rph bayang-bayang

4
Tarikh : 22 April 2013 (Selasa) Masa : 10.15 10.45 pagi (30 minit) Kelas : 5 Bakawali Bilangan pelajar : 16 orang (8 lelaki, 8 perempuan) Subjek : Sains Tema : Menyiasat Daya dan Tenaga Tajuk : Cahaya bergerak lurus Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat : 3.1 Memahami cahaya bergerak lurus Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Memerihalkan bagaimana bayang- bayang terbentuk. 2. Mengeksperimen untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan saiz bayang- bayang berubah dengan menentukan pembolehubah yang dimalarkan, pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Pendekatan P&P : Konstruktivis, pembelajaran berpusatkan murid Strategi : Demonstrasi dan perbincangan Pengetahuan terdahulu : - Murid mengetahui bahawa cahaya bergerak lurus. - Murid mengetahui bahawa cahaya tidak dapat menembusi objek legap. Kemahiran Proses Sains : Berkomunikasi, memerhati, membuat infrens, mengawal pemboleh ubah Kemahiran Berfikir : Menghubungkait, menjana idea, berfikir secara kreatif Nilai murni : Berani mencuba, bekerjasama, mendengar arahan, jujur, berani mencuba, mensyukuri nikmat tuhan Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, lampu suluh, sel kering, kertas mahjong.

Upload: mohamad-irfan

Post on 24-Nov-2015

178 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Tarikh: 22 April 2013 (Selasa)Masa: 10.15 10.45 pagi (30 minit)Kelas: 5 BakawaliBilangan pelajar: 16 orang (8 lelaki, 8 perempuan)Subjek: SainsTema: Menyiasat Daya dan TenagaTajuk: Cahaya bergerak lurusObjektif Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat :3.1 Memahami cahaya bergerak lurusHasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :1. Memerihalkan bagaimana bayang-bayang terbentuk.2. Mengeksperimen untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah dengan menentukan pembolehubah yang dimalarkan, pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

Pendekatan P&P : Konstruktivis, pembelajaran berpusatkan muridStrategi: Demonstrasi dan perbincanganPengetahuan terdahulu: - Murid mengetahui bahawa cahaya bergerak lurus. - Murid mengetahui bahawa cahaya tidak dapat menembusi objek legap.Kemahiran Proses Sains: Berkomunikasi, memerhati, membuat infrens, mengawal pemboleh ubahKemahiran Berfikir: Menghubungkait, menjana idea, berfikir secara kreatifNilai murni: Berani mencuba, bekerjasama, mendengar arahan, jujur, berani mencuba, mensyukuri nikmat tuhanBahan Bantu Mengajar: Buku teks, lampu suluh, sel kering, kertas mahjong.

FASA PENGAJARANISI KANDUNGANAKTIVITICATATAN

Set Induksi (3 Minit)

Bagaimana bayang-bayang terbentuk?

- Terbentuk apabila cahaya dihalang oleh objek legap atau lut cahaya.

1. Guru memberi teka-teki kepada murid.- benda apakah selalu mengikut pergerakan kita?

2. Murid memberikan jawapan yang pelbagai.

3. Guru memberitahu jawapannya ialah bayang-bayang dan menerangkan jawapan tersebut.

4. Guru bertanya kepada murid bagaimana bayang-bayang terbentuk?

5. Guru dan murid bersoal jawab dalam mencari jawapan yang sebenar.

6. Guru menerangkan jawapan yang betul kepada murid.

KPS :Berkomunikasi

KB :Menghubungkaitkan, menerangkan sebab

Nilai murni :Berani mencuba,Bekerjasama

Pencetusan Idea (7 Minit)Cara menghasilkan bayang-bayang

- Letak objek di hadapan sumber cahaya1. Guru merangsang pemikiran murid dengan bertanya pernahkah rumah murid-murid tiada elektrik.

2. Murid menjawab pernah.

3. Guru bersoal jawab dengan murid. cth :

- Pernahkah anda guna jari untuk membuat pelbagai bentuk haiwan di dinding? - Bagaimana anda lakukan untuk membuat bayang-bayang? - Bentuk haiwan apa yang anda boleh buat? - Adakah anda tahu cara hendak membesarkan saiz bentuk tersebut?

4. Murid berikan jawapan yang pelbagai.

5. Guru mengatakan kepada murid, jika hendak tahu bagaimana hendak membesarkan saiz bayang-bayang, jom lakukan eksperimen.

KPS : berkomunikasi

KB : Menghubungkait,memberikan sebab

Nilai : Kerjasama, hormat- menghormati

Penstrukturan Idea(10 Minit)Eksperimen untuk mengetahui faktor-faktor yang boleh mempengaruhi saiz bayang-bayang.

Mengeksperimen untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah dengan menentukan pembolehubah yang dimalarkan, pembolehubah manipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan lampu suluh, sebiji sel kering dan sehelai kertas mahjong.

3. Guru mendemonstrasi langkah eksperimen kepada murid.

4. Murid melakukan perkara yang sama sebagaimana yang ditunjukkan guru.

5. Guru kemudian melakukan drag and match dengan :i. Menggerak-gerakkan lampu suluh ke depan dan ke belakang.ii. Menggerak-gerakkan sel kering ke depan dan ke belakang.

7. Murid melakukan perkara yang sama sebagaimana yang ditunjuk guru.

8. Guru bertanya pada kedudukan mana (lampu suluh dan sel kering) boleh menyebabkan bayang-bayang menjadi lebih besar.9. Murid menjawab soalan guru. Cth : a lampu dekat sel kering bayang-bayang jadi besar. b objek dekat kertas mahjong, bayang-bayang jadi kecil.

KPS :Memerhati, berkomunikasi, mengeksperimen.

KB : Menghubungkait,memberikan sebab, memberikan infrens

Nilai :KerjasamaMendengar arahan

BBM : Kertas mahjong, lampu suluh, sel kering

Aplikasi Idea(7 Minit)Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah.

a) Jarak di antara sumber cahaya dengan objek.b) Jarak di antara objek dengan skrin.

1. Guru menyoal murid faktor-faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah.

2. Guru menerangkan jawapan kepada murid.

3. Guru menyoal murid apa yang perlu dilakukan untuk membesar dan mengecilkan saiz bayang-bayang.

4. Murid menjawab :

- Untuk besarkan saiz : # dekatkan lampu pada objek. # jauhkan objek dengan skrin.- Untuk kecilkan saiz : # jauhkan lampu dari objek. # dekatkan objek dari skrin.KPS :MemerhatiBerkomunikasi

KB : Menjana idea, membuat hubungkait, berfikir secara kreatif

Nilai Murni :JujurBekerjasama

Penutup(3 Minit)

Mengimbas kembali apa yang telah dipelajari hari ini.

1. Guru meminta meminta beberapa orang murid untuk memberi rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

2. Guru membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini.

KPS :Berkomunikasi

KB :Menghubungkaitkan,Menjana idea

Nilai murni :Mensyukuri ciptaan tuhan,Berani mencuba