ringkasan sejarah

23
RINGKASAN SEJARAH KESULTANAN JOHOR Sejarah Kesultanan Johor terbahagi kepada tiga iaitu keturunan Sultan Mahmud Shah (Melaka), keturunan Bendahara Tun Abdul Jalil dan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim. KESULTANAN JOHOR DARI KETURUNAN SULTAN MELAKA Apabila Melaka jatuh ditangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Melaka pada masa itu, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Johor dan dirajakan oleh penduduk Muar sebagai Sultan Johor (memerintah di jajahan Muar sahaja). Selanjutnya keturunan baginda memerintah Johor; 1. Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (1511 - 1528) 2. Sultan Alauddin Riayat Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1528 - 1564) 3. Sultan Muzaffar Shah II ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (1564 - 1570) 4. Sultan Abdul Jalil Shah I ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah (1570 - 1571) 5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah ibni almarhum Raja Ahmad(1571 -1597) 6. Sultan Alauddin Riayat Shah III Zillullahi fil Alam ibni almarhum Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah (1597 - 1615). 7. Sultan Abdullah Muayat Hammat Shah ibni almarhum Sultan Muzaffar Shah II (1615 - 1623) 8. Sultan Abdul Jalil Shah III ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah III (1623 - 1677) 9. Sultan Ibrahim Shah ibni almarhum Yam Tuan Muda Raja Bajau (22 Nov 1677 - 16 Feb 1685) 10. Sultan Mahmud Shah II ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah (Marhum Mangkat Di Julang) (16 Feb 1685 - 3 Sep 1699).

Upload: azhari-abdul-ghani

Post on 13-Apr-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jghjhgfjgfj

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Sejarah

RINGKASAN SEJARAH KESULTANAN JOHOR

Sejarah Kesultanan Johor terbahagi kepada tiga iaitu keturunan Sultan Mahmud Shah (Melaka), keturunan Bendahara Tun Abdul Jalil dan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim.

KESULTANAN JOHOR DARI KETURUNAN SULTAN MELAKA

Apabila Melaka jatuh ditangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Melaka pada masa itu, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Johor dan dirajakan oleh penduduk Muar sebagai Sultan Johor (memerintah di jajahan Muar sahaja). Selanjutnya keturunan baginda memerintah Johor;

1. Sultan Mahmud Shah ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (1511 - 1528)

2.  Sultan Alauddin Riayat Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (1528 - 1564)

3.  Sultan Muzaffar Shah II ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (1564 - 1570)

4.  Sultan Abdul Jalil Shah I ibni Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah (1570 - 1571)

5.  Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah ibni almarhum Raja Ahmad(1571 -1597)

6.  Sultan Alauddin Riayat Shah III Zillullahi fil Alam ibni almarhum Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah (1597 - 1615).

7. Sultan Abdullah Muayat Hammat Shah ibni almarhum Sultan Muzaffar Shah II (1615 - 1623)

8. Sultan Abdul Jalil Shah III ibni almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah III (1623 - 1677)

9. Sultan Ibrahim Shah ibni almarhum Yam Tuan Muda Raja Bajau (22 Nov 1677 - 16 Feb 1685)

10. Sultan Mahmud Shah II ibni almarhum Sultan Ibrahim Shah (Marhum Mangkat Di Julang) (16 Feb 1685 - 3 Sep 1699).

Page 2: Ringkasan Sejarah

KESULTANAN JOHOR DARI KETURUNAN BENDAHARA ABDUL JALIL PADUKA RAJA Menurut cerita (hikayat), Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Laksamana Bentan kerana Sultan telah membunuh isterinya yang bernama Dang Anum atas sebab yang kecil. Pembunuhan itu berlaku semasa Laksamana Bentan sedang melaksanakan tugas negara, menghapuskan lanun. Dang Anum yang sedang hamil pada masa itu telah mengidam buah nangka. Semasa tukang kebun Sultan lalu di depan rumahnya membawa sebiji nangka, Dang Anum meminta seulas.

Apabila Sultan mengetahuinya, baginda telah memerintahkan pertanda membelah perut Dang Anum untuk melihat bayi yang dikandung itu.

Sekembalinya dari bertugas, Laksamana amat sedih dan berduka atas kematian isterinya yang tersayang dan menyimpan dendam kepada Sultan. Semasa baginda diusung (julang) untuk ke masjid bersolat Jumaat, Laksamana telah menikam Sultan. Sebelum mangkat, baginda sempat membaling keris ke arah Laksamana dan terkena kaki beliau. Racun keris itu turut menyebabkan Laksamana menemui kematian.

Konon ceritanya, sebelum mangkat, baginda sempat menyumpah tujuh keturunan Laksamana Bentan akan muntah darah jika memasuki daerah Johor Lama (Kota Tinggi).

Sultan Mahmud masih bujang, tiada waris yang menggantikannya. Lalu Bendahara Tun Sulong bin Tun Abdul Majid) mengiisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor. Keturunan Bendahara menggantikan keturunan Sultan Mahmud;

1. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (3 Sep 1699 - 1721)2. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil) (1718 - 1722) - Raja Kechil

mengaku diri keturunan Sultan Mahmud dari Siak, Sumatera. Baginda menyerang Johor dan merampas takhta Johor. Bagaimana pun dikalahkan semula oleh anak Sultan Johor pada tahun 1722)

3. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (1721 - 20 Ogos 1760)

Page 3: Ringkasan Sejarah

4. Sultan Abdul Jalil Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Sulaiman Shah (20 Ogos 1760 - 29 Jan 1761)

5. Sultan Ahmad ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Muadzam Shah (1761)

6. Sultan Mahmud Shah Alam ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Muadzam Shah (1761 - 12 Dis 1811)

7. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (12 Dis 1811 - 6 Feb 1819)

8. Sultan Husain Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Mahmud Shah (diberi pencen seumur hidup oleh Kerajaan Inggeris- menyerahkan Negeri Johor kepada pentadbiran Temenggong Ibrahim) (6 Feb 1819 - 5 Sep 1835).

9. Sultan Ali Iskandar Shah ibni almarhum Sultan Husain Muadzam Shah (tidak diiktiraf sebagai Sultan- baginda memerintah di wilayah Muar-Kesang sahaja sehingga 20 Jun 1877)

KESULTANAN JOHOR DARI KETURUNAN TEMENGGUNG DAENG ABDUL RAHMAN

1. Datuk Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim bin Tun Temenggung Abdul Rahman (5 Sep 1835 - 31 Jan 1862)

Page 4: Ringkasan Sejarah

2. Tun Abu Bakar Seri Maharaja bin Temenggung TunIbrahim (1 Feb 1862 - 1868), Tuanku Maharaja Abu Bakar (1868 - 1886) Sultan Sir Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah ibni almarhum Temenggung Tun Ibrahim (13 Feb 1886 - 4 Jun 1895)

3. Sultan Sir Ibrahim ibni almarhum Sultan Abu Bakar Al Khalil Ibrahim Shah (4 Jun 1895 - 8 Mei 1959)

4. Sultan Sir Ismail ibni almarhum Sultan Ibrahim Al Masyhur (8 Mei 1959 -10 Mei 1981)

5. Sultan Mahmud Iskandar ibni almarhum Sultan Ismail alKhalidi (10 Mei 1981 - 26 Apr 1984)

6. Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Alhaj (Pemangku Sultan: 26 Apr 1984 - 25 Apr 1989)- Sultan Iskandar dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong ke 8)

7. Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar Alhaj ibnialmarhum Sultan Ismail (26 Apr 1989 - 21 Jan 2010)

8. Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar (21 Jan 2010 - kini)

DAERAH PENTADBIRAN

Johor dibahagikan kepada 10 buah daerah pentadbiran dan terdapat 3 buah daerah kecil, iaitu:

. Johor Bahru. Keluasan 1817.8 km per dengan jumlah penduduknya 1,449,900. Pejabat daerah di Johor Bahru. Pegawai Daerahnya Tuan hj Yahya bin Salleh. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialahJohor Bahru, Stulang, Gelang Patah, Sekudai, Ulu Tiram, Plentong, Ulu Choh, Kangkar Pulai, Masai, Nusajaya, Bandar Baru UDA, Permas Jaya, Stulang, Tanjung Langsat, Lok Heng dan Lima Kedai

Muar. Keluasan 2346.12km/p dan jumlah penduduknya 408,400. Pejabat daerah di Muar (Bandar Maharani). Pegawai Daerahnya Tuan Hj Mislan bin Karmani. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Parit Bunga, Bakri, Parit Jawa, Parit Bakar, Bukit Pasir, Bandar Dato Onn, Panchor,

Page 5: Ringkasan Sejarah

Bukit Kepong, Pekan Baru, Parit Raja, Parit Unas, Pagoh, Bukit Mor, Sungai Abong dan Bukit Treh.

Batu Pahat. Keluasan 1878 km/p dan jumlah penduduk 419,400. Pejabat daerah di Batu Pahat (Bandar Penggaram). Pegawai Daerah: Tuan Hj Norizan bin Kulob. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Bandar Penggaram, Rengit, Senggarang, Parit Raja, Yong Peng, Parit Yaani, Tongkang Pecah, Seri Gading, Semerah, Peserai, Parit Sulong, Seri Medan, Ayer Hitam dan Kangkar Baru.

Kluang. Keluasan 2871.8km/p dan jumlah penduduknya 324,800. Pejabat daerah di Kluang. Pegawai Daerah: Tuan Hj Abd Razak bin Mohd Salleh. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah:Kluang, Simpang Rengam, Renggam, Machap, Layang-layang, Sg Sayong, Mengkibul, Kahang, Paloh dan Kampong Tengah.

Segamat. Keluasan 2851.26 km/p dan jumlah penduduknya 217,400. Pejabat daerah di Segamat. Pegawai Daerah: Tuan Hj Burhan bin Amin. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Segamat, Labis, Jementah, Buloh Kasap, Chaah, Bekok, Batu Anam, Jagoh, Pekan Air Panas, Gemas Baharu, Sungai Karas, Pekan Jabi dan Genuang.

Mersing. Keluasannya 2836.6 dan jumlah penduduknya 87,000. Pejabat daerah di Mersing. Pegawai Daerah: Dato' Hj Abd Razak bin Hassan. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah:Mersing, Endau, Jemaluang dan Air Papan

Pontian. Keluasannya 919.5 km/p dan jumlah penduduknya 128,000 dan pejabat daerah di Pontian Kechil. Pegawai Daerah: Tuan Hj Mohamed bin Hj Karim. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Pontian Kecil, Kukup, Benut, Pontian Besar, Kayu Ara Pasung, Ayer Baloi, Pekan Nanas, Permas Kechil, Tanjung Kupang dan Tanjung Pelepas.

Kota Tinggi. Keluasannya 3488.7 km/p dan jumlah penduduknya 249,600 dan pejabat daerah di Kota Tinggi. Pegawai Daerah: Tuan Hj Ismail bin Karim. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Kota Tinggi,

Page 6: Ringkasan Sejarah

Pengerang, Sg Rengit, Kuala Sedili, Mawai, Bandar Penawar, Tg Pengelih, Bandar Easter, Mawai, Bandar Tenggara, Tg Surat, Punggai dan Telok Mahkota

Ledang. Keluasannya 970,624 dan jumlah penduduknya seramai 58,501. Pejabat daerah di Tangkak (daerah baru mulai 2008- pecahan dari daerah Muar). Pegawai Daerahnya Tuan Hj Asmail bin Abd Kadir. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Tangkak, Tanjung Agas, Kesang, Sungai Mati, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Grisek, Kundang Ulu, Bukit Kangkar dan Lenga

Kulai Jaya. Keluasannya 753.45km/p dan jumlah penduduknya seramai 192,000. Pejabat daerah di bandar Kulai (daerah baru mulai 2008 - pecahan dari daerah Johor Bahru). Pegawai Daerah:Tuan Hj Elias bin Hasran. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kangkar Pulai, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, Sengkang dan Sungai Sayong.

Daerah Kecil

Rengit

Labis

Pengerang

Page 7: Ringkasan Sejarah

Senarai sultan-sultan Johor[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai sultan Johor dari permulaan Kesultanan Johor sehingga kini.

Sultan-sultan Johor

Bilangan

Sultan Pemerintahan

1 Sultan Mahmud Shah 1511 - 1528

2 Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali) 1528 - 1564

3 Sultan Muzaffar Shah II 1564 - 1579

4 Sultan Abdul Jalil Shah I 1579 - 1580

5 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar) 1581 - 1597

6 Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur) 1597 - 1615

7 Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Bongsu) 1615 - 1623

8 Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang) 1623 - 1677

9 Sultan Ibrahim Shah, Johor 1677 - 1685

10 Sultan Mahmud Shah II 1685 - 1699

11 Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Abdul Jalil) 1699 - 1720

Page 8: Ringkasan Sejarah

12 Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) 1718 - 1722

13 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 1722 - 1760

14 Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah 1760 - 1761

15 Sultan Ahmad Riayat Shah 1761 - 1761

16 Sultan Mahmud Shah III 1761 - 1812

17 Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah 1812 - 1819

18 Sultan Hussain Shah (Tengku Long) 1819 - 1835

19 Sultan Ali (Tengku Ali - Anak gahara terakhir) 1835 - 1877

20Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Wangsa Temenggung - Keturunan bangsawan)

1855 - 1862

21 Sultan Abu Bakar 1862 - 1895

22 Sultan Ibrahim 1895 - 1959

23 Sultan Ismail 1959 - 1981

24 Sultan Iskandar 1981 - 2010

25 Sultan Ibrahim Ismail2010 -

sekarang

Sultan Mahmud Shah I(1511-1528)Sultan Johor 1Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I telah melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut "Marhum Kampar".

Sultan Alauddin Riayat Shah II(Raja Ali / Raja Alauddin / 1528-1564)Sultan Johor 2Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang 5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang 4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar". Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang 6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun

Page 9: Ringkasan Sejarah

1536, Estavoa Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut "Marhum Syahid di Acheh".

Sultan Muzaffar Shah II(Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)Sultan Johor 3Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

Sultan Abd. Jalil Shah I(Raja Abdul Jalil / 1570/1571)Sultan Johor 4Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II

Page 10: Ringkasan Sejarah

(Raja Umar / 1570 / 71-1597)Sultan Johor 5Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melanti Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah Iidatang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

Sultan Alauddin Riayat Shah III(Raja Mansur / 1597-1615)Sultan Johor 6Sultan Alauddin Riayat Shah III (anakanda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil) bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu / saudara (berlainan ibu) Raja Abdullahdengan gelaran "Yang DiPertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III memerintah di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan BEndahara Tun Seri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat [erdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini

Page 11: Ringkasan Sejarah

menimbulkan kemarahan kepada Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa ke Acheh semula dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah(Raja Mansur / 1615-1623)Sultan Johor 7Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut "Marhum Pulau Tambelan".

Sultan Abdul Jalil Shah III(Raja Bujang / 1623-1677)Sultan Johor 8Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar"

Sultan Ibrahim Shah(Raja Ibrahim / Putera Raja Bajau / 1677-1685)Sultan Johor 9Sultan Ibrahim Shah merupakan anak Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim

Page 12: Ringkasan Sejarah

Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut 'Marhum Bongsu".

Sultan Mahmud Shah II(Raja Mahmud / 1685-1699)Sultan Johor 10Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Sultan Abdul Jalil IV(Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)Sultan Johor 11Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah(Raja Kecil / Yang Dipertuan Johor / 1718-1722)Sultan Johor 12

Page 13: Ringkasan Sejarah

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) merampas kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan 'mengaku' waris Sultan Mahmud Shah II yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah(Raja Sulaiman / Yang Dipertuan besar Johor-Riau / 1722-1760)Sultan Johor 13Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya dilantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama. Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin disebut Perjanjian 1754. Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang, Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah(1760-1761)Sultan Johor 14Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai sultan menggantikan ayahandanya, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah menetap di Kuala Selangor sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah mangkat dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Ahmad Riayat Shah(1761)Sultan Johor 15Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yamtuan

Page 14: Ringkasan Sejarah

Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah dating dari Melaka menuntut wang gantirugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yamtuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".

Sultan Mahmud Shah III

(Raja Mahmud / 1761-1812)

Sultan Johor 16

Sultan Mahmud Shah III menjadi pemerintah Johor-Riau-Lingga. Akibat daripada perpecahan pentadbiran kerajaan Johor, tiga negeri diperintah oleh pemerintah yang berlainan seperti Singapura-Temenggung, Riau-Yamtuan Muda dan Lingga-Sultan. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga.

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

(Tengku Abdul Rahman / 1812-1819)

Sultan Johor 17 Berlaku perebutan kuasa yang mana sepatutnya Tengku Husin (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai sultan. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai sultan.

Sultan Hussain Shah

(Tengku Husin / Tengku Long / 1819-1835)

Page 15: Ringkasan Sejarah

Sultan Johor 18 Campurtangan British memberi peluang kepada Sultan Husin Shah menjadi Sultan Johor, tetapi sebelum Sultan Husin Shah tiba ke Singapura, Raffles telah membuat perhubungan dengan Temenggung untuk membenarkan pembinaan loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Sultan Husin Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 18 Mac 1824 membawa kepada perpecahan Empayar Kesultanan Melayu Johor. Kuasa Sultan Husin Shah ke atas Singapura hilang setelah menandatangani perjanjian pada 2 Ogos 1824 dengan British (John Crawford) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya. Sultan Husin Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera setahun kemudian.

Sultan Ali (tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)

(Tengku Ali / 1835-1877)

Sultan Johor 19

Sultan Ali diisytiharkan sebagai sultan pada 16 September 1840. Berlaku persaingan kuasa dan kekayaan Johor antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. Pada 10 Mac 1855, termeterai satu perjanjian menyerahkan kedaulatan Johor kepada Temenggung kecuali Muar dan Kesang. Sultan Ali kemudiannya mangkat di Umbai, Melaka pada 20 Jun 1877.

Raja Temenggung Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor

(Temenggung Tun Daeng Ibrahim / 1855-1862)

Sultan Johor 20 Tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali. Raja Temenggung Tun Ibrahim membuka Iskandar Puteri atau Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Raja Temenggung Tun Ibrahim juga mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang teratur dan tersusun. Pada 1 Februari 1862, Raja Temenggung Tun Ibrahim mangkat.

DYMM Sultan Abu Bakar

(Temenggung Che Wan Abu Bakar / Ungku Abu Bakar / 1862-1895)

Sultan Johor 21

Memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Berusaha memajukan dan

Page 16: Ringkasan Sejarah

mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung. Membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor. Maharaja Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu". Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal. Bagi mengukuhkan azam Maharaja Abu Bakar, baginda memakai gelaran Sultan Johor pada 1 Julai 1886 dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbiran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Dymm Sultan Ibrahim 

(1895-1959)Sultan Johor 22

Dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota pada 23 Mei 1891 dan ditabalkan sebagai pengganti pada 7 September 1895. Dimahkotakan pula sebagai sultan pada 2 November 1985. Sewaktu pemerintahannya, gagasan Civil Service diperkembangkan secara meluas ke seluruh negeri Johor. Ketua jabatan terdiri daripada pegawai Melayu, British hanya membantu, dasar ini menyebabkan British sukar bertapak di negeri Johor. Sultan Ibrahim membubarkan Sistem Kangcu pada 1917 dan ekonomi negeri terus berkembang dengan membina infrastruktur jalan keretapi pada 1904, dan sebagainya. Sultan Ibrahim mangkat di Eropah pada tahun 1959 dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

DYMM Sultan Ismail 

(1959-1981)Sultan Johor 23

Negeri Johor semakin maju dibawah pemerintahan Sultan Ismail. Pembukaan lading-ladang FELDA, KEJORA, rancangan perparitan Johor Barat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, dan kawasan perindustrian diwujudkan dan dibina. Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital

Page 17: Ringkasan Sejarah

Besar Johor Bahru dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

DYMM Almutawakkil 'Alallah 

Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj

(1981-2010)

Sultan Johor 24

Dilantik menggantikan ayahandanya pada 11 Mei 1981. Dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong kelapan pada tahun 1984. Merupakan pemimpin yang berkarisma, berjaya menggerakkan rakyat untuk memajukan Johor dalam perniagaan, perindustrian, perusahaan, pertubuhan dan badan sukarela.

SULTAN IBRAHIM ISMAIL (2010 Hingga sekarang)

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDARSULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

1. D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, diputerakan pada 22hb. November 1958 di Hospital Besar Johor Bahru (Sekarang Hospital Besar Sultanah Aminah)

2. Putera pertama dari sepuluh (10) orang adik beradik, Baginda mula menerima pelajaran di Taman Didikan Kanak-Kanak Tunku Ampuan Mariam Johor Bahru kemudian memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru.

3. Paduka ayahandanya D.Y.M.M Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menghantar D.Y.M.M Tuanku belajar di Trinity Grammer School Australia pada tahun 1968 hingga 1970.

4. Setelah tamat persekolahan, D.Y.M.M Tuanku telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi, selama 3 tahun untuk menerima latihan asas ketenteraan.

5. Dalam bidang kesukanan pula, permainan polo merupakan permainan yang sangat-sangat digemari dan juga merupakan seorang pemain polo yang sangat handal dan terkemuka bukan sahaja di negeri ini bahkan dirantau Asia.D.Y.M.M Tuanku pernah menyertai permainan polo di Singapura, Manila dan Brunei.

Page 18: Ringkasan Sejarah

6. Selain bermain polo, D.Y.M.M Tuanku juga gemar bermain tenis, boating (Water ski), payung terjun, menembak dan memandu kereta laju (sport car).

7. D.Y.M.M Tuanku sangat mengambil berat tentang kegiatan-kegiatan sosial di dalam negeri dan amat mesra dengan rakyat. D.Y.M.M Tuanku ialah Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Johor.

8. D.Y.M.M Tuanku telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di dalam satu upacara yang sederhana tetapi penuh istihadat di Istana Besar Johor Bahru pada 3hb. Julai 1981. Pelantikan ini telah dilakukan oleh ayahandanya iaitu Almarhum D.Y.M.M Sultan Iskandar dengan disaksikan oleh Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah, Kerabat-Kerabat Damping, Ahli Jumaah Majlis DiRaja, Pembesar-Pembesar Negeri dan Orang-Orang Kenamaan.

9. D.Y.M.M. telah dilantik Pemangku Raja pada Hari Jumaat 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah kerana ayahandanya gering. Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada hari Sabtu 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 Hijrah setelah ayahandanya mangkat.

Tengku Mahkota Johor Tengku Ibrahim Ismail telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah Binti Sultan Idris Shah .hasil perkahwinan baginda berdua di kurniakan anak 5 putra dan 1 puteri.Tengku Ismail Idris ( 1984 ) Tengku Aminah ( 1986 ) Tengku Idris Iskandar ( 1987 ) Tengku Abdul Jalil Iskandar ( 1990 ) Tengku Abdul Rahman ( 1993 ) Tengku Abu Bakar Iman ( 2001 )Tengku Abdul Majid Idris pula telah berumahtangga dengan Tengku Teh Mazni binti Tuanku Yusuf . dan mereka di kurniakan seorang anak iaitu Tengku Mahmood Iskandar ( 2006 )

Page 19: Ringkasan Sejarah