perbandingan teater 2

8
ULASAN DAN PERBANDINGAN TEATER ANAK SI TUKANG KAYU DAN SUPER HERO Pengalaman pertama menonton teater amat bermakna bagi diri saya.Sesuatu yang baharu. Saya telah menyaksikan dua buah teater yang tidak jauh beza genre- teater muzikal. Teater muzikal kanan- kanak iaitu Anak Si Tukang Kayu dan Teater Muzikal Dewasa bertajuk Super Hero. Anak Si Tukang Kayu merupakan satu teater muzikal kanak- kanak yang dipersembahkan di Universiti Malaysia pada 23 Oktober. Tema cerita yang sangat menarik dan penuh dengan unsur nasihat. Sebilangan besar pelakon adalah kanak-kanak. Saya begitu tertarik dengan kebolehan dan bakat kanak-kanak ini melakonkan watak. Pakaian atau kostum pun sangat sesuai dengan teater ini. Watak-watak haiwan sangat menarik dalam kostumnya.Begitu juga pakaian pelakon dewasa sangat sesuai dengan watak yang dibawakan. Prop pentas yang dibina berlatar belakang rumah tradisional juga menarik terutama apabila babak teater menceritakan kehidupan harian keluarga Si Tukang Kayu, Tetapi seperti mengganggu apabila

Upload: jasmineteong

Post on 17-Feb-2016

43 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teater

TRANSCRIPT

Page 1: Perbandingan Teater 2

ULASAN DAN PERBANDINGAN TEATER

ANAK SI TUKANG KAYU DAN SUPER HERO

Pengalaman pertama menonton teater amat bermakna bagi diri saya.Sesuatu yang

baharu. Saya telah menyaksikan dua buah teater yang tidak jauh beza genre- teater muzikal.

Teater muzikal kanan-kanak iaitu Anak Si Tukang Kayu dan Teater Muzikal Dewasa bertajuk

Super Hero.

Anak Si Tukang Kayu merupakan satu teater muzikal kanak-kanak yang dipersembahkan

di Universiti Malaysia pada 23 Oktober. Tema cerita yang sangat menarik dan penuh dengan

unsur nasihat. Sebilangan besar pelakon adalah kanak-kanak. Saya begitu tertarik dengan

kebolehan dan bakat kanak-kanak ini melakonkan watak.

Pakaian atau kostum pun sangat sesuai dengan teater ini. Watak-watak haiwan sangat

menarik dalam kostumnya.Begitu juga pakaian pelakon dewasa sangat sesuai dengan watak

yang dibawakan.

Prop pentas yang dibina berlatar belakang rumah tradisional juga menarik terutama

apabila babak teater menceritakan kehidupan harian keluarga Si Tukang Kayu, Tetapi seperti

mengganggu apabila babak penceritakan yang berkisar di dalam bilik darjah.

Penggunaan bahasa yang mudah difahami terutama penonton kanak-kanak memberi

kekuatan pada persembahan teater ini.

Beberapa kelemahan dalam teater ini, antaranya suara pelakon kurang jelas.Ini juga

mungkin disebabkan gannguan penonton terutama kanak-kanak yang kerap keluar masuk dan

Page 2: Perbandingan Teater 2

suara bercakap.

Penggunaan cahaya yang sekata pada setiap babak kurang memberi kesan kepada

penonton. Begitu juga suara penyanyi sedikit terganggu dengan sistem bunyi yang agak lemah

pada malam itu.

Pada keseluruhan teater ini sangat menarik terutama tema penceritaan yang

dibawakan. Persoalan sampingan juga memberi kesan kepada penonton. Kemahiran Insaniah

ke-6 iaitu etika dan moral lebih menonjol dalam teater ini. Nilai seperti menghormati juga

diterapkan dengan jelas. Keinginan yang tinggi untuk mengekalkan budaya warisan juga amat

jelas terutama dalam watak Si Tukang Kayu.

Manakala teater Super Hero yang dipersembahkan di Universiti Kebangsaan Malaysia

pada 24 oktober, merupakan teater dewasa membawa tema dan persoalan yang lebih berat

kepada penonton. Berkisarkan kehidupan dalam golongan masyarakat yang tertekan dalam

kehidupan dari pelajar,lapisan pekerja,bekas banduan, penggangur dan pemegang jawatan

tinggi.Sebuah pementasan teater yang amat menarik dari segi tema dan persoalan.Bahasa yang

digunakan lebih tinggi laras bahasanya dan beberapa sendirian juga terdapat dalam dialog

teater ini. Durasi persembahan yang agak panjang lebih kurang 3jam setengah memang sesuai

dengan penonton dewasa.

Penggunaan pentas dan prop yang sangat ringkas tidak memberi masalah kepada

persembahan teater ini. Ini kerana pelakon memberi kekuatan dalam persembahan teater

ini.Penataan cahaya juga sangat membantu menjadikan persembahan tearter ini sangat

terkesan.Penataan cahaya sangat memberi kesan pada setiap babak.

Page 3: Perbandingan Teater 2

Penggunaan muzik “live Band” juga menarik perhatian.Keseluruhan audio sangat baik.

Suara pelakon amat jelas kedengaran. Penghayatan pelakon juga amat baik. Ini

kerana,penonton terdiri dari orang dewasa berbanding teater Anak Si Tukang Kayu. Ada juga

babak yang menyentuh hati penonton sehingga mengeluarkan air mata. Saya salah seorang

yang tersentuh.

Pakaian pelakon juga ringkas dan bersahaja dalam teater ini. Sesuai dengan penceritaan

yang dibawa. Setiap pelakon memang ada kekuatan sendiri dalam teater ini yang membuatkan

teater ini sangat menarik.

Kedudukan pentas ditengah dikeliling penonton juga sesuatu yang baru bagi saya.Cara

keluar masuk pelakon juga agak menarik dan teratur.Kesinambungan setiap babak juga

menarik. Kemahiran Insaniah ke-2 kritis dan menyelesaikan masalah , bagaimana watak

menyelesaikan masalah hidup masing-masing. Kemahirn Insaniah ke-6 etika dan moral juga

diamalkan. Unsur moral begitu jelas ditunjukkan. Rasa setia kawan , motivasi diri untuk berjaya

begitu jelas dibawakan. Masalah korupsi dan kronilisasi yang sentiasa terdapat dalam

masyarakat disentuh dengan begitu baik dari segi dialog penceritaan Super Hero. Semangat

motivisai ingin mengubah nasib diri amat mengujakan saya. Tahniah kepada pengarah dan

mereka yang terlibat dalam teater ini.

Kesimpulan menonton teater amat menarik.Pengalaman yang sangat menarik.

Membuat saya ingin pergi menonton lagi.Sememangnya teater membawa unsur-unsur yang

positif dalam pementasan berbanding menonton filem.Unsur-unsur insaniah yang dibawakan

Page 4: Perbandingan Teater 2

dapat dirasa secara langsung oleh penonton.

ANAK SI TUKANG KAYU

Page 5: Perbandingan Teater 2

SUPERHERO

Page 6: Perbandingan Teater 2