kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang

38
Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih ‘tunjuk’ memang lain rasanya dari kuih yang dibuat sendiri. Jadi kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah dan sedap ini. Masa penyediaan adalah 30 mini dan masak untuk memasak pula adalah 15 hingga 20 minit. Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap!

Upload: zaini-nie

Post on 18-Jul-2015

143 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih ‘tunjuk’ memang lain rasanya dari kuih yang dibuat sendiri. Jadi kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit

dengan mudah dan sedap ini. Masa penyediaan adalah 30 mini dan masak untuk memasak pula adalah 15 hingga 20 minit.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk

mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap!

Bahan –bahan

Buttercup – 375g (1 ½ blok )

Tepung gandum – 1 ½ cawan

Tepung kastard – 1cawan

Teung jagung – 2 ½ cawan

Kuning telur – 3 biji

Esen vanilla – 1 sudu kecil

Gula – 1 1/2 cawan

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius

2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.

3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang )

4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.

5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang

lembut menggunakan tangan.

6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun

mengikut kreativiti masing-masing.

Resepi Gulai Ikan Aya :

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam.. Jangan buang air rebusan

* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar 1/2 sudu serbuk jintan manis 1/2 sudu serbuk jintan putih 2 hiris lengkuas 1 hiris halia 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3 sudu cili mesin 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih) 1 1/2 liter santan 1 batang kulit kayu manis 1 sudu kerisik 4 keping asam keping 1/2 buku kecil gula melaka. 10 biji cili padi sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak. 2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka

3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa. 4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan

asam keping rebusan ikan nanti masam. 5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi 6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak..

Kalau mahu pekat masak lama.. Siap 2.

Gulai Ikan Tongkol adalah lauk kegemaran saya. Maklumlah orang Kelantan, sarapan pagi tak lengkap tanpa nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan nasi kapit (impit). Lauk bagi nasi berlauk dan nasi dagang biasa dibuat dari Ikan tongkol yang direbus semalaman, sebelum dimasukkan ke dalam kuah gulai. Ikan tongkol yang direbus, selain digulai sedap juga digoreng begitu

sahaja dan ditambah dengan bawang besar hiris dan cili hidup yang juga dihiris. Saya biasa memasak Gulai Ikan Tongkol stail Kelantan. Namun saya semenjak dua menjak ini, hihihi ada ke bahasa camtu, saya kemaruk dengan Gulai Ikan Tongkol nasi dagang Terengganu. Setelah mencari sekian lama, saya terjumpa resepi ini. Tapi maaf kerana telah lama resepi ini tersimpan, saya tidak pasti siapa penulis asal resepi ini. Harap maaf berbanyak ..semoga Allah memberi ganjaran kerana berkongsi resepi ... Gulai Ikan Tongkol

Bahan bahan:

4 ikan tongkol(direbus bersama segenggam asam keping, 1 kpg gula melaka dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk diguna dalam kuah)

3/4 kilo Bawang merah (lebih pun tak apa)

1 labu bawang putih (yang besar)

1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar serbuk kunyit)

2 inci halia

segenggam lengkuas setelah dihiris

1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar

1/2 senduk serbuk jintan manis

2 senduk cili giling

kerisik (dari 1/2 biji kelapa)

4 kpg besar gula melaka

santan (dari 4 biji kelapa kepekatan biasa)

2 inci kulit kayu manis

Semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, gula melaka, santan dan kulit kayu manis.

masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.

masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)

Boleh diletak cili padi untuk hiasan.

Anda mungkin juga meminati:

Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang Terengganu

Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan

!

Resepi Acar Timun:-

Timun Carrot Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula 1 sudu garam 1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Alhamdulillah.. Siap semua resepi bagi buat Nasi Dagang Terengganu turun temurun. Resepi rahsia dari tokcik … Apa yang rahsianya adalah, masukkan daging semasa masak santan.. Banyak mana? ikut anda.. Saya buat 8 cawan beras, so masukkan 1/2kg daging.. Cuba la..

InsyaAllah sedap! .. Selamat mencuba..

:: Nasi Dagang, Rasa yang sama cuma lighting yang berbeza.. dan Orang yang sama yang buat di Hari

Raya 2014… ::

Best of the best nasi dagang Tok Cik… Raya pertama makan..raya ke 10 pun makan.. Ini la nasi dagang

yang sy share kat blog saya “Resepi Nasi Dagang Turun Temurun”… Along makan 3 pinggan… Fuhh

#foodlover #foodporn #food #love #malaysianfood #traditionalfood

- See more at: http://norfanil.com/resepi-nasi-dagang-terengganu-turun-

temurun/#sthash.kKq30HnS.dpuf

Sedap memang sedap. Saya memang tak boleh tahan, 3 pinggan habis tadi. Minta ampun lah, esok saya akan diet. Ini lah kali pertama saya memasak sendiri Nasi Dagang Terengganu dengan Gulai Ikan Tongkol serta Acar Timun. Lama dulu saya pernah memasak nasi dagang Kelantan semasa majlis open house rumah kami di USJ. Itu pun dah berbelas tahun lamanya. Bukan apa, saya malas nak memasak sendiri nasi dagang kerana anak anak bukan suka sangat makanan macam macam ni. Mereka suka masakan moden dan western jer.

Rasa macam tak percaya hari ini saya berjaya memasak nasi dagang yang memang rasa macam nasi dagang yang dimakan di Terengganu atau di USJ yang memang dijual oleh emak Nadia yang berasal dari Terengganu. Projek memasak nasi dagang ni bermula dalam pukul 4 apabila dapat mesej inbox dari Rozilah yang dia telah hantar rempah gulai cap bunga rose. Oleh kerana beliau tersalah rumah, saya terpaksa menjejak rumah yang dikatakan oleh Rozi. Nasib baik jumpa dan dapat berkenalan dengan tuan rumahnya, Azlina yang baikhati. Dari situ, kami terus ke kedai runcit mencari ikan tongkol yang berbatik yang biasa diguna sebagai ikan untuk gulai nasi dagang Terengganu. Memang susah nak dapatkan ikan ni. Sesampai di rumah terus ke dapur untuk mula merebus ikan dan mula memasak gulai dan nasi dagang.

Pukul 5, siap untuk dimakan panas panas lagi. Jangan tak tahu, saya menambah sampai 3 kali dek sedap nya yang tak terkata, baunya yang sangat semerbak terutama bau halba ...

Jom lah kita layan resepi dan gambar gambarnya ...

Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:

5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise

1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)

3 ulas bawang merah - dimayang halus

1 in halia - mayang halus

3/4 sudu besar halba

1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:

Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi. Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg)

1 biji kelapa - ambil santan

3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi 1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)

8 gram rempah masak cap bunga rose

10 ulas bawang merah - kisar

4 ulas bawang putih - kisar

1 inci halia -kisar

2 hiris lengkuas -kisar

2 keping asam gelugur

2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa

10 cili kecil

Garam secukup rasa

Minyak utk menumis

Cara membuatnya:

Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula.

Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.

Timun - hiris memanjang

Karot - hiris memanjang

1/2 biji bawang besar

Gula

Cuka secukupnya

Garam

Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.

Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.

Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.

Selamat menjamu selera dengan nasi dagang yang sangat lembut dan wangi ini. Cubalah, pasti makan menambah nambah

GULAI IKAN TONGKOL Bahan-bahan :

2 ekor ikan tongkol - dibersihkan 12 biji bawang merah*

6 ulas bawang putih* 3 in halia* 2 in lengkuas*

2 in kunyit* - semua bahan*dikisar 2 biji bawang besar - dihiris

4 sudu besar ketumbar 2 sudu besar jintan manis 2 batang kulit kayu manis

1/2 cawan cili kisar 3 sudu besar kerisik

1 cawan rempah gulai - gaul dengan sedikit air 3 keping asam gelugur 5 cawan santan

Sedikit gula nipah Garam dan gula secukupnya

Cara-cara : Tumis bawang besar hiris dan kulit kayu manis.

Masukkan semua bahan yang dikisar dan kacau hingga wangi. Masukkan rempah gulai dan cili kisar dan kacau.

Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih. Masukkan kerisik, gula nipah, garam dan sedikit gula. Masukkan ikan dan kacau hingga ikan masak.

Sedia dihidang.

Hidangkan bersama acar timun &carrot dan telur rebus.