ringkasan jurnal

10
1.0 PENGENALAN Jurnal yang dikarang oleh Nur salawati Mohd Nadzri dan Hanita Hassan yang bertajuk The Language Identities of Malaysians as Portrayed in Upin and Ipin’ di pilih untuk diulas. Jurnal ini dipetik daripada Jurnal Teknologi Sains sosial 65:2 (2013), 109 114. Melihat kepada kepentingan mengekalkan dan sentiasa mengawal keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum, kerajaan Malaysia telah mencadangkan konsep 1Malaysia. Jurnal ini membincangkan tentang budaya dan moral kehidupan berbilang kaum dan berbeza agama di Malaysia yang digambarkan dan dilakonkan dalam siri animasi Upin dan Ipin yang terkenal di Malaysia. Artikel kedua yang dipilih untuk diulas ialah Film Animasi Malaysia: Narasi Verbal ke Visualmerupakan hasil tulisan Ahmad Nizam bin Othman yang dipetik dari jurnal journal visual art and design volume 3. no.1 isu 2009 muka surat 78-88. Artikel ini membincangkan tentang bagaimana membangunkan dan memelihara lagenda dan cerita rakyat masyarakat lama ke dalam bentuk animasi. Kajian ini juga adalah untuk mengkaji ikon, sturuktur dan kaedah yang digunakan dalam filem animasi untuk menekankan pemahaman budaya legenda dan cerita rakyat.. Kajian kes melibatkan pengumpulan data melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan pemahaman visual pada koleksi animasi. Analisis data menumpukan kepada teknik dan proses animasi secara keseluruhan, memberi tumpuan kepada kesannya terhadap budaya dan masyarakat tempatan. Kedua-dua jurnal yang telah dipilih dan diringkaskan ini telah memenuhi tajuk tugasan iaitu sumber budaya sebagai bahan kandungan yang boleh diketengahkan dalam bentuk animasi. Dalam ringkas jurnal yang pertama, siri animasi Upin dan Ipin dipilih sebagai kajian iaitu bagaimana budaya tempatan diketahui dan di terima umum. Hasil kajian menunjukkan pelbagai etnik di negara Malaysia khususnya 1

Upload: hamidah-budi

Post on 17-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Ringkasan Jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Jurnal

1.0 PENGENALAN

Jurnal yang dikarang oleh Nur salawati Mohd Nadzri dan Hanita Hassan yang bertajuk ‘The

Language Identities of Malaysians as Portrayed in Upin and Ipin’ di pilih untuk diulas.

Jurnal ini dipetik daripada Jurnal Teknologi Sains sosial 65:2 (2013), 109–114. Melihat

kepada kepentingan mengekalkan dan sentiasa mengawal keharmonian dalam sebuah negara

berbilang kaum, kerajaan Malaysia telah mencadangkan konsep 1Malaysia. Jurnal ini

membincangkan tentang budaya dan moral kehidupan berbilang kaum dan berbeza agama di

Malaysia yang digambarkan dan dilakonkan dalam siri animasi Upin dan Ipin yang terkenal

di Malaysia.

Artikel kedua yang dipilih untuk diulas ialah “Film Animasi Malaysia: Narasi Verbal ke Visual” merupakan

hasil tulisan Ahmad Nizam bin Othman yang dipetik dari jurnal journal visual art and design volume 3. no.1

isu 2009 muka surat 78-88. Artikel ini membincangkan tentang bagaimana membangunkan dan memelihara

lagenda dan cerita rakyat masyarakat lama ke dalam bentuk animasi. Kajian ini juga adalah untuk mengkaji

ikon, sturuktur dan kaedah yang digunakan dalam filem animasi untuk menekankan pemahaman budaya

legenda dan cerita rakyat.. Kajian kes melibatkan pengumpulan data melalui kaedah temu bual, pemerhatian

dan pemahaman visual pada koleksi animasi. Analisis data menumpukan kepada teknik dan proses animasi

secara keseluruhan, memberi tumpuan kepada kesannya terhadap budaya dan masyarakat tempatan.

Kedua-dua jurnal yang telah dipilih dan diringkaskan ini telah memenuhi tajuk tugasan iaitu sumber budaya

sebagai bahan kandungan yang boleh diketengahkan dalam bentuk animasi. Dalam ringkas jurnal yang

pertama, siri animasi Upin dan Ipin dipilih sebagai kajian iaitu bagaimana budaya tempatan diketahui dan di

terima umum. Hasil kajian menunjukkan pelbagai etnik di negara Malaysia khususnya dapat menerima

budaya tersebut. Manakala dalam ringkasan jurnal kedua, cerita dahulu ditransfromasikan kedalam bentuk

animasi yang mana secara tidak langsung dapat membawa sekali budaya-budaya dalam penceritaanya.

Contohnya dalan cerita ‘Putih’.

1

Page 2: Ringkasan Jurnal

2.0 RINGKASAN ARTIKEL 1

Siri animasi Upin dan Ipin terkenal dengan kejayaannya dalam memperkenalkan budaya

orang Malaysia serta terkenal dengan nilai moral serta nilai keislamanan yang ditonjolkan

untuk mereka yang daripada latar belakang etnik atau agama yang berbeza. Oleh itu, artikel

ini membincangkan identiti bahasa etnik di Malaysia yang digambarkan melalui animasi, di

mana penekanan diberikan kepada elemen linguistik. Dapatan kajian menunjukkan watak-

watak dalam animasi ini menggunakan partikel berbeza dalam mewakili kaum mereka. Selain

itu, didapati pola pertuturan rakyat Malaysia seperti partikel ‘lah’ digunakan secara meluas,

tanpa mengira etnik. Interferens bahasa utama, pertukaran kod dan tingkah laku akomodasi

gaya pertuturan etnik cina juga dibincangkan dengan berpandukan Communication

Accommodation Theory (CAT).

Dalam usaha untuk menggalakkan perpaduan di Malaysia, media memainkan peranan yang

penting. Media mempunyai kemampuan yang kuat untuk mendidik awam dengan

menggalakkan pemahaman antara budaya, toleransi dan penerimaan lain kumpulan etnik,

budaya dan agama. Fujioka (1999) menyatakan bahawa televisyen adalah seperti agen

sosialisasi yang kuat yang menyediakan persekitaran sosial bagi membuat penonton membina

realiti sosial mereka dan mengembangkan mereka sikap terhadap kumpulan sosial yang lain.

Siri animasi televisyen seperti upin ipin adalah salah satu usaha yang tepat bagi kepada

orang-orang yang mempunyai budaya yang jauh berbeza. Sebagai contoh ia memudahkan

kepada pemahaman dari segi komunikasi dalam komuniti etnik yang berbeza.

Selain itu, penulis juga ada menyatakan bahawa budaya yang dapat ditonjolkan melalui siri

animasi upin ipin ini kehidupan masyarakat luar bandar. Ia menggambarkan hubungan rapat

dari kumpulan etnik yang berbeza. Contohnya, Melayu, Cina dan India dan rakyat Malaysia

kehidupan sehari-hari. Dalam siri drama ini, ia menonjolkan rasa kepekaan dan penerimaan

serta hormat menghormati antara etnik. Menurut penulis selain untuk tujuan hiburan, Upin

2

Page 3: Ringkasan Jurnal

dan Ipin siri animasi ini juga bertanggungjawab untuk menggalakkan budaya interaksi dan

juga nilai-nilai moral yang baik. Oleh itu kajian ini menyelidiki ciri linguistik masyarakat

Malaysia seperti yang digambarkan dalam Upin dan Ipin animasi.

Dalam kajian ini, penulis ada menerangkan tentang pengunaan istilah lah dalam

berkomunikasi. Pengunaan lah biasanya diakhir sebutan perkataan seperti biasa lah, pergi

lah. Fungsi sosial istilah ini adalah untuk mengenalpasti maklumat, perpaduan dan

kearkaban. Terdapat dua jenis lah iaitu ala lah pendek dan panjang. Yang pertama digunakan

untuk menunjukkan persahabatan dan memberi komitmen positif penghantar 'untuk tuntutan

mereka, yang biasanya digunakan untuk menunjukkan diri-bukti atau kejelasan. Yang kedua,

berfungsi sebagai rasa kuasa dan ia adalah lebih cenderung untuk menunjukkan

ketidaksetujuan. Selain dari istilah lah, istilah seperti haiya, mah, lu, lor,le, ma, ne, a,

ya, dan ba ada digunapakai dalam komunikasi di Malaysia.

Siri animasi Upin dan Ipin telah dikaji dengan menggunakan teks analisis di mana tujuannya

adalah untuk menentukan ciri-ciri linguistik identiti Malaysia. Data dianalisis untuk mengkaji

persamaan dan perbezaan dalam ciri-ciri linguistik yang berbeza kumpulan etnik. Selain itu,

Teori Komunikasi Penginapan (CAT) juga telah digunakan dalam menganalisis dua daripada

tiga proses akomodasi yang adalah "percantuman" dan "perbezaan". Tujuan kajian ini adalah

untuk menentukan penggambaran identiti bahasa etnik yang berbeza di Malaysia Upin dan

Ipin siri animasi.

Hasil daripada kajian ini, siri animasi Upin dan Ipin ini melihatkan budaya dari segi

pengunaan bahasa dan linguistik dalam dialog watak-watak yang disampaikan. Hasil kajian

melihat kepada tiga perkara iaitu penggunaan pertikel istilah yang diwakili oleh setiap etnik,

panggilan ucapan antara etnik dan gangguan bahasa dan pindaan kod antara budaya.

3

Page 4: Ringkasan Jurnal

Watak-watak yang digambarkan menggunakan gaya ucapan khas bagi mewakili kumpulan

etnik di Malaysia, contohnya gaya pertuturan yang tiga kumpulan etnik utama iaitu melayu,

cina dan india. Ini adalah untuk mengatakan bahawa terdapat beberapa karakter yang

mewakili kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza yang ditunjukkan dalam siri animasi. Hasil

kajian menunjukkan bahawa terdapat dua jenis partikel yang digunakan. Partikel pertama

penggunaan lah. Kajian penulis mendapati bahawa hampir semua etnik menggunakan

perkataan lah dalam perbualan mereka. Partikel kedua ialah penggunaan bahasa cina seperti

ma, ow, lor, haiya, le, ma, ne, a, ya manakala penggunaan bahasa india sepeti aiyoyo.

Hasil kajian penulis mendapati siri animasi Upin dan Ipin memperlihatkan tindakan

mencerminkan gaya ucapan orang lain. Contohnya orang melayu menggunakan partikel cina

ma apabila berinteraksi dengan orang cina. Selain itu gaya tiruan juga ditunjukan tanpa

menyinggung etnik lain. Hal ini dapat disimpulkan bahawa semangat 1Malaysia ditingkatkan

melalui penyesuaian pola bicara orang lain ke dalam etnik yang berlainan.

Aspek ketiga dapatan kajian adalah dari segi gangguan Bahasa perpindahan kod dalam

komunikasi antara budaya. Kepelbagaian gaya ucapan adalah disebabkan oleh gangguan

bahasa pertama yang boleh dilihat dengan jelas apabila aksara bukan melayu dalam siri

animasi Upin dan Ipin. Sebagai contoh Ah Tong menggunakan kata ganti 'Lu', kata ganti

orang kedua dalam bahasa Cina, bukan awak. 'Awak' adalah kata ganti orang kedua dalam

bahasa melayu. Kata ganti 'lu' milik bahasa pertama watak itu yang dikenal pasti sebagai

Hokkien. Dalam siri animasi, tujuan menggambarkan gangguan bahasa pertama adalah untuk

menandakan identiti watak itu. Ini adalah untuk mengatakan bahawa sesiapa sahaja boleh

dengan mudah mengenal pasti bahawa Ah Tong adalah etnik cina. Oleh itu, animani ini

menggambarkan budaya karakter yang menggunakan terutama bahasa melayu dengan

minima untuk membantu penonton dalam mengenal pasti etnik gaya pertuturan.

4

Page 5: Ringkasan Jurnal

2.1 RINGKASAN JURNAL 2

Menurut penulis legenda dan cerita rakyat adalah sebahagian daripada budaya melayu tradisi yang telah

diwarisi dari satu generasi ke generasi. Kisah dongeng, mitos, yang luar biasa dan ajaib dari abad-abad awal

evolusi manusia sekarang sudah mewakili dalam bentuk yang baru, yang melibatkan akal manusia, visual dan

sebagainya. Disamping itu, kajian ini juga ada membincangkan tentang bagaimana pemahaman dan

imaginasi oleh generasi baru ini terhadap cerita seperti ‘Hang Tuah’, ‘bawang putih dan bawang merah’ dan

sebagainya.

Pengaruh teknologi pada industri seni kreatif telah meluaskan konsep berkarya. Sebagai contoh, teknologi

fotografi adalah teknologi pertama digunakan untuk membantu seniman melukis gambar. Mengikut penulis,

terdapat orang-orang tertentu cuba untuk mengekalkan warisan kebudayaan melalui hikayat dan legenda

kepada generasi baru antaranya melalui illustrasi, buku cerita, filem dan animasi. Antara animasi yang

diadaptasi dari kesusasteraan melayu klasik adalah filem animasi ‘Silat Legenda’, ‘Putih’, rangkaian animasi

pendek ‘Hikayat Sang Kancil’ dan ‘Saladdin’ manakala untuk rangkaian animasi televisyen antaranya

‘Kampung Boy’ dan ‘Badang’.

Cerita rakyat terdiri dari kisah, cerita, hikayat dan juga dongeng. Cerita rakyat ini mengandungi unsur-unsur

penting seperti agama, kepercayaan, pengajaran, undang-undang serta kegiatan ekonomi. Selain itu, ia

berfungsi sebagai media pendidikan, hiburan, pengajaran moral dan proses sosial. Kemunculan hikayat dan

dongeng ini merupakan lanjutan dari cerita penglibur lara dan kemudiaanya berkembang dalam tradisi di

masyarakat. Oleh itu, cerita ini diperindahkan dan di kreatifkan pengolahanya agar dapat menarik minat

masyarakat. Tujuan cerita rakyat diperkenalkan adalah sebagai pengajaran kepada kanak-kanak dengan

melahirkan tanggapan yang positif serta memdidik mereka tentang sopan santun serta adat tradisi dahulu.

Selain itu, cerita rakyat ini adalah sebagai proses utama pembelajaran tidak formal kanak-kanak umumnya.

Dalam kajian ini penulis ada memfokuskan kepada salah satu filem animasi Malaysia yang bertajuk ‘Putih’.

Cerita ini diadaptasikan dari cerita dongeng rakyat terdahulu iaitu ‘Bawang Merah dan Bawang Putih’.

5

Page 6: Ringkasan Jurnal

Cerita ‘Putih’ ini dikeluarkan pada tahun 2001. Penyampaian cerita rakyat ini bermula

dengan secara lisan kemudiannya berkembang dan dituliskan dalam hikayat dan sastera

tulisan seterusnya diterjemahkan dalam betuk animasi. Cerita ini mendapat tempat dihati

pembaca atau penonton sama ada dalam bentuk cetak mahupun digital.

Hasil kajian penulis mendapati bahawa kaedah Intraestetik merupakan faktor yang mambawa terciptanya

idea,teknik, karya dan penggunaan media. Analisis Intraestetik memberi tumpuan kepada teknik

dan kaedah pembuatan dan penghasilan animasi secara keseluruhan. Bermula dari peringkat

idea yang melihat kepada sudut kognitif, konteks, nilai-nilai dan makna dalam narasi, kepada

indikator terhadap media dan teknik karya iaitu proses menghasilkan bentuk-bentuk visual

melalui bentuk (figures), pakaian dan alatan (clothing and accessories), dan pergerakan dan

ekspresi wajah (gestures and facial expression) dan seterusnya keseluruhan visual akan

menghasilkan karya seni iaitu filem animasi.

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku ke atas

pemahaman dan penceritaan terhadap cerita rakyat lagenda melayu. Penulis dalam kajiannya

ada menyebut tentang idea dan buah fikiran yang terhasil untuk menjadikan ia sesuatu seni

adalah bermula dengan orang-orang yang berada dalam industri tersebut seperti seniman,

seniwati, pelbagai media, produksi dan sebagainya. Hal ini untuk menghasilkan sesautu karya

seni yang betul-betul dianggap seni dan masyarakat dapat memami dan menilai sesuatu karya

yang dihasilkan sama juga dengan animasi.

Untuk menghasilkan menghasilkan sebuah filem, cerita pendek, siri animasi banyak perkara

yang perlu di titik beratkan. Media teknologi dan teknik adalah sesuatu yang tidak boleh

dipisahkan. Hasil dari idea padu yang tercetus maka, media teknologi dengan kepakaran

teknik dapat menghasilkan sesuatu karya yang baik. Oleh itu, beberapa perkara yang dapat

dilihat menjadi titik penting dalam merekabentuk sesebuah watak yang sesuai dengan jalan

6

Page 7: Ringkasan Jurnal

cerita dan idea. Yang pertama ialah bentuk (figures) untuk memperlihatkan kepada penonton

tentang kecantikan, latar belakang dan sifat-sifat yang diwujudkan pada sesebuah watak.

Yang kedua ialah dari segi pakaian dan alatan ekstra (clothing and accessories) pula sebagai

pelengkap kepada watak sepanjang animasi. Untuk menyempurnakan lagi ciri-ciri sesuatu

watak maka pergerakan dan ekspresi wajah (gestures and facial expression), antara yang

terpenting dalam animasi.

Menurut penulis setiap babak, adegan yang dilakonkan pastinya membawa emosi bersama.

Emosi yang dibawa di dalam cerita, akan dipaparkan secara langsung pada wajah setiap

watak pelakon. Oleh itu, visualisasi yang dihasilkan merupakan gambaran secara keseluruhan

animasi atau ekspresi dan karya seni itu sendiri. Dalam narasi verbal, penumpuan kepada

hubungan idea, media, teknik, dan ekspresi karya seni dan kemudiannya diinterpretasikan

untuk melihat makna dan perlambangan, sebagai simbolisme dalam menyampaikan nilai-nilai

dan norma-norma masyarakat ketika itu yang diterjemahkan ke dalam bentuk visual secara

imaginatif atau gambaran. Narasi visual juga akan dilihat melalui proses yang sama dalam

bentuk animasi iaitu penumpuan kepada idea, media teknik, dan ekspresi karya.

7

Page 8: Ringkasan Jurnal

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jurnal karangan Nur salawati Mohd Nadzri dan Hanita Hassan yang

bertajuk ‘The Language Identities of Malaysians as Portrayed in Upin and Ipin’ ini dapat

memenuhi tajuk tugasan yang diberikan iaitu Sumber budaya sebagai bahan kandungan yang

boleh diketengahkan dalam bentuk animasi. Jurnal ini mempertengahkan bagaimana sistem

Bahasa dan linguistik diketengahkan dalam siri animasi Upin dan Ipin. Dengan kata lain,

kajian yang dilakukan adalah berdasarkan kepada dialog-dialog yang disampaikan oleh

pelbagai karekter dalam siri animasi ini yang mewakili tiga etnik yang besar diMalaysia.

Kajian mendapati bahawa budaya istilah lah, ma, lu, aiyoyo telah diterima dan digunapakai

oleh semua etnik diMalaysia. Budaya perpaduan dapat dihasilkan hasil daripada animasi

Upin dan Ipin ini.

Penonjolan budaya tempatan juga dapat dilihat melalui cerita rakyat pada masa dahulu.

Hikayat dan dongeng diwarisi dari turun temurun. Walaupun pada masa dahulu cerita rakyat

ini hanya meniti dari bibir ke bibir, namun kini seiring dengan perkembangan teknologi kini

dahulunya cerita lisan telah ditontonkan dalam satu bentuk animasi. Jalan cerita yang

ditonjolkan masih mengekalkan budaya tradisi yang bukan sahaja menghiburkan tetapi ia

memberi pendidikan tentang sopan santun dan adat tradisi. Oleh itu, dalam jurnal kedua ada

menceritakan bahawa animasi ini dapat mengetengahkan sesuatu budaya tradisi kepada

masyarakat hari ini. Sebagai contoh, ‘Putih’ animasi yang telah dipertontonkan kepada

masyarakat membawa banyak pengajaran, norma-norma budaya, cara kehidupan, nilai-nilai

murni dan sebagainya. Dengan ini dapatlah dibuktikan bahawa peri penting dalam

pembangunan industri animasi untuk memastikan budaya tempatan terus terpahat dihati

masyarakat dahulu mahupun kini.

8