refleksi pengajaran

3
Semasa menjalani praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 di sekolah yang berlainan, pengkaji telah berpeluang mengajar mata pelajaran Matematik bagi murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Berdasarkan pengalaman tersebut, pengkaji mendapati bahawa murid bermasalah pembelajaran ini menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi tambah satu digit dengan satu digit dalam lingkungan 10. Murid dilihat sukar untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi tambah. Sebagai contoh, 2+3= ? dan 1+2= ?, murid tidak mengambil apa-apa tindakan dan juga gagal menyelesaikannya. Pengkaji cuba untuk membantu murid tersebut menyelesaikan operasi tambah yang diberikan dengan membilang menggunakan jari. Murid dapat mengangkat jari berdasarkan ayat Matematik yang diberikan, namun begitu murid gagal untuk menjumlahkannya walaupun murid telah mengenal nombor satu hingga sepuluh. Murid cenderung untuk mengira semula jari yang diangkat mengikut ayat Matematik yang diberikan. Sebagai contoh, jawapan bagi soalan 2+3 adalah 5. Murid telah mengangkat 5 jari, namun murid akan

Upload: nurul-jannah-ngapdi

Post on 25-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nmm

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi pengajaran

Semasa menjalani praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 di sekolah yang berlainan, pengkaji telah

berpeluang mengajar mata pelajaran Matematik bagi murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran. Berdasarkan pengalaman tersebut, pengkaji mendapati bahawa murid bermasalah

pembelajaran ini menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi tambah satu digit dengan

satu digit dalam lingkungan 10. Murid dilihat sukar untuk menyelesaikan soalan yang

melibatkan operasi tambah. Sebagai contoh, 2+3= ? dan 1+2= ?, murid tidak mengambil apa-apa

tindakan dan juga gagal menyelesaikannya.

Pengkaji cuba untuk membantu murid tersebut menyelesaikan operasi tambah yang

diberikan dengan membilang menggunakan jari. Murid dapat mengangkat jari berdasarkan ayat

Matematik yang diberikan, namun begitu murid gagal untuk menjumlahkannya walaupun murid

telah mengenal nombor satu hingga sepuluh. Murid cenderung untuk mengira semula jari yang

diangkat mengikut ayat Matematik yang diberikan. Sebagai contoh, jawapan bagi soalan 2+3

adalah 5. Murid telah mengangkat 5 jari, namun murid akan membilang semula; 1,2. 1,2,3. Hal

ini menyebabkan murid tidak dapat menjumlahkan operasi tambah dengan betul.

Kegagalan murid menguasai kemahiran asas Matematik ini iaitu kemahiran operasi

tambah satu digit dengan satu digit dalam lingkungan 10 akan membantutkan penguasaan murid

terhadap kemahiran matematik yang lain. Pengkaji juga berpendapat murid akan mengalami

kesukaran dalam urusan kehidupan seharian yang melibatkan penggunaan operasi tambah seperti

urusan jual beli dan sebagainya. Tambahan lagi, murid juga akan keciciran dalam pelajaran pada

masa hadapan sekiranya masalah yang dihadapi oleh murid ini tidak diberi perhatian yang

sewajarnya. Bagi membantu murid mengatasi masalah ini, pengkaji mengambil tindakan

Page 2: refleksi pengajaran

membantu murid meningkatkan kemahiran operasi tambah satu digit dengan satu digit dalam

lingkungan 10 sekali gus membolehkan mereka menyelesaikan operasi tambah tersebut.

Melalui pemerhatian pengkaji sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji dapat

melihat keupayaan dan kekuatan murid dalam mata pelajaran Matematik ini. Kekuatan murid

adalah dalam mengenal dan mengecam nombor 1 hingga 10. Namun, murid masih lagi belum

menguasai kemahiran menambah dalam lingkungan 10. Justeru, pengkaji telah melaksanakan

ujian diagnostik dan keputusan ujian diagnostik mendapati bahawa murid berjaya menguasai

kemahiran pra nombor, kemahiran konsep nombor, dan mengenal nombor 1 hingga 10, tetapi

masih lemah dalam aktiviti pengiraan asas seperti kemahiran tambah dalam lingkungan 10.

Berdasarkan keputusan pemerhatian awal beserta ujian diagnostik yang telah dijalankan, pengkaji bercadang untuk memperkenalkan satu kaedah pengajaran operasi tambah menggunakan visual nombor berasaskan teknik garis nombor bagi membolehkan murid untuk terus mendapatkan jawapan dan seterusnya digunakan dalam kehidupan seharian.