refleksi pkm eyka

3
REFLEKSI NAMA : NURUL ATIKAH BINTI ABDUL NAPIS NO KAD PENGENALAN : 921201-12-6950 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus PRA3083 Perkembangan kerohanian dan moral kanak - kanak prasekolah ini. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali berjumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu ustazah Zaiton Binti Mat Deris, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan menghasilkan bahan bantu mengajar walaupun banyak idea ataupun maklumat boleh didapati di mana-mana sumber tetapi saya perlu menunjukkan keaslian hasil kerja yang baik. Begitu juga dengan persiapan bahan bantu mengajar dan beberapa aktiviti - aktiviti kreatif yang saya lakukan. Apa yang telah saya perolehi sepanjang saya menyiapkan tugasan secara individu ini, saya dapat menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut islam dan agama lain. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti Tunjang kerohanian, sikap dan nilai berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan (KSPK). Seterusnya saya dapat merancang aktiviti pengajaran dalam tunjang kerohanian, sikap dan nilai berdasarkan kurikulum standard Prasekolah kebangsaan serta mampu mengamalkan prinsip -

Upload: barbie-doll

Post on 30-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

membuat refleksi selepas membuat pengajaran dan pembelajaran. membuat penambahbaikan dan cadangan.

TRANSCRIPT

REFLEKSI

REFLEKSI

NAMA : NURUL ATIKAH BINTI ABDUL NAPIS

NO KAD PENGENALAN : 921201-12-6950

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus PRA3083 Perkembangan kerohanian dan moral kanak - kanak prasekolah ini. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali berjumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu ustazah Zaiton Binti Mat Deris, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan menghasilkan bahan bantu mengajar walaupun banyak idea ataupun maklumat boleh didapati di mana-mana sumber tetapi saya perlu menunjukkan keaslian hasil kerja yang baik. Begitu juga dengan persiapan bahan bantu mengajar dan beberapa aktiviti - aktiviti kreatif yang saya lakukan.

Apa yang telah saya perolehi sepanjang saya menyiapkan tugasan secara individu ini, saya dapat menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut islam dan agama lain. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti Tunjang kerohanian, sikap dan nilai berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan (KSPK). Seterusnya saya dapat merancang aktiviti pengajaran dalam tunjang kerohanian, sikap dan nilai berdasarkan kurikulum standard Prasekolah kebangsaan serta mampu mengamalkan prinsip - prinsip rukun negara dan falsafah pendidikan kebangsaan dalam mengurus kurikulum, pengajaran dan pusat pembelajaran perkembangan kerohanian dan moral. Seterusnya, saya juga dapat merancang dan menyediakan satu rancangan pengajaran pelajaran pendidikan kerohanian atau pendidikan moral Pra sekolah mengikut format terkini. Saya juga dapat menyediakan bahan - bahan pengajaran menggunakan unsur - unsur multimedia. Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan nilai - nilai murni dalam pelbagai mata pelajaran yang lain.

Disamping itu, sepanjang proses penyiapan bahan bantu mengajar pula, saya mengalami sedikit masalah di mana saya kekurangan bahan dalam proses menyiapkan BBM. Namun begitu, saya berjaya mengatasi setiap masalah yang timbul. Saya berusaha mewujudkan bahan bantu mengajar yang menarik agar pelajar berasa seronok ketika mengikuti pengajaran saya. Sepanjang saya melaksanakan pengajaran di Prasekolah Sk Bubul ini, saya mendapati bahawa murid - muridnya agak aktif dan cepat menerima ilmu apa yang telah diajarkan kepada mereka. Mereka tidak merasa bosan lebih - lebih lagi ketika saya mengajar mereka sambil menggunakan iringan muzik. Mereka berasa seronok dan bersemangat sambil bertepuk - tepuk tangan.

Manfaat lain yang dapat saya perolehi ini adalah pengalaman dalam melaksanakan kerja kursus semasa melaksanakan aktiviti dan ia sangat berguna kepada saya nanti sebagai bakal cikgu. Hal ini demikian kerana, seorang guru prasekolah harus sentiasa berfikiran kreaktif kerana mengajar kanak-kanak yang berumur sekitar empat hingga enam tahun. Kanak-kanak pada peringkat umur tersebut biasanya sukakan benda-benda yang menyeronokkan iaitu salah satunya adalah melalui aktiviti nyanyian sambil membuat pergerakan yang kreatif seperti ini. Kanak-kanak memang sukakan aktiviti - aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Tetapi pengalaman yang diperoleh oleh kanak-kanak ini berbeza dengan membaca atau mendengar cerita secara lisan ataupun melihatnya secara realiti. Dengan lagu, minda mereka akan mudah untuk mengingat sesuatu apa yang dipelajarinya selain perasaan seronok.

Oleh itu, saya berharap agar penghasilan kerja kursus projek ini akan dapat memberi impak yang besar bagi diri saya. Selain itu, saya akan berusaha dengan lebih gigih supaya dapat meningkatkan prestasi dan menghasilkan kerja yang lebih baik dan berkualiti daripada sebelumnya pada masa akan datang. Saya juga berharap agar maklumat yang diperolehi ini dapat memberikan manfaat kepada saya di masa akan datang. Tugasan ini diharapkan agar dapat memberi seribu satu pengalaman dan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya kepada diri saya sendiri terhadap perkara yang amat penting ini.