assignment teater kanak-kanak

27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN TUGASAN PROJEK TEATER KANAK-KANAK PSE 3043 E Nama : HEW JING TING, MICHELLE No. K/P : 920229-08-6060 No. Matriks : 28469 Program : PISMP Ambilan : JAN 2013 Unit : L7B

Upload: michelle-hew

Post on 24-Jan-2016

136 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

teater kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Teater Kanak-kanak

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran Malaysia

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEK

TEATER KANAK-KANAK

PSE 3043 E

Nama : HEW JING TING, MICHELLE

No. K/P : 920229-08-6060

No. Matriks : 28469

Program : PISMP

Ambilan : JAN 2013

Unit : L7B

Nama Pensyarah : EN ISMAIL BIN MOHD NOH

Tarikh Serahan : 1 SEPTEMBER 2015

Page 2: Assignment Teater Kanak-kanak

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan sastera, perkataan teater sentiasa disebut-sebut oleh

mereka yang aktif dalam bidang lakonan pentas dan penulisan skrip. Makna

teater boleh ditakrifkan seperti berikut. “Teater adalah salah satu bentuk kegiatan

manusia yang secara sedar menggunakan tubuhnya sebagai unsur utama untuk

menyatakan dirinya yang diwujudkan dalam suatu karya seni suara, bunyi dan

rupa yang dijalin dalam cerita pergelutan kehidupan manusia.” Menurut Peter

Brook, “teater akan menjadi tempat yang indah bagi orang-orang yang mabuk

dan kesepian, teater merupakan sebuah tindak budaya, teater bukanlah tempat

untuk melarikan diri ataupun untuk mencari perlindungan”.

Seni teater atau drama merupakan satu cara belajar bagi golongan

dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kita boleh mengenal diri dan masyarakat

melalui teater yang dipentaskan. Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau

remaja merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para pelajar. Teater

memainkan peranan penting dalam pendidikan. Teater bukan sekadar melatih

murid fasih bertutur, cekap berkomunikasi, mahir berfikir dan berketrampilan

menarik, malah melalui aktiviti teater juga murid boleh mempertingkatkan potensi

diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Terdapat beberapa konsep berkaitan dengan teater dalam pendidikan dan

juga teater kanak-kanak yang menjadi teras kepada perkembangan bidang

teater di sekolah. Antara beberapa konsep teater dalam pendidikan yang boleh

menjadi panduan dalam menghasilkan sebuah pementasan teater di sekolah

ialah perlu merangsang pemikiran dan mendalami serta menyentuh perasaan,

menggunakan bahan daripada sumber kurikulum atau isu sosial sebagai tema

dan sering dipersembahkan oleh kumpulan teater professional atau pelakonnya

Page 3: Assignment Teater Kanak-kanak

adalah guru. Selain itu, matlamat utama pementasan adalah untuk merangsang

pelajar dalam pemahaman terhadap isi pelajaran di samping sebagai hiburan.

Kesimpulannya, dalam pementasan sebuah teater kanak-kanak, sebuah

skrip yang baik juga perlu dihasilkan yang memenuhi aspek yang telah

ditetapkan supaya mereka dapat belajar sambil berhibur. Nilai murni perlu

diterapkan dengan lebih jelas agar kanak-kanak dapat memahami tujuan

sebenar teater tersebut dipersembahkan. Selain itu, jalan cerita juga mestilah

mudah, ringkas dan menarik dengan tambahan penggunaan latar tempat yang

mampu menyerlahkan lagi suasana teater. Oleh itu, mereka dapat

menghayatinya dengan lebih seronok.

Page 4: Assignment Teater Kanak-kanak

2.0 SKRIP TEATER KANAK-KANAK

Tajuk : POSYEN AJAIB

Watak-watak :

Naga (Tom Tom) Rakan Jojo :-

Beruang 1) Burung

Jam 2) Musang

Robot 3) Kucing

Penguin ( Jojo) 4) Arnab

Kelawar

Tempat

Di dalam rumah Tom Tom (dalam hutan), hutan dan gua.

Masa

Pada waktu pagi hingga petang (sehari)

Pentas

Kedudukan pentas dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Rumah Tom Tom, hutan

dan di dalam gua. Pentas dihiasi dengan pokok-pokok seperti hutan dan dalam

gua.

Page 5: Assignment Teater Kanak-kanak

Sinopsis

Skrip teater kanak-kanak ini menceritakan tentang kisah Jojo dan kawan-

kawannya yang menolong Tom Tom (seorang naga yang merupakan ahli sihir)

mendapatkan ‘buah mujarab’ bagi membetulkan kesilapan yang telah dia

lakukan pada posyen ajaibnya itu. Kisah ini bermula apabila Jam bertemu

dengan Tom Tom untuk meminta bantuan Tom Tom untuk menukarnya kepada

jam baru tetapi Tom Tom telah menukarkannya kepada separuh jam separuh

kereta. Tom Tom meminta maaf dan berjanji akan membuat satu posyen ajaib

baru untuk memulihkan Jam tetapi Jam merajuk dan keluar daripada rumah Tom

Tom.

Apabila Jojo dan kawannya tiba, Tom Tom telah menceritakan peristiwa

tersebut kepada mereka. Tom Tom memanggil Jam tetapi Jam tidak ingin keluar

dan mencuba posyen baru tersebut. Robot pun menawarkan diri untuk mencari

Jam dan memberi posyen baru yang diciptanya kepada Jam. Apabila robot

berjumpa dengan Jam di dalam hutan, Jam mencabar Robot untuk mencuba

posyen itu terlebih dahulu. Tidak disangka, posyen tersebut telah menukar Robot

menjadi keretapi.

Untuk menyelamatkan Robot, Jojo dan kawannya bersama-sama Tom

Tom telah masuk ke hutan untuk mencari ‘Buah Mujarab’ yang dikatakan boleh

memulihkan keadaan Robot kepada keadaan asalnya. Setelah melalui beberapa

rintangan dalam perjalanan mendapatkan ‘Buah Mujarab’ tersebut, Jojo dan

rakannya telah berjaya memperolehi ‘Buah Mujarab’. Mereka telah berjaya

memulihkan Robot dan Jam kepada keadaan asal mereka.

Page 6: Assignment Teater Kanak-kanak

Babak 1

Di dalam hutan, tinggal seekor naga yang bernama Tom Tom. Dia merupakan

ahli sihir yang terkenal.

Tom Tom : Hmm…Hmm…Hmm…(sambil mencampur ramuan untuk

posyennya)

Jam telah meminta bantuan Tom Tom untuk menukarnya menjadi jam yang

baru.

Tom Tom : Ahhhh…! Akhirnya saya berjaya menyiapkan posyen ajaib ini.

(dengan wajah yang gembira)

Jam : Hmm.. Adakah anda pasti? (dengan wajah yang ragu)

Tom Tom : Jangan risau. Minumlah posyen ajaib ini. Anda pasti akan menjadi

jam yang baru! (dengan nada penuh kepastian)

Jam : Uerkkk.. Perlukah saya minum benda ini? (dengan wajah jijik)

Tom Tom : Percayalah pada saya. Minumlah posyen ini. (sambil meletakkan

cawan pada mulut Jam)

Jam pun meminum posyen ajaib tersebut. Tiba-tiba……..

Jam : Arghh.. Arghh.. Apa yang sudah jadi ini? Mengapa saya bertukar

menjadi sebuah kereta! (sambil melompat-lompat)

Tom Tom : Hmm.. Ini amat pelik. (mengaru-garu kepala sambil berfikir di

mana kesilapan posyen tersebut). Owh! Saya terlupa untuk letak

buah pear dalam posyen ini.

Jam : Bagaimana awak boleh terlupa dan membuat kesilapan ini!

(melompat-lompat dalam kemarahan)

Page 7: Assignment Teater Kanak-kanak

Tom Tom : Maafkan saya! Jangan risau. Saya akan membuat posyen ajaib

yang baru dengan segera untuk memulihkan keadaan anda.

Jam : Urghhh.. Saya tidak patut minum posyen tersebut dari awal lagi.

(merungut pada diri sendiri)

Tom Tom segera bergerak ke mejanya dan mula mencampur semula ramuan

baru untuk diberi kepada Jam.

Tom Tom : Sekarang, campur ramuan ini. Seterusnya yang ini (berkata-kata

pada dirinya sendiri sambil mencampur ramuan-ramuan)

Sambil Tom Tom mencampur ramuannya….

Jojo dan rakan-rakannya : Tom Tom!

Tom Tom berhenti mencampur ramuan untuk posyennya dan berjalan ke arah

pintu rumahnya untuk membuka pintu rumahnya.

Tom Tom : Siapa di sana?

Jojo dan rakan-rakannya : Kita. (sambil melambai-lambai)

Tom Tom : Ah.. Jemputlah masuk. (sambil mempelawa Jojo dan rakan-

rakannya masuk ke rumahnya)

Jojo dan rakan-rakannya pun berjalan masuk ke rumah Tom Tom. Tiba-tiba….

Jam : Saya akan keluar dari sini! (sambil meluru dengan cepat keluar

dari rumah Tom Tom)

Tom Tom : Jam, mana awak pergi! (menjerit)

Jam : Saya tidak akan mengambil risiko untuk meminum satu lagi

posyen awak yang tidak berkesan itu. (bergerak ke arah hutan).

Jojo : Apa yang Jam maksudkan itu? (bertanya kepada Tom Tom)

Page 8: Assignment Teater Kanak-kanak

Tom Tom : Ugh.. Ugh.. Tiada apa-apa. Jom masuk ke dalam rumah.

Jojo dan rakan-rakannya pun masuk ke rumah Tom Tom. Mereka duduk

berdekatan dengan Tom Tom yang kembali mencampur ramuan untuk

menyiapkan posyen tersebut untuk Jam.

Tom Tom : Tunggu sekejap ya. Hanya seketika (Tom Tom memberitahu Jojo

dan rakan-rakannya untuk menunggunya seketika sambil dia

menyiapkan posyen untuk Jam)

Arnab : Apa yang anda sedang buat?

Tom Tom : Saya sedang membuat posyen ajaib.

Jojo dan rakan-rakannya : Posyen ajaib?

Tom Tom : Hmm.. ya. Jom pergi menukarkan Jam kepada sebuah jam yang

baru. (sambil menuang posyen yang sudah siap ke dalam sebuah

cawan)

Tom Tom bersama-sama Jojo dan rakan-rakannya berjalan menuju ke luar

rumah. Di luar rumah..

Tom Tom : Jam! Saya sudahpun membuat satu posyen yang baru. Datang

dan cuba posyen baru ini. Saya pasti ia akan berkesan kali ini.

(sambil memandang merata-rata). Hmm.. Jam tak akan datang?

(berkata kepada dirinya sendiri sambil memandang posyennya

dengan muka yang sedih dan kecewa).

Robot : Tom Tom, biar saya sahajalah yang pergi untuk memberi posyen

ini kepada Jam.

Tom Tom : Baiklah. Pastikan Jam minum posyen ini ya.

Musang : Awak pasti awak mampu menguruskan perkara ini, Robot?

Page 9: Assignment Teater Kanak-kanak

Robot : Ya.

Robot pun bergerak masuk ke hutan untuk mencari Jam.

Babak 2

Di dalam hutan…

Robot : Jam, keluarlah Jam!

Jam : Tidak! Saya tidak akan keluar!

Robot berhenti setelah mendengar suara Jam. Dia ternampak jam sedang

bersembunyi di belakang sebatang pokok yang besar.

Robot : Ah. Itupun awak (berkata pada dirinya sendiri).

Robot bergerak menuju ke arah pokok tersebut dan muncul dari belakang Jam.

Robot : Hey Jam!

Jam : Arhhhhhhh (melompat kerana terkejut)

Robot : Cubalah posyen ini. Tom Tom telah membuat posyen ini untuk

awak. (sambil memberi posyen tersebut kepada Jam)

Jam : Lihatlah saya. Inilah yang telah berlaku kepada saya setelah

meminum posyen yang dicampurkan oleh Tom Tom. Sekarang

awak hendak saya minum posyen yang dia buat lagi? Ini tidak akan

berlaku!

Robot : Ini posyen baru. Cubalah (dengan nada memujuk)

Jam : Pergi! Apa kata awak cubanya dulu. (dengan nada marah)

Page 10: Assignment Teater Kanak-kanak

Robot : Saya tidak boleh minum posyen ini. Saya akan rosak jika terkena

air.

Jam : Awak hendak saya minum benda yang awak sendiri tidak

mungkin akan cuba? (sambil menoleh ke arah lain)

Melihat kedegilan Jam, Robot mengambil keputusan untuk minum posyen

tersebut.

Robot : Hmm.. Baiklah! Saya akan minum posyen ini dulu.

Tiba-tiba…..

Babak 3

Di hadapan rumah Tom Tom….

Kucing : Awak semua rasa Robot akan berjaya memujuk Jam untuk minum

posyen tersebut?

Musang : Ermmm (sambil menggeleng-geleng kepalanya)

Hoot Hoot!!! Kelihatan sebuah keretapi menuju ke arah Jojo dan rakan-rakannya

yang lain yang berada di hadapan rumah Tom Tom. Keretapi tersebut berhenti di

hadapan Jojo dan rakan-rakannya.

Jojo : Mengapa boleh terdapat keretapi di dalam hutan?

Tom Tom : Saya pun tidak tahu. (sambil menggeleng kepala)

Robot : (yang telah bertukar menjadi keretapi) Ada sesiapa yang ingin

menaiki keretapi? (melihat belakangnya) Owh! Tiada tempat duduk

di belakang.

Page 11: Assignment Teater Kanak-kanak

Tom Tom, Jojo dan rakan-rakannya terkejut apabila menyedari bahawa keretapi

itu merupakan rakan mereka iaitu Robot.

Tom Tom, Jojo dan rakan-rakannya : Apa yang telah berlaku pada awak, Robot?

Robot : Semua sudah naik? Jom kita bertolak sekarang (Robot sudah

tidak sedar diri)

Pon Pon!!! Kedengaran pula Jam menuju ke arah mereka dengan wajah yang

risau dan cemas.

Tom Tom : Itupun awak. Apa yang sudah berlaku pada Robot?

Jam : Dia telah mengambil posyen ajaib tersebut dan bertukar menjadi

keretapi. (dengan muka bersalah)

Jojo dan rakan-rakannya : Apa????

Tom Tom : Haih. (sambil memandang ke lantai dan menggeleng kepala).

Robot telahpun terkena sihir.

Arnab : Apa yang perlu kita buat? (dengan wajah sedih dan risau)

Tom Tom : Hmm.. (sambil berfikir)

Tiba-tiba…..

Robot : Semua orang, sila ke tepi! (meluru dengan cepat menuju ke arah

Jojo dan rakan-rakannya yang sedang berdiri di situ)

Tom Tom : Arghh…bulabulagologolotomtomappealwillwill (segera membaca

jampi untuk membuat landasan keretapi supaya Robot tidak

melanggar mereka yang sedang berada di situ)

Tom Tom telah membuat satu landasan bulat untuk Robot. Selepas itu, dia

bersama-sama Jam, Jojo dan rakan-rakannya telah masuk ke rumahnya untuk

Page 12: Assignment Teater Kanak-kanak

mencari jalan untuk memulihkan Robot. Di dalam rumah, Tom Tom telah

membuka buku-buku jampinya untuk mencari jalan penyelesaian.

Tom Tom : Ah! Ini dia.

Burung : Apa yang perlu kita buat?

Tom Tom : Kita perlu mendapatkan Buah Mujarab di dalam sebuah gua di

dalam hutan.

Jojo : Apa yang kita tunggu lagi. Jom kita pergi untuk mendapatkan

Buah Mujarab tersebut.

Tom Tom : Tetapi…. Perjalanan ke gua tersebut amat berbahaya.

Semua : Hmmm… (dengan wajah sedih)

Suasana di dalam rumah Tom Tom diam seketika sehinggalah……

Musang : Saya akan pergi!

Arnab : Saya juga!

Jojo : Saya akan ikut bersama!

Beruang : Saya tidak boleh membiarkan kamu pergi begitu saja. Saya akan

turut serta.

Tom Tom : Jika kamu semua sudah membuat keputusan, jom bertolak ke gua

itu sekarang.

Tom Tom, Jojo dan rakan-rakannya pun bertolak ke dalam hutan untuk

mendapatkan Buah Mujarab.

Jam : Berhati-hati semua. (sambil melambai-lambai)

Musang : Jagalah Robot semasa kami tiada ya!

Page 13: Assignment Teater Kanak-kanak

Babak 4

Semasa di dalam hutan….

Arnab : Tebalnya kabus di sini. Saya tidak dapat melihat dengan jelas apa

yang ada di hadapan saya.

Musang : Wah! Hutan ini sangat cantiklah.

Arnab : Eh, kawan-kawan. Lihat! Besarnya cendawan ini.

Tom Tom : Ah! Ah! Jangan Jangan sentuh cendawan itu. (dengan nada yang

cemas)

Tiba-tiba…..

Cendawan : (memandang ke atas) Argh..siapa awak (dengan nada yang

garang)

Arnab : Lihat! Cendawan ini sedang bercakap. (dengan muka terkejut)

Cendawan : Urghhhh.. Kita ada penceroboh.

Semua cendawan di persekitaran menghampiri Jojo dan rakan-rakannya.

Cendawan : Jom dapatkan mereka!

Tom Tom : LARI!

Tom Tom bersama-sama Jojo dan rakan-rakannya lari dengan cepat. Sambil itu..

Jojo : Tom Tom, gunalah sihir awak ke atas cendawan-cendawan

tersebut.

Tom Tom : Bukan saya tidak ingin menggunakan sihir saya. Cuma sihir saya

tidak memberi kesan kepada cendawan-cendawan tersebut.

Semua : AHHHHHHHH…(berlari sedaya upaya)

Page 14: Assignment Teater Kanak-kanak

Tiba-tiba Beruang memberhentikan langkahnya.

Beruang : Awak semua lari! Serahkan ini kepada saya.

Jojo bersama-sama Tom Tom dan rakannya yang lain meneruskan larian

mereka.

Cendawan : Haha. Awak seorang berani menghadapi kami yang ramai ini?

Beruang : Hmm. Adakah awak tahu apa makanan kegemaran saya?

CENDAWAN! Arghhhhhh…..

Cendawan : Ahh.. Cendawan? (berpura-pura takut) Awak ingin tahu apa pula

makan kegemaran kami? BERUANG! Hahahaha.

Beruang : Be..be…beruang? (dengan perasaan takut)

Beruang segera berlari apabila dikejar oleh cendawan-cendawan tersebut.

Babak 5

Jojo dan rakan-rakannya telah menjumpai gua di mana Buah Mujarab itu berada.

Mereka pun masuk dan bersembunyi di pintu gua tersebut untuk menunggu

Beruang. Apabila mereka melihat Beruang sedang berlari ke arah gua tersebut…

Jojo : Beruang, Beruang! Sini Sini!

Beruang pun masuk ke dalam gua tersebut untuk menyembunyikan diri daripada

cendawan-cendawan.

Beruang : Uhhhh.. Kita dah selamat sekarang. (dengan perasaan lega)

Arnab : Ya. Saya gembira awak dapat sampai ke sini dengan selamat.

Mereka semua pun berjalan masuk ke dalam gua tersebut.

Page 15: Assignment Teater Kanak-kanak

Semua : Wahhhh.. (sambil melihat sekeliling gua)

Tiba-tiba…

Semua : Uh..Uh.. KELAWAR (dengan perasaan takut)

Kelawar : Siapa awak semua? (dengan nada yang rendah dan garau)

Jojo : Err.. er.. Maksud awak kami? (dengan perasaan takut) Saya Jojo

dan mereka merupakan rakan-rakan saya.

Kelawar : Hmm.. Apa yang awak semua buat kat sini.

Beruang : Kami sedang mencari Buah Mujarab.

Kelawar : Buah Mujarab? Kenapa awak hendak mendapatkan Buah

Mujarab. Itu merupakan harta jagaan kami di sini.

Burung : Seorang daripada rakan kami terkena sihir. Kami memerlukan

Buah Mujarab untuk memulihkannya. Tolonglah kami mendapatkan

Buah tersebut untuk membantu rakan kami. (sambil terbang ke

hadapan kelawar yang kelihatan gantung pada dinding gua).

Kelawar : Hmm.. Memandangkan kamu semua sanggup mengambil risiko

ini untuk menyelamatkan rakan kamu, saya akan memberi kamu

peluang untuk mendapatkan Buah Mujarab daripada pokoknya.

Kelawar pun membawa Jojo dan rakannya ke tempat pokok Buah Mujarab itu

berada. Dilihat pokok Buah Mujarab berada di atas sebuah batu besar di tengah-

tengah gua dan batu tersebut dipisahkan daripada tempat di mana Jojo dan

rakannya berada.

Kelawar : Ini dia pokok Buah Mujarab. Saya akan tinggalkan kamu semua

sekarang. Kamu sepatutnya tahu apa yang perlu kamu lakukan

sekarang.

Page 16: Assignment Teater Kanak-kanak

Kelawar pun terbang meninggalkan Jojo dan rakan-rakannya.

Semua : Terima kasih, Kelawar.

Beruang : Lihat tu. Macam mana kami hendak ke seberang untuk

mendapatkan Buah Mujarab?

Mereka semua duduk untuk memikirkan jalan penyelesaian. Tiba-tiba Burung

bersuara.

Burung : Saya boleh terbang! (sambil terbang ke arah pokok Buah Mujarab

dan hinggap di atas Buah Mujarab)

Jojo : Berhati-hati, Burung.

Burung : Lemparkan satu hujung tali ke sini supaya saya boleh

mengikatnya pada Buah Mujarab ini dan kamu semua boleh

menarik tali tersebut untuk mendapatkan Buah Mujarab ini.

Beruang pun melempar tali ke arah Burung dan Burung mengikat tali tersebut

pada Buah Mujarab.

Burung : Sudah! Sekarang tarik!

Jojo dan rakan-rakannya di seberang menarik tali tersebut sekuat hati.

Burung : Buah ini sudah bergerak. Kuat lagi.

Semua : Urhhh.Urhh (sambil menarik tali)….Ahhh.. (Jatuh ke belakang)

POP!!

Jojo : Yayyy! Sudah dapat Buah Mujarab ini. (sambil memegang Buah

Mujarab yang berjaya ditangkapnya)

Burung : Kita sudah berjaya.

Page 17: Assignment Teater Kanak-kanak

Mereka semua ketawa terbahak-bahak kerana gembira atas kejayaan mereka

mendapatkan Buah Mujarab tersebut. Mereka kemudian pun bertolak pulang ke

rumah Tom Tom.

Babak 6

Setibanya di rumah Tom Tom…

Tom Tom : Jam, bagaimana keadaan Robot (sambil melambai-lambai

tangannya).

Jam : Dia asyik bergerak dalam bulatan di atas landasan yang awak

bina dari tadi sahaja.

Musang : (menyentuh Tom Tom) Awak pasti Buah Mujarab ini dapat

memulihkan Robot?

Tom Tom : Ya. Saya pasti!

Tom Tom pun masuk ke dalam rumahnya dan menyediakan posyen untuk

memulihkan Jam dan Robot kepada keadaan asal mereka. Dia menambahkan

Buah Mujarab tersebut ke dalam posyen tersebut. Setelah selesai, dia membawa

posyen itu ke luar rumah..

Tom Tom : Jam, minumlah posyen ini.

Jam : Awak pasti?

Tom Tom : Ya.

Jam pun meminum posyen tersebut dan dia telah bertukar kembali kepada

wajah asalnya.

Jam : Yayy! Saya sudah kembali kepada wajah asal saya (sambil

melompat kegembiraan).

Page 18: Assignment Teater Kanak-kanak

Tom Tom : Sekarang giliran Robot.

Tom Tom berjalan ke arah Robot sambil memegang posyen tersebut.

Tom Tom : Keretapi, sila berhenti seketika.

Robot : Adakah anda ingin menaiki keretapi?

Tom Tom : Ya. Tetapi saya tidak mempunyai tiket keretapi. Saya akan

memberi awak minuman ini bagi menggantikan tiket keretapi.

Robot : Hmm.. Biasanya saya hanya menerima tiket keretapi sahaja.

Tetepi kali ini sahaja saya membenarkan awak menukarnya

dengan minuman ini.

Tom Tom menuang posyen tersebut ke atas Robot dan Robot telah kembali

kepada wajahnya yang asal.

Robot : Apa yang telah berlaku?

Beruang : Owh Robot, awak telah kembali kepada keadaan asal.

Robot : Apa yang awak sedang cakap ini? Adakah sesuatu telah berlaku?

Tom Tom : Hmmm.. Lega saya

Musang : (berjalan ke arah Tom Tom) Terima kasih kerana membantu

Robot kembali kepada keadaan asal.

Tom Tom : Tidak mengapa.

Jojo dan rakan-rakannya mengucap terima kasih kepada Tom Tom dan bergerak

pulang ke rumah mereka.

TAMAT

Page 19: Assignment Teater Kanak-kanak

3.0 REFLEKSI KENDIRI

Nama : Hew Jing Ting, Michelle

No. I/C : 920229-08-6060

Hasil pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai

manfaat yang membolehkan saya mengaplikasinya pada masa hadapan dalam

pekerjaan saya sebagai seorang guru walaupun sepanjang tempoh pelaksanaan

kerja kursus ini, saya telah memhadapi beberapa kekangan. Antaranya ialah

tugasan ini perlu dilaksanakan sepanjang tempoh saya berpraktikum di sekolah

bagi praktikum fasa 2 selama 8 minggu. Oleh itu, saya menghadapi banyak

kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Maklumlah, saya perlu

menyiapkan rancangan pengajaran setiap hari.

Sebelum saya mula menulis skrip teater ini, saya mencari seberapa

banyak maklumat yang boleh digunakan dalam penulisan saya. Saya membuat

rujukan di perpustakaan dan tidak lupa juga di internet. Nampaknya sumber

untuk bahan sastera ini kekurangan. Jadi, saya membuat perbincangan

bersama rakan-rakan sekelas supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini sebaik

mungkin.

Melalui tugasan ini, saya dapat belajar cara untuk menulis sebuah skrip

teater kanak-kanak. Pelbagai unsur yang menarik dan sesuai dengan jiwa

kanak-kanak perlu saya titikberatkan agar skrip saya sesuai untuk dipentaskan

kepada golongan kanak-kanak terutamanya. Oleh itu, cerita yang saya pilih ialah

cerita dongeng “Posyen Ajaib” yang saya beranggapan bahawa kanak-kanak

amat menyukainya. Saya juga dapat mengetahui serba sedikit konsep dan

definisi teater sama ada teater untuk kanak-kanak mahupun teater dalam

pendidikan..

Page 20: Assignment Teater Kanak-kanak

Daya kreativiti saya juga dapat dicungkil semasa menulis skrip ini. Saya

perlu menghasilkan sebuah skrip yang menarik dan memenuhi kehendak emosi,

imaginatif dan daya pemikiran kanak-kanak. Skrip yang baik untuk kanak-kanak

ialah skrip yang mempunyai nilai yang baik di samping mempunyai sedikit unsur

kecindan. Dalam skrip yang saya hasilkan, terdapat beberapa nilai murni yang

saya tonjolkan serta beberapa unsur kecindan yang boleh dipentaskan dengan

spontannya. Oleh itu, perkara yang saya belajar sepanjang menulis skrip ini ialah

hidup kita ini mestilah sentiasa dipenuhi dengan nilai-nilai yang murni.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan

bapa saya yang sentiasa mendorong saya untuk terus gigih belajar supaya dapat

menjadi seorang guru yang berjaya. Terima kasih juga kepada pensyarah dan

rakan-rakan saya yang banyak membantu berkongsi idea secara langsung dan

tidak langsung. Diharapkan tugasan yang dilaksanakan ini telah berjaya

mendidik saya untuk sentiasa rajin berusaha dalam menuntut ilmu dalam

kehidupan seharian

Page 21: Assignment Teater Kanak-kanak

RUJUKAN

Buku

Ahmad Kamal Abdullah. (1993). Jambak: Proses kreatif pengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hizairi Othman. (1996). Kreativiti dalam penciptaan karya sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hajah Noresah binti Baharom. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ibrahim Abdul Salam. (1995). Kitab permulaan mengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet

Dewan Bahasa dan Pustaka dilayari pada 18 Ogos 2015 di http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1

Maharam (2010) dilayari pada 18 Ogos 2015 di http://contohtugasan.blogspot.com/2010/02/contoh-skrip-panggung-drama.html

Menulis Skrip dilayari pada 17 Ogos 2015 di

http://id.wikihow.com/Menulis-Skrip