refleksi titas waj 3101

4
REFLEKSI Ribuan terima kasih ingin saya mendahulukan kepada pensyarah, iaitu Puan Zalmiza Bt. Zakariya yang memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan Tamadun Islam dan Asia (TITAS) (WAJ 3101) di samping memberi tunjuk ajar semasa menjalankan tugasan projek. Sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya telah didedahkan dengan aspek sejarah yang berkaitan perkembangan dan ciri-ciri Tamadun Cina; interaksi Tamadun Cina dan relevansinya di Malaysia & Dunia; Tamadun Cina dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia; dan kekuatan Tamadun Cina sebagai rujukan sumber. Seterusnya, apa yang saya belajar atau dapat tahu daripada tugasan tersebut? Saya mendapati bahawa Tamadun Cina dapat memajukan ketamadunan yang tersendiri dan terunggul. Masyarakat Tamadun Cina dicorakkan dengan agama, kepercayaan dan kosmologi yang unik dan menarik. Ajaran agama menyarankan kami sebagai orang yang berakhlak mulia dan bersifat baik serta tidak membuat jahat. Manakala Kepercayaan merupakan satu amalan yang mempercayai kewujudan sesuatu dan menyembahnya dengan sikap yang bersyukur dan menghormati. Saya telah mempelajari keistimewaan agama dan kepercayaan Tamadun Cina dapat menenteramkan hati rakyat dan saya harus mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Tambahan pula, Tamadun Cina amat berkait rapat dengan aliran-aliran falsafah mereka. Aliran-aliran ini membantu pembentukan negara dan masyarakat Cina hingga kini. China juga diwarnai lagi dengan sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai, umpamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ia terus menjadi inspirasi kepada dunia luar. Saya haruslah bertabah, kreatif dan

Upload: shura-tan

Post on 05-Dec-2014

193 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Refleksi, apa yang telah belajar

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Titas waj 3101

REFLEKSI

Ribuan terima kasih ingin saya mendahulukan kepada pensyarah, iaitu Puan

Zalmiza Bt. Zakariya yang memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan

Tamadun Islam dan Asia (TITAS) (WAJ 3101) di samping memberi tunjuk ajar semasa

menjalankan tugasan projek. Sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya telah

didedahkan dengan aspek sejarah yang berkaitan perkembangan dan ciri-ciri Tamadun

Cina; interaksi Tamadun Cina dan relevansinya di Malaysia & Dunia; Tamadun Cina

dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia; dan kekuatan Tamadun Cina sebagai

rujukan sumber.

Seterusnya, apa yang saya belajar atau dapat tahu daripada tugasan tersebut?

Saya mendapati bahawa Tamadun Cina dapat memajukan ketamadunan yang tersendiri

dan terunggul. Masyarakat Tamadun Cina dicorakkan dengan agama, kepercayaan dan

kosmologi yang unik dan menarik. Ajaran agama menyarankan kami sebagai orang

yang berakhlak mulia dan bersifat baik serta tidak membuat jahat. Manakala

Kepercayaan merupakan satu amalan yang mempercayai kewujudan sesuatu dan

menyembahnya dengan sikap yang bersyukur dan menghormati. Saya telah

mempelajari keistimewaan agama dan kepercayaan Tamadun Cina dapat

menenteramkan hati rakyat dan saya harus mengamalkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan. Tambahan pula, Tamadun Cina amat berkait rapat dengan aliran-aliran

falsafah mereka. Aliran-aliran ini membantu pembentukan negara dan masyarakat Cina

hingga kini. China juga diwarnai lagi dengan sumbangan-sumbangan yang tidak ternilai,

umpamanya dalam bidang sains dan teknologi. Ia terus menjadi inspirasi kepada dunia

luar. Saya haruslah bertabah, kreatif dan berfikir secara kritis untuk melakukan sesuatu

hingga mencapai kejayaan.

Terdapat beberapa tahap zaman seperti zaman pembinaan, zaman keagungan,

zaman peralihan, zaman moden dan era kontemporari. Saya telah memperoleh

beberapa pengajaran daripada setiap tahap. Zaman Berperang telah membawa kepada

perkembangan aliran falsafah China. Zaman tersebut munculnya Konfusius, Taoisme,

Legalisme, dan kemunculan “The Hundred Schools of Thought”. Walaupun keadaan

pada masa itu huru-hara disebabkan oleh peperangan tetapi tetap wujudnya pemikiran

yang mantap, matang dan progresif oleh ahli-ahli falsafah Cina. Kebijaksanaan dan

keterampilan mereka harus dihargai, dikagumi dan dipelajari. Maharaja Chin, Shih

Page 2: Refleksi Titas waj 3101

Huang Ti telah menyatukan negara-negara yang berpisah-pisah untuk menjadi sebuah

empayar menerusi militari. Kehebatan dan Kepintaran Shih Huang Ti yang

menyusunkan strategi-strategi untuk mencapai satu maklumat. Beliau yang menjalankan

beberapa dasar tegas dalam soal bahasa, ekonomi, falsafah dan pentadbiran. Hal ini

juga harus kami pelajari dan mengaplikasikan dalam sistem sosial dan sistem

pendidikan agar negara kita dapat memupuk perpaduan antara berbilang kaum. Orang

Cina kembali berkuasa apabila berlakunya pemberontakan petani di bawah pimpinan

seorang petani dan bekas sami Buddha. Beliau telah memulakan zaman Dinasti Ming.

Sikap berani dan semangat untuk mempertahankan kepentingan negara diri daripada

orang asing yang ditunjukkan oleh pemimpin Ming dan sami Buddha yang membujur

lalu melintang patah mestilah kami mengamalkan.

Tajuk ini penting kerana ia berkaitan dengan kepentingan Malaysia dipelihara

dengan merujuk Tamadun Cina. Kestabilan Malaysia dari pelbagai aspek dapat

dikekalkan dan diwujudkan dengan kerjasama dan perpaduan antara rakyat kerana

bersatu teguh, bercerai roboh. Persamaan antara Malaysia dan Tamadun Cina ialah

terdapat berbilang kaum dalam sebuah negara. Saya amat bersyukur kerana Malaysia

merupakan negara yang berbilang kaum. Ini merupakan satu keistimewaan yang

menarik dan mencorakkan budaya Malaysia. Budaya Tamadun Cina yang bermacam-

macam dipersembahkan dalam Olimpik 2008 yang diselenggarakan oleh negara China

amat menarik dan kagum! Keistimewaan budaya Cina telah mengharumkan imej China

dan memartabatkan kedudukan negara China di sejagat dunia. Oleh itu, Malaysia

haruslah menjadikan Tamadun Cina sebagai rol model untuk dicontohi. Nilai-nilai yang

dipentingkan oleh Tamadun Cina juga harus kami menerapkan.

Pada pendapat saya, Tamadun Cina harus diketahui dan dikenali oleh setiap

individu di Malaysia. Ia bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan kita malah juga

menjadi panduan kita untuk mengelakkan membuat keputusan yang silap serta

mencapai kejayaan. Tokoh-tokoh Tamadun Cina yang dari pelbagai bidang seperti

Konfusius, Lao Tze, Mo Tzu, Shih Huang Ti, Li Shih Chen, Fa Shien, Hsuan Tsang,

Cheng Ho, Ma Huan dan sebagainya haruslah kami menghormati dan menghargai

sumbangan mereka serta menjadikan mereka sebagai contoh dan teladan. Agama dan

kepercayaan serta sistem sosial dan nilai etika masyarakat Cina yang baik harus

Page 3: Refleksi Titas waj 3101

dipentingkan. Nilai-nilai murni dapat diterapkan menerusi pembacaan dan pemahaman

tamadun Cina dapat membantu saya menjadi modal insan yang seimbang dan berguna.

Saya juga dapat mempelajari bahawa kerjasama dan komitmen yang diberikan

oleh rakan sekumpulan, adalah Diong Nuo Ting adalah penting untuk menjayakan

sesebuah tugasan. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan memainkan peranan yang

penting dalam memberi idea pengolahan dan berbincang tentang cara-cara yang ideal

untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Saya berharap semoga

tugasan saya ini mendapat perhatian daripada Pn. Zalmiza bt Zakariya.

Disediakan oleh,

Tan Hui Li

(930726-08-6386)