refleksi p aras

6
Refleksi Lawatan Penanda Aras ke SJKT Pamol, Kluang Johor Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang terdapat beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti seperti menghadiri program bina insan guru. Bagi program bina insan guru fasa yang kelima, jumlah guru pelatih yang telah menyertainya seramai 1 unit iaitu Pendidikan Pemulihan daripada PISMP Januari 2013. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke SJKT Pamol, Kluang Johor ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak dilupakan kepada mentor kami iaitu Encik Rosman bin Salubin yang banyak membantu kami menyiapkan rangka program ini serta rakan sekelas. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 10-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

big sem 5

TRANSCRIPT

Refleksi Lawatan Penanda Aras ke SJKT Pamol, Kluang JohorDalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang terdapat beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti seperti menghadiri program bina insan guru. Bagi program bina insan guru fasa yang kelima, jumlah guru pelatih yang telah menyertainya seramai 1 unit iaitu Pendidikan Pemulihan daripada PISMP Januari 2013.Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan Program Bina Insan Guru iaitu mengadakan lawatan penanda aras ke SJKT Pamol, Kluang Johor ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak dilupakan kepada mentor kami iaitu Encik Rosman bin Salubin yang banyak membantu kami menyiapkan rangka program ini serta rakan sekelas. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SJKT Pamol, Kluang Johor iaitu salah sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak SJKT Pamol, Kluang Johor telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.Sekolah Jenis Kebangsaan Pamol. Kluang Johor merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) pada pada tahun 2012. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di Malaysia. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.Apabila sampai di SJKT Pamol, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SJKT Pamol. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Puan Vsanthi. Sebelum majlis ramah mesra dijalankan kami telah disediakan sedikit santapan dari pihak sekolah untuk dijamu kepada kami. Selepas itu, beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SJKT Pamol, dan pencapaian SJKT Pamol dalam bidang akademik mahupun sukan. SJKT Pamol telah mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.

Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak kami dengan pihak sekolah. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, prasekolah, bilik muzik, sudut pembelajaran, bilik kaunseling dan bimbingan, makmal dan lain-lain lagi. Sepanjang membuat lawatan ke sekitar sekolah saya amat tertarik dengan bilik kaunseling di sana terdapat satu bilik penghakiman bagi menghakimi pelajar yang membuat kesalahan disiplin terutama kesalahan yang berat. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Sekiranya diberi tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik dan cemerlang.Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu Puan Vasanthi merupakan seorang guru besar yang suka merendah diri. Beliau menyatakan bahawa, sebarang perubahan dan budaya kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah sama seperti sekolah-sekolah yang lain, tiada banyak perbezaan dilakukan. Namun, beliau amat menekankan disiplin di sekolah tersebut. Bukan sahaja murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga tidak terkecuali. Menurut beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti datang dari guru barulah murid akan mengikuti. Selain itu, tema atau prinsip yang dipegang oleh beliau dalam mentadbir sekolah ialah sahsiah cemerlang teras kejayaan dunia dan akhirat. Untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan sentimen minda masyarakat.Dengan limpah kurnia Tuhan, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masaakan datang.