refleksi mingguan.docx

5
Minggu 1 Belum berdaftar Minggu 2 Sudah berdaftar. Tetapi menjalani minggu orientasi selama seminggu. Minggu 3 (16 Januari 2012) Hari ini merupakan hari pertama saya mengikuti kuliah Teknologi Pengajaran dan juga merupakan kali pertama saya berhadapan dengan pensyarah kami iaitu Pn. Ros Ayu Abdullah. Dalam kuliah pertama ini, kami diberi penerangan mengenai Pro Forma kursus ini. Pada peringkat awalnya berasa kurang faham apabila diterangkan oleh pensyarah mengenai kursus Teknologi Pengajaran yang akan kami jalani semester ini. Tetapi apabila pensyarah kami menunjukkan Pro Forma kursus, segala ketidak fahaman telah dapat diatasi. Melaluinya, dapat saya ketahui mengenai topik-topik yang akan kami pelajari, pembahagian markah, serta rujukan-rujukan yang harus kami gunakan bagi mendapat maklumat tambahan. Selepas penerangan tersebut, kami telah memulakan topik pertama iaitu Pengenalan Teknologi Pengajaran. Dalam topik ini, kami telah mempelajari mengenai konsep, peranan, prinsip dan perkaitan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini menyebabkan saya sedar kepentingan pengaplikasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak kira sama ada bagi murid sekolah rendah atau pun bagi pelajar sekolah menengah. Minggu 4 ( 23 Januari 2012) Cuti Tahun Baru Cina selama seminngu

Upload: abekie

Post on 17-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi mingguan.docx

Minggu 1

Belum berdaftar

Minggu 2

Sudah berdaftar. Tetapi menjalani minggu orientasi selama seminggu.

Minggu 3

(16 Januari 2012)

Hari ini merupakan hari pertama saya mengikuti kuliah Teknologi Pengajaran dan juga

merupakan kali pertama saya berhadapan dengan pensyarah kami iaitu Pn. Ros Ayu

Abdullah. Dalam kuliah pertama ini, kami diberi penerangan mengenai Pro Forma

kursus ini. Pada peringkat awalnya berasa kurang faham apabila diterangkan oleh

pensyarah mengenai kursus Teknologi Pengajaran yang akan kami jalani semester ini.

Tetapi apabila pensyarah kami menunjukkan Pro Forma kursus, segala ketidak fahaman

telah dapat diatasi. Melaluinya, dapat saya ketahui mengenai topik-topik yang akan

kami pelajari, pembahagian markah, serta rujukan-rujukan yang harus kami gunakan

bagi mendapat maklumat tambahan.

Selepas penerangan tersebut, kami telah memulakan topik pertama iaitu Pengenalan

Teknologi Pengajaran. Dalam topik ini, kami telah mempelajari mengenai konsep,

peranan, prinsip dan perkaitan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Ini menyebabkan saya sedar kepentingan pengaplikasian teknologi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak kira sama ada bagi murid sekolah

rendah atau pun bagi pelajar sekolah menengah.

Minggu 4

( 23 Januari 2012)

Cuti Tahun Baru Cina selama seminngu

Page 2: refleksi mingguan.docx

Minggu 5

(30 Januari 2012)

Minggu ini, topik pembelajaran kami ialah media pengajaran. Kami telah diterangkan

mengenai konsep media, definisi, prinsip pemilihan yang sepatutnya bagi P&P, fungsi

media dalam P&P, kaedah pemilihan media, dan juga klasifikasi media. Sebelum ini,

saya kurang arif mengenai klasifikasi media dan juga kriteria yang sepatutnya

diaplikasikan bagi mengajar sesuatu pengajaran.Selepas mengikuti kuliah ini, saya

yakin yang apabila mengajar nanti, saya akan menggunakan bahan media yang

sepatutnya dengan mengambil kira faktor-faktor seperti objektif pembelajaran, populasi

pelajar, isu pembelajaran dan sebagainya.Bagi aktiviiti mingguan pula, secara

berpasangan kami diberi tugasan untuk nyatakan fungsi dan peranan utama media-

media  dalam proses PnP.

Minggu 6

( 6 Januari 2012)

Tajuk pelajaran hari ini ialah Pembangunan Media Pengajaran iaitu merekabentuk

pengajaran (ID –Instructional Design) bagi proses pengajaran. Kami diterangkan

mengenai beberapa model rekabentuk yang boleh diaplikasikan dalam P&P. Antara

cadangan model ialah Model ADDIE, Model ASSURE, Model Dick & Carey, dan

sebagainya. Setelah mempelajari tentang model-model ini, barulah saya sedar bahawa

semasa seseorang guru merancang rancangan pengajaran harian, ada perkara-perkara

yang harus dititik beratkan agar pengajaran yang hendak dilakukan tidak terpesong dari

sukatan yang sepatutnya dan juga agar dapat menjalankan suatu proses pengajaran

dan pembelajaran yang efektif. Ini merupakan pertama kalinya saya mendengar nama-

nama model tersebut. Oleh itu,saya berasa ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagi

tujuan pengaplikasiannya nanti di alam pekerjaan.

Page 3: refleksi mingguan.docx

Minggu 7

(13 Februari 2012)

Tajuk pembelajaran ialah merancang pengajaran. Dalam tajuk ini, kami diberi

keterangan tentang pengaplikasian model- model reka bentuk yang diajar pada minggu

ke 6 semasa membuat rancangan pengajaran harian. Kami dikehendaki memilih salah

satu model rekabentuk dan gunakannya semasa membuat RPH. Antara sub topik yang

diajar pada hari ini ialah pengenalan kepada instructional planning dan keperluan

merancang pengajaran. Juga diberi penekanan kepada teori-teori pembelajaran dalam

teknologi pengajaran.

Minggu 8

( 20 Februari 2012)

Dalam pembelajaran minggu ini, kami diterangkan dan diajar mengenai merancang

aktiviti bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam rancangan pelajaran harian.

Di mana, kami telah mengetahui media-media yang harus atau yang boleh digunakan

dalam aktiviti pengajaran sambil mengintergrasikan teknologi dalam proses tersebut.

Media yang boleh digunakan adalah terdiri daripada media cetak dan media bukan

cetak. Mengikut Pn. Ros, penggunaan media-media perlu bagi memastikan

keberkesanan penyampian pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan media

dalam P&P perlu disertakan dengan pengaplikasian teknologi agar menjadi lebih

menarik serta bagi memudahkan penyampaian maklumat.

Minggu 9

( 27 Februari 2012)

Tajuk pembelajaran hari ini ialah prinsip dan peranan grafik, animasi, audio, perkakasan

serta perisian dalam P&P. Bagi diberi peluang oleh pensyarah untuk mencuba

menggunakan perisian iSpring_free iaitu melalui power point. Dalam perisian ini, segala

isi pengajaran dan pembelajaran akan dipersembahkan dalam penggunaan power

point. Dan kemudiannya akan ‘convert’ melalui perisian iSpring ini. Segala maklumat

Page 4: refleksi mingguan.docx

dan penyampaian dapat muat dalam laman web. Sebelum ini, saya tidak pernah

mempunyai pengetahuan mengenai perisian tersebut, sehinggalah telah diajar oleh

pensyarah kami pada hari ini. Amat bersyukur dan berterima kasih kepada Pn. Ros.

Minggu 10

( 7 Mac 2012)

Pembangunan media atau objek pembelajaran merupakan topik yang diajar pada hari

ini. Juga diterangkan mengenai penggunaan perisian open source atau freeware oleh

pensyarah. Saya telah mempelajari panduan untuk membina objek pembelajaran

dengan aplikasi eXe. Pengajaran topik ini amat membantu saya untuk dijadikan

panduan bagi melaksanakan Kerja Kursus Pendek bagi kursus Teknologi Pengajaran.

Minggu 11

Cuti semester selama seminggu.

Minggu 12

( 26 Mac 2012)

Kuliah hari ini diteruskan dengan sambungan mengenai panduan membina objek

pembelajaran perisisan open source. Panduan tersebut diterangkan melalui model

rujukan atau piawaian iaitu SCORM, IMS. Pada mulanya, saya mengalami kesukaran

untuk mengikuti topik yang diterangkan kerana telah lupa tentang topik yang diajar

sebelum cuti semester. Memandangkan topik ini adalah merupakan kesinambungan

daripada topik tersebut, maka Pn. Ros telah mengulangkaji sedikit megenai sebelumnya

agar kami dapat memahami dengan lebih jelas dan juga serba sedikit dapat kami

mengimbas kembali topik yang lalu.

Minggu 13

( 28 Mac 2012)

Dalam kuliah hari ini, kami diterangkan cara membina dan membentuk latihan mengikut

perisian yang dikenali sebagai ‘Hot Potatoes’. Dalam perisian ini terdapat 5 bentuk

Page 5: refleksi mingguan.docx

latihann yang boleh digunakan untuk menyediakan latihan bagi murid sekolah.

Antaranya ialah JCloze, JCross, JMix, JMatch, dan JQuiz. Melalui ini, saya dapati

bahawa perisian ini sungguh mudah dan senang untuk digunakan. Ia merupakan cara

yang paling mudah untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kami dikehendaki untuk mereka bentuk latihan mengikut tajuk yang diberikan dalam

bentuk kumpulan. Kemudiannya perlu dibentangkan.

Minggu 14

( 21 Mac 2012)

Kuliah hari ini diteruskan dengan pembentangan kumpulan yang bertajuk Hot Potatoes.

Setiap kumpulan telah dibahagikan mengikut sub tajuk yang kecil dan dikehendaki

menunjukkan cara menggunakan perisian tersebut mengikut langkah demi langkah.

Setelah pembentangan tersebut, setiap guru pelatih dikehendaki membuat atau

membina soalan dengan menggunakan 5 perisian tersebut dan dijadikan sebagai aktiviti

mingguan. Ini menyebabkan kami dapat mengetahui dengan lebih terperinci dan secara

lebih terdekat.

Minggu 15

( 09 April 2012)

Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kami dikehendaki

secara kumpulan untuk mereka blog dan memasukkan beberapa maklumat serta

tugasan kami ke dalamnya. Kami melakukan perbincangan secara kumpulan mengenai

bentuk blog serta maklumat –maklumat yang perlu kami masukkan. Saya secara

peribadinya berasa seronok dan teruja apabila mampu menghasilkan blog sendiri

dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada teman sekelas serta pensyarah kami.