rph 1 dengar tutur bm tahun 4 kssr

6
Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4 Mendengar dan Bertutur TEMA KESELAMATAN TAJUK Keselamatan di Jalan Raya KELAS 4 GEMILANG MASA 8.40 9.40 pagi STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut jenis-jenis ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. mendengar dan menyatakan empat jenis ayat. ii. menyebut empat jenis ayat dengan betul. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : PKJR Nilai : Bekerjasama, keselamatan diri EMK : TMK KB : Menjana Idea SISTEM BAHASA Kosa kata : ambulans, kelajuan, kemalangan, kenderaan BAHAN BANTU BELAJAR Radio, sampul ayat PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul. REFLEKSI

Upload: puyam-sabar

Post on 20-Jun-2015

544 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4Mendengar dan Bertutur

TEMA KESELAMATAN

TAJUK Keselamatan di Jalan Raya

KELAS 4 GEMILANG

MASA 8.40 – 9.40 pagi

STANDARD

PEMBELAJARAN1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut jenis-jenis ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. mendengar dan menyatakan empat jenis ayat.

ii. menyebut empat jenis ayat dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : PKJR

Nilai : Bekerjasama, keselamatan diri

EMK : TMK

KB : Menjana Idea

SISTEM BAHASA Kosa kata : ambulans, kelajuan, kemalangan, kenderaan

BAHAN BANTU BELAJAR

Radio, sampul ayat

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.

REFLEKSI

Page 2: Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4Mendengar dan Bertutur

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIPENGISIAN

KURIKULUMCATATAN

Mendengar jenis-jenis ayat

1. Murid diperdengarkan rakaman bacaan yang mengandungi empat jenis ayat berkaitan keselamatan di jalan raya.

2. Murid mendengar rakaman bacaan ayat yang mengandungi empat jenis ayat tersebut.

3. Guru menjelaskan jenis ayat yang diperdengarkan kepada murid bagi tujuan pemahaman.

Ilmu : PKJR

Nilai : Keselamatan diri

KB : Menjana IdeaKontekstual : MenghubungKait

Media: Radio

Mendengar dan memahami empat jenis ayat

1. Murid diperdengarkan semula rakaman bacaan yang mengandungi empat jenis ayat.

2. Murid menyebut empat jenis ayat yang terdapat dalam rakaman yang diperdengarkan. (proses ini akan diulang jika murid masih belum dapat memahmai jenis ayat tersebut).

EMK: TMK

Menyebut jenis-jenis ayat

1. Aktiviti berkumpulan : setiap kumpulan dibekalkan sampul yang mengandungi empat jenis ayat

Nilai : Kerjasama Lampiran 1

Page 3: Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4Mendengar dan Bertutur

AKTIVITIPENGISIAN

KURIKULUMCATATAN

2. Ketua kumpulan membaca ayat-ayat yang terdapat di dalam sampul.

3. Ahli – ahli kumpulan mendengar dan menyebut ayat- ayat yang dibaca oleh ketua kumpulan.

4. Murid-murid dalam setiap kumpulan menyebut jenis ayat yang diperdengarkan.

Lampiran 2

Penilaian

Murid menyebut jenis-jenis ayat berdasarkan audio yang diperdengarkan

Borang Pengurusan Grafik

Pemulihan

Murid berulang kali menyebut semula ayat dan jenis-jenis ayat yang diperdengarkan oleh guru

Pentaksiran B1DL1E1: Mendengar dan menyebut pelbagai jenis ayat.

Page 4: Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4Mendengar dan Bertutur

Lampiran 1

Suatu Hari di Jalan Raya

Di jalan raya banyak kenderaan lalu-lalang. Kita perlu memandu kenderaan mengikut kadar kelajuan yang ditetapkan. Kelajuan boleh mengakibatkan kemalangan. Pada masa kecemasan ada beberapa kenderaan yang boleh dipandu melebihi had laju. Sebagai contoh, kereta bomba, kereta polis dan kereta ambulans boleh dipandu laju sekiranya ada kecemasan.

Nino!...nino!....nino!

“Bunyi apa itu ayah?” tanya Anwar kepada bapanya.

“Oh, itu bunyi kereta ambulans!” Jawab Encik Khairul kepada anaknya. Kita perlu beri laluan kepada ambulans yang membawa pesakit dengan cepat ke hospital. Encik Khairul memberitahu anaknya.

“Oh lajunya”. kata Anwar sambil melihat kereta ambulans.

“Sila beri laluan, sila beri laluan” kata pemandu ambulans itu. Encik Khairul dan semua pemandu memberi laluan kepada ambulan tersebut.

Dengar dan fahami rakaman petikan

Page 5: Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4Mendengar dan Bertutur

Lampiran 2

KUMPULAN GEMILANG

Di jalan raya banyak kenderaan lalu-lalang.

Bunyi apa itu ayah?

Oh, itu bunyi kereta ambulans!

Sila beri laluan.

KUMPULAN TERBILANG

Kereta baharu Anuar berwarna biru.

Di manakah Anwar membeli kereta baharu itu?

Wah, besar sungguh kereta baharu Anuar!

Tolong tutup pintu kereta itu.

KUMPULAN CEMERLANG

Banyak kereta di lebuh raya pada hujung minggu.

Mengapakah berlaku kesesakan di lebuh raya?

Eh, ini kereta baharu jiran kita!

Jemputlah ke rumah saya pada hujung minggu ini.

Page 6: Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR

Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4Mendengar dan Bertutur