetapkan. Terdapat halangan-halangan yang tidak boleh dielakkan dan yang boleh dielakkan. Halangan daripada murid biasanya tidak boleh dielakkan seperti dipanggil oleh pihak pentadbir, sakit dan sebagainya. Halangan yang boleh dihalang adalah seperti menutup telefon bimbit agar guru tidak diganggu dengan pelbagai panggilan. Walaupun panggilan daripada ibubapa itu penting tetapi sekiranya mereka mendapati panggilan tidak dapat dibuat maka mereka boleh menalifon pihak sekolah di pejabat sekiranya urusan itu begitu penting. Gangguan seperti ini bukan sahaja mengurangkan semangat belajar murid tetapi juga menjejaskan sedikit sebanyak semangat mengajar guru.

Saya sebagai guru juga tidak sepatutnya berdiri hadapan sahaja. Saya sepatutnya berjalan dan memantau kerja setiap orang murid. Murid juga akan mendapat peluang untuk bertanya sekiranya tidak memahami soalan yang diterima. Terdapat murid yang mempunyai perasaan malu yang tinggi kerana merasakan dirinya tidak pandai dan takut diejek oleh murid lain sekiranya soalan yang ditanya terlalu mudah atau untuk memberitahu bahawa dia masih belum boleh memahami isi pelajaran. Murid seperti ini biasanya berbisik dan bisikan juga sangat perlahan kadang-kala sukar didengar oleh guru. Murid seperti ini seolah-olah cuba untuk tidak mengaibkan diri mereka dihadapan rakan-rakan lain. Terdapat beberapa orang murid perempuan di dalam kelas berkenaan yang bersikap seperti ini. Pemantauan dari murid ke murid meningkatkan lagi aras kefahaman mereka.

Langkah penutup juga terlalu ringkas. Saya sepatutnya memberi galakan untuk murid berfikir terlebih dahulu dan membiarkan mereka mencuba membuat kesimpulan mereka sendiri. Masalah ini timbul kerana kesuntukan masa. Sekiranya saya mengambil berat terhadap masa yang diperuntukkan untuk setiap langkah pengajaran maka masalah ini tidak akan timbul. Sebagai seorang guru saya perlu meminimakan halangan-halangan yang mungkin timbul semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

LAMPIRAN

Name / Nama : Date / Tarikh :

Class / Kelas :

Answer all questions. Jawab semua soalan.

1.

PQ

ACondensation / KondensasiEvaporation / Penyejatan

BBoiling / PendidihanMelting / Peleburan

CMelting / PeleburanEvaporation / Penyejatan

DBoiling / PendidihanCondensation / Kondensasi

2.Diagram below shows the condition of ice cubes.

Rajah dibawah menunjukkan keadaan kiub ais.

Which process has taken place? Proses manakah yang telah berlaku?

ABoiling / Pendidihan

BMelting / Peleburan

CEvaporation / Penyejatan

DCondensation / KondensasiDIFFERENT STATES OF WATER

AIM:To find out that water can change from one state to another.

TUJUAN: Untuk menyiasat bahawa air boleh berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain.

APPARATUS: A beaker of ice cubes, Bunsen Burner, tripod stand and wire gauge

RADAS: Bikar berisi kiub ais, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai.

PROCEDURES / LANGKAH-LANGKAH :1. Observe the state of matter of ice cubes. / Perhatikan keadaan jirim kiub ais.2. Heat the beaker of ice cubes for 5 minutes. / Panas bikar kiub ais selama 5 minit.3. Heat for another 10 minutes. / Panaskan selama 10 minit lagi.

4. Record what you observe in the table given. Rekod apa yang anda perhatikan dalam jadual yang diberi.

Avtivity / AktivitiObservation / Pemerhatian

Before activity / Sebelum activity

After 5 minutes / Selepas 5 minit

After 10 minutes / Selepas 10 minit

1. State the changes in the state of matter after / Nyatakan perubahan dalam keadaan selepas `(i) the ice cubes are heated for 5 minutes / Kiub ais itu dipanaskan selama 5 minit:

________________________________________________________________________

(ii)10 minutes of heating / Selepas 10 minit pemanasan

________________________________________________________________________2. State the thing that is / Nyatakan perkara yang

(i) Observed (responding variable) / diperhatikan (pembolehubah yang bergerakbalas)

_____________________________________________________________________

(ii) Kept the same (constant variable) / Dikekalkan sama (pemboleh ubah yang dimalarkan)

_____________________________________________________________________3.What happens when the ice cubes change to water?

Apakah yang berlaku apabila kiub ais tersebut bertukar kepada air?

________________________________________________________________________Rujukan:1. An Educators Guide To Teacher Reflection (laman web), diambil pada September 2012, diperolehi daripada http://cengagesites.com/academic/assets/sites/ 4004/ Education%20 Modules/gd%20to%20teach%20refl.pdf2.Reflective Teaching: Exploring Own Classroom Practice (laman web), diambil pada September 2012, diperolehi http://www.teachingenglish.org.uk/articles/reflective-teaching-exploring-our-own-classroom-practice3.What is Good Teaching? A Reflection (laman web), diambil pada Sepetember 2012, diperolehi daripada https://www.commondreams.org/view/2012/05/06-34.Mok Soon Sang (1994), Kemahiran Proses Sains, Kuala Lumpur: Penerbit Kumpulan Budiman

5.Raihan Saleem (2011), Science Year 5, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.6.Score Cemerlang Science Practical Book (PEKA) Year 5, Selangor: Cemerlang Publications Sdn. Bhd.7.Chee Kin, Ng (2012), Hybrid Junior UPSR Science, Shah Alam: Federal Sdn. Bhd.

8.Lee Shok, Mee (2011), Science Topical Practices Year 5, Subang Jaya: Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.PEMARKAHAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

DAN REFLEKSI

(BAGI RAKAMAN VIDEO SESI MAKRO PENGAJARAN)

15