refleksi minggu 2

1
REFLEKSI MINGGU 2 (31 Januari 2016 – 4 Februari 2016) Pada minggu kedua ini, saya membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En. Rohani dalam mengadakan latihan sepak takraw dan olahraga kerana perlawanan serta acara olahraga tersebut akan diadakan pada minggu selepas cuti Tahun Baru Cina. Saya ditugaskan untuk melatih dan membuat pemilihan pemain sepak takraw yang dibimbing oleh Guru Penasihat Kelab Sepak Takraw, Ustaz Nazimi. Pemilihan juga dibuat seramai 8 orang daripada 12 orang bagi mewakili sekolah dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Cawangan Pintas Puding pada 15 Februari 2016. Saya juga membantu guru pembimbing saya sendiri iaitu Pn. Zalili bagi mengadakan latihan olahraga iaitu acara lompat tinggi dan lompat jauh. Latihan olahraga dijalankan pada setiap hari minggu kedua. Pada hari kokurikulum sekolah, saya telah melatih semua unit beruniform bagi menjalankan aktiviti kawad kaki yang dibimbing oleh En. Rohani. Terdapat kelebihan yang dapat saya tonjolkan iaitu saya telah mengaplikasikan ilmu yang saya peroleh sewaktu di IPGKTHO dalam subjek Gerko. Ilmu tersebut dapat membantu saya sedikit sebanyak dalam melatih murid mempelajari teknik-teknik yang betul sewaktu melompat tinggi dan melompat jauh. Bagi permainan sepak takraw saya mendapat beberapa ilmu daripada rakan praktikum saya dalam melatih pemain sepak takraw dengan teknik yang betul dan ia merupakan satu pengalaman baru buat saya dalam kejurulatihan sepak takraw. Sewaktu latihan kawad kaki bersama murid saya dapat mencurahkan beberapa ilmu kawad statik yang telah saya pelajari sewaktu di sekolah menengah. Aktiviti kokurukulum ini bukan sahaja melahirkan murid yang cergas malah melatih mereka supaya lebih berdisiplin tidak kira dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Upload: muhammad-haziq

Post on 13-Apr-2016

236 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

praktikum 3

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI MINGGU 2

REFLEKSI MINGGU 2 (31 Januari 2016 – 4 Februari 2016)

Pada minggu kedua ini, saya membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

En. Rohani dalam mengadakan latihan sepak takraw dan olahraga kerana

perlawanan serta acara olahraga tersebut akan diadakan pada minggu selepas cuti

Tahun Baru Cina. Saya ditugaskan untuk melatih dan membuat pemilihan pemain

sepak takraw yang dibimbing oleh Guru Penasihat Kelab Sepak Takraw, Ustaz

Nazimi. Pemilihan juga dibuat seramai 8 orang daripada 12 orang bagi mewakili

sekolah dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Cawangan Pintas Puding pada 15

Februari 2016. Saya juga membantu guru pembimbing saya sendiri iaitu Pn. Zalili

bagi mengadakan latihan olahraga iaitu acara lompat tinggi dan lompat jauh. Latihan

olahraga dijalankan pada setiap hari minggu kedua. Pada hari kokurikulum sekolah,

saya telah melatih semua unit beruniform bagi menjalankan aktiviti kawad kaki yang

dibimbing oleh En. Rohani.

Terdapat kelebihan yang dapat saya tonjolkan iaitu saya telah mengaplikasikan ilmu

yang saya peroleh sewaktu di IPGKTHO dalam subjek Gerko. Ilmu tersebut dapat

membantu saya sedikit sebanyak dalam melatih murid mempelajari teknik-teknik

yang betul sewaktu melompat tinggi dan melompat jauh. Bagi permainan sepak

takraw saya mendapat beberapa ilmu daripada rakan praktikum saya dalam melatih

pemain sepak takraw dengan teknik yang betul dan ia merupakan satu pengalaman

baru buat saya dalam kejurulatihan sepak takraw. Sewaktu latihan kawad kaki

bersama murid saya dapat mencurahkan beberapa ilmu kawad statik yang telah

saya pelajari sewaktu di sekolah menengah. Aktiviti kokurukulum ini bukan sahaja

melahirkan murid yang cergas malah melatih mereka supaya lebih berdisiplin tidak

kira dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah.