refleksi terapi hidro

Upload: andi-nur-khuzaimah

Post on 10-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

terapi hidro

TRANSCRIPT

REFLEKSI TERAPI HIDRO

ANDI NUR KHUZAIMAH BINTI DOLAR920805-12-6164PENDIDIKAN KHAS 3

Kekuatan, Kebaikan Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya saya bersama rakan sekelas berjaya menjalani program Terapi Hidro dengan jayanya pada 20 Februari 2014 bertempat Pusat Akuatik Gunung Keriang. Alor Setar, Kedah. Program terapi hidro ini telah dianggotai oleh 4 buah kelas pendidikan Khas Ambilan Januari. Program ini telah diterajui oleh barisan pensyarah yang mahir dalam aktiviti air daripada jabatan unit kokurikulum dan jabatan pendidikan jasmani dan kesihatan. Terapi Hidro bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan. Oleh demikian, melalui aktiviti terapi ini pelbagai manfaat dan ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi. Antaranya ialah dapat meningkatkan keyakinan dalam diri semasa berada di dalam air. Melalui terapi ini, konsep ansur maju dalam meningkatkan keyakinan digunakan semasa pemgajaran iaitu water confident. Tutor bagi kumpulan guru pelatih perempuan yang diterajui oleh Pn Noorasikin bt Ismail memberi pendedahan kepada kami secara beransur-ansur cara melakukan aktiviti di dalam air. Bermula daripada mudah kepada yang sukar iaitu cara turun ke dalam kolam dengan betul sehingga kepada aktiviti semasa di dalam air dengan menggunakan nooddle masing-masing dengan cara mendepakan, mengepit dan duduk menggunakan noddle. Aktiviti yang dijalankan secara ansur maju memberikan keyakinan kepada diri kami untuk bergerak cergas mengikut arahan yang diberikan dengan perasaan yang seronok dan gembira. Keyakinan semasa berada dalam air adalah satu objektif dalam melakukan aktiviti terapi ini. oleh itu, guru haruslah berkeyakinan dalam melakukan aktiviti ini agar murid melaksanakan aktiviti terapi dengan yakin dan seronok. Selain itu, aktiviti terapi ini juga memberikan senaman dan regangan kepada otot-otot semasa berada dalam air. Melaluihidroterapi, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Pergerakan semasa berada dalam air secara tidak langsung merangsang pergerakan motor kasar dan motor halus. Oleh itu, melalui terapi seumpama ini memberi manfaat kepada murid khas bagi memantapkan lagi perkembangan fizikal dengan aktiviti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka. Dalam pada itu, terapi ini memberi keseronokkan kepada kami semua disamping itu memperlihatkan pembentukan sikap bekerjasama dalam kalangan kami. Hal ini dapat dlihat semasa aktiviti air, rakan menolong rakan yang lain dengan membantu dan memberikan motivasi kepada rakan untuk berusaha membuat tugasan yang diberikan sehingga berjaya. Selain itu, aktiviti terapi yang dijalankan juga memberikan peningkatan dalam penguasaan kemahiran pengamatan. Guru pelatih diberi bimbingan untuk melakukan tugasan yang diberikan. Dengan itu, daya penumpuan diberikan dengan sebaiknya bagai menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Tambahan lagi, terapi hidro ini juga melatih kooridinasi dan anggota badan yang lain serta memanipulasikan tangan dan jari jemari semasa melakukan aktiviti air. Justeru itu, adalah menjadi peranan guru dalam mempelbagaikan lagi aktiviti yang menarik dan berkonsepkan multisensori bagi merangsang daya penumpuan murid-murid disamping itu memberikan keyakinan dan keseronokkan kepada mereka semasa menjalankan aktiviti. Sesungguhnya, aktiviti terapi hidro ini memberikan satu pengalaman baru yang sangat berguna kepada diri saya sebagai bakal guru pendidikan khas dan mengaplikasikan kemahiran yang saya pelajari untuk anak murid saya pada masa akan datang dengan sebaik-baiknya.

Kelemahan Semasa menjalankan aktiviti terapi ini terdapat satu kelemahan yang dapat saya kenal pasti. Melalui pemerhatian saya, bilangan guru pelatih yang terlalu ramai menyebabkan pemerhatian dan kawalan yang khusus di dapat diberikan dengan sebaiknya.

Cadangan Penambahbaikan Oleh yang demikian, atas faktor keselamatan sebagai cadangan penambahbaikan sesi aktiviti terapi air boleh dilakukan kepada dua sesi bagi memudahkan kawalan kelas dan demi keselamatan bersama.