rph minggu 2

10
Rancangan Pengajaran Harian 2: Mata pelajaran: Sains Kelas: Tahun 3 Inovatif Tarikh: 20 Mac 2014 Masa: 07.45 pagi – 08.45 pagi (60 minit) Bilangan murid: 20 orang Tema: Sains Hayat/Manusia Tajuk: Jadilah askar kecil mempertahankan gigi. Standard Kandungan: 2.2. Mengamalkan penjagaan gigi. Standarat Pembelajaran: 2.2.1 Mempraktikkan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek: a. pemakanan b. penjagaan Objektif pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat: A Menguasai isi kandungan a. Menyebut secara lisan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik untuk kesihatan gigi. b. Menyatakan amalan yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi. c. Membuat kesimpulan bahawa mempraktikan amalan terhadap kesihatan gigi dari aspek pemakan dan penjagaan penting bagi memelihara gigi agar tidak rosak. B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir a. Membezakan dan mengelaskan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik bagi mengelakkan kerosakan gigi. C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni a. melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan. b. menghargai masa dengan menjalankan aktiviti dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut Konsep/prinsip/hukum/teori: Manusia perlu memperaktikan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek permakanan dan penjagaan gigi agar gigi tidak rosak. a. Amalan minum susu sangat baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang. b. Pilih makanan yang kaya dengan garam mineral. c. Jauhi makanan manis dan berkanji. d. Gosok gigi selepas makan untuk mengelakan gig reput dan berlubang. e. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun.

Upload: aminah-rahmat

Post on 20-Jul-2015

308 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph minggu 2

Rancangan Pengajaran Harian 2:

Mata pelajaran: Sains

Kelas: Tahun 3 Inovatif

Tarikh: 20 Mac 2014

Masa: 07.45 pagi – 08.45 pagi (60 minit)

Bilangan murid: 20 orang

Tema: Sains Hayat/Manusia

Tajuk: Jadilah askar kecil mempertahankan gigi.

Standard Kandungan: 2.2. Mengamalkan penjagaan gigi.

Standarat Pembelajaran: 2.2.1 Mempraktikkan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek:

a. pemakanan

b. penjagaan

Objektif pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A Menguasai isi kandungan

a. Menyebut secara lisan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik untuk

kesihatan gigi.

b. Menyatakan amalan yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi.

c. Membuat kesimpulan bahawa mempraktikan amalan terhadap kesihatan gigi dari

aspek pemakan dan penjagaan penting bagi memelihara gigi agar tidak rosak.

B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir

a. Membezakan dan mengelaskan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik

bagi mengelakkan kerosakan gigi.

C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

a. melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.

b. menghargai masa dengan menjalankan aktiviti dengan pantas dan sentiasa

menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut

Konsep/prinsip/hukum/teori:

Manusia perlu memperaktikan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek permakanan dan

penjagaan gigi agar gigi tidak rosak.

a. Amalan minum susu sangat baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang.

b. Pilih makanan yang kaya dengan garam mineral.

c. Jauhi makanan manis dan berkanji.

d. Gosok gigi selepas makan untuk mengelakan gig reput dan berlubang.

e. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun.

Page 2: Rph minggu 2

Bahan, peralatan dan bahan sumber:

Gambar kanak-kanak menangis

Slide power point lagu ‘Aduh mak sakitnya’.

Kad-kad gambar makanan.

Kad-kad ayat amalan harian yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi.

Langkah berjaga-jaga:

Pengetahuan sedia ada:

Murid telah memahami pengetahuan tentang kegigian manusia dalam pembelajaran sebelum ini.

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota

Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Permulaan/

Mencungkil

idea

(5 min)

Kesihatan gigi

Buat kaitan dengan

pengetahuan sedia ada

pelajar dengan menyanyikan

lagu ‘ Aduh mak sakitnya’

dan gambar seorang budak

menangis kerana sakit gigi

Cungkil idea murid tentang

lagu dan gambar budak

menangis.

Murid memberi

respon

Strategi/

Teknik:

nyanyian

Penyoalan seluruh

kelas

Sumber

pengajaran: slide

power point

Menstruktur/

Menstruktur

semula

(15 min)

Mempraktikkan

amalan harian

terhadap kesihatan

dari aspek:

a. Pemakanan

b. penjagaan

Mengutarakan satu

persoalan utama:

a. Apakah yang

menyebabkan gigi menjadi

rosak?

b. Jenis makanan yang baik

dan tidak baik untuk

kesihatan gigi.

b. Apakah amalan yang perlu

dilakukan agar gigi kuat dan

sihat.

Debriefing

Taksir kefahaman secara

lisan – Murid yang telah

menguasai maju ke fasa

aplikasi, manakala murid

yang tidak, dikumpul dalam

satu kumpulan dan diberi

penerangan kumpulan kecil

Murid membuat

inferens, beri

cadangan makanan

yang baik untuk

kesihatan gigi dan

amalan yang perlu

dilakukan agar gigi

kuat dan sihat

Aktviti pemulihan:

Mendengar

penerangan guru

dalam kumpulan

kecil

Strategi/

Teknik:

Aktiviti inkuiri

dalam kumpulan

Sikap saintifik dan

nilai murni:

Penglibatan aktif

Menghargai masa

Page 3: Rph minggu 2

Aplikasi Idea

(25 min)

1. Makanan yang baik

untuk kesihatan gigi.

2. Makanan yang tidak

baik untuk kesihatan

gigi.

3. Amalan penjagaan

gigi agar gigi sihat.

Mengutarakan satu

persoalan utama:

Makanan apakah yang baik

dan makanan yang perlu

dijauhi untuk menjaga

kesihatan gigi kita.

Apakah amalan harian yang

perlu diamalkan untuk

penjagaan gigi kita?

Guru membahagikan murid

kepada 5 kumpulan dan

setiap kumpulan diedarkan

gambar makanan dan kad

ayat amalan penjagaan gigi.

Murid diminta mengelaskan

makanan kepada makanan

yang baik untuk kesihatan

gigi dan makanan yang tidak

baik untuk kesihatan gigi dan

memilih kad amalan harian

yang perlu diamalkan untuk

penjagaan gigi.

Tunjukkan masalah di slaid

(rujuk lampiran 1)

Pelajar

menyelesaikan

masalah dalam

kumpulan

Pelajar

membentangkan

dapatan

Strategi:

Perbincangan

kumpulan diikuti

persembahan

Sumber

pengajaran: slaid

PP

Penutup

(5 min)

Makanan yang baik

untuk kesihatan gigi:-

i. Minum susu

ii.Jauhi makanan yang

manis dan berkanji.

iii.Pilih makanan yang

kaya dengan garam

mineral.

Amalan penjagaan gigi

yang baik:-

i. Berus gigi selepas

makan

ii.Berjumpa doktor

sekurang-kurangnya

dua kali dalam setahun

Guru membantu murid

membuat kesimpulan

bahawa pentingnya

mengamalkan amalan

pemakanan yang baik dan

penjagaan gigi agar gigi tidak

rosak.

Taksir kefahaman pelajar

dengan memberi lembaran

(Rujuk Lampiran) kerja

sebagai tugasan individu dan

sebagai pengukuhan.

Pelajar berbincang

dalam kumpulan

untuk menjawab

kuiz dan membuat

kesimpulan

pelajaran dengan

menyatakan idea

utama serta

mengaitkannya

dengan idea asal.

Strategi:

Penyoalan

keseluruhan kelas

Sumber

pengajaran: slaid

PP

Refleksi selepas p & p: Semua murid dapat menyatakan pemakanan yang perlu dielakkan agar

gigi tidak rosak dan dapat menyatakan bahawa memberus gigi selepas makan dapat mengelakkan

gigi daripada rosak.

Page 4: Rph minggu 2

AKTIVITI PERMULAAN (slide power point)

ADUH MAK SAKITNYA

Aduh mak sakitnya…

Aduh mak sakitnya…

Kan emak dah bilang,

Gosok gigi siang dan malam,

Gosoklah gigi,

Gosoklah gigi,

gigi putih berseri,

sihat setiap hari.

Page 5: Rph minggu 2

AKTIVITI APLIKASI IDEA

Kumpulan diedarkan kad-kad gambar seperti dibawah dan diminta mengelaskan kepada;

i. Makanan yang baik untuk kesihatan gigi

ii. Makanan yang tidak baik untuk kesihatan gigi

Kad-kad gambar yang diedarkan adalah seperti dibawah

MAKANAN YANG BAIK UNTUK GIGI MAKANAN YANG TIDAK BAIK

UNTUK GIGI

Page 6: Rph minggu 2
Page 7: Rph minggu 2

Murid diminta membuat pilihan kad-kad amalan penjagaan gigi yang harus dilakukan agar gigi sentiasa

sihat.

Menggosok gigi sekurang-

kurangnya dua kali sehari.

Membuat pemeriksaan gigi lima

tahun sekali.

Berkumur setiap kali selepas

makan.

Menggosok gigi tanpa

menggunakan ubat gigi.

Membuat pemeriksaan gigi

enam bulan sekali.

Menggunakan ubat kumur

selepas menggosok gigi.

Menukar berus gigi hanya

apabila berus gigi telah rosak

Menggunakan ubat gigi

berfluorida.

Page 8: Rph minggu 2

Amalan harian bagi penjagaan kesihatan gigi.

Amalan harian bagi penjagaan kesihatan

gigi 1.

2.

3.

4.

5.

Page 9: Rph minggu 2

Lembaran kerja murid.

Latihan 1.

Makanan yang manakah baik untuk kesihatan gigi dan makanan yang

manakah tidak baik untu kesihatan gigi? Senaraikan dalam jadual di bawah.

Makanan yang baik untuk

kesihatan gigi

Makanan yang tidak baik

untuk kesihatan gigi

1. 1.

2. 2.

3. 3.

Page 10: Rph minggu 2

Lembaran 2.

Apakah amalan harian yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi? Pilih daripada

senarai berikut.

Amalan harian bagi penjagaan kesihatan gigi

1.

2.

3.

4.

5.