refleksi olahraga

3
REFLEKSI Kursus Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib bagi pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 4. Subjek ini merupakan salah satu komponen penting dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG). Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ 3112), saya telah menerima tugasan tutorial secara individu dan tugasan kerja kursus bagi subjek ini juga secara individu. Semasa proses menyiapkan tugasan tutorial dan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi di samping banyak pengalaman dan juga ilmu pengetahuan baru yang dapat saya perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada saya. Antara masalah yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini ialah kekurangan buku rujukan. Saya hanya mempunyai sebuah buku sahaja yang berkaitan dengan olahraga memandangkan opsyen saya bukanlah yang berkaitan dengan sukan. Jadi, saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari buku yang boleh digunakan untuk tugasan ini. Walaubagaimanapun, tidak banyak buku yang berkaitan dengan tugasan yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang olahraga yang mana pengetahuan saya hanyalah berdasarkan pengalaman semasa di sekolah serta melalui media massa dan cetak seperti televisyen dan surat khabar. Oleh itu, saya berasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini memandangkan saya kekurangan ilmu yang dapat membantu saya untuk menyiapkan tugasan tutorial dan kerja kursus ini dengan baik. Saya juga diberi input tentang pelaksanakan satu acara larian di padang dengan menggunakan starter block serta cara-cara mengurus dan mengendalikannya dengan cara yang teratur dan sistematik. Sebenarnya, mula-mula saya keliru tentang bagaimanakah dapat menyiapkan tugasan ini, namun dorongan dan tunjuk ajar pensyarah olahraga saya telah menjayakan usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Upload: ame-lina

Post on 14-Feb-2015

547 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi olahraga

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi olahraga

REFLEKSI

Kursus Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib

bagi pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) Semester 4. Subjek ini

merupakan salah satu komponen penting dalam Program Pensiswazahan Guru

(PPG). Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ 3112),

saya telah menerima tugasan tutorial secara individu dan tugasan kerja kursus bagi

subjek ini juga secara individu.

Semasa proses menyiapkan tugasan tutorial dan kerja kursus ini, terdapat

beberapa masalah yang saya hadapi di samping banyak pengalaman dan juga ilmu

pengetahuan baru yang dapat saya perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada

saya.

Antara masalah yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus

ini ialah kekurangan buku rujukan. Saya hanya mempunyai sebuah buku sahaja

yang berkaitan dengan olahraga memandangkan opsyen saya bukanlah yang

berkaitan dengan sukan. Jadi, saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari buku

yang boleh digunakan untuk tugasan ini. Walaubagaimanapun, tidak banyak buku

yang berkaitan dengan tugasan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang

olahraga yang mana pengetahuan saya hanyalah berdasarkan pengalaman semasa

di sekolah serta melalui media massa dan cetak seperti televisyen dan surat khabar.

Oleh itu, saya berasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini memandangkan saya

kekurangan ilmu yang dapat membantu saya untuk menyiapkan tugasan tutorial dan

kerja kursus ini dengan baik.

Saya juga diberi input tentang pelaksanakan satu acara larian di padang

dengan menggunakan starter block serta cara-cara mengurus dan

mengendalikannya dengan cara yang teratur dan sistematik. Sebenarnya, mula-mula

saya keliru tentang bagaimanakah dapat menyiapkan tugasan ini, namun dorongan

Page 2: refleksi olahraga

dan tunjuk ajar pensyarah olahraga saya telah menjayakan usaha saya menyiapkan

tugasan ini.

Terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat saya elakkan dalam

menyiapkan portfolio olahraga ini. Pertamanya, saya telah amat menyedari

peribahasa ‘masa itu emas’; dimana saya terpaksa mengejar masa dalam

pembahagian tugas. Satu lagi masalah yang telah saya hadapi dalam menyiapkan

kerja kursus ini adalah kurang kemahiran dalam melaksanakan aktiviti padang.

Sebagai contoh, prosedur menjalankan larian, iaitu penggunaan starting block,

pegawai yang menjaga masa, penjaga bendera, pencatat masa dan sebagainya.

Terdapat beberapa peluang yang telah saya pelajari hasil daripada portfolio

olahraga ini. Pertamanya, saya telah berpeluang untuk mempelajari lebih mendalam

tentang cara mengadakan aktiviti padang dan aktiviti balapan. Acara padang dan

balapan banyak memupuk nilai-nilai bekerjasama, berkeyakinan dan berdisiplin diri

serta bertanggungjawab.

Walaupun mengalami beberapa masalah semasa dalam proses menyiapkan

tugasan ini, saya dapat banyak pengetahuan baru yang sangat berguna sebagai

seorang guru. Antaranya ialah saya dapat mempelajari cara pelaksanaaan acara

padang dan balapan bagi peringkat sekolah iaitu antara rumah – rumah sukan. Saya

dapat belajar bagaimana cara untuk merangka jawatankuasa kerja di samping dapat

mengetahui bidang tugas bagi setiap jawatankuasa yang mana saya tidak pernah

tahu sebelum ini.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara untuk merangka jadual

pertandingan bagi sukantara serta bagaimana sistem pemarkahan sebenar

sukantara beroperasi di sekolah. Semua ilmu yang saya perolehi ini sangat

bermanfaat bagi saya sebagai seorang guru kerana di sekolah, sukantara dijalankan

pada setiap tahun sebagai acara tahunan. Justeru itu, saya dapat menggunakan

segala ilmu serta pengalaman yang saya perolehi semasa menyiapkan kertas kerja

ini sekiranya saya diminta untuk membuat kertas kerja sukantara bagi sekolah saya

kelak.

Page 3: refleksi olahraga

Pada keseluruhan, kursus ini sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Ini

kerana sudah semestinya setiap sekolah akan mengadakan sukan setiap tahun.

Dengan adanya kursus ini kami diterangkan dengan terperinci dari sejarah,

pengenalan sukan, cara latihan yang sesuai, teknik-teknik yang betul pada setiap

sukan olahraga, peraturan-peraturan sukan olehraga, cara borang penilaiaan dan

cara pemarkahan. Ia diterangkan secara terperinci dan mudah difahami. Sebelum ini

kami tidak jelas tentang setiap sukan olehraga yang dijalankan. Dengan adanya

kursus ini, kami tidak teragak-agak lagi apabila nanti di arahkan untuk menjadi

pegawai penilai untuk aktiviti di mana-mana kejohanan yang dianjurkan oleh sekolah

mahupun daerah.

Salah satu cadangan bagi olahraga ini adalah supaya menambahkan masa

pengajaran bagi aktiviti di padang dan di dalam kelas supaya dapat melakukan amali

dan praktikal dalam olahraga demi menambahkan minat dan pengetahuan dalam

sukan.

Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang menolong memberi

idea terutamanya pensyarah saya yang berdedikasi dalam memastikan guru

pelatihnya menyiapkan kerja kursus olahraga dengan baik.

Akhir sekali, tugasan kerja kursus ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai

seorang guru yang mana banyak ilmu baru mengenai pengurusan dan pentadbiran

dalam menguruskan sesuatu kejohanan sukan yang dapat saya perolehi dan

samping ianya dapat dipraktiskan di sekolah kelak.