relau bagas note

Upload: muhammad-syahir

Post on 09-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Relau bagas note

    1/1

    Besi tulen cair terhasil daripada proses penurunan bijih oksida kepada besi tulen.

    Antara kaedah terbaik adalah dengan menggunakan relau bagas. Pertama tangki

    relau bagas diisi penuh dengan besi oksida (bijih, penabur, sinter), batu kapur atau

    dolomit dan bahan bakar ( arang kok) di bahagian corong atas. Seterusnya gas

    oksigen disuntik ke dalam tangki untuk membantu pembakaran. Gas oksigen akan

    bertindak balas dengan arang kok dan menghasilkan gas karbon dioksida.Kemudian gas karbon dioksida yang terhasil tadi akan bertindak balas pula dengan

    arang kok menghasilkan gas karbon monoksida. Gas monoksida yang dihasilkan

    pula digunakan untuk bertindak balas dengan besi oksida untuk menghasilkan besi

    cair tulen dan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida ini tidak diperlukan dan

    dikeluarkan melalui corong atas.

    Hasilnya dua produk diperolehi dari relau ini ialah besi tulen lebur yang mana ia

    terkumpul di dasar relau (perdiangan) kerana jisimnya yang lebih berat dan cecair

    jermang (slag) terapung di atas besi lebur. Proses ini dijalankan pada suhu 1500C.

    Besi cair tulen akan keluar melalui corong yang paling bawah manakala slag keluarpada bahagian corong atas sedikit iaitu pada bahagian terdapatnya slag cair.

    'Slag'(jermang) adalah cairan yang terhasil semasa proses penurunan bijih besi, di

    mana ianya mengandungi silika dan alumina yang terhasil dari tindak balas oksida

    besi batu kapur dan magnesium oksida. 'Slag' ini sesuai digunakan untuk

    penghasilan simen untuk bahan binaan terutama pembuatan konkrit dan jalanraya.