refleksi program experiential.docx

17
1.0 PENGENALAN Saya telah menyertai Progam Experiential Pembangunan Sahsiah yang telah ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2013 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Dewan SITC dan Kem Pusat Kokurikulum. Program ini disertai seramai 200 orang pelajar yang mengambil kursus Pembangunan Sahsiah. Program ini adalah salah satu keperluan kepada bakal guru yang mengambil jurusan perguruan untuk menjadi seorang pendidik. Hal ini kerana saya sebagai anak kandung suluh budiman iaitu bakal guru yang akan mendidik serta mengajar anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan cemerlang bagi menyambung generasi negara. Oleh itu, pendedahan diberikan sepanjang program ini dijalankan adalah untuk melatih para guru menjadi pendidik yang bersahsiah dan beretika. Saya dapat meningkatkan motivasi dan ilmu pengetahuan dalam menempuhi alam pendidik yang tidak menentu cabarannya sama ada senang ataupun susah. Cabaran ini yang akan membentuk dan menentukan sahsiah seorang guru semasa menjadi pendidik. Pelajar merupakan ceminan refleksi guru itu sendiri semasa guru menjadi pendidik. Sekiranya pelajar baik maka guru itu adalah seorang yang bersahsiah dan beretika manakala sekiranya pelajar itu jahat maka guru itu seorang yang tidak bersahsiah dan beretika. Melalui program 1

Upload: are-dyb-are-fyqa

Post on 17-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sahsiah

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN

Saya telah menyertai Progam Experiential Pembangunan Sahsiah yang telah ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2013 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Dewan SITC dan Kem Pusat Kokurikulum. Program ini disertai seramai 200 orang pelajar yang mengambil kursus Pembangunan Sahsiah. Program ini adalah salah satu keperluan kepada bakal guru yang mengambil jurusan perguruan untuk menjadi seorang pendidik. Hal ini kerana saya sebagai anak kandung suluh budiman iaitu bakal guru yang akan mendidik serta mengajar anak bangsa menjadi seorang yang berguna dan cemerlang bagi menyambung generasi negara. Oleh itu, pendedahan diberikan sepanjang program ini dijalankan adalah untuk melatih para guru menjadi pendidik yang bersahsiah dan beretika. Saya dapat meningkatkan motivasi dan ilmu pengetahuan dalam menempuhi alam pendidik yang tidak menentu cabarannya sama ada senang ataupun susah. Cabaran ini yang akan membentuk dan menentukan sahsiah seorang guru semasa menjadi pendidik. Pelajar merupakan ceminan refleksi guru itu sendiri semasa guru menjadi pendidik. Sekiranya pelajar baik maka guru itu adalah seorang yang bersahsiah dan beretika manakala sekiranya pelajar itu jahat maka guru itu seorang yang tidak bersahsiah dan beretika. Melalui program ini, terdapat kekuatan baru yang saya perolehi dan kelemahan diri yang belum dapat saya diatasi. Oleh itu, sebagai pendidik saya perlu mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi kelemahan tersebut. Di samping itu, kekuatan yang ada perlu dikembangkan dan diasah lagi agar ia tidak menjadi kelemahan dan kemunduran dalam diri seorang pendidik pada masa akan datang.

2.0AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DALAM PROGRAM EXPERIENTIAL

2.1Hari Jumaat 15 Mac 2013 ( 8.00 malam - 10.30 malam )Program Experiential bermula pada hari Jumaat pada waktu malam. Pada pukul 8.00 malam pelajar mula berkumpul di luar Dewan SITC sehingga pukul 8.30 malam. Pendaftaran mula dibuka pada pukul 8.30 malam mengikut kumpulan pengkuliahan masing-masing. Terdapat lima kumpulan pengkuliahan yang mengikuti Program Experiential Pembangunan Sahsiah iaitu kumpulan A, B, C, F dan K. Selepas pendaftaran selesai, kami diminta untuk berkumpul dan berbaris mengikut kumpulan pengkuliahan masing-masing. Sebelum aktiviti dijalankan, En. Zulkifli bin Mamat selaku pensyarah Pembangunan Sahsiah memberikan sepatah dua kata. Selepas itu, para fasilitator memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada malam tersebut.Aktiviti dimulakan dengan aktiviti enigizer dengan seorang abang fasilitator yang menggelar dirinya sebagai Abang Gebu. Aktiviti ini bertujuan untuk menjadikan diri seorang pendidik yang sporting dan tidak segan untuk melakukan apa sahaja. Selepas aktiviti enigizer, aktiviti pada malam tersebut diteruskan dengan modul yang dikendalikan oleh kakak fasilitator yang digelar sebagai Kakak Penguin. Semasa modul ini dijalankan, kami diberikan dengan sehelai kertas. Kami semua diminta untuk melipat kertas tersebut dan mengoyakkan di mana-mana bahagian kertas. Proses melipat dan mengoyak kertas tersebut dilakukan berulang-ulang kali sehinggalah kertas tersebut tidak boleh dilipat atau dikoyakkan lagi. Selepas melipat dan mengoyak, kami diminta untuk membuka lipatan kertas tersebut dan melihat berapa banyak lubang yang diperolehi hasil daripada koyakan yang dilakukan. Terdapat pelajar yang tidak memperoleh sebarang lubang dan ada pelajar yang memperoleh lubang yang banyak dan sedikit. Hasil dari modul tersebut, saya memperoleh sembilan lubang.Selepas aktiviti tersebut, para fasilitator membuat aktiviti ice breaking. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan. Sebelum aktiviti dimulakan, kami dibahagikan kepada 12 kumpulan. Kemudian, kami diminta duduk bersama dengan kumpulan masing-masing. Aktiviti kumpulan yang dilakukan adalah mengenai kerjasama berkumpulan yang ingin ditonjolkan oleh para fasilitator terhadap arahan yang diberikan. Aktiviti ice breaking dimulakan apabila seorang kakak fasilitator mempunyai orang suruhannya yang dikenali sebagai jin. Jin tersebut akan meminta setiap ketua kumpulan memberikannya sejenis barang seperti 3 pasang stokin, 3 helai rambut lelaki dan 3 pasang tali kasut. Selepas itu, pelajar dalam setiap kumpulan dikehendaki mencari pasangan berdua-dua. Seorang pelajar sebagai A dan seorang pelajar lagi sebagai B. fasilitator akan memberi arahan apabila A akan menepuk bahu B, B usap dahi A, B cuit hidung A, B cium dahi A dan A cium pipi B.Sebelum aktiviti pada malam itu berakhir, kami diminta berkumpul mengikut kumpulan pengkuliahan masing-masing dan kami dibahagikan kepada 12 kumpulan semula kerana ketidakseimbangan lelaki dan perempuan untuk menjalankan program pada hari esok. Selepas itu, kami berkumpul mengikut kumpulan yang baru dibuat. Saya mewakili kumpulan 2 seramai 18 orang. Fasilitator memintak melantik seorang ketua dan seorang penolong ketua. Kami diberikan dengan sehelai kertas manila untuk dibuat sebagai tanda nama bagi setiap ahli kumpulan. Tanda nama tersebut akan kami pakai pada hari Sabtu untuk meneruskan Program Experiential. Sebelum balik kami diberikan dengan roti dan air minuman. Pada hari esok kami diminta berkumpul di Padang Kawat, Kampus Baru pada pukul 7.15 pagi. Program pada malam itu berakhir pada pukul 10.30 malam dan kami bersurai untuk kembali ke kolej kediaman masing-masing.

2.2Hari Sabtu 16 Mac 2013 ( 7.15 pagi - 5.00 petang )Program Experiential diteruskan lagi pada hari kedua. Kami berkumpul di Padang Kawad untuk meneruskan Program Experiential. Sebelum memulakan sebarang aktiviti, kami semua diminta untuk melakukan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti ini diketuai oleh abang fasilitator untuk kami melakukan regangan badan sebelum meneruskan aktiviti. Selepas regangan dilakukan, kami diminta berkumpul mengikut kumpulan yang telah diberikan pada hari Jumaat malam. Ketua kumpulan diminta untuk memastikan setiap ahli kumpulan telah hadir. Selepas itu, kami diminta berjalan kaki sejauh 2/3 km ke tempat Kem Pusat Kokurikulum untuk meneruskan aktiviti. Kami bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Setibanya di tempat tersebut, kami berkumpul untuk diberikan taklimat sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah aktiviti jungle tracking. Kami akan memasuki hutan untuk menjalankan aktiviti tersebut. En. Zulkifli memberikan sedikit taklimat mengenai aktiviti jungle tracking yang akan kami lakukan. Kami akan melalui 8 checkpoint semasa aktiviti ini dilakukan. Setiap checkpoint akan diberikan tugasan yang tersendiri. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami disediakan sarapan pagi dan minum pagi dan juga bekalan untuk memasuki hutan. Selepas sarapan kami dibahagikan kepada 2 laluan yang akan dilalui oleh 6 kumpulan bagi satu laluan. Setiap kumpulan akan dilepaskan setiap 10 minit. Pemarkahan akan dibuat berdasarkan kerjasama antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan di setiap checkpoint. Kumpulan saya memulakan aktiviti jungle tracking pada pukul 10.00 pagi. Kami berjalan menujuk ke checkpoint yang pertama. Tugasan di checkpoint ini meminta untuk kami memasukkan marker pen ke dalam botol dan mengangkat botol tersebut dengan menggunakan tali yang diikat pada marker pen tersebut. Kumpulan saya berjaya mengangkat botol tersebut dan kami meneruskan ke checkpoint kedua. Sebelum kami diberikan tugasan di checkpoint dua, kami diminta masuk ke dalam air dan merangkak sejauh 10 meter. Selepas itu, kami diberikan tugasan untuk membuat segitiga empat sama dengan menggunakan 6 batang buluh. Checkpoint seterusnya kami diminta untuk berendam di dalam air terjun. Fasilitator di checkpoint tersebut meminta kami membezakan antara pendidik dengan pengajar. Selepas itu, kami diminta membuat break 1 hingga break 5.Checkpoint empat merupakan checkpoint kecemasan. Kami diminta untuk membuat anduh tangan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Seterusnya kami menuju ke checkpoint lima di mana kami diminta untuk membuat pengantin hodoh dan membuat kraftangan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Checkpoint enam meminta kami untuk mencari lima herba semula jadi dan memberitahu kegunaannya. Sekiranya tidak dapat kami akan dikenakan denda menari. Checkpoint tujuh pula meminta kami untuk membuat cheers dan checkpoint terakhir diminta untuk membuat pembentangan bertempat di pondok. Pembentangan merangkumi penerangan berkaitan dengan kraftangan yang telah dibuat oleh setiap kumpulan. Sebelum pembentangan dijalankan, kami semua diberikan makanan tengah hari dan solat zuhur. Selepas itu, pembentangan dijalankan oleh setiap ketua kumpulan bagi menerangkan kraftangan yang dibuat.Refleksi program diadakan selepas pembentangan selesai dijalankan. Fasilitator meminta seorang wakil dari setiap kumpulan untuk memberitahu sedikit refleksi mengenai program yang dijalankan selama 2 hari. Selepas refleksi dari wakil setiap kumpulan selesai, En. Zulkifli diminta untuk memberikan kata-kata terakhir sebelum program dihabiskan. En. Zulkifli menyatakan bahawa semua pelajar telah memberikan komitmen yang tinggi namun ada satu sikap pelajar yang lemah iaitu suka mengeluh apabila tidak dapat melakukan sesuatu atau menghadapi rintangan yang sukar. Pelajar suka mengeluarkan kata-kata yang kurang sedap utuk didengar. Harapan En. Zulkifli agar pelajar-pelajar mengatasi sikap tersebut supaya menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Selepas ucapan dari En. Zulkifli, penyampaian hadiah dijalankan. Terdapat 5 kumpulan yang berjaya mendapat hadiah. Program Experiential berakhir pada pukul 5.00 petang selepas penyampaian hadiah. Pelajar-pelajar menaiki lori bergilir-gilir dari tempat program ke kolej-kolej kediaman.

3.0REFLEKSI

Program Experiential ini telah memberikan banyak pengalaman kepada saya. Sepanjang program ini berjalan, banyak pengalaman yang manis dan pahit yang telah saya lalui. Pengalaman yang saya perolehi ini dapat membentuk sahsiah dan diri saya supaya menjadi lebih baik dalam menjadi seorang pendidik. Kekuatan yang ada dalam diri saya ini saya kekalkan dan kelemahan dalam diri ini saya cuba untuk mengatasinya supaya kelemahan itu tidak menganggu diri saya dalam mendidik. Pengalaman yang saya perolehi dari program ini yang telah membuatkan kekuatan dan kelemahan saya dapat saya ketahui dan perbaiki. Oleh yang demikian, pengalaman yang saya perolehi melalui program ini adalah perasaan sabar itu penting dalam diri seorang pendidik. Hal ini kerana seorang pendidik kita seharusnya bersabar dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang mendatang. Segala rintangan, halangan dan cabaran yang saya lalui telah membuatkan saya mengenal dan mengetahui bahawa perasaan sabar itu amatlah penting. Seandainya seorang pendidik tidak mempunyai perasaan sabar, hal ini akan memberikan kesan kepada pelajarnya.Semangat kerjasama antara ahli pasukan juga dapat saya perolehi dari program ini. Kerjasama amat penting dalam aktiviti berkumpulan kerana kita akan berinteraksi dengan orang lain bagi menjalankan atau melakukan sesuatu tugasan. Sesuatu tugasan dapat diselesaikan dengan cepat apabila satu pasukan bekerjasama bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Seandainya kerjasama itu tiada dalam pasukan ia akan menyukarkan sesuatu tugasan untuk diselesaikan. Pada masa yang sama, sikap bertolak ansur juga penting. Semasa menjalankan program ini, saya sentiasa bertolak ansur dengan ahli pasukan saya. Saya cuba untuk memberikan pandangan dan pendapat apabila menyelesaikan tugasan. Saya juga akan menerima pandangan dan pendapat ahli pasukan yang lain kerana apabila kita bertolak ansur ia akan memudahkan segala urusan. Apabila berpasukan juga sifat saling membantu antara satu sama lain juga dititikberatkan. Semasa program jungle tracking dijalankan, saya sering membantu ahli pasukan saya untuk melepasi tanah yang lembik, membantu semasa naik dan turun bukit serta membantu menyelesaikan tugasan yang diberikan walaupun saya tidak pernah melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat-sifat seperti ini amat penting dalam diri seorang pendidik seperti saya.Saya juga mempunyai beberapa kelemahan dalam diri. Sebagai manusia kita perlu mengetahui bahawa setiap manusia tidak sempurna. Sebelum saya mengikuti program ini, saya seorang yang malu untuk bercakap di hadapan. Saya sering kali memikirkan bahawa apabila saya bercakap di hadapan orang lain akan mentertawakan atau mengejek saya. Saya ingin bercakap di hadapan khalayak ramai tetapi perasaan malu akan menguasai diri saya ini. Semasa menjalankan program ini, saya malu untuk bertegur dengan orang yang saya tidak kenal. Tetapi selepas saya mengikuti program ini, saya sudah kurang malu untuk bertegur dengan orang lain. Namun begitu, saya masih tidak boleh untuk membuang perasaan malu itu apabila berdepan dengan orang ramai. Selepas ini saya akan cuba untuk buang perasaan malu itu apabila saya akan bercakap di hadapan orang lain.Selain itu, saya juga seorang yang mudah mengalah dengan cepat. Ini merupakan salah satu kelemahan yang ada dalam diri saya. Semasa melakukan tugasan, saya mudah mengalah apabila tidak mengetahui jawapan. Hal ini sering kali berlaku pada diri saya. Namum begitu, selepas saya menyertai program ini, saya cuba untuk mengurangkan kelemahan tersebut sedikit demi sedikit. Saya sentiasa cuba untuk tidak mudah mengalah semasa melakukan sesuatu tugasan dan mengatasi kelemahan ini untuk membentuk sahsiah seorang pendidik yang cemerlang.

4.0PELAN TINDAKAN

Pelbagai tindakan yang perlu saya ambil selepas saya mengikuti Program Experiential ini. Saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri saya supaya saya boleh menjadi seorang pendidik yang bersahsiah dan beretika. Sebagai seorang bakal pendidik, sahsiah diri itu amat penting dalam diri setiap pelajar. Guru yang bersahsiah akan membentuk pelajar yang beretika. Oleh yang demikian, saya perlu memastikan saya mempunyai sahsiah diri yang cukup sebelum saya mendidik pelajar. Dalam agama Islam, terdapat beberapa ciri dalam pembentukan sahsiah seorang pendidik. Antaranya ialah pembinaan akidah, ibadah, akhlak dan penampilan. Islam menekankan empat ciri ini dalam membentuk sahsiah diri. Profesion perguruan amat menitikberatkan pembangunan sahsiah dalam diri seorang pendidik. Guru adalah insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hal ini kerana para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan juga dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Seorang guru yang profesional perlu mempunyai tiga aspek penting iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Saya bakal seorang pendidik akan memastikan saya mempunyai ketiga-tiga aspek tersebut untuk menjadi seorang guru yang profesional dalam mendidik pelajar. Saya juga akan sentiasa membaik pulih segala kekurangan yang ada dalam diri saya. Saya akan mengamalkan etika seorang guru yang bersahsiah dari semasa ke semasa. Pembelajaran dari subjek Pembangunan Sahsiah ini akan saya gunakan pada setiap masa supaya saya akan menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Saya akan pastikan selepas saya menghabiskan pembelajaran dan mendapat ijazah, saya adalah seorang guru yang bersahsiah dan beretika kerana beban tugas seorang guru adalah berat dalam mendidik pelajar.

5.0HARAPAN

Hasil daripada menyertai Program Experiential ini, saya mempunyai harapan yang tertentu. Harapan saya selepas saya mendapat segulung ijazah, saya akan menjadi seorang guru dan pendidik yang bersahsiah dan beretika. Saya tidak akan mudah mengalah dan sentiasa sabar menghadapi halangan, rintangan dan cabaran dalam menjadi seorang pendidik. Seorang pendidik seharusnya mempunyai sahsiah yang tinggi dan sentiasa berfikiran terbuka dalam apa jua keadaan. Saya akan sentiasa gigih mendidik anak bangsa agar menjadi seorang yang berguna pada bangsa dan negara. Saya akan tunjukkan pada dunia saya adalah seorang guru yang profesional yang mampu mendidik anak bangsa. Saya juga berharap agar golongan profesion perguruan haruslah sentiasa meningkatkan sahsiah diri dari semasa ke semasa. Prosion perguruan amat penting dalam dunia. Hal ini kerana tanpa guru siapalah kita. Tanpa guru kita tidak akan mampu melahirkan bangsa yang cemerlang dan bijak bestari. Dengan adanya guru, maka wujudlah golongan yang bijak pandai seperti Perdana Menteri, ahli ekonomi dan sebagainya. Dapatlah kita lihat disitu bahawa guru merupakan seorang yang penting dalam hidup setiap manusia. Harapan saya juga agar saya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang di persada dunia. Pembentukan sahsiah ini telah memberikan kesedaran dan pandangan yang luas pada saya untuk membentu anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya juga berharap agar setiap bakal pendidik dan pendidik akan sentiasa memastikan sahsiah diri ditingkatkan dan diamalkan dalam diri.

6.0KRITIKAN / CADANGAN / IDEA BARU YANG RELEVAN

Program Experiential ini merupakan satu program yang dijalankan bagi membentuk sahsiah seorang guru yang bakal menjadi seorang pendidik. Program ini sangat bagus dan amat membantu dalam proses pembelajaran bagi seorang guru. Tiada kritikan yang ingin saya nyatakan cuma pada saya program seperti ini perlu dilakukan untuk tempoh yang lebih panjang contohnya dalam masa 3 hari. Hal ini kerana program ini telah membentuk sahsiah seorang guru agar mempunyai sikap bekerjasama, saling membantu, bertolak ansur, semangat dan lain-lain lagi. Melalui program ini, kita dapat bergaul dengan pelbagai orang yang berbeza sikap dan perangai. Oleh sebab itu program ini haruslah diadakan dalam tempoh yang lebih lama.Selain itu, saya juga mencadangkan agar aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung akan diteruskan dari semasa ke semasa. Aktiviti yang diadakan sangat menyeronokkan dan menguji minda kita sebagai seorang guru yang berpengetahuan luas. Saya juga berharap agar ada aktiviti baru yang lain yang dapat dimasukkan dalam program seperti ini. Aktiviti yang pelbagai akan menceriakan suasana dan akan membuatkan kita sentiasa berfikir dan terus berfikir. Ini amat membantu kerana dalam profesion perguruan kita akan sentiasa berfikir tentang apa yang perlu kita lakukan untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar yang ramai.

7.0KESIMPULANKesimpulan daripada program ini adalah saya sangat berpuas hati dapat menyertai Program Experiential ini. Saya dapat mempelajari banyak perkara yang saya tidak tahu dan tidak pernah saya lakukan sepanjang kehidupan saya. Saya dapat membentuk sahsiah diri yang baik selepas mengikuti program ini. Pengalaman yang sangat manis telah saya perolehi sepanjang program ini berlangsung. Saya akan sentiasa mengamalkan sahsiah dan mengingati apa yang saya pelajari daripada program ini. Melalui program ini juga saya mempeoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang sangat berharga dan tidak mungkin saya dapat dari tempat lain. Saya akan sentiasa mengamalkan segala ilmu dan pengetahuan yang saya dapat dari program ini pada setiap masa.

8.0PENUTUPPembangunan sahsiah merupakan satu variable yang berkait rapat dengan profesion perguruan kerana ia mempunyai kepentingan yang tertentu. Antara kepentingan pembangunan sahsiah adalah memerihal dan menguraikan ciri keperibadian individu secara terperinci, mengetahui ciri atau atribut persamaan dan perbezaan antara individu, menjangkakan dan meramalkan tingkah laku akan datang dan mencorakkan kendiri serta mengawal dan memperbaiki tingkah laku. Pada masa yang sama, perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri yang dipelajari melalui penjelasan secara teorikal. Melalui pembangunan sahsiah juga kita dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang guru. Pendek kata, guru sebagai role model haruslah mempunyai akhlak mulia, percaya kepada tuhan dan melaksanakan amanah dengan bersungguh-sungguh. Sahsiah yang baik hanya datang dari guru yang mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang guru dan dapat meningkatkan martabat profesion perguruan. Jadilah guru yang profesional dengan bukan sahaja mempunyai kepakaran dan pengetahuan, tetapi juga mempunyai sahsiah yang unggul.11