refleksi mengajar

4
Refleksi Mengajar Bab 5 : Malaysia Negara Berdaulat Tajuk : Peranan dan Tanggungjawab Warganegara Dalam Kerajaan Demokrasi 1. Refleksi ke atas masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk tersebut Tajuk sistem demokrasi berpalimen di Malaysia mempunyai beberapa tajuk kecil iaitu pilihanraya, parlimen, DUN, Raja berpelembagaan dan majlis raja-raja. Pengajaran bermula dengan membawa pelajar kepada peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka seperti pilihan raya yang akan di adakan, siapa yang layak mengundi dan apa yang mereka tahu tentang perlembagaan. Setelah itu, pengajaran diteruskan dengan menghuraikan setiap ciri-ciri tersebut, dengan diikuti kerja berkumpulan agar tumpuan lebih dapat diberikan pada semua pelajar disamping meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru di dalam kelas berbanding pengajaran oleh guru kepada kesemua murid sahaja. Masalah yang dikenalpasti ialah huraian yang diberikan tidak begitu bernas dan berinformasi bagi ciri-ciri dalam tajuk yang diajar. Selain itu, ada beberapa contoh yang diberikan juga boleh dianggap tidak

Upload: mustaza-kukuyaya

Post on 05-Dec-2014

35 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Mengajar

Refleksi Mengajar

Bab 5 : Malaysia Negara Berdaulat

Tajuk : Peranan dan Tanggungjawab Warganegara Dalam Kerajaan Demokrasi

1. Refleksi ke atas masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk tersebut

Tajuk sistem demokrasi berpalimen di Malaysia mempunyai beberapa tajuk kecil

iaitu pilihanraya, parlimen, DUN, Raja berpelembagaan dan majlis raja-raja.

Pengajaran bermula dengan membawa pelajar kepada peristiwa yang berlaku di

sekeliling mereka seperti pilihan raya yang akan di adakan, siapa yang layak

mengundi dan apa yang mereka tahu tentang perlembagaan. Setelah itu, pengajaran

diteruskan dengan menghuraikan setiap ciri-ciri tersebut, dengan diikuti kerja

berkumpulan agar tumpuan lebih dapat diberikan pada semua pelajar disamping

meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru di dalam kelas berbanding

pengajaran oleh guru kepada kesemua murid sahaja. Masalah yang dikenalpasti ialah

huraian yang diberikan tidak begitu bernas dan berinformasi bagi ciri-ciri dalam

tajuk yang diajar. Selain itu, ada beberapa contoh yang diberikan juga boleh dianggap

tidak membuka minda pelajar atau tidak mengandungi maklumat yang lebih bagus.

Antara masalah lain yang sempat dikenalpasti ialah ada segelintir pelajar di dalam

kelas itu tidak memberi tumpuan sepenuhnya pada sesi pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan, kadangkala tidur, malahan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan

dalam aktiviti berkumpulan. Segelintir pelajar ini tertumpu kepada beberapa pelajar

berbangsa cina dan ini berbeza dengan pelajar melayu dan india yang rata-ratanya

memberi tumpuan dan kerjasama yang baik selain maklumbalas yang bagus sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti berkumpulan.

Page 2: Refleksi Mengajar

2. Penambahbaikan ke atas masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Guru di masa akan datang patut lebih bersedia dalam menguasai pelbagai bahan

tambahan bagi sesuatu topik yang bakal diajar walaupun topik tersebut diarahkan atau

diberikan pada guru pada saat-saat akhir untuk diajarkan pada pelajar-pelajar. Guru juga

harus sentiasa menambah ilmu pengetahuan yang bukan sahaja ada di dalam buku teks

ataupun buku rujukan, tetapi juga banyak mendapatkan pelbagai maklumat terutamanya

dari internet dan juga buku. Contohnya apabila membincangkan tentang isu-isu negatif

nuklear bagi soalan kertas 2 Pengajian Am, guru juga boleh menceritakan tentang apa

yang berlaku sewaktu tragedi nuklear di Fukushima, Jepun, tragedi nuklear di Chernobyl,

Ukraine, tragedi nuklear Waterford, Connecticut, Amerika Syarikat atau apa sahaja isu

yang berkaitan dari pelbagai sumber sahih dari seantero dunia. Dalam pengajaran tentang

tajuk sistem pentadbiran di Malaysia, guru boleh memperkatakan tentang bagaimana

perjalanan proses pilihanraya dari penamaan calon, kempen, mengundi, mengira undi,

dan pengumuman pemenang. Selain itu, guru juga boleh membuat simulasi proses

perbahasan Parlimen di dalam kelas, memberi maklumat tentang pertabalan raja dan

Yang Dipertuan Agong, membincangkan tentang ciri bagaimana dapat melibatkan diri

dalam rancangan kerajaan dan menjadi warganegara yang baik seperti mengambil

bahagian dalam sambutan hari kebesaran negara samada di peringkat sekolah, negeri

mahupun kebangsaan, membincangkan cara-cara menunjukkan sikap sebagai

warganegara yang berterima kasih yang lebih relevan dan bernas seperti menghasilkan

puisi atau esei kenegaraan, menjaga kebersihan dan sebagainya.

Guru turut harus memastikan suasana kelas terlebih dahulu. Pekara ini perlu agar

bahan bantu mengajar yang di bawa tidak dipersiakan. Hal ini berlaku kerana guru tidak

mengetahui bahawa sekolah tersebut tidak mempunyai alat pemancar LCD di bilik

darjah. Pekara ini mengakibatkan segala bahan bantu mengajar seperti video, slaid show

dan bahan silang kata tidak dapat digunakan dalam bilik darjah.

Page 3: Refleksi Mengajar

3. Kesimpulan

Dalam hal ini, penggunaan bahan mengajar yang lebih baik selain huraian dan

contoh yang bernas dan bertepatan adalah penambaikan yang harus dilakukan pada sesi

pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Selain itu, penggunaan ict dalam sesi

pengajaran patut diusahakan memandangkan ia memang dapat memberi banyak pilihan

bahan pengajaran pada guru untuk melaksanakan pengajaran bersifat interaktif selain

mampu menarik perhatian segenap pelajar pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan guru contohnya tayangan video dan slide powerpoint merupakan

pengajaran interaktif yang dapat menghilangkan kebosanan pelajar-pelajar.