ringkasan projek

17

Upload: upp

Post on 17-Mar-2016

296 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

RTD Sik

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Projek
Page 2: Ringkasan Projek

i

ISI KANDUNGAN Muka Surat 1.0 PENGENALAN 1 2.0 RANGKA KERJA KEPERLUAN 1

2.1 Keperluan Perundangan 1 2.2 Kandungan dan Fungsi Rancangan Tempatan 1 2.3 Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Sik (RTDS) 2 2.4 Keperluan Penduduk Setempat 2

3.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN 3

3.1 Lokasi Kawasan Kajian 3 3.2 Penduduk 5 3.3 Guna Tanah Semasa 5

4.0 RANGKA KERJA PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN 5

4.1 Rancangan Struktur Majlis Daerah Sik 1995 – 2020 5 4.2 Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 6 4.3 Rancangan Struktur Negeri Kedah (RSNK) 2002 – 2020 7

5.0 HALA TUJU PEMBANGUNAN DAERAH 7

5.1 Prospek Pembangunan Yang Telah Ditetapkan 7 5.2 Perkembangan Positif Semasa 9 5.3 Isu-isu Strategik Yang Perlu Ditangani 10 5.4 Keperluan Penduduk Setempat 11 5.5 Wawasan, Matlamat dan Objektif Pembangunan 11 5.5.1 Wawasan 11 5.5.2 Matlamat 11 5.5.3 Objektif Pembangunan 11

6.0 PENGURUSAN KAJIAN 11

6.1 Bidang dan Skop Kajian 11 6.2 Anggaran Kos Kajian 12 6.3 Penyediaan dan Penyerahan Laporan 13

6.3.1 Laporan Awal 13 6.3.2 Laporan Penemuan 13 6.3.3 Laporan Rekabentuk Draf Rancangan Tempatan 13 6.3.4 Draf Rancangan Tempatan Daerah 14

6.4 Struktur Jawatankuasa Pengurusan 14 6.5 Tempoh dan Program Kajian 14

Rajah 1 : Lokasi Kawasan Kajian 4

Page 3: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

1

1.0 PENGENALAN

Tujuan Ringkasan Projek ini disediakan adalah sebagai rangka asas penyediaan Kajian Rancangan Tempatan Daerah Sik. Ringkasan Projek ini akan digunakan semasa perbincangan awal dengan pihak berkuasa Tempatan dan juga semasa diadakan Focus Group Discussion (FGD).

2.0 RANGKA KERJA KEPERLUAN 2.1 Keperluan Perundangan

Rancangan Tempatan adalah berdasarkan kepada keperluan peruntukan perundangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) di bawah Seksyen 12 yang bertujuan untuk memaju dan menggunakan tanah, melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal, memelihara topografi semulajadi, memperelok lanskap, memelihara dan menanam pokok, mengadakan tanah lapang, memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan, memperelok sistem komunikasi dan menguruskan lalulintas. Ia juga menjelaskan bahawa setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan perlu diliputi oleh RT bagi tujuan penyelarasan pembangunan dalam PBPT.

2.2 Kandungan dan Fungsi Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan mengandungi peta-peta dan pernyataan bertulis serta justifikasi untuk menerangkan cara melaksanakan cadangan-cadangan yang disediakan. Ianya akan menterjemahkan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur Majlis Daerah Sik (1991-2005) dan Rancangan Struktur Negeri Kedah (2001 – 2020) kepada cadangan-cadangan pemajuan tanah yang lebih terperinci berkenaan dengan kegunaan setiap bidang tanah di kawasan yang mana pelan-pelan tersebut disediakan untuk menjadikan garis panduan pembangunan dan penggunaan tanah.

Di antara fungsi-fungsi dan tujuan khusus Rancangan Tempatan termasuklah:-

i. Untuk melaksanakan dasar dan strategi Rancangan Struktur Majlis Daerah Sik (1995-2020), Rancangan Struktur Negeri Kedah (2001 – 2020) dan Pelan Tindakan Kedah Maju 2001 - 2010.

ii. Menyediakan Peta Penggunaan Tanah yang komprehensif (Peta Cadangan).

iii. Menghasilkan cadangan-cadangan dan garis panduan pembangunan.

iv. Menyelaraskan pembangunan di seluruh kawasan Majlis Daerah Sik

v. Mengemukakan isu-isu dan prospek perancangan tempatan dengan terperinci kepada orang awam.

Page 4: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

2

2.3 Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Sik (RTDS)

Rancangan Tempatan mengandungi peta-peta dan pernyataan bertulis serta justifikasi untuk menerangkan cara melaksanakan cadangan-cadangan yang disediakan. Ianya akan menterjemahkan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur Majlis Daerah Sik (1991-2005) dan Rancangan Struktur Negeri Kedah (2002 – 2020).

i. RTDS yang disediakan bertujuan untuk mewujudkan petempatan yang lebih terancang ke arah peningkatan kualiti hidup melalui penggunaan tanah dan pengurusan perkhidmatan dan kemudahan yang cekap, berkesan dan mampan.

ii. Untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk dimajukan serta corak pembangunan yang akan dilaksanakan mengikut ksesuaian tempatan serta penggunaan ruang fizikal yang optima di peringkat daerah serta menyediakan program pelaksanaan.

iii. RTDS dapat digunakan sebagai asas untuk memohon peruntukan pembangunan tahunan bagi tiap-tiap aktiviti pembangunan bagi agensi-agensi kerajaan yang terlibat .

iv. Menjadi instrumen bagi menggalakkan pertumbuhan dan kegiatan pelaburan sejajar dengan perancangan dan pembangunan yang disasarkan.

v. Mengimbangkan pembangunan di bandar dan di luar bandar terutama di kampung-kampung tradisional supaya kampung-kampung di luar bandar tidak ketinggalan untuk menikmati arus pembangunan.

vi. Untuk mengenalpasti sumber-sumber alam bina dan semula jadi yang mempunyai kepentingan alam sekitar, nilai sejarah dan keindahan yang perlu dan penting untuk dikekalkan

vii. Rancangan Struktur MDS (RS MDS) (1995-2020) yang telah diwartakan pada 16 Julai 1998 (Warta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman no. 15, Kenyataan no. 258, jilid 41) menggariskan dasar-dasar dan cadangan umum pembangunan di Daerah Sik. Penyediaan RT ini adalah susulan daripada Rancangan Struktur tersebut yang memperincikan dasar-dasar RS MDS supaya Daerah Sik dapat dibangunkan dengan lebih sistematik, spesifik dan mempunyai daya laksana yang kukuh.

2.4 Keperluan Penduduk Setempat

Publisiti Awal

Di bawah Seksyen 12A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172), pihak berkuasa perancang tempatan sebelum menyediakan Rancangan Tempatan Daerah hendaklah mengambil langkah dan memastikan –

Page 5: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

3

a) bahawa publisiti diberikan di dalam kawasannya mengenai draf rancangan tempatan yang akan disediakan, matlamatnya dan maksud bagi penyediaannya, dan perkara yang pihak berkuasa perancang tempaan bercadang untuk memasukkannya ke dalam rancangan itu;

b) bahawa orang yang mungkin di jangka ingin mendapatkan peluang

untuk membuat representasi kepada pihak berkuasa perancang tempatan itu berkenaan dengan perkara itu menyedari bahawa mereka berhak mendapat dan diberi peluang untuk berbuat demikian

Publisiti Awal penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Sik akan diadakan melalui 3 pendekatan :

i) Melalui pelaksanaan majlis taklimat kepada semua golongan

masyarakat setempat bagi menerangkan maksud dan matlamat penyediaan serta perkara-perkara yang dicadang dimasukkan di dalam Rancangan Tempatan Daerah Sik.

ii) Mengatur rundingan dengan penduduk tempatan melalui

pengenalpastian kumpulan sasaran yang terdiri daripada ahli-ahli politik, NGO serta kumpulan-kumpulan berkepentingan (pemaju hartanah, pengusaha kawasan rekreasi, pelancongan dll.) dan melalui

iii) Mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi pelaksana melalui

“Technical Working Group” untuk mendapat maklumbalas dan arah tuju pembangunan masa hadapan.

3.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

3.1 Lokasi Kawasan Kajian

Kawasan kajian adalah keseluruhan Daerah Sik yang merangkumi kawasan seluas 165,569.6 hektar. Daerah Sik merupakan daerah terbesar di Negeri Kedah. Kawasan kajian ini mengandungi 3 buah mukim iaitu Mukim Sik (70,218 hektar), Mukim Sok (80,549 hektar) dan Mukim Jeneri (12,691 hektar).

Kedudukan Daerah Sik ini terletak di sebelah timur Negeri Kedah, bersempadan dengan Negara Thailand di bahagian timur laut dan utara. Ia juga bersebelahan dengan Daerah Baling di selatan, Daerah Kuala Muda di barat daya, Daerah Pendang di barat dan Daerah Padang Terap di barat laut. Keluasan kawasan perkhidmatan MDS hanya 401.3 hektar yang melibatkan petempatan Sik, Batu Lima dan Kuala Begia. Jumlah penduduk di KRT pada tahun 2000 dianggarkan 62,225 orang.

Page 6: Ringkasan Projek

4

PERAK

Sik

Pendang

Kuala Muda

Baling

Yan

T H A I L A

Kulim

Bandar

Seberang Perai

TIDAK MENGIKUT SKALA

RAJAH : 1

LOKASI KAWASAN KAJIAN

S E L A T M E L A K A

PERLIS

Pulau Langkaw

Kubang Pasu Padang Terap

Kota Setar

PULAU PINANG

Petunjuk :

KAWASAN KAJIAN

LEBUH RAYA

SEMPADAN DAERAH

SEMPADAN NEGERI

SEMPADAN ANTARABANGSA

LANDASAN KERETAPI

JALAN RAYA

Page 7: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

5

3.2 Penduduk

Kawasan Kajian mempunyai bilangan penduduk berjumlah 62,225 orang pada tahun 2000 di mana penduduk Melayu merupakan majoriti dengan 92.18% diikuti penduduk Cina 1.38%, India 0.07% dan selebihnya terdiri dari kaum Thai dan lain-lain. Dari segi nisbah jantina, pada tahun 2000 jumlah kaum perempuan adalah 31,186 orang berbanding dengan kaum lelaki sebanyak 31,039 orang. Daerah Sik adalah di antara daerah yang mengalami pertumbuhan dan kepadatan penduduk yang rendah kerana dipengaruhi oleh kawasan halangan tepubina (hutan dan bukit). Dari segi struktur umur penduduk Daerah Sik, kumpulan umur yang tertinggi adalah antara dari 15 – 64 tahun dengan jumlahnya seramai 36,803 diikuti kumpulan umur <14 tahun dengan 22,831 dan dari kumpulan umur 65> ialah seramai 2,591 orang.

3.3 Guna Tanah Semasa

Kawasan tepu bina, infrastruktur dan utiliti di Daerah Sik merangkumi kawasan seluas 1, 455.37 hektar iaitu 0.99% dari keseluruhan daerah. Ini termasuk institusi kerajaan (4,734.7 hektar), kediaman (1,635.7 hektar), kemudahan awam (126.7 hektar), perindustrian (32.3 hektar) dan perdagangan (18.2 hektar). Kawasan bukan tepu bina berkeluasan 164,113.98 hektar. Hutan merupakan komponen terbesar iatu 117,777.47 hektar diikuti pertanian (44,854.61 hektar) dan badan air sebanyak 1,481.90 hektar. Daerah Sik masih mempunyai kawasan seluas 44,983.27 hektar kawasan yang masih berpotensi untuk pembangunan.

4.0 RANGKA KERJA PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

Rangka perancangan dan pembangunan yang telah ditetapkan untuk Rancangan Struktur Majlis Daerah Sik 1995 – 2020 adalah melalui kajian seperti berikut :-

4.1 Rancangan Struktur Majlis Daerah Sik 1995 – 2020.

Telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Perancang Negeri pada 14 April 1997 dan mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Negeri Kedah Darul Aman pada 15 April 1998.

Visi Rancangan Struktur Majlis Daerah Sik ialah menjadi MDS sebagai : “ DAERAH PELANCONGAN DAN PERTANIAN KOMERSIAL”

Page 8: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

6

Matlamat

“MEMAJUKAN DAERAH SIK KE ARAH PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN SOSIO EKONOMI DENGAN MENJADIKAN ALAM SEMULAJADI SEBAGAI ASET UTAMA” Strategi Pembangunan

ο Menumpukan pembangunan di koridor Kuala Begia - Batu Lima - Sik.

ο Membangunkan Pusat Pertumbuhan Desa dan Pusat Perkhidmatan Pelancongan dengan cara sederhana.

ο Membangunkan perumahan, perdagangan, industri, infrastruktur dan utiliti dan kemudahan masyarakat mengikut keperluan dan mengagihkannya secara terancang dan mampan, serta menjaga kepentingan alam sekitar

ο Membangunkan kawasan rekreasi dan pelancongan yang berpotensi.

ο Memperbaiki sistem pengangkutan dan pengurusan lalulintas

ο Peningkatan dan pemuliharaan landskap di Daerah Sik supaya lebih berkualiti

ο Menggalakkan kepelbagaian dalam pembangunan dan pertumbuhan sektor bukan pertanian dengan memberi penekanan kepada sektor perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan.

ο Meningkatkan produktiviti sektor pertanian melalui pembangunan prasarana sektor ini untuk membangunkan pertanian komersial dan pembangunan pekebun-pekebun kecil secara berkelompok.

4.2 Pelan Tindakan Kedah Maju 2010

Disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah meliputi tempoh 2001 -2010 dirangka bagi merealisasikan sepenuhnya wawasan Negeri Kedah Darul Aman untuk mencapai taraf negeri maju menjelang tahun 2010. Ia mengabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mempercepatkan lagi pembangunan negeri Kedah Darul Aman, menangani cabaran baru ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2010.

Strategi Pembangunan ο Program Pengkhususan Zon

Tujuan mewujudkan zon buah-buahan di Kedah adalah berdasarkan perbezaan agro-iklim dari utara Kedah ke selatan, dari segi taburan hujan dan juga kepada kedapatan tanah yang sesuai. Untuk tujuan itu daerah Sik ditumpukan kepada Zon Limau kerana mempunyai musim kemarau melebihi 3 bulan.

Page 9: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

7

ο Pelancongan Eko

Menjadikan kawasan Ulu Muda sebagai kawasan pelancongan eko kerana tarikan semulajadinya. Kawasan ini telah disenaraikan sebagai 10 destinasi pelancongan eko yang terbaik di bawah Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan.

4.3 Rancangan Struktur Negeri Kedah (RSNK) 2002 – 2020

Merupakan satu dokumen perancangan yang mengandungi gambarajah dan kini dalam peringkat Laporan Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2002 – 2020.

Strategi Pembangunan

ο Mewartakan kawasan yang sesuai di kawasan Empangan Ulu Muda sebagai Taman Negeri Ulu Muda .

ο Menaik taraf rangkaian jalan-jalan sedia ada, cadangan pembangunan

lebuh raya dan jalan baru juga dirangka bagi memastikan perhubungan yang menyeluruh. Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) di antara Kota Putra-Baling. Di samping itu cadangan juga meliputi menaik taraf jalan seperti Alor Star - Kuala Nerang-Durian Burung, Sintok - Kuala Nerang, Kuala Nerang-Tasik Pedu, Kota Sarang Semut – Pendang - Sg. Tiang, Yan Kecil-Gurun-Bandar Baru Beris Jaya – Sik - TEKIH dan Sungai Petani - Kuala Ketil bagi meningkatkan kemudahsampaian ke seluruh negeri

5.0 HALATUJU PEMBANGUNAN DAERAH

Halatuju pembangunan daerah di masa hadapan diterjemahkan daripada :

ο Prospek Pembangunan Yang Telah Ditetapkan ο Perkembangan Positif Semasa ο Isu-Isu Strategik Yang Perlu Ditangani ο Keperluan Penduduk Tempatan

5.1 Prospek Pembangunan Yang Telah Ditetapkan

i) Aspek Pertanian ο Meningkatkan produktiviti pertanian terutama tanaman getah,

penternakan dan akuakultur ο Menggalakkan lebih banyak aktiviti perhutanan berasaskan industri

perubatan herba dan bahan bukan balak seperti buluh, rotan dan lain-lain produk hutan.

Page 10: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

8

Dari kajian-kajian yang terdahulu, asas pembangunan bagi Daerah Sik lebih menekankan kepada pembangunan berasaskan sumber ekonomi utama daerah iaitu hutan simpan dan pertanian. Teras utama strategi pertanian ialah menggalakkan pertanian secara moden dan komersial dengan mengambilkira peningkatan pendapatan dari ladang dan menggalakkan pembangunan aktiviti bukan pertanian berasaskan sumber. Bagi daerah Sik getah merupakan tanaman utama.

ii) Pelancongan ο Menggalakkan Sektor Pelancongan Dari segi sektor pelancongan Daerah Sik kaya dengan alam semulajadi dan hutannya. Langkah-langkah mempertingkatkan produk pelancongan, tahap perkhidmatan dan infrastruktur Daerah Sik perlu diperkemaskan bagi menggalakkan kemasukan pelancong dari pintu masuk utama di Wilayah Utara antaranya Thailand, Pulau Pinang dan Langkawi.

Promosi mengenai produk pelancongan yang ditawarkan dan perasaan minat pelancong kepada produk tersebut perlu kerana kawasan Ulu Muda di daerah Sik merupakan salah satu destinasi `eco-tourism’ yang akan difokuskan dalam PTKM 2010. Kini destinasi-destinasi pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan sejarah digemari oleh pelancong-pelancong antarabangsa.

ο Pengurusan Sumber Semula Jadi, Perlindungan Flora, Fauna dan Hidupan Liar

Kawasan Hutan Simpan Ulu Muda di Daerah Sik mempunyai pelbagai warisan flora dan fauna yang unik dan jarang ditemui serta populasi hidupan liar yang banyak. Berdasarkan kajian, kawasan ini mengandungi kepelbagaian diversiti tumbuhan yang tinggi. Berdasarkan maklumat kawasan persampelan kajian flora seluas 5.28 hektar, terdapat sebanyak 2,140 individu dengan 57 famili, 187 genera dan 421 spesis telah ditemui. Daripada jumlah tersebut, terdapat lebih 22 spesis jarang ditemui dan 47 spesis yang endemik.

Terdapat juga spesis yang terancam dan hampir pupus seperti badak kerbau / sumatran yang telah ditemui di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang bersambungan dengan kawasan Hutan Simpan Ulu Muda. Selain daripada keunikan habitat fauna, ditemui juga beberapa sira dan jenut yang menjadi tumpuan binatang liar untuk mendapatkan bekalan air minuman dan bahan mineral yang terletak di persekitaran empangan. Kawasan Hutan Simpan Ulu Muda adalah bersambungan dengan Hutan

Page 11: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

9

Simpan Gerik dan Belum di Negeri Perak, Hutan Simpan Setong di Negeri Kelantan dan kawasan hutan Halabala di Negara Thailand.

Selain dari itu Jabatan Perhilitan Negeri Kedah telah mencadangkan sebahagian Hutan Simpan Ulu Muda diwartakan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.

iii) Pembangunan IKS

ο Membangunkan serta menggalakkan perindustrian IKS berasaskan

aktiviti asas tani dan industri sokongan iv) Pembangunan Petempatan ο Mempertingkatkan fungsi petempatan Sik dan Bandar Baru Beris Jaya

sebagai Pusat Petempatan Utama

ο Dengan pembinaan Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) yang bersambung dengan Lebuh Raya Timur Barat memainkan peranan penting dalam memberi kesan limpahan pembangunan di kawasan kajian daripada negeri-negeri yang berdekatan dan membangun serta mengujudkan peluang-peluang pembangunan di sepanjang petempatan-petempatan kecil seperti Begia dan Kg. Gulau.

5.2 Perkembangan Positif Semasa

i) Industri Asas Tani

Sasaran kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian dalam RMK9 telah membawa potensi besar kepada daerah-daerah yang mempunyai asas pertanian yang kukuh seperti daerah Sik. Antara sasarannya adalah untuk meningkatkan pendapatan petani melalui aktiviti nilai tambah dan membangunkan sektor perusahaan asas tani. YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa daerah Sik akan menjadi sebagai perintis bagi Projek Industri Kecil dan Sederahan (IKS) berasaskan pertanian (IAT). Selain daripada yang telah dibangunkan di kawasan Beris Jaya yang masih boleh dimajukan lagi, terdapat juga perusahaan yang dijalankan secara informal seperti pekasam, kerepek, jeruk dll. yang boleh dieksploitasi seterusnya untuk dijadikan potensi IKS daerah Sik.

ii) Sektor Agro-Lancong Selaras dengan daerah Sik sebagai perintis IAT peringkat kebangsaan, maka pembangunan sokongan yang memberikan kesan tidak langsung dalam bidang pelancongan boleh di teroka dengan lebih aggresif. Kawasan-kawasan pertanian dan produk pertanian terutamanya

Page 12: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

10

dusun, herba dan ternakan dan IAT sendiri boleh digunakan sebagai produk pelancongan.

iii) Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti

Kesan daripada pembangunan dan tumpuan oleh Kerajaan Persekutuan ke atas IAT di daerah Sik, maka peluang untuk daerah Sik membangunkan sektor infrastruktur terutama jalanraya dan juga ICT adalah amat cerah. Ini bertujuan untuk memendekkan masa perhubungan dan pengangkutan barangan daripada ke kawasan pasaran dan juga dapat memudahkan kemasukan barangan mentah daripada luar daerah ke Sik. Antara cadangan jalan yang telah dikemukakan dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah yang dapat meningkatkan sistem perhubungan daerah Sik adalah: ? Cadangan Lebuhraya Central Spine Sebagai satu alternative untuk memberikan perhubungan bagi

kawasan tengah Negeri Kedah mengunjur dari Jitra ke Bandar Baharu. Lebuhraya ini melalui bahagian Timut daerah Sik.

? Cadangan Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) Jajaran jalan yang menghubungkan Kota Putra dengan Baling dan

terus ke Lebuhraya Timur-barat. Jajaran ini boleh digunakan oleh untuk meningkatkan assessibiliti bagi aktiviti eko-pelancongan di daerah Sik.

? Cadangan naik taraf jalan Jalan menghubungkan Gurun ke daerah Sik melalui Pekan Sik ke

Empangan Beris dan bertemu dengan TEKIH. Jajaran ini akan memberikan perhubungan meningkatkan taraf perhubungan untuk Kuala Begia dan Gulau.

5.3 Isu-Isu Strategik Yang Perlu Ditangani

i) Pembangunan Sik masih berada pada tahap rendah walaupun ia merupakan pusat pentadbiran daerah

ii) Masalah perusahaan desa yang terdapat di daerah Sik yang tidak bersepadu dan bersifat kecil-kecilan dan berselerak

iii) Kemudahan perdagangan yang bertaraf rendah dan terpaksa bergantung kepada bandar lain di luar daerah

iv) Potensi pembangunan pelancongan-eko, budaya dan seni masih belum dieksploitasi sepenuhnya

v) Penduduk mengalami migrasi keluar yang tinggi menyebabkan kekurangan tenaga kerja di daerah

vi) Perumahan kos mampu milik belum mencukupi vii) Kawasan petempatan belum mempunyai kemudahan asas yang

mencukupi

Page 13: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

11

viii) Aktiviti pertanian masih dijalankan secara tradisional dan mengakibatkan produktiviti yang rendah

5.4 Keperluan Penduduk Tempatan (akan didokumenkan setelah majlis Seranta Awal Dan FGD)

5.5 Wawasan, Matlamat dan Objektif Pembangunan

5.5.1 Wawasan “Sik sebagai daerah eko-pelancongan dan Pusat Industri Asas Tani ``

5.5.2 Matlamat

Membangunkan Daerah Sik selaras dengan hasrat untuk menjadikannya sebagai daerah eko-pelancongan dan pusat pengeluaran produk tempatan secara mapan tanpa mengabaikan kesejahteraan penduduk.

5.5.3 Objektif Pembangunan

i) Mengkomersialkan produk industri asas tani yang berasaskan sumber ke peringkat antarabangsa

ii) Mengukuhkan industri eko-pelancongan, budaya dan seni tempatan secara mapan

iii) Meningkatkan aksessibiliti daerah melalui menaiktaraf jaringan jalan wilayah dan menambah jaringan tempatan

iv) Melengkapkan kemudahan infrastruktur dan utiliti v) Menyuntik aktiviti sokongan untuk meningkatkan potensi

daerah sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan berasaskan pertanian

vi) Menjamin kualiti kehidupan yang sejahtera vii) Memantapkan sistem urus tadbir dan pentadbiran daerah

6.0 PENGURUSAN KAJIAN

6.1 Bidang dan Skop Kajian Bidang Kajian dibentuk berdasarkan kepada interaksi atau keperluan kajian hala tuju pembangunan yang telah dikenalpasti. (Masih dalam peringkat penyediaan)

Page 14: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

12

Bidang dan skop berdasarkan wawasan/matlamat/objektif

Bil Matlamat / Objektif Skop Kajian Sektor/ Kepakaran Bil. Man-month

6.2 Anggaran Kos Kajian i. Kos Yuran Perunding

Bil. Bidang / Kepakaran Gaji asas Pekali Man- Month

Jumlah

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

ii. Kos Pengurusan Kajian

Butiran Kos

Page 15: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

13

6.3 Penyediaan dan Penyerahan Laporan

6.3.1 Laporan Awal Laporan Awal perlu mengandungi latar belakang kawasan kajian, wawasan, matlamat dan objektif kajian, bidang dan pendekatan kajian, teknik penganalisaan data serta data dan maklumat yang diperlukan serta sumbernya, jadual program kerja dan tempoh masa kajian. Berdasarkan kepada isu utama yang dikenalpasti pada peringkat Asas Rujukan, pihak perunding perlu merangka teknik penganalisaan secara lebih jelas dengan penyediaan model yang merangkumi aspek-aspek kajian terhadap isu berkaitan dan faktor-faktor yang terlibat bagi mencapai suatu objektif kajian. Pelan asas perlu disediakan secara digital berdasarkan kepada perisian GIS yang digunapakai. Pembahagian blok perancangan dipersembahkan bersama dengan justifikasi cadangan pembahagian. Format dan tatacara kajiselidik (sumber primer dan sekunder) juga harus dibentangkan. Laporan Awal perlu dikemukakan oleh perunding kepada Pejabat Projek Alor Setar DUA BULAN selepas tarikh perlantikan perunding. Laporan ini juga perlu disediakan secukupnya kepada semua ahli mesyuarat jawatankuasa penyelarasan teknikal untuk tujuan kelulusan. 6.3.2 Laporan Penemuan Laporan Teknikal merupakan dokumen asas-asas penting dalam merangka cadangan-cadangan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah. Kandungan laporan ini perlu mempunyai pakej kajian yang telah ditentukan dalam laporan awal. Ini meliputi penjelasan keadaan semasa, analisis, penyesuaian unjuran dan cadangan awal bagi tiap-tiap pakej kajian atau Model. Penjelasan ini perlu dipersembahkan dalam bentuk bertulis, gambarajah, jadual dan pelan. Kreativiti persembahan adalah perlu bagi membantu pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca. Laporan ini juga disusuri dengan Laporan Pelan Konsep dan Strategi Pembangunan dimana pihak perunding perlu merumuskan isu utama hasil penemuan analisis Laporan Teknikal bagi merangka konsep serta strategi pembangunan. Draf Akhir Laporan Penemuan dan Laporan Konsep dan Strategi Pembangunan perlu dikemukakan LIMA BULAN selepas Laporan Awal diluluskan. Laporan ini juga perlu disediakan secukupnya kepada semua ahli mesyuarat jawatankuasa penyelarasan teknikal untuk tujuan kelulusan. 6.3.3 Laporan Rekabentuk Draf Rancangan Tempatan Laporan ini akan disediakan oleh pihak Pejabat Projek Alor Setar bagi merangka format dan rekabentuk persembahan Laporan Rancangan Tempatan Daerah.

Page 16: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

14

6.3.4 Draf Rancangan Tempatan Daerah. Penyediaan laporan ini dibahagikan kepada dua peringkat penyerahan iaitu Draf RTD Awal dan Draf RTD Akhir. Input “FGD” dan “TWG” akan diselaraskan bersama Draf RTD Awal dan perbincangan Mesyuarat J/K Penyelarasan Teknikal diadakan bagi tujuan penyelarasan matlamat dan objektif laporan ini. Kandungan Laporan ini termasuklah :- i. Bentuk dan Kandungan Peta Cadangan ii. Pernyataan Bertulis

6.4 Struktur Jawatankuasa Pengurusan Jawatankuasa-jawatankuasa i. Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) ii. Majlis Penuh iii. Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal iv. Jawatankuasa Pembicaraan Awam.

6.5 Tempoh dan Program Kajian

Kajian ini dijangka mengambil masa selama 15 bulan dan akan dimulakan setelah proses perlantikan perunding dilakukan. Sila rujuk lampiran 1 untuk menunjukkan kerja dan jangkamasa yang diperlukan untuk menyiapkan kajian.

Page 17: Ringkasan Projek

Draf Ringkasan Projek Rancangan Tempatan Daerah Sik

15

Lampiran 1

PROGRAM KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SIK Pengurus Projek : Aishah Abdullah

BULAN/TAHUN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

BUTIRAN AKTIVITI/

2006 2007 2008 2009 BULAN Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dec Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dec Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dec Jan Feb Mac Apr Mei

1. MOBILISASI (14 Bulan) i. Penyediaan Asas Rujukan (TOR)

ii. Pengumpulan Maklumat (Gunatanah)

iii. Publisiti - Taklimat dan penerangan. Mengadakan TWG dan FGD yang dikenalpasti.

iv. Pembentangan TOR ke JPN

v. Perlantikan Perunding

2. LAPORAN AWAL (2 Bulan)

i. Penyediaan Laporan Awal

ii. Pindaan / Muktamadkan laporan

3. LAPORAN PENEMUAN (5 Bulan)

i. Pengumpulan Maklumat/Analisis

ii. Penyediaan Laporan

iii. Penyediaan Konsep Strategi

iv. Penyediaan Rekabentuk RT

4. LAPORAN DRAF RT AWAL (5 Bulan)

i. Penyediaan Draf Laporan Awal

ii. Perbincangan dengan FGD dan TWG

5. LAPORAN DRAF RT AKHIR (3 Bulan)

i. Penyediaan Draf Laporan Akhir ii. Pengesahan KP/TKP 1

iii. Mesyuarat Majlis Penuh

iv. Mesyuarat JPN 6. PUBLISITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH (6 Bulan)

i. Penyediaan bahan-bahan Pameran

ii. Pameran dan Publisiti

iii. Laporan Publisiti dan Bantahan Awam

iv. Mesy. J/k Pembicaraan Awam v. Mesy. J/k Majlis Penuh

vi. Mesyuarat JPN

Nota :

Jangkamasa Kajian

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal