refleksi teater

14
Tarikh: 23 Jun 2014 Pada hari ini merupakan hari pertama kuliah kami untuk kursus PSE 3043 ini. kami telah melaksanakan kuliah di kelas kami iaitu di bilik 3.22. sepanjang perjalanan kuliah kami pda hari ini, kami terus berfokus kepada pelantikan AJK atau krew dalam pementasan teater yang wajib kami laksanakan pada semester ini. mesyuarat telah dipengerusikan oleh pensyarah pembimbing sendiri iaitu puan Kamaliah binti Siraj. Setelah melaksanakan perbincangan, saya dan ahli dalam kumpulan PISMP 6B elah melaksanakan suatu aktiviti yang menarik iaitu simulasi pelbagai jenis barangan. Antaranya ialah simulasi terhadap botol air. Melalui pelaksanaan simulasi ini, saya dapat mempelajari cara baharu dalam memanipulasikan apa sahaja bentuk peralatan atau barangan dengan kreatif. Selain itu, pelaksanaan kuliah kami pada hari ini juga sangat menarik kerana puan Kamaliah banyak memberi bimbingan dan mengasah bakat terpendam yang ada pada semua pelajar PISMP 6B. Impaknya, keyakinan diri semua guru pelatih PISMP 6B tampak meningkat. Keadaan ini sudah pasti sesuai bagi memupuk semangat keyakinan yang tinggi ke arah pelaksanaan teater kanak-kanak yang akan dilaksanakan pada 13.10.2014. Sesungguhnya, aktiviti pada hari ini sangat membantu kami khususnya dalam usaha kami menghasilkan suatu idea yang bagus apabila mengajarkan sesuatu kepada murid apabila berada di kelas khususnya semasa mengajar di sekolah suatu hari nanti. Selain

Upload: saiful-azwan

Post on 21-Nov-2015

304 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fsdfsdfdsfsdfsd

TRANSCRIPT

Tarikh: 23 Jun 2014 Pada hari ini merupakan hari pertama kuliah kami untuk kursus PSE 3043 ini. kami telah melaksanakan kuliah di kelas kami iaitu di bilik 3.22. sepanjang perjalanan kuliah kami pda hari ini, kami terus berfokus kepada pelantikan AJK atau krew dalam pementasan teater yang wajib kami laksanakan pada semester ini. mesyuarat telah dipengerusikan oleh pensyarah pembimbing sendiri iaitu puan Kamaliah binti Siraj.Setelah melaksanakan perbincangan, saya dan ahli dalam kumpulan PISMP 6B elah melaksanakan suatu aktiviti yang menarik iaitu simulasi pelbagai jenis barangan. Antaranya ialah simulasi terhadap botol air. Melalui pelaksanaan simulasi ini, saya dapat mempelajari cara baharu dalam memanipulasikan apa sahaja bentuk peralatan atau barangan dengan kreatif. Selain itu, pelaksanaan kuliah kami pada hari ini juga sangat menarik kerana puan Kamaliah banyak memberi bimbingan dan mengasah bakat terpendam yang ada pada semua pelajar PISMP 6B. Impaknya, keyakinan diri semua guru pelatih PISMP 6B tampak meningkat. Keadaan ini sudah pasti sesuai bagi memupuk semangat keyakinan yang tinggi ke arah pelaksanaan teater kanak-kanak yang akan dilaksanakan pada 13.10.2014.Sesungguhnya, aktiviti pada hari ini sangat membantu kami khususnya dalam usaha kami menghasilkan suatu idea yang bagus apabila mengajarkan sesuatu kepada murid apabila berada di kelas khususnya semasa mengajar di sekolah suatu hari nanti. Selain itu, perjalanan kuliah kami pada hari ini memberi suntikan semangat kepada para guru pelatih untuk terus menonjolkan bakat terpendam serta meningkatkan keyakinan diri sendiri.

Tarikh: 27 Jun 2014Pada hari ini, kami telah mengadakan satu mesyuarat secara menyeluruh bagi membincangkan pelaksanaan teater yang telah kami rancangkan. Dalam mesyuarat ini, banyak saranan, idea, penambahbaikan, pendapat dan sebagainya yang dibangkitkan dalam mesyuarat. Semua AJK yang terlibat.Melalui mesyuarat yang telah diadakan ini, saya telah sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul sepanjnag proses pelaksanaan teater kanak-kanak ini. Walaupun agak sibuk dengan persediaan menjalani praktikum, namun bagi saya tanggungjawab ini haruslah dipikul dengan amanah bagi memastikan aktiviti teater yang dirancang berjalan lancar. Selain itu, melalui perbincangan dan mesyuarat ini juga, saya semakin bersemangat kerana saya bakal memikul tugas sebagai salah seorang tenaga produksi dalam teater yang akan kami persembahkan nanti. Bagi saya, ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dilalui oleh seorang guru pelatih.Sesungguhnya, perjalanan perbincangan atau mesyuarat AJK induk pada hari ini berjalan lancar. Melalui mesyuarat ini juga, ahli yang terlibat khsusnya PISMP 6B sempat mengusulkan beberapa cadangan atau tema teater yang akan dipersembahkan. Antaranya termasuklah pengembaraan Putera Raja, Kisah seorang Puteri dan kehidupan dalam dunia robot. Walau bagaimanapun, semua itu hanyalah cadangan awal pada peringkat awal dan bukannya pilihan tetap kerana teater yang harus dipersembahkan nanti haruslah sesuai dengan tema tentang sains fiksyen dan dekat dengan kehidupan kanak-kanak.

Tarikh: 30 Jun 2014Pada hari ini, kami telah menjalani kuliah seperti biasa. Walau bagaimanapun, kuliah pada hari ini lebih menjurus kepada perbincangan terhadap tajuk teater yang akan kami laksanakan iaitu teater yang bertajuk Belladonna. Setelah berbincang dengan pensyarah pembimbing serta ahli kelas, kami secara sebulat suara telah menerima usul yang dikemukakan iaitu teater yang bertajuk Belladonna.Semua guru pelatih PISMP 6B telah duduk bersama bagi membincangkan secara menyeluruh tentang kandungan cerita teater yang akan kami persembahkan kelak. Oleh yang demikian, kami telah berbincang tentang plot cerita yang akan kami persembahkan nanti. Dari segi plot cerita, kami menggunakan teknik sumbang saran bagi mengembangkan cerita yang telah kami rancang. Ini bermakna bahawa, apabila ada seseorang di antara kami yang mengusulkan idea, pemikiran tersebut akan dibincangkan dan dikembangkan oleh ahli yang lain.Hasil pemilihan watak, tema dan plot, kami lebih mudah untuk merancang teater yang benar-benar berkesan kerana melalui pemilihan tema dan plot yang sesuai, kami dapat menyesuaikannya dengan sasaran audiens nanti iaitu disasarkan kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, tema yang telah kami pilih berbentuk sains fiksyen yang dapat menarik minat kanak-kanak kerana cerita dalam bentuk sains fiksyen lebih dekat dengan dunia kanak-kanak.Sesungguhnya, perbincangan yang diketuai oleh pensyarah pembimbing iaitu puan Kamaliah Binti Siraj pada hari ini mencapai objektifnya. Semua ahli kelas PISMP 6B terlibat secara aktif dalam menyumbangkan buah fikiran demi mendapatkan suatu idea yang menarik dan berkesan.

Tarikh: 14 Julai 2014Pada hari ini, kami telah melaksanakan aktiviti kulaih di Dewan Zaba kerana dewan ini lebih luas dan sesuai untuk melaksanakan banyak aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan. Kuliah pada hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Seperti biasa pensyarah pembimbing iaitu puan Kamaliah bersama-sama kami untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami.Pada hari ini, kami memulakan kuliah atau sesi latihan kami dengan mengadakan sedikit perbincangan khususnya berkaitan dengan teater kanak-kanak yang telah kami rancangkan. Pensyarah pembimbing juga telah mengingatkan kami supaya melaksanakan tugas masing-masing. Selain itu, puan Kamaliah juga meminta agar skrip teater Belladonna disiapkan lebih awal bagi memudahkan perjalanan teater kami nanti. Setelah mengadakan sedikit perbincangan, puan Kamaliah telah memberi kami satu latihan yang sangat menarik iaitu melaksanakan pelbagai riak wajah atau melakonkan pelbagai situasi yang berkaitan dengan faktor emosi antaranya emosi dalam keadaan menangis, sedih, marah dan ketawa atau gembira. Melalui aktiviti ini, kami diminta untuk menjiwai segala emosi yang telah diajarkan oleh puan Kamaliah.Di hadapan kami, diletakkan 4 buah kerusi, dalam 4 buah kerusi tersebut, telah ditentukan pelbagai keadaan. Contohnya, apabila berada di kerusi yang pertama, kami akan diminta untuk menangis, kemudian kerusi nombor dua, kami diminta ketawa dan begitulah juga kerusi seterusnya. Semua ini bertujuan untuk melatih kami menjiwai sesuatu keadaan yang kami hadapi. Walaupun pada mulanya, kami agak malu melaksanakan aktiviti tersebut, namun dengan bimbingan puan Kamaliah, kami berjaya melaksanakan aktiviti tersebut dengan baik. Sesungguhnya, aktiviti yang kami jalani pada hari ini telah memberi banyak pengalaman dan tunjuk ajar kepada kami.

Tarikh: 7 Julai 2014Pada hari ini, kuliah kami berjalan seperti biasa. Kami telah melaksanakan kuliah pada harin ini di dewan Zaba. Puan Kamaliah telah memperkenalkan kami satu lagi aktiviti yang sangat menarik kepada kami. Kuliah yang kami laksanakan pada hari ini membantu kami bagaimana untuk menghasilkanatau menghadirkan suatu idea yang kreatif dan menarik.Aktiviti yang kami jalankan pada hari ini ialah mengembangkan idea secara bergilir-gilir. Kami diminta duduk dalam bulatan secara bersila. Apabila puan memberi suatu perkataan, kami akan secara bergilir-gilir mereka satu cerita berdasarkan perkataan yang diberikan oleh puan Kamaliah. Sebagai contohnya, puan akan kata rumah inap, kemudian kami akan melaksanakan suatu cerita secara bergilir-gilir tentang rumah inap. Setiap orang akan menyumbangkan idea dalam penghasilan cerita tentang rumah inap tersebut.Selain itu, latihan emosi juga turut diajarkan oleh puan Kamaliah pada hari ini. antaranya ialah latihan emosi marah, gembira sedih dan sebagainya. Melalui latihan emosi ini, kami dapat meluahkan emosi dalam pelbagai situasi. Latihan emosi ini sangat penting kerana kami akan terlibat dengan aktiviti pementasan teater nanti. Dengan adanya latihan seperti ini, sudah pasti kami akan lebih cepat untuk menghadirkan pelbagai reaksi sama ada marah, gembira atau sedih semasa melaksanakan aktviti teater nanti.Sesungguhnya, kuliah kami pada hari ini memberi banyak pengalaman dan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kami. Selain itu, melalui kuliah yang berbentuk amali pada hari ini, keyakinan diri dalam kalangan pelajar PISMP 6B tampak meningkat.

Tarikh: 8 Julai 2014Pada hari ini, kuliah kami dijalankan seperti biasa. Kami telah melaksanakan kuliah tersebut di Dewan Zaba iaitu seawal pukul 8.00 pagi. Seperti biasa, kuliah pada hari ini dilaksanakan di bawah bimbingan puan Kamaliah. Semua pelajar PISMP 6B hadir pada hari ini dengan semangat yang menggunung bagi belajar sesuatu aktiviti yang baharu pada hari ini.Untuk kuliah pada hari ini, kami telah belajar untuk meluahkan suatu perasaan yang gembira. Namun aktiviti pada hari ini dilaksanakan dalam bentuk santai. Antara aktiviti yang kami laksanakan pada hari ini ialah mencari warna yang sama. Melalui aktiviti ini, kami diminta duduk dalam kerusi yang disusun dalm keadaan bulat. Apabila seseorang dilantik menjadi orang ditengah, orang tersebut akan berkata awak suka saya tak?, kemudian, jika orang yang ditanya itu menjawab, tidak, maka orang tersebut akan berkata semula saya suka orang yang memakai . Setelah mendengar perkataan orang tersebut, secara pantas orang yang berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh pelajar tadi akan bertukar tempat duduk.Melalui aktiviti pada hari ini, kami dapat meluahkan perasaan kami dengan gembira. Perasaan tersebut dapat diluahkan melalui keseronokan yang ditunjukkan semasa melaksanakan aktiviti yang dirancangkan.Sesungguhnya, aktiviti pada hari ini sangat membantu kami khususnya cara untuk melakukan sesuatu dalam keadaan santai dan didik hibur.

Tarikh: 10 Julai 2014Pada hari ini, kami telah melaksanakan aktiviti kuliah kami di ruang legar depan bilik 3.22. kami telah menjalani kuliah di bawah bimbingan puan Kamaliah. Sepanjang aktiviti kami pada hari ini, kami lebih banyak diajar khususnya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah menjadi salah seorang pelakon dalam teater yang akan dipentaskan nanti.Antara aktiviti yang telah kami laksanakan ialah melakukan pelbagai aras perlakuan. Sebagai contohnya, aras atau level yang paling rendah dahulu akan kami laksanakan. Contohnya, kami berlakon sebagai seekor harimau yang berjalan di atas tanah, kemudia kami akan mengubah pergerakan kepada aras yang sederhana. Kami akan melakukan apa sahaja pergerakan dalam aras sederhana ini. kemudian kami akan diminta melakukan pergerakan pada aras paling tinggi. Contohnya, kami melakukan pergerakan seolah-olah sedang terbang di udara. Melalui aktiviti yang kami jalani pada hari ini, saya telah sedar bahawa dalam pergerakan seharian ini, ada masanya kita berada di paras yang paling rendah dan ada masanya kita berada di aras yang paling tinggi. Begitu juga dengan lakonan semasa pementasan teater nanti, kita sebagai pelakon haruslah cuba sedaya upaya menunjukkan pelbagai aras pergerakan bagi menghasilkan suatu kauliti teater yang bagus dan disegani dan mendapat tarikan yang bagus dari pihak audiens.Sesungguhnya, aktiviti teater yang kami laksanakan pada hari ini memberi keyakinan yang tinggi kepada kami khususnya melakonkan sesuatu di hadapan kawan-kawan yang lain. Aktiviti ini membantu kami untuk lebih yakin dan membuang perasaan malu apabila berada di atas pentas kelak.

Tarikh: 11 Julai 2014Kuliah pada hari ini telah diadakan di ruang legar hadapan kelas PISMP 6B. kuliah pada hari ini berjalan lancar di bawah bimbingan puan Kamaliah. Pada hari ini, kami telah melaksanakan latihan yang menjurus kepada salah satu watak yang ada dalam teater yang bakal kami pentaskan nanti iaitu pergerakan watak robot.Pada kali ini, puan Kamaliah telah mengarahkan kami agar melaksanakan suatu pergerakan yang berebntuk robot. Untuk pergerakan ini, kami diminta untuk membuat pergerakan mengikut kreativiti sendiri. Secara individu, kami diminta melaksanakan pergerakan tersebut. Kami berada dalam suatu kumpulan, walau bagaimamanapun, kami diminta untuk melakukan pergerakan secara individu.Melalui aktiviti yang kami jalankan ini, saya telah sedar bahawa saya sebagai salh seorang pelakon dalam pementasan teater nanti, saya seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan pelbagai pergerakan . Selain itu, saya juga sedar bahawa seorang guru seharusnya dapat mengajar murid untuk melakukan pelbagai pergerakan kreatif supaya mereka lebih fleksibel dalam melakukan apa sahaja aktviti kelak.Sesungguhnya, aktiviti yang telah difokuskan oleh puan Kamaliah pada hari ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan kami, malah turut memberi pendedahan awal kepada kami kea rah menjadi guru yang kreatif dan cemerlang apabila berada di sekolah kelak.

Tarikh: 16 Ogos 2014Pada hari ini, kami telah melaksanakan kuliah kami yang berbentuk amali di dewan Zaba. Seperti biasa, kuliah pada hari ini dikelola oleh puan Kamaliah. Kuliah pada hari ini secara keseluruhannya menjurus kepada ujibakat watak-watak yang terlibat dalam pementasan teater Belladonna nanti. Melalui ujibakat yang diadakan, pihak produksi di bawah bimbingan puan Kamaliah telah diajar cara untuk melontarkan suara dan menunjukkan perwatakan dengan cara yang betul semasa melaksanakan aktiviti.Oleh yang demikian, semua watak yang telah disenarai pendek cuba untuk melakonkan peranan masing-masing. Pada peringkat awal, puan Kamaliah meminta agar para pelakon melakonkan watak dalam babak satu. Dalam babak tersebut, semua pelakon cuba melakukan yang terbaik. Pada masa yang sama, puan Kamaliah telah memberi banyak bimbingan dan tunjuk ajar khususnya dari segi cara untuk melontarkan suara dan mengawal pernafasan semasa dalam pementasan teater.Melalui aktiviti yang kami jalankan pada hari ini, saya telah sedar bahawa berlakon bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini demikian kerana, apabila berlakon atau membawakan sesuatu watak, banyak perkara yang mesti kita pertimbangkan antaranya termasuklah dari segi pernafasan, cara untuk melontarkan suara dan sebagainya. Walaupun berlakon nampak mudah, ianya sesuatu yang sukar. Saya telah sedar bahawa sebagai seorang pelakon, saya mestilah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta dapat mengujarkan sesuatu dengan jelas dan lantang. Sesungguhnya, screen test pada hari ini memberi banyak pengajaran dan ilmu baharu kepada kami semua.

Tarikh : 22 September 2014Pada hari ini, aktiviti kuliah kami diadakan di Dewan Zaba. Aktiviti pada hari ini menjurus kepada latihan teater yang telah kami rancangkan. Semua watak-watak yang terlibat sudah mulai berlatih secara serius. Walau bagaimanapun, latihan pada hari ini masih menjurus kepada penghayatan secara dalaman dalam kalangaan watak-watak yang terlibat. Puan Kamaliah telah memastikan agar watak-watak yang terlibat terus mengahayati skrip mengikut watak.Melalui latihan pada hari ini, kami telah melakukan latihan secara berperingkat mengikut babak. Kami cuba mendapatkan gambaran keseluruhan khususnya yang berkaitan dengan perjalan teater belladonna nanti. Puan Kamaliah telah menunjukkan cara-cara untuk mengujarkan dialog dengan betul supaya perkataan yang diujarkan oleh para pelakon dapat diujarkan dengan jelas oleh audien.Selain itu, puan Kamaliah juga menegaskan supaya para pelakon melontarkan vokal melalui perut dan bukannya melontarkannya secara teriakan. Latihan pada hari ini sangat penting dan bermakna kepada kami agar segala apa yang kami ujarkan kelak mampu memberi impak kepada audien serta dapat menyampaikan isi cerita dengan jayanya.Sesungguhnya, latihan yang dilaksanakan pada hari ini telah memberi kami sedikit-banyak gambaran isi cerita yang akan kami persembahkan kelak. Selain itu, latihan ini juga telah memberi keyakinan kepada watak-watak yang akan berlakon nanti.