refleksi selepas lawatan ke kampung orang asli

3
Refleksi selepas lawatan ke Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah. Dalam BIG IV, kumpulan kelas saya seramai 10 orang telah melawat ke Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami cara hidup orang asli tempatan sementara menyelesaikan projek Bina Insan Guru kami iaitu khimat masyarakat. Semasa lawatan kami, kami telah membawa baju, bihun dan makanan ringan sebagai sumbangan kami kepada orang asli tempatan. Semasa saya sampai ke destinasi, Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah, saya dan rakan saya berjumpa dengan Ustazah yang bertugas dalam kampung tersebut. Kami telah menyediakan permainan kecil untuk bermain dengan kanak-kanak perkampungan orang asli. Selepas lawatan saya pada kali ini, saya berasa sangat bangga terhadap diri saya yang hidup senang dalam Bandar. Semasa saya sampai ke destinasi, saya dapat lihat kanak-kanak dalam perkampungan sangat gembira untuk menyambut kedatangan kami. Mereka sangat malu untuk berjumpa dengan orang asing yang datang dari luar. Oleh itu, mereka berdiri di jauh-jauh sahaja. Semasa perjumpaan, kami tahu bahawa dalam kampung tersebut mereka mempunyai sempadan mereka masing-masing. Mereka tidak boleh melepasi sempadan. Apabila kami tanya sebab-sebab mereka tidak boleh melepasi sempadan mereka memberitahu kami. Belakang sempadan itu merupakan perkampungan orang melayu, semasa melepasi

Upload: jason-ooi

Post on 27-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

2

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Selepas Lawatan Ke Kampung Orang Asli

Refleksi selepas lawatan ke Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah.

Dalam BIG IV, kumpulan kelas saya seramai 10 orang telah melawat ke

Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk

memahami cara hidup orang asli tempatan sementara menyelesaikan projek Bina Insan

Guru kami iaitu khimat masyarakat.

Semasa lawatan kami, kami telah membawa baju, bihun dan makanan ringan

sebagai sumbangan kami kepada orang asli tempatan. Semasa saya sampai ke

destinasi, Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah, saya dan rakan saya

berjumpa dengan Ustazah yang bertugas dalam kampung tersebut. Kami telah

menyediakan permainan kecil untuk bermain dengan kanak-kanak perkampungan

orang asli.

Selepas lawatan saya pada kali ini, saya berasa sangat bangga terhadap diri

saya yang hidup senang dalam Bandar. Semasa saya sampai ke destinasi, saya dapat

lihat kanak-kanak dalam perkampungan sangat gembira untuk menyambut kedatangan

kami. Mereka sangat malu untuk berjumpa dengan orang asing yang datang dari luar.

Oleh itu, mereka berdiri di jauh-jauh sahaja.

Semasa perjumpaan, kami tahu bahawa dalam kampung tersebut mereka

mempunyai sempadan mereka masing-masing. Mereka tidak boleh melepasi

sempadan. Apabila kami tanya sebab-sebab mereka tidak boleh melepasi sempadan

mereka memberitahu kami. Belakang sempadan itu merupakan perkampungan orang

melayu, semasa melepasi sempadan mereka akan dibelasah teruk kerana

persefahaman antara melayu dan orang asli.

Dalam perjumpaan tersebut, saya juga dapat melihat pakaian orang asli.

Kebanyakan mereka berkaki ayam, baju yang koyak dan ditampal dan kurus kering.

Keadaan ini disebabkan mereka tidak mempunyai wang untuk menikmati hidup yang

baik. Mereka selalu berkaki ayam dan mampu berjalan jauh dan bertahan panas.

Mereka dilatih sejak kecil untuk bekerja keras dan mempunyai kekuatan untuk mewarisi

bapa mereka bagi sara hidup keluarga.

Page 2: Refleksi Selepas Lawatan Ke Kampung Orang Asli

Kebanyakan orang asli di perkampungan tersebut merupakan anak yatim, atau

ibu tunggal atau bapa tunggal. keadaan ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai

wang yang berlebihan untuk mendapat rawatan hospital dan jarak hospital yang jauh.

Apabila mereka dijangkiti penyakit mereka terpaksa mencari ubat herba dalam hutan.

Semasa lawatan saya ke perkampungan tersebut, saya juga sempat mengenal

beberapa jenis ubat dan bahasa dalam perkampungan tersebut. Bahasa yang berlainan

menyebabkan kami sukar untuk berinteraksi dan kami hanya meneka apa yang ingin

disampaikan sahaja. Kebanyakan mereka menerima pengetahuan di sekolah

kebangsaan berdekatan dengan perkampungan mereka. Keadaan ini mereka tahu

menjawab dengan bahasa melayu yang mudah sahaja

Saya juga mengambil berat tentang keadaan persekolahan mereka. Setahu

saya, mereka sering tidak menghadiri ke sekolah. Sebab mereka tidak dapat

menghadiri ke sekolah kerana sering bangun lewat, hujan, ataupun mempunyai kes

dalam rumah. Kebanyakan mereka berkaki ayam ke sekolah. Dalam sekolah mereka

terpaksa lapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Saya

berasa sangat kesian kepada mereka.

Secara kesimpulannya, lawatan pada kali ini menyebabkan saya lebih

memahami bangsa lain dan kaum lain di Negara Malaysia. Saya berasa bangga dan

bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai keselesaan hidup berbanding dengan

Orang Asli di perkampungan tersebut.