refleksi waj.docx

2
  Assalamulaikum w. b. t Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah juga saya menyelesaikan tugasan Projek bagi subjek Kokurikulum Persatuan (WAJ 3113) ini dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn Hajah Wan Hasnah bt Abdullah kerana telah memberikan tunjuk ajar serta dorongan yang padu dan ahli kelas yang telah bekerjasama memberi sumbangan masa dan tenaga serta bertungkus-lumus bagi menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program yang dilaksanakan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Tugasan subjek ini memerlukan kami melaksanakan satu projek yang berkaitan dengan persatuan. Persatuan kami adalah Persatuan Teman Lestari. Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya dan ahli kelas telah sepakat untuk menganjurkan satu ceramah iaitu C eramah Bank Kitar Semula da n melak sanakan Program Kitar Semula. Kami telah merancang dan menubuhkan ahli jawatankuasa kerja bagi memudahkan pelaksanaan program ini. Ceramah yang dianjurkan ini melibatkan semua pelajar Semester 6 manakala program Kitar Semula melibatkan semua warga IPG KDRI. Melalui Ceramah Bank Kitar Semula ini, banyak kekuatan telah dikenalpasti dan pengetahuan baru diperolehi. Ceramah yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada guru pelatih untuk mengitar semula sisa pepejal selain memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang program-program yang dilaksanakan yang berkaitan dengan pembuangan sisa pepejal. Selain itu, tugasan ini melatih saya dan ahli kelas bagaimana untuk menguruskan sesuatu ceramah dari mula perancangan sehinggalah kepada jemputan penceramah, persiapan tempat dan sebagainya. Ini secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada saya dan ahli kelas untuk menguruskan sesuatu majlis di sekolah kelak. Selain Ceramah Kitar semula ini, saya dan ahli kelas turut menjalankan Program Kitar Semula. Bagi melaksanakan program ini, saya dan ahli kelas telah membahagikan tugasan untuk meletakkan kotak bagi mengisi barang kitar semula seperti kertas dan botol plastik. Program ini secara tidak langsung melatih warga

Upload: nur-shamimi

Post on 14-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi waj.docx

7/27/2019 Refleksi waj.docx

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-wajdocx 1/2

  Assalamulaikum w. b. t

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapatlah juga saya menyelesaikan tugasan Projek bagi subjek KokurikulumPersatuan (WAJ 3113) ini dalam masa yang telah ditetapkan. Terima kasih yang

tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn Hajah Wan

Hasnah bt Abdullah kerana telah memberikan tunjuk ajar serta dorongan yang padu

dan ahli kelas yang telah bekerjasama memberi sumbangan masa dan tenaga serta

bertungkus-lumus bagi menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima

kasih kepada semua yang terlibat dalam program yang dilaksanakan sama ada

secara langsung mahupun tidak langsung.

Tugasan subjek ini memerlukan kami melaksanakan satu projek yang

berkaitan dengan persatuan. Persatuan kami adalah Persatuan Teman Lestari. Bagi

menyempurnakan tugasan ini, saya dan ahli kelas telah sepakat untuk

menganjurkan satu ceramah iaitu Ceramah Bank Kitar Semula dan melaksanakan

Program Kitar Semula. Kami telah merancang dan menubuhkan ahli jawatankuasa

kerja bagi memudahkan pelaksanaan program ini. Ceramah yang dianjurkan ini

melibatkan semua pelajar Semester 6 manakala program Kitar Semula melibatkan

semua warga IPG KDRI.

Melalui Ceramah Bank Kitar Semula ini, banyak kekuatan telah dikenalpasti

dan pengetahuan baru diperolehi. Ceramah yang dianjurkan ini bertujuan untuk

memberi kesedaran kepada guru pelatih untuk mengitar semula sisa pepejal selain

memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang program-program yang

dilaksanakan yang berkaitan dengan pembuangan sisa pepejal. Selain itu, tugasan

ini melatih saya dan ahli kelas bagaimana untuk menguruskan sesuatu ceramah dari

mula perancangan sehinggalah kepada jemputan penceramah, persiapan tempat

dan sebagainya. Ini secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada saya

dan ahli kelas untuk menguruskan sesuatu majlis di sekolah kelak.

Selain Ceramah Kitar semula ini, saya dan ahli kelas turut menjalankan

Program Kitar Semula. Bagi melaksanakan program ini, saya dan ahli kelas telah

membahagikan tugasan untuk meletakkan kotak bagi mengisi barang kitar semula

seperti kertas dan botol plastik. Program ini secara tidak langsung melatih warga

Page 2: Refleksi waj.docx

7/27/2019 Refleksi waj.docx

http://slidepdf.com/reader/full/refleksi-wajdocx 2/2

IPG untuk mengitar semula sisa pepejal selain merapatkan hubungan antara saya

dan ahli kelas melalui kerjasama yang ditunjukkan.

Namun demikian, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpsti

sepanjang program ini dilaksanakan. Antaranya ialah kekangan masa. Seperti yang

diketahui, program ini dilaksanakan selepas saya dan ahli kelas habis berpraktikum

di sekolah. Jadi, perancangan untuk melaksanakn program ini sedikit terbantut.

Selain itu juga, masa mengumpul sisa pepejal adalah dalam tempoh yang singkat

iaitu selama empat hari sahaja. Jadi, kutipan barang kitar semula adalah kurang

memberangsangkan. Di samping itu juga, kekangan dari segi tempat. Sepatutnya,

program ceramah ini dijalankan di dewan Al-Farabi. Namun demikian ianya terpaksa

ditukar ke tempat yang lebih kecil dan melibatkan bilangan penonton yang kecil

sahaja. Hal ini sedikit menjejaskan perancangan awal program.

 Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi

kelemahan ini adalah seperti menyediakan satu slot khas bagi program Ceramah

Kitar Semula ini yang mana melibatkan seluruh warga IPG KDRI. Slot ini boleh

dijalankan pada waktu petang di mana masa yang diperuntukkan adalah lebih lama

bagi menberikan input yang lebih berkaitan pembuangan sisa pepejal ini. Selain itu

 juga, program Kitar Semula yang dijalankan ini diharap dapat dilaksanakan

sepanjang masa dan proses kutipan dijalankan secara berkala. Pihak institut perlu

bekerjasama menyediakan tong-tong khas untuk memudahkan pembuangan dan

pengasingan sisa pepejal ini. Hal ini dapat melatih warga IPG untuk sentiasa

mengitar semula sisa pepejal sekaligus mebantu menyelamatkan bumi kita.

Keseluruhannya, diharap program yang dijalankan ini memberi manfaat dan

kesedaran kepada semua khususnya kepada saya dan ahli kelas.

Sekian, terima kasih.