reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/mardireport/mr 223.pdf ·...

15
MARDI Report No. 223 Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram

Upload: others

Post on 18-Jan-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

MARDI Report No. 223

Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram

Page 2: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

2

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian MalaysiaKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

MARDI Report No. 223 (2018)

Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram

S. Asnawi1, W.A. Wan Mohd Fariz1, A. Saiful Azwan1, A. Mohd Shahrir1, R. Afiqah Aina1 dan K. Norzalila2

1Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor2Pusat Perkhidmatan Teknikal dan Pengkomersialan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor

Pengarang: Asnawi Shahar, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Saiful Azwan Azizan, Mohd Shahrir Azizan, Afiqah Aina Rahim dan Norzalila Kasron

E-mel: [email protected]

©Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2018

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Page 3: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

1

Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneram(Design and development of kuih peneram forming tool)

AbstrakAlatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan untuk meminimumkan keperluan penggunaan tenaga manusia dan memendekkan jangka masa pemprosesan kuih. Alatan tangan telah direka bentuk menggunakan konsep tarik, tekap dan lepas. Kerangka alat ini terdiri daripada batang aci, spring, cincin rata keluli tahan karat dan struktur binaan yang diperbuat daripada bahan polyoxymethylene putih (POM White). Keupayaan alat telah diuji untuk mencetak atau membentuk pelbagai jenis doh kuih peneram yang telah siap diadun. Alat tersebut didapati mampu membentuk kuih peneram yang bersaiz 40 cm diameter luar dan 10 cm bagi diameter dalam serta berketebalan sehingga 1 cm. Kadar keupayaan alatan tangan untuk membentuk kuih peneram adalah antara 2,600 – 3,000 biji bagi setiap satu jam proses penekapan. Kadar keupayaan ini adalah enam kali lebih cepat berbanding dengan kaedah yang digunakan secara konvensional. Kos pembangunan untuk satu unit alat membentuk kuih peneram ini dianggarkan berharga RM800.

PendahuluanPembangunan industri makanan merupakan antara penyumbang terbesar dalam peningkatan ekonomi negara. Sektor ini telah menyumbang sebanyak 80 billion atau 15% nilai kasar sektor kilang (Rozhan 2014). Sebagai negara membangun, perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan sektor penting yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar dan pekerjaan pada 2020. IKS bukanlah satu industri yang baru muncul di Malaysia. Industri ini telah mula berkembang di luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Britain dan Korea Selatan (Kogid 2009). Malaysia mempunyai pelbagai jenis kuih tradisi yang amat digemari oleh masyarakat di dalam mahupun luar negara terutamanya dalam sektor yang melibatkan perusahaan IKS. Antaranya ialah kuih tradisi peneram. Kuih peneram merupakan snek yang mempunyai permintaan yang tinggi dan semakin meningkat dari semasa ke semasa sehingga boleh mencecah kepada 20,000 kg jualan setahun untuk seorang pengusaha. Gabungan rasa yang manis dan rangup membuatkan snek ini amat popular dan terkenal terutamanya di Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Terdapat dua bentuk yang biasa diusahakan oleh kebanyakan pengusaha iaitu kuih peneram yang berbentuk bunga dan bulat kecil seperti donat

Page 4: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

2

berwarna coklat gelap. Namun, tekstur kuih yang rangup pada kuih peneram yang berbentuk bulat kecil membuatkan ia lebih digemari oleh masyarakat tempatan. Walaupun bentuknya seakan sama seperti kuih donat kecil tetapi kuih peneram dapat dibezakan melalui sifat dohnya yang lembut, rapuh dan melekit. Ia diperbuat daripada gabungan tepung beras, tepung gandum, gula pasir dan gula perang. Kuih peneram juga dikenali sebagai kuih deram, cucur peniram atau deram-deram. Terdapat beberapa proses dalam pembuatan kuih peneram iaitu penyediaan adunan, pembentukan doh dan penggorengan. Namun, proses yang paling kritikal dan menjadi permasalahan dalam penghasilan kuih tradisional ini adalah semasa proses membentuk doh. Pada masa kini, teknik konvensional atau manual dengan penggunaan peralatan membentuk yang tidak menepati kriteria penghasilan makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 masih diamalkan oleh pengusaha. Selain tidak menepati kriteria Akta Makanan Negara, kaedah pemprosesan secara konvensional ini juga sukar dan memerlukan tenaga kerja mahir bagi mendapatkan kapasiti pengeluaran yang tinggi selain menjamin kualiti dan kebersihan produk secara konsisten. Secara tradisi, pembentukan adunan kuih peneram dilakukan dengan menggunakan pelbagai acuan seperti penutup botol, paip PVC atau pembentuk kuih donat (Gambar 1). Adunan kuih peneram yang telah dileperkan akan dibentuk kepada bentuk bulat dengan menggunakan acuan penutup botol. Kemudian, jari akan digunakan bagi menebuk bahagian lubang tengah doh bagi membentuk seakan sebuah cincin kecil sebelum digoreng menjadi kuih peneram. Teknik konvensional ini bukan sahaja tidak menjamin kebersihan produk malah memerlukan seorang operator yang berkemahiran tinggi bagi memastikan kualiti bentuk produk terjamin serta mencapai kapasiti pengeluaran yang maksimum. Pengusaha makanan tradisional kebanyakannya terdiri daripada pengusaha IKS. Apabila permintaan produk tinggi di pasaran, kebanyakan pengusaha mengalami kesukaran untuk memenuhi permintaan tersebut disebabkan kapasiti pengeluaran yang rendah dan tiada teknologi yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran.

Gambar 1. Pelbagai alat membentuk kuih peneram konvensional

Walau bagaimanapun, masalah ini dapat ditangani dengan penggunaan teknologi alatan tangan membentuk kuih peneram yang telah dibangunkan. Alatan tangan membentuk kuih peneram ini dibangunkan dengan ciri-ciri yang telah diambil kira daripada pelbagai aspek termasuklah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, penghasilan kualiti produk yang bermutu tinggi, konsisten dan bersih, kos penghasilan yang rendah, ringan, mudah dibawa, mudah dibersihkan serta tidak memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Alatan tangan ini juga telah dibangunkan bersama takung sisa lebihan doh yang dapat mengurangkan kadar sisa lebihan yang terhasil semasa proses membentuk bulatan cincin. Reka bentuk alat ini dijangka dapat membantu usahawan terutamanya pengusaha IKS bagi memastikan bekalan terhadap permintaan produk dapat dipenuhi dan boleh diluaskan pasarannya.

Page 5: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

3

Alat pembentuk kuih peneramAlat membentuk kuih peneram telah direka cipta dan dibangunkan dengan ciri-ciri inovasi yang mengutamakan kualiti produk, keselamatan makanan, kadar penghasilan dan pemprosesan, kos operasi serta penggunaan ruang yang minimum. Ia juga dibangunkan sesuai untuk kegunaan pelbagai lapisan masyarakat tanpa memerlukan tenaga kerja buruh yang mahir.

Huraian teknologiAsas teknologi yang dibangunkan ini adalah hasil aplikasi yang diadaptasikan daripada gerak kerja yang telah dilaksanakan terhadap konsep dan kaedah pemprosesan secara tradisional. Perbezaannya adalah cara adunan dibentuk kepada bentuk cincin yang melibatkan satu langkah sahaja dan pengurangan terhadap amalan konvensional yang menjamin kepada kebersihan produk berbanding dengan kaedah tradisional. Masa yang diambil untuk membentuk produk juga lebih singkat disebabkan oleh konsep pembentukan berganda yang digunakan dalam seni reka bentuk teknologi ini. Binaan dan struktur teknologi dibangunkan menggunakan bahan berkualiti tinggi yang direkabentuk khas bagi proses pembentukan berganda selain memastikan produk yang terhasil selamat untuk digunakan.

Keperluan dan pertimbangan dalam reka bentuk mesinBeberapa aspek penting bagi memenuhi keperluan reka bentuk teknologi alatan tangan kuih peneram telah disenaraikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan sewajarnya juga telah diambil kira bagi memastikan penghasilan produk asli dikekalkan. Antara keperluan dan pertimbangan yang telah diambil kira adalah seperti berikut:• Bahan yang digunakan bagi pembangunan teknologi – Hampir keseluruhan binaan teknologi

alatan tangan ini dibangunkan dengan menggunakan plastik yang bergred makanan dan berkualiti tinggi iaitu polyoxymethylene putih (POM White) dan keluli tahan karat jenis 304 untuk spring dan skru yang mana ia merupakan keluli gred makanan yang dibenarkan dan selamat untuk digunakan bagi aktiviti yang melibatkan pendedahan kepada suhu yang melebihi 100 ºC.

• Saiz alatan tangan – Saiz alatan tangan telah direka bentuk khas dan sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Saiz alatan tangan yang kecil dengan ukuran keseluruhan 240 mm panjang, 45 mm lebar dan 109 mm tinggi membuatkan alatan tangan ini ringan, mudah dibawa, diangkat, dialih dan diselenggara (Jadual 1).

• Mekanisme – Alatan tangan ini digunakan dengan mengaplikasikan daya tarik menggunakan kekuatan tenaga tangan pengguna dengan menarik pemegang ke arah atas dan seterusnya ditekapkan. Dua spring yang terdapat pada setiap sisi alatan tangan adalah bagi membantu mengurangkan daya tenaga pengguna untuk operasi penolakan adunan keluar semula daripada acuan penekap.

• Acuan membentuk – Terdapat lima biji acuan penekap berbentuk bulat dan bersaiz 40 mm yang direka bentuk bersama acuan membentuk lubang di bahagian tengah yang berdiameter 10 mm. Semua acuan membentuk ini direka bentuk agar mudah tanggal bagi memudahkan operasi pembersihan. Acuan penekap ini juga direka bentuk dengan mata pemotong bercondong 70° bagi membantu memudahkan adunan dibentuk ketika proses penekapan.

• Kapasiti pengeluaran – Berupaya menghasilkan produk sehingga enam kali ganda lebih banyak berbanding dengan kaedah tradisional. Pemprosesan secara tradisional adalah sekitar 400 – 800 biji sejam.

Page 6: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

4

Novelti dan kelebihan reka bentukAlatan tangan pembentuk kuih peneram ini telah direka cipta dan dibangunkan berdasarkan kepada konsep atau kaedah yang digunakan secara konvensional. Melalui kaedah konvensional, penggunaan peralatan yang tidak sesuai atau tidak bersih mempengaruhi tahap keselamatan makanan yang digunakan oleh pengguna. Hal ini demikian kerana bahan seperti PVC atau acuan plastik seperti botol mempunyai takat lebur yang rendah iaitu 100 °C dan secara tidak langsung akan mempengaruhi hasilan produk akhir yang dihasilkan. Melalui kaedah konvensional juga, penggunaan hujung jari untuk tujuan penebukan lubang di bahagian tengah produk juga mempengaruhi faktor keselamatan dan kebersihan makanan. Selain itu, kaedah konvensional merupakan satu kaedah yang mempunyai masa pemprosesan yang lama serta penghasilan produk yang tidak konsisten. Oleh itu, pembangunan teknologi alatan tangan ini dapat membantu mengatasi segala masalah pemprosesan secara konvensional tanpa mengubah sebarang ciri dan kaedah yang sama seperti kaedah konvensional. Noveltinya alat ini adalah reka bentuk alatan tangan yang menggabungkan lima acuan dalam satu tekapan. Melalui inovasi ini, penggunaan tenaga yang minimum melalui satu tekapan dapat menghasilkan lima biji kuih. Penggunaan cincin keluli tahan karat pada setiap acuan pula merupakan satu pemberat bagi meminimumkan operasi penekapan adunan melalui acuan peneram. Gabungan cincin keluli tahan karat bersama daya daripada dua unit spring juga memudahkan operasi penolakan adunan. Selain itu, acuan penekap telah direka bentuk khas bersama saluran pemotong lubang tengah yang disambungkan secara terus ke takung pengumpulan di bahagian atas alat. Melalui saluran khas ini, adunan lebihan yang terhasil selepas proses penekapan akan dikumpulkan secara terus pada satu takung pengumpul dengan sekali tekapan. Adunan yang terkumpul di takung pengumpul dapat digunakan semula untuk proses tekapan seterusnya. Takung pengumpul ini mampu mengumpul adunan lebihan sehingga penghasilan sebanyak 1,500 biji kuih bersamaan dengan 7.5 kg adunan dan 300 kali tekapan. Terdapat beberapa inovasi yang telah dipraktikkan dalam pembangunan alatan tangan ini iaitu:• Rekabentuksegiempattepatyangdapatmemaksimumkanruangpenekapanadunan• Reka bentuk yang terdiri daripada lima acuan dan cincin keluli tahan karat yangmudah

tanggal dalam satu unit alatan tangan• Rekabentukyangterdiridaripadaruangtakungpengumpulansisalebihan• Dibangunkandaripadajenisbahanpolyoxymethylene, gred makanan yang mempunyai takat

lebur sehingga 170 °C• Rekabentukyangringan,ringkasdanpadatsertamudahdikendalikan

Jadual1.Spesifikasialatantangan

Nama mesin/peralatan

Spesifikasi Harga (RM)

Teknologi alatan tangan

Struktur keseluruhan: 240 mm × 45 mm × 109 m(P, L, T)Saiz takung pengumpulan: 188 mm × 20 mm × 25 mm (P, L, T)Berat alatan tangan: 350 gBahan struktur keseluruhan alatan tangan: Plastik polyoxymethalene putih dan spring keluli tahan karat 304Sistem penolakan adunan: Penggunaan spring berdiameter 1 cm dan panjang 8.5 cm berketebalan 1 mm

800

Page 7: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

5

Berdasarkan ciri-ciri inovasi yang telah dibangunkan, alatan tangan ini mempunyai pelbagai kelebihan seperti:• Dapatmeningkatkansehinggaenamkaligandakadarpenghasilanprodukberbandingdengan

kaedah konvensional• Tidakmemerlukantenagakerjamahir• Tiadapenyelenggaraandiperlukan• Sesuaiuntukpelbagaijenisadunankuihpeneram• Dapatmenjamintahapkebersihandankualitiprodukmakanantradisional• Sesuaidigunakanolehpelbagailapisanmasyarakat• Sesuaijugadigunakanolehpelajarkolejvokasional,politeknik,kolejkomuniti,usahawan

serta suri rumah

Reka bentuk dan tatarajah alatAlatan tangan membentuk kuih peneram direka bentuk menggunakan konsep tarik, tekap dan lepas (Gambar rajah 1). Daya tarik diaplikasikan bagi menarik lima unit cincin rata keluli tahan karat yang dihubungkan melalui batang rod polyoxymethylene bersaiz 1.2 cm diameter dan panjang 20 cm secara menegak ke atas dan boleh mencapai sehingga jarak maksimum 1.5 cm. Melalui reka bentuk ini, alatan tangan ini mampu untuk membentuk adunan kuih peneram yang berketebalan sehingga 1.5 cm. Daya tarik ini turut diseimbangkan dengan dua unit batang rod keluli tahan karat berbentuk silinder bersama daya mampatan spring yang bersaiz 1 cm diameter setiap satu dengan ketebalan 0.1 cm dan panjang 5 cm di setiap sisi. Daya tekap dikenakan melalui batang rod polyoxymethylene yang bersaiz 1.5 cm dan panjang 24 cm bucu dan dibekalkan secara terus kepada acuan pembentuk berbentuk bulatan yang bersaiz 40 cm untuk diameter luar dan 10 cm untuk diameter dalam. Bahagian bawah acuan pembentuk ini dibangunkan dengan ciri-ciri mata pisau bersudut 70° daripada permukaan rata adunan bagi memudahkan operasi pemotongan (Gambar rajah 2). Daya tolakan secara menegak didatangkan daripada daya regangan dua unit spring yang terdapat di sisi alatan tangan dan diseimbangkan dengan dua tiang atau batang aci keluli tahan yang terletak di bahagian dalam ukur lilit spring. Asas reka bentuk dan tatarajah alat terdiri daripada beberapa komponen.

Kajian pengeluaran kuih peneramUjian keupayaan terhadap alatan tanganKeupayaan teknologi ini telah ditentukan dengan menjalankan dua kaedah penilaian iaitu ujian (verifikasi) atauujiankelancaranbagimenilaikeupayaanberdasarkankekerapanpenggunaandan ujian penentuan keupayaan bagi menilai tahap keupayaan keseluruhannya bagi tempoh pemprosesan yang panjang. Kedua-dua ujian ini telah dijalankan di bengkel prototaip 1 Ibu Pejabat MARDI dan Central Kitchen MARDI.

Kaedah pemprosesan secara konvensionalPemprosesan kuih peneram dijalankan secara konvensional bagi menilai keupayaan pengeluaran tanpa penggunaan teknologi alat pembentuk kuih peneram MARDI. Bahan utama bagi penyediaan adunan kuih peneram ialah tepung beras, tepung gandum, gula pasir dan gula perang. Semua asas adunan dicampurkan bersama sebelum diuli sehingga sekata. Bahan yang menentukan keenakan dan keistimewaan kuih peneram adalah sukatan kandungan gula perang bersama tepung beras.

Page 8: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

6

Bat

ang

rod

pene

kap

Acu

an p

enek

ap

Cin

cin

rata

Bat

ang

rod

pena

rik

Bat

ang

rod

pena

rik

Tapa

k pe

man

du c

inci

n ra

ta

Gam

bar r

ajah

1. S

truk

tur b

inaa

n da

n ke

leng

kapa

n al

at

Page 9: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

7

24 cm

109 cm90 cm

10 cm

40 cm

q = 70 deg

20 cm 45 cm

Gambar rajah 2. a) Pandangan depan dan dimensi alat, b) Pandangan sisi dan dimensi alat dan c) Pandangan atas dan dimensi alat

(a)

(c)

(b)

Page 10: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

8

Ujian secara manual dimulakan dengan meleperkan adunan kuih peneram yang telah diuli di atas sebuah teflon rata sehingga tebal adunan mencapai ketebalan 0.2 cm. Acuan PVC digunakan bagi menekap adunan kepada bentuk bulat (Gambar 2). Adunan yang telah berbentuk bulat dilubangkan di bahagian tengah dengan menggunakan jari sehingga membentuk kuih peneram (Gambar 3). Operasi pemprosesan secara konvensional ini dijalankan selama 15 minit dan diulang sebanyak tiga kali bagi mendapat purata kadar pengeluaran per minit untuk membentuk kuih tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan keputusan kajian, didapati bahawa seorang operator yang kurang mahir mampu menghasilkan sebanyak 100 biji kuih peneram selama 15 minit. Ini boleh disimpulkan bahawa kadar pengeluaran kuih peneram secara konvensional oleh seorang pengendali kurang mahir ialah 400 biji sejam. Kajian terhadap kaedah pemprosesan konvensional juga dibuat terhadap pengendali mahir iaitu pengusaha kuih peneram. Hasil daripada pemantauan luar terhadap beberapa pengusaha atau pengendali mahir di Selangor mendapati bahawa seorang pengendali mahir mampu menghasilkan sebanyak 200 biji kuih peneram dalam masa 15 minit. Ini bermakna kadar pengeluaran kuih peneram secara konvensional oleh pengendali mahir adalah sebanyak 800 biji sejam. Berdasarkan pemerhatian, kuih peneram yang dihasilkan secara konvensional adalah tidak sekata dari segi bentuk yang dihasilkan sebelum penggorengan (Gambar 4) dan juga memberi kesan kepada bentuk produk setelah penggorengan (Gambar 5). Selain itu, kebersihan terhadap produk juga tidak dijamin kerana penggunaan alat seperti batang PVC serta penglibatan sentuhan tangan pengendali terhadap produk.

Gambar 2. Proses penekapan konvensional menggunakan acuan PVC

Gambar 3. Adunan yang telah ditekap dilubangkan menggunakan hujung jari Gambar 4. Hasil adunan yang telah dibentuk

dengan kaedah konvensional diangkat menggunakan tangan untuk proses penggorengan

Page 11: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

9

Gambar 5. Kuih peneram yang telah siap digoreng setelah dibentuk menggunakan kaedah konvensional

Kaedah pemprosesan menggunakan teknologi alat pembentuk peneramPengendalian proses membentuk kuih peneram dijalankan oleh seorang operator sama yang kurang mahir untuk uji kaji penilaian tahap pengeluaran terhadap teknologi alat pembentuk kuih peneram MARDI. Jenis dan komposisi adunan kuih yang sama juga digunakan semasa uji kaji dijalankan. Adunan yang telah siap diuli dileperkan di atas sebuah teflon yang sama seperti kaedah konvensional dan operasi membentuk kuih dijalankan oleh pengendali kurang mahir yang sama. Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa secara purata seorang operator kurang mahir yang menggunakan alat ini dapat membentuk sebanyak 665 biji kuih peneram dalam masa 15 minit. Ini bermakna kadar pengeluaran alatan tangan MARDI ini bagi seorang operator kurang mahir adalah sebanyak 2,660 biji sejam. Kajian juga dijalankan terhadap pengendali mahir. Pemilihan kriteria pengendali adalah berdasarkan kekerapan penggunaan alatan tangan tersebut. Pengendali yang biasa menggunakan alatan tangan tersebut dikenali sebagai operator mahir. Berdasarkan pemerhatian terhadap seorang operator mahir, kadar pengeluaran alatan tangan kuih peneram MARDI dapat membentuk sebanyak 700 biji dalam masa 15 minit. Ini bermakna kadar pengeluaran untuk seorang operator mahir menggunakan alatan tangan membentuk kuih peneram tersebut adalah sebanyak 2,800 biji sejam. Keputusan ini membuktikan bahawa penggunaan alatan tangan membentuk kuih peneram MARDI ini adalah lebih pantas berbanding dengan alat yang digunakan untuk pemprosesan konvensional walaupun kedua-dua kaedah tersebut merupakan kaedah manual. Dari segi perbandingan kemahiran pengendali, penggunaan teknologi MARDI ini masih menunjukkan kadar pengeluaran yang lebih cepat berbanding dengan penggunaan alatan konvensional (Gambar 6 – 9). Secara keseluruhannya, konsep reka bentuk alatan tangan yang terdiri daripada lima acuan membentuk dengan sekali tekap dapat meningkatkan kadar pengeluaran dengan mengurangkan masa pemprosesan dan menghasilkan produk yang berkualiti serta konsisten. Gabungan konsep reka bentuk dan bahan binaan juga menjadikan ia sesuai untuk digunakan bagi sebarang jenis kelikatan doh. Berdasarkan penilaian yang dibuat, pencemaran makanan boleh dielakkan kerana teknologi ini dibangunkan dengan bahan yang bergred makanan dan berkualiti tinggi. Pengendalian manual secara minimum semasa proses membentuk juga dapat memastikan produk makanan yang dihasilkan adalah bersih dan terjamin.

Page 12: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

10

Gambar 9. Kuih peneram yang telah siap digoreng setelah dibentuk menggunakan teknologi alatan tangan MARDI

Kos jualan alat pembentuk kuih peneramPenilaian kos penghasilan alatan tangan kuih peneram ini mengambil kira semua kos yang terlibat termasuk kos bahan binaan, buruh, pertukangan dan utiliti. Penilaian nilai teknologi ini adalah melalui kaedah belanjawan penuh (full budgeting) yang mengambil kira pengeluaran setiap satu unit mesin yang terlibat. Kos pengeluaran juga mengambil kira jumlah unit dihasilkan setahun.

Anggaran tahun 1Unit pengeluaran anggaran : 50 unit/setahunJumlah hari bekerja : 300 hari/setahunKos pengeluaran : RM290/unit

Gambar 6. Proses penekapan adunan menggunakan teknologi alatan tangan MARDI

Gambar 7. Hasil adunan peneram yang telah dibentuk menggunakan teknologi alatan tangan MARDI

Gambar 8. Kuih peneram yang telah dibentuk dilepaskan terus ke dalam kuali penggorengan

Page 13: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

11

Jadual 2. Susut nilai dan pelunasan

Peralatan Kos awal (RM) Jangka hayat ekonomi (tahun)

Nilai salvaj Susut nilai dan pelunasan setahun (RM)

Alatan kuih peneram

290 10 0 29

Jumlah 29

Kos pembangunan tahun 1Susut nilai dan pelunasan (peralatan/komponen) : RM29/tahunKos komponen : RM14,500/tahunJumlah pelaburan : RM14,529Kos : RM290.58/unitPenetapan harga (40% kos) : RM406.81/unit

Anggaran tahun 2Unit pengeluaran anggaran : 20 unit/setahunJumlah hari bekerja : 300 hari/setahunKos pengeluaran : RM600/unit

Kos pembangunan tahun 2Susut nilai dan pelunasan (peralatan/komponen) : RM60/tahunKos komponen : RM12,000/tahunJumlah pelaburan : RM12,060Kos : RM603.00/unitPenetapan harga (40% kos) : RM844.20/unit

Anggaran tahun 3Unit pengeluaran anggaran : 5 unit/setahunJumlah hari bekerja : 300 hari/setahunKos pengeluaran : RM800/unit

Jadual 3. Susut nilai dan pelunasan

Peralatan Kos awal (RM) Jangka hayat ekonomi (tahun)

Nilai salvaj Susut nilai dan pelunasan setahun (RM)

Alatan kuih peneram

600 10 0 60

Jumlah 60

Jadual 4. Susut nilai dan pelunasan

Peralatan Kos awal (RM) Jangka hayat ekonomi (tahun)

Nilai salvaj Susut nilai dan pelunasan setahun (RM)

Alatan kuih peneram

800 10 0 80

Jumlah 80

Page 14: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

12

Kos pembangunan tahun 3Susut nilai dan pelunasan (peralatan/komponen) : RM80/tahunKos komponen : RM4,000/tahunJumlah pelaburan : RM4,080Kos : RM816.00/unitPenetapan harga (40% kos) : RM1,142.40/unit

Anggaran dalam tempoh tiga tahun, dengan kos aliran keluar tunai sebanyak RM30,500 dan kos aliran masuk sebanyak RM42,936.50 melalui hasil jualan sebanyak 75 unit jualan setahun, jumlah keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak RM12,437 (Jadual 5).

Jadual 5. Rumusan dalam masa 3 tahun

Tahun 1 2 3 JumlahUnit/tahun 50 20 5 75Aliran keluar tunai (RM) 14,500 12,000 4,000 30,500Aliran masuk tunai (RM) 20,340.50 16,884 5,712.00 42936.5Margin (RM) 5,840.50 4,884 1,712 12,437Margin (%) 40.27931034 40.7 42.8 123.7793Keuntungan/unit (RM) 116.81 244 342.4 703Kenaikan kos/tahun 10%Nilai salvaj (RM) 0 0Jangka hayat produk 10 tahunSusut nilai & pelunasan setahun (RM) 29 60 80

KesimpulanRamai pengusaha IKS kini masih menggunakan kaedah konvensional iaitu dengan menggunakan peralatan yang tidak sesuai bagi menghasilkan kuih peneram. Kaedah konvensional yang digunakan ini memerlukan tenaga kerja mahir bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan bersih. Hal ini akan mengurangkan produktiviti dan kadar pengeluaran makanan negara. Dengan penghasilan teknologi alatan tangan peneram dan pendedahan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kepentingan kualiti makanan terhadap penilaian eksport dapat membantu dalam meningkatkan minat peniaga tempatan seterusnya mengatasi masalah kualiti dan kebersihan produk. Ini penting dalam meningkatkan produktiviti dan kadar pengeluaran makanan negara.

RujukanRozhan, A.D. (2014). Potensi pasaran kuih-muih tradisional sejuk beku di Selangor. Economic and Technology

Management Review Vol 9b: 163 – 170Kogid, M. (2009). Industri kecil dan sederhana (IKS) dan pinjaman kewangan di Sabah: Satu analisis empirikal

Page 15: Reka bentuk dan pembangunan alat membentuk kuih peneramjtafs.mardi.gov.my/MARDIreport/MR 223.pdf · 2018. 3. 14. · Alatan tangan membentuk kuih tradisional peneram telah dibangunkan

MARDI Press