refleksi perbincngan

2
LAMPIRAN 2A CATATAN REFLEKSI ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokus: (Selasa dan Khamis –) Perkara yang difokuskan oleh saya ialah perbincangan bersama guru pembimbing dan guru-guru bahasa Inggeris adalah mengenai program menghias kelas dan bilik khas bahasa Inggeris abad 21 yang akan dihias bermula minggu hadapan. Program ini merupakan satu daripada tiga program yang wajib dilaksanakan oleh saya. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya banyak bertanya kepada guru pembimbing dan guru-guru bahasa Inggeris yang lain bagaimana untuk melaksanakan program tersebut kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam melaksanakan program sedemikian. 2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Dalam perbincangan ini, saya amat bersyukur kerana saya berpeluang bertemu dengan guru-guru yang sangat arif dan berpengalaman dalam bidang menata hias bilik dengan bahan-bahan serta alat bantu mengajar dan belajar. Banyak ilmu yang dapat saya ambil dan aplikasikan untuk program-program yang akan

Upload: adaikalamarybulindring

Post on 20-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ref

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi perbincngan

LAMPIRAN 2A

CATATAN REFLEKSI( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus: (Selasa dan Khamis –)

Perkara yang difokuskan oleh saya ialah perbincangan bersama guru

pembimbing dan guru-guru bahasa Inggeris adalah mengenai program menghias kelas

dan bilik khas bahasa Inggeris abad 21 yang akan dihias bermula minggu hadapan.

Program ini merupakan satu daripada tiga program yang wajib dilaksanakan oleh saya.

Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya banyak bertanya kepada guru

pembimbing dan guru-guru bahasa Inggeris yang lain bagaimana untuk melaksanakan

program tersebut kerana mereka lebih arif dan berpengalaman dalam melaksanakan

program sedemikian.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Dalam perbincangan ini, saya amat bersyukur kerana saya berpeluang

bertemu dengan guru-guru yang sangat arif dan berpengalaman dalam bidang menata

hias bilik dengan bahan-bahan serta alat bantu mengajar dan belajar. Banyak ilmu yang

dapat saya ambil dan aplikasikan untuk program-program yang akan datang. Selain itu,

saya juga dapat melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka dalam membantu

saya melaksanakan program ini.

2.2 Kelemahan:

Sepanjang proses menghias bilik khas, saya mendapati bahawa kami

kekurangan info mengenai bilik abad 21. Kekeliruan boleh berlaku akiba kekurangan

informasi yang tepat dalm menghasilkan bilik ini. Oleh yang demikian, untuk beberapa

Page 2: refleksi perbincngan

ketika, kami menemui jalan buntu dalam menyusun atur bilik khas bahasa Inggeris.

3. Cadangan penambahbaikan:

Sebagai bakal menjadi seorang pendidik, saya seharusnya memikirkan cara dan

inisiatif untuk mengelakkan masalah yang berlaku berulang kembali. Selain itu, saya

juga harus bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik

dan sempurna.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)