rekreasi refleksi

Upload: mat-roy

Post on 08-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 rekreasi refleksi

    1/2

    Refleksi

    Nama : Mohd Nor bin Mat Rahim

    No k/p : 921014 11 5017

    Pendidikan Jasmani dan Teras merupakan salah satu subjek yang perlu

    diambil oleh kami sebagai pelajar pelajar PPISMP Sem 2 pada kali ini.

    Sebahagian daripada kami telah diamanahkan untuk menganjurkan satu aktivit i

    rekreasi di Taman Rehlah, Bachok. Alhamdulillah, aktiviti tersebut dapat

    dilakukan dengan jayanya. Saya telah mendapat pelbagai input melalui aktiviti

    ini.

    Saya menyedari bahawa rekreasi merupakan satu aktiviti beriadah dimana

    dapat membantu menenangkan diri serta keadaan fizikal da laman kita. Sebagai

    contoh, saya telah meyertai aktiviti berkayak sewaktu rekreasi tersebut.

    Berkayak merupakan satu aktiviti yang menguji daya tahan otot kita serta daya

    tahan kardiovaskular kita. Di sini, saya rasa yakin diri untuk melakukan aktiviti

    lasak ini di dalam air yang dalam. Keyakinan diri saya telah bertambah dan saya

    kini memberanikan diri untuk berenang di tempat yang dalam. Aktiviti water

    confidence merupakan salah satu aktiviti yang menambahkan keyakinan saya

    sebelum berkayak pada hari itu.

    Selain itu, aktiviti ini memberikan kesedaran kepada saya tentang semangat

    bekerjasama. Untuk menjayakan aktiviti riadah ini, kerjasama dan semangat

    kesepaduan amat dititikberatkan. Sebagai contoh, rekreasi ke Taman Rehlah

    memerlukan kos yang tertentu. Oleh itu, kami dua kelas telah bersetuju

    membayar beberapa ringgit seorang sebagai kos penyediaan makan dan minum

    disamping mendapatkan sedikit hulur bantuan daripada pihak atasan iaitu pihak

    maktab sendiri. Justeru, kerjasama dan bertolak ansur amat penting di dalam

    menjalankan sesuatu aktiviti.

    Tambahan pula, saya juga telah mempelajari sedikit sebanyak tentang cara

    cara untuk melakukan aktiviti rekreasi sepanjang mengambil subjek TPJ untuk

    semester ini. Kini, saya telah dapat membuka minda dan berfikir secara rasional

  • 8/7/2019 rekreasi refleksi

    2/2

    dan mendalam jika hendak melakukan sesuatu rekreasi. Sebagai contoh, perlu

    menyediakan usul kertas kerja, pengesahan pihak atasan, ahli jawatankuasa

    serta sebagainya. Jadi, ini secara tidak langsung membantu saya jika hendak

    melakukan sesuatu aktiviti apabila menjadi guru di sekolah kelak.

    Sesungguhnya, banyak faedah yang saya perolehi melalui aktiviti rekreasi ini.