modul teater kanak kanak

15

Upload: ismail-noh

Post on 20-Jun-2015

1.717 views

Category:

Education


36 download

DESCRIPTION

NOTA : Modul teater kanak-kanak sekolah rendah. Modul ini khas untuk kegunaan guru pelatih sekolah rendah yang mengambil kursus PSE 3104.

TRANSCRIPT

Page 1: Modul teater kanak kanak
Page 2: Modul teater kanak kanak

MODUL 1 : PENGENALAN TEATER 1

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas tentang sejarah danperkembangan teater

OBJEKTIFMurid dapat:

- mengetahui tentang sejarah ringkas perkembangan teater- mengetahui secara asas tentang bentuk – bentuk teater

ISI KANDUNGAN3.1.1 Menerangkan dan menjelaskan secara asas berkaitan :

- Sejarah ringkas teater- Bentuk-bentuk teater

AKTIVITI1. Guru menayangkan persembahan slaid tentang sejarah teater.2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sejarah ringkas teater.3. Murid dipertontonkan slaid persembahan teater.

BBM1. LCD2. Komputer3. Slaid sejarah teater / persembahan teater

RUJUKAN1. Mana Sikana, Drama Melayu Moden. DBP2. Rahmah Bujang, Teater.. dari Skrip ke Pentas. DBP3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTAPengenalan Teater

Maksud Teater – lakonan dan perbuatan dalam persembahan yang melibatkanpelakon, penonton, tempat yang ditentukan dan masa yang ditetapkan.

Bentuk Teater

1. Teater Tradisional Maksud Teater Tradisional – persembahan yang dimainkan masyarakat dulu

sebelum adanya panggung wayang dan televisyen. Bentuk Teater Tradisional - Makyung, Wayang Kulit, Main Puteri, Bangsawan,

Purbawara, Sandiwara

2. Teater Moden Maksud Teater Moden – persembahan yang dimainkan selepas adanya tempat yang

dikhaskan untuk satu-satu pementasan seperti dewan, pentas , auditorium. Bentuk Teater Moden - Teater / Drama Pentas, Teater Muzikal, Drama Tari / Taridra

Page 3: Modul teater kanak kanak

MODUL 2 : PENGENALAN TEATER 2

Ruang ialah suatu tempat sama ada terbuka atau tertutup, di atas pentas atau tidak, sertaruang atau kawasan atau bahagian yang telah ditetapkan oleh sesebuah penganjuran.

OBJEKTIFMurid dapat:

- mengenal jenis-jenis pentas untuk sesebuah persembahan- mengenal komposisi pentas semasa persembahan

ISI KANDUNGAN3.1.1 Menerangkan dan menjelaskan secara asas berkaitan :

- Jenis-jenis pentas- Etika / Komposisi Pentas

AKTIVITI1. Guru menayangkan persembahan slaid tentang jenis-jenis pentas.2. Guru memberi penerangan tentang etika / komposisi pentas.3. Murid dibekalkan dengan lembaran nota tentang komposisi pentas.

BBM1. LCD2. Komputer3. Slaid sejarah teater / persembahan teater4. Lembaran nota

RUJUKAN1. Cohen, The Director’s Vision2. Rahmah Bujang, Teater.. dari Skrip ke Pentas. DBP3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTAJenis-jenis Pentasa. Pentas Proceneum – pentas ini hanya dapat dilihat dari satu arah sahajab. Pentas Semi Arena – pentas ini biasanya boleh dilihat dalam bentuk separuh bulatanc. Pentas Arena – pentas ini biasanya dapat dilihat dari sekeliling kerana pelakon bermain

ditengah-tengah pentasd. Pentas Thrust / Pentas Catwalk – pentas ini biasanya untuk pertunjukkan fesyen

Komposisi Pentas - Kebiasaannya pentas proceneum atau pentas konvesional dibahagikankepada 9 bahagian supaya memudahkan pekerja pentas atau pelakon menerima arahandaripada pengarah sesebuah produksi.

UPPER RIGHT STAGE UPPER CENTRE STAGE UPPER LEFT STAGE

CENTRE RIGHT STAGE CENTRE STAGE CENTRE LEFT STAGE

DOWN RIGHT STAGE DOWN CENTRE STAGE DOWN LEFT STAGE

Rajah 1: PEMBAHAGIAN 9 RUANG PENTAS

Page 4: Modul teater kanak kanak

MODUL 3 : OLAH TUBUH 1

Memberi pendedahan mengenai persiapan seorang murid yang bermula daripada senamandan memahami tentang fungsi sistem tubuh badan yang merangkumi aspek fizikal danmental.

OBJEKTIFMurid dapat:

- membuat persediaan fizikal sebelum memulakan latihan persembahan- memaksimumkan potensi tubuh badan supaya lebih cergas- mengikuti aktiviti permainan teater pemanasan badan

ISI KANDUNGAN3.2.1 Melakukan aktiviti pemanasan tubuh yang melibatkan :

- Senaman fizikal (regangan, berguling, lompatan)- Senaman dengan menggunakan alatan

AKTIVITI1. Guru melakukan tunjuk cara senaman fizikal dan diikuti oleh murid.2. Melakukan aktiviti senaman menggunakan alatan.3. Murid mengikuti aktiviti permainan teater pemanasan badan.

BBM1. Bola / Gelung Rotan/ Tali/ Kain/ Kayu

RUJUKAN1. Poulters, Christine, 1987. Playing the Game. The Macmillian Press Ltd. London.2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA1. Maksud senaman fizikal – untuk merangsang kecergasan

2. Contoh : Aktiviti regangan dengan kiraan 8 bermula dari bahagian kepala, leher, bahu, siku,

pergelangan tangan, jari, pinggang, lutut, kaki dan jari kai Aktiviti regangan menggunakan alatan ( contohnya : kerusi )

Duduk, letakkan kaki atas kerusi, berdiri, membuat regangan sambil memegangkerusi

Aktiviti permainan teater ( cermin )- murid membuat dua barisan bertentangan ( barisan A dan barisan B )- murid barisan A membuat aksi dan murid barisan B meniru aksi yang sama- murid barisan B membuat aksi dan murid barisan A meniru aksi yang sama

Page 5: Modul teater kanak kanak

MODUL 4 : OLAH TUBUH 2

Memberi pendedahan mengenai persiapanseorang murid yang bermula daripadasenaman dan memahami tentang fungsisistem tubuh badan yang merangkumi aspekfizikal dan mental.

OBJEKTIFMurid dapat:

- memahami fungsi anggota badan- melakukan latihan asas seni silat, senam seni dan tarian- mengikuti aktiviti permainan teater penggunaan ruang

ISI KANDUNGAN3.2.1 Melakukan aktiviti pemanasan tubuh yang melibatkan :

- Latihan Pemusatan- Latihan Asas Seni

AKTIVITI1. Guru memberi penerangan mengenai fungsi anggota badan.2. Guru membuat tunjuk cara latihan pemusatan serta latihan asas seni silat,

senam seni dan tarian.3. Murid mengikuti permainan teater penggunaan ruang.

BBM1. LCD2. Komputer3. Radio4. CD Instrumental5. Tayangan slaid

RUJUKAN1. Poulters, Christine, 1987. Playing the Game. The Macmillian Press Ltd. London.2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA1. Maksud Latihan Pemusatan – untuk postur, mengurangkan ketegangan dan persediaan

untuk latihan vokal.2. Contoh :

Spine Roll - latihan ini dapat membantu menghilangkan tekanan pada bahagian leherdan bahu.

Pendulum – berdiri setempat dan goyangkan badan ke hadapan dan ke belakangbertujuan untuk memfokuskan kepada keseimbangan badan.

Aktiviti permainan teater ‘ Datuk Harimau ’Murid akan berlari tetapi tidak dibenarkan berkumpul sebaliknya menggunakan ruangsecara bebas.

Page 6: Modul teater kanak kanak

MODUL 5 : IMPROVISASI 1

Improvisasi adalah satu bentuk persembahan yang menghiburkan dan sebagai alat untukmeneroka dalam persembahan. Proses kreativiti memainkan peranan penting untukmelahirkan watak dan idea melalui aksi.

OBJEKTIFMurid dapat

- Mencipta dan mengekalkan perwatakan mengikut situasi- Memanipulasi alat secara maksimun

ISI KANDUNGAN3.3.1 Meneroka dan menjana idea kreatif melalui aktiviti :

- improvisasi alat- improvisasi pergerakan

AKTIVITI1. Guru menerangkan fungsi dan penggunaan improvisasi.2. Guru membimbing murid melakukan aktiviti improvisasi alat dan pergerakan.

BBM1. Payung2. Botol air3. Kerusi4. Lain-lain alat yang difikirkan sesuai

RUJUKAN1. Clausen, Mathew (2000).Centre Stage. Heineman Ltd. Australia.2. Davies, G., Practical Primary Drama, Heineman Educational, 1983.3. www.pyianj.blogspot.com4. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA

1. Maksud improvisasi- Mengubah, membaca, mengucap atau melakukan sesuatu tanpa persiapan.

Perlakuan yang dihasilkan secara tiba-tiba, secara bebas dan bersahaja.

2. Improvisasi Dengan Alat- Siapkan sebuah alat. Misalnya alat tersebut adalah kerusi, maka kerusi tersebut

boleh dianggap sebagai kawan. Ajak berbual dengan kerusi tersebut sepertimengajak kawan berbual. Dengarkan masalah-masalahnya, beri galakkan ataunasihat, kalau memang tidak sesuai, boleh membantahnya dan mungkin bolehmemarahinya atau menghiburnya dan lain-lain.

Page 7: Modul teater kanak kanak

MODUL 6 : IMPROVISASI 2

Improvisasi adalah satu bentuk persembahan yang menghiburkan dan sebagai alat untukmeneroka dalam persembahan. Proses kreativiti memainkan peranan penting untukmelahirkan watak dan idea melalui aksi.

OBJEKTIFMurid dapat

- Mengaplikasikan kemahiran improvisasi yang boleh digunakan sebagai teknik dalamlakonan

- Memperlihatkan perbezaan dalam aktiviti improvisasi secara individu atau kumpulan- Membezakan jenis-jenis improvisasi

ISI KANDUNGAN3.3.1 Meneroka dan menjana idea kreatif melalui aktiviti :

- improvisasi kepekaan deria- improvisasi situasi

AKTIVITI1. Guru memperkenalkan imrovisasi kepekaan deria dan situasi.2. Guru membimbing murid melakukan aktiviti improvisasi tersebut.3. Guru membentuk murid kepada kumpulan kecil dan melakukan improvisasi yang

berbeza.

BBM1. Radio2. CD instrumental3. Teks ringkas4. Alat yang sesuai

RUJUKAN1. Clausen, Mathew (2000).Centre Stage. Heineman Ltd. Australia.2. Davies, G., Practical Primary Drama, Heineman Educational, 1983.3. www.pyianj.blogspot.com4. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA1. Improvisasi berdasarkan situasi

- Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid

diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.Teknik ini boleh dijalankan

untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.

- Contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua

mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.

Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?

- Contoh 2 : Mencipta sebuah cerita di mana murid akan meneroka situasi yang

melibatkan perubahan cuaca ( panas, dingin, sejuk ) dan perubahan perasaan

( gembira, sedih, seram, sayu ).

Page 8: Modul teater kanak kanak

MODUL 7 : GERAKPendedahan kepada pergerakan di atas pentas dalam sesebuah persembahan ataupementasan.

OBJEKTIFMurid dapat

- Melakukan pergerakan mengikut gerak alam- Melakukan pergerakan secara peniruan

ISI KANDUNGAN3.3.1 Meneroka dan melahirkan ekspresi melalui aktiviti :

- gerak alam- gerakan meniru

AKTIVITI1. Guru menunjuk cara gerakan mengikut objek alam semula jadi seperti pokok, air laut.2. Guru menunjuk cara gerakan peniruan gerak haiwan seperti burung, monyet,

harimau.3. Guru membentuk kumpulan kecil.4. Guru mengedarkan kad watak dan murid melakukan aksi gerak mengikut kad yang

diberikan.5. Iringan muzik boleh digunakan untuk membantu mood murid.

BBM1. Radio2. CD instrumental3. Kad watak

RUJUKAN1. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA1. Pergerakan merangkumi pelakuan-pelakuan keluar – masuk, menyeberang, duduk,

bangun, naik turun tangga, berlari, melompat di atas pentas.

2. Tujuan pergerakan:- mencantikkan produksi dan pementasan- menarik perhatian penonton kepada watak atau ruang tertentu- mengubahsuaikan adegan kelompok individu atau watak tertentu supaya tidak kaku

dalam lakonan- menarik perhatian penonton kepada ruang lakon tertentu- menonjolkan emosi watak dan pelakon- menonjolkan latar belakang pentas dan juga suasana adegan- mengimbangi ruang pentas atau ruangan lakonan- tujuan teknikal untuk membaiki komposisi

Page 9: Modul teater kanak kanak

MODUL 8 : PENCERITAAN

Melatih kemahiran bercerita di kalangan pelajar. Pelajar diberi kefahaman dan kemahiranpelbagai teknik dan gaya penceritaan yang bersistem.

OBJEKTIFMurid dapat

- Membentuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak- Meneliti dan menginterpertasi bahan penceritaan yang akan disampaikan- Mengaplikasi teknik dan kemahiran teater dalam penceritaan

ISI KANDUNGAN2.6.1 Berkomunikasi dalam kehidupan dengan menggunakan pelbagai kaedah

penyampaian- Memilih naskhah dan membaca cerita- Memaham dan menyampaikan mengikut gaya bercerita

AKTIVITI1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.2. Murid membaca naskhah cerita secara bergilir-gilir.3. Murid menyampaikan cerita mengikut kreativiti dan penampilan yang tersendiri4. Murid melakukan aktiviti permainan teater ( menyambung cerita )

BBM1. Naskhah cerita

RUJUKAN1. Barker, Clive 1977. Theatre Games. The Macmilan Press Ltd London.2. Drama With Children, Sarah Phillips.3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA1. Panduan memilih cerita- Pilih cerita yang mempunyai tema dan isi cerita yang menarik dan mudah difahami.- Pilih cerita yang mempunyai jalinan peristiwa yang kemas, mantap dan tidak meleret.- Pilih cerita yang mempunyai unsur suspens, misteri dan kecindan ( jenaka )- Pilih cerita yang mempunyai mesej, pengajaran, teladan dan nilai-nilai murni.- Pilih cerita yang dapat disampaikan dalam masa yang pendek.

2. Panduan bercerita- Tunjukkan sikap yang yakin- Bercerita dengan tenang dan jelas- Boleh mempelbagaikan intonasi suara dan mimik muka untuk menghidupkan watak- Gunakan gerak atau aksi yang sesuai dan bersahaja

Page 10: Modul teater kanak kanak

MODUL 9 : VOKAL

Pendedahan tentang penggunaan suara untuk pentas dan lantunan vokal yang berirama.Kematangan dalam menggunakan vokal dengan lakon yang sesuai. Melatih muridkemahiran menginterpertasi dan pembacaan naskah lakon.

OBJEKTIFMurid dapat

- Menggunakan suara dan peringkat suara ketika persembahan- Menyebut huruf serta mengucapkan ayat dengan jelas, padu, mantap dan kuat- Berdialog mengikut kesesuaian watak dan situasi

ISI KANDUNGAN3.3.1 Mengaplikasi teknik vokal dan dinamik suara ( ton, intonasi, diksi dan artikulasi )

- pengawalan pernafasan- kelancaran pengucapan- postur fizikal

AKTIVITI1. Guru memberi penerangan tentang teknik vokal yang betul.2. Sesi tunjuk cara pernafasan yang betul dengan menyebut huruf serta mengucapkan

ayat. Murid melakukan latihan pernafasan.3. Murid membayangkan pengucapan vokal mengikut situasi dan melakukan latihan

pengucapan.

BBM1. Radio2. CD instrumental3. Teks ringkas4. Objek yang sesuai

RUJUKAN1. Walters, Richard (2000): The Singer’s Musical Theatre Anthology. Mezzo-

Soprano/Belter. Publisher HalLeonard Pub Corp Published. United States.2. An Introduction to Child Drama, Peter Slade (Unibooks University of London Press

Ltd3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA1. Jenis pengucapan

Pengucapan Dinamika – penekanan pada kata atau kata-kata membawa maksuddan pengertian tertentu.

Pengucapan Tempo – teknik pengucapan dengan memanjangkan kata untukmenimbulkan kesan keadaan, tempat, suasana dan kejadian yang bagaimana.

Pengucapan Nada/Tone – teknik pengucapan yang mengungkap suasana ataukeadaan, harapan atau kejadian yang berlaku yang dilontarkan.

Pengucapan Pic – teknik pengucapan pic bagi meninggikan suara ataumerendahkan suara untuk menggambarkan keadaan yang sedang berlaku atausuasana tempat.

Page 11: Modul teater kanak kanak

2. Maksud Artikulasi – kejelasan menyebut kata, dengan dititikberatkan kepadamembunyikan setiap huruf vokal dan huruf konsonan untukmenghasilkan suku kata.

3. Maksud Intonasi – mencipta naik turun suara sesuai dengan keadaan, suasana dantempat berlaku.

4. Jenis pernafasan Pernafasan dada – cara pernafasan yang biasa dilakukan dimana sewaktu menarik

nafas, dada dikembungkan dan apabila nafas dilepaskan. Samada melalui ronggahidung atau rongga mulut, dada kembali seperti biasa. Diulang pernafasan dengantenang.

Pernafasan perut – dilakukan dengan menarik nafas melalui rongga hidung dankeadaan perut dikembungkan dan apabila nafas dilepaskan samada melalui ronggahidung /mulut, perut kembali jadi kempis seperti biasa. Diulangi pernafasan dengantenang.

5. Latihan Kataa. Latihan ini dilakukan dengan cara menggabungkan huruf-huruf tersebut di atas denganhuruf vokal. Misalnya pa dengan ba atau ta dengan da, ki dengan gi dan seterusnya.

b. Latihan diteruskan sudah dalam bentuk kata, misalnya:- Apabila- Perpustakaan- Begitu- Kudengar- Menyambut- Luput

6. Latihan Ayata. Latihan ini dilakukan dengan cara mengeja dengan benar. Bacalah dengan pelan-pelandan rasakan gerak organ produksi suara yang terlibat serta rasakan posisi organ tersebut.

Abang : Tengah malam nanti, apabila angin mendayu dan bulan luput dari mata. Akandatang sebuah kereta kencana untuk menyambut kita berdua. Waktu itu aku sedangmencari-cari buku harianku di kamar perpustakaan, lalu kudengar suara itu isinya kuranglebih begitu tapi aku tak tahu bagaimana persisnya.

( dipetik dari naskah Kereta Kencana karya Eugene Ionescoterjemahan W.S. Rendra )

b. Setelah itu baca sekali lagi dan rakam untuk membezakan hasilnya, perhatikan huruf-huruf yang digaris di bawah dan dicetak tebal.

Abang: Tengah malam nanti, apabila angin mendayu dan bulan luput dari mata. Akandatang sebuah kereta kencana untuk menyambut kita berdua. Waktu itu aku sedangmencari-cari buku harianku di kamar perpustakaan, lalu kudengar suara itu isinya kuranglebih begitu tapi aku tak tahu bagaimana persisnya.

( dipetik dari naskah Kereta Kencana karya Eugene Ionesco terjemahan W.S. Rendra )

Page 12: Modul teater kanak kanak

MODUL 10 : ASAS LAKONAN 1

Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuatsesebuah persembahan.

OBJEKTIFMurid dapat:

- mengenali dan mempelajari prinsip asas lakon- menghayati dan melahirkan emosi melalui subjek yang ditentukan- membuat persembahan secara berkumpulan

ISI KANDUNGAN3.8.1 Mengenali dan memahami teknik asas lakon melalui aktiviti :

- Ekspresi dan emosi

AKTIVITI1. Murid didedahkan dengan peringkat ekspresi gerak dan suara manusia secara

umum.2. Guru membimbing murid membuat pemerhatian terhadap alam sekeliling di luar bilik

darjah.3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.4. Secara berkumpulan murid akan dibimbing membuat lakonan terhadap suara dan

tingkah laku manusia atau haiwan. ( ekspresi perasaan yang berbeza bagi setiapkumpulan )

BBM1. Radio2. CD Instrumental

RUJUKAN1. McCaslin, Nellie, Children and Drama, David McKay, New York, 1975.2.O’Neill, C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTASuara / Vokal – bertindak bagi menyatakan isi perasaan dan fikiran seseorang.Ia dilontarkanbagi kepentingan:

menyalur kata dari drama kepada penonton member erti terutamanya pada kata-kata tertentu melalui modulasi suara mengendalikan perasaan penonton melengkapkan variasi

Page 13: Modul teater kanak kanak

MODUL 11 : ASAS LAKONAN 2

Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuatsesebuah persembahan.

OBJEKTIFMurid dapat:

- Memahami fungsi watak dalam sesuatu cerita- Berupaya mengenal watak dan perwatakan secara mendalam- Menghayati dan melakonkan watak dalam cerita

ISI KANDUNGAN3.8.1 Mengenali dan memahami teknik asas lakon melalui aktiviti :

- Imaginasi dan perwatakan

AKTIVITI1. Guru memilih satu naskah lakon yang mudah.2. Murid diperkenalkan dengan watak-watak dalam cerita yang dibekalkan.3. Guru mengagihkan watak-watak yang ada di dalam cerita tersebut kepada murid

mengikut kesesuaian perwatakan murid itu sendiri.4. Guru membimbing murid memahami dan menghayati watak yang diberikan untuk

dipersembahkan.5. Murid mengambil giliran untuk mempersembahkan watak yang diberikan.

BBM1. Naskah cerita

RUJUKAN1. McCaslin, Nellie, Children and Drama, David McKay, New York, 1975.2.O’Neill, C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA1. Di dalam sesebuah pementasan atau persembahan kadang kala pelakon perlumelakukan gerakan-gerakan interaksi yang mana objek atau benda tidak kelihatan di ataspentas.

2. Pelakon perlu berimaginasi serta membayangkan dengan melakukan gerakan-gerakansupaya dapat di fahami.

3. Latihan imaginasi tanpa ‘props’a. Tiada Tempat Berlindung - Ambil suatu posisi di tempat yang berbeza dalam sebuah

ruangan. Semuanya membayangkan tidak punya tempat untukberlindung. Rasakan akan kedatangan bahaya yangmengancam jiwa dan tidak ada tempat untuk berlindung.Mulailah bergerak dengan menyambar, berlari, kadang-kadangberhenti membeku. Biarkan ekspresi merasakan ketakutantersebut. Kadang anda berkelompok, kadang anda sendiri danusahakan agar bayangan dan perasaan itu tersebut menjadijelas. Rasakan intensitas tersebut tumbuh dan berkembang keberbagai arah.

b. Jambatan Tali - Bayangkan seutas tali yang direntangkan tinggi di atas lantai, kemudianberdiri di atas panggung dan siap untuk mencuba melintasi tali itu.

Page 14: Modul teater kanak kanak

Jangan terburu-buru bila belum siap, tunggu sampai mendapatkangambaran yang jelas tentang jembatan tali tersebut. Jika sudah siap,mulailah perjalanan tersebut. Untuk pertama kali mungkin menemukankesulitan, tetapi jangan berhenti. Harus tetap dicuba dan cuba denganberbagai cara. Jangan tergesa dan tetaplah berkonsentrasi padaperasaan yang dirasakan. Ketika sudah siap biarkan perasaan yangmembuat bergerak. Kalau dalam bayangan merasa kesulitan,ekspresikan kesulitan tersebut.

Page 15: Modul teater kanak kanak

MODUL 12 : ASAS TEKNIKAL

Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuatsesebuah persembahan.

OBJEKTIFMurid dapat:

- Memahami peranan setiap ahli dalam produksi- Memahami fungsi dan bentuk busana dan tatarias- Memahami fungsi sinografi dalam pementasan

ISI KANDUNGAN3.9.1 Memahami dan mengenali aspek asas teknikal dalam sesebuah produksi yang

melibatkan :- Peranan ahli dalam produksi- Busana (pakaian) / Tatarias (solekan)- Sinografi (set /props / tatacahaya /tatabunyi)

AKTIVITI1. Guru memperkenalkan peranan setiap ahli dalam sesebuah produksi

persembahan teater.2. Guru juga memperkenalkan bentuk busana / pakaian dan tatarias/ solekan serta

aspek sinografi dalam sesebuah pementasan.3. Secara berpasangan, murid dikehendaki memilih pakaian dan solekan yang

sesuai dengan watak yang diberikan oleh guru sebelum ini.

BBM1. Komputer2. LCD3. Poster

RUJUKAN1. 2.O’Neill, C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.2. . www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

NOTA

1. Peranan Tenaga Kerja Produksi dan Kreatif– menyediakan dan melaksanakan bahan produk berupa seni persembahan.– mengurus dan memantau proses kreatif bersama karyawan atau seniman yang

terlibat daripada hasil seni berbentuk teori atau idea hingga dapat dipamerkan.

2. Tata Busana - seni pakaian dan segala kelengkapan termasuk segala aksesori sepertitopi, kasut, skaf, rantai, gelang dan segala unsur yang ada pada pakaianuntuk menggambarkan watak

3. Tatarias – seni mengubah penampilan wajah menjadi lebih sempurna / seni mengubahwajah untuk menggambarkan karakter.

4. Sinografi – adalah bersifat visual di mana ia menceritakan tentang set, kostum, solekan,props, cahaya dan bunyi.